NIK AZIZ MENGAKU MENANTUNYA BUAT SILAP?

| posted in , ,

 

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan kerajaan negeri terpaksa membeli kompleks perniagaan Bazar Tok guru bernilai RM23 juta yang sedang dalam pembinaan daripada pemaju Sensa Timur kerana masalah teknikal.

Bagaimanapun, katanya harga bagi pembelian itu yang dibuat menerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) masih dalam peringkat rundingan dengan pihak pemaju.

“Saya hanya boleh mengesahkan bahawa kerajaan negeri terpaksa membeli semula kompleks bazar yang sedang dalam pembinaan itu kerana masalah teknikal… untuk menjaga kepentingan peniaga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Bubur Asyura di Kampung Sri Kemunting, Beah, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan penulis blog Kickdefella dalam blognya yang mendakwa kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian kerana membeli projek kompleks Bazar Tok Guru ekoran berlaku penyelewengan oleh PMBK di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang juga menantu Nik Abdul Aziz.

“Saya juga memberi jaminan peniaga yang dipindahkan dari Arkib Uda dan Pasar Lama MPKB akan diberi keutamaan memiliki tingkat bawah bazar berkenaan, sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini,” katanya.

Tulisan blogger itu mendakwa akibat langsung daripada tindakan Ariffahmi, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dalam mesyuaratnya yang lalu telah memutuskan untuk membayar sejumlah RM23 juta ringgit dari wang hasil pendapatan kerajaan negeri kepada sebuah syarikat swasta.

“Pembayaran yang telah dipersetujukan itu adalah bagi menyelamatkan beberapa titik air muka YAB Menteri Besar Kelantan daripada tertumpah akibat dituduh cakap tak serupa bikin,” kata penulis itu.

Ia menambah pada 6 Mac 2008 iaitu dua hari sebelum pilihan raya umum ke-12, Nik Aziz telah menandatangani satu perjanjian persefahaman bagi pihak PMBK dengan dua buah persatuan perniaga dan penjaja di sekitar Kota Baru.

Antara lain, kandungan MOU itu menjanjikan bahawa Projek Bazaar Tok Guru yang akan dimajukan oleh PMBK adalah sebuah projek tidak berorientasikan keuntungan.

Ia lebih kepada hasrat murni Menteri Besar untuk melihat para penjaja dari pasar lambak arked UDA dan peniaga pasar lama Majlis Perbandaran Kota Baru mendapat tempat baru yang lebih selesa untuk meniaga.

Bagaimanapun menantu Nik Aziz telah ‘memperhambakan’ harta kerajaan kepada pemaju swasta bernama Sensa Timur Sdn Bhd. [Sumber:Malaysian Insider]

Nota: Klik sini untuk membaca dakwaan Kickdafella.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: