BAGAIMANA TANAH MELAYU TERJUAL

Posted by rakyat marhaen

MELELEH AIR LIOR CUKONG MELIHAT TANAH PENJARA PUDU

YTL TERIKAT DENGAN PERJANJIAN – melayaua

Syarikat pemaju, Yeoh Tiong Lay (YTL) tidak boleh membangunkan apa jua jenis pembangunan komersial lain di kawasan yang telah diperuntukkan untuk pembangunan rumah kos rendah di Kampung Railway, Sentul.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, ini kerana syarat menetapkan sebahagian kecil kawasan pembangunan perumahan adalah untuk rumah kos rendah dan sederhana.

“Sudah termaktub dalam perjanjian iaitu setiap pembangunan khususnya melibatkan pihak swasta, 30 peratus daripada kawasan untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana.

“Oleh sebab itu, mana-mana pemaju termasuk YTL harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Mereka tidak boleh membuat pembangunan komersial yang lain selain daripada perumahan kos rendah,” tegasnya.

Sebelum ini, penduduk Kampung Railway dan sekitar Sentul mendakwa, YTL menerusi anak syarikatnya Sentul Raya Sdn. Bhd. telah berjanji pada 1994 untuk membina 3,000 unit rumah kos rendah dan sederhana, dua buah dewan serbaguna serta sebuah padang bola di satu kawasan di Sentul.

Perjanjian itu, kata mereka, termaktub dalam surat dan pelan projek bertarikh 6 Oktober 1994 yang ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Sentul Raya ketika itu, K. Tharmalingam.

Dalam pada itu, Saravanan memaklumkan bahawa pihaknya telah mendapat surat daripada YTL yang menyatakan kesediaan mereka untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“YTL perlu mengutamakan perjanjian tersebut iaitu membina rumah kos rendah untuk penduduk-penduduk di sana.

“Selain itu, kebajikan mereka (penduduk) juga perlu dijaga memandangkan sebahagian besar di antara mereka telah menetap selama 60 tahun di kawasan berkenaan,” katanya lagi.

Tambah Saravanan lagi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan menukar syarat-syarat yang telah ditandatangani pada 1994 itu.

Bagaimanapun, harga penjualan rumah yang pada asalnya sekitar RM25,000 akan dinaikkan kepada RM40,000 seunit.

“Kami juga mengambil kira akan kos pembangunan sekarang memandangkan harga bahan mentah juga berbeza jika dibandingkan dengan harganya sekitar 16 tahun dahulu.

“Saya percaya masalah ini akan selesai dengan segera dan nasib penduduk-penduduk di sana akan terbela selepas saya dan YTL berbincang dalam masa terdekat ini,” ujarnya lagi.

nota:
lihat inilah cara cukong merembat tanah.
inilah mondus operandi yang mereka lakukan

pertama : cari tanah kerajaan
kedua: cari melayu untuk jadi kaki sogok – kalau boleh jadikan pengerusi
ketiga: buat kertas kerja dan cadangan
keempat: dalam cadangan katakan akan disediakan juga rumah rumah murah, padang bola, rumah ibadah.
kelima: melayu kaki sogok akan bergebang tentang projek cukong ini – untung untung dapat amoi
keenam : menteri luluskan – perjanjian dibuat – fulus masuk
ketujuh : dirikan kondo.
kelapan : lambatkan membuat rumah rumah murah, padang bola, tempat ibadat – rembat tanah tanah ini juga
kesembilan : minta batal perjanjian buat rumah murah untuk rakyat
kesepuluh : hairan ke? ini trik lama… trik para cukong tipu melayu kah kah kah

nota:
inilah caranya kenapa semua kota kota dan pekan pekan dalam negara
kita ini dimiliki oleh cukong cukong – inilah caranya.

nota:
akan lingkup penjara pudu
akan lingkup jalan peel
akan lingkup tanah tanah kerajaan di sekitar dewan bahasa
akan lingkup opis stesen keretapi dsebelah masjid negara
akan lingkup kawasan perumahan saan peng
sedang lingkup tanah disebelah muzium negara ( sedang dipangar sekarang)

nota:
ketuanan melayu berdegar degar
tanah melayu tinggal saekar kah kah kah

Tukar Tiub
 

Bahaya dalang jejas kesaksamaan bebas beragama — Kamal Ahmad

Posted by rakyat marhaen
JAN 18 — Ada tujuh perkara mudarat dimaksudkan bagi merujuk kepada kesan “Hasil Penerbitan Tak Diingini” yang digariskan berhubung penerbitan seperti ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Mengenai penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama selain Islam, larangan itu disebut dalam klausa 4.1.9 Perkara-Perkara Yang Dilarang; Penerbitan agama selain daripada Agama Islam dilarang menggunakan istilah khusus agama Islam iaitu Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah kecuali bagi menerangkan istilah-istilah berkenaan. 

Perkara 11 (4) Perlembagaan Negara turut melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang Islam di negara ini. Penerbit majalah, akhbar dan risalah lain yang tertakluk kepada permit KDN tahu soal pematuhan ini. Justeru, tindakan mana-mana pihak di kalangan penerbit risalah, majalah atau akhbar agama selain Islam yang mahu atau sudah menggunakan empat kalimah itu pastinya akan mencetuskan persoalan. Antaranya, kenapa penerbit itu sanggup melanggar syarat permit. Kenapa mahu menggunakan istilah itu. 

Kenapa sanggup mengetepikan klausa 3 Hasil Penerbitan Tak Diingini. KDN menyebut tujuan Garis Panduan Penerbitan untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada Hasil Penerbitan Tak Diingini yang digariskan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 iaitu memudaratkan ketenteraman awam; memudaratkan keselamatan; memudaratkan kemoralan; menggemparkan fikiran orang ramai; berlawanan dengan mana-mana undang-undang; memudaratkan kepentingan awam; dan memudaratkan kepentingan negara bagi mengelak kekeliruan timbul mengenai apa yang boleh dan tidak boleh disiarkan di dalam sesebuah penerbitan. 

Lantas, jika ada mana-mana penerbit melanggar garis panduan itu, tindakan tegas boleh dikenakan termasuk membatalkan permit penerbitannya. Tindakan juga boleh dikenakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Apabila ada “tindakan mencabar” terutama membabitkan soal agama, maka kejadian membakar dua gereja adalah susulan kesan daripada tindakan awal itu. Tanpa mengetahui status pihak yang cuba membakar gereja di beberapa lokasi kebelakangan ini, tuduhan tetap terarah kepada orang Islam. 

Namun dalam semua isu dan konflik di dunia, ada pihak ketiga di sebaliknya. Sama ada pihak ketiga itu bersifat dalang, batu api atau oportunis, kehadiran kelompok ini mesti disertakan dalam siasatan rapi serta tindakan tegas. Siapa dalang dalam rentetan isu ini? 

Dibimbangi, ada usaha memburukkan status kebebasan beragama di negara kita yang selama ini saksama dan harmoni. Vendalisme terhadap gereja pula dilihat memudahkan pihak tertentu melabelkan umat Islam di sini bersikap ekstrim, dikaitkan kelompok radikal atau mengancam keselamatan penganut agama lain sehingga semua ini mengundang campur tangan luar. 

Selepas peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, rakyat kita sebenarnya tidak perlu melalui lagi sejarah hitam. Dengan beberapa gereja mengalami kebakaran, kita berharap itu bukan permulaan kepada permasalahan baru yang akan mengheret menjadi konflik antara kaum di negara ini. Kerajaan mesti tegas membendung susulan kejadian itu yang cuba dilakukan sesiapa saja. Pihak yang cuba bermain api dalam perkara ini mesti dikenakan hukuman berat. 

“Parti politik pula jangan menangguk di air keruh dengan membuat kenyataan atau menyatakan pendirian semata-mata mengejar populariti untuk meraih sokongan,” kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal. Beliau berkata, melakukan sesuatu yang popular mungkin bersifat sementara tetapi akibatnya menimpa generasi akan datang. 

“Jadi jangan kita memperlekeh atau mengambil mudah masalah pokok. Namun saya yakin Perdana Menteri mempunyai cara untuk mengatasi perkara ini. Kita meletakkan kepercayaan kepada beliau menyelesaikan satu perkara pokok di kalangan umat Islam,” katanya. 

Persoalan secara logik berhubung penggunaan istilah Allah dalam agama lain ialah kenapa ada pihak berkeras atau bermati-matian mahu berbuat demikian? Apakah ia akan memantapkan pegangan penganut agama itu. Kenapa ada pihak mahu mengorbankan agamanya atau memesong dan mengelirukan pegangan penganutnya dengan menyebut “tuhan” mereka sebagai Allah? Apakah pegangan penganut agama tertentu begitu lemah sehingga perlu digunakan kalimah Allah untuk memantapkannya? Jawapan persoalan ini ialah pasti ada agenda tersurat dan tersirat yang memberi “keuntungan” lebih besar mereka. 

Tetapi apabila kalimah Allah digunakan agama lain maka tindakan itu pasti mengelirukan umat Islam terutama generasi muda masa kini dan akan datang. Akan ada yang terpedaya dalam membezakan Allah Yang Maha Esa mengikut ajaran Islam dengan “Allah” yang merujuk kepada “tuhan” lain itu. Isu sekarang pun mencetuskan “promosi” untuk orang ramai melayari internet mencari laman berkenaan yang ada paparan bahasa Melayu. Inilah antara tujuan “kecil” daripa-da keseluruhan “tujuan utama” tindakan mereka. Apatah lagi, apabila ada alternatif “Allah” yang lebih mudah di tempat lain maka ada umat Islam akan terpesong ke sana. 

Setiausaha Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Ali Alhabshee berharap kejadian itu akan menyebabkan seluruh umat Islam di negara ini bersatu dalam menegakkan kebenaran. 

“Hakikatnya, kita beragama Islam dan kita memberi kebebasan orang lain menganut agama lain. Kalau ini tidak boleh dipertahankan (maka) ada sesuatu tidak kena. Ini satu isu dan perkara besar yang semua pihak mesti melihatnya. 

“Bagi saya, pemimpin pembangkang mempolitikkan isu ini (dan) mencari peluang meraih sokongan. (Sebenarnya) bukan dengan cara ini. Kita khuatir negara kita akan hancur sekiranya mereka mengambil kesempatan untuk memainkan isu kalimah Allah ini untuk kepentingan politik mereka. 

“Kita nampak ada dua tiga orang (pemimpin parti pembangkang yang bersuara) tapi nampak menyeluruh yang menentang. Kenapa tidak berasa (ada) tanggungjawab untuk mempertahankan isu kalimah Allah ini. Jangan kelirukan isu ini. Jika kita tidak betul-betul pastikan kalimah Allah itu hanya untuk orang Islam maka apa yang terjadi selepas itu jangan kita menyesal,” katanya. 

Di mana suara dan pendirian pemimpin parti yang mendakwa memperjuangkan Islam dan mempertahankan Melayu? Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam kenyataan disiarkan satu media maya mempersoalkan apakah penggunaan Allah untuk agama lain dibenarkan begitu saja atas konsep kebebasan beragama. 

Namun dalam beberapa siri kempen ketika pilihan raya kecil sebelum ini, PAS membenarkan pemimpin bukan Islam parti tertentu membaca potongan ayat Quran. Apakah perbuatan itu satu dakwah (dilakukan orang kafir) atau kempen politik? Apakah ini konsep dakwah dan kebebasan beragama mengikut kaca mata PAS? 

Parti Keadilan Rakyat melalui Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agamanya, Dr Muhammad Nur Manuty, pula menyifatkan penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam sebagai satu perkembangan positif dan perlu diterima secara terbuka semua pihak. — Berita Harian 

Non-Muslim can use ‘Allah’ in three states, FTs

Posted by rakyat marhaen

By Debra ChongKUALA LUMPUR, Jan 18 — Minister in Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz today said that non-Muslims are allowed to use the word “Allah” in three states — Penang, Sabah, and Sarawak — and the Federal Territories. 

He said this is because other states have enactments on Islam which prohibit the use of the term by non-Muslims. 

Nazri had last week proposed that East Malaysian Christians be allowed to use the term, though maintained that it should remain prohibited to West Malaysians. 

The controversy over the word started after a Dec 31, 2009 ruling by the High Court allowing a Catholic newspaper to use the term “Allah” to refer to the Christian God in its Bahasa Malaysia section. 

The ruling sparked off Muslim anger across the country, and has seen attacks on 10 churches, a mosque, a Sikh temple, and a convent school. 

Penjelasan kenapa Zaid saman Hudud diKelantan

Posted by rakyat marhaen

Harakahdaily.

“Saya saman kerana ia bertentangan dengan perlembagaan dan patut dibuat dalam Dewan Rakyat,” kata Datuk Zaid Ibrahim menjelaskan kenapa beliau menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana meluluskan undang-undang hudud dalam DUN Kelantan.

Ikuti penjelasan lanjut Zaid dalam wawancara khas dengan beliau di bahagian akhir ini.

Semasa Datuk dalam Umno dahulu, melalui firma guaman Datuk, Zaid Ibrahim & Co, Datuk telah menyaman undang-undang hudud yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ketika itu, kenapa Datuk bertindak sedemikian. Dan ketika ini, bagaimana hubungan Datuk dengan para pemimpin PAS pula khasnya Tok Guru Nik Aziz sendiri berdasarkan sejarah itu.

Zaid: Saya sudah pun jelaskan banyak kali mengenai perkara ini dan saya pecaya Tok Guru Nik Aziz pun faham mengenainya. Walaupun saya saman PAS, saya bertanding di Kota Bharu, saya masih menang. Kalaulah PAS marah sangat pada saya, tak mungkin saya boleh menang kerusi yang kita kalah 15 tahun. Saya percaya penjelasan saya diterima.

Sebabnya begini…dalam sistem undang-undang negara kita, kita kena ikut perlembagaan. Kalau kita lari daripada perlembagaan seperti Tun Mahathir buat, maka samalah kita dengan Mahathir, buat apa yang dia suka. Soalnya undang-undang jenayah. Undang-undang yang disebut hudud ini sebenarnya undang-undang enakmen jenayah Kelantan tahun 1993.

Masalahnya undang-undang jenayah dalam perlembagaan kita hanya boleh digubal dalam parlimen, tidak boleh digubal dalam Dewan Undangan Negeri walaupun Kerajaan BN sendiri kadang-kadang menggubal undang-undang di peringkat negeri yang bercanggah dengan perlembagaan, itu saya akui.

Saya cuma hendak kemukakan kepada mahkamah bahawa hak persekutuan mesti kekal dengan persekutuan. Hak negeri kekal dengan negeri. Kalau kita tidak jelaskan perkara ini maka kita akan menghadapi masalah kerana setiap Dewan Undangan Negeri mesti menggubal undang-undang jenayah sendiri. Jadi akan bercelaru dalam sistem perundangan.

Jadi tindakan saya itu hanyalah sebagai seorang peguam untuk menjelaskan peruntukan perlembagaan. Memanglah kalau kita fikir, orang politik tidak patut buat macam itu. Boleh mati politik dia. Tapi saya berpegang kepada sesuatu prinsip. Kalau saya rasa hal ini mustahak untuk dijelaskan kepada rakyat, saya perlu jelaskan. Kalau saya tidak maju dalam politik sebab ini tidak mengapalah.

Macam saya dalam BN dulu, kalau saya nak kekal sebagai Menteri pun boleh tapi apabila Kerajaan buat sesuatu yang melampau sangat, saya rasa ini tidak betul. Itu cara sayalah. Saya bukan nak hina PAS atau nak provok PAS atau hina agama. Itu tidak timbul. Cuma soal bidang kuasa siapa yang boleh ubah undang-undang sebegini.

Kes itu telah ditarik balik atau bagaimana?

Sebelum kes itu dibicarakan, masa itu Pak Lah Perdana Menteri dan saya masih lagi dalam Umno. Saya pula kena tekanan daripada Umno. Pak Lah minta, melalui Datuk Seri Najib bagitahu saya sebab orang akan menganggap Umno yang suruh saya buat. Jadi saya tersepit. Orang PAS kata saya begini, orang Umno pula kata saya menyusahkan Umno. Jadi saya bagitahu, saya bukan berniat nak menyusahkan Umno tapi bagi saya inilah sepatutnya prinsip yang Umno patut pegang dan jelaskan kepada rakyat tapi mereka kata ini keputusan parti, minta saya tarik balik. Saya sebagai orang yang pada masa itu setia lagi dengan parti, tarik balik.

Selepas keluar dari Umno dan menyertai PKR, Datuk dilihat hilang banyak perkara.Jawatan, perniagaan, bahkan dalam PKR pula Datuk mengalami sedikit tentangan dari dalam. Apa komen Datuk.

Saya sudah jangka bila saya masuk ke parti pembangkang ini, saya terpaksa berhenti daripada bisnes saya sebagai peguam kerana kalau saya kekal lagi dalam firma itu sudah tentu firma itu mendapat tentangan dan macam-macam lagi serta menyusahkan orang lain lagi. Jadi saya buat keputusan, tidak apalah, saya berhenti. Saya tidak ada bisnes lain sebenarnya. Jadi saya tidak bimbang sangatlah. Saya tidak ada konsesi apa-apa, jadi saya tidak perlu bimbang tindakan pusat. Pada saya dalam perjuangan politik ini kta kena ‘pay the prize’.

Kadang-kadang inilah yang kita lalui. Apa yang kita lalui, kita kena terimalah. Saya tidak rasa kecewa, menyesal seolah-olah adakah keputusan ini keputusan yang baik, tidak pernah terlintas dalam fikiran saya. Saya jelas saya akan memberi komitmen 200 peratus kepada kejayaan Pakatan dan saya rasa kita boleh menang. Apa pun tipu helah BN, saya rasa pilihanraya akan datang kita akan menang dengan syarat kita semua buat pengorbanan jugalah. Kalau kita perlu muafakat, kita muafakatlah. Kalau kita terpaksa tinggalkan pendirian kita sedikit sebanyak, ubah suai sedikit, kita perlulah buat. kalau kita tidak begitu cekap dulu, tidak begitu menjaga kepentingan orang ramai, sekarang ini kita kena pertingkatkanlah. Saya rasa masa telah sesuai.

Ekoran kemasukan Datuk ke dalam PKR juga, ada pemimpin Umno menuduh Datuk lupa diri, Umno telah memberikan kekayaan, kesenangan, segala-galanya kepada Datuk tiba-tiba sekarang Datuk menikam Umno balik. Jadi apa komen Datuk.

Itu propaganda Umno. Mereka kata saya kaya. Bila saya tanya kaya bagaimana, mereka tidak jawab pun. Kalau saya dapat banyak dari Umno sudah tentulah mereka senaraikan semuanya. Utusan sudah tentu mengeluarkan ini saham yang saya dapat, ini projek yang saya dapat, tapi tidak ada pun disenaraikan. Saya tidak ada apa-apa. Sebab itu saya berani. Kalau saya kaya kerana Umno saya tak akan berani tinggalkan Umno. Itu dakyah mereka. Pada mereka bila seseorang itu berjaya, mesti sebab Umno.

Saya kata inilah cara Umno mengongkong Melayu. Maksudnya Melayu ni, kalau berjaya, tidak boleh sebab dia sendiri, mesti ada tongkat. Tapi dia kata nak buang tongkat. Kalau buang tongkat, Umno hilanglah. Itu cara Umno mengongkong pemikiran orang Melayu bahawa segala yang ada kerana mereka. Jadi saya tidak ambil kisah sangat tentang hal ini. Saya bukan bangga dengan kekayaan apa pun. Saya tidak mengutamakan kekayaan dalam hidup, saya dari keluarga miskin dahulu dan saya ada apa yang ada, cukuplah. Kalau saya betul-betul kaya seperti yang dikatakan, saya mesti tidak lari. Sebab itu susah orang Umno nak lari masuk ke pembangkang kerana mereka ada sesuatu yang nak dikekalkan.


Datuk Seri Najib dilihat cuba menarik balik sokongan bukan Melayu kepada Umno melalui pendekatan 1Malaysia tetapi dilihat sedikit terkongkong dengan dasar lama mereka seperti perkauman dan isu penggunaan kalimah Allah. Bagaimana Datuk melihat perkara ini?

Dia nak buat satu perubahan dalam dasar di negara kita samaada 1Malaysia ke, 2Malaysia ke, hanya akan berjaya jika Umno itu diubah. Pak Lah pun membuat pelbagai janji semasa 2004 dahulu. Kenapa beliau tak buat? Bukan sebab Pak Lah malas. Tapi sebab Umno yang tidak mahu. Manifesto Pak Lah dahulu, integriti, transparensi, perubahan macam-macam. Sebab apa tidak dilaksanakan? Sebab Umno tidak benarkan. Umno adalah Utusan Malaysia. Di situlah Umno.

Najib pula keluarkan 1Malaysia. Tapi beliau tidak boleh ubah Utusan. Najib pun sama seperti Pak Lah. Cakap tak serupa bikin. Jadi jangan bimbang dengan perubahan dalam Umno kerana ia tidak akan berlaku atau mungkin dia tidak berani. Najib tidak mungkin dapat menunjukkan satu kepimpinan yang luar biasa. Saya tidak yakin dia akan berjaya. Dari segi slogan berjayalah.Tapi dari segi dasar yang benar-benar menyelesaikan masalah pokok, Najib tidak boleh.

Soal rasuah, saya tidak dengar apa-apa perubahan lagi dari Najib. Soal masalah antara agama. Masalah kahwin, nikah, cerai, masalah terbaru penggunaan kalimah Allah, Najib tidak boleh selesai sebab Umno itu Utusan. Utusan kata kita tidak boleh benarkan Kristian guna nama Allah. Itu bukan dasar yang workable. Itu dasar keras kepala. Kita tidak boleh tadbir negara dengan cara keras kepala tapi kena cara perbincangan. Saya tidak yakin Najib akan berjaya. Rakyat mesti mengubah sokongan kepada pakatan baru kita boleh berubah secara total sebab kita telah lama dianiaya. Contoh mengenai ISA, Najib bukan main lagi bebaskan tahanan, lepas itu janji akan mansuhkan ISA. Tapi apa yang berlaku hari ini? Tak ada apa-apa yang berubah.

Politik Kelantan agak panas sejak akhir-akhir ini. Ramai yang melihat kerajaan PAS 20 tahun itu akan bermasalah ekoran apa yang berlaku. Apa komen Datuk sebagai orang Kelantan.

Saya agak sedihlah. Sudahlah Kelantan tidak ada duit. Royalti minyak Kerajaan tidak mahu beri. Hasil pun tak banyak. Ditambah lagi dengan permasalahan yang melanda. Sudah tentu kita kecewa dengan perkembangan ini. Tapi walaubagaimanapun, dalam Usaha Umno BN nak ambil Kelantan, kita kena menjangka jugalah usaha-usaha perpecahan ini diperbesarkan. Cuma saya harap PAS dapat mengukuhkan balik kedudukan.

Soal perbalahan istana itu agak sukarlah. Biarlah diselesaikan dengan cara lain. Tapi soal pentadbiran, soal kepimpinan negeri, saya rasa eloklah mereka bersatu dan membuat keputusan tertentu, ke arah mana kepimpinan pentadbiran Kelantan harus pergi. Saya rasa sudah sampai masanya untuk mengkaji segala perubahan ataupun untuk mengurangkan politiking kerana kalau istana pun berpecah, pimpinan politik pun berpecah, perkara ini tidak baguslah. Sekurang-kurangya pentadbiran politik lebih baik maka harapnya perkhidmatan awam tidak berpecahlah. Kadang-kadang perkhidmatan awam sesebuah negeri bergantung juga kepada istana. Saya harap ahli politik dan perkhidmatan awam dapat memberikan tumpuan kepada pertadbiran negeri seterusnya dapat mengurangkan permasalahan ini.

Berdasarkan pengalaman Datuk bersama Umno Kelantan, adakah Datuk melihat Umno mempunyai pemimpin yang boleh mengambil alih Kerajaan Kelantan?

Umno ada duitlah.Jadi parti yang ada duit ini kita kena awasi jugalah. Macam Sabah dulu jatuh sebab duit jugak. Dengan wang ehsan ini dia mesti guna duit jugak. Dia akan guna untuk menang pilihanraya. Kita tiak boleh mengambil mudah dengan beberapa ratus juta yang sepatutnya rakyat dapat, Umno akan guna duit ini. Sebab itu saya fikir baiklah Pakatan jelaskan perkara ini contohnya isu minyak.

Bagi saya bila Kerajaan tidak beri royalti minyak kepada Kelantan, sepatutnya rakyat Kelantan tidak undi lagi BN sebab ini satu penipuan besar-besaran. Apa sebenarnya wang ehsan? Kalau tidak ada hak langsung kenapa bagi juga? Kenapa tidak bagi kepada Johor atau negeri-negeri lain? Sebabnya mereka rasa berdosa kalau tidak bagi sebab itu wang rakyat. Tindakan BN dalam isu ini pada saya, kalau saya sebagai rakyat Kelantan, saya tidak boleh maafkan dan saya tidak akan undi BN lagi. Tapi tidak semua orang macam itu.Jadi jelas bagi saya, sebagai negeri miskin, kalaulah duit itu diberikan bukankah banyak benda yang boleh dibuat. Macam Datuk Mustafa kata kita tidak ada hak. Kalau tidak ada hak, nak bagi buat apa? Macam Terengganu. 19 tahun bagi royalti tapi bila PAS perintah dia panggil wang ehsan jadi rakyat tahu muslihat mereka ini. Tak perlu rujuk undang-undang antarabangsa. Berbalik kepada soalan tadi, saya bimbang dengan duit yang banyak ini, banyak perkara yang boleh mereka lakukan seperti di Manek Urai dulu. Mereka ada duit banyak, PAS menang tipis sahaja.

Jadi untuk mengatasinya, rakyat Kelantan mesti diberikan kesedaran politik yang tinggi. Yakinkan mereka bahawa masa depan negeri Kelantan, anak cucu mereka bergantung kepada politik yang telus dan jelas. Pakatan Rakyat akan memberi wang ini kepada Kelantan malah kita buat keptusan, sekiranya BN menang di Kelantan, dan kita mentadbir Kerajaan Pusat, kita akan bagi kerana rakyat pilih mereka. Kita kena hormat. Tapi BN mana tahu hormat undang-undang. Moral pun tidak ada. Kita kena sedarkan rakyat Kelantan. Dosa tidak bagi royalti ini tidak boleh dimaafkan. Bila kita bising, barulah ada wang ehsan. Kalau kita tidak bising, wang ehsan pun tidak ada. Patutnya Kelantan menolak BN sebab perkara ini.

Apa harapan Datuk kepada parti-parti dalam Pakatan dan para penyokong?

Kita kena terus berkeyakinan. Kadang-kadang saya banyak juga dengar di kalangan kita sendiri pun banyak memperkatakan tentang kelemahan kita. Kumpulan ini mesti begini, kumpulan itu mesti begitu. PAS patut begini, DAP patut begitu, Keadilan patut begini. Saya lebih suka kepada pendekatan bagaimana kita nak tolong. Kalaulah PAS lemah dalam aspek-aspek tertentu, bagaimana kita boleh tolong PAS. Kalau kelemahan Keadilan dalam hal-hal tertentu, bagaimana kita boleh membantu.

Seperti yang saya katakan, Kelantan itu kerajaan PAS tapi PAS juga mesti membantu Keadilan di Kelantan supaya kuat dan kita dapat menangani masalah BN. Saya lebih ingin melihat misalnya di Terengganu secara tradisinya kawasan PAS. Tapi saya harap kita boleh nilai kembali untuk memilih yang terbaik di kalangan Pakatan untuk bertanding di sesuatu kerusi supaya kita boleh menang. Oleh itu perlu kompromi dalam Pakatan. Kita mesti lakukan sebab matlamat kita adalah untuk menang. 

 

Badan Kebajikan Sensatimur

Posted by rakyat marhaen
Labels: ,

Mahkamah pernah mengarahkan Utusan Malaysia membayar ganti rugi RM120,000 kepaa Haji Mahfuz Omar. Mahkamah juga pernah mengarahkan Berita Harian membayar ganti rugi RM150,000 kepadanya.

Mahfuz mengemukakan tuntutan itu untuk membersihkan namanya akibat laporan yang beliau rasa bersifat negatif kepadanya.

Hari ini, Utusan Malaysia membuat laporan yang saya lihat negatif terhadap Tuan Guru Menteri Besar Kelantan dan menantunya, Abdul Ariffahmi Ab Rahman dalam berita bertajuk “Punca Bazar Tok Guru rugi besar“. Saya yakin, Tok Guru dan menantunya tentu mahu membersihkan nama mereka akibat laporan dilihat negatif terhadap mereka.

Duit tak jadi hal kepada mereka. Ariffahmi sendiri adalah seorang hartawan, kalaupun bukan jutawan. Saya katakan begitu berdasarkan pendetailan tentang harta-harta beliau sekeluarga kepada saya dan kawan-kawan ketika kami bertemu dahulu.

Yang penting ialah supaya kedua-duanya tidak dipandang tidak bersih.

Jika dibaca posting Haji Husam Musa yang belajar ekonomi di Universiti Malaya bertajuk “Cerita bazar” dan kenyataan yang akhbar Datuk Takiyuddin Hassan yang belajar undang-undang juga di Universiti Malaya seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia semalam dalam berita bertajuk “Takiyuddin persoal maklumat mesyuarat Exco bocor“, tentulah laporan Utusan Malaysia bertajuk “Punca Bazar Tok Guru rugi besar” itu tak betul.

Saya terpaksa bertaqlid kepada kedua-duanya kerana saya adalah kutu bodoh yang sekolah menengah pun tercicir. Memang saya pernah menjejakkan kaki di Universiti Malaya. Tetapi, macam kera masuk kampung. Nak tumpang mengaji di situ orang tak bagi. Saya tak layak.

Husam kata, “mengeluarkan pendahuluan untuk membeli aset sebanyak 23 juta, bukan bermakna kerugian. Tidak sama sekali”.

Takiyudin pula dilaporkan berkata:

“Kita tidak rugi apa-apa, kerajaan hanya sediakan tapak untuk dibangunkan bersama di antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan sebuah syarikat, Sensa Timur Sdn. Bhd. bagi membina sebuah bazar.

“Sebagai timbal balas, syarikat itu memberikan aras satu dan dua yang bernilai RM40 juta kepada kita.

“Bagaimanapun, pada mesyuarat Exco baru-baru ini kita memutuskan untuk membeli aras bawah yang bernilai RM23 juta dan kesemua lot perniagaan terbabit akan dijual semula bagi mendapatkan kembali wang yang dikeluarkan itu”.

Jelaslah dari kenyataan kedua-duanya, kerajaan Kelantan “tidak rugi apa-apa”. “Tidak sama sekali”!

Malah, Badan Kebajikan Sensatimur memberikan pula aras satu dan dua yang bernilai RM40 juta kepada kerajaan Kelantan. Saya mohon maaf kerana tersilap. Sebelum ini, saya ingat Sensatimur adalah sebuah entiti perniagaan. Rupa-rupanya saya salah sangat-sangat. Sensatimur sebenarnya sebuah badan kebajikan.

Come on, bro! This is not business. This is charity!!

Sebab itulah, untuk membersihkan nama mereka, Tok Guru dan menantunya perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad yang mendakwa:

“Tanah tapak Bazar Tok Guru ini milik kerajaan negeri tapi apabila bangunan siap tuan tanah kena beli balik.

“Ini dua kali untung namanya, tentulah ada orang yang mendapat manfaat”.

Ah, tiba-tiba teringat Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dan dakwaan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker bahawa “many personalities in Umno and MCA were said to be under his payroll“.

Berkaitan:
Peniaga tetap mahu harga subsidi (Utusan Malaysia 18/1/10)

Maklumat Syarikat:
Sensatimur Sdn Bhd (630903-U)
Tingkat 1, Lot 816, Taman Sri Cemerlang, 15300 Kota Bharu
Ditubuhkan pada 9/10/2003
Jenis perniagaan: Pembangunan hartanah
Jumlah modal dibenar dan diterbit: RM1 juta
Pemegang Syer:
1. Datin Hasmah Abdul Rahman (yang juga dikenali sebagai Datin Nah, isteri Dato Sidek Awang) – 999,999
2. Mohd Zakhir Siddiqy Dato Sidek – 1
Ahli Lembaga Pengarah:
1. Nik Azman Dato Nik Mustapha
2. Mohd Zakhir Siddiqy Dato Sidek
3. Aminodin Ismail
Setiusaha syarikat:
Mak Yee Hong

by bakaq a.k.a. ~penarik beca 

Kenapa Husam dan Takiyuddin sanggah tulisan Kickdefella

Posted by rakyat marhaen

Bagaimana jumlah RM 23 juta yang merupakan harga bagi tingkat bawah Bazar itu yang akan diperolehi semula oleh Kerajaan boleh dikatakan kerugian?

Jika ia dikatakan kerugian, itu bukan rumusan ekonomi tetapi sebuah karya seni. Apa motif karya seni dihasilkan sedemikian, terpulang.

Demikian sanggahan YB Datuk Husam Musa dalam tulisanya Cerita Bazar yang jelas ditujukan terhadap sebuah artikel tulisan Kickdefella.

Dalam artikel tersebut, Kickdefella mendakwa :

Kerajaan Negeri akan kehilangan hampir RM50 juta. Hampir RM30 juta ialah kehilangan dari hasil pemberian tanah Kerajaan Negeri kepada Sensa Timur dan RM23 juta kerana menebus maruah Tok Guru dengan mengambil balik tingkat bawah Bazar Tok Guru. Ini adalah jasa besar Almenantunya Nik Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi Ab. Rahman. [klik sini]

Komen : Saya lihat bahawa kenyataan Husam Musa kali ini seiring sejalan dengan apa yang Takiyudin nyatakan sebelum ini. Husam menyanggah tulisan blogger Kickdefella yang selama ini ramai menganggapnya sebagai blogger suruhannya. Dan apabila tulisan Kickdefella berhubung perkara tersebut keluar, ramai yang menuding jari kepada Husam sebagai pembocor maklumat mesyuarat exco ….Peduli apa itu semua! Dont kill the messenger – itu pesan Bakaq Penarik Beca.

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Takiyuddin yang saya muatkan dalam entri saya di sini :

1) “Sebagai timbal balas, syarikat itu memberikan aras satu dan dua yang bernilai RM40 juta kepada kita.”

Komen saya ialah – mengapa aras satu dan dua tetapi bukan aras bawah? Bukankah pada mulanya TGNA berjanji kepada para peniaga akan memperuntukan aras bawah itu kepada mereka?

Lagi kata Takiyuddin :

2) “Saya juga ingin tegaskan bahawa tidak timbul isu kerajaan negeri rugi RM30 juta untuk nilai tanah tapak itu kerana kita mendapat pulangan sebuah bangunan tanpa mengeluarkan sebarang modal,” katanya.

Komen saya : Sensa Timur telah diberikan 3.36 hektar tanah yang anggaran nilainya RM30 Juta untuk selama 99 tahun sebagai imbal balasnya.Apakah imbal balas ini tidak memadai?

Bahawa tindakan untuk membeli aras bawah ini adalah setelah timbul rungutan para peniaga yang tidak berpuas hati kerana PMBK memungkiri persetujuan yang diberikan pada awalnya.

Kalau Ariffahmi bijak menguruskan perjanjian kerjasama tersebut, sudah tentu PMBK tidak perlu membayar dengan harga RM23 juta kepada Sensa Timur kerana telah diberikan tanah yang bernilai RM30 juta itu.

Tanpa membayar RM23 juta itu barulah kita akur sebagaimana kenyataan Takiyuddin bahawa “…kita mendapat pulangan sebuah bangunan tanpa mengeluarkan sebarang modal,”

Oleh alhusseyn 

Tasyrif mengaku tidak bersalah ‘ancam’ di Facebook

Posted by rakyat marhaen

Pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Jumaat lepas tanpa pengakuannya direkodkan berhubung dakwaan menggunakan aplikasi dalam Internet untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan orang lain, membuat pengakuan tidak bersalah terhadapa pertuduhan itu hari ini.

Pengakuan Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, dilakukan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin selepas pertuduhan dibacakan. Mahkamah menetapkan 4 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.

Mohamad Tasyrif didakwa menggunakan aplikasi Internet itu secara sedar untuk memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis “ke nak aku baling bom petrol di sana plak?…harga boleh runding…”

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah bernombor B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya pada 10 pagi 10 Januari lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam bela Mohd Radzlan Jalaludin ketika memohon agar wang jaminan RM10,000 yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan yang diwakili timbalan pendakwa raya Amirah Mohamed Yusuff dikurangkan, berkata ini adalah kerana Mohamad Tasyrif masih seorang pelajar tahun pertama semester kedua jurusan perfileman di Aswara.

Aslam membenarkan Mohamad Tasyrif diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Ayahnya Tajuddin Awang, 51, pembantu awam di sebuah sekolah, selaku penjamin menjelaskan jaminan itu.

– Bernama

Masih Cauviniskah DAP?

Posted by rakyat marhaen

Meskipun setiausaha agung DAP terus berusaha mempromosikan agar ia lebih kelihatan sebagai parti pelbagai kaum, perwakilan kalangan Melayu jelas tidak ketara ketika berlangsungnya konvensyen kebangsaan hari ini.

Perwakilan kaum Melayu nampak ‘tenggelam’ dalam lautan lebih 1,200 orang yang menghadiri konvensyen sehari di Syuen Hotel di sini.

Setiausaha agung Lim Guan Eng mengakui hakikat ini dengan menjelaskan bukan tugas mudah bagi DAP untuk menarik orang Melayu menyertai parti itu.

“Kami masih berusaha untuk menyangkal propaganda negatif terhadap kami sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jadi kami memerlukan lebih banyak masa (dalam mencapai matlamat ini),” katanya.

“Saya juga berpendapat bahawa ia persoalan tentang pilihan… ada parti-parti lain yang kemungkinan menjadi tarikan orang Melayu,” tambah Lim.

Menurut setiausaha pengelola kebangsaan DAP Teresa Kok, parti itu hanya mempunyai lebih 1,000 ahli kalangan Melayu iaitu satu peratus daripada keseluruhan anggota di seluruh negara.

DAP merasakan kekurangan ini selepas mencapai prestasi memberangsangkan dalam pilihan raya Mac 2008 khususnya di negeri Perak.

Banyak cawangan diketuai orang Melayu dikatakan mula ditubuhkan di negeri itu.

Bagaimanapun Lim menjelaskan DAP sedang merekodkan kemajuan dalam mendaftar lebih ramai ahli daripada kalangan orang Melayu, situasi yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

“Kami mencatatkan kemajuan tetapi bukan mudah apabila anda mempunyai, kemungkinan, apa yang dilihat sebagai pilihan-pilihan menarik seperti parti PKR dan PAS.

“Lebih-lebih lagi kami tidak mahu bersaing dengan sekutu kami sendiri,” katanya.

Lim menambah apa yang lebih penting adalah mempunyai lebih ramai ahli dalam Pakatan Rakyat secara keseluruhan.

“Kami adalah dalam satu keluarga, jadi ia bukan satu masalah. Kami tidak mahu melihat pada diskriminasi tetapi kami mahu melihat pada manfaat (pada akhirnya).

“Apa yang penting adalah prinsip kita dan dasar kami dan sama ada ia bermanfaat kepada semua,” katanya.

Malah DAP juga pernah dilabelkan sebagai parti masyarakat Cina yang didominasi kaum lelaki semata-mata, imej yang cuba dikikis oleh parti itu khususnya selepas keputusan pilihan raya umum 2008.

Dalam ucapan pembukaannya pagi tadi Lim mengetengahkan konsep “Malaysia Sederhana”, mengajak semua komponen dalam Pakatan Rakyat memperjuangkan asas kesederhanaan, seimbang dan amalkan toleransi.

Di sebalik usaha DAP ini, rakannya dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS yang sebelum ini dianggap sebagai parti ekstremis, kini mula mengamalkan keterbukaan dan kesederhanaan, mengatasi DAP pula.

Minggu lalu PAS telah meluluskan draf perlembagaan untuk menaikkan taraf Kelab Penyokong PAS menjadi Dewan Perhimpunan Penyokong PAS, yang kini mempunyai 20,000 ahli bukan Islam.

Dewan ini akan dilancarkan April ini. -MI

Ulasan GB

Menyentuh tentang penyertaan orang Melayu di dalam DAP, mengingatkan saya tentang satu majlis forum anjuran mahasiswa di sebuah IPT kira-kira hampir tiga dekad yang lalu.

Saya diberikan penghormatan untuk menjadi seorang pengerusi kepada majlis berkenaan. Panelisnya Mohd. Sabu, semasa itu seorang aktivis Pemuda PAS dengan seorang lagi pemimpin DAP berbangsa Melayu dari Teluk Intan, Fadzlan Yahya nmanya, yang pada ketika itu beliau ialah ADUN Pasir Berdamar.

GB terlupa tentang isu apa yang dibincangkan pada forum berkenaan, tetapi yang nyata, sewaktu GB memperkenalkan YB Fadzlan kepada majlis, beliau telah diboo oleh sebilangan mahasiswa. Fadzlan tidak lansung menampakkan wajah resah atau cemas. Beliau amat menyedari tentang sikap “orang Melayu” ketika itu yang skeptikal terhadap parti DAP, yang rata-rata berpersepsi bahawa ia adalah parti cauvinis Cina.

Sewaktu Fadzlan sedang menyampaikan hujjah, Mohd Sabu menulis sekeping kertas kepada saya, “Fadzlan Sosialis!”.

Saya hanya mampu senyum dan semasa soal-jawab, mahasiswa/i lebih suka mengajukan soalan kepada Mohd Sabu. Sebagai pengurusi yang sepatutnya bertindak “impartial”, saya membuka ruang kepada Fadzlan untuk memberikan pendapatnya walaupun tiada soalan yang dikemukakan kepadanya. Saya terpaksa mencipta soalan dan bertanya kepada Fadzlan.

“Mengapa Fadzlan memilih DAP sebagai platform memperjuangkan hak rakyat?”

Fadzlan dengan tenang menyatakan bahawa beliau lebih suka berpolitik dengan kaum asing. Apatah lagi kawasannya didominasi oleh lebih 90% kaum Cina. Kesediaan DAP menerimanya sebagai wakil untuk kawasannya membuktikan persepsi bahawa DAP sebagai parti cauvinis Cina tidak tepat.

Masa berlalu, dan kini, DAP sebagai sekutu di dalam Pakatan Rakyat telah lebih diterima oleh rakyat berbangsa Melayu. Kehadiran pemimpin-pmimpin DAP di dalam setiap kali pilihanraya kcil yang ditandingi oleh PAS membuktikan bahawa DAP mula mengorak langkah untuk menjadi mereka sebuah parti yang lebih diterima oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

PAS dan PKR menerima DAP dengan hati terbuka, dan yang pasti ialah “keikhlasan” di dalam perjuangan tiga parti berkenaan menjadikan PR sebagai satu kuasa baru yang bakal menumbangkan Barisan Nasional yang hampir pupus itu.

UMNO sedaya upaya menghasut masyarakat Melayu supaya menolak DAP. Tetapi usaha UMNO tidak banyak mendatangkan kejayaan apabila UMNO yang perjuangannya berteraskan kepada perkauman Melayu sudah berada di pinggir jurang kemusnahan.

Islam mengajar “Melayu” supaya tidak menjadikan “kebencian kepada sesuatu kumpulan menyebabkan kita tidak berlaku adil. Kita disuruh berlaku adil kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa.”

Dengan sebab itu juga, Mursyidul Am PAS boleh berucap di rostrum DAP. Lim Guan Eng boleh menyumbangkan sebuah LCD besar kepada PAS untuk PRK Kuala Terengganu tahun lalu. Itu semua menyakitkan lagi hati UMNO yang memang berpenyakit.

1Malaysia – UMNO BN berslogan. Pakatan Rakyat yang melaksanakannya. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: