Royalti- Tembelang Najib Pecah

oleh JJ Perak

Tembelang Datuk Seri Najib Tun Razak kini pecah, baunya sangat busuk, sekaligus melambang busuknya hati pimpinan BN.

Sekarang ini terbongkar sudah mengapa `Najib and the geng’ dan Kerajaan BN Pusat bermati matian untuk tidak memberikan royalti minyak kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Pendedahan berani oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu, yang juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak berjumlah RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya. Wow!, Kerajaan PAS Kelantan kaya .

Ini yang Najib tidak mahu lihat, dia tidak mahu Kelantan menjadi negeri yang terkaya, lebih kaya dari negeri negeri yang BN perintah. Jauh lebih kaya dari negeri kelahirannya Pahang.

Pemimpin pemimpin BN bukan mahu lihat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kaya dari negeri negeri yang dikuasainya. Kalau boleh mereka mahu negeri negeri yang Pakatan Rakyat perintah miskin, jadi peminta sedekah kepada kerajaan BN Pusat. Inilah yang `Najib and the geng’ mahu.

Pendedahan Tengku Razaleigh itu jelas menunjukkan Kerajaan Kelantan memang berhak mendapat royalti minyak berjumlah RM2 billian. Tengku Razaleigh bercakap berdasarkan fakta kerana beliau adalah bekas Pengerusi Petronas.

Tetapi jenis specis yang `busuk hati’ dan rasa tidak senang hati melihat negeri lain kaya daripadanya. Sikap mazmumah menghantaui fikiran dan hati mereka, kerana itu wang royalti minyak untuk Kelantan tidak diberikan.

Apa pasal Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya. Jawapannya mudah sahaja. Sabah dan Sarawak dikuasai BN. BN Pusat kena jaga sungguh sungguh Sabah dan sarawak kerana kedua dua negerilah penyelamat Umno/BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Jika tidak kerana calon BN dari Sabah dan Sarawak menang besar, alamatlah BN sudah tersungkur menyembah bumi pada pilihanraya umum yang lalu. Oleh kerana itu BN Pusat kena jaga sungguh sungguh kedua dua negeri ini, saperti `menatang minyak yang penuh’ kerana di kedua dua negeri ini minyak banyak, kalau tidak dijaga sungguh sungguh nanti minyaknya tumpah, alamat Pakatan Rakyat pula yang dapat.

Jika hak royalti minyak itu tarik balik oleh BN Pusat terhadap Sabah dan Sarawak, jadi isu besarlah, pilihanraya di kedua dua negeri nanti BN `bungkus macam lepat pisang’ di negeri itu.

Bayangkan Kerajaan PAS Kelantan dapat royalti minyak RM2 billion, pastinya banyak pembangunan dapat dibuat. Kelantan jadi negeri termaju, lebih maju dari negeri yang BN kuasai.

Inilah Najib takut. Najib tak mahu negeri Pakatan Rakyat banyak wang, negeri dikuasai BN yang miskin papa kedana. Sudahlah negeri yang maju dan banyak hasil itu Selangor sudah terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, nanti Kelantan pula jadi negeri terkaya jika royalti diberikan, “tobat lahom’ Najib tidak akan bagi royalti kepada Kerajaan PAS Kelantan

Jenis pesis busuk hati ini bukan mahu lihat orang lain senang dan kaya, mereka mahu puak puak dan negeri negeri yang dikuasai mereka sahaja yang kaya.

Negeri negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat biar papa kedana dan hidup merempat dan meminta minta, macam peminta sedekah di kaki lima kedai. Begitulah busuknya hati mereka.

Sekarang ini tembelang Najib dan pimpinan BN serta Kerajaan Pusat sudah pecah, baunya busuk, sebusuk perangai mereka. Rakyat sudah tahu kenapa Kerajaan BN Pusat tidak mahu royalti itu diberikan kepada Kelantan.

Pemimpin pemimpin BN tidak perlu lagi mencari seribu alasan. Orang sudah tahu apa yang ada dalam `perut dan hati’ mereka. Kerajaan BN Pusat telah menzalimi rakyat Kelantan, tetapi ingat sampai bila Kerajaan BN Pusat hendak kaut untung dari hasil minyak dan menafikan pemberian royalti kepda Kerajaan Kelantan.

Rakyat yang dizalimi pastinya berdoa, doa orang dizalimi pasti Allah terima. Tunggullah nanti `Najib and the geng’ serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Jika `Najib and geng’ serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum akan datang `baunya lebih busuk’ lagi, lebih busuk dari air najis dan air longkang. Ketika itu selayaknya BN dicampakkan ke longkang.[Harakah]

SPR makin merapu nak selamatkan BN

Posted by rakyat marhaen

Oleh Rosli Hashim

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sekarang memang sudah tidak tahu apakerja yang mereka perlu buat. Pengerusi dan timbalan badan itu nampaknya hanya makan gaji buta.

Ketika banyak penambahbaikan perlu dilakukan bagi menjadikan pilihanraya di Malaysia adil, bersih dan telus, badan itu sebaliknya sibuk mengeluarkan cadangan dan saranan yang merapu dan berbelit-belit.
Hanya yang tidak waras akan mengatakan pilihanraya Malaysia bersih dan telus. Banyak bukti kepincangan sudah didedahkan baik oleh Pakatan Rakyat (PR) mahu pun NGO dan badan-badan pemantau pilihanraya. Tetapi seperti biasa, semuanya digelapkan atau menjadi bahan sendaan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Oleh kerana dalam keadaan tidak tahu nak buat apa tetapi mahu tunjuk kononnya SPR buat kerja, maka timbullah bermacam idea merapu dan lucu. Keluar cadangan untuk melaksanakan tempoh bertenang selama dua hari sebelum hari mengundi. Penamaan calon pula dibuka selama tiga hari.

Alasan diberi SPR kononnya untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti pergaduhan dan ketegangan semasa penamaan calon atau menjelang hari mengundi.

Semua tahu apabila pilihanraya ada melibatkan Umno, pasti akan berlaku kekecohan. Tetapi tanpa calon Umno, keadaan tegang tidak pula tercetus seperti kita saksikan dalam pilihanraya kecil Dun Penanti dulu.

Maknanya SPR patut melihat punca kekecohan itu kerana badan itu terlalu memberi muka hingga dipijak-pijak kepala mereka oleh gerombolan pemuda Umno.

Kerana SPR selalu membuat keputusan memihak Umno, maka badan itu sudah tidak dihormati kerana Umno berasa selamat jika melakukan sebarang kesalahan undang-undang pilihanraya atas perlindungan yang SPR berikan.

Dan sekarang timbul pula satu lagi cadangan dungu untuk memanjangkan hari mengundi supaya pengundi dari pekerjaan tertentu boleh turun mengundi. Secara tersiratnya, ia merupakan perluasan untuk undi pos. Cuma ditukar nama atau cara saja.

Kita tidak nafikan ada kalangan rakyat yang tidak berpeluang mengundi kerana terpaksa bertugas dan sebagainya. Tetapi rakyat pastinya mahu tahu secara fakta, berapa peratuskah pengundi jenis ini dan mengapakah mereka tidak dapat mengundi sedangkan perkara ini tidak mungkin berlaku kalau SPR memang buat kerja yang sepatutnya.

Antara masalah mengapa ada rakyat tidak dapat mengundi adalah disebabkan kerenah SPR sendiri. Apa bijaknya memilih hari kerja untuk dilangsungkan pengundian seperti yang berlaku dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini? Tetapi bila di kawasan yang BN ada potensi, boleh pula dibuat pada hari cuti?

Begitu juga dengan cadangan tempoh bertenang. Jika mahu dilaksanakan, ia perlu mencakupi semua parti dan semua saluran kempen.

Jangan hanya PR tidak boleh berkempen, tetapi Umno dan BN pula bebas menggunakan media harian dan elektronik mereka membalun PR sepuasnya tanpa tuduhan dan tohmahan itu dapat dibalas.

Sebelum menguatkuasakan sebarang pembaharuan, SPR perlu membuktikan yang badan itu tidak diperkudakan Umno dan berani mengambil tindakan terhadap Umno bila parti tua itu melanggar mana-mana peraturan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Yang paling mudah untuk membuktikannya adalah dengan menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah berkenaan kekosongan kerusi Dun Kota Siputeh di Kedah. Dalam kes itu SPR jelas melindungi Umno sekalipun Adun Kota Siputeh itu sudah terang-terang melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri sendiri.

Itu belum dicampur lagi dengan kes-kes saman yang sedang dihadapi Umno oleh dua syarikat pembekal bahan-bahan kempen pilihanraya parti itu. Jumlahnya mengejutkan kerana mencecah ratusan juta ringgit. Dimana SPR yang sibuk mengingatkan tentang had perbelanjaan kempen kepada parti-parti bertanding? Mengapa tiada komen langsung?

Di sini kita dapat lihat sendiri betapa kerana kerja yang sepatutnya menjadi keutamaan SPR tidak dibuat, lalu untuk nampak SPR ini kreatif diciptalah idea-idea yang sebenarnya tidak menyelesaikan pun masalah pokok dalam sistem demokrasi Malaysia.

Empat tuntutan BERSIH, sebuah badan gabungan yang memperjuangkan demokrasi dan pilihanraya yang adil, hingga kini tidak dipedulikan langsung oleh SPR. Yang paling asas iaitu penggunaan dakwat kekal, itu pun SPR berdolak-dalik sampai sekarang.

Jadi janganlah pengerusi SPR dan timbalannya syok sendiri membandingkan badan itu dengan rakan sejawat mereka di Thailand atau Indonesia. Di kedua negara berkenaan, SPR lebih bebas dan tidak dikongkong oleh Perdana Menteri atau Presiden mahu pun mana-mana parti politik.

Dan kerana SPR semakin merapu semata-mata mahu mencerahkan peluang BN dalam pilihanraya akan datang, mungkin ada baiknya BERSIH kembali merancang untuk menghimpunkan rakyat seperti dilakukan pada 2007 yang lalu. Dan kali ini dengan himpunan rakyat yang jauh lebih besar jumlahnya. 

Jumaat, 2010 Januari 29

Anwar: Najib wants me in jail quickly

Posted by rakyat marhaen

anwar By Karl Malakunas

MANILA: Opposition leader Anwar Ibrahim today accused the Najib regime of seeking to convict him quickly of sodomy as part of efforts to deflect attention against its own woes.

Anwar spoke out angrily after he lost his appeal for access to the government’s evidence against him in the sodomy trial, which is due to start this Tuesday and could see him jailed for 20 years.

“I’m shocked with the (government’s) impunity to go on with such a case despite overwhelming evidence to the contrary,” Anwar told AFP on a short trip to the Philippines.

Anwar accused Prime Minister Najib Abdul Razak of orchestrating efforts to have him convicted of sodomy, and said he feared the court could buckle under pressure from the government.

Asked if he thought he would win the case, Anwar said: “Yes, assuming the court agrees… to look at facts and the law. I’m confident of the facts.

“(But) I’m not too confident of the system because I think Najib is quite directly involved.”

Anwar said the court case may be over in a matter of weeks.

“It seems they want to rush it… their political masters want a quick conviction.”

Anwar insisted the government was seeking to jail him on sodomy charges only to eliminate his political challenge, as the Barisan Nasional was losing popularity amid corruption allegations and rising racial domestic tensions.

“I think Najib wants to deflect attention from the cases of corruption and the tensions that are brewing,” he said.

In Kuala Lumpur, Anwar’s lawyer said his legal team would seek a review of Friday’s Federal Court ruling that barred him from having access to the prosecution’s evidence against him.

“The court ruled that the evidence that we were seeking did not fall within the ‘necessary and desirable’ category and turned down the appeal,” lawyer Sankara Nair told AFP.

“It has far-reaching negative implications in Malaysian criminal law as it is a reversal of earlier positions in law allowing greater disclosure by the prosecutors so the accused can prepare his defence effectively.”

Sankara said he would seek a stay of the trial, which is due to begin on Tuesday, to give time for Anwar’s legal team to push for an appeal to strike out the case completely. 

Enjin Jet : Laporan PAC Banyak Kesangsian

Posted by rakyat marhaen

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hanya menimbulkan lebih banyak kesangsian apabila mendakwa tidak ada pihak atasan Tentera Udara Diraja Malayia (TUDM) yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang dua tahun lalu.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata pihaknya mencapai rumusan itu kerana tidak ada rekod TUDM digunakan untuk membawa keluar dua enjin berkenaan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan hasil siasatan itu dan menyifatkan laporan itu sebagai longgar dan perlu diperjelaskan dengan lebih teliti.

“Buat masa nie yang mengatakan tidak ada pihak atasan terlibat ini adalah satu persoalan yang besar. Adakah ia dicuri ? Kalau dicuri, soal keselamatan mereka kita pertikaikan. Tapi kalu kata dikeluarkan, bukan dicuri, bagaimana benda sebesar ini memerlukan kelulusan dari penjawat bawahan saja,” kata Azan.

“PAC telah memberikan kita gambaran bahawa kaedah pengurusan pengendalian aset- aset kerajaan yang menuntut tahap keselamatan yang tinggi tidak diuruskan dengan baik setakat ini,” tambahnya lagi.

Azan berkata orang awam tidak akan menerima penjelasan bahawa dua enjin jet pejuang boleh dibawa keluar dari negara ini, tanpa keperluan dokumen dan prosedur ketat.

“Benda tu perlu diangkat keluar dan melalui satu prosedur yang ketat. Ia perlukan semakan ketua komanden DEPO dan banyak lagi prosedurnya. Tapi hilang juga,”katanya.

“Mungkin benda itu dirancang dengan melibatkan individu yang mempunyai tanggungjawab yang ketat,” hujahnya lagi.

Azan berkata hasil siasatan PAC perlu diperinci dan dibahas di Parlimen dan tidak boleh diterima secara bulat.

“Bila PAC kata tidak ada orang atasan yang terlibat, kita masih tidak boleh buat apa- apa tindakan sebab PAC hanya keluarkan kenyataan itu selepas bermesyuarat sesama mereka dan saya yakin perkara ini akan dibentangkan diparlimen bulan 3 ini,” katanya.

“Saya akan mula mengkaji isi kandungan laporan itu dari semua sudut, prosedur, pengauditan, siasatan pengurusan kita akan tengok,” katanya.

Sidang Parlimen dijangka kembali bersidang Mac ini.

Keputusan p’raya kampus UM digantung

Posted by rakyat marhaen

Selepas rundingan lebih empat jam hari ini, Universiti Malaya mengambil keputusan untuk menggantung sementara keputusan pilihan raya kampusnya yang diumumkan semalam.

Menurut bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad, keputusan itu dipersetujui bersama oleh naib canselor, Ghauth Jasmon dan kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M).

 

  Ghauth juga bersetuju membenarkan kumpulan pro-M untuk melantik perunding bagi menguji sistem e-undi yang didakwa mereka dimanipulasikan.

Sekiranya dakwaan berkenaan berasas, Ghauth bersetuju pilihan raya kampus diadakan semula.

Ghauth juga berjanji akan menyiasat dakwaan yang timbalan naib canselor, Azarae Idris menyalah-gunakan kedudukannya dan terbabit memanipulasikan pilihan raya itu.

Selepas pengumuman butiran perbincangan itu, kumpulan pro-M berarak ke Dewan Tunku canselor untuk meraikan keputusan berkenaan.

 

  Mereka juga menghempas sebuah komputer sebagai melambangkan bantahan terhadap pengundian e-undi dan membawa komputer itu berarak di seluruh kampus.

Pada masa yang sama, mahasiswa berkenaan turut membakar akhbar Kosmo yang didakwa membuat laporan tidak tepat berhubung jumlah kerusi yang dimenangi mereka.

Sebelum ini, lebih 200 pelajar dari kumpulan pro-M yang tewas semalam mengugut akan mengadakan demonstrasi jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.Antara tuntutan awal mereka ialah supaya pilihan raya kampus diadakan semula dan pembatalan pengundian secara berkomputer atau e-undi.

Suasana tegang menyelubungi kampus UM sejak malam semalam dan pagi tadi apabila ratusan mahasiswanya berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori.

 

  Mereka berang selepas tewas tipis pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam dan mendakwa berlakunya penyelewengan.

Mahasiswa berkenaan memakai lilit kepala putih dengan tertera perkataan ‘bantah’ dalam tulisan merah.

Mereka berjaya menyerbu serta mengepung pejabat Canselori dan memaksa perjumpaan dengan Ghauth.

Pada awalnya, ketegangan memuncak apabila pelajar mahukan dialog terbuka tetapi ditolak oleh naib canselor.

Sebaliknya, Ghauth mencadangkan perjumpaan tertutup dengan sepuluh wakil yang dipilih oleh pelajar berkenaan.

 

  Cadangan itu dipersetujui dan rundingan diadakan sebelum ia ditangguhkan pada jam 1 petang tadi untuk solat Jumaat dan disambung semula selepas itu.

Turut berada di lokasi adalah kumpulan mahasiswa dari kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) yang berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M.

Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas. Dua daripada calon itu kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan Aspirasi.

 

Hina Raja: Penulis blog, Aduka Taruna didakwa…..Pengantin Glamour 2010

Posted by rakyat marhaen

Seorang penulis blog dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor.

 

  Khairul Nizam Abd Ghani, 29, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna, sebelum ini diperintahkan ditahan reman empat hari ole mahkamah majistret Kota Baharu.

Perintah tahanan reman itu berakhir hari ini.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Jan.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, hakim Zamri Bakar mengurangkannya sebanyak RM5,000 dengan mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok.

 

  Pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.

Ketika ditemui Malaysiakini selepas prosiding tersebut, Khairul Nizam berkata, tulisan yang dimuatkan di dalam blognya hanyalah novel semata-mata.

“Ia (tulisan saya) hikayat kesultanan Melayu Melaka zaman dahulu,” kata anak kelahiran Paroi itu.

Beliau kelihatan tenang sepanjang prosiding tersebut. Isterinya turut hadir di mahkamah.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu. 

 

Khalid Samad digantung, Hasan Ali hanya amaran…ha..ha… kes dah terbalik pulak dah..!!! ape-ape jek….!!!

Posted by rakyat marhaen

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Jan 29 — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad digantung daripada jawatannya manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali ‘terselamat’ dengan amaran sahaja.

Selain itu Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam dilarang daripada membuat sebarang kenyataan berkaitan dengan parti.

Khalid yang kini berada di luar negara merupakan anggota Lajnah Politik PAS.

Mengumumkan keputusan jawatankuasa disiplin petang ini, pengerusinya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata Hasan juga diberikan amaran daripada membuat sebarang kenyataan berkaitan Pakatan Rakyat.

 

 

Insiden Kepala Babi: Anasir dari UMNO dan Polis terlibat?

Posted by rakyat marhaen

Banyak pihak mengkritik Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali mendedahkan bahawa beberapa anggota UMNO terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati. Beliau akan mengumumkan nama mereka pada ketika yang sesuai. Mungkinkah kerana itu pihak Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil beliau untuk siasatan?

Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat. Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan, antaranya:

Pertama, kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.

Kedua, kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.

Ketiga, ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama UMNO ini untuk mengapikan kemarahan kaum.

Keempat, Ketua Polis Negara Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja – tidak orang biasa – yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.

Saya menggesa pihak-pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak sebagai yang sebenarnya.

*Kenyataan media oleh Syed Husin Ali, selaku Timbalan Presiden KEADILAN. 

 

Wanita ditembak polis tanpa sebab…Cerita sebenar Polis Yang Cuba Di Tutup..!!!

Posted by rakyat marhaen

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.

Dipaksa untuk membuat pengakuan

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai “kesalahan yang dilakukannya” sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Kemalangan jalan raya, kata polis

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan (gambar kanan) berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

IO yang mencederakan Norizan

Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan adalah orang yang mencederakannya pada hari kejadian berlaku.

Kemudian, Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam. Tetapi, beliau tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16 November 2009.

Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis. Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya. Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.

Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol. Walau bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain mempunyai rekod jenayah.

Keadilan untuk mereka yang tidak bersalah

Latheefa Koya (gambar kanan) menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera, malah mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh polis. Ketua Biro Penerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesak agar polis menyegerakan siasatan kes ini.

Beliau juga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian dan mengelakkan lebih orang dimangsakan sebegini. Malah, Latheefa Koya khuatir polis tidak akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.

“Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan hari ini. Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi mempertahankan keadilan untuk semua orang. Kami berharap polis memandang kes ini dengan serius, menyiasat. Ini bukan mengarut… Ini untuk mengelakkan mangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka (polis) akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup,” ulasnya.

Norizan antara yang hidup dan tampil ke depan

Surendran (gambar kiri) pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes “shoot-to-kill” (tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.

“Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembak mati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis,” katanya.

Malah, Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yang ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009.

Menurut Surendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang. 

 

MP DAP disiasat mengikut Akta Hasutan

Posted by rakyat marhaen

Ahli parlimen Teluk Intan M Manogaran dipanggil untuk siasatan polis hari ini, dipercayai mengikut Akta Hasutan, berhubung ucapannya pada satu ceramah minggu lalu yang mengaitkan Umno terlibat dalam serangan ke atas rumah ibadat.

 

  Manogaran berkata ucapan itu dibuat dalam satu ceramah bersama beberapa pemimpin PKR termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Teluk Intan pada 22 Jan lalu.

Katanya, pada ucapan berkenaan, beliau secara umumnya mendakwa Umno terlibat dalam siri serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

“Tapi saya kata begitu dalam konteks Umno sebagai tulang belakang kerajaan. Jadi apa-apa yang berlaku kepada rakyat, Umno mesti bertangungjawab,” katanya yang akan memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Setapak petang ini.

Tambahnya lagi, ketika dihubungi Malaysiakini, beliau bagaimanapun tidak mempunyai rekod ucapan berkenaan kerana berucap secara spontan tanpa teks pada ceramah di Cenderiang Balai itu

“Saya bercakap tanpa teks dan tidak mempunyai rekod ucapan tersebut. Polis ada rakaman (ucapan) itu dan saya nampak ada juga beberapa orang yang merakam dengan kamera video,” katanya lagi.

Dihubungi tiga hari lalu

Tambahnya, polis Teluk Intan telah menghubunginya sejak tiga hari lalu untuk merakam keterangannya, namun beliau tidak dapat berbuat demikian kerana berada di Kuala Lumpur.

“Hanya hari ini saya lapang untuk bertemu mereka di Kuala Lumpur,” katanya lagi yang menyifatkan tindakan polis memanggilnya memberi keterangan itu sebagai “prosedur biasa.”

“Cuma, saya harap ini bukan bermotifkan politik semata-mata sebab saya sebut Umno terlibat (dalam insiden serangan ke atas rumah ibadat),” katanya lagi.

Manogaran merupakan individu pertama yang disiasat polis kerana mengaitkan Umno dalam insiden serangan ke atas rumah ibadat.

Naib presiden PKR,

 

  Azmin Ali turut membuat kenyataan serupa kelmarin dengan mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa ahli Umno terbabit dalam serangan 8 Jan itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam berkata polis tidak akan mengambil kenyataan daripada Azmin berhubung dakwaan itu yang diketepikan sebagai “kenyataan politik.” 

 

 

 

Kepala babi: Pihak berkuasa diminta siasat kesimpulan penduduk

Posted by rakyat marhaen

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali menggesa pihak berkuasa meneliti beberapa kesimpulan yang buat penduduk berdasarkan beberapa petunjuk awal dalam kejadian melempar kepala babi hutan di dua masjid di Petaling Jaya, Rabu lalu.

Dalam satu kenyataan, beliau memberitahu terdapat empat kesimpulan besar berhubung perkara itu dapat dibuat iaitu:

Pertama: kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.

Kedua- Kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih tepatnta Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia haram dalam Islam.

Ketiga- Ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang ekstremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama Umno ini untuk mengapikan kemarahan kaum.

Dan keempat- Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi hutan itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki bukan orang awam biasa yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus melainkan dia seorang yang mempunyai kuasa.

“Saya menggesa pihak-pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak sebagai yang sebenarnya,” katanya.

Dalam kejadian 27 Januari lalu, dua bungkusan masing-masing berisi dua kepala babi hutan dilemparkan di perkarangan masjid Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR Azmin Ali turut mendakwa ahli Umno terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati dan akan membaut pendedahan lanjut berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Kementerian Dalam Negeri bagaimanapun memutuskan Azmin tidak perlu dipanggil untuk membantu siasatan.

FRU ‘berpesta’ di Batu Caves

Posted by rakyat marhaen
img0030a

img0031a

img0033a

BERITA TERDAHULU

Gambar-gambar ini dirakam sekitar pukul 7.45 pagi ini di Jalan Cheras. Deretan kenderaan FRU berserta ‘lokap bergerak’ menghala ke arah pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Ke mana destinasi kenderaan FRU ini adalah tidak pasti. Adalah dipercayai sedang menuju ke Batu Caves tempat sambutan perayaan Hari Thaipusam.

BBERITA BERKAITAN

Selangor dakwa polis sabotaj Thaipusam

Polis petang semalam merobohkan pentas yang telah siap dibina oleh kerajaan negeri Selangor untuk menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves.

Pentas berkenaan bertujuan digunakan bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan bantuan RM1 juta kepada sekolah-sekolah Tamil dan kuil-kuil Hindhu di negeri itu.

“OCPD Gombak (Abdul Rahim Abdullah) dan pegawai polis lain datang pada jam 6.30pm dan mendakwa ia (perobohan) untuk tujuan keselamatan,” kata penyelaras program itu yang juga Ahli Majlis Tempatan Selayang, George Gunaraj.

Beliau juga mendakwa Abdul Rahim telah memberikan kebenaran lisan bagi pembinaan pentas itu ketika mesyuarat menganjurkan sambutan Thaipusam itu.

Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar juga mendakwa mereka telah mendapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Selayang.

Beliau berkata arahan pihak polis itu amat mencurigakan dan berkemungkinan besar menjurus kepada lawatan Perdana Menteri Najib Razak hari ini.

Beliau bersama-sama Adun Batu Caves Amirudin Shaari bergegas ke lokasi untuk meninjau tindakan polis ini, dan meminta penjelasan namun polis enggan bekerjasama.

“Kita telah angkat program ini di laman sesawang kerajaan negeri, promosi besar-besaran telah dibuat, ribuan pengunjung tahu akan program ini. Selepas perbincangan dibuat dan persetujuan dicapai, mengapa disaat-saat akhir polis mahu berhentikan acara ini,” kata Xavier.

Sambutan Thaipusam adalah sebahagian daripada program pelancongan Selangor Shines yang diusahakan kerajaan negeri bersama Tourism Selangor dan syarikat telekomunikasi Digi.

Sambutan mesra rakyat kerajaan negeri sempena Thaipusam telah dirancang sejak tiga minggu lalu bersama-sama Majlis Perbandaran Selayang, penduduk dan pihak keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata pentas konsert itu didirikan di kawasan untuk kenderaan-kenderaan polis.

Khalid berkata polis tidak membantah sekiranya pentas diadakan di lokasi berbeza.

Beliau turut berkata alasan ini telah dimaklumkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kita telah pun rancang program ini bersama-sama barisan penganjur, dan Majlis Perbandaran Selayang tiga minggu sebelum Thaipusam.

“Dalam masyuarat itu, pihak polis telah tunjukkan penempatan unit polis sepanjang acara Thaipusam. Pihak MPS telah meluluskan tempat ini untuk acara kerajaan negeri, dan saya bersama-sama polis telah melawat lokasi ini,” jawab Xavier.

Xavier menjelaskan tapak dan waktu yang dipilih untuk menganjurkan pesta Thaipusam ini tidak bercanggah dengan aturcara Perdana Menteri Najib Razak.

Katanya, jika Najib turut melawat pesta ini, kerajaan negeri akan mengalu-alukan kedatangan beliau sebagai tetamu kehormat. –

MKini

Oleh DAP Melayu 

 

Hina Raja: Penulis blog, Aduka Taruna didakwa

Posted by rakyat marhaen


Seorang penulis blog, yang disiasat berhubung kesalahan menghina Sultan Johor, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

 

  Pemuda 29 tahun itu, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna, ditahan reman di Majistret Kota Bharu selama empat hari yang berakhir hari ini.

Menurut peguammnya, Mohd Razlan Jalaludin, Aduka Taruna telah tiba di mahkamah berkenaan selepas solat Jumaat tadi dan sedang menunggu pendakwaan terhadapnya dimulakan.

Penulis berkenaan menyerah diri di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu Isnin lalu.

Beliau akan didakwa bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda RM50,000, satu tahun penjara atau kedua-duanya.

Wan Azizah Nama Pertama Senarai Saksi Alibi Kes Liwat Anwar

Posted by rakyat marhaen

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail adalah antara saksi alibi berhubung kes liwat membabitkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai tertuduh, kata polis hari ini.

“Untuk makluman, nama Datuk Seri Wan Azizah adalah nama pertama dalam senarai antara 13 orang saksi alibi dalam notis alibi di bawah Seksyen 402 A Kanun Prosedur Jenayah yang dikemukakan melalui peguam S.N Nair dan Partners,” Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan media bahawa R.Sivarasa, antara peguam kepada Anwar, tidak ingat nama Wan Azizah ada dikemukakan sebagai alibi dalam kes itu. Wan Azizah dipanggil polis tiga hari lepas untuk memberi kenyataan.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Semalam, Anwar memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan Selasa ini.

Peguamnya S.N.Nair berkata mahkamah telah menetapkan Selasa juga bagi Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah mendengar permohonan itu dan sama ada perbicaraan itu diteruskan atau sebaliknya bergantung kepada keputusan hakim.

Nair berkata perbicaraan itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Anwar berhubung penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonannya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Anwar memfailkan notis rayuan terhadap perintah itu pada 10 Dis lepas. Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh bagi mendengar rayuan itu.

Pada 1 Dis 2009, Mohamad Zabidin menolak permohonan Anwar dan menetapkan perbicaraan selama sebulan mulai 25 Jan 2010.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung permohonannya itu bagi mendapatkan dokumen yang didakwanya adalah penting bagi pembelaannya, memerintahkan perbicaraan ditunda ke 2 Feb sementara menunggu keputusan mahkamah.

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan itu hari ini. – BERNAMA 

 

Siapa nak jadi si ‘bangang’ ?

Posted by rakyat marhaen

Dah bangang ka apa perempuan melayu fikir macam ni ! Bila disebut ‘bangang’, marah plak nanti..tapi yang bodoh melampau ikut promo ni memang jelas ‘bangang’.

SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends. The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.“We will know how many by Valentine’s evening.” State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said: “We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.” (The Star)

___oleh : mantot

Siapa yang persuade ni? Takde pun pihak tu disebutkan ?

Tak pakai underwear untuk boyfriend, BODOH.
Sambut valentine ?, LAGI BODOH.
Melayu ikut benda-benda camni, SUPER BODOH.

Tersenyum apabila ditanya benda-benda camni DAN sambut valentine, UMMI BODOH! Perempuan Melayu ramai jugak sebenarnya yang suka dieksploitasi.
Siap laa.., aku nampak perempuan melayu ‘islam’ tak pakai panties 14hb Februari, aku pegi swipe credit card dekat celah bontot dia. It’s A New World Now! Takleh marah ok !

 

Ir Mustafa Salleh, Dilantik CEO PMBK Yang Baru

Posted by rakyat marhaen

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan parti kerana memberi peluang kepada saya berada di PMBK selama ini.Saya juga berharap Ketua Pegawai Eksekutif baru dapat meneruskan segala agenda yang telah dijalankan dan menambah baik apa yang ada sekarang – Ariffahmi

Ariffahmi serah tugas CEO PMBK

Isu membabitkan Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhirnya berpenghujung apabila kedudukannya di agensi itu berakhir 31 Januari ini.

Petang tadi, berlangsung majlis perpisahan dan serah tugas yang disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tempat Ariffahmi diganti bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Sebelum ini, menantu menteri besar itu menghantar notis meletak jawatan yang akan berakhir pada 23 Mac hadapan.

Bagaimanapun, ia dipercepatkan lagi bagi membolehkan pengurusan baru mengambil alih tanggungjawab.

Isu membabitkan Ariffahmi timbul ekoran wujud dakwaan berlaku penyelewengan sehingga Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malayasia (SPRM) membuka fail siasatan.

Kesnya tersebar kepada umum ekoran sebuah blog milik bekas pegawai PMBK yang mendedahkan pelbagai isu membabitkan Ariffahmi.

Ketika ditemui beliau memberitahu telah menerajui agensi korporat milik kerajaan negeri itu sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) selama lima tahun dua bulan.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan parti kerana memberi peluang kepada saya berada di PMBK selama ini.

“Saya juga berharap Ketua Pegawai Eksekutif baru dapat meneruskan segala agenda yang telah dijalankan dan menambah baik apa yang ada sekarang,” katanya.

Pada majlis itu anak-anak syarikat PMBK menyampaikan cenderahati kepada Ariffahmi sebagai tanda ingatan.

Hadir sama Pegawai Kewangan negeri, Faudzi Che Mamat, Pegawai Sulit Khas Menteri Besar, Rosdi Abdullah dan pegurus-pengurus anak syarikat di bawah PMBK.

Ir Mustafa pula melahirkan iltizam akan meneruskan usaha yang telah dilakukan Ariffahmi sebelum ini bagi meneruskan kecemerlangan agensi tersebut.

“Saya berharap mendapat kerjasama semua agensi kerajaan dan syarikat-syarikat anak bagi melancarkan lagi pentadbiran PMBK.

“Terima kasih juga kepada pimpinan kerajaan negeri kerana memberi kepercayaan kepada saya menerajui syarikat besar seperti PMBK,” ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul ketika berucap ringkas pada majlis tersebut turut melahirkan rasa sedih dan menghargai sumbangan Ariffahmi sepanjang berkhidmat di PMBK.

 

TOLAK E- UNDI ADALAH E-TIPU KERJA EEEE

Posted by rakyat marhaen

BANGUN MELAWAN

DUA PELAJAR DI TANGKAP DI UKM

Lima buah trak polis dan FRY telah masuk ke dalam kampus UKM.

Polis telah menyekat para peljar dari berarak dari masjid
ke Chanselori.

Dua pelajar ditangkap.

Ini adalah akibat para mahasiswa UKM tidak puas hati
dengan tipu helah pihak pentabiran UKM yang mengkelentong
pemilihan wakil MPP dengan mengguna e-undi.

Pengundian e-undi berlaku kelmarin.

E-undi adalah satu mekanisma di mana siapa memegang
sever akan menguasai undi.

Pada tahun 2004 e-undi telah digunakan di Florida dimana
adik George Bush menjadi Governor. Hasilnya ramai
penyokong parti Demokrat hilang undi.
George Bush menang di Florida.

Hingga ke hari ini rakyat Amerika masih lagi
menganggap George Bush telah menipu untuk
masuk ke Rumah Puteh untuk kali kedua.

Waspada! E-undi akan di perkenalkan di Malaysia
tidak lama lagi. Para kontrek jungkies telah memulakan
rundingan dengan pembuat dan pengamal sistem e-undi ini
di India.

Ingat ! Siapa yang punya sever dialah yang akan
menentukan jumlah undi !

Tukar Tiub.

 

 

Anwar dinafikan bahan bukti oleh mahkamah persekutuan, apa maksud sebenar?

Posted by rakyat marhaen

Sebagaimana yang dijangka, Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan dokumen dan bukti relevan bagi membolehkan peguam beliau menyediakan pembelaan tuntas untuk perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri itu pada Selasa depan.
Anwar telah meminta salinan kenyataan penuduh Saiful Bukhari Azlan, laporan perubatan yang relevan dan salinan rakaman video di pintu masuk kondominium Jalan Setia kasih, Bukit Damansara di mana Saiful mendakwa tuduhan fitnah liwat itu berlaku pada Jun tahun 2008 .
Peguam-peguam Anwar memohon untuk diberikan akses kepada bahan bukti itu bagi membolehkan mereka menyediakan soal balas yang bernas terhadap saksi yang dikemukakan oleh pendakwaraya, demi memastikan keadilan.
Hakim Abdul Hamid Embong bagaimanapun mengumumkan bahawa panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan Anwar tidak berhak mendapatkan salinan bukti yang dipohon itu.
Keputusan itu selari dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan Anwar mendapatkan salinan bukti yang dipohon itu.
Hakim Mahkaman Tinggi Mohd Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar itu kerana berpendirian Ketua Pembangkang itu perlu diberikan ruang secukupnya untuk menyediakan pembelaan tuntas.
Namun keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini bermakna Anwar telah gagal dalam semua permohonan beliau di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan pembelaan daripada tindakan-tindakan yang diambil oleh Peguam Negara Gani Patail.
Saiful membuat tuduhan itu beberapa hari selepas beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Najib Razak dan sehari selepas beliau mengadakan pertemuan “sulit” dengan seorang pegawai polis kanan Rodwan Mohd Yusuf.
Rodwan adalah pegawai polis yang dilaporkan cuba memalsukan bukti DNA terhadap Anwar ketika perbicaraan beliau pada tahun 1999.
Tuduhan itu dibuat oleh Saiful ketika Najib sedang memimpin kempen Umno untuk menghalang Anwar daripada memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh dan sekali gus diangkat menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.
Tuduhan fitnah itu gagal mengalihkan sokongan untuk Anwar yang menang dengan majoriti besar dan mantan Timbalan Perdana Menteri itu kini menjadi seteru politik utama Najib.
sumber:tvselangor

 

Pelajar ugut lakukan demonstrasi jalanan

Posted by rakyat marhaen

 TERKINI Pelajar Universiti Malaya (UM) dari kumpulan pro-Mahasiswa yang tewas pada pilihan raya kampus semalam mengugut akan mengadakan demonstrasi jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.Antara tuntutan mereka ialah supaya pilihan raya kampus diadakan semula dan pembatalan pengundian secara berkomputer atau e-undi.

Ketika ini, perbincangan sepuluh wakil pelajar berkenaan dengan Naib Canselor UM, Ghauth Jamsoon dihentikan seketika untuk solat Jumaat.

 

 Tengah hari tadi, suasana tegang sekali lagi menyelubungi kampus UM apabila lebih 200 mahasiswanya berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori. 

Mereka berang selepas tewas tipis pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam dan mendakwa berlakunya penyelewengan.

Mahasiswa berkenaan memakai lilit kepala putih dengan tertera perkataan ‘bantah’ dalam tulisan merah.

Mereka berjaya menyerbu serta mengepung pejabat Canselori dan memaksa perjumpaan dengan Ghauth.

Pada awalnya, ketegangan memuncak apabila pelajar mahukan dialog terbuka tetapi ditolak oleh naib canselor.

Sebaliknya,

 

 Ghauth mencadangkan perjumpaan tertutup dengan sepuluh wakil yang dipilih oleh pelajar berkenaan. 

Cadangan itu dipersetujui dan rundingan diadakan sebelum ia ditangguhkan pada jam 1 petang tadi untuk solat Jumaat.

Turut berada di lokasi adalah kumpulan mahasiswa dari kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) yang berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M.

Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas. Dua daripada calon itu kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan Aspirasi.

 

 

ISA MENGGANAS LAGI (BHG 2)

Posted by rakyat marhaen

Oleh DAP Melayu

Operasi menangkap Ustaz Azzahari mempunyai skrip yang hampir sama dengan operasi penangkapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis kerana mengajar agama tanpa tauliah di Hulu Klang, Selangor hampir 2 bulan yang lalu.

Kuliah hadits dari Kitab Riyadhus Salihin oleh Dr Mohd Asri sebelumnya diadakan di Surau Taman Sri Ukay, Hulu Klang dan berjalan lebih kurang setahun lamanya. Kitab Riyadhus Salihin susunan Imam Nawawi telah diterjemah dan diterbitkan oleh JAKIM.

Setelah Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, rombakan secara besar-besaran terhadap jawatankuasa masjid dan surau seluruh Selangor telah dibuat. Jawatankuasa Surau Taman Sri Ukay yang baru tidak membenarkan lagi kuliah hadits oleh bekas Mufti itu dibuat disitu. Demi memenuhi hasrat ahli jemaah yang mahukan kuliah diteruskan, seorang penduduk Pak Ya (nama panggilan) telah bermurah hati menjadikan rumahnya menjadi lokasi kuliah yang baru. Di situlah kuliah Dr Mohd Asri diserbu oleh JAIS dan polis, di mana selain penduduk tempatan, kuliah itu turut dihadiri sebilangan besar pelajar UIAM.

Dalam operasi penangkapan ISA yang terbaru kira-kira pukul 9.30 malam pada 21 Januari yang lalu, sekumpulan pelajar UIAM berserta beberapa orang awam telah ditahan oleh polis ketika sedang mengikuti kuliah dalam bahasa Arab yang disampaikan oleh Syeikh Aiman Yusuf Al-Daqqaq di Darul Ilmi, Sg Chinchin, Gombak. Ustaz Azzahari ketika itu turut menghadiri kuliah tersebut. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) melaporkan bahawa seramai 50 orang telah ditangkap dalam kejadian itu walaupun dinafikan oleh Menteri Dalam Negeri.

Tahanan telah dibebaskan keesokan hari kecuali Ustaz Azzahari, Syeikh Aiman dan 8 orang yang lain yang dikatakan warga asing. Sehingga kini keadaan mereka tidak diketahui.

“Mereka ada kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa dan akan menjejaskan keselamatan negara kita jika kami tidak mengambil tindakan,” kata Menteri Dalam Negeri ketika diminta mengulas laporan media yang mendakwa tahanan terbabit ada kaitan dengan warga Nigeria, Umar Farouk Abdulmutallab, 23, yang ditahan di Amerika Syarikat selepas lelaki itu cuba meletupkan bahan letupan di atas sebuah kapal terbang tahun lepas.

Kuliah Syeikh Aiman sebelum ini diadakan di dalam Masjid UIAM, pada setiap hari Selasa, Jumaat dan Ahad. Kuliah beliau dalam bahasa Arab dan mengajar kitab-kitab Aqidah Al-Wasatiyyah, Sirah Arrahiq Makhtum dan Kitab Al-Fitan. Seperti juga Dr Mohd Asri, Syeikh Aiman telah dituduh sebagai Ketua Wahabi UIAM, lantaran itu kuliah beliau berpindah ke Darul Ilmi. Malah kuliah beliau di Darul Ilmi disiar secara langsung melalui internet.

Syeikh Aiman Yusuf Al_Daqqaq adalah berasal dari Syria. Beliau adalah lulusan UIAM dan kini sedang menyiapkan pengajian PHDnya di Universiti Sains Malaysia (USM) di bawah penyeliaan Dr Radzi Othman, yang merupakan bos kepada Dr Mohd Asri semasa beliau di USM. Selain memberi kuliah di Masjid UIAM, Gombak, Syeikh Aiman turut mengajar di Masjid Al-Malik Al-Khalid di USM. Kitab yang beliau ajar di USM ialah Adab al-Mufrad li al-Imam al-Bukhari. Beliau juga mengajar kitab Mukhtasar al-I’tisom dan kitab Fath al-Baari Syarh Shahih al-Bukhari.

Di luar negara beliau sering dijemput membentang kertas kerja di seminar-seminar dan forum antarabangsa. Malah 2 tahun lepas beliau turut dijemput berucap dalam Seminar Antarabangsa Pemikiran Muhammad Abdul Wahhab di Kangar, pada seminar anjuran Kerajaan Negeri Perlis. Adakah orang seperti beliau adalah pengganas ?

Seluruh umat Islam patut merasa khuatir jika mereka yang ditahan itu, pada bila-bila masa sahaja diserahkan kepada Kerajaan Kuffar Amerika Syarikat untuk dipenjara dan diseksa di Kem Guatanamao sebagaimana terjadi kepada bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) warga AS, Bilal bin Mohammad beberapa tahun lalu.

(bersambung) 

 

Royalti- Tembelang Najib Pecah

Posted by rakyat marhaen

Tembelang Datuk Seri Najib Tun Razak kini pecah, baunya sangat busuk, sekaligus melambang busuknya hati pimpinan BN.

Sekarang ini terbongkar sudah mengapa `Najib and the geng’ dan Kerajaan BN Pusat bermati matian untuk tidak memberikan royalti minyak kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Pendedahan berani oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu, yang juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak berjumlah RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya. Wow!, Kerajaan PAS Kelantan kaya .

Ini yang Najib tidak mahu lihat, dia tidak mahu Kelantan menjadi negeri yang terkaya, lebih kaya dari negeri negeri yang BN perintah. Jauh lebih kaya dari negeri kelahirannya Pahang.

Pemimpin pemimpin BN bukan mahu lihat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kaya dari negeri negeri yang dikuasainya. Kalau boleh mereka mahu negeri negeri yang Pakatan Rakyat perintah miskin, jadi peminta sedekah kepada kerajaan BN Pusat. Inilah yang `Najib and the geng’ mahu.

Pendedahan Tengku Razaleigh itu jelas menunjukkan Kerajaan Kelantan memang berhak mendapat royalti minyak berjumlah RM2 billian. Tengku Razaleigh bercakap berdasarkan fakta kerana beliau adalah bekas Pengerusi Petronas.

Tetapi jenis specis yang `busuk hati’ dan rasa tidak senang hati melihat negeri lain kaya daripadanya. Sikap mazmumah menghantaui fikiran dan hati mereka, kerana itu wang royalti minyak untuk Kelantan tidak diberikan.

Apa pasal Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya. Jawapannya mudah sahaja. Sabah dan Sarawak dikuasai BN. BN Pusat kena jaga sungguh sungguh Sabah dan sarawak kerana kedua dua negerilah penyelamat Umno/BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Jika tidak kerana calon BN dari Sabah dan Sarawak menang besar, alamatlah BN sudah tersungkur menyembah bumi pada pilihanraya umum yang lalu. Oleh kerana itu BN Pusat kena jaga sungguh sungguh kedua dua negeri ini, saperti `menatang minyak yang penuh’ kerana di kedua dua negeri ini minyak banyak, kalau tidak dijaga sungguh sungguh nanti minyaknya tumpah, alamat Pakatan Rakyat pula yang dapat.

Jika hak royalti minyak itu tarik balik oleh BN Pusat terhadap Sabah dan Sarawak, jadi isu besarlah, pilihanraya di kedua dua negeri nanti BN `bungkus macam lepat pisang’ di negeri itu.

Bayangkan Kerajaan PAS Kelantan dapat royalti minyak RM2 billion, pastinya banyak pembangunan dapat dibuat. Kelantan jadi negeri termaju, lebih maju dari negeri yang BN kuasai.

Inilah Najib takut. Najib tak mahu negeri Pakatan Rakyat banyak wang, negeri dikuasai BN yang miskin papa kedana. Sudahlah negeri yang maju dan banyak hasil itu Selangor sudah terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, nanti Kelantan pula jadi negeri terkaya jika royalti diberikan, “tobat lahom’ Najib tidak akan bagi royalti kepada Kerajaan PAS Kelantan

Jenis pesis busuk hati ini bukan mahu lihat orang lain senang dan kaya, mereka mahu puak puak dan negeri negeri yang dikuasai mereka sahaja yang kaya.

Negeri negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat biar papa kedana dan hidup merempat dan meminta minta, macam peminta sedekah di kaki lima kedai. Begitulah busuknya hati mereka.

Sekarang ini tembelang Najib dan pimpinan BN serta Kerajaan Pusat sudah pecah, baunya busuk, sebusuk perangai mereka. Rakyat sudah tahu kenapa Kerajaan BN Pusat tidak mahu royalti itu diberikan kepada Kelantan.

Pemimpin pemimpin BN tidak perlu lagi mencari seribu alasan. Orang sudah tahu apa yang ada dalam `perut dan hati’ mereka. Kerajaan BN Pusat telah menzalimi rakyat Kelantan, tetapi ingat sampai bila Kerajaan BN Pusat hendak kaut untung dari hasil minyak dan menafikan pemberian royalti kepda Kerajaan Kelantan.

Rakyat yang dizalimi pastinya berdoa, doa orang dizalimi pasti Allah terima. Tunggullah nanti `Najib and the geng’ serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Jika `Najib and geng’ serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum akan datang `baunya lebih busuk’ lagi, lebih busuk dari air najis dan air longkang. Ketika itu selayaknya BN dicampakkan ke longkang. 

 

SAFAR JUMAAT: Royalti-Mungkinkah Ku Li dipecat dari Umno?

Posted by rakyat marhaen

SIAPAKAH di kalangan orang Umno yang sanggup mencadangkan supaya Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipecat dari parti ekoran kesediaan beliau mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan pakatan pembangkang?

Kelazimannya, mana-mana ahli parti tidak dibenarkan menyertai mana-mana majlis pembangkang, apatah lagi memainkan peranan penting seperti menjadi pengerusi, berucap dan mengambil bahagian – atas apa juga niat.

Semalam (Khamis), Tengku Razaleigh sudah pun berucap di hadapan 20,000 hadirin di Stadium Sultan Mohamed ke IV, Kota Bharu dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Khabarnya, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar juga hadir mengiringi Tengku Razaleigh.

Apa yang diperkatakan Tengku Razaleigh ketika berucap di stadium tidak perlu diperbahaskan kerana beliaulah orang yang bertanggungjawab membuat perjanjian Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan dahulu, tetapi suatu perkara yang perlu dibincangkan di sini ialah keberanian dan kesanggupan Ahli Parlimen Gua Musang ini untuk ‘membayar hutangnya’ kepada rakyat Kelantan.

Siapa selain Tengku Razaleigh dari kalangan mereka yang masih berada di dalam Umno sanggup ‘membayar hutang’ serupa kepada rakyat Kelantan, bercakap benar dalam isu royalti, bukan wang ihsan – seterusnya sanggup menerima hukuman dari parti yang mereka wakili, demi mendahulukan rakyat (Kelantan) dan mengutamakan pencapaian?

Tengku Razaleigh sebenarnya memang mempunyai keberanian yang mencukupi. Jika tidak kerana keberaniannya, mustahil beliau boleh menentang Dr. Mahathir Mohamad dalam perebutan jawatan Presiden Umno 1987 dahulu.

Atas sebab keberaniannya jugalah tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46 (S 46) yang menyebabkan ramai juga yang menang kerusi DUN dan Parlimen atas tiket parti itu, termasuk Allahyarham Kahar Ahmad di Muar, Tarikh Junid di Selangor, seorang di Jerantut dan ramai dari Kelantan.

Hari ini, apabila Tengku Razaleigh menyanggupi tawaran mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan ia sekaligus menafikan dakwaan beberapa pihak dalam Umno, kononnya Tengku Razaleigh hari ini bukan lagi Tengku Razaleigh yang pernah bertanding jawatan Presiden Umno dalam tahun 1987.

Malahan, Tengku Razaleigh sudah berjaya mencetuskan kontroversi kerana kesanggupannya menerima jemputan memberi ceramah sempena Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum, semalam.

Agaknya, Tengku Razaleigh sendiri sudah lama tidak berhadapan dengan 20,000 hadirin seperti mana majlis semalam, kerana jika program itu anjuran Umno atau BN, khalayak seperti itu mustahil akan dapat disaksikan!

Inilah kelebihan Pas – sikap dan disiplin penyokong-penyokongnya yang sentiasa bersedia memenuhi ruang untuk mendengar ceramah, lebih-lebih lagi dengan kehadiran tokoh-tokoh besar seperti Tengku Razaleigh duduk bersekali dengan Menteri Besar Kelantan.

Umno mungkin melihat Tengku Razaleigh tidak menyayangi parti itu lagi kerana sanggup menerima jemputan pembangkang, tetapi dalam masa yang sama, orang-orang Umno tidak pernah pun mahu memikirkan apakah yang mereka pernah beri kepada Tengku Razaleigh ketika Tengku Razaleigh yang mempunyai banyak pengalaman untuk berhadapan dengan rakyat.

Barangkali, mereka memikirkan, jika Tengku Razaleigh diberikan peranan, jawatan dan tugasan, menyebabkan Tengku Razaleigh akan menjadi popular hingga menyebabkan jawatan Presiden Umno tergugat.

Atau, mereka fikir, Tengku Razaleigh sudah tidak mempunyai apa-apa pengaruh lagi kepada khalayak yang menyebabkan mereka mahu Tengku Razaleigh dijauhkan dari mata dan ingatan rakyat!

Hari ini, jika Umno mahu menyenaraikan ‘musuh-musuh’ baru mereka, satu senarai panjang akan dilihat. Selain Tengku Razaleigh, Dr. Mahathir Mohamad juga bolehlah dianggap sebagai seorang bekas pemimpin Umno yang tidak memberi keuntungan kepada Umno.

Serangannya terhadap ura-ura Umno mahu mencalonkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN di DUN Bagan Pinang tidak lama dahulu sudah cukup merimaskan. Ini belum lagi soal kekosongan jawatan Pengerusi dan Pengarah Urusan Petronas di mana beliau adalah Penasihatnya.

Dr. Mahathir juga dilihat sering berbalah dengan Menteri-Menteri Kabinet, antaranya Datuk Mohd Nazri Aziz – isu terbaru soal kursus anjuran BTN yang menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak campurtangan dan meminta semua pihak mengunci mulut dari memperkatakannya.

Ini belum masuk nama-nama seperti Datuk Seri Chua Jui Meng, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution Ismail dan ramai lagi, mereka yang pernah memegang jawatan dalam parti dan kerajaan.

Tengku Razaleigh dan Dr. Mahathir masih ahli Umno. Namun, kecenderungan mereka bercakap benar menyebabkan Umno resah dan gelisah.

Tidak hairanlah kalau Tengku Razaleigh memberitahu kawan-kawan rapatnya, beliau perlu menjelaskan hutangnya kepada rakyat Kelantan dalam isu perjanjian royalti antara Kelantan dengan Petronas.

Hari ini, jika terlintas di fikiran Najib mahu memberikan jawatan kepada Tengku Razaleigh, mungkin ia sudah terlambat. Tengku Razaleigh tidak mungkin mahu berundur setapak ke belakang demi menerima jawatan dan tawaran.

Tengku Razaleigh bukan budak-budak yang boleh disuapkan dengan gula-gula untuk menutup mulutnya dari bercakap perkara-perkara yang benar. Malahan, Najib mungkin tidak mempunyai cukup keberanian untuk menawarkan apa-apa jawatan dan peranan kepada Tengku Razaleigh sekarang, selepas Najib berkeras tidak mahu memberikan royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Siapa Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Dr. Awang Adek Hussein dan Datuk Ibrahim Ali yang mahu tampil bercakap soal royalti dan ihsan selagi Tengku Razaleigh ada di maya pada ini?

Ku Li setuju Kelantan tolak sertai Jawatankuasa Wang Ehsan

Posted by rakyat marhaen
Yusri Amin & Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 29 Jan: Mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah turut menyokong tindakan Kerajaan Kelantan menolak penyertaan sebagai wakil kerajaan negeri dalam Jawatan Kuasa Wang Ehsan yang akan dikendalikan Jabatan Kerajaan Persekutuan (JPP).

Bercakap pada sidang media selepas berucap di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi, beliau yang lebih mesra dengan membahasakan dirinya Ku Li menegaskan bahawa ‘royalti’ bukan ‘wang ehsan’ dan ‘wang ehsan’ bukan ‘royalti’.

“Baguslah tu, kalau Kerajaan Negeri buat sikap begitu.

“Jangan tanya saya,tanya rakyat Kelantan ,mereka terima atau tidak wang tersebut, yang jelas sekarang rakyat Kelantan telah menolak cadangan mereka yang hendak salurkan wang tersebut pada JPP dan kalau kerajaan Kelantan tak mau terima ia tidak ada gunanya” ujar beliau lagi.

“Itulah saya katakan (bahawa) kita semua walau pun (dianggap) miskin di Kelantan ni, (namun) kita bukanlah tok fakir (peminta sedekah),” katanya yang juga bekas Menteri Kewangan.

Mengulas tindakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang menafikan hak Kelantan mendapat royalti dan hanya mendapat wang ehsan, Ku Li berkata, Mustapa hanya pengampu kerajaan.

“Jangan sebut lagi nama Mustapa, bosan saya mendengarnya dan dia tu pengampu” katanya.

Royalti jelasnya adalah hak Kelantan mengikut perjajian yang dibuat kerajaan negeri itu dengan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petronas 1974 (PDA) sewaktu beliau menjadi pengerusi.

“Kerajaan Persekutuan tawarkan wang ehsan, sama ada dia nak ambil daripada wang minyak yang dimiliki oleh Petronas atau pun daripada punca lain, itu dia punya pasal.

“Tetapi soalnya, yang utama ialah royalti yang menjadi hak. Ini ‘sovereign rights’ rakyat Kelantan,” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga turut menyatakan kesanggupannya menjadi ‘jambatan’ antara kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan Petronas.

Selain itu beliau turut memaklumkan bersedia menjadi Pengerusi Kaukus Parlimen berhubung perkara tersebut.

“Saya sedia menerimanya, namun saya belum dapat pengesahan daripada Ahli-Ahli Parlimen yang saya telah jumpa untuk ajak bersama dalam Kaukus itu.

Malam tadi puluhan ribu memenuhi stadium bagi mendengar penjelasan Ku Li berhubung tuntutan royalti minyak Kelantan.

Program tersebut anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dengan kerjasama kerajaan negeri.

Ku Li dalam ucapannya sebelum ini memberitahu Kelantan berhak mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion seperti perjanjian yang telah dibuat dengan Petronas.

Ianya sama seperti perjajian yang dibuat antara Sabah dan Sarawak yang memperoleh royalti dari Petronas.

Satu memorandum berhubung tuntutan itu akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Hadir sama pada program malam tadi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan barisan exco kerajaan negeri.

 

 

 

 

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Anwar

Posted by rakyat marhaen

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mendapatkan dokumen utama pihak pendakwaan bagi persiapan perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan bermula Selasa ini.

Antara bukti tambahan yang dipohon oleh Anwar ialah rakaman video, nota ahli kimia dan laporan perubatan Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi

Hakim Mahkamah Persekutuan Abdull Hamid Embong, yang mengetuai panel tiga hakim menolak permohonan Anwar dan mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan.

Panel Mahkamah Persekutuan telah mendengar hujah daripada peguambela Anwar, Karpal Singh dan penguam cara negara, Mohd Yusof Zainal Abiden pada 20 Jan lalu.

Bagaimanapun mereka tidak dapat membuat keputusan dan menangguhkannya sehingga hari ini. Panel yang sama juga mengarahkan perbicaran kes liwat Anwar bermula 2 Feb ini.

Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan Anwar mendapatkan semua dokumen terbabit kecuali sampel DNA pengadu, iaitu bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Azlan Bukhari. 

 

Pelajar UM terus berdemonstrasi

Posted by rakyat marhaen

TERKINI Lebih 200 mahasiswa Universiti Malaya daripada kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori.

 

  Mereka berang selepas tewas dalam pilihan raya kampus yang diadakan semalam dan mendakwa berlakunya penyelewengan.

Kumpulan pro-M juga menuntut pilihan raya baru diadakan semula dan sistem pengundian secara berkomputer atau e-undi batalkan.

Mahasiswa berkenaan memakai lilit kepala putih dengan tertera perkataan ‘bantah’ dalam tulisan merah.

Kumpulan mahasiswa itu juga dilaporkan bersiap sedia untuk menyerbu pejabat Canselori jika Naib Canselor, Ghauth Jamson gagal berjumpa dengan mereka.

Turut berada di lokasi adalah kumpulan mahasiswa dari kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) yang berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M. Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas. 

 

Umno adalah maharaja dimata, bersultan di hati

Posted by rakyat marhaen
Dr Novandri ini memang sah mengalami ‘psychiatric disorder’ atau gila-gila….

Kali ini dalam tulisannya, Novandri ini telah meracau macam sudah tersampok polong.Kesian bila melihat seorang yang kononnya bertugas untuk merawat orang sakit, tetapi rupa-rupanya diri sendiri mengalami ‘psychiatric disorder’ yang parah dan memerlukan rawatan ‘psychiatric’ segera. Hello, Hello…Hospital Bahagia…sini ada satu kes kecemasan!

Novandri mendakwa bahawa blogger Aduka Taruna (AT) sebagai seorang blogger PAS.

Dengan dakwaan tersebut (AT Blogger PAS), Novandri cuba mengambil kesempatan melibatkan PAS; kononnya ahli-ahli PAS berlaku biadap dan kurang ajar kepada raja Melayu yang telah mangkat.

Bagaimana sebagai seorang doktor yang terlatih mengkaji simptom terlebih dahulu untuk menganalisis sesuatu penyakit itu boleh membuat kesimpulan dengan dakwaan sedemikian; bahawa AT seorang blogger PAS? Apa analisis Novandri guna pakai untuk mendakwa begitu? Bolehkah Novandri berikan buktinya?

Novandri juga mengemukakan soalan bangang :

a. Pernahkah ahli-ahli parti UMNO berlaku biadap dan kurang ajar kepada raja Melayu yang telah mangkat?

Dan dengan bodoh sombongnya Novandri menjawab soalan bangangnya itu : Jawapannya ialah tidak ada! Ha! ha! ha! Dia ingat rakyat Malaysia bangang macam dia!

Mai sini aku habaq kat Hang! Yang gi usung bawa lari ke Siam, puteri almarhum Sultan Selangor hari itu bukankah Mat Tyson mantan MB Selangor , pemimpin Umno.Hang dah lupakah?

Bukan itu saja tragedi penghinaan Umno terhadap Kesultanan Melayu. Banyak lagi :

Umno bukan hina Sultan Johor yang mangkat itu sahaja, malahan Umno telah menghina institusi di Raja Johor bila mana Pulau Batu Putih terlepas ke tangan Singapura.Itu bukankah menjatuhkan kedaulatan kesultanan Johor?

Mai aku habaq kat hang lagi, biaq ‘denial sindrom’ hang tu sembuh sikit.Hang lupakah siapa yang pi tabal ‘Tengku Ibrahim’ sebagai Sultan Kelantan tempohari dibawah pokok ketapang? Itu bukankah kerja Anuar Musa dan kalangan pemimpin tertinggi Umno satu Malaysia?

Dan jangan lupa, Umnolah juga yang melondehkan kedaulatan Raja-raja Melayu tatkala Mahathir menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu tidak lama dulu.

Kes ‘Natang’ di Trengganu itu juga melibatkan kaum Umno.Umno hanya mahu memperalatkan institusi DiRaja untuk kepentingan politik mereka.

Novandri dan kalangan Umno cuba berlagak ‘noble’. Memang begitulah lagak mereka kerana yang menjadi maharaja dimata dan bersultan dihati adalah Umno itu sendiri.

Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang dakwaan Novandri yang menuduh Perisik Rakyat berhubungkait dengan beberapa link daripada web gay ! Saya sendiri pun pernah terkena tanpa disedari kerana saya tidak ambil peduli tentangnya.Sekarang saya dah pasang ‘filters’ supaya tidak dispam.

Saya cuma mahu menasihatkan Novandri supaya tidak menonjolkan sifat beliau yang begitu naif tentang e-referrer.Jangan buat fitnah yang boleh menjatuhkan mertabat diri sendiri.

Oleh alhusseyn 

UBN diserang histeria

Posted by rakyat marhaen
Histeria??? Aha…. disebabkan terlalu takut, UBN kini diserang histeria. Gelabah tak tentu arah…. resah gelisah dan cepat melatah.
Komer tau mengapa UBN ketakutan?? Sebab…. demer dah mula rasa yang demer semakin dibenci rakyat. Rakyat dah muak dengan kelaku demer yang hanya tahu sapu duit rakyat masa negara moncah tetapi rakyat dibiarkan menderita setelah kantung negara kering. Malahan, kelaku buruk para pemimpin UBN pun semakin terserlah. Hopokrit semuanya!!! Rakyat dah menyampah…. rakyat dah jelak… dan rakyat dah getik. Aha… getik bebenor!! Ya amat… amat getik!!!
Demer dakwa…. demer semakin mendapat sokongan. Sokongan apa??? Sokongan taik kucing!! Daripada keluhan rakyat marhaen… jelas, kalau boleh… demer nak kerajaan yang cuba hidup dengan slogan-slogan retorik ini dikuburkan. Pemimpin retorik…. slogan retorik…. kelaku retorik!! Retorik.. retorik…. retorik…
Nampak gayanya, pegangan dan pautan UBN pada kuasa di negara ini dah semakin longgar. Itu pasai, para pemimpin demer udah ketor lutut dan senak perut. Sebab itu, by hook or by crook, pautan dan pegangan itu mesti diperkukuh semula. Jika tidak…. bye-bye ler kuasa. Ternganga ler demer… putih mata!!!

Apa indikator yang menunjukkan demer kecut perut??

Anwar Ibrahim!!! Demer sebenornya, ya amat takut dengan pengaruh Anwar Ibrahim. Sebab tu demer cuba nak pekena dia dengan tuduhan liwat siri terbaru, walau pun pertuduhannya ibarat kartun lawak jenaka. Tapi… demi takut Anwar rebut kuasa, demer turutkan juga pertuduhan gila tersebut.
Anwar nak berceramah…. demer ganggu gugat…. demer sekat. Itu petanda demer takut dengan pengaruh dan karisme Anwar. Takut ya?? Aha… tau tak per!!
Selain itu… para pemimpin Pakatan Rakyat yang berjiwa rakyat, berkarisme, beraura dan yang disanjung serta menjadi idola rakyat, mereka jadikan sasaran mereka.
Tok Guru Nik Aziz, jadi bahan fitnah dan tohmahan mereka. Nizar Jamaluddin juga cuba di’hitam’kan dengan tuduhan kuda tunggangan DAP. Malah, baru-baru ini, pembantu khas dia ditahan SPRM kerana tuduhan rasuah. Pada hal, apah pun tarak. Para EXCO negeri Selangor jadi sasaran untuk dipekena dengan pelbagai tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat. Balaci mereka…. SPRM!!! Tetapi setakat ini, satu pun sasaran mereka tersasar… tak mengena!! Terkial-kial demer nak mengenakan kita!!!
Masih ingat apa yang CPO Selangor buat pada Lim Guan Eng berkaitan kenyataannya tentang kematian Teoh Beng Hock?? Ha ha ha…. dia ugut bukan?? Tapi ugutannya tak menjadi, sebab tak ada asas. Saja nak tunjuk kuasa jer dan gertak, malangnya… tak boleh ‘makan’. PDRM pun jadi balaci mereka juga!!
Tokoh-tokoh rakyat ini, ancaman kepada kelangsungan politik mereka. Itu yang demer kecut telur tu…
Isu kalimah ‘Allah’ juga, mereka mainkan…. mereka per’api’kan dengan harapan untuk dapatkan semula sokongan Melayu. Melayu-UMNO terkinja-kinja menari mengikut rentak dan irama yang mereka mainkan tetapi Melayu-waras, buat nohen ajer. Tak der paedahnya ikut demer terkinja-kinja. Buang masa dan tenaga jer!! Bior demer rentung dalam api yang demer nyalakan!!
And then…. ada ler dalang-dalang demer cuba buat kacau dengan me’molotof-koktail’kan gereja-gereja dan sekarang yang ter’now’…. surau dan masjid pulak dilemparkan dengan kepala khinzir. Ermmm….. rasanya tak der kerja orang lain tu. Puak-puak itu juga ler!!! Saja nak timbulkan suasana tak tenteram. Udah ler komer…. jangan terperdaya dengan permainan demer!! Demer sebenarnya cuma nak pekena kita. Pedulikan demer…. Usah dilayan orang gila. Kita teruskan misi kita untuk merentap kuasa demer supaya kita dapat menguasai Putrajaya. Itu visi dan misi yang perlu dan mesti kita realisasikan.
Satu lagi balaci demer ialah SPR. Kononnya…. SPR sedang giat melakukan kerja-kerja memindahkan pengundi ke kawasan yang boleh menguntungkan UBN dan seterusnya membantu UBN untuk menang dan mengekalkan kuasa. Mak oi… ituler kerja demer. Menipu jer!! Tak tipu… tak idup komer. Usah komer nak ek ler….
Sekarang… UBN ada musuh baru tetapi sebenor udah lama. Dulu demer perlekeh tapi now baru demer sedor agaknya. Aha… blog-blog pro-Pakatan Rakyat. Takut demer dengan penangan blog-blog yang menyokong Pakatan Rakyat ni. Ha ha ha… tau takut!!!
Sebagai ‘remedy’ kepada ketakutan itu, bapak Satu Malaysia, kononnya.. telah mengupah pakar-pakar IT dan hackers dari India untuk mensabotaj blog-blog yang menyokong Pakatan Rakyat agar maklumat serta informasi tentang taik-taik yang mereka buat tidak sampai ke pengetahuan rakyat. Wallahu’alam ler…. tapi posibiliti sahnya tindakan mereka itu amat tinggi. Alahai…. sampai begitu sekali. Yeehaaahh…. histeria gila babi demer!!!
Kalau macam itu… aku setuju sesangat dengan MSK, apabila dia kata, Celcom dan Telekom pun pasti jadi balaci baru mereka. Kalau kita tengok dan perhatikan betoi-betoi…. UMNO/BN hidup hanya bergantung hayat dengan bantuan balaci-balaci dan barua-barua mereka jer. Kalau tak der ler institusi-institusi malaun tu…. dah lama UMNO/BN ghoyup…. mampuuusss!!!
Siapa mereka?? Kita ikut persepsi rakyat, ok?? They are…. PDRM, SPRM, SPR, Badan Kehakiman, pihak tentera, JPN, Celcom, Telekom and so on… Sebenarnya untuk terus hidup, demer akan perguna apa juga institusi awam atau swasta yang dalam cengkaman demer dan yang boleh demer perkudakan. Nak hidup babe…. kalau tidak kojol!!
Institusi-institusi inilah yang akan bertindak memberikan ubat penenang kepada penyakit histeria yang sedang dialami oleh UMNO/BN. UMNO/BN perlukan ubat penenang untuk kelihatan terus segar, kuat dan relevan. Sedangkan pada hakikatnya mereka dah layu, nazak dan dah nak mampoooss!!!
Sebab UMNO/BNlah…. institusi-institusi ini dilihat telah menjadi anasir jahat yang ber’hantu’ dan ber’syaitan’. Demi kesejahteraan negara dan rakyat Malaysia, mereka perlu dipulihkan. Caranya mudah…. Berikan Pakatan Rakyat kuasa untuk memerintah Malaysia. InsyaAllah…. dengan kuasa itu, segala kepincangan akan diperbetulkan.
Segala retorik, kerajaan slogan UMNO/BN, sebenarnya…. hanya mendahulukan KOCEK… PERUT dan TEMBOLOK sahaja. That’s why, mereka mesti kita hapus dan kuburkan. Hanya KERAJAAN yang PRO-RAKYAT saja yang sincere serta jujur dan ikhlas memperjuang kepentingan rakyatnya.
Oleh itu……
Pilihlah PAKATAN RAKYAT…..
dan….
Kesejahteraan RAKYAT pasti akan di DAHULU dan di UTAMAKAN!!!

by A Mum Of Three Mohd 

Milik siapakah MAHLIGAI ini?

Posted by rakyat marhaen

Anak Sungai Derhaka

PERCAYAKAH ANDA… sebuah rumah banglow mewah dua tingkat berwarna biru serta dihiasi langskap persekitaran yang menarik ini merupakan rumah seorang pemimpin tertinggi Umno Terengganu.

Wah!! Kaya betul pemimpin tersebut sehingga boleh buat rumah dan ‘Istana’ yang hebat-hebat. Siapa pun pasti akan mengenali pemimpin tersebut.

Awang sedia maklum bahawa pemimpin ini sebenarnya datang dari keluarga miskin dan susah. Ayahandanya seorang ‘penyadak nyior’ (pengait kelapa) yang miskin serba kekurangan tetapi mampu melahirkan seorang anak yang kaya-raya.

Pemimpin Umno tersebut diperingkat bahagian politik merupakan Ketua Umno Bahagian di hujung negeri Terengganu Darul Iman.

Jika diperingkat negeri pula jawatan politiknya agak besar iaitu sebagai orang nombor dua di negeri ‘Darul Runtuh’ ini.

Manakala, jawatan dalam kerajaan dan eklusifnya dia (pemimpin) merupakan Menteri Besar (MB) Terengganu pilihan ‘Istana’ dan bukan pilihan pemimpin bawahan atau pertengahan Umno negeri.

Istana ‘YB’ yang tersergam indah berkenaan terletaknya di Kijal, Kemaman berhadapan dengan Kolej Universiti TATI.

Sumber Awang memberitahu harga sebuah banglow mewah seperti Istana tersebut harganya mencecah jutaan ringgit. Angka tepat tidak dapat Awang dedahkan kerana tertakluk ‘Akta Rahsia Rasmi Peribadi’. Tapi Awang tidak ambil rasuah untuk tutup mulut.

‘Dan Sebenarnya’….mungkin orang tidak tahu, rakyat tidak tahu dan mungkin pengundi pun tidak tahu bahawa ‘Istana’ milik pemimpin Umno tersebut sebenarnya telah dibina sebelum dia (pemimpin) jadi ‘Yang Amat Berhormat’ lagi.

Waktu itu, dia (pemimpin Umno) sebagai pembangkang antara tahun 1999 – 2004. Maklumlah, waktu itu ‘wang ehsan’ banyak hasil ‘rompakan’ politik kerajaan Persekutuan atas cadangan para pemimpin Umno Terengganu.

Banyak projek-projek sekolah, jalan raya, balai raya, ‘hantu raya’ dan sebagainya yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Apa yang orang kata pemimpin tersebut banyak juga dapat projek-projek wang ehsan waktu itu dan sebab itulah dia kaya-raya boleh buat apa sahaja termasuk ‘Istananya’.

Oleh itu, sebagai kenal-kenalan kita di Facebook untuk menambahkan koleksi seorang pemimpin yang baru pulang dari mengerjakan Haji di Mekah dengan ini diumumkan nama pemilik banglow mewah tersebut adalah Dato’ Haji Ahmad Said al-Kijali.

TETAPI….dengar ceritanya, dia (Mat Said) jarang sangat duduk kat Istana tersebut kerana mungkin kurang selesa sebab berjawatan MB atau mungkin kerana dia banyak duduk di Istana Sri Iman, Kuala Terengganu.

Lagi pun banyak sangat cerita-cerita pelik yang Awang dengar al-kisah akan rumah banglow tersebut sejak dari pembinaan hingga siap yang penuh dengan kisah MISTERI !!!!!!

 

Kepala Babi pernah dilontar British untuk mencetuskan Rusuhan Kaum.

Posted by rakyat marhaen

Insiden kepala babi yang dilontarkan kedalam perkarangan dua buah Masjid sekitar Jalan Klang Lama iaitu Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama pada 27 Jan bukanlah suatu insiden yang baru dalam lipatan sejarah tanah air kita.

Sebenarnya pada sekitar tahun 1945 pihak British pernah melakukannya bagi mencetuskan pergaduhan antara kaum di Tanah Melayu dan hasilnya rusuhan kaum telah tercetus di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Pihak British secara sembunyi telah mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir. Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar.

Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu. Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir.

Kerana menyangkakan orang Tionghua menghina agama Islam dan bangsa Melayu, mereka memarang semua orang yang mereka jumpai, tidak kira tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Perkara ini telah diceritakan oleh Abdullah CD (Pengerusi PKM) melalui tulisannya didalam Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, diterbitkan SIRD, 2005.

RUSUHAN KAUM DI BATU KIKIR.

Satu peristiwa pembunuhan yang bersifat perkauman telah berlaku di Batu Kikir, Negeri Sembilan pada bulan Jun 1945. Peristiwa itu berlaku ketika saya bertugas di bahagian propaganda parti Negeri Perak di Ipoh. Peristiwa itu dimaklumkan secara rasmi oleh organisasi PKM kepada saya dan kawan-kawan lain.

Kemudian pada tahun 1946, ketika saya diberi tugas sebagai wakil PKM bahagian Melayu untuk kawasan Selatan dan juga memimpin organisasi JKM kawasan itu, saya secara khusus pergi ke Negeri Sembilan termasuk ke Batu Kikir.

Satu soal penting yang saya titik beratkan dan ingin mencari jawapannya ialah mengapakah timbulnya peristiwa pembunuhan di Batu Kikir yang seolah-olah merupakan satu gerakan orang Melayu menentang PKM dan TAJRM, sedangkan mereka aktif menyokong Perang Anti-Jepun bahkan menjadi sandaran penting Perang Anti-Jepun.

Untuk mendapatkan jawapan yang pasti berkenaan masalah ini, saya pergi mencari organisasi PKM dan menemui orang ramai di kawasan berkenaan. Zahid dan beberapa orang kader Melayu di situ memberi bantuan besar dalam usaha ini. Zahid sendiri pernah ambil bahagian dalam gerakan mendamaikan hubungan antara orang Melayu dan orang Tionghua di situ dan memulihkan perasaan muhibah mereka.

Ketika peristiwa pembunuhan itu berlaku, penanggungjawab bahagian stet PKM Negeri Sembilan ialah seorang kawan seperjuangan saya, Ah Chen namanya atau di kalangan kawan-kawan Rejimen Ke-10 dikenali dengan nama Kawan Jasa. Kemudiannya saya bersama-sama beliau bertugas dalam JKP PKM. Selain daripada Zahid, Jasa juga banyak menceritakan berkenaan peristiwa pembunuhan kaum tersebut. Beliau pernah menulis kenang-kenangannya dalam buku Siri Perjuangan Anti-Jepun dan diterbitkan oleh Pejabat Suara Demokrasi pada 1 Februari 1982.

Daripada penyiasatan itu, saya membuat kesimpulan bahawa peristiwa itu berlaku kerana hasutan penjajah British yang mahu bertapak semula di Malaya dan mahu melemahkan kekuatan progresif yang diwakili PKM; manakala peristiwa itu pula dilakukan oleh segelintir orang Melayu yang terpedaya oleh hasutan penjajah. Menghasut sentimen permusuhan antara kaum adalah strategi penting dan senjata paling berkesan penjajah British untuk melemahkan kekuatan rakyat.

Kerana perkembangan perjuangan anti-Jepun yang menggelora baik di hutan, di kampung-kampung dan di bandar-bandar yang telah disebutkan di atas, kaum penjajah iaitu Jepun dan British amat tidak senang hati. Mengikut maklumat yang diberikan orang ramai, pada bulan Mac 1942 fasis Jepun telah mencetuskan tragedi Jeludung.

Dalam tragedi tersebut, Jepun membuat dalih meminta orang ramai pergi mengambil kad pendaftaran di Titi kemudian askar Jepun telah mengatur kepungan dari empat jurusan. Mereka membunuh sesiapa sahaja yang mereka jumpai. Kira-kira seribu orang massa rakyat telah dibunuh dan seratus orang lebih cedera.

Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa fasis Jepun cuba menundukkan orang ramai daripada menyokong gerakan anti-Jepun dengan cara pembunuhan beramai-ramai. Akan tetapi, di sebalik tindakannya itu orang ramai lebih teguh lagi menyokong gerakan anti-Jepun.

Sehingga penghujung tahun 1945, gerakan anti-Jepun berkembang di Negeri Sembilan. Ketika itu penjajah British pula yang ingin berkuasa semula di Malaya telah menimbulkan pembunuhan kaum di Batu Kikir. Kawasan Batu Kikir adalah basis anti-Jepun yang kukuh. Rakyat berbagai-bagai kaum di situ saling bekerja sama menyokong Perang Anti-Jepun. Di kampung-kampung di kawasan tersebut didirikan berbagai-bagai organisasi anti-Jepun seperti Liga Anti-Jepun, lasykar rakyat dan lain-lain.

Mengikut maklumat dari organisasi anti-Jepun dan orang ramai, pada akhir bulan Jun 1945, pegawai-pegawai penghubung tentera berikat iaitu Pasukan Gerila 136 British telah menggugurkan sejumlah senjata kepada pasukan-pasukan TAJRM. Seorang pegawai penghubung British untuk kawasan Negeri Sembilan bernama Lt. Kol. C.H. Fenner telah dihantar ke dalam pasukan TAJRM untuk bekerjasama menentang fasis Jepun.

Akan tetapi, penjajah British mempunyai niat yang terselindung. Selain cuba mengawal pasukan gerila TAJRM, C.H. Fenner didapati selalu pergi ke Jempul, Tanjung Ipoh dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk menemui anasir-anasir yang boleh dipengaruhinya untuk menjalankan propaganda anti-komunis dan mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan rakyat berbagai-bagai kaum khasnya antara Melayu dengan Tionghua.

Apabila Jepun menyerah kalah, pasukan-pasukan TAJRM segera beredar ke pekan-pekan dan bandar-bandar untuk mengawal keselamatan orang ramai. Pada masa ini jugalah penjajah British menghantar pegawai-pegawai perisik dan tenteranya serta satu pasukan India Muslim dari India ke Negeri Sembilan. Mereka masuk ke kampung-kampung Melayu untuk menjalankan hasutan anti-komunis dan anti-Tionghua.

Untuk meruncingkan lagi keadaan, pihak British secara sembunyi mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir. Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar. Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu. Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir. Kerana menyangkakan orang Tionghua menghina agama Islam dan bangsa Melayu, mereka memarang semua orang yang mereka jumpai, tidak kira tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Ketika kejadian tersebut berlaku, di situ hanya terdapat enam orang perajurit TAJRM mengawal keselamatan orang ramai. Melihat keadaan itu, mereka cuba menasihati dan menghalang anggota parang panjang supaya berhenti melakukan pembunuhan. Akan tetapi dua di antara enam orang perajurit tadi telah tercedera ditetak oleh anggota parang panjang. Kerana keadaan yang amat kemelut ini, mereka terpaksa melepaskan tembakan dan mengundurkan kumpulan parang panjang tersebut.

Peristiwa itu tidak selesai setakat itu sahaja, penjajah British masih berusaha memanjangkan peristiwa tersebut. Pegawai tentera British pura-pura bersimpati dengan perajurit-perajurit dan massa yang cedera dengan menghantar kereta konon untuk membantu membawa mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Setiba kereta tersebut di pekan Batu Kikir, pihak British sengaja memberhentikan kereta di hadapan sekumpulan anggota parang panjang dan membiarkan kumpulan itu mengheret orang-orang yang tercedera di dalam kereta itu keluar dan di cincang di situ juga.

Setelah peristiwa itu, berbagai-bagai organisasi politik seperti pejabat PKM Wilayah Negeri Sembilan, kesatuan buruh, kesatuan tani, liga pemuda, persatuan wanita dan lain-lain pertubuhan kebudayaan telah mengadakan sidang tergempar bersama mengutuk komplot penjajah British yang sengaja melaga-lagakan antara kaum itu dan membiarkan dua orang perajurit TAJRM dan orang ramai yang tercedera itu di cincang hidup-hidup.

Pak Sutan Djenain dan Zahid segera datang ke pejabat PKM menemui penanggungjawab Jawatankuasa Parti Wilayah Negeri Sembilan menuntut pihak PKM supaya segera membuat bantahan ke atas tindakan British itu. Kemudian berbagai-bagai pertubuhan yang disebut di atas mengadakan sidang secara berasingan, mengadakan perhimpunan massa mendedahkan tipu muslihat British dan menyeru orang ramai berbilang kaum supaya jangan termakan tipu helah penjajah dan mesti terus mempereratkan perpaduan antara kaum.

Dalam satu rapat umum di Kuala Pilah, veteran revolusi Indonesia Pak Sutan Djenain telah membuat ucapan berapi-api dan mendedahkan komplot keji penjajah British tersebut. Beliau menyeru orang ramai bersatu padu melawan polisi pemecah-belahan kaum oleh penjajah British. Selain daripada itu, wakil Melayu dari Liga Anti-Jepun juga membuat ucapan menyeru orang ramai bersatu dan sekali-kali jangan termakan hasutan penjajah. Pidato para wakil itu mendapat sambutan hangat daripada rakyat pelbagai kaum khasnya orang Melayu dan Tionghua.

Selain daripada itu, pihak TAJRM juga menyatakan sikapnya yang tegas kepada penjajah British bahawa kalau peristiwa sedemikian berlaku lagi, maka pihak British haruslah memikul segala akibat dan tanggungjawabnya.

Terdorong oleh suasana muhibah sama-sama menentang komplot melaga-lagakan antara kaum itu, banyak kampung Tionghua dan Melayu yang berjiran menandatangani perjanjian kerukunan bersama. Komplotan jahat penjajah British itu berjaya dihentikan berkat usaha bersama pertubuhan dan rakyat pelbagai kaum.

Artikel asal telah diterbitkan oleh SosialisHijau 

Zulkifli: Tidak Pernah Terfikir Nak Sertai Umno

Posted by rakyat marhaen

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dengan tegas menolak pelawaan Umno untuk menyertai parti itu sekiranya Parti Keadilan Rakyat memecat keahliannya.

Mengulas pelawaan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr.Mohd Puad Zarkashi yang mengatakan UMNO sedia membuka pintu untuknya, beliau berkata Umno tidak perlu membuang masa kerana perjuangan mereka berbeza.

“Tak payalah UMNO buang masa nak buka pintu, nak jual pintu, atau nak jual pintu pada saya sekalipun,” katanya.

Beliau berkata, prinsipnya adalah memperjuangkan Islam dan di dalam PKR, dia masih boleh menyuarakan pendapatnya berbanding jika di dalam UMNO.

“Saya punya perjuangan, perjuangan Islam. Dalam Pakatan Rakyat saya masih lagi boleh bercakap tentang Islam. Saya masih lagi diberi ruang untuk mengemukakan pandangan malahan membawa beberapa usul di dalam Parlimen yang saya rasa saya tak boleh buat begitu di dalam UMNO,” tegasnya.

Sehubungan itu katanya, tidak timbul isu beliau ingin menyertai UMNO. Sebagai ahli, beliau tetap menghormati apa saja keputusan yang bakal diambil PKR terhadapnya.

Zulkifli kini sedang menunggu hukuman daripada PKR berikutan pendiriannya yang tidak sehaluan dengan dasar parti.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kawan saya Puad Zarkashi, tapi simpan la pintu tu” katanya. 

 

%d bloggers like this: