Siapa sebenarnya agen Yahudi?

oleh Haris Zalkapli

Umno kini dikemukakan dalam sesetengah blog dan media propembangkang sebagai mempunyai hubungan dengan “Yahudi.” Apa yang ditulis dan cuba diterangkan sebenarnya tidak jelas dan sangat superfisial, kerana tiada siapa yang dapat menunjukkan dengan terperinci bagaimana hubungan itu memberi kesan kepada dasar dan tindakan Umno dan Barisan Nasional.

Secara mudah, yang penting dalam mesej itu ialah mengaitkan Umno dengan Yahudi, memainkan sentimen naif dan tersasar sebahagian pembaca dan pengikut pembangkang yang bencikan Umno.

Ekoran tulisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik tindakan pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak memanggil pulang wakil tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna, Austria kerana mengundi menentang resolusi berhubung kawalan nuklear terhadap Iran, Malaysia dan perdana menteri mendapat kritikan banyak pihak.

Tindakan itu, yang menempatkan Malaysia bersama Cuba dan Venezuela itu telah mengejutkan kerajaan Malaysia kerana tidak selari dengan sikap Malaysia, yang seperti biasa tidak menunjukkan penentangan terhadap kuasa-kuasa besar.

Bagi sesetengah pihak, insiden ini dijadikan hujah menjelaskan pentadbiran Najib sebenarnya rapat dengan AS, walaupun Umno begitu keras dengan kritikan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan “agen Amerika Syarikat/Yahudi.”

Hakikatnya, “Yahudi” seperti dikemukakan oleh banyak pihak dalam debat politik di negara kita tidak menjelaskan banyak perkara dan mungkin juga memberikan satu gambaran yang salah.

Banyak organisasi dan kumpulan masyarakat sivil dikuasai Yahudi (dan bukan mengikut maksud yang difahami oleh orang ramai), dengan matlamat yang berbeza-beza. Kumpulan ini mempunyai hubungan dengan ramai pemimpin politik Malaysia.

Hubungan baik pentadbiran Najib dengan Barat dan “Yahudi” juga tidak secara automatik bermakna parti-parti lain anti-Barat dan tidak mempunyai hubungan dengan “Yahudi.”

Gambaran-gambaran seperti “Barat,” “dikuasai Yahudi” dan sebagainya hanya memperbodohkan lagi rakyat Malaysia yang mengikuti wacana politik di media, terutama yang menelan segala yang dikemukakan oleh media yang mereka percaya sebagai ayat-ayat suci.

Hal yang sama melibatkan istilah “Barat.” Kritikan Mahathir tidak bermakna pentadbiran beliau dulu tidak sehaluan dengan Barat, terutama AS, kerana Mahathir sendiri mencapai satu perjanjian ketenteraan dengan AS semasa pentadbirannya.

Dasar luar ialah satu ruang politik yang pragmatik yang sentiasa mempunyai hubungan dengan politik dalaman. Dasar luar mudah digunakan untuk keperluan politik dalaman, dan mudah juga ditutup daripada audiens dalam negara.

Contohnya, ucapan-ucapan pemimpin negara di PBB memberikan impak yang kecil di sana, tetapi dikemukakan dengan gah kepada audiens dalam negara untuk keperluan politik dalaman.

Parti-parti politik Malaysia juga mengendalikan pelbagai isu global, contohnya Palestin, berdasarkan keperluan masing-masing. Ada parti yang menunjukkan kesungguhan dan ada yang mengabaikan isu tersebut.

Kuala Lumpur, semasa di bawah pentadbiran Mahathir, menyokong usaha AS menyerang Iraq melalui persetujuan Majlis Keselamatan PBB, walaupun pada masa sama mengambil sikap kritikal kepada AS.

Tidak ada yang mudah dalam hubungan antara negara, disebabkan kepentingan-kepentingan lain yang berkait. Malaysia tidak akan mengambil sikap yang bertentangan dengan AS, tetapi pada masa sama berbangga dengan kedudukannya sebagai anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Kedudukan Malaysia dalam NAM dan OIC tidak secara automatik menjadikan sikap Malaysia sentiasa sehaluan dengan semangat dua organisasi ini. Beberapa minggu lalu, perdana menteri sendiri mengeluarkan kenyataan pendek menyokong Arab Saudi dalam tindakan ketenteraannya ke atas sebuah kumpulan di utara Yaman.

Kenyataan itu tidak mengandungi saranan usaha damai tetapi hanya menunjukkan sokongan penuh kepada Arab Saudi.

Satu tindakan atau kenyataan – atau tulisan di blog – tidak memberikan gambaran sebenar tentang dasar sesebuah kerajaan. Setakat ini, hubungan kerajaan Malaysia – sama ada di bawah Mahathir atau Najib – berada pada tahap yang rapat dengan AS, dan tidak kelihatan beza yang besar melibatkan kerajaan pada masa ini dengan pentadbiran-pentadbiran sebelumnya.

Yang pasti ialah dasar luar kekal sebagai satu ruang politik yang mempunyai hubungan jelas dengan politik dalaman, dan akan sentiasa berdepan manipulasi untuk kepentingan politik tertentu.

Ayuhhhh Kita bagi Sokongan padu Kasi Tutup ini mulut…!!

Celaka Punya Mat Salih!!!


Mat Salih dari Portugal tu betoi-betoi nak kena penampar ni. Nasib baik dia sekarang ni sedang berada di Vientiene, Laos. Adakah patut Henrique Calisto, jurulatih Vietnam itu tak pandang Malaysia sebelah mata pun dalam pertarungan bolasepak malam ini. Adakah patut dia hina Malaysia dengan kata-kata ini:
“Pada perkiraan awal saya, lawan kami di final adalah Thailand dan ini pastinya sukar. Namun lawan Malaysia menyenangkan tugas kami. Sekarang waktu terbaik Vietnam mengambil alih penguasaan Thailand di rantau ini..”
Waduh-waduuh…jadi Malaysia cuma bernasib baik ke finallah, ya? Jadi Malaysia pasukan lemah dan bukan lawan Vietnamlah? Jadi Malaysia mudah dikalahkan, tak seperti Thailand yang sukar ditewaskan? Celaka punya Mat Salih, tak respect dengan orang lain langsung. Tak macam Mat Salih lain yang suka hipokrit, dia ni cakap terus terang. Agaknya filter di mulutnya itu dah tanggal. Kalau dia ada di depanku, pasti mulut caboinya itu dah hancoq kena bantai.
Kepada pemain Malaysia yang pasti 99.999999% tak baca blog ini, jangan hampakan negara. Jom tenyeh dan tutup mulut hebeaq Mat Salih celaka itu dengan kemenangan bergaya malam ini. Selamat berjuang!!

~ pendikar gunung kriang

Blogger tak beretika, Utusan paling beretika?

oleh A. Nuri

Datuk Hismauddin Tun Hussin semalam dalam satu kenyataan di Terangganu berkata ada antara penulis blog menulis tanpa mengikut peraturan dan etika kewartawanan untuk meraih populariti berbanding wartawan tempatan yang berpegang kepada etika penulisan yang betul.

“Kita ada etika dan mereka tidak ada dan tidak mengamalkan etika kewartawanan. Inilah yang membezakan kita dengan mereka.

Maknanya akhbar seperti Utusan Malaysia dan sewaktu dengannya merupakan akhbar yang paling beretika dalam abad ini.

Jika tidak mana mungkin ada kempen boikot akhbar berkenaan dan diharamkan dibekalkan di pejabat kerajaan negeri dan agensi di bawahnya di negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Maka tidak hairanlah juga kerana etika kewartawanan itu menyebabkan akhbar berkenaan bermurah hati membayar saman fitnah seperti yang dimenangi oleh Datuk seri Anwar Ibrahim Datuk Mustafa Ali dan Datuk Mahfuz Omar.

Khabarnya banyak lagi ‘derma’ yang akan diberi oleh akhbar berkenaan kepada pimpinan lain Pakatan Rakyat yang sedang menunggu kes saman terhadap akhbar yang beretika itu dibicarakan di mahkamah.

Selain itu disebabkan beretikanya akhbar berkenaan maka jualan akhbar berkenaan terus merosot dari tahun ke tahun.

Tahniah kepada akhbar berkenaan kerana mendapat anugerah dan pujian etika kewartawanan dari Hishamudin.

MP BN Diulit Mimpi, MP PAS Apa Pula?

Oleh Zolkharnain Abidin

Lima MP daripada PAS tidak berada di Dewan Rakyat ketika undian belah bahagi bejet sulung Najib dijalankan. BN menang 66 – 63. Kalau kelima-limanya hadir, BN tewas 68 – 66.Pokok Sena kata dia ke Jakarta kerana urusan peribadi dengan makluman awal kepada Presiden. Hulu Langat kata dia di Sungai Besi menggantikan Nizar dalam satu program Pakatan Rakyat. Kuala Krai kata dia ada program yang telah diatur lebih awal di kawasannya dan makluman awal kepada Presiden juga telah dibuat.

Menurut Harakahdaily, Parit Buntar dan Baling belum dapat dihubungi.

Seorang blogger menyifatkan MP BN yang gagal hadir sebagai ‘masih diulit mimpi’. Ungkapan itu sesuai untuk MP BN kerana mereka berkuasa dan tidak menjangka apa yang telah berlaku itu boleh berlaku.

Apa pula ungkapan yang sesuai untuk MP PAS secara khusus? Tak mungkin MP PAS turut diulit mimpi. Kalau bukan, apa dia?

Saya tidak marahkan mereka berlima dan saya mungkin boleh faham keadaan mereka. Cuma saya memerlukan jawapan berterus-terang. Telus, kata orang sekarang.

Ya, rakyat yang mengundi PAS / Pakatan Rakyat juga inginkan jawapan berterus-terang. Bukan jawapan umum seperti urusan peribadi, ganti orang atau program yang telah diatur lebih awal.

Kenapa perlu berterus-terang? Ya, kerana jawapan umum memungkinkan soalan tambahan, macam di Dewan Rakyat juga.

Soalan tambahan saya, adakah urusan peribadi itu tidak boleh ditangguh langsung, ditelan mati emak diluah mati bapa?

Gantikan orang dan program di kawasan? Tidakkah penganjur di kedua-dua majlis itu boleh difahamkan bahawa kehadiran ke parlimen pada tarikh dan saat itu sangat penting? Ini mati hidup kerajaan BN.

Saya fikir lebih mudah memberi penjelasan kepada mereka yang terlibat dengan majlis itu sahaja berbanding sekarang, terpaksa memberi penjelasan kepada seluruh pengundi PAS / PR dan rakyat Malaysia yang ingin melihat BN tumbang.

Tiga orang telah memberi jawapan umum. Kami menunggu penjelasan Baling dan Parit Buntar pula. Tapi ingat, kami tidak mahu penjelasan itu hanya sampai ke telinga Presiden saja, atau ketua pembangkang saja. Kami mahu penjelasan itu sampai juga ke telinga kami.

Dan, ingat kalau jawapan itu tidak masih jawapan umum, kami akan kemukakan soalan tambahan. Bukankah itu amalan ketika berbahas di Dewan Rakyat?

Apa pun, apa yang terhidang sekarang adalah bubur bukan lagi nasi. Peluang ini saya percaya tidak akan berulang lagi. Pada masa akan datang, BN tentu lebih berhati-hati.

Kecuali, MP BN masih bermimpi lagi. Cuma diharapkan, ketika MP BN diulit mimpi janganlah pula MP PAS ‘syok sendiri’.

http://bongkarsauh.blogspot.com/

Kenyataan Media: MP Padang Terap Pertikai Naib Canselor UM

Universiti Malaya sekali lagi ‘under fire’. Saya dan Ahli Parlimen Pasir Putih terus komited membawa isu-isu UM. Selepas pembatalan jualan tanah, isu separuh bogel yang menggegarkan,

isu e-voting, isu Akademi Islam, sijil, International Scintific Index, kepala babi, tindakan kepada 8 pelajar dan lain-lain yang dibangkitkan. Berikut ialah kenyataan penuh Sidang Akhbar.

Kenyataan Akhbar

“Mempertikai Kredibiliti Naib Canselor Universiti Malaya

10 Disember 2009

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

2 Hari ini, saya Ahli Padang Terap mahu membangkitkan beberapa isu berkaitan Universiti Malaya. Berdasarkan isu-isun yang akan saya sebut selepas ini, saya mempersoalkan kredibiliti Prof. Datuk Dr. Gauth Jasmon memimpin universiti terbaik di Malaysia ini sebagai Naib Canselor

3. Di sini, saya memohon Kementerian Pengajian Tinggi dan Dr. Gauth sendiri menjelaskan asas perlantikan: dua kakitangan Universiti –

(1)Dr. David Ngo Chek Leng sebagai Profesor dan Dekan Fakulti Sains Komputer dan

Teknologi Maklumat (FSKTM); dan

(2)Dr. David Asirvatham sebagai Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM).

4. PERTAMA – Saya persoalkan kelayakan, Dr. David Ngo Chek Leng bagi menyandang jawatan PROFESOR kerana:

i. Beliau tidak mempunyai kelayakan minimum – iaitu kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE atau kelulusan yang setaraf dengannya sebagaimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2008.

5. Berhubung jawatan Dr. David Ngo Chek Leng sebagai DEKAN pula, saya mahu mempersoalkan:-

i. Adakah tidak ada langsung pensyarah UM sendiri atau suara dari dari fakulti dipertimbangkan sehingga Dr. Gauth perlu membawa pensyarah luar. Saya difahamkan sebahagian besar ahli akademik fakulti tersebut menyatakan rasa tidak puashati dengan menghantar surat bantahan bertarikh 30 Jun 2008 dan diikuti dengan keputusan undi tidak percaya kepada Naib Canselor, namun ia tidak mendapat maklumbalas.

ii. Saya mendapat maklumat bahawa beliau tidak mampu bertutur dalam bahasa Malaysia, sedangkan amalan sepatutnya mesyuarat di agensi kerajaan termasuk IPTA dikendalikan dalam bahasa Malaysia. Saya mendapat maklumat, beberapa mesyuarat rasmi di fakulti tersebut beberapa kali dibatalkan disebabkan masalah tersebut.

6. Soalan saya, adakah KPT dan Naib Canselor tidak profesional dalam perlantikan Dr. David Ngo Chek Leng, atau Dr. Gauth sebenarnya mengamalkan kronisme dalam perjawatan Universiti? Dr. Gauth daripada Universiti Multi Media (MMU) dan Dr. David Ngo Chek Leng juga dari Universiti yang sama sebelum menjadi sebahagian dari kakitangan UM.

7. KEDUA – Perlantikan Dr. David Asirvatham bagi menyandang jawatan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM) juga saya persoalkan kerana:

i. Bagaimana beliau boleh menjawat jawatan tersebut, sedangkan rekod Universiti menunjukkan beliau tidak melalui proses temuduga; sama ada oleh Universiti atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sendiri? Adakah cukup memadai beliau ditemubual oleh Naib Canselor (Dr. Gauth) dan TNC (Pembangunan) sahaja sebagaimana yang dilaporkan Disember tahun lepas? Tender tertutup? Peribadi yang istimewa? Kronisme?

ii. Saya juga meragui berkenaan tawaran gajinya yang Universiti berikan – RM18 000 sebulan; suatu angka di luar kebiasaan tangga gaji kakitangan Universiti hatta kakitangan dalam JPA sendiri.

iii.Saya lebih terkejut, bagaimana Dr. David Asirvatham boleh dilantik sebagai Pengarah PTM sedangkan kepakaran atau disiplin pengajiannya dalam ­e-Learning, bukannya pakar dalam Sains Komputer. Kalau perjawatan tidak berdasarkan kepakaran atau disiplin pengajian, atas asas apa Universiti melantik beliau? Adakah disebabkan Dr. Gauth bekas Naib Canselor MMU, maka boleh dilantik kakitangan MMU langsung menjadi kakitangan UM?

8. Untuk perhatian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), suatu surat aduan berhubung dua perlatikan ‘misteri’ terbabit telah dihantar kepada Kementerian pada 3 Julai 2009, namun sehingga sekarang tiada jawapan profesional oleh pihak berwajib. Adakah Menteri atau Timbalan Menteri atau KPT sendiri terlibat dalam dua perlantikan ‘misteri’ terbabit?

10. Adakah dengan hujah untuk menaikkan ranking universiti Malaya, maka segala amalan dan tindakan Dr Ghauth perlu dibenarkan.

Berdasarkan pendedahan ini, saya mempertikai kredibiliti KPT dan Dr. Gauth sendiri sebagai Naib Canselor UM. Jangan jadikan Universiti medan kronisme dan tender jawatan secara tertutup kerana ia akan menghakis kebebasan akademik dan autonomi Universiti.

MOHD NASIR ZAKARIA
MP Padang Terap

MUHAMMAD BIN HUSAIN
MP Pasir Puteh

http://nasirzakaria.com/ver3/index.php

http://dpppadangterap.blogspot.com/

LANDAS : Komen Sahabat Dan Sukarelawan Diambang Merdeka

 

RESPON KOMEN SAUDARA EX STUDENT UiTM ARAU DALAM SHOUTBOX BLOG LANDAS 

AlhamdulilLah di atas Hidayah Allah SWT yang mengubah diri saudara mendekati tok-tok guru yang mengajar di masjid-masjid dan surau-surau. Guru-guru agama yang saudara dekati itu sangat hebat dan mursyid orangnya. Tidak ramai orang yang macam saudara sanggup meluangkan masa dan berminat mengunjungi masjid-masjid Allah untuk mencari kebenarannya. Di luar sana masih ramai perlu didekati dan pengorbanan para da’ie dan murabbi sebagi pembimbing untuk bawa mereka kembali ke jalan Allah SWT. Pengalaman saudara yang pernah tersasar sangat berkesan apabila mendekati kawan-kawan dan mereka yang masih belum sedar untuk saudara bawa mereka ke pangkal jalan. 

Saya menerima sebarang komen dan teguran semua pengunjung blog LANDAS secara terbuka. Sebab itu saya buka shoutbox untuk mendapatkan komen dan respon semua pihak. Orang yang macam saudara, sangat saya alu-alukan penyertaan sebagai pendakwah lapangan beraksi secara praktikal mendekati kelompok bermasalah dengan penuh kasih sayang. Jika saudara tidak berminat untuk bersama LANDAS tidak bermakna suadara tidak berminat aktiviti dakwah lapangan anjuran LANDAS. Saudara boleh aktif kerja-kerja lapangan melalui jamaah yang saudara telah bagi komitmen samada dalam NGO Islam atau melalui Parti Islam jika saudara sebagai ahlinya. Jika saudara tidak juga menjadi ahli NGO atau mana-mana parti politik sepatutnya saudara boleh bergerak melalu masjid atau surau di tempat saudara. 

Para pendakwah perlu mengajar di masjid-masjid, surau-surau, seminar, ceramah perdana, forum perdana dan kuliyah-kuliyah ilmu. Dalam masa yang sama perlu juga beraksi di lapangan. Para aktivis dakwah dan guru-guru agama yang beraksi sebagai pendakwah lapangan juga menjadi tenaga pengajar di zon selesa seluruh kedah. Begitu juga sahabat-sahabat yang bergerak sebagai pendakwah lapangan di lain-lain negeri seluruh negara masih menjadi guru agama di zon selesa tapi tidak ramai yang sanggup berbuat demikian beraksi di dunia fantasi dan realiti. 

LANDAS bukan NGO dakwah atau badan politik. LANDAS merupakan modul latihan kemahiran dakwah lapangan di bawah Sekritariat Urusetia Mengani Gejala Sosial (UNGGAS). Peranannya hanya melatih kemahiran berdakwah daripada pelbagai peringkat masyarakat termasuk NGO Islam seperti ABIM, JIM, PUK, PUM, PERKIM, MAPIM, Studen Universiti, Pensyarah Universiti termasuk daripada dewan ulama’ PAS Negeri, MKK, Ahli Majlis Mesyuarat, YB dan exco kerajaan dan penggerak parti politik Islam. 

UNGGAS sebagai penyelaras dan LANDAS merupakan modul latihan. Mereka yang telah mendapat latihan kemahiran berdakwah dan pendekatan yang sepatutnya bila berkuliyah di zon selesa akan bergerak aktif memberikan komitmen dalam NGO sendiri dan parti politik yang mereka menganggotainya. Kecuali apabila kita diperlukan untuk program penyelarasan aktiviti LANDAS turun padang menagani gejala sosial. 

Tidak perlu kita buat statistik berapa orang yang kita berjaya pulihkan mereka termasuk penagih gam dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita telah dan sentiasa mendekati mereka ini dengan pendekati kasih sayang dan belas kasihan. Hidayah hak Allah untuk menentukan. Allah tidak akan tanya hambaNya berapa orang yang telah kamu berjaya bawa pulang kepadaKU dan berjaya selamatkan. 

Semasa program Akademi Dakwah 2009 selama 14 hari (30hb November – 13 Disember 2009) terdapat 6 orang remaja perempuan terlibat dengan gejala sosial tegar dapat dipulihkan bersama-sama kami selama 14 hari turun padang mendekati remaja masalah. Walau pun ada juga rakan-rakan mereka mencemuh sebab tidak lagi lepak bersama mereka. Pada mulanya saya tidak benar mereka turun padang buat masa ini, tapi mereka mendesak jugak suapaya mereka dapat mendekati kawan-kawan yang belum sedar lagi. Inilah masanya mereka dapat buktikan bahawa mereka telah sedar dan insaf serta bertaubat kepada Allah SWT. Mereka sanggup mendapat cemuhan kawan-kawan lama, tapi yang ramai lagi yang bersyukur sebab ada juga rakan-rakan mereka telah berubah. Pada mulanya mereka tidak yakin perubahan ketara membawa mereka keluar dari neraka dunia. 

Sebelum ini, rakan-rakan mereka ini telah jauh terlanjur melakukan sex bebas sampai peringkat melahirkan anak tanpa nikah, sedangkan usia mereka terlalu muda antara 15 – 19 tahun. Sekarang bertudung labuh, menutup aurat dan tidak lagi tinggal solat dari maklumat keluarga mereka. Dula anak yang bersifat kasar dengan kedua ibu bapa dan sekarang berlemah lembut bersama keluarga. Banyak berbual hal-hal agama bersama keluarga.
 

Dalam mesyuarat sambutan ambang sejahtera 2010 di Wisma Darul Aman yang dipegerusikan oleh YB Dr Haji Hamdan bin Mohamed Khalib, pihak LANDAS telah diamanahkan sebagai jawatankuasa kecil menagani gejala sosial sepanjang program tersebut berjalan bermula 31 Disember 2009 – 1 Januari 2010. Saya memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 orang sukarelawan dakwah lapangan yang akan bertugas semasa program sambutan ambang 2010 berjalan.
 

Masa bertugas antara petang 31 Disember 2009 hingga subuh 1 Januari 2010. Para petugas akan dibahagikan dibeberapa zon terpilih untuk mendekati anak muda yang dikenalpasti melakukan perkara yang menyalahi syara’ dengan khidmat nasihat, edaran panduan pergaulan dalam Islam, kesalahan jenayah syariah menurut enakmen kanun jenayah syariah negeri kedah dan lain-lain info. 

Pihak yang terlibat telahpun disenaraikan untuk bersama-sama dalam operasi dakwah di kalangan semua NGO-NGO Islam negeri kedah, dewan pemuda dan muslimat, MKK, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, individu-individu yang berminat, student KUIN yang pernah ikuti program LANDAS, Jawatankuasa Masjid dan pegawai masjid. Surat edaran dan jemputan akan menyusul. Saudara juga dijemput bersama semasa program ini berjalan. Pihak urusetia tidak akan menyediakan makan minum semasa bertugas dan sukarelawan diminta berkorban dana sendiri untuk ikut serta. Boleh hantar senarai nama yang lengkap melalui email saya kama54us@yahoo.com / urusetialandas@yahoo.com

Tidak perlu saya dedahkan nama-nama tuan-tuan guru yang mengajar di zon selesa bersama dangan LANDAS turun padang berdakwah atau beraksi aktif melalui mana-mana jamaah yang mereka menganggotainya. Yang penting ramai orang sanggup beraksi di lapangan. Komen saya secara umum dan tidak khusus kepada individu-individu tertentu. Tidak bererti saya nafikan sumbangan mereka yang ikhlas dan saya tidak dapat menilai siapa yang ikhlas atau tidak. Teguran saya agak tajam bukan untuk menjatuhkan martabat mana-mana pihak yang bergelar tok-tok guru dan ustaz-ustaz. Sekali lagi saya ulangi, bersama kami juga ramai tok-tok guru dan ustaz-ustaz buat kerja-kerja dakwah lapangan, walaupun mereka juga masih beraksi di zon selesa. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui akan hamba-hambaNya yang mukhlisin (مخلصين).
 

Dalam al-Quran surah al-baiyinat : وماأمروا الا ليعبدواالله مخلصين له الدين . Akhir kalam, saya sentiasa bersedia dan memberi peluang berjumpa dengan sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan penjelasan secara detail melalui telefon. Lebih baik berjumpa terus untuk maklumat lanjut. Melalui blog ini atau shoutbox agak terbatas dan saya tidak mampu berbuat demikian. Saya harap mendapat respon segera untuk kita bertemu dalam suasana ukhwah.
 

Di KL dengan kerjasama pihak JAWI mengeluarkan bajet untuk program latihann kemahiran dakwah lapangan untuk peserta di kalangan guru-guru yang mengajar di masjid dan surau, guru-guru agama di bawah pentadbiran jawi, student universiti dan pensyarahnya, imam-imam dan pegawai majlis. Walaupun ada yang bagi alasan tak pandai nak berintraksi dengan mereka di lapangan, tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi. Ada yang minta kita adakan lebih kerap lagi latihan sebegini untuk mereka menyumbang tenaga sebagai pendakwah lapangan. Sebab, semasa mereka mengajar di masjid hanya murid yang datang di kalangan orang-orang tua sahaja. 

USTAZ KAMARUDDIN BIN KASSIM 

Penyelaras UNGGAS & LANDAS 

Tel : 019-4782708 / 019-5228455 

Awat Laa Pakat Dok Gila ”SELAK KAIN NIE”

Jangan selak kain!

Labels: ,
Bila membaca berita Malaysiakini hari ini bertajuk “‘Nik Amalina berhak jawab melalui blognya’“, untuk kali entah ke berapa saya tak ingat, saya rasa saya boleh bersetuju dengan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Memanglah, kalau hak demokratik Hindraf untuk berdemonstrasi pun saya bersetuju, tentulah buruk kelaku jika saya tak bersetuju dengan hak demokratik Nik Amalina untuk mempertahankan suaminya.

Dalam posting bertajuk “Uthayakumar, bahasa menunjukkan bangsa!“, saya tulis:

Kita boleh tidak bersetuju dengan kandungan memorandum Hindraf. Tetapi kita tidak boleh menolak hak sesiapa pun untuk berhimpun secara aman.

Saya juga tulis:

Jika kita tidak bersetuju dengan kandungan tuntutan Hindraf, kita ada dua pilihan. Pertama, jangan sertai himpunan mereka. Sebab itulah saya tidak menyertainya, sama seperti saya tidak menyertai perhimpunan untuk kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998-1999 dahulu, walau apa pun jargon baru yang diberikan kepada tindakan itu.

Kedua, kita menolak pandangan yang terkandung dalam tuntutan itu dengan perdebatan yang sihat. Bukan mengapi-apikan rasa marah orang lain seperti yang dilakukan oleh tuntutan Hindraf itu. Jauh lagi dari mencetuskan api perkauman.

Begitulah juga pendirian saya terhadap tindakan Nik Amalina menulis. Setuju tak setuju apa yang dia tulis, itu soal lain. Tetapi tak elok sangat jika kita berkeriau untuk menolak haknya mempertahankan diri di dalam blognya.

Pada masa yang sama, apabila Sheih merasa dianiayakan, kita juga tak boleh menolak dan memaki hamun haknya untuk mempertahankan diri. Bukalah padang yang sama rata untuk semua – a level playing field.

Begitu juga dengan Haji Husam Musa. Jika beliau memilih untuk berdiam diri, itu hak demokratiknya. Tak payahlah nak ejek-ejek sikapnya itu. Jangan selak kebodohan kita. Ia sama tercela dengan perbuatan menyelak kain.

Tidak tahu Prioriti… Jawapan 2 MP PAS Dikesalkan

OLEH GREENBOC

Ekoran kegagalan hadir sewaktu undian menolak bajet sulung Datuk Seri Najib pada lewat malam Isnin lalu, dua dari lima Ahli Parlimen PAS yang dihubungi hari ini memberi penjelasan, demikian lapor Dzulfikar Mashoor untuk Harakahdaily.

Mereka masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli Che Mat.

Mahfuz ketika dihubungi memaklumkan beliau berada di Jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu beliau juga memberitahu tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini.

“Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu… saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi.

“Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu,” jelas Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Seorang lagi ahli parlimen, Dr. Che Rosli Che Mat pula menjelaskan beliau terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi bagi mewakili PAS menggantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat hadir ke program tersebut.

“Saya terima sms (sistem pesanan ringkas) lewat petang, ketika itu saya di Sungai Besi dalam perjalanan ke Hulu Langat.

“(Sebagai) tuan rumah, saya terpaksa hadir suatu majlis Pakatan (demi) menggantikan Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang tidak hadir,”

Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang menuduh beliau cuba lari dari tanggungjawab ekoran kejadian itu.

“Saya bukannya lari tugas,” katanya lagi.

Kedua-dua mereka juga bercadang menghantar surat penjelasan kepada presiden parti dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Isnin lalu bajet 2010, yang dibentangkan oleh Najib sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tersebut.

15 ahli parlimen Pakatan Rakyat masing masing lima dari PAS dan bakinya dari PKR dan DAP gagal hadir pada sesi pengundian tersebut.

Manakala 70 Ahli Parlimen dari BN juga gagal hadir pada pengundian tersebut.

Selain Mahfuz dan Dr. Che Rosli, tiga lagi wakil rakyat PAS adalah Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Baling Taib Azamuddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Harakahdaily bagaimanapun sedang berusaha meminta penjelasan dari ketiga-tiga wakil rakyat PAS yang belum dapat dihubungi hari ini.

Kegagalan kesemua ahli parlimen pakatan rakyat hadir pada proses pengundian tersebut dikritik hebat oleh media khususnya blog yang mendakwa mereka penyebab Pakatan gagal menolak bajet Najib.

SILAP LETAK PRIORITY

Keputusan Bajet 2010 diluluskan melalui majoriti tiga ( 3 ) undi sahaja tidak sepatutnya menjadi Isu besar. Saya bersetuju dengan Tan Sri Speaker yang Ahli ParlimenPakatanRakyat seharusnya bersikap Gentleman dimana kehadiran wakil kita juga kurang. Lirik lagu ” Kita Serupa” nyanyian Zainal Abidin terpakai disini. Saya tertarik dengan komen Datuk Sri Nazri Aziz (dalam Berita TV) dimana YB-YB dari Pakatan Rakyat pun ramai yang ponteng iaitu kehadiran mereka disekitar 60 orang sahaja. Wakil-Wakil dari Pakatan tidak sepatutnya terikut-ikut dengan cara mereka dalam BN. Sebagai sebuah Gagasan yang dikatakan cukup bersedia mengambilalih Pemerintahan Negara perkara sebegini sama sekali tidak patut berlaku. Peluang keemasan supaya kita dilihat lebih bersedia dan komited telah terbuang begitu saja.

Di luar sana ahli-ahli politik PR menghurai kepada khalayak umum betapa Borosnya Kerajaan kita membuat Cadangan Perbelanjaan Tahunan melalui Bajet yang dibentang. Tetapi apabila bantahan itu mahu dikira kehadiran pula tidak solid menentangnya. Peluang untuk meningkatkan moral Pakatan Rakyat telah dipersia-siakan. Tidak secara langsung kita telah meremehkan hasrat pengundi-pengundi kita.

Semua ini terjadi kerana tersilap memberi Keutamaan ( Priority). Alasan seperti terpaksa hadir di majlis-majlis kenduri demi menjaga hati penyokong tidak boleh diterima sama sekali. Di setiap kawasan pihak Ahli Parlimen boleh melantik Pegawai-Pegawai Khas membantu mereka menyelesaikan masaalah rakyat tetapi TIDAK di Persidangan Parlimen. Pelajaran yang macam mana lagi diperlukan supaya bijak meletakkan sesuatu Priority? Tentu ada yang mencemuh saya kerana terlalu pandai menegur dan mengemukakan soalan. Saya tak kisah apa orang nak kata. Yang pastinya saya bukan seorang Wakil Rakyat. –ahmadzawawi

Ulasan GB

Jawapan Mahfuz Omar menyatakan bahawa beliau berada di Jakarta atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti menjelaskan bahawa Mahfuz tidak memperdulikan sidang parlimen yang sedang berjalan sebaliknya mendahului (mengutamakan) urusan peribadinya sekalipun telah mendapat izin dari Presiden parti.

Persoalannya: dimana prioriti? Anda diberi mandat oleh rakyat dan dibayar gaji dan elaun untuk urusan kepentingan peribadi andakah di luar negara sedangkan di waktu itu anda sepatutnya berada di Dewan Rakyat? Anda tahu bahawa tarikh persidangan Dewan Rakyat, tetapi memilih tarikh yang sama untuk melakukan urusan yang tidak ada kena mengena dengan rakyat yang memilih anda!

Apa urusan peribadi yang hebat sangat sampai terpaksa diutamakan dari kepentingan parti dan negara? Apa sebab yang mendesak sangat sehingga terpaksa melakukannya di masa Dewan rakyat bersidang? Berkahwin? Berubat? Berbomoh? Malah jika bertemu dengan Presiden Susilo pun tidak dikira prioriti.

Soal tidak tahu berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini pun hujjah yang lemah kerana di dalam apa juga situasi, ahli PR perlu “alert”. Di medan perang, musuh boleh menyerang tiba-tiba, dan anda tidak ada! Tidakkah anda merasa berdosa?

Jawapan Dr. Che Rosli Che Mat pula menjelaskan beliau terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi untuk mengganti Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga tidak boleh di terima. Memalukan. Anda sudah terima SMS tetapi mengabaikannya. Malahan jika anda bagitahu pengerusi majlis anda dan sidang hadirin yang ada pun bahawa anda perlu ke Parlimen kerana urusan penting, penganjur dan para hadirin boleh menerimanya kerana tanggungjawab di Palimen itu lebih utama untuk anda tunaikan. Anehnya Datuk Seri Nizar boleh berada di Dewan rakyat.

Blog anda pun dah berbulan tak dikemaskinikan.

Inikah sikap Ahli Parlimen PAS yang konon ingin menjadikan PAS sebuah “kerajaan yang dinanti”? Tak tahu meletakkan keutamaan?

Rakyat menasihatkan anda: Kedua-dua tarik diri dari bertanding di PRU akan datang.

OK Next.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: