Anwar Ibrahim & Leaders Sang Chinese New Year Song

Elizabeth Wong: With The Might Of The Tiger, We Will Move Forward For The Betterment Of The People

DSAI at PKR 2010 CNY Open House

KELANTAN SEDIA TERBITKAN FILEM BERUNSUR DAKWAH


KUBANG KERIAN, 27 Feb: Sikap keterbukaan kerajaan Kelantan dalam aspek hiburan diteruskan lagi apabila bersetuju mengadakan perbincangan dengan mana-mana penerbit filem di negara ini bagi menjadikan negeri ini sebagai tapak pelancaran filem-filem yang berasaskan dakwah mahupun pengajaran.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kerajaan juga sedang mengkaji jenis filem yang akan dipilih untuk ditayangkan kepada masyarakat di negeri ini dan ia semestinya membawa unsur-unsur dakwah dan juga bermoral tinggi.

“Mungkin agak sukar untuk kita berbincang dengan penerbit filem di negara kita sekiranya filem yang mereka keluarkan hanya bermotifkan keuntungan, kerana kalau filem berunsurkan dakwah boleh dikatakan tidak semua remaja meminatinya dan itulah yang kita sedang mengkaji terlebih dahulu,” katanya lagi.

Beliau menyatakan demikian semasa ditemui di Majlis Jalinan Mesra Bersama Masyarakat Tionghua di Kampung Sungai Limbat dalam Dun Pasir Tumboh, semalam.

Sebanyak 30 keluarga masyarakat Tionghua mengadakan sesi dialog bersama wakil rakyat sempena Tahun Baru Cina. Ahmad Baihaki juga turut menyampaikan hamper kepada keluarga yang hadir. (gambar sebelah)

Sebelum ini Kelantan telah mengadakan hari hiburan Islam dengan menayangkan sebuah filem dari Indonesia ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang diadaptasikan daripada novel tulisan Habiburrahman El-Syirazi dan mendapat sambutan menggalakkan.

Ahmad Baihaki juga berkata, Kelantan dahulu lagi tidak menyekat hiburan tetapi terpaksa mengkaji dahulu jenis hiburan yang sesuai dengan kehendak Islam.

“Kita tidak mahu hiburan yang boleh melalaikan remaja di Kelantan dan sebab itulah kita mengambil langkah menutup panggung wayang dan kalau kita nak tayangkan pelbagai filem, ia boleh dibuat di dewan-dewan tertutup seperti di Balai Islam, Pusat Dagangan Kelantan( KTC) maupun di dewan Pusat Tarbiah PAS Kelantan(Putik),” ujarnya

Sumber : Harakah Daily

JEBAT_BERANI : JIKA PERANCANGAN INI BERJAYA HAMBA YAKIN IANYA AKAN MEMBERI KESAN YANG SANGAT POSITIF KEPADA RAKYAT DAN JUGA IMEJ KERAJAAN PAS KELANTAN…SEBAGAIMANA YANG DIKATAKAN OLEH KEBANYAKAN USTAZ-USTAZ BAHAWA ISLAM SAMA SEKALAI TIDAK MELARANG AKAN HIBURAN INI…APA YANG PENTING IANYA TIDAK MENYALAHI APA YANG DITEGAH ISLAM DAN JUGA TIDAK MELALAIKAN..
 
NAMUN YANG MENJADI TANDA TANYA KEPADA HAMBA SEJAUH MANA PRODUSER-PRODUSER DI MALAYSIA INI SANGGUP MELABUR DALAM PROJEK SEBEGINI KERANA KEBANYAKAN MEREKA HANYA MEMENTINGKAN ASPEK KEUNTUNGANN DALAM PENERBITAN FILEM ATAU DRAMA..KALAU ADA SEKALIPUN FILEM ATAU DRAMA BERUNSUR DAKWAH YANG DITERBITKAN MEREKA,IANYA MASIH JAUH MENYIMPANG DARI APA YANG TELAH DIGARISKAN OLEH ISLAM..
 
HAMBA BERHARAP SANGAT AGAR PROJEK INI AKAN MENJADI TITIK TOLAK KEPADA TRANFOMASI DUNIA HIBURAN DI MALAYSIA..BIARLAH PARA PRODUSER INI LEBIH BERTANGGUNGJAWAB DAN BERANI DALAM MENERBITKAN FILEM-FILEM ATAU DRAMA BERUNSUR DAKWAH YANG MENEPATI APA YANG TELAH DIGARISKAN OLEH ISLAM…KEJAYAAN PROJEK INI PASTINYA JUGA AKAN MEMBERIKAN MAFAAT KEPADA MASYARAKAT TERUMATAMANYA GOLONGANN MUDA YANG DILIHAT SEMAKIN TERBABAS OLEH PENGARUH DUNIA HIBURAN HARI INI…

Dicatat oleh jebat_berani di 12:30:00 AM 0 ulasan

Sunday, February 28, 2010

RAKYAT BERBILANG KAUM SEMAKIN ERAT DI BAWAH PAKATAN RAKYAT


JEBAT_BERANI : DI BAWAH PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR,RAKYAT BERBILANG KAUM DILIHAT SEMAKIN ERAT..INI DIBUKTIKAN DALAM MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI KAMPUNG BARU AMPANG…MAJLIS TERSEBUT TERUT MENGAMBARKAN SOKONGAN PELBAGAI KAUM KHUSUSNYA KAUM TIONGHUA KEPADA PAKATAN RAKYAT SELAMA INI TIDAK PERNAH PUDAR MALAHAN SEMAKIN KUKUH..

MAJLIS YANG BERMULA PADA JAM 8.00 MALAM TURUT DIHADIRI OLEH ADUN CHEMPAKA,ISKANDAR SAMAD YANG JUGA MERUPAKAN EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR,KAMARULZAMAN MOHAMMAD,SETIAUSAHA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT,LI SHUOK JIN AHLI MAJLIS ZON 17 DAN KHAIRUL FAZI AHMAD KAMIL,PENGERUSI LAJNAH PERPADUAN NASIONAL DEWAN PEMUDA PAS…GIMIKPERASMIAN MAJLIS TERSEBUT DIMULAKAN DENGAN MEMPERSEMBAHKAN TARIAN CINA..MANAKALA ISKANDAR SAMAD DAN LI SHUOK JIN DIBERI PENGHORMATAN MEMBUKA KAIN RENTANG YANG TERTULIS HARIMAU GARANG MENGHALAU KEZALIMAN DAN SING TIONG HWA MENYAMBUT TAHUN BARU YANG BERHARAPAN…

ISKANDAR TURUT MELAHIRKAN RASA GEMBIRA DAN TERHARU BERLIAU ATAS SAMBUTAN YANG SANGAT HEBAT OLEH MASYARAKAT TIONGHUA DI SEKITAR KAWASAN ITU TERHADAP MAJLIS INI..BELIAU JUGA BERJANJI PAKATAN RAKYAT AKAN TERUS MEMBERI PERKHIMATAN TERBAIK KEPADA RAKYAT SELANGOR..”Selepas ini kita akan memberi bermacam-macam lagi untuk rakyat, tapi sekiranya dapat tawan satu Malaysia kita akan beri ‘the best’ lagi untuk rakyat,”KATA BELIAU..ISKANDAR SAMAD JUGA BERKATA,RAKYAT BERBILANG KAUM,AGAMA DAN BERBEZA IDEOLOGI POLITIK SALING FAHAM MEMAHAMI DIANTARA SATU SAMA LAIN..”Kalau kita berbeza tidak semestinya kita bergaduh, yang penting kita mesti erat perpaduan di antara kita,” KATANYA..

MAJLIS PADA MALAM ITU TURUT DIMERIAHKAN DENGAN ACARA CABUTAN BERTUAH,PERSEMBAHAN DARI ORKESTRA CINA,KOMPANG,URAMI,SKETSA DAN PERSEMBAHAN NYANYIAN DARI MR. YAU,JUARA KARAOKE KAMPUNG BARU AMPANG PADA TAHUN LEPAS..ISKANDAR SAMAD JUGA KELIHATAN MEMBERIKAN ANG PAU KEPADA KANAK-KANAK YANG HADIR..MAJLIS MALAM ITU DIAKHIRI DENGAN TEMBAKAN BUNGA API SEBAGAI PENUTUP MAJLIS…SEMUA YANG HADIR NYATA BEGITU GEMBIRA DAN BERSERONOK DENGAN PELBAGAI ACARA YANG TELAH DIATURKAN..MEREKA NAMPAKNYA SEMAKIN SELESA DENGAN PENTADBIRAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT..MEREKA BERIKRAR AKAN MEMPERTAHANKAN “KERAJAAN RAKYAT” INI PADA PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG…

MELIHAT KEMAJUAN DARI SUDUT PERPADUAN BERBILANG KAUM INI HAMBA MERASAKAN ADALAH TIDAK MUSTAHIL SELANGOR DI BAWAH PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT MAMPU MENJADI SEPERTI KELANTAN YANG RAKYATNYA SAMAADA MELAYU,CINA ATAU INDIA HIDUP AMAN DAMAI DAN SALING HORMAT-MENGHORMATI…RAKYAT KELANTAN BERBILANG KAUM INI SANGAT RAPAT SEHINGGAKAN KITA BOLEH MELIHAT BAGAIMANA MEREKA YANG BERBANGSA CINA ATAU INDIA BOLEH BERBAHASA DIALEK KELANTAN DENGAN BAIK..MALAH MEREKA JUGA SANGAT MEMAHAMI BUDAYA ANTARA SATU SAMA LAIN..INI ADALAH HASIL DARI KEMUFAKATAN MEREKA DALAM APA JUA PERKARA YANG MEREKA LAKUKAN…

Dicatat oleh jebat_berani

Bekas peguam Petronas kecewa royalti Kelantan dinafi

Posted by rakyat marhaen

KOTA BHARU, 28 Feb: Bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, Nik Syaghir Nik Mohd Nor melahirkan rasa dukacita apabila ada pemimpin menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak.

Beliau berkata, pemimpin terbabit dianggap menafsir undang-undang tanpa melihat kepada maksud dan tafsiran sebenar Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA).

Katanya, akta tersebut menyebut dengan jelas perkataan onshore (daratan sehingga tiga batu nautika) dan offshore (perairan negeri).

“Saya hairan mengapa mereka termasuk juga yang bergelar profesor di universiti tidak merujuk kepada perkataan tersebut.

“Saya cukup sedih dengan tindak tanduk mereka yang cuba mengelirukan rakyat.

“Sedangkan pada 1975 Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir memberi hak kepada Petronas mencarigali minyak yang di kawasan onshore dan offshore,” katanya pada taklimat mengenai tuntutan royalti petroleum kepada wakil-wakil rakyat di Bilik Gerakan Negeri di sini, petang tadi.

Hadir sama bekas peguam kanan di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan peguam kes tuntutan royalti minyak Terengganu, Thommy Thomas.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Tuntuan Royalti Minyak Kelantan, Datuk Husam Musa, dua Adun BN iaitu Datuk Norzula Mat Diah (Paloh) dan Mohd Yusoff Abdul Ghani (Nenggiri) serta wakil-wakil rakyat lain.

Turut hadir pegawai-pegawai kerajaan negeri, pusat serta wartawan tempatan.

Nik Syaghir berkata, kesanggupannya menjelaskan perkara sebenar di sebalik tuntutan royalti minyak Kelantan semata-mata bagi menegak kebenaran setelah ada pihak yang mengelirukan rakyat dalam isu berkenaan.

Beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai pegawai undang-undang Perbendaharaan Negara dan Jabatan Peguam Negara memberitahu sebelum ada PDA kerajaan Sabah dan Sarawak sudah menandatangani perjanjian dengan Shell.

Katanya, ketika itu Shell dikehendaki membayar royalti kepada Sabah dan Sarawak sebanyak 8 hingga 12 peratus mengikut jarak lokasi carigali dengan pantai.

“Mengambil kira perkara tersebut saya ketika itu dipertanggungjawab merangka draf mengenai PDA telah mengambil jalan tengah dengan memutuskan Petronas perlu membayar royalti 10 peratus iaitu 5 peratus kepada pusat dan 5 peratus lagi kepada negeri.

“Lagi pun Tun Razak tidak mahu ada keistimewaan tertentu dalam PDA. Kesemua negeri mempunyai hak yang sama di bawah PDA dan jelas tidak ada keistimewaan seperti digambarkan pihak tertentu,” ujarnya.

Abdul Aziz juga menegaskan pembayaran royalti kepada negeri tidak menggunakan kaedah 3 batu nautika seperti yang diuar-uarkan pemimpin kerajaan pusat sekarang.

Katanya, pembayaran yang dibuat berdasar kepada istilah onshore dan offshore serta tidak berbangkit sama sekali kaedah 3 batu nautika.

“Kalau ada pendapat menyebut royalti hanya dibayar apabila carigali dijalankan kurang 3 batu nautika, itu pendapat yang salah.

“Kerajaan pusat, negeri, Sabah dan Sarawak semua mendapat 5 peratus. Tidak benar sama sekali ada perbezaan royalti di antara Sabah dan Sarawak dengan negeri di semenanjung dalam soal ini,” ujarnya.

Thomas pula menjelaskan biar pun isu royalti diketengahkan ke mahkamah bagi mendapat keadilan, kerajaan negeri atau mana-mana pihak masih boleh untuk memperkatakan isu berkenaan.

Katanya, tidak ada subjudis kepada mahkamah dalam isu berkenaan biar pun hakim belum membuat apa-apa keputusan.

“Ini sama seperti berlaku di Perak baru-baru ini. Isu berkenaan diperkatakan secara meluas dalam ceramah, forum dan seminar,” ujarnya.

Sementara itu Husam berkata, Kelantan akan menggunakan rundingan bagi menuntut royalti dan tindakan mahkamah merupakan jalan terakhir.

Bagaimanapun katanya, kerajaan akan mendapat pandangan dari semua Adun terlebih dahulu sebelum kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

Ditanya kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Wang Ihsan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang tetap mahu menghantar surat jemputan pelantikan wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa berkenaan kata Husam surat tersebut tidak ada dilayan.

“Kita berpendapat jawatankuasa itu haram dan tiada dalam undang-undang, bahkan bayaran 5 peratus yang mereka ambil itu juga haram,” katanya selepas mesyuarat Exco sebelum itu. 

Isnin, 2010 Mac 01

Program Tahun Baru Cina PR Bukit Gantang – Banyaknya SB

Posted by rakyat marhaen


Rakyat mendengar ucapan DS Nizar ,antaranya beberapa orang SB.DS Nizar tetap dihati rakyat ,tidak kira tua dan muda.

Khemah ini juga terdapat SB yang selalu mengikuti DS Nizar .

DS Nizar berucap dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan Adun Kuala Sapetang. Kelihatan beberapa SB berketurunan Cina dan Melayu mencatat.”Catatan Buat Zambry”.

28-Februari 2010-Simpang.-

Program DS Nizar di mana-mana terdapat SB.Pagi tadi di Padang Taman Kota Jaya banyaknya SB .

Dari gerai tepi jalan ,hinggalah kawasan sekitar.Terdapat yang merakam gambar,merakam suara,merakam video dan berborak sakan dengan rakyat.

Seorang itu kita kenal SB dari Bukit Aman .Kita kenal semasa PRU 12 lagi.Mereka yang lain, SB bangsa Cina ada dan SB India pun datang juga!

DS Nizar tetap berucap penuh bersemangat.DS Nizar tetap menyatakan UMNO parti perkauman.Bagi DS Nizar 52 tahun merdeka UMNO masih membincangkan satu fahaman perkauman,ketuanan Melayu sedangkan Malaysia terdiri rakyat pelbagai kaum.Tugas SB tetap mencatat dan mengambil gambar DS Nizar.Hendak kenal mereka,SB tidak ketawa dan diam sepanjang program.Jikalau kita ambil gambar SB,mereka orang tempatan tutup muka tetapi SB luar buat muka sardin sahaja!.

 

Sudah Gila Agaknya UMNO

Posted by rakyat marhaen
Susah nak dijelaskan dengan kata-kata bagaimana sifat orang yang riak suka menunjuk-nunjuk akan kebaikan yang dibuat agar mendapat perhatian daripada orang ramai. Kalau UMNO itu tidak mashyur dikalangan rakyat, usahlah ditunjukkan segala keburukkan. Rakyat tidak mahu melihatnya. Hanya UMNO yang syok sendiri.
Mungkin sebelum ini mereka buat demonstrasi tidak ramai yang hadir. Oleh sebab itulah mereka mengadakan perarakan Maulidur Rasul yang mana di bawa sepanduk UMNO. Mereka ingin tunjukkan bahawa merekalah juara dalam perarakan Maulidur Rasul.
Bodoh dan jahil UMNO ini. Maulidur Rasul itu disambut untuk memperingati baginda s.a.w. dan bukannya menunjukkan perarakan UMNO. Ia disambut oleh umat Islam dan bukannya disambut oleh golongan yang tidak bertuhan seperti UMNO. UMNO berjuang pun tiada kitab sedangkan Karl Max berjuang pun ada kitab dalam komunis.
Bukannya aku menyokong komunis tetapi aku ingin menjelaskan perjuangan itu biar ada rujukan dan kitabnya. Islam ada kitabnya iaiu al-Quran. UMNO berjuang? Wallahualam.
Kejadian perarakan itu berlaku di Negeri Sembilan yang mana segerombolan golongan jahil menyambut Maulidur Rasul dengan sepanduk dan bendera UMNO. Bukannya kain rentang yang memperingati nabi s.a.w.

Semakin hari semakin jahil serta semakin sesat UMNO ini. Kemungkinan perarakan itu perarakan membawa keranda UMNO dan itu menandakan akan berakhirnya UMNO dalam kamus politik negara. 

Fairus, Bekas ADUN Penanti Sertai UMNO

Posted by rakyat marhaen

Bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang meletakkan jawatannya April tahun lalu, menyertai Umno hari ini.

Keputusan beliau menyertai Umno diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden Umno, di lobi hotel tempat berlangsungnya majlis itu.

Fairus menyertai Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan beliau antara lapan kes berprofil tinggi bebas tuduhan rasuah.

Beliau pernah disiasat kerana dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Fairus, 33, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa 16 April tahun lalu.

Fairus keputusan melepas jawatan Adun bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang.

Fairus dalam ucapannya pada majlis itu berkata, beliau membuat keputusan selepas mengambil kira perkembangan sepanjang tiga bulan lalu khususnya selepas tercetusnya isu kalimah “Allah”.

Beliau mendakwa pendirian yang dibuat oleh PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat, amat mendukacitakan dan tidak menyenangkan kerana bertentangan dengan perjuangan parti.

“Saya akhirnya mendapat petunjuk yang sangat jelas dan saya dengan ini atas prinsip mempertahankan agama dan kepentingan rakyat, hari ini saya membuat pengisytiharan untuk keluar PKR dan menyertai Umno,” katanya yang menyampaikan ucapan khas sebelum Najib mula berucap.

Najib dalam ucapannya pula berkata atas nama Presiden Umno beliau menyambut penyertaan Fairus, yang menurutnya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR ke dalam Umno.

“Oleh itu atas nama Presiden Umno, anak muda bernama Fairus akan diterima dengan senang hati (ke dalam Umno) kerana saya tahu beliau mengambil keputusan atas soal prinsip, atas nama perjuangan… mahu menjadi anggota Umno.

“Oleh itu kita kena jaga beliau dengan baik, beliau boleh memainkan peranan kepada parti, bangsa dan agama,” katanya.

Pada majlis ini Fairus juga menandatangani borang menyertai ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong dan Umno secara rasmi. -MI 

TGNA Raikan Pelumba Le Tour De Langkawi

Posted by rakyat marhaen

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersyukur kerana Kelantan menjadi pusat pelepasan acara perlumbaan jelajah basikal paling berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 pada Isnin.

“Acara ini boleh memberi kesan positif kepada pembangunan industri pelancongan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan peserta dari 20 pasukan LTdl 2010 itu, di sini, pada Ahad.

Beliau juga berharap peserta Malaysia dapat meraih kejayaan cemerlang dalam perlumbaan tahunan itu supaya ia dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Cabaran pasukan tempatan diketuai oleh pasukan kebangsaan yang pastinya perlu berusaha dengan keras bagi memastikan sasaran tempat ke-12 daripada 20 pasukan yang bertanding tercapai.

Manakala pasukan benua negara, Le Tua memasang impian besar untuk meraih juara individu keseluruhan serta mempertahankan gelaran pelumba terbaik Asia dengan membariskan tiga pelumba Sepanyol, seorang Australia dan Ng Yong Li serta Mohd Hafiz Rozli selaku pelumba tempatan.

Empat pelumba tempatan turut mewakili pasukan berstatus benua dari luar negara pada edisi tahun ini dengan Anuar Manan (Geumsan Ginseng Asia dari Korea Selatan), Adiq Husainie Othman (Drapac Porsche dari Australia) dan Loh Sea Keong serta Ahmad Haidar Anuawar pula mewakili pasukan Marco Polo Cycling Team dari China.

Secara keseluruhan LTdL tahun ini menampilkan hanya satu pasukan berstatus Pro Tour iaitu Footon-Sevetto dari Sepanyol serta dua pasukan profesional benua iaitu ISD-Neri (Itali) dan Vorarlberg-Corratec (Austria).

Selebihnya adalah 13 pasukan bertaraf benua iaitu Drapac Porsche (Australia), Tabriz Petrochemical (Iran), Seoul Cycling Team (Korea Selatan), Marco Polo Cycling Team (China), Aisan Racing Team (Jepun), Max Success Sport (China), Le Tua Cycling Team (Malaysia), Team Geumsan Ginseng Asia (Korea Selatan), Team Jayco- Skins (Australia), Azad University (Iran), Giant Asia Racing Team (Taiwan), Polygon Sweet Nice (Indonesia) dan Kelly Benefit Strategies (Amerika Syarikat).

Selain Malaysia yang menampilkan pasukan kebangsaan, tiga lagi adalah Afrika Selatan, Kazakhstan dan Thailand yang kali pertama mengambil bahagian.

Peringkat perlumbaan LTdL 2010:

1: Kota Baharu – Kuala Berang (174.5km)
2: Kuala Terengganu – Chukai (182.3km)
3: Pekan – Mersing (145.6km)
4: Mersing – Parit Sulong (163.5km)
5: Muar – Port Dickson (111.5km)
6: Putrajaya – Genting Highlands (102.8km)
7: Kuala Kubu Baru – Dataran Merdeka (133.7km)

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd Yassin Salleh dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood. 

Ahad, 2010 Februari 28

10,000 MENDENGAR AMANAT ANWAR DI KAMPUNG PELET

Posted by rakyat marhaen


PERMATANG PAUH- Sambutan lebih 10,000 di kapung Guar Jering terhadap DSAI makin mengejutkan.Penganalisis politik menyatakan bahawa semakin banyak tekaman terhadap beliau semakin ramai yang ingin menyambut beliau di mana sahaja beliau hadir.

DSAI menyatakan bahawa Dr Yusoff Qardawi ,ulama besar Qatar yang ketua ulama islam sedunia akan datang ke Kuala Lumpur pada bulan ini untuk mengeluarkan fatwa selama 12 minit untuk seluruh umat islam di Malayisa kerana sesiapa yang membuat fitnah adalah kerja orang munafik dan orang fasiq, Majlis ini akan di lancarkan di Kuala Lumpur dengan pesanan khas Yusof Qardawi , sementara di pasentren wali sogo, sunan ampel wali ke 9 juga telah membuat solat hajat khas 12,000 dimana hampir orang yang hadir. Ini di hadiri oleh Ketua AMK saudara Shamsul Iskandar . Manakala di Kerala India pula Sheikh Abdul Rahman bersama 10,000 pengikt nya bersembahyang khas dan meinta saya juga berdoa di rumah bersama-sama mereka.
“Umno mencerca orang tanpa ada adap”
“Kalau betul nak ada roh islam, kita tak dapat lawan PAS,cuma bila kalah di Pulau Pinang,mereka (umno) cuba pula untuk menunjukkan mereka lebih islam.Kita faham dan sekarang Azizah juga di cerca, adakah sampai macam inikah kerja mereka.Jika ada mana-mana sahaja pihak yang mahu menyertai Umno , maka kita mencerca dan akhirnya sampai negeri pula tidak dapat dijaga.
“Menteri pula yang sanggup menipu dengan harga jet pejuang, begitu juga dengan harga kapal selam, dan sampai berlakunya pembunuhan Altantunya,ini saya bercakap di parlimen.Negara apakah kita ini” demkian jelas Anwar lagi.
“Janganlah menjual maruah dan di perbodohkan oleh menteri.Ekonomi negara jatuh dan yang kita menang dengan Burma, malah kita jatuh dengan Indonesia,Vietnam,Thailand, kita kalah.Ini nak jadi apa kah negara kita ini”
Beliau kemudian bertolak ke Kedah untuk berceramah di sana.

Dalam majlis yang sama juga TKM1 Dr Mansor Othman dan Yb Azmin menerima 151 borang kemasukan ahli baru PKR . Ini berikutan di tempat yang sama juga pada sebelah petangnya Datuk Zahid Hamidi telah hadir di kampung berkenaan dan menerima 100 keahlian baru yang di katakan ahli PKr yang berpaling tadah kepada Umno.
Maklumat yang di sampaikan kepada team WRLR , menyatakan bahawa , kemasukan tersebut bukannya penduduk kampung Guar jering, akan tetapi dari kawasan lain.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

 

Esok harga ikan melambung….AMIN kerana diberikan kemewahan kepada towkey ikan….!!!

Posted by rakyat marhaen

Kalau ikut sumber berita TV9 pukul lapan tadi, nampak gayanya itulah yang mungkin terjadi, harga ikan akan melambung pasainya ikan akan berkurangan di pasaran.

Puncanya pasai para pengimpot ikan bumiputera kalau tak silap aku, akan boikot untuk import ikan dari luar sebagai bantahan kepada peraturan baru yang mewajibkan para pengimport ikan menggunakan tong berinsulasi tinggi. Depa bantah pasai pada depa harga kotak ikan berinsulasi tu tinggi dan depa tak mampu nak tanggung.

Hari ni bernama melaporkan:

ASIN, 28 Feb (Bernama) — Arahan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) hanya dikenakan kepada pengimport ikan dan ia tidak melibatkan nelayan tempatan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata tujuan penggunaan KIBFG ialah bagi memastikan ikan yang diimport dalam keadaan segar dan berkualiti tinggi.

“Dalam kotak ini ada mikrocip, kita gunakan (mikrocip) bagi memudahkan pihak penguatkuasa untuk mengetahui maklumat KIBFG seperti kandungan dalam kotak itu dan pemiliknya, ini akan memudahkan jika terdapat isu-isu berkaitan keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat peringkat Parlimen Jasin di sini, pada Ahad. – bernama

Selain tu bernama jugak melaporkan:

Menurutnya kotak ikan berinsulasi yang hanya dibekalkan KF Marketing Sdn Bhd di pasaran mencecah RM105 setong bagi saiz 30 liter manakala tong ikan plastik saiz sama yang digunakan sekarang ialah RM28 seliter.

Harga kotak ikan ini begitu mahal dan membebankan pemborong atau pengimport ikan kerana sebuah syarikat pengimport ikan memerlukan antara 30,000 dan 60,000 kotak ikan dan kosnya amat tinggi, katanya.

Jika arahan ini dilaksanakan akan memaksa pengimport memindahkan kos pembelian kotak ini kepada pengguna yang mengakibatkan kenaikan harga ikan.

Yusoff berkata hampir 1,000 tan ikan dibawa masuk dari Thailand dan Indonesia setiap hari bagi menampung keperluan tempatan dan separuh daripadanya dihantar ke Lembah Klang. – bernama

Walau apa pun, akhirnya pengguna jugak yang terpaksa tanggung semua tu. Natijahnya, ikan akan kurang dan yang tentunya harga akan meningkat. Nasib laa.. selagi Umno BN masih memerintah, terima ja laa…. 

Tanah rakyat diambil pampasan tak bayar

Posted by rakyat marhaen

Bercakap pasal jalanraya yang sedang dalam pembinaan dari Kampung Teluk Pasu ke Jeram Hilir yang memakan kos RM 200 juta memang ada yang tidak kena.

Khamis (25 Feb 2010) seorang penduduk di Kampung Banggol Donas call penulis ingin berjumpa dan nak cakap pasal jalanraya yang kena rumahnya.Pertemuan tidak dapat diatur, kerana penulis ada di Perpustakaan Awam.

Hari Jumaat (26 Feb 2010) selepas solat jumaat seorang penduduk Kampung Teluk Pasu memberitahu penulis, rumahnya kena lalu jalanraya tersebut dan kena pindah.

Dalam pada itu sempat beliau berkata, saya tak kisah asalkan dibayar pampasannya sebanyak RM 29.00 sekaki persegi . Itulah harapannya terhadap rumah dan tanahnya yang kena jalan.

Pada Hari Sabtu ( 27 Feb 2010) ketika penulis sedang makan dalam suatu majlis kenduri kahwin Haji Ibrahim Tok Sheikh Haji di Hulu Terengganu, Majid yang dikatakan waris Datuk Rahim Said memberitahu Pampasan tidak akan dibayar dan dibayar selepas jalanraya itu siap nanti.

Hari Ahad (28 FEB 2010) dikedai kopi Batu Enam, Haji Ngah Abdul Rahman memberitahu penulis yang dia sudah turun tandatangan membenarkan tanahnya di Teluk Pasu untuk pembinaan jalanraya tersebut.

Penulis kata, pampas an tidak akan dibayar. Haji Ngah tadi terkejut besar dan bertanya mengapa? Penulis jawab, itulah kerajaan yang memerintah Terengganu sekarang. Rakyat akan jadi mangsa. Tenguklah nanti.

Penulis hendak cerita bahawa jalanraya kos RM 200 juta itu adalah jalanraya yang dirancangkan oleh Wakil Rakyat “mata duitan” bukan jalanraya yang dirancangkan dan diluluskan oleh kerajaan Terengganu.

Peruntukannya belum ada. Ia memerlukan wang dana khas dari pusat. Mereka hanya merancang satu projek untuk masukkan wang dalam saku mereka sahaja macam projek jalan kampong yang pampasannya tidak dibayar.

Sebab itu bayaran pampas an tidak akan dilakukan buat sekarang ini danber janji kepada tuan tanah akan dibayar selepas siap.

Malangnya projek itu tidak diketehui langsung oleh JKR dan IKRAM ada kaitan dalam pementaannya. Pelik juga.

Mungkin jalanraya seluas lebuhraya itu ada yang tidak kena.Seorang subkontraktor pernah kata,BN itu B boleh N nipu.iaitu boleh nipu. Betul juga. Maka rakyat yang bodoh kena tipulah nampaknya.

YB, YB nampaknya kayaraya, tapi rakyat papa kedana. Demikianlah cerita.

by Abdullah Ngah 

Harta dua India (RM27.5 bilion) kambus jumlah harta sembilan Melayu

Posted by rakyat marhaen
40 terkaya – 29 Cina, 2 India, 9 Melayu
Harta dua India (RM27.5 bilion) kambus jumlah harta sembilan Melayu
– TAN SRI ABDUL AHMAD

Manusia tidak boleh membawa kekayaan mereka ke kubur tetapi wang atau pitis, seperti kata pepatah Barat, bisa memuaskan segala nafsu; pitis adalah medicine (ubat). Tindakan seorang kaya semuanya betul. Keburukan pula antaranya: orang kaya tidak kenal siapa kawan. Banyak harta adalah sumber kejahatan. Yang saya suka sekali ini, khas untuk Muslim atau Muslimah – kain kapan tiada poket! Apa pun, saya kira, nama baik lebih penting dari harta benda. Kesihatan lebih berharga lagi.

Agama kita tidak melarang mengejar kekayaan asal caranya halal. Allah SWT kasih kepada mereka yang memberi daripada mereka yang menerima!

Senarai terbaru (2010) ahli Kelab Orang Kaya Malaysia telah disiarkan oleh majalah Malaysian Business (16 Februari), kepunyaan kawan saya, Datuk A Kadir Jasin. Seramai 40 tauke, 29 Cina, dua India dan sembilan Melayu. Mereka, mengikut status kekayaan, seperti dalam jadual di bawah.

Termuda antara terkaya ini ialah Lee Yeow Seng, 31, tertua Puan Sri Chong Chook Yew, 87; semua lelaki kecuali tiga wanita.

Jumlah harta 40 insan ini adalah RM156.7 bilion – dekat dengan jumlah harta yang dipunyai berjuta-juta pemegang saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan berjuta penyimpan Tabung Haji! Inilah ukuran kemajuan ekonomi Melayu semenjak merdeka.

Media Pakatan Rakyat Suara Keadilan, Harakah dan Siasah yang pro-Pakatan memberi sepenuh laporan pada Kelab Orang Kaya ini. Contohnya: ‘Lonjak Nazir (adik bongsu Perdana Menteri) ke dalam Kelab Orang Kaya, Datuk Mokhzani Mahathir…’ Walaupun Datuk Kamaluddin Badawi (anak Badawi) tidak ada dalam senarai mahupun kuncu-kuncunya, penulis menyebut namanya – “…Kamaluddin diisytiharkan sebagai salah seorang 10 tokoh perniagaan Melayu dengan aset lebih RM320 juta sebaik saja ayahnya (Badawi) menjadi Perdana Menteri (Harakah muka 2 pada 22-25 Februari). Kamaluddin adalah tauke Scomi walaupun namanya tidak ada dalam Lembaga Pengarah Scomi yang berjumlah sembilan orang; menantu Tun Salleh Abas – Shah Hakim alias Shahzarim Zain – adalah Group Executive Officer atau CEOnya. Pengarah yang gaji tertinggi lebih kurang RM2.2 juta (lihat Malaysian Business, 16 Februari, muka 49).

Yang menghairankan seperti lazimnya kekayaan bukan Melayu yang berpuluh kali ganda tidak disentuh atau komentar oleh media PR langsung. Hanya kadar menyiarkan nama mereka sahaja dan sumber kekayaan itu.

Saya tumpang tanya apa sudah jadi dengan pelaksanaan dasar-dasar yang kononnya pro-Bumiputera yang dikecam bertahun-tahun saban saat itu? Pengkritik pula jelas manfaat lebih dari mereka yang menjadi matlamat atau target dasar itu.

Kata seorang bijak bestari: “Jangan iri hati dengan bukan Melayu, kita mengamal dasar ekonomi bebas atau kata mat salleh, laissez-faire (asal bahasa Perancis). Siapa bijak akan kaya. Dulu pun begitu, sekarang dan bila-bila pun begitulah. Kemerdekaan politik adalah kemerdekaan pertama. Tanpa penguasaan ekonomi, satu bangsa (dan negara) itu belum bebas sepenuhnya – akhir kemerdekaan ialah bebas bersuara dan bertindak. Setelah semua ini ada barulah benar atau itulah kebebasan sejati sebuah negara dan bangsa itu!

Apalah daya aku Melayu! Kata Zaid Ibrahim pula, (bekas menteri (enam bulan) yang dilantik Badawi, dan dibuang oleh Badawi yang satu ketika tidak benar Zaid bertanding dalam rebutan Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu) – ‘Aku juga Melayu’.

Apa ‘ukuran’ yang diguna untuk melarang, lepas itu menobatnya (Zaid) dan kemudian membuangnya – semua dalam masa enam bulan. Tuhan sahaja yang tahu. 

Umno penderhaka dan penggugat Raja-Raja Melayu

Posted by rakyat marhaen

Semalam, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata peranan Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang dibentuk oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu semalam, adalah sebagai pelindung dan benteng kepada pihak yang semakin hari cuba mengganggu-gugat hak-hak keistimewaan serta ekonomi orang Melayu, kedudukan agama Islam dan ketuanan raja-raja Melayu di negara ini.

Woi Katak ! Bukankah engkau sendiri yang telah mengetuai demontrasi di hadapan Bangunan Umno Kelantan pada satu waktu dahulu kerana membantah Sultan Kelantan kononnya melibatkan diri dengan politik sedangkan alasan sebenarnya adalah kerana Umno kalah teruk di Kelantan pada PRU 1990.

Antara sepanduknya “Hei Smail (Sultan Ismail Petra) kalau berani masuklah politik…, Anis (Raja Perempuan) di atas Smail di bawah dan macam-macam lagi kecaman dan kata buruk kepada Sultan Kelantan. Apakah masa itu Ibrahim al-Kataki bersama puak-puak Umno pelindung dan benteng Raja-Raja Melayu?

2) Annuar Musa sendiri adalah punca sampai kehari ini beliau tidak diterima oleh Istana kerana tindakannya mencuba untuk menabal Tengku Ibrahim Petra di Kadok. Cubaan Annuar Musa telah menimbulkan rasa tidak senang hati rakyat Kelantan. Apakah masa itu Anuar Musa dan puak-puak Umno pelindung dan benteng Raja-Raja Melayu?

3) Semasa Mahathir dan kuncu-kuncu Umnonya melondehkan Institusi DiRaja dalam kempen untuk meminda undang-undang mengenai imuniti raja-raja, bukan sedikit kata-kata huduh dan hina ditujukan kepada sultan-sultan Melayu dikeluarkan oleh pemimpin Umno. Apakah masa itu Mahathir dan puak-puak Umno pelindung dan benteng Raja-Raja Melayu?

5. Muhammad Taib , mantan MB Selangor – usung lari puteri raja dan berkahwin di selatan Thai. Apakah masa itu Muhammad Taib pelindung dan benteng Raja-Raja Melayu?

Ada banyak lagi. Tetapi cukuplah sekadar itu sebagai membuktikan bahawa Umno / BN bukan pelindung dan benteng Institusi DiRaja sebenarnya , malah menghina dan mempermainkan Institusi tersebut./end

Oleh alhusseyn 

Husni: Model ekonomi baru tidak pinggir Bumiputera

Posted by rakyat marhaen

TAPAH, 28 Feb — Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menolak kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, termasuk pendirian Majlis Perundingan Melayu (MPM) semalam bahawa model ekonomi baru yang diumum bulan depan akan menyebabkan golongan Bumiputera dan orang Melayu terus ketinggalan daripada segi ekonomi.

Beliau berkata kerajaan mengambil kira kepentingan semua pihak dalam perancangannya untuk melaksanakan model ekonomi baru berkenaan dan pelaksanaannya bakal melahiran usahawan Bumiputera yang berwibawa “duduk” dalam dunia ekonomi sebenar.

“Kerajaan tidak akan mengenepikan mana-mana ras dalam negara ini, semua orang akan mendapat manfaat daripada model ekonomi baru yang akan dilaksanakan,” kata beliau dipetik Bernama hari ini.

Bendahari Umno ini memberitahu model ekonomi baru itu akan dibentangkan sekali lagi kepada Kabinet bulan depan bagi mendapatkan kelulusan daripada segi kerangkanya sebelum diperincikan dan seterusnya diumumkan pada separuh kedua 2010.

Husni yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak berkata demikian selepas Majlis Bersama Pemimpin di Dewan Merdeka di sini hari ini sempena lawatan kerja beliau ke Parlimen Tapah.

Hampir 80 NGO Melayu menubuhkan Majlis Perundingan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman di ibu negara semalam dengan menggesa kerajaan meneruskan pendekatan afirmatif melindungi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dalam model ekonomi baru yang akan diumumkan akhir bulan depan.

MPM yang dilancarkan dengan sokongan lebih 50 NGO dari pelbagai latar belakang termasuk ekonomi dan perniagaan, mendesak kerajaan meneruskan model ekonomi yang “terpimpin” bagi terus melindungi orang Melayu dan Bumiputera.

Suara-suara yang dilontarkan semalam termasuk usaha pemansuhan subsidi dan bantuan tertentu menunjukkan orang Melayu mula bimbang dengan model baru itu, kata seorang pemimpin yang menghadiri majlis semalam kepada The Malaysian Insider.

“Kami tidak mahu model ekonomi yang terlalu bebas dan terlalu liberal… kami mahu model yang boleh memimpin kepentingan orang Melayu,” kata pemimpin yang menghadiri majlis pelancaran semalam.

The Malaysian Insider difahamkan MPM juga kecewa kerajaan tidak mengadakan perbincangan secara menyeluruh dengan NGO-NGO Melayu dalam membentuk model ekonomi baru ini, yang dipercayai dirangka selaras dengan slogan 1Malaysia dan perkembangan global semasa. 

 

%d bloggers like this: