Isy, isy, iiissyyy, ada berudu pulak?

Posted by RAKYAT MARHAEN

Isy, isy, iiissyyy, ada berudu pulak? Ye ke?

 

Rabu, 2010 Mac 31

Banner Terbaik Dari Kulim Bandar Baru

Posted by RAKYAT MARHAEN

 

Sudahlah haram, pekak badak pula…..

Posted by RAKYAT MARHAEN

Perbalahan antara pihak Pakatan Rakyat mula tercetus akibat perilaku Speaker Haram Ganesan yang bersikap biadap serta acuh tak acuh sewaktu YB Pantai Remis menyampaikan usul dalam persidangan dewan negeri pagi tadi.Misbahul Munir dalam blognya menyifatkan Ganesan sebagai bodoh dan sombong

Sewaktu wakil Pantai Remis, YB Ngah Kor Meng bangun untuk membuat usul berdasarkan perkara 3,4 dan 6 perintah tetap; Ngah Kor Meng menyatakan bahawa Ganesan ini sebenarnya tidak layak (jadi Speaker) kerana tiada perlantikan dan ternyata tiada hansard bagi membuktikan perlantikan Ganesan sebagai Speaker pada 3 Mei yang lalu.

Namun, Ganesan langsung tidak memberikan perhatian.Beliau berlagak seperti badak yang yang pekak dan tuli.Dia buat dek aje.Memang dia ni tidak layak menjadi Speaker.Nak sangat jadi Speaker, tetapi bila dah duduk dikerusi Speaker, bebal tidak ketahuan.

“ Biasanya apabila di dewan Rakyat , mana-mana ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negeri bangun membuat usul, semua kena diam termasuk Speaker; dia kena menghormati , tetapi apa yang dilihat tadi Ganesan tidak kisah langsung,” jelas Nizar kepada pihak media.

Adun-adun PR membantah sekeras-kerasnya kerana mahukan perintah Am yang diusulkan oleh YB Ngah Kor Meng itu dihormati. Nak buat macam mana? Pekak badak yang jadi Speaker…/ end

 
Oleh alhusseyn 

Sepatutnya sendiri bagi, bukan nanti orang lucut

Posted by RAKYAT MARHAEN

Saya menyokong sepenuh-penuhnya usul Datuk Shaahrani Mohamad (BN-Rungkup) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini supaya gelaran Datuk Seri dan Datuk yang masing-masing dikurniakan kepada bekas Menteri Besar, Haji Mohammad Nizar Jalamaluddin dan Ngeh Koo Kam dilucutkan oleh istana Perak.
Saya tidak nampak sebarang faedah kepada rakyat melarat benda-benda tu semua.
Dengan adanya usul itu, istana Perak kini mempunyai alasan untuk berbuat demikian. Istana boleh kata, sebagai raja berjiwa rakyat, pihak istana bertanggungjawab menghormati kehendak dan aspirasi rakyat seperti yang terkandung dalam usul yang disokong begitu ramai wakil-wakil rakyat itu.
Berkaitan:
DUN Perak: Syor undi lucutkan gelaran Datuk Seri, Datuk terhadap Nizar dan Ngeh
Berita Harian (31/3/10): Seorang wakil wakyat Barisan Nasional (BN) mencadangkan supaya gelaran Datuk Seri dan Datuk yang masing-masing dikurniakan kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jalamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Kam dilucutkan oleh Istana Perak.
Cadangan usul itu dikemukakan oleh Datuk Shaahrani Mohamad (BN-Rungkup) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, sebentar tadi.
Beliau mencadangkan agar Dewan mengumpulkan undi menyokong perkara itu sebelum dipersembahkan kepada Sultan Perak.

Mohammad Nizar adalah wakil rakyat Pas bagi Pasir Panjang, manakala Ngeh (DAP-Setiawan) yang juga Pengerusi DAP Perak.
PB. 

Aku berbangga dengan Mak Cik ni..

Posted by RAKYAT MARHAEN

Mak cik Zainab ni dari Johor, semata2 datang ke Ipoh untuk mengikuti Persidangan DUN Perak tanda sokongan pd PR Perak. Namun oleh kerana persidangan itu dah jadi huru hara , dia datang ke pejabat DAP untuk bertemu kami sebelum beliau naik keretapi balik semula ke Johor. Dia pesan pd saya untuk terus lawan UMNO BN dan dia pula akan sentiasa berdoa agar PR Perak akan berjaya. Terima Kasih mak cik Zainab.

Mohammad Nizar Jamaluddin 

CERITA PALING LAWAK MINGGU INI…

Posted by RAKYAT MARHAEN

Zamry dedah tawaran jadi MB jika lompat parti selepas Pilihanraya umum ke-12

IPOH – Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mendedahkan tawaran oleh “seorang pemimpin hebat pembangkang” untuk beliau menjadi Menteri Besar Perak jika sanggup melompat parti selepas Barisan Nasional kalah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

Katanya beliau adalah calon pertama bagi jawatan Menteri Besar Perak dan bukannya anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas apabila pakatan DAP-Pas-PKR mahu menubuhkan kerajaan negeri.

ar_rawa

 

Adakah Menteri KDN Sendiri Yang Perlu DiSebat?

Posted by RAKYAT MARHAEN

Selamatkan Malaysia dari Regim Zionis!

Posted by RAKYAT MARHAEN
Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) pada hari ini telah membuat laporan polis untuk menggesa siasatan menyeluruh dan terperinci kepada pendedahan mengejutkan seluruh rakyat Malaysia oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam. Pendedahan yang cukup teliti dengan fakta-fakta dan amat bertanggungjawab itu jelas membangkitkan kerisauan seluruh rakyat Malaysia terhadap tahap keselamatan di negara ini, yang selama ini diperintah oleh Regim UMNO-Barisan Nasional.
APCO Worldwide Sdn. Bhd., seperti yang didedahkan oleh beliau, bukan hanya sebuah syarikat perunding atau ’consultants’ yang biasa. Ia punya agenda dan dokongan individu-individu berpengaruh yang jelas mirip dan condong kepada agenda jahat dan terkutuk, regim haram Zionis-Israel. Ini terbukti, apabila salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO adalah Doron Bergerbest-Eilon yang merupakan bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral, yang jelas terlibat dalam agenda pembantaian dan pembunuhan massa ‘Massive Killings’ umat Islam di Palestin.
Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) juga menolak penafian yang dibuat oleh APCO Worlwide sebelum ini, bahawa APCO tidak terlibat langsung dalam penubuhan ‘gagasan 1 Malaysia’. Kerana ini jelas dibuktikan, APCO sudah bertapak di Kuala Lumpur, dengan pejabat operasi yang sama, dengan penggerak yang sama, dengan CEO yang sama, cuma mereka ini bergerak atas nama Mind Team Sdn. Bhd. Watak yang sama, Paul Stadlen kini memimpin APCO Malaysia, dan juga Margery Kraus; CEO APCO terlibat dalam perjanjian awal dahulu. Dan ini berlaku lama sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri lagi dan menerbitkan ‘gagasan 1 Malaysia’nya itu.
Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) mewakili seluruh rakyat Malaysia yang bimbang akan keselamatan negara, menolak sekeras-kerasnya ‘penjajahan’ jenis baru ini, turut menyeru agar semua rakyat bangkit menentang ‘Neo-Colonialism’ tajaan Zionis-Israel ini. Kami juga tidak rela, memperjudikan nasib dan keselamatan rakyat, dengan sewenang-wenangnya membiarkan Regim UMNO-Barisan Nasional melantik Regim Zionis-Israel yang terkenal dengan kezaliman dan kebinatangan mereka terhadap rakyat Palestin.
Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) juga menggesa Regim UMNO-Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak agar menghentikan sandiwara bermuka-muka mereka. Di satu wajah Regim UMNO-BN menampakkan lagak ‘hero’ mereka dengan menghentam dasar-dasar dan tindakan terkutuk Israel, tapi di satu wajah lain pula, Regim UMNO-BN sanggup menggadaikan keselamatan negara dengan mengangkat Regim Zionis sebagai penasihat negara dalam hal-hal dasar! Halau APCO Worlwide dari Malaysia! Kita Selamatkan Malaysia!

 

Tak sihat budak Zambry ni

Posted by RAKYAT MARHAEN

 

Sekali lagi Anwar dikambing hitamkan. Kita kini menyaksikan satu lagi sandiwara mencari nama dan glamor dalam etnik Umno dimana Anwar akan disabitkan. Politik Umno selepas era Mahathir amat mudah, sesiapa jugak yang bijak dan berani menghenyak Anwar Ibrahim, dia akan dianggap hero zaman oleh pimpinan Umno.

Inilah satu satunya cara yang paling mudah untuk glamor terkenal dalam Umno. Apabila glamor dan terkenal, mudah untuk mendaki kepuncak kuasa. Pimpinan Umno sentiasa membuka ruang luas bagi sesiapa jugak yang bijak meletakkan Anwar sebagai mangsa.

Sesatunya MB Mahkamah di negara 1Malaysia ini iaitu Zambry Abdul Kadir hari ini telah membuat satu cubaan menarik dalam usahanya menumpang glamor Anwar itu. Mugnkin dia cemburu melihat publisiti melampau yang diberikan pada Zahrain membuatkan dia tumpang sekaki cari makan ala ala katak dan mengambil pulak sifat katak sebagai modal.

Yang tak tahan tu bilamana dia mendakwa beliau adalah calon pertama bagi jawatan MB Perak dan bukannya Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas apabila pakatan DAP-Pas-PKR mahu menubuhkan kerajaan negeri hari tu.

Woi Zambry, kita nak cari Melayu la jadi MB, takkan tak faham faham perlembagaan kot… bankrupt dah hang ni…

shalehudin

 

A year on, Malaysians still await PM’s reforms

Posted by RAKYAT MARHAEN

Najib pledged economic and social change in the NEM, but anti-reform groups are not in favour of the initiatives outlined in the new model. – File pic

KUALA LUMPUR, March 31 — When he was about to take office a year ago Prime Minister Datuk Seri Najib Razak appealed to reporters to “judge me by my actions”, but a year on his benchmark reforms are still at the consultative stage. By setting up a series of non-government bodies — the latest one is the “Economic Delivery Unit” — to oversee the reform process, Najib has divorced acceptance of reform from the political process, critics say, leading to a series of policy flip-flops that have unnerved investors.
That has allowed anti-reform pressure groups to spring up and the main party in the ruling coalition that Najib leads appears to have washed its hands of responsibility for policies announced yesterday which aim to more than double Malaysia’s income by 2020.
“Najib is not willing to stand up, when you have political pressure he buckles,” said Bridget Welsh, a Malaysia expert at Singapore Management University.
The urbane 56-year old British-trained economist appeared to be a breath of fresh air when he took office last April after the Barisan Nasional (BN) scored its worst ever results in elections in 2008 under the grey Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Najib pledged economic and social change to reinvigorate a country once one of Asia’s favoured investment destinations, but which in 2008 and 2009 saw net portfolio and direct investment outflows of US$61 billion (RM207.4 billion) as the global economic crisis unfolded and political risk mounted after the polls.
“Last year he sold the investment community on the right talk and doing things in a progressive fashion but a year on, the substance is not there and he is still talking,” said Welsh.
In a sometimes passionate speech yesterday Najib hinted he would roll back an affirmative action programme that favours the majority Malay population and which was introduced by his father, Tun Abdul Razak Hussein, who took the helm of the country in the wake of race riots in 1969.
But there was little meat on the policy bones and the country’s ringgit currency and the bond markets have barely budged in reaction to what was a “bold transformation”.
Najib’s government appears ill-at-ease actually implementing reforms such as planned electricity and petrol price hikes and the introduction of a goods and services tax so as to cut a bloated budget deficit that hit a 22-year high of 7.4 per cent of gross domestic product.
While tough and politically unpopular actions languish, there is however a stream of announcements, ranging from the concept of 1 Malaysia brand that is supposed to bring together Malays and the minority ethnic Indian and Chinese populations to the grandly named “government transformation programme”.
“The government has too many visions and so far there have been too many announcements but very little success, so people doubt these programmes will be implemented,” said independent political analyst Khoo Kay Peng.
Key to making Malaysia more competitive so that its economy will grow at the 6.5 per cent annual rate to get the country to “developed” nation status will be to shake up a system of government tenders that favours mainly Malay contractors.
The majority of the tens of thousands of “Class F Contractors”, which are the smallest businesses that can tender for government projects — in their case those worth up to RM200,000 — are the core support of the Umno, the main party in the governing BN coalition.
These businesses often carry out building works in schools and for local councils and are the smallest cog in a web of government-linked graft that has seen Malaysia’s ranking drop to a record low of 57th in anti-corruption body Transparency International’s 2009 report.
Often government tenders get subcontracted to non-Malay businesses for a cut of the fee, wasting government money, and many of the “Class F” contractors would go to the wall if they had to compete in an open market.
Najib said yesterday he would seek to end this “rent seeking” behaviour with “clear rules for the whole of the Bumiputera community” (referring to Malays and other indigenous people), although he failed to spell it out.
“With respect to competitive tender process when it comes to government procurement the commitment seems to make it competitive within the Bumiputera community first,” said Ibrahim Suffian of independent pollster the Merdeka Center.
“Beyond that it does not speak more clearly that procurement will be made competitive to include everyone,” Ibrahim said.
There are warning signs flashing for Najib such as the formation of a group known as Perkasa (Strength) that has sprung up to “defend” Malay rights and Islam.
Although it attracted a few thousand people to its first meeting this weekend, including former Prime Minister Tun Mahathir Mohamad, it is not clear how strong a force it could become.
Mahathir himself adopted a cagey position in an interview with Reuters today saying Najib needed to push ahead with reforms and at the same time engage Perkasa.
Signals like that will likely make investors sit on their money. A recent rally in the ringgit currency that has added 4.63 per cent to its value this year against the dollar was due to the central bank’s pre-emptive rate hike this month, economists say. — Reuters

MEB: Perkasa persoal Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang

Posted by RAKYAT MARHAEN
Ibrahim mendakwa bahawa EOC bertentangan dengan Fasal 153. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), badan bukan kerajaan Melayu terbesar, menyambut baik Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan semalam tetapi mempertikaikan langkah penubuhan Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang (EOC). Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata ini kerana setelah diteliti, suruhanjaya itu jelas menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai peluang yang sama dan ini sangat bertentangan dengan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak keistimewaan dan melindungi kepentingan orang Melayu dan penduduk asal.
Sehubungan itu Ibrahim berkata, Perkasa mengambil serius cadangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) yang ingin menubuhkan EOC bagi memastikan tidak wujud diskriminasi dan ketidakadilan.
“Pada pendapat Perkasa, nama EOC itu sendiri memberi maksud semua rakyat dapat peluang yang sama dan ini bertentangan sama sekali dengan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Sehubungan itu beliau meminta kerajaan memastikan MEB berada di landasan tindakan polisi afirmatif atau kerajaan akan kehilangan sokongan daripada rakyat pada pilihan raya akan datang.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MEB yang sememangnya dinanti-nantikan yang akan mengubah ekonomi menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif serta menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata MEB akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif pada peringkat serantau dan global yang menghasilkan manfaat bagi semua rakyat Malaysia di mana pendapatan per kapita masing-masing boleh meningkat kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad, daripada AS$7,000 sekarang ini.
Di bawah MEB itu, kata Najib, kerajaan tidak lagi boleh menerima amalan perbuatan merentir dan “patronage”, yang telah lama mencemar matlamat membantu golongan sasaran di bawah DEB.
MEB bakal menjadi inklusif di mana semua rakyat Malaysia menyumbang dan mendapat manfaat dari pertumbuhan ekonomi yang mesti merupakan elemen fundamental sebarang pendekatan ekonomi baharu, kata Najib.
Laporan kedua MEB dijangka akan dimaklumkan Jun ini bersama Rancangan Malaysia Ke-10.
Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas berkata, tindakan Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam yang mengkritik ucapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu Sabtu lepas adalah sangat keterlaluan.
Teng dalam satu kenyataan berbahasa Mandarin yang dikeluarkan Gerakan Pulau Pinang pada 29 Mac dipetik sebagai berkata ucapan Dr Mahathir pada mesyuarat itu adalah bersifat perkauman dan menjijikkan.
“Tiada dalam ucapan Tun (Dr Mahathir) yang berbaur perkauman… malah, jika diteliti secara keseluruhan ucapan semasa masyuarat itu, tiada pihak yang menyentuh atau menyoal mengenai hak kaum-kaum lain kecuali isu yang berkaitan dengan kaum Melayu dan Bumiputera,” katanya.
Sambil menyelar tindakan itu yang boleh diibaratkan sebagai tidak beradab dan kurang ajar, Ibrahim menyifatkan Teng sebagai tidak menghormati pandangan seorang negarawan yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
Ibrahim juga menyelar tindakan media berbahasa Cina yang seringkali meniupkan api perkauman menerusi artikel-artikel terbitan mereka dengan menuduh akhbar berbahasa Melayu bersikap perkauman dan ultra-Melayu.
“Saya mahu ingatkan mereka yang kita juga mampu berbuat demikian tetapi kita tak akan bertindak sedemikian memandangkan Perkasa bertanggungjawab mempertahankan keharmonian di samping terus memastikan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera terus dipertahankan,” katanya.
Sehubungan itu kata beliau, Perkasa akan menubuhkan satu jawatankuasa yang akan menterjemahkan artikel-artikel daripada media berbahasa Cina yang mempunyai elemen perkauman ke bahasa Malaysia dan akan mengedarkannya ke seluruh negara sebagai usaha menyekat perbuatan itu daripada terus menular.

Bermandi lumpur selama 35 tahun

Posted by RAKYAT MARHAEN

 Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Sarawak yang diperintah BN sejak puluhan tahun lalu terbukti gagal menyediakan prasarana mencukupi untuk rakyatnya.

Ini terbukti apabila murid yang tinggal di asarama Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Sepupok, Miri bermandi lumpur sejak 35 tahun lalu.
Sekolah yang jaraknya hanya kira-kira 100 kilometer dari Bandaraya Miri itu menempatkan hampir 100 murid miskin berasrama penuh.
Sejak sekolah itu dibina 35 tahun lalu, kerajaan negeri dan pusat hanya mengumumkan pelbagai rancangan namun sehingga kini gagal melaksanakannya.
Ini termasuklah surat dari Setiausaha Tetap Kementerian Kemudahan Awam bertarikh 28 Disember 2007 dan peruntukan RM5 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang antaranya untuk membangunkan sekolah itu tetapi gagal dilaksanakan sehingga ke hari ini.
Jimba Bungat, 9 tahun, salah seorang murid sekolah itu yang kini berada di darjah tiga dan tinggal diasrama sekolah itu misalnya, terpaksa membuang rumput rumpai yang tumbuh di kolam berhampiran sekolah berasramanya itu sebelum mandi.

Rutin itu dilakukannya hampir setiap hari demi untuk membersihkan diri, mandi, memberus gigi serta membasuh pakaian.
Selain ditumbuhi rumput alga, air kolam yang berwarna kehijauan dan berbau hanyir itu juga turut menyebabkan Jimba mengalami gatal-gatal kulit kerana menggunakan air yang tercemar dan kotor.
Namun kolam tersebut terpaksa dihadkan penggunaannya kerana ibu bapa mendakwa pernah melihat beberapa ekor buaya di dalam kolam, menyebabkan murid sekolah terpaksa mandi di tebing kolam yang airnya keruh dan hitam.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Napi Madang, 48, berkata, walaupun negara sudah lama merdeka namun murid-murid dan guru-guru di sekolah itu masih belum lagi merasai buah kemerdekaan itu.
“Mereka masih bergantung kepada air kolam yang berwarna hijau dan air hujan untuk mandi, memberus gigi, mencuci pakaian dan pinggan mangkuk,” katanya.
Menurutnya, rumput alga yang tumbuh di dalam kolam itu sukar untuk dihapuskan dan ada di antara murid mengalami gatal-gatal kulit kerana rumput dan air kolam yang kotor.
Napi amat berharap agar kerajaan dapat menyediakan bekalan air paip terawat memandangkan jaraknya dari pekan Batu Niah hanya 3.5 kilometer.
Menurut Napi, permohonan bekalan air paip terawat pernah dikemukakan kepada Kementerian Kemudahan Awam Sarawak pada 16 Oktober 2007 dan sehingga kini tiada hasil memuaskan.
Sementara itu, seorang penjaga murid itu, Kalong Arin, 50, berkata mereka benar-benar berharap agar kerajaan dapat menyediakan bekalan air terawat ini untuk keselesaan murid-murid dan kakitangan sekolah.
“Kami begitu sedih melihat anak-anak yang terpaksa ‘bersaing’ setiap hari dengan rumput untuk menggunakan air kolam tersebut,” katanya.
Kalong memberitahu, keadaan itu berlarutan lebih tiga abad yang lalu.
Enju Nyaling, 52, pula berpendapat, sekolah itu sudah lama beroperasi dan sepatutnya sudah mempunyai bekalan air bersih namun sebaliknya air kolam yang digunakan cetek dan berlumpur, tidak ubah seperti tempat kerbau berkubang.
Difahamkan, sekolah berkenaan mempunyai 170 murid termasuk prasekolah daripada lapan rumah panjang di Skim Rancangan Sepupok Niah, dengan sebahagian besar daripada mereka tinggal di asrama sekolah.
Sementara itu, Pegawai dari Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan Malayasia (KPM), Emerly Clarice Joannes dilaporkan berkata, projek bekalan air bersih ke SK Rancangan Sepupok hanya akan dilaksanakan pada pada tahun 2011. 

Sekitar Liputan Dari Sidang DUN Perak 31 Mac !!

Posted by RAKYAT MARHAEN

Nizar Dedah Punca Sebenar Kekecohan Berlaku

IPOH, 31 Mac [5.00 pm] – Kekecohan yang berlaku dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sememangnya sudah dijangka oleh ramai pihak. Semuanya kerana berpunca dari sikap Speaker DUN, R.Ganesan yang dipercayai bersikap biadap, bodoh sombong dan gagal melaksanakan tugasnya dengan sempurna akibat beliau adalah “Speaker Haram”. Menurut MB Perak yang Sah, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (foto) kejadian berlaku seawal jam 10.00 pagi iaitu ketika beliau membuat usul Perintah Tetap 2,3 dan 4. Namun, speaker haram Ganesan tidak memberi perhatian terhadap usul yang dibawanya. “Kita telah bertegang leher kerana kita ingin jelaskan bahawa Ganesan tidak layak menjadi speaker. akibat tidak menghormati namun kita cuba beri kerjasama. Selain itu sesi soal jawab hanya dari jam 10.10 hingga 10.49 habis, ini tidak pernah berlaku. Sebab lain kami keluar ialah dalam agenda tidak ada perbahasan titah tuanku dan dibantah oleh speaker sivakumar. Saya dengan Dato Ngeh bantah dan tidak ada jawapan”, Jelas Datuk Seri Nizar. “Maka kami ambil keputusan keluar dewan kerana dengan beberapa alasan kuat tersebut “Kami mencabar Zambry dan Ganesan, kalau ada perbahasan kami akan hadir esok. malangnya selepas keluar namun tidak dapat disahkan bahawa zambry ada usulkan ada titah ucapan, namun sudah tersangat terlewat. Kalau ada sekarang itu sudah terlewat”, katanya.

[Apa yang berlaku di persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ini sesungguhnya menampakkan kepada kita betapa kalut dan takutnya BN bila melihat kelibat ADUN Pakatan Rakyat sebenarnya. Tindakan Speaker yang ternyata gagal mengikut ketetapan dewan sememangnya amat memalukan, bahkan ini membuktikan bahawa Ganesan sememangnya tidak layak untuk menjadi Speaker DUN Perak yang sah. Justeru itu, beliau terpaksa melaksanakan tugasan hanya bersandarkan kepada mandat dan kehendak pemimpin UMNO BN tanpa mengetahui bahawa dirinya memang bodoh dalam urusan tersebut. Semoga rakyat Perak menyedari apa yang berlaku ini dan membuat tindakan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti].

Speaker Bodoh Punca ADUN Pakatan Keluar

Speaker haram DUN Perak, R.Ganesan (foto) ternyata tidak memahami Aturan Mesyuarat sidang Dewan Negeri. Selain tidak mengindahkan Peraturan Tetap yang memberi kebenaran ‘point of order’ oleh YB Pantai Remis, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dibaca dan dihujjahkan, beliau telah membelakangi aturan biasa mesyuarat. Selepas sesi soaL jawab lisan berakhir, sepatutnya agenda yang diutamakan ialah Perbahasan Ucapan Junjung Kasih Titah Ucapan Tuanku, sebaliknya Ganesan teruskan agenda untuk pembentangan Rang Undang-undang dan Enakmen. Adun-adun PR membantah sekeras-kerasnya kerana ia sama sekali bercanggah dengan aturan mesyuarat sebagaimana yang terkandung dalam Perintah Tetap 13 (1). Ganesan dengan bodoh dan sombong menolak teguran tersebut yang dikemukakan oleh para Adun PR. Ganesan digesa ikut peraturan, kesombongan dan kebodohan mengatasi segala-galanya. Adun PR mengambil tindakan keluar dewan apabila berlaku perlanggaran aturan mesyuarat. Sudahlah pembesar suara dimatikan sewaktu Adun PR berucap, aturan mesyuarat yang begitu asas sekalipun tidak dipatuhi. Apa yang dikesalkan, selepas Adun PR keluar beramai-ramai sebagai bantahan dan protes terhadap pencabulan dan pelanggaran ini, barulah kedengaran suara dari luar dewan yang Menteri Besar membetulkan kesilapan tersebut lalu mengusulkan supaya perbahasan titah ucapan didahulukan sebelum pembentangan Rang-rang undang. Nampaknya sangat puak-puak ADUN BN dan Ganesan sendiri memang jahil tentang sidang DUN

Ganesan, Speaker Haram Yang Bertindak Biadab

Adun PR bertindak jujur membetulkan agenda yang salah dan silap, minta diperbetulkan. Ganesan berlagak lebih tahu dan pandai, akhirnya ternyata beliau melakukan kesilapan besar. Ini adalah satu penghinaan dan biadabnya Ganesan sebagai Speaker haram. Sepatutnya beliau memohon maaf dalam dewan, bukan memohon maaf pada anggota dewan tetapi kepada Tuanku, Perbahasan Ucapan Tuanku tidak diberi keutamaan. Bekas Setiausaha Dewan Negeri sewaktu menghubungi YB Khalil terperanjat dan tidak sepatutnya berlaku. Kalaupun tersilap, Ganesan dan MB Perak sepatutnya menerima teguran adun PR dan membetulkan kesilapan lalu memohon maaf pada dewan dan DYMM Tuanku. Setelah Adun PR keluar dewan kerana bantahan, barulah pembetulan dibuat oleh MB Perak. Tetapi tidak ada artinya pembetulan tersebut. Adun PR yang membantah telahpun berada di luar dewan.

Lucu, Zambry Mengaku Ditawar Jawatan MB

IPOH 31 Mac [3.05 pm] – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mendedahkan yang beliau merupakan salah yang ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika beliau bersetuju menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Beliau yang kini menjadi Menteri Besar selepas Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan negeri itu mendedahkan perkara tersebut ketika menggulung perbahasan persidangan DUN Perak hari ini.
Zambry, Kekecohan Di DUN Sengaja Dirancang

IPOH 31 Mac [12.25 pm] -Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan wakil rakyat pembangkang yang menimbulkan kekecohan serta bertindak keluar beramai-ramai dari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pagi tadi seperti sudah dirancang dari awal. Beliau berkata, tindakan mereka seolah-olah sengaja dirancang serta menimbulkan isu persidangan yang kononnya tidak mengikut peraturan dewan. Katanya, ia boleh dilihat daripada tindakan sebahagian besar mereka yang berpakaian serba hitam dan membawa poster dalam dewan.


Sidang media para ADUN Pakatan Rakyat di luar DUN Perak

BN Cadang Gelaran Nizar Dan Ngeh Dilucutkan

IPOH 31 Mac [11.22 1m] – Seorang wakil wakyat Barisan Nasional (BN) mencadangkan supaya gelaran Datuk Seri dan Datuk yang masing-masingadikurniakan kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Kam dilucutkan oleh Istana Perak. Cadangan usul itu dikemukakan oleh Datuk Shaahrani Mohamad (BN-Rungkup) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pera. Beliau mencadangkan agar Dewan mengumpulkan undi menyokong perkara itu sebelum dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.


Nizar sedang bincang sesuatu dengan ADUN Pakatan Rakyat

Semua ADUN Pakatan Rakyat Keluar Dewan

IPOH 31 Mac [10.45 am] – Semua 28 wakil pembangkang bertindak keluar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan itu sejak pagi. Sidang yang bermula jam 10 pagi kecoh selepas mereka membuat bising ketika sesi lisan apabila wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mengemukakan soalan. Bercakap pada sidang akhbar di luar dewan, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pasir Panjang daripada PAS, Nizar Jamaluddin berkata wakil rakyat pakatan meninggalkan dewan kerana Ganesan gagal memainkan peranannya sebagai Speaker dan tidak mengikut Perintah Tetap.

[Jika senario ini terus berlarutan, maka kami amat yakin yang kerajaan UMNO BN di Perak tidak akan kekal lama. Tindakan menghalang ADUN Pakatan Rakyat untuk bersuara di dewan yang mulia itu jelas sekali melambangkan ketakutan puak-puak mereka. Inilah akibatnya jika merampas kuasa secara haram demi survival perjuangan. Zambry dan konco-konconya bakal dikapankan dalam pilihanraya umum akan datang. Percayalah, dengan ketakutan yang ada dalam diri mereka sekarang pasti akan membawa kehancuran buat selamanya].
PDO. 

Majlis Peguam hantar memorandum kepada polis berhubung insiden penahanan Benjy

Posted by RAKYAT MARHAEN

Majlis Peguam hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Polis Diraja Malaysia kerana mendakwa seorang peguam dihalang melakukan tugas dan ditahan dalam insiden penahanan semula pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 25 Mac lalu.

Peguam terbabit, Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Benjy, mendakwa insiden itu berlaku di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran sejurus sahaja ibu Benjy, dramatis dan pelakon terkenal Azean Irdawaty, selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM2,000.

“Kira-kira 10 orang berpakaian biasa mengerumuni saya dan anak guam saya dan mengarahkan beliau mengikut mereka.

“Mereka ini berkata mereka anggota polis tetapi tidak menunjukkan dokumen pengenalan atau bukti lain ketika menemui Benjy,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Amer Hamzah berkata, seorang lelaki kemudian menunjukkan satu kad menyerupai kad pengenalan polis sambil memberitahu bahawa dia akan menahan Benjy semula untuk siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Khas).

Amer Hamzah turut mendakwa beberapa orang lelaki kemudian memegang tangannya dan menahannya supaya diasingkan daripada Benjy dan selepas itu barulah beliau dilepaskan selepas lelaki terbabit membawa Benjy ke ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Katanya, ekoran itu beberapa orang lelaki terbabit telah menahan dan menghalangnya daripada melakukan tugas sebagai peguam.

Seramai 50 orang peguam serta adik Benjy, Elza Irdalyna, berhimpun di perkarangan masuk ke Bukit Aman selama satu jam sejak 12 tengah hari bagi menyerahkan memorandum bantahan itu.

Memorandum itu kemudian diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, Asisten Superintendan Anuwal Abdul Wahab. -Bernama

Read More

PMIUM tuntut pegawai kanan ILIM minta maaf

Posted by RAKYAT MARHAEN

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaysia (PMIUM) mendesak pegawai kanan sebuah institut di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya memohon maaf secara terbuka kerana didakwa “mengaitkan persatuan itu dengan aliran-aliran tertentu di Malaysia”. Presiden PMIUM Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihaknya mendapat aduan, pegawai kanan dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) – dalam kuliah sebelum solat Jumaat di Masjid Al-Rahman di Jalan Pantai Bharu, pada 12 Mac lalu, dikatakan telah mengaitkan PMIUM dengan penganjuran sebuah seminar anti-terorisme.

 

Sedangkan, kata Shazni Munir, program tersebut – yang dikatakan melibatkan tokoh-tokoh ‘Wahabi’ – pada 28 Mac lalu, dianjurkan oleh sebuah NGO lain dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya (UM) serta Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM). “Kita tidak pro pada mana-mana aliran. Wahabi pun tidak, ahbas pun tidak. Kita ada semua pihak dalam PMIUM. Kita berlapang dada dengan semua aliran. “Mengaitkan kita dengan mana-mana aliran, menyebabkan orang tutup pintu dengan kita,” kata Shazni ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Surat bantahan PMIUM – persatuan mahasiswa Islam terbesar di UM – yang ditandatangani setiausahanya Mohamad Hafiz Ilyas, telah dihantar kepada pegawai kanan berkenaan, pada 15 Mac lalu. Salinan surat tersebut turut dihantar kepada menteri di jabatan perdana menteri, ketua pengarah Jakim dan pengerusi Masjid Al-Rahman. Malaysiakini mendapat salinan surat tersebut daripada satu sumber. Menurut surat tersebut, dakwaan pegawai kanan berkenaan, telah menjejaskan kewibawaan PMIUM dan berdasarkan fakta yang salah.Pegawai berkenaan Zamihan Mat Zin bagaimanapun ketika dihubungi menafikan menuduh persatuan tersebut terlibat dalam program tersebut.

Read More

Pegawai ILIM: ‘Saya tidak tuduh mereka’

Posted by RAKYAT MARHAEN
Seorang pegawai kanan sebuah institut di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) – yang didakwa mengaitkan sebuah persatuan mahasiswa Islam dengan aliran ‘Wahabi’ – hari ini menafikan berbuat demikian.
Penolong pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin berkata, beliau tidak langsung mengaitkan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dengan aliran itu.

“Saya tidak pernah kata mereka terlibat. Perkara itu (permohonan maaf) tidak berbangkit,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan akur kepada tuntutan maaf daripada PMIUM.

Dalam suratnya bertarikh 15 Mac kepada Zamihan, PMIUM mendakwa menerima aduan bahawa beliau mendakwa persatuan tersebut terlibat dalam penganjuran sebuah seminar anti-terorisme – yang dihadiri tokoh ‘wahabi’.

Justeru, persatuan Islam terbesar di universiti itu menuntutnya memohon maaf secara terbuka kerana didakwa menjejaskan kredibeliti PMIUM kerana “cenderung mengaitkannya dengan aliran tertentu”.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Zamihan menjelaskan, semasa menyampaikan kuliah Jumaat pada 12 Mac lalu, beliau hanya menyebut terdapat “mahasiswa Islam UM” terlibat dalam program tersebut.
“Saya tidak sebut Persatuan Mahasiswa Islam UM. Boleh jadi kerana masjid berkenaan bersebelahan dengan pagar UM, mereka terasa,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan tindakan persatuan mahasiswa berkenaan yang menghantar salinan surat berkenaan kepada pihak menteri dan ketua pengarah Jakim.
“Saya cuma ingatkan (mahasiswa) sahaja, tetapi kenapa sampai bertindak balas begitu keras sekali,” kata Zamihan lagi.
“Tetapi kalau mereka terasa sangat, saya minta maaflah.”

 

Mustafa: Tak timbul isu ‘gugur’ Ahmad Awang

Posted by RAKYAT MARHAEN

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (bawah, kanan) berkata tidak timbul isu penyingkiran tokoh-tokoh tertentu dalam majlis syura ulama parti itu kerana anggotanya dipilih adalah daripada kalangan yang terbaik.

 

“Orang yang dipilih mestilah tahu selok belok agama. Orang macam saya ini tidak layak,” katanya sambil ketawa ketika diminta mengulas mengenai bekas naib presidennya, Ahmad Awang yang tidak terpilih semula menganggotai majlis tersebut. Mustafa menerangkan, untuk dipilih sebagai anggota majlis tersebut, semua mereka disyaratkan faham dan mahir dalam selok-belok agama. Pada 23 Mac lalu, 12 anggota majlis tersebut – badan tertinggi dalam PAS – bersidang kali pertama bagi melantik lima anggota tambahannya, antaranya Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Dr Haron Din, Hassan Shukri dan Hashim Jasin.

 

Bagaimanapun, pengguguran Ahmad – yang dispekulasikan lebih awal di laman blog – cuba dikaitkan dengan agenda “kumpulan pro-kerajaan perpaduan” apabila tokoh dari Perak itu dilihat sebagai antara yang paling lantang menentang idea tersebut. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, tanggapan di laman blog itu tersasar sama sekali kerana penulisnya tidak mempunyai maklumat yang tepat berhubung isu tersebut. “Sebab itulah yang bukan-bukan,” katanya yang mengaku tidak perlu ambil peduli dengan dakwaan-dakwaan itu. Katanya, dengan pindaan terbaru perlembagaan PAS – yang menetapkan pelantikan anggota tambahan, daripada tujuh kepada lima orang – sudah tentu menjadi persaingan untuk dipilih ke majlis syura lebih sengit kerana bilangannya makin sedikit. Sebelum ini, anggota majlis tersebut terdiri daripada empat wakil jawatankuasa pusat dan empat lagi daripada Dewan Ulama. Kelapan-lapan mereka kemudiannya melantik tujuh anggota tambahan, menjadikan jumlah keseluruhannya 15 orang. Manakala perlembagaan barunya pula mengatakan, selain masing-masing empat wakil daripada kedua-dua dewan itu, dua lagi dewannya – Pemuda dan Muslimat – turut diperuntukkan masing-masing dua kerusi, menjadikan jumlah keseluruhannya 12 orang. Mereka kemudiannya akan bermesyuarat dan melantik lima lagi anggota tambahan, menjadikan anggita keseluruhannya 17 Orang. Sementara itu, diminta mengulas kenapa PAS perlu meminda perlembagaan sehingga mengubah struktur majlis tersebut, Mustafa menjelaskan, cadangan yang diutarakan dalam muktamarnya pada tahun 2006 itu sebenarya melibatkan banyak perkara. “Majlis syura ini hanya sebahagian daripadanya,” kata bekas pemimpin PAS Terengganu itu.“Kita mahukan lebih perwakilan. Kita hendak juga dengar pandangan-pandangan daripada Dewan Pemuda dan Muslimat,” kata Mustafa.

Read More

Matthias enggan bayar denda, pilih masuk penjara

Posted by RAKYAT MARHAEN

Matthias Chang, bekas setiausaha politik kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, akan menjalani hukuman penjara sebulan selepas enggan membayar hukuman denda RM20,000 atas kesalahan menghina mahkamah minggu lepas.

Khamis lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu dan memberi tempoh seminggu untuk Chang membayar denda tersebut.

Chang didakwa menghina mahkamah selepas gagal memohon maaf kepada mahkamah selepas berbalah dengan hakim dan seorang peguam semasa soal balas dalam kes saman fitnahnya terhadap American Express (Malaysia) Sdn. Bhd.

Chang, 60, bersama penyokongnya, menunggu di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur mulai jam 3 petang ini untuk mendapat perintah menyerahkan ke penjara disampaikan kepadanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendaftar K.Pavanni hanya memaklumkan kepadanya pada kira-kira jam 4.15 petang bahawa tempoh seminggu yang diarahkan oleh Noor Azian hanya tamat lewat petang ini.

Menurut prosedur mahkamah, perintah menyerahkan masuk ke penjara hanya boleh dikeluarkan pagi esok.

Jumaat lepas, Noor Azian juga membatalkan samannya dengan menyatakan Chang gagal membuktikan kes selepas mendengar keterangan saksi dari kedua-dua belah pihak serta penghujahan.

Chang, seorang peguam, telah menyaman American Express kerana melanggar perjanjian dan memfitnah kerana kad kreditnya digantung.

Dalam pembelaannya, American Express berkata tidak ada keterangan atau bukti mengenai pelanggaran perjanjian atau fitnah seperti didakwa oleh Chang.

Terdahulu itu, dalam sidang akhbar, Chang berkata beliau bersedia untuk dipenjarakan walaupun ahli Gabungan Persatuan Kwang Siew Malaysia telah mengumpul RM20,000 untuk membayar denda itu.

“Ini soal prinsip. Saya sanggup masuk penjara bagi membuktikan bahawa hakim tidak harus terlepas daripada sikap yang tidak beretika dan kelakuan yang tidak dapat diterima,” katanya.

Chang mendakwa Noor Azian enggan menarik balik beberapa komen menghina terhadap peguamnya dalam saman sivil itu apabila mereka cuba menarik perhatian hakim kepada undang-undang relevan.

– Bernama

700 Ahli AMK Ipoh Barat Keluar Parti Satu Pembohongan

Posted by RAKYAT MARHAEN


Kenyataan media arus perdana yang mengatakan seramai 700 ahli Angkatan Muda KEADILAN Ipoh Barat keluar parti hanya propoganda Umno yang sudah kehabisan modal politik.

Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Anwar Zakaria menegaskan kenyataan tersebut adalah pembohongan dan hanya mainan Umno ketika pilihan raya diadakan.

“Saya ingin menyatakan pada hari ini, apa yang telah dikeluarkan oleh media sebelum ini berkenaan dakwaan 700 ahli Ipoh Barat keluar parti adalah tidak benar sama sekali. Saya sebelum ini adalah bekas Ketua AMK Perak dan saya tahu aktiviti AMK kawasan di situ tidak begitu aktif. Macam mana pula keahlian AMK Ipoh Barat boleh mencecah sebegitu ramai?

“Saya ingin mencabar Subramaniam (Ketua AMK Ipoh Barat) memberikan kepada saya senarai nama mereka yang keluar parti itu kerana kita nak kepastian tentang dakwaan tersebut, selain mempermudahkan kita mengemaskini nama ahli.

“Ini adalah kerja agen Umno yang diketuai oleh Ezam Mohd Nor dan beberapa pengikutnya. Kenyataan yang dikeluarkan itu dilakukan sewaktu program yang diadakan di Ipoh. Dari gambar yang kita ada hanya beberapa sahaja ahli yang keluar tetapi kerana ingin menampakkan ramai, mereka telah meletakkan warga negara Nepal yang bekerja di situ.

“Saya berpesan kepada Ezam jika ingin menjadi pencacai Umno jangan sampai menggunakan warga asing, ini nampak sangat taktik kotor mereka,” jelas Zainal dalam satu sidang media.

Beliau menjelaskan tujuan sebenar Subramaniam ingin keluar parti adalah kerana masalah peribadinya.

“Semalam saya telah menelefon Subramanian dan beliau juga merupakan Ketua AMK Ipoh Barat, tindakan beliau keluar parti kerana tidak puashati dengan Ketua Cabang di sana bukan pasal kepimpinan KEADILAN sekarang,” kata beliau lagi.

Sebelum ini AMK Muar juga menafikan laporan media arus perdana berhubung tindakan keluar parti oleh 50 anggota AMK cbang itu.

Pemangku Ketua AMK Muar, Ahmad Anwar Asyraf Ismail berkata hanya tiga ahli yang melompat dan bukannya 50 seperti yang digembar-gemburkan sambil menyifatkan laporan tersebut sebagai tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional.

“Perkara ini merupakan satu bentuk fitnah jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan kekuatan AMK Muar yang semakin hari semakin mantap dan dipercayai oleh rakyat Muar untuk memimpin harapan mereka.

“Ini merupakan usaha terdesak Umno-Barisan Nasional Muar yang semakin hari semakin ditolak rakyat,” kata Asyraf.

Beliau mencabar supaya pihak membuat dakwaan tersebut tampil menunjukkan bukti bahawa 50 yang melompat tersebut adalah anggota berdaftar AMK Muar.

MPN: Pemangku Raja Kelantan cabar lantikan Tengku Abdul Aziz

Posted by RAKYAT MARHAEN

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra memfailkan saman bagi memohon perintah mahkamah bahawa pelantikan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah 25 Mac lepas sebagai Pemangku Raja Kelantan adalah tidak tidak sah dan terbatal.
Tengku Muhammad Faris (gambar) memfailkan saman pemula itu pada 11 pagi semalam di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas di sini, melalui peguam yang mewakili baginda, Zainur Zakaria.
Dalam saman itu baginda menamakan diri baginda sebagai plaintif pertama, Kerajaan Negeri Kelantan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, sebagai plaintif kedua dan ketiga manakala adinda baginda Tengku Muhammad Fakhry, Datuk Wan Hashim Wan Daud, yang mendakwa dirinya sebagai setiausaha sulit Sultan Kelantan, dan Tengku Abdul Aziz sebagai defendan.
Turut disertakan dengan saman itu ialah afidavit sokongan yang diikrarkan Tengku Muhammad Faris pada 27 Mac lepas dan juga perakuan segera oleh Zainur.
Zainur dalam perakuan itu memohon mahkamah supaya menyegerakan perbicaraan kes itu atas alasan pergolakan yang berlaku di Kelantan akibat tindak tanduk oleh Wan Hashim yang menamatkan Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja telah menimbulkan kekeliruan, ketidaktentuan dan kegelisahan kepada negeri dan rakyat Kelantan.
Katanya sekiranya kes itu tidak disegerakan pendengarannya, pihak plaintif khuatir bahawa kemudaratan yang lebih serius akan dilakukan oleh Wan Hashim.
Mahkamah menetapkan 5 April ini untuk sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas, Datuk Aziah Ali.
Tengku Muhammad Faris dalam saman itu antara lain memohon deklarasi bahawa pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja oleh Wan Hashim adalah tidak sah dan terbatal, dan deklarasi bahawa pengumuman oleh Wan Hashim dan Tengku Abdul Aziz mengenai penamatan baginda sebagai Pemangku Raja pada 24 Mac lepas adalah tidak sah dan terbatal.
Baginda juga memohon deklarasi bahawa Wan Hashim tidak mempunyai sebarang kuasa atau otoriti dengan apa cara bentuk untuk mewakili atau bertindak bagi pihak Sultan Kelantan dalam urusan dan pelaksanaan tugas Sultan Kelantan dalam hal ehwal negeri itu.
Putera Raja Kelantan itu juga memohon perintah injunksi bagi menghalang Tengku Abdul Aziz daripada menrepresentasi atau mendakwa dirinya sebagai “Pemangku Raja” dan daripada mengganggu atau mencampuri tugas dan kuasa Pemangku Raja (Tengku Muhammad Faris) berkaitan urusan dan hal ehwal kerajaan negeri sehingga perintah mahkamah selanjutnya.
Baginda juga memohon perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan melalui wakil-wakil atau ejen-ejen mereka dalam bentuk apa cara sekali pun dari menrepresentasikan diri mereka mempunyai kuasa bagi mewakili atau bertindak bagi pihak Sultan Kelantan dalam hal ehwal kerajaan negeri sehingga perintah mahkamah selanjutnya.
Tengku Muhammad Faris memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan-defendan daripada mencampuri atau mengganggu pelaksanaan fungsi dan tugas kerajaan negeri Kelantan dan setiausaha kerajaan negeri dalam pentadbiran negeri, sehingga keputusan mahkamah.
Baginda juga memohon kos dan lain-lain relif oleh mahkamah.
Antara alasan yang dikemukakan oleh Tengku Muhammad Faris dalam saman itu ialah baginda adalah Pemangku Raja Negeri Kelantan setelah dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan melalui pemasyhuran bertarikh 24 Mei 2009 kerana Sultan Kelantan gering dan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri.
Baginda berkata selaku Pemangku Raja, menurut undang-undang baginda mempunyai kuasa untuk menjalankan segala urusan berkenaan dan berkaitan hal ehwal negeri itu sehingga Sultan Kelantan disahkan oleh Majlis Perajaan telah sembuh dan boleh menyambung semula tugas sebagai Sultan.
Baginda berkata Sultan Kelantan masih gering dan tiada sebarang perisytiharan oleh Majlis Perajaan bahawa Sultan telah sembuh dan boleh menyambung semula tugasnya.
Pemangku Raja itu berkata tindakan defendan dengan mempresentasikan diri mereka mempunyai kuasa untuk mewakili Sultan Kelantan dalam urusan hal ehwal negeri telah melanggar dan mencabul kuasa baginda sebagai Pemangku Raja, selain menggugat dan menjejaskan pelaksanaan tugas baginda sebagai Pemangku Raja.
Tengku Muhammad Faris berkata Tengku Abdul Aziz secara salah dan tidak sah mengisyhtiharkan, mengatakan atau mendakwa dirinya sebagai Pemangku Raja.
Baginda berkata tindak-tanduk Wan Hashim bukannya sahaja salah di sisi undang-undang malah ianya telah menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan di kalangan orang ramai.
Tengku Muhammad Faris berkata sekiranya defendan-defendan tidak dihalang daripaa terus melakukan tindak tanduk yang bertentangan dengan undang-undang, ianyaakan mempunyai impak yang serius kepada pentadbiran dan rakyat Kelantan. — Bernama

Pencuri Royalti Minyak Terus Membisu!

Posted by RAKYAT MARHAEN

 

ROYALTI minyak untuk Kelantan terus diperjuangkan. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub (foto) tidak berputus asa terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan itu sepaya dikembalikan tanpa banyak alasan. Di Parlimen hari ini beliau mendesak supaya Perdana Menteri, Najib Razak supaya memberi penjelasan berhubung penggunaan istilah wang ehsan yang ditukar dari istilah royalti minyak.
Kata Sallehuddin penjelasan Najib mengenai perkara itu itu perlu kerana kenyataan beliau di parlimen sebelum ini mengelirukan. Pada 4 November tahun lalu Najib telah menyebut wang royalti ditukar kepada wang ehsan.
Sallaheuddin serius meminta Najib memberi penjelasan itu, yang pada tanggapannya apa yang Najib lakukan itu satu penipuan atau pembohongan kepada dewan yang mulia.
Sallehuddin memberi tempoh tujuh hari untuk Najib berbuat demikian.
Nampaknya ahli parlimen kini semuanya sudah mahir mengenai peraturan dan bidang kuasa mereka di parlimen. Semuanya berani mendesak tidak kira siapa termasuk ke atas Perdana Menteri. Sallahuddin menggunakan sepenuhnya kedudukannya sebagai ahli parlimen.
Apa yang dilakukan Sallehuddin itu wajar dipuji. Mungkin pengundi Kubang Kerian perlu menilai prestasi dan keprihatinan Sallahuddin yang membanggakan ini. Tidak salah rasanya kalau Sallehuddin terus dikekalkan di parlimen Kubang Kerian sepenggal lagi.
Ahli parlimen yang berhemah, berpandangan jauh dengan sedia mendengar pandangan dan teguran seperti Sallehddinlah inilah yang patut disokong dan diberikan peluang berkhidmatnya seluas-luasnya. Sara rasa pengundi Kubang Kerian khasnya dan rakyat Kelantan umumnya tidak salah memilih Sallehuddin sebagai ahli parlimen mereka.
Bagaimana pun di sini, ingin saya melahirkan pandangan saya sebagai bukan ahli parlimen ini. Saya tidak fikir Najib sedia memenuhi permintaan Sallehuddin itu walaupun ia satu keperluan disegerakan. Isu royalti minyak sudah menular ke akar umbi di Kelantan. Usul persendirian
Sallehuddin untuk meminta parlimen membincang masalah itu ditolak oleh Speaker.
Saya yakin Najib akan menikus untuk menjawab desakan Sallehuddin itu. Seperti mana kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Najib berhak sama ada hendak menjawab ataupun tidak desakan Sallehuddin itu. Ulasan Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu menunjukkan Najib tidak akan menjelaskan perkara itu.
Dalam hal ini saya fikir, Sallehuddin tidak perlu sangat menyerang dan memaksa Najib untuk menjelaskan perkara itu. Sikap membisu Najib itu merupakan satu hukuman alam ke atas perdana menteri itu. Apa yang Sallehuddin perlukan lakukan ialah kembali kepada pengkal dalam isu ini dengan melihat siapakan yang menukar istilah royalti itu kepada wang ehsan. Orang yang bertanggungjawab menukar istilah itulah yang perlu Sallehuddin serang.
Dari segi kronoloignya orang yang menukar isitlah wang royalti kepada wang ehsan ini ialah bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad (foto bawah). Beliaulah yang bertanggungjawab mencuri wang royalti ini kemudian ditukar dengan wang ehsan. Pencurian atau penukaran ini bermula apabila kerajaan Terengganu dirampas Pas dalam pilihan umum 1999. Apabila pas menjadi kerajaan di Terengganu secepat kilat pencurian wang royalti itu dilakukan dengan menukarnya kepada wang ehsan.
Tujuan penukuran itu tidak lain dan tidak bukan kerana hasad dengki dan busuknya hati Dr Mahathir seorang perdana menteri terhadap kerajaan Pas pimpinan Abdul Hadi Awang.
Jadi apa yang Najib buat di Kelantan hari ini alah meneruskan kerja jahat yang dilakukan oleh Mahathir. Sebagai presiden Umno, Najib tidak ada pilihan lain selain meniru model oprandi Mahathir untuk menindas kerajaan Pas Kelantan. Jadi orang yang perlu dipersalahkan dalam pencurian ini ialah Dr Mahathir yang kemudiannya diteruskan pula oleh Abdillah Badawi.
Bagi saya saya Sallehuddin harus mendesak Mahathir dalam perkara ini. Saya ingat sewaktu bekas PM itu merasmikan NGO perkakas kepada sebuah parti dua tiga hari lepas beliau menjawab mengenai isu royalti minyak berkenaan. Sejak itu itu meletus beliau tidak pernah bercakap sepatah pun. Tetapi beliau tetap membisu dari mengupas isu berkenaan. Kenapa?
Sebagai sang maling Mahathir tidak sesekali akan bercakap mengenainya. Kenapa, sebabnya beliau sangat sedar apa yang belaiu lakukan itu bertentangan dengan Akta Petroleum dan juga bertentangan dengan semangat federalisme.
Mahatir makin terus jadi tidak terkutip kerana bukan saja Tengku Razaleigh Hamzah yang mempertikaikan tindakan Najib mendera Kelantan itu, tetapi bekas TPM, Musa Hitam juga turut berpendapat royalti itu hendaklah diberikan kepada kerajaan Kelantan. Sikap dan pendirian Razaleigh dan Musa ini telah mencontengkan arang ke muka Mahathir.
Bila melihat perangai Mahathir saya jadi hairan kenapa NGO perkakas berkenaan boleh mengdundang Mahathir merasmikan mesyuarat agungnya sebagai mengganti Sultan Selangor yang membatalkan perkenannya untuk merasmi mesyuarat itu. Pada saya undangan itu kontras dengan moto NGO perkakas berkenaan yang kononnya hendak berjuang untuk Melayu dan menjaga hak bumiputera. Kalau mereka mengenali siapa dia Mahathir dan jujur untuk memperjuangkan Melayu NGO itu tidak akan undang Mahathir.
Apakah Mahathir pejuang Melayu? Apakah beliau membela Melayu? Orang selalu keliru mengenai pencapaian Mahathir ini. Kalau dari segi pembangunan infrastruktur negara memang beliau boleh dipuji. Itu pun boleh dipersoalkan. Tetapi kalau untuk Melayu ia boleh dibahaskan. Banyak kerosakan dan kemalangan menimpa bangsa Melayu disepanjang beliau menjadi PM selama 22 tahun. (Bab ini kita ulas kemudian).
Berbalik kepada usaha Sallehuddin tadi, elok kalau beliau desak penjelasan dari Mahathir, pencuri sebenar royalti minyak, bukannya dari Najib. Najib sebagai sebangsa dengannya (bangsa Umno) hanya mengikut apa yang bapak tirinya lakukan saja. Saya sebut bapa tiri kerana bapa sejati Najib ialah orang yang mahukan Petroleum digunakan untuk bangsa Melayu iaitu Tun Razak.

Sallehuddin boleh hantar surat untuk mendesak Mahathir membuat penjelasan. Ataupun lontarkan persoalan itu dalam parlimen biar anaknya, Mukhriz menjawab. Cuma saya ingin ingat Sallehuddin agar berhati-hati semasa melontarkan desakan dalam parlimen kerana pencium punggung Mahathir sudah pasti akan mempertahankan bekas PM itu bermati-matian.
MSO. 

Najib Bayar A$420,000 Kepada APCO Untuk Khidmat Nasihat 6 Bulan

Posted by RAKYAT MARHAEN

KUALA LUMPUR 31 Mac – Kerajaan Umno-Barisan Nasional didakwa telah membayar A$420,000 kepada firma antarabangsa APCO Worldwide yang dikaitkan dengan rejim Zionis Israel untuk khidmat runding selama enam bulan.
Dalam surat yang bertarikh 15 Julai 2009 dengan menggunakan kepala surat rasmi Jabatan Perdana Menteri dan dialamatkan kepada Paul Stadlen, kerajaan Malaysia mengesahkan terma yang dipersetujui pada mesyuarat yang diadakan bersama APCO pada 10 Julai 2009.
Salinan surat tersebut yang dimuatnaikkan dalam blog dan internet didakwa telah ditandatangani oleh Samsuri Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Kewangan dan Pembangunan di Jabatan Perdana Menteri.Surat Penerimaan setebal lima mukasurat itu menggariskan bidang kerja APCO kepada kerajaan Malaysia di bawah tajuk ‘Public Affairs and Goverment Affairs Services’ atau Perkhidmatan Perhubungan Awam dan Kerajaan.
“Dengan penerimaan kerajaan terhadap tender yang dikemukakan oleh pihak tuan, adalah dimaklumkan bahawa kini wujud ikatan kontrak antara kerajaan dan pihak tuan.
“Satu perjanjian yang lebih lengkap yang memasukkan semua terma dalam tender akan ditandatangani. Pihak tuan akan dimaklumkan apabila dokumen kontrak siap untuk ditandatangani,” kata surat tersebut.
Surat itu yang juga ditandatangani oleh Paul Stadlen yang mewakili Mind Teams Sdn Bhd dan APCO Worldwide sebagai kontraktor serta Ronald Barnetto dari England sebagai saksi antara lain menggariskan empat bidang kerja utama berkaitan hubungan awam yang menjadi sasaran khidmat runding APCO kepada kerajaan Malaysia.
Mereka menandatangani surat penerimaan itu pada 21 Julai 2009.
Stadlen kini adalah Pengarah Urusan APCP Worldwide cawangan Malaysia.
Ini termasuk penyelidikan, pembangunan strategi dan mesej utama, pencapaian serta perundangan dan pematuhan.
Di bawah bidang penyelidikan, APCO dikehendaki mengenalpasti bidang kerjasama antara kerajaan Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat yang signifikan dan selari, membangunkan mesej komunikasi dengan pembuat dasar Amerika Syarikat dan tokoh penting masyarakat sivil serta mengenalpasti pegawai kerajaan, ‘think tank’, wartawan, NGO yang relevan kepada hubungan Malaysia-Amerika Syarikat.
Dalam sektor pembangunan strategi dan mesej utama pula, APCO akan memberi khidmat sokongan kepada Kedutaan Malaysia di Washington dan kerajaan Malaysia dalam melaksanakan program bagi mengukuhkan hubungan dan persefahaman antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Bagi khidmat pencapaian pula APCO akan membantu mengeratkan hubungan dengan ‘think tank’, melaksanakan kempen mempromosi Amerika Syarikat bersama sektor perniagaan penting di Malaysia dan melaksanakan kempen media bebas Amerika Syarikat. 

Najib Cadang ‘Rompak’ KWSP, Jual Harta Kerajaan Melalui MEB

Posted by RAKYAT MARHAEN

Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 31 Mac – Pakatan Rakyat mengalu-alukan pengakuan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa melancarkan Model Ekonomi Baru (NEM) bahawa semua permasalahan ekonomi negara yang disuarakan oleh Pakatan Rakyat selama ini adalah masalah serius yang perlu ditangani segera.
Semasa sidang media yang diadakan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Najib mengakui pentingnya pelaburan swasta ditingkatkan serta menghentikan ketagihan dan kebergantungan kepada perbelanjaan kerajaan yang boros untuk memacu ekonomi.
“Perkara ini telah dibangkitkan secara berterusan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini. Rakyat yang arif tentang Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang dibawa oleh Pakatan Rakyat sudah tentu akan tersenyum apabila meneliti ucapan Najib mengenai NEM kerana seolah-olah prinsip utama yang diwar-warkan itu disadur dari AEM.
“Perdana Menteri bercakap mengenai keperluan mencapai pendapatan tinggi, membina ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan. Inilah ciri-ciri model yang telah diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat sejak 2006 lagi dan telah menjadi sebahagian besar manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12,” kata Anwar.
Dalam masa yang sama beliau menjelaskan konsep NEM hanya akan terhenti di situ sahaja kerana kerajaan tidak meletak perkara tersebut sebagai kerangka utama.
“Walaupun kerajaan mengakui bahawa ekonomi kita memerlukan perubahan besar-besaran, ia masih tidak komited kepada reformasi utama membabitkan institusi awam, dasar dan amalan yang menjadi batu penghalang kemajuan kita selama ini.
“Tidak ada apa-apa cadangan kukuh untuk membina kredibiliti dan kewibawaan institusi kehakiman atau institusi kerajaan yang lain. Malah Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai langkah baru untuk membasmi rasuah. Akibatnya pengumuman NEM ini menjadi satu bukti bahawa Barisan Nasional hanya berminat mengaburi mata rakyat dengan taktik perhubungan awam semata-mata apatah lagi dengan pembabitan APCO.
“Kerajaan BN tidak mempunyai keberanian atau iltizam politik untuk melakukan reformasi yang sangat diperlukan untuk menyelamatkan negara ini. Kegagalan untuk mengakui permasalahan terbesar dalam ekonomi Negara kita ini akan sekali lagi menghalang pencapaian segala niat baik dan matlamat NEM,” tegas beliau dalam sidamng media yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Anwar juga menjelaskan rakyat khuatir dengan pengumuman Perdana Menteri berhubung rancangan penjualan harta kerajaan.
“Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa rancangan untuk menjual harta kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta satu lagi proses penswastaan. Tanpa reformasi menyeluruh untuk membina ketelusan, urus tadbir yang baik, pertanggungjawaban dan amanah di dalam sistem negara ini maka kita berdepan dengan satu lagi musim rompakan besar-besaran harta rakyat seperti mana pemerintahan sebelum ini.
“Pengumunan bahawa dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan digunakan dengan lebih rancak untuk membeli syarikat-syarikat dan turut serta di dalam perniagaan baru adalah satu yang amat membimbangkan kerana masa depan berjuta-juta pekerja kita akan menjadi mangsa ketamakan dan kerakusan para pemimpin dan kroni yang akan mengambil kesempatan menggunakan dana rakyat untuk mengkayakan diri mereka.
“Adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat untuk berjaga-jaga dan memantau apa-apa jua keputusan atau pembelian KWSP selepas ini, kerana pasti ada campur tangan yang cuba memaksa dan mempengaruhi keputusan KWSP. Tanggungjawab yang lebih besar adalah terletak di bahu Perdana Menteri dan kerajaan, beliau perlu menyenaraikan semua langkah yang telah diambil untuk memastikan apa-apa proses pelaburan dan penglibatan dalam perniagaan baru KWSP dibuat secara telus.
Anwar mengingatkan rakyat agar berhati-hati dengan apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri.
“Sementara kita bangga kerana Perdana Menteri secara senyap-senyap mengakui keberkesanan model ekonomi yang dibawa oleh AEM dan dimasukkan kedalam NEM, kami bimbang pusingan penswastaan dan panjualan aset kerajaan GLC akan diambil peluang oleh BN untuk membina dana pilihan raya umum Ke-13,” tegas beliau.
Beliau juga menjelaskan pasukan ekonomi Pakatan Rakyat kini sedang meneliti laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara dengan terperinci.
Pakatan Rakyat akan mengumumkan analisa dan pandangannya mengenai inisiatif-inisiatif ekonomi yang disertakan di dalam laporan NEAC mengenai NEM dalam masa seminggu. 

Berjuta ringgit habis, masalah banjir tidak selesai

Posted by RAKYAT MARHAEN

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) meminta Kerajaan Persekutuan berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengadakan kajian secara menyeluruh bagi menyelesaikan masalah banjir di Rantau Panjang yang berlanjutan sejak sekian lama.
Siti Zailah (gambar) berkata, tiada gunanya jika kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk proses penstabilan Sungai Golok namun tidak dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat kawasan berkenaan.
“Program penstabilan itu tidak memberi kesan kepada masalah banjir sebaliknya kesan banjir semakin bertambah sebab benteng di sebelah Thailand lebih tinggi berbanding di Sungai Golok. Air dari Sungai Thailand mengalir ke sebelah Rantau Panjang.
“Saya tidak mahu jumlah wang sahaja banyak tetapi apa yang dibuat tidak memberi penyelesaian kepada rakyat. Sebab itu saya meminta pihak kementerian bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan supaya perkara ini dibuat kajian secara menyeluruh dan mengenal pasti punca sebenar berlakunya banjir,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.
Sebelum itu, Siti Zailah meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan status projek tebatan banjir di Rantau Panjang, berapa jumlah peruntukan diluluskan, bila dijangka siap dan bagaimana ia boleh mengatasi bencana banjir di Rantau Panjang.
Timbalan menteri berkenaan, Tan Sri Joseph Kurup dalam jawapannya memberitahu, sebagai langkah jangka masa pendek untuk mengurangkan kesan masalah banjir di Lembangan Sungai Golok,  Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan sejumlah lima projek untuk menstabilkan tebing Sungai Golok di Rantau Panjang melibatkan kos berjumlah RM28.2 juta.
Tiga daripada projek tersebut telah siap manakala dua lagi masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada bulan September 2010.
Bagi menangani masalah banjir dalam jangka panjang, pihak JPS sedang menjalankan penyediaan reka bentuk terperinci bagi Proposed Sungai Golok (KESBAN) Protection Scheme.
Sejumlah RM12.63 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja reka bentuk ini. Kemajuan terkini kerja-kerja ini adalah 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada April 2010.
Menurutnya, dalam reka bentuk terperinci ini, komponen-komponen kerja yang dicadangkan di Rantau Panjang ialah pembinaan floodwall, floodway dan menaik taraf sistem saliran dalaman di Pekan Rantau Panjang. Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa.
Siti Zailah yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut berkata, kerajaan harus mengambil iktibar daripada isu banjir di Kempas, Johor apabila masalah berkenaan belum menemui penyelesian meskipun tembatan telah dibina.
“Saya tidak puas hati apabila kerajaan mengatakan sudah beratus juta peruntukan diberi untuk menyelesaikan masalah ini sebab saya melihat kesan banjir ini terus berlaku.
“Sebab itulah saya mengatakan tadi, saya tidak mahu kerajaan menghabiskan berjuta ringgit sebagaimana yang berlaku di Kempas, Johor Bharu di mana setelah tembatan banjir dibuat, masalah penduduk semakin kronik. Kontraktor tidak mengambil kira soal saliran air. Isu yang sama berlaku di Rantau Panjang. Kita tidak mahu kerajaan hanya melepaskan batuk di tangga,” katanya.
Rantau Panjang merupakan salah satu kawasan rendah yang sering menghadapi masalah banjir yang teruk pada musim tengkujuh setiap tahun.

KEADILAN Akan Bertanding Di Hulu Selangor

Posted by RAKYAT MARHAEN

Oleh Fazli Othman
KUALA LUMPUR 31 Mac – Pakatan Rakyat bersetuju KEADILAN bertanding di pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor setelah rundingan bersama PAS dan DAP di pejabat Ketua Pembangkang hari ini di Parlimen.
“Mengenai calon KEADILAN yang akan bertanding, kita masih ada waktu bagi calon yang ingin memohon  dan saya akan berunding dengan Tuan Guru Haji Hadi dan YB Kit Siang sebelum kita namakan calon atas Parti Keadilan Rakyat,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar tengahari tadi.
Menyentuh jumlah calon apabila ditanya oleh media, Anwar menjawab dalam nada bergurau, “Pencalonan masih terbuka dan kita telah terima sampai 100.
“Tetapi itu proses biasa kerana kita mesti dengar dari peringkat cabang, peringkat negeri malahan daripada masyarakat tempatan dan kita juga akan rujuk kepada pimpinan PAS dan DAP kerana kita bertanding itu atas nama Pakatan Rakyat,” ujar beliau lagi.
Kemungkinan calon bebas bertanding, Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail berkata memang ada desas-desus itu akan berlaku kerana Umno juga menuntut kerusi tersebut.
“Kawasan Hulu Selangor itu secara tradisi ditandingi oleh MIC dan jika tuntutan yang kuat itu tidak dipenuhi akan mendorong mereka ini untuk membuat tajaan terhadap calon tertentu bagi kerusi Bebas.
“Saya percaya jika perkara ini berlaku, ini tentunya datang dari parti tertentu di dalam BN dan tidak dalam Pakatan Rakyat kerana seperti yang diputuskan dalam konsensus di peringkat Pakatan Rakyat ialah KEADILAN diminta mengemukakan calon dan itulah keputusannya setelah dibincangkan bersama dua lagi komponen parti,” kata Saifuddin.
Pilihan raya kecil Hulu Selangor bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad Khamis lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada Jumaat ini bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi. 

Zambry dedah pernah ditawar jadi MB jika lompat parti

Posted by RAKYAT MARHAEN

IPOH, 31 Mac — Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mendedahkan tawaran oleh “seorang pemimpin hebat pembangkang” untuk beliau menjadi Menteri Besar Perak jika sanggup melompat parti selepas Barisan Nasional kalah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.
Katanya beliau adalah calon pertama bagi jawatan Menteri Besar Perak dan bukannya anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas apabila pakatan DAP-Pas-PKR mahu menubuhkan kerajaan negeri.
Ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan perasmian Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini, Zambry berkata beliau telah dihubungi melalui panggilan telefon oleh “tokoh hebat” berkenaan yang kemudiannya diikuti rombongan dan utusan yang datang ke rumahnya.
“Saya menolak tawaran itu kerana berpegang kepada prinsip perjuangan,” katanya ketika menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Tajol Rosli (BN-Pengkalan Hulu) bahawa tiga Adun Umno ditawar jawatan Menteri Besar sekiranya melompat parti.
Tajol Rosli semasa membahaskan usul itu berkata beliau tidak berhak untuk mendedahkan siapa ketiga-tiga Adun yang dimaksudkan itu kerana terpulang kepada mereka untuk berbuat demikian.
Jamaluddin Mohd Radzi (Bebas-Behrang) pula berkata beliau yakin pemimpin yang dimaksudkan oleh Zambry itu adalah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya tawaran itu diketahui oleh ramai pemimpin PKR Perak tetapi ia dirahsiakan daripadanya kerana beliau ketika itu adalah juga seorang daripada calon Menteri Besar.
“Anwar berdolak dalik kerana dia ada memanggil (telefon) saya dan menyatakan saya sesuai menjadi Menteri Besar tetapi dalam masa sama membuat tawaran jawatan itu kepada orang lain,” kata Jamaluddin, yang ketika itu Bendahari PKR Perak.
Zambry sebelum mengakhiri penggulungan itu telah menawarkan perdamaian kepada pembangkang. “Dengan suci hati, saya ingin meniup wisel perdamaian…jawatan MB boleh datang dan pergi tetapi perdamaian yang abadi adalah demi  rakyat,” katanya.
Perjalanan sidang DUN hari ini dicemari dengan tindakan kesemua 28 Adun pembangkang keluar dewan dengan alasan tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat yang dikendalikan oleh Speaker Datuk R. Ganesan.
Zambry menyifatkan tindakan keterlaluan pembangkang pada persidangan hari ini seperti tidak mengemukakan soalan ketika sesi soal jawab lisan, tidak menghormati Speaker,  menjerit-jerit, menyeberangi kawasan dan mengganggu Adun BN serta menayangkan kertas dengan perkataan “penyamun”, “perompak” dan “pencuri”, akan perbuatan yang mengkhianati amanah rakyat dan ini akan dinilai sendiri oleh rakyat.
“Inikah ini moral dan akhlak pembangkang yang baik?” katanya.
Mengenai cadangan seorang penyokong kerajaan supaya DUN mengusulkan supaya gelaran kepada Mohammad dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) ditarik balik kerana sikap biadap mereka, Zambry berkata itu adalah hak Istana Perak.
Persidangan yang berakhir hari ini meluluskan usul pindaan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak selain usul pelantikan  Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri, Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap Negeri, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Negeri serta usul  pembelian saham terbitan bernilai RM5.6juta berharga RM1.12 seunit yang ditawarkan oleh Kumpulan Axiata.
Persidangan kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. — Bernama 

Soi Lek’s presidency – who’s resigning?

Posted by RAKYAT MARHAEN

By Ding Jo-Ann
dingjoann@thenutgraph.comdingjoann@thenutgraph.com
<!–

–>

 
 
    
      “It’s not that I cannot accept [Chua]. A lot of party members cannot accept him — even my 13 CC members cannot accept him because that will further tarnish the party image.
            “I’ve been talking so much about the party’s interest, so if I support Soi Lek to become the president, I will be the man who will be accused by the members of not caring about the party but about himself.  
 “I’ve told you I have no personal problem with anybody. I can work with him, but how do I face the members? Even now because Tee Keat is working with Soi Lek, people are scolding so much. Why go and bring him back when people are scolding him so much? And now, he’s deputy. If I’m supposed to work with him and he becomes president (laughs), I better resign.”
 
 

THEN MCA vice-president Datuk Seri Liow Tiong Lai in an interview with theSun in February 2010. Liow, together with 12 other central committee members, submitted their undated resignation letters in December 2009 in the hopes of triggering fresh party elections following Chua’s reinstatement as deputy president. (Source: Party comes first, theSun, 18 Feb 2010) 

 
 
 
“We will work together to unite the party.
 “I can work with Dr Chua and I will play my role as deputy president to the best of my ability. From now on, let’s work together for the future of the party and ensure it is stable and united.”
“From the start, there has never been a ‘team’ or ‘camp’. We (Liow and Ong) only worked together as we shared the same ideology and views on how to unite the party, but there was no ‘camp’.”
 
 

Liow, after the MCA‘s 28 Mar 2010 party elections in which Chua was elected party president. Liow, who was elected deputy president, was reportedly aligned to former MCA president Tan Sri Ong Ka Ting, who lost to Chua by over 60 votes. (Source: It’s time to unite MCA and move on, says Liow, The Star, 29 Mar 2010)  

 
 
 
“I do not want my personal decision to create turmoil in the party.” “Many people have the wrong perception of me being against Dr Chua personally. This is really a matter of principles and values which I uphold.”
 
 

Wanita MCA chief Datin Paduka Chew Mei Fun, answering questions from reporters on whether she would resign now that Chua has been elected MCA president. Chew had reportedly said in 2009 that she would resign if Chua became president.
Chew told reporters she “stood by what she had said”, but needed to answer to Wanita delegates as she was elected by them. She said she would have to consult Wanita MCA committee members before making any decision. (Source: Chew to consult committee before making quit decision, The Star, 29 Mar 2010)

PM needs to press reforms, says Mahathir

Posted by RAKYAT MARHAEN

Tun Dr Mahathir said the country’s the prime minister had yet to live up to promises, and urged him to forge ahead with pledged reforms. – Reuters pic

KUALA LUMPUR, March 31 — Malaysia’s influential former premier Tun Dr Mahathir Mohamad said today the country’s current prime minister had yet to live up to promises, and urged him to forge ahead with pledged reforms. A vocal government critic who led the push to oust his immediate successor and usher in Datuk Seri Najib Razak as premier in 2009, Mahathir also defended an affirmative action policy that favours the country’s Malay majority. Najib has pledged to roll back Malay privileges in a new economic model he released yesterday.
“One year is not enough (for an assessment), you are just learning to be a prime minister really,” Mahathir, 84, said in an interview on the sidelines of an investor conference.
“Najib has just released his economic policy, we need to see whether the performance is as good as promised.”
Najib took office in April last year pledging reforms to rejuvenate investment and reverse 2008 election losses suffered by the coalition that has ruled Malaysia for 52 years.
But his government has delayed the introduction of petrol and electricity price rises, road toll increases and a goods and services tax in a series of decisions that has undermined market confidence in his ability to deliver economic reforms.
That, Mahathir said, was no way to oversee change.
“I think that is a very bad way of doing things,” he said. “You make a decision, then you have to implement it, but before making a decision, you should think very carefully about it.”
Mahathir served as prime minister from 1981 to 2003 and still plays a major behind-the-scenes role in national politics.
The country’s next general election is due by 2013, but may be called as early as next year.
Analysts say that although Najib faces an opposition riven by divisions, he is wary of upsetting the Malay majority, the core of support for his United Malays National Organisation (Umno) party, mainstay of the ruling coalition. Many Malays could be hit by the proposed tax and subsidy reforms.
Najib announced a new economic model (NEM) yesterday to hoist the country’s trade-dependent economy to the ranks of developed nations by 2020 through liberalisation and a greater focus on services.
But doubts remain on how far he can succeed in overcoming a potential political backlash in rolling-back the four-decades old affirmative action policy favouring Malays.
Since taking office, Najib has rolled back parts of the old policy, ending requirements for a 30 per cent Malay equity ownership in some economic subsectors.
Signs of resistance have begun to emerge with the formation of a Malay rights group Perkasa (Strength) at the weekend.
It is not clear whether Perkasa enjoys widespread support, but Mahathir presided over its launch and he told Reuters the prime minister should take account of its demands.
“Try to do something to reassure them (Perkasa) and explain why the government is doing certain things,” he said.
“If they can accept your explanation, well and good, but if not it is important to take seriously their feelings of unhappiness.”
Ethnic and religions tensions have increased in the mainly Muslim but multiracial country following a court ruling allowing the use of the word “Allah” by Christians.
A rising tide of Islam also saw three Muslim women caned for the first time under strict Islamic laws, while another was sentenced to caning for drinking beer.
Mahathir presided over some liberalisation measures to the New Economic Policy (NEP), the reform plan of the time often criticised as an impediment to investment.
His changes allowed, for instance, 100 percent foreign ownership of some factories and he called for “adjustments” to be made, provided they did not increase income disparities between Malays and the wealthier ethnic Chinese community.
“The mechanism for implementing the policy is going to be very important if it is done correctly, I think even Perkasa would accept it,” Mahathir told Reuters. — Rueters

Rabu, 2010 Mac 31

Mengapa Najib umum MEB di luar Parlimen?

Posted by RAKYAT MARHAEN

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) di luar Parlimen seolah-olah tidak mencerminkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
“Pengumuman Najib itu bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan kerana pengumuman tersebut dibuat di luar Dewan Rakyat,” jelasnya.

Senada dengan Abdul Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan Najib itu seperti menghina kemuliaan Dewan Rakyat.

Ini kerana, menurut beliau, Najib sanggup pergi mengumumkan MEB di luar Parlimen, sedangkan beliau berpeluang membentangkan di Dewan Rakyat sekarang.
Dalam pada itu, Majlis Pakatan Rakyat petang tadi menyifatkan MEB menyadur semangat Agenda Ekonomi Malaysia (AEM).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Najib dilihat memuatkan prinsip-prinsip utama AEM dalam ucapannya, semalam.
“Seolah-olah prinsip utama yang diwar-warkan itu disadur dari AEM (apabila) Perdana Menteri bercakap mengenai keperluan mencapai pendapatan tinggi, membina ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, peralihan bantuan berasaskan keperluan tanpa mengira kaum,” jelas beliau di Parlimen.
Jelas Anwar, kesemua prinsip tersebut telahpun diperjuangkan Pakatan Rakyat sejak 2006 lagi, dan kemudiannya menjadi manifesto bersama-sama PKR, DAP dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) yang lalu.

Pun begitu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan I turut dilihat gagal menjelaskan mekanisme lanjutan untuk mencapai kelapan-lapan inti utama MEB.

Bagi Pakatan Rakyat, katanya kerajaan seharusnya menyentuh kaedah-kaedah kerajaan menangani isu rasuah, ketirisan, pembaziran, ketidakbebasan mahkamah, polis dan PDRM tidak profesional sebelum memperkenalkan MEB.

Dengan tidak menyentuh beberapa mekanisme tersebut, menurut beliau, mengakibatkan ekonomi negara terus dilihat tidak menentu oleh para pelabur luar.

Akibatnya, menurut Anwar, dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangkakan akan disalahgunakan oleh kroni-kroni tertentu melalui aktiviti pengkorporatan badan tersebut kelak.

“Pengkorporatan akan dilakukan di mana (dana) KWSP akan dipinda pada satu badan tertentu sedangkan tanpa reformasi menyeluruh, bahaya pada (aktiviti) penswastaan,” jelasnya.

Dalam perkembangan yang lain, Majlis Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa PKR direstui untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kelak.

Turut menyertai Anwar, Lim dan Abdul Hadi di Pejabat Ketua Pembangkang adalah Dr. Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR), Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS), Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) dan beberapa pemimpin tertinggi komponen PR. 

MPEN tak setuju kuota kaum diteruskan

Posted by RAKYAT MARHAEN

Model Ekonomi Baru (MEB) tidak akan mempunyai kuota pemilikan berdasarkan kaum jika pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz mempunyai caranya sendiri.

Pada sidang media hari ini, beliau berkata laporan MEB yang diterbitkan oleh MPEN mencadangkan semua kuota pemilikan berasakan kaum dihapuskan secara beransur dan digantikan langkah-langkah meningkatkan keupayaan untuk semua.

“Tindakan sekarang lazimnya mensasarkan ekuiti, pekerjaan dan sebagainya. Apa yang kami katakan pada masa depan, ini tidak seharusnya berlaku. Sasaran kami ialah golongan bawahan 40 peratus kumpulan berpendapatan rendah,” kata beliau pada taklimat media di Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai penyertaan Bumiputera, Amirsham berkata MEB akan meningkatkan lagi kapasiti usahawan dan tidak akan meminggirkan mana-mana kaum sepanjang pelaksanaannya.

Beliau berkata MPEN akan mengkaji pendekatan terbaik yang boleh menyokong bidang ekonomi utama yang disasarkan dalam MEB.

“Dalam MEB, tidak ada kuota pemilikan, namun apa yang kami mahu lihat ialah kapasiti perniagaan bumiputera disokong supaya mereka boleh menjalankan perniagaan yang lebih baik.”

Sebagai contoh, pembiayaan dan akses internet adalah antara bidang yang perlu ditingkatkan supaya mereka dapat menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih baik dan operasi yang lebih cepat,” kata Amirsham. 

PERKASA ancam tentang EOC jika 153 dicabuli

Posted by RAKYAT MARHAEN

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) melahirkan kebimbangan mereka berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Peluang Sama Rata atau “Equal Opportunity Commission” (EOC) kerana berpendapat ia bercanggah dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

NONEAhli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang juga presiden PERKASA berkata nama suruhanjaya itu juga “membayangkan semua kaum akan mempunyai peluang yang sama rata dan ini bercanggah dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Saya ingin memberi amaran kepada kerajaan berhubung EOC. Jika ia bertentangan dengan Perkara 153 dan mengancam hak keistimewaan Melayu, PERKASA akan menentangnya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen. 

“BERSIH”kan Malaysia dari “VIRUS APCO”

Posted by RAKYAT MARHAEN

Kita tidak boleh mengharapkan geng “CUCI” ini untuk singkirkan APCO dari Malaysia..kita perlukan TEAM “BERSIH”

Hati ini amat yakin sekali bahawa Najib yang mewakili Kerajaan Malaysia pimpinan BN sekali lagi tidak akan melayan tuntutan Pakatan Rakyat/Ketua Pembangkang untuk memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit, peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan…

Walaupun Ketua Pembangkang memperincinkan dakwaan APCO sememangnya merecyclekan idea “One Israel” utk digunapakai oleh regim BN yg memerintah Malaysia..dengan disolekan menjadi “1Malaysia”..

Strategi utk tidak menjawab setiap dakwaan dan soalan yg tepat mengenai batang hidung Najib sebagai pemimpin BN dan UMNO….sememangnya sudah dijangka…apatah lagi utk dijawab didalam Dewan Rakyat yang mulia itu..

Untuk itu gesaan utk ditubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat skandal Najib & APCO ini sudah tentu akan dibakul sampahkan oleh Najib…

Maka dengan itu harapan kini utk memaksa Najib menjawab dakwaan ini ialah meminta Majlis Raja-Raja agar campur tangan mengenai APCO ini..seperti mana yg dicadangkan oleh Adun Pokok Sena..

Jika usaha untuk meraih simpati Majlis Raja-Raja tidak berjaya..hati ini merasakan inilah jalan terbaik utk memaksa Najib menjawab segala pertuduhan skandal beliau dengan APCO..

Usulkan isu ini kepada “BERSIH”….dan lantiklah JALANRAYA sebagai POSMEN KARAT untuk menyampaikan mesej buat Najib agar menjawab segala pertuduhan skandal terbarunya selepas kes pembunuhan Altantunya..

Ini kerana isu APCO ini menyebabkan keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing..

Oleh itu marilah kita memberikan sokongan 100% kepada “Bersih” jika mereka mahu menyahut cabaran ini..

 

APCO Tidak Terlibat Dengan Kerajaan Israel? Hmmm….

Posted by RAKYAT MARHAEN

Ramai telah hubungi Tulang Besi untuk bertanya dimana Tulang Besi dapat dokumen-dokumen bertaraf rahsia ini. Tak kurang mahu tahu siapa dalam Jabatan Perdana Menteri yang menjadi “informer” Tulang Besi. Ada juga yang mahu tahu bagaimana Tulang Besi dapat dokumen yang menghubungkan Kerajaan Malaysia dengan APCO.

Jawapannya adalah informer Tulang Besi adalah seorang bernama FARA. Ia nama seorang perempuan. Erti dari nama tersebut adalah Foreign Agent Registration Act (FARA). Dan ia ada sebuah website di http://www.fara.gov. Dengan kata lain, FARA adalah sebuah department di bawah “US Department of Justice”.

Adapun dokumen yang Tulang Besi dedahkan itu boleh di baca di laman rasmi FARA di bawah tajuk”Government of Malaysia, Embassy:

Dengan kata lain, dokumen yang Tulang Besi dedah ini BUKAN RAHSIA. Ia adalah dokumen bertaraf “MAKLUMAT UMUM” yang rasmi. Ia boleh dibaca oleh sesiapa sahaja di mana sahaja di dunia ini. Ia terbuka untuk setiap manusia yang ada aksess kepada internet.
Jadi, tak payah lah nak cari-cari dan ugut-ugut Tulang Besi. Benda Tulang Besi dedah ni bukan rahsia. Ia adalah maklumat umum di Amerika.

Adapun APCO telah menafikan mereka terlibat dengan kerajaan Israel. Namun, Tulang Besi berjumpa dengan satu surat dari Kerajaan Israel ke Kerajaan Amerika yang menyatakan seperti berikut:

Klik di sini untuk membaca keseluruhan surat tersebut yang menyatakan bahawa APCO pernah menjalankan kerja-kerja perhubungan awam dengan Kerajaan Israel.

Sekian

Tulang Besi 

DUN PERAK TIDAK HORMATI RAKYAT – BERSIDANG CUMA DUA HARI

Oleh : Ust Misbahul Munir

Dewan Negeri Perak bersidang cuma dua hari. Ianya jelas tidak menghormati rakyat Perak yang mahu sidang DUN menjadi platform terbaik rakyat menyuarakan hak mereka melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh mereka. Ia juga tidak menghormati Tuanku Raja Muda Perak yang bertitah pagi semalam. Titah Tuanku cukup bernas, penuh dan sarat dengan saranan yang cukup baik. Tetapi sayang sidang DUN Perak hanya bersidang dua hari sahaja. Titah Tuanku tidak dibahas secukupnya oleh Adun PR dan BN. Malahan hari kedua sidang, titah Tuanku tidak dijadikan agenda utama, perbahasan titah Tuanku hanya selepas pembentangan Rang Undang-undang. Jelas ia bercanggah dengan Aturan Mesyuarat sebagaimana terkandung dalam Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri 13 (1).

Sidang hari pertama hanya mendengar titah Tuanku. Hari-hari berikutnya adalah peluang terbaik untuk setiap Adun berbahas mengenai apa sahaja perkara mengikut Aturan Mesyuarat termasuk perbahasan titah Tuanku. Perbahasan titah Tuanku adalah perdebatan terbaik bagi semua Adun berhujjah dalam apa sahaja isu termasuk isu-isu berkaitan rampasan kuasa. Mereka boleh berucap dengan hujjah masing-masing.

Selain itu, Adun BN boleh mendedahkan apa sahaja kelemahan,kepincangan, salah guna kuasa atau apa sahaja yang sering didakwa oleh UMNO BN ketika PR memerintah negeri Perak. Adun-adun PR akan menjawab semuanya dalam ucapan perbahasa mereka,selain mendedahkan pula segala kepincangan dan salah guna kuasa UMNO BN. Walau bagaimanapun isu asas yang mesti menjadi fokus utama perbahasan ialah kebajikan dan kepentingan rakyat.

Adun PR memulakan sidang hari ini dengan cara yang betul. YB Pantai Remis mengambil kesempatan dengan menggunakan ‘point of order’ lalu membacakan beberapa perkara dalam Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri. YB Pantai Remis berhujjah Ganesan bukan Speaker yang sah berdasarkan 6 hujjah yang dikemukakan. Tetapi Ganesan tidak memberi peluang supaya perdebatan dibuka dalam isu perlantikan Speaker. Dewan Negeri adalah platform kedua pihak berhujjah, sekiranya ia diberi liputan yang adil, rakyat akan menilai hujjah siapa yang tepat dan benar.

Begitu juga soalan-soalan lisan yang dikemukakan oleh Adun PR yang menyentuh isu-isu berkaitan perlantikan Speaker mengikut Perintah Tetap Dewan dan juga Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Sepatutnya soalan itu dijawab, bukan ditolak. Penasihat Undang-undang Negeri boleh menyediakan jawapan, berdasarkan jawapan yang diberikan, Adun PR boleh mencabar dengan menggunakan peluang mengajukan soalan tambahan.

Sidang DUN merupakan ruang terbaik bagi semua pihak bersuara di atas ketidak puashatian rakyat bagi menyuarakannya melalui Adun mereka. Peristiwa rampasan kuasa di Perak adalah antara yang rakyat tidak puashati. Adun PR boleh berhujjah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa, pihak BN pula boleh berhujjah juga bagi mengesahkan tindakan mereka. Inilah demokrasi hiudp dan yang sebenar.

Namun demokrasi dimatikan oleh UMNO BN, mereka tidak berani menghidupkan demokrasi kerana mereka juga tahu, demokrasi melalui hujjah tidak akan mampu dipatahkan oleh mereka, justeru itu mereka tidak gunakan hujjah sebaliknya menyalahgunakan kuasa untuk mempertahankan tindakan mereka.

Sidang dewan ditangguhkan hari ini dengan tidak ada perbahasan menyeluruh titah Tuanku yang diambil bahagian oleh semua Adun. Tindakan ini memberi gambaran seolah-olah titah Tuanku tidak dihargai dan dihormati, apabila Tuanku menyarankan banyak perkara dalam titahnya semalam, sudah tentu ia perlu dibahaskan secara positif oleh semua pihak. Dasar dan polisi kerajaan juga disentuh oleh Tuanku, tetapi Adun-adun tidak diberi peluang bagi mengulas dan mengupas. Adun pembangkang sudah tentu akan berbahas mengikut perspektif pembangkang yang luas.

Inilah padahnya apabila kerajaan halal diambil dengan cara yang haram kemudian tindakannya minta dihalalkan melalui mahkamah. Ini seumpama perbuatan mencuri ayam, kemudian bila ayam yang dicuri itu mahu dimakan, ia disembelih mengikut hukum syarak supaya jadi halal.

Apabila perkara asas sudah tidak betul, maka ia mengundang seribu kepincangan. Lihat sahaja Aturan Mesyuarat dalam sidang dewan, Speaker haram Ganesan menyusun jadual perjalanan sidang juga tidak betul. Adun PR cuba memperbetulkannya, tetapi dengan bodoh sombong Ganesan menolak. Dalam Aturan Mesyuarat Perbahasan Titah Tuanku hendaklah didahulukan sebelum pembentangan Rang Undang-undang, tetapi itu berlaku. Persidangan pula tidak ditetapkan berapa hari, sedangkan PR mencadangkan supaya sidang DUN Perak diadakan 4 – 5 hari bagi membolehkan semua aspek dibincangkan dalam dewan.

Sebenarnya sidang yang dibuat hari ini diadakan dalam keadaan UMNO BN bimbang dan takut. Mereka tidak berani berdepan dengan Adun PR melalui hujjah. Polis pula diperkudakan oleh mereka. Sehari sebelum sidang diadakan, PR mengajak untuk berbincang dengan MB UMNO BN supaya persidangan yang akan berlangsung nanti dalam keadaan yang baik dan adil serta tidak berlaku kekecohan. Zambry menolak dengan sombong dan angkuh.

Sidang tamat hari kini dalam keadaan rakyat tidak tahu apa-apa.

Posted by pemudabesut

Peluang Terbuka Kepada Ahli PKR Jadi Calon Hulu Selangor

Posted by RAKYAT MARHAEN
KUALA LUMPUR, 31 MAC- Mana-mana ahli dari Parti Keadilan Rakyat yang masih mahu mengemukakan nama calon untuk penamaan calon bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor,  boleh berbuat demikian dengan segera.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan membuat penilaian terlebih dahulu bersama  Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Ketua DAP, Lim Kit Siang sebelum membuat keputusan menetapkan pengganti kepada penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Parlimen sebentar tadi.

 

Rabu, 2010 Mac 31

BN memerintah, Rakyat bergelap

Posted by RAKYAT MARHAEN

Oleh Masdar Wahid 

KUALA LUMPUR : Sejak Tsunami Politik pada 8 Mac 2008 melanda seluruh negara, kerajaan pusat menyalurkan berbilion ringgit ke Sarawak kononnya untuk memajukan rakyat negeri itu.
Persoalannya ke mana wang itu dibelanjakan atau ia hanya berlegar di sekitar kepimpinan BN dan kroni mereka.
Terbaru, gerak kerja turun padang yang dilakukan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mendapati berlaku penindasan dan pengabaian berterusan oleh kerajaan BN terhadap rakyat miskin di negeri itu termasuklah ratusan keluarga miskin dalam kawasan Bandaraya Kuching.
Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR Sarawak, Ahmad Nazib Johari dalam gerak kerja turun padang itu misalnya menemui keluarga miskin yang dikenali sebagai Keluarga Kasmi yang menetap di Kampung Kudai, dalam kawasan Bandaraya Kuching lebih 30 tahun dan sehingga kini gagal mendapat bekalan elektrik.
“Kasmi sekeluarga seramai lapan orang masih menggunakan generator yang sama sejak lebih 30 tahun lalu.
Setiapkali generator itu rosak (gambar), kehidupan keluarga itu akan bergelap.
Mereka terpaksa menggunakan generator yang usang itu kerana keluarga Kasmi tidak mampu untuk membeli yang baru,” katanya.
Nazib yang juga seorang peguam menjelaskan bahawa Kasmi kini ibarat ketua keluarga sebenar kerana suaminya mengalami masalaha kesihatan dan situasi itu sudah pasti merupakan beban baginya lebih-lebih lagi kehidupan mereka yang serba dhaif.
“Di zaman moden ini masih ada lagi orang Malaysia yang tinggal di bandaraya Kuching hidup dalam keadaan tanpa bekalan elektrik dan ini sesuatu yang sukar diterima.
Sesuatu yang amat mendukacitakan juga ialah Kasmi pernah memohon bekalan elektrik melalui SESCO tetapi syarikat berkenaan mengenakan caj RM 14,000 untuk yuran pemasangan.
Keluarga miskin seperti Kasmi memang tidak mampu untuk membayar,” tambahnya.
Sehubungan itu katanya, AMK Sarawak menuntut agar kerajaan BN yang memerintah Sarawak sejak puluhan tahun lalu segera menyalurkan bekalan elektrik ke kampung itu yang merupakan hak penduduk berkenaan.
Sementara itu, dalam gerak kerja berasingan, AMK Sarawak dalam lawatan itu turut bergotong-royong membaiki rumah seorang lagi keluarga miskin yang dikenali sebagai Fatilah yang terletak di Jalan Patingan.
 “AMK Sarawak akan pergi ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk menolong Fatilah memohon skim PPT (Projek Perumahan Termiskin) dan rumah kos rendah dalam masa terdekat supaya dapat menyelesaikan masalah Fatilah,” jelas Nazib
Diakhir gerak kerja itu, AMK Sarawak menyalurkan pelbagai bantuan kepada kedua-dua keluarga miskin tersebut termasuklah, mi, telur, minyak masak dan pakaian kepada keluarga tersebut.
Turut serta dalam gerak kerja turun padang AMK Sarawak itu ialah Penasihat PKR Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan, Dominuque Ng Kim Hoe, Timbalan Ketua AMK Sarawak, Mark Murau, Naib Ketua AMK Sarawak, Wong Liong Hing dan puluhan kepimpinan PKR negeri Sarawak. 

Membela Melayu mana?

Posted by RAKYAT MARHAEN
Terima kasih Tuan Yg Di Pertua memberi peluang untuk berbahas Usul Menjunjung Kasih terhadap Titah Baginda Yang Di Pertuan Agung

Pada 16hb Mac, dalam ucapan YB Kuala Krau usaha liberalasasikan ekonomi dibangkit.  YB Kuala Krau telah memohon pada kerajaan agar kepentingan Orang Melayu tidak diketepikan dalam perlaksanaan polisi liberalasikan ekonomi.

Saya ingin sokong permohonan YB Kuala Krau.  Kepentingan Orang Melayu harus diberi keutamaan dalam mana-mana polisi kerajaan kerana kaum 62% Melayu memperolehi pendapatan di bawah RM 3000 sebulan.  62% daripada keluarga Melayu miskin dan adalah begitu penting – kepentingan golongan ini diberi keutamaan.  Mana-mana polisi yang membawa kesan negatif pada masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah harus ditolak.  Apa gunanya pembangunaan ekonomi Negara jika ia membawa tekanan pada majoriti dalam Negara itu?  Lebih baik buang polisi macam itu terus ke tong sampah.
Perkara 153
Tuan Yg Di Pertua, Isu Kepentingan Melayu telah mengambil Centre Stage (pentas utama) dalam politik Malaysia sejak sebelum Merdeka.  Dalam Perlembagaan kita Perkara 153 telah menyatakan adalah menjadi tanggungjawab Yg Di Pertuan Agung memelihara kedudukan istimewa Orang Melayu.
Pada saya, hasrat di belakang Perkara 153 – adalah munasabah, walaupun kita boleh berbeza pemikiran terhadap pembentukan polisi-polisi untuk membangunkan masyarakat Melayu.
Munasabah kerana apabila kita lihat Sejarah Moden Dunia, dalam 500 tahun yang lalu suatu ekonomi baru telah muncul di benua Eropah dan merebak ke seluruh dunia dan menembusi semua benua, semua rantau.  Perkembangan aktiviti ekonomi baru telah membawa penghijrahan berjuta-juta manusia daripada Negara-negara asal mereka ke Negara baru.
  • Orang Putih telah pergi ke Amerika, Afrika, Asia dan Australia
  • Orang Afrika dibawa sebagai hamba ke Amerika dan Eropah
  • Orang India dan Cina datang ke Asia Tengara sebagai kuli.
Kadang kala apabila penghijarahan berlaku penduduk asal dipinggirkan dan dijadikan rakyat kelas dua di Negara mereka sendiri.  Masyarakat Inca umpamanya.  Apabila Cortez membawa pasukan militer ke Amerika Latin, masyarakat Inca merupakan satu empayar besar dengan sistem pertanian yang teratur dan masyarakat yang kaya.  Tetapi masyarakat Inca ditewas dan dijadikan hamba dan dibawa kerja di lombong-lombong perak.  Beribu-ribu mati.  Akhirnya apabila Latin Amerika dapat kemerdekaan bukan keturunan kaum Inca yang menguasai Negara-negara merdeka itu.  Orang putih keturunan penjajah yang menjadi pemimpin Negara-negara ini, dan orang Inca masih rakyat kelas ketiga di Negara mereka sampai hari ini.

Perkara yang hampir sama berlaku dengan Maori di New Zealand dan Kaum Aborigine di Australia.  Dan di Afrika Selatan kaum Orang Putih telah dapat menguasai Negara itu untuk beberapa dekad dan menjadikan orang asal rakyat kelas kedua di bawah system Apartheid.

Oleh kerana semua ini, saya boleh memahami mengapa masyarakat Melayu telah mendesak supaya kepentingan Orang Melayu dimaktubkan dalam perlembagaan Negara ini sebagai Perkara 153.  Perasaan risau dan bimbang mereka pada masa itu bukan satu khayalan yang tidak berasas.

Tuan Yg Di Pertua, saya juga setuju dengan point yang dibawa oleh YB Pasir Salak dalam pencelahan beliau semasa Ucapan Ketua Pembangkang – Pasir Salak telah hujah bahawa kerajaan BN telah mencapai banyak dan bahawa kita tidak harus pandang rendah terhadap pencapaian UMNO- BN.

Kerajaan dalam tangan Melayu
Saya setuju kerana pada tahun 1957 Kerajaan Malaya dikuasai Orang Putih.  Tetapi dalam 52 tahun yang lalu, hampir semua jabatan dalam jentera Kerajaan diketuai oleh orang Melayu.  Ketua pengarah, ketua setiausaha, pengarah-pengarah kanan – hampir semua Melayu.
Dari segi agenda Melayu ini satu pencapaian yang besar.  Jentera kerajaan di tangan Melayu.
Dan ini bukan suatu kerajaan yang kecil atau lemah.  Buget Kerajaan Persekutuan untuk tahun 2010 – RM 196 bilion.  Ini merupakan 1/3 Keluaran Kasar dalam Negeri. Kerajaan kita yang ada pengaruh besar dalam ekonomi Negara.  Dan kerajaan ini kukuh di tangan Melayu.
Pada 1957, adalah analisa bahawa Melayu miskin kerana Syarikat-syarikat besar Orang Putih yang menguasai sektor moden di Malaya – perladangan, pembankan, perlombongan, pembinaan.  Dalam 50 tahun yang lalu sebahagian besar daripada sektor korporat telah pindah ke tangan kaum Melayu.  Pemilikan ekuiti di sektor korporat oleh individu Melayu dilapor sebagai 18% pada masa ini.
Tetapi dalam sektor korporat penguasaan/control adalah juga penting.  Isu pengambilan pekerja, promotion untuk kakitangan, pemberian kontrak dan keputusan pelaburan.  Kesemua ini di tangan eksekutif kanan.
Dulu syarikat-syarikat saperti Guthrie, Highland and Lowland, dan Golden Hope yang dimiliki Orang Putih menguasai sektor perladangan di Malaysia.  Sekarang Sime Darby sedang memegang tanah perladangan seluas 600,000 ekar di Malaysia.  Siapakah Pengerusi Besar Lembaga Sime Darby?  Siapakah CEO Sime Darby?  Siapakah pengarah-pengarah kanan di Sime darby?  Bukan orang Putih, bukan Cina, bukan orang India.  Hampir semuanya orang Melayu.
Dan sama juga untuk syarikat-syarikat GLC yang lain – KPJ, Pantai, Gamuda, PLUS, MAS, CIMB, KTMB, Petronas.  Walaupun pemilikan bukan di tangan individu Melayu, tetapi lembaganya dan posisi utama seperti CEO, Pengerusi Lembaga semua di tangan Melayu.
Kita harus ucap syabas pada UMNO.  Ini adalah kejayaan polisi UMNO – telah mencapai sebahagian besar daripada agenda Melayu.
  • Jentera kerajaan dalam tangan Melayu
  • GLC – yang kuasai beberapa sector juga ditangan Melayu
  • Hampir 60% daripada KNK di kuasai oleh pihak Melayu
Permasalahannya adalah – masih ada kemiskinan di Masyarakat Melayu.  Walaupun agenda Melayu sedang dicapai, masih Melayu biasa menghadapi banyak masalah.
Melayu yang miskin
Di Sungai Siput ada pelajar Melayu yang cicir kerana tidak dapat bayar tambang bas sekolah.  Di PPMS, suatu kampung dengan 85 keluarga, 14 murid sekolah menengah telah cicir kerana tidak dapat bayar tambang bas sebanyak RM 50 sebulan.
Di kawasan perkampungan Sg.Siput berpuluh-puluh keluarga Melayu desa yang tidak dapat bayar bil air sebanyak RM 20 sebulan sehingga bekalan air ke rumah dipotong.  Bil elektrik keluar atas kertas merah untuk berpuluh-puluh keluarga Melayu.
Mengapa wujudnya kemiskinan bagini banyak di kalangan masyarakat Melayu 52 tahun selepas Merdeka?  Tidak boleh menyalahkan orang putih lagi.  Tidak boleh menyalahkan pihak orang tengah Cina juga.  Itu cerita lama.

Daripada statistik kerajaan sendiri kita ketahui bahawa 62% daripada keluarga Melayu mendapat pendapatan bulanan di bawah RM 3000.  Mereka adalah petani, penoreh getah, nelayan, pekerja kilang, peniaga kecil, dan juga pekerja biasa di kerajaan.  Mereka boleh dipanggil Melayu Marhean – satu istilah yang dicipta oleh Allayarham Soekarno.

34% daripada keluarga Melayu perolehi pendapatan antara RM3,000 ke RM10,000. Mereka merupakan – pegawai kerajaan dan di GLC, dan juga Kontraktor dan peniaga kecil.
Hanya 2.8% daripada keluarga Melayu berpendapatan antara RM 10,000 dan 20,000 dan mereka adalah pegawai-pegawai tinggi di GLC, peniaga dan kontraktor besar dan juga para profesional di sektor swasta.  Hanya suatu gelintir kecil keluarga Melayu, 0.5% sahaja yang menerima pendapatan yang lebih daripada RM 20,000, dan kebanyakan mereka merupakan kaum korporat dan Pegawai tertinggi dalam GLC dan kerajaan.
Jadi ada empat golongan dalam masyarakat Melayu – Melayu Marhean, Kakitangan kerajaan dan GLC, Kontrakor dan businessmen, dan Melayu korporat.
Kepentingan Melayu mana?
Dalam Konteks ini – apabila Ahli Parlimen sebut kepentingan Melayu apakah maknanya?
Apakah dia kepentingan Orang Melayu?  Adakah kepentingan semua lapisan Masyarakat Melayu sama?  Adakah situasi di mana kepentingan lapisan bertentangan?

Di kawasan saya, Sg Siput ada sebuah kampung bernama Kg.Temin.  Suatu skim TSK (Tanaman Semula Kelompok) telah berlangsung di kampong ini.  RISDA telah beri pada seorang kontraktor Melayu.  Sebahagian telah dilakukan.  Pokok lama telah ditebang tetapi pokok baru belum ditanam.  Dan sudah beberapa bulan sekarang. Apabila pekebun adu pada RISDA. RISDA cakap peruntukan telah dikeluarkan.

Suatu lagi kes adalah Perlop I di mana 43 peserta telah buat perjanjian dengan koperasi RISDA untuk tanaman semula dengan kelapa sawit.  Koperasi telah memakai tanah sebagai cagaran untuk buat pinjaman.  Sekarang sudah 10 tahun.  Langsung tiada kerja tanaman semula.  Cukai tanah juga tidak dibayar.  Duit pinjaman ke mana – berapakah jumlahnya?

Dalam kes-kes ini jelas bahawa kepentingan Melayu Marhean dijejas oleh aktiviti kontraktor Melayu yang cari untung besar tanpa melakukan kerja yang diwajib.  Bila berlakunya percanggahan antara dua golongan Melayu apakah pendirian Ahli Parlimen UMNO?  YB menyokong pihak mana – Melayu Marhean ataupun Kontraktor Melayu?  Marilah kita meninjau perhubungan antara kepentingan Melayu korporat dan kepentingan Melayu Marhean.

Kerajaan kita sedang menggalakkan Pelancongan Kesihatan.  Ini akan membawa untung besar pada GLC-GLC yang menguasai hospital swasta – Pantai, Sime D, KPJ, Petronas dan lain-lain akan mengaut untung besar.  Melayu korporat tentu rasa seronok apabila untung korporat mereka meningkat.  Tetapi Perkembangan business di Hosp swasta ekoran Health Tourism akan menceptakan penghijarahan keluar doktor pakar daripada Hospital kerajaan.  Kesihatan dan kebajikan Melayu Marhean yang bergantung pada hospital kerajaan untuk rawatan terjejas.

Jadi, dalam hal ini – pelancongan Kesihatan – kepentingan siapa dimajukan dan kepentingan siapa dipinggirkan?
Cukai GST adalah satu contoh lagi.  Adalah hasrat kerajaan untuk mengurangkan cukai terhadap korporat.  Dulu, dalam tahun 1988 cukai korporat adalah 40% daripada untung syarikat.  Sekarang telah turun ke 26%.  Tetapi kerajaan mahu turunkannya lagi – Singapura hanya ada cukai korporat sebanyak 19%.  Tetapi cukai korporat akan membebankan Melayu Marhean.  Kos hidup akan meningkat.
Justeru, apabila ada percanggahan antara kepenting Melayu Marhein dan kepentingan Melayu korporat, apakah pendirian Ahli Parlimen UMNO?

Isu-isu pokok untuk Melayu Marhein adalah

  • Ketiadaan tanah dan pengangguran di perengkat kampung.
  • Gaji rendah di kilang
  • Peruntukan bantuan seperti untuk tanaman semula yang di”hijack” oleh kontraktor
  • Penswastaan kemudahaan asas yang meningkatkan kos
  • Pendidikan tinggi yamg mahal tetapi tidak berkualiti
  • Kualiti rawatan yang sedang merosot di hospital kerajaan
Tetapi selepas YB Kuala Krau memohon pada kerajaan untuk jangan mengenepikan kepentingan orang Melayu, beliau terus pohon agar sasaran equity Melayu harus ditingkatkan ke 60% dan bukan 30%.  Saya keliru.  Bagaimanakah peningkatan ekuiti Melayu korporat akan membantu kawan-kawan saya di Kg.Termin?  Bagaimanakah Melayu Marhean akan dapat faedah daripada polisi seperti ini?
Saya rasa kita semua mesti lebih jelas dalam pemikiran dan analisa kita.  Adakah situasi di mana kepentingan Melayu Marhean berbeza ataupun bercanggah dengan kepentingan kategori lain di masyarakat Melayu?  Ini suatu persoalan pokok.

Jika ya, kategori mana yang harus disokong oleh Ahli-ahli Parlimen?  Melayu Marhean ataupun Melayu korporat?  Inilah persoalannya.

Dengan ini, saya pohon menyokong Usul yang dibawa oleh YB Kuala Krau. 

Terima kasih Yg Di Pertua.

*Teks perbahasan Jeyakumar selaku ahli parlimen Sungai Siput, dari Parti Sosialis Malaysia. 

Kekuatan MCA bergantung kepada sejauh mana ia menolak UMNO

Posted by RAKYAT MARHAEN
Ringkasnya, kemelut dalaman dan luaran MCA sebenarnya saling berkaitan, begitu juga dengan puncanya.  Kebergantungan kepada sumber kerajaan mengakibatkan MCA tidak berani untuk mencabar kuasa UMNO, termasuk peraturan pengagihan sumber.  Pemimpin MCA bukannya tidak menyedari masalah ini, cuma tidak terdaya untuk berbuat apa-apa.
Ong Ka Ting (bekas Presiden, gambar kiri) ketika menerajui tampuk pimpinan MCA telah mengehadkan tempoh untuk menyandang jawatan dalam parti.  Langkah ini bertujuan untuk memecahkan jawatan, sumber yang ada kepada unit yang lebih kecil, untuk mengatasi masalah keperluan melebihi sumber yang sedia ada.
Oleh yang demikian, Kempen Pembelajaran Sepanjang Hayat, program kebajikan, yang melimpah semasa zaman Ong Ka Ting tidak terlari daripada logik pengagihan sumber ini.  Oleh kerana Ong Ka Ting hanya menumpu kepada “pengurusan sumber”, dan tidak berani untuk respond kepada kuasa UMNO, maka retorik politiknya untuk menutup kelemahan diri telah ditolak oleh pengundi.  Lantaran itu, jawatan MCA berkurangan, mencetus perang perebutan sumber yang berlanjutan selama 18 bulan.
Ong Tee Keat telah menemui pasaran keperluannya, iaitu mencabar UMNO.  Maka beliau menggunakan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) untuk menonjolkan diri sebagai wira.  Namun, cara pengagihan sumbernya terlalu lemah.  Ia berakhir sebagai pemancung Chua Soi Lek dalam EGM, dan dirinya nyaris-nyaris dipancung.  Kegagalan Ong Tee Keat mententeramkan parti menjurus kepada kesudahan dirinya tersungkur dalam pemilihan semula parti.  Sama ada beliau mampu bertahan pada jawatan menterinya untuk memainkan peranan “menangkis serangan luar”, sebenarnya terpulang kepada perancangan Chua Soi Lek selanjutnya.
Cara pentadbiran Ong Tee Keat sungguhpun tidak cukup halus, tetapi imejnya yang lantang bersuara tetap mendahului pemimpin MCA lain, sama ada persepsi di kalangan Melayu atau bukan Melayu.
Chua Soi Lek pula terbeban dengan skandal seksnya.  Seandainya beliau gagal mempamerkan kemampuan yang setanding ketika pemilihan parti dalam hal  pengendalian hubungan antara MCA dengan UMNO, proses pendemokrasian negara dan sebagainya, maka pesaingnya akan menuduh bahawa beliau tunduk kepada UMNO kerana DVD seksnya.  Undi 39% yang diperolehinya akan menjadikannya Presiden yang tempang, dan pergelutan kuasa parti akan kembali setahun kemudian.
Sesetengah media menggelar Chua Soi Lek (gambar kiri) sebagai “come-back kid“, tetapi mungkinkah MCA menjadi “come-back kid” selepas tsunami politik PRU ke-12?  Ia bergantung sama ada MCA yang dipimpin Chua Soi Lek mampu menggarap imaginasi orang ramai, misalnya mengambil pendirian yang tegas dalam Model Ekonomi Baru, atau menjadi parti komponen BN pertama yang menyokong pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan.
Seandainya Chua Soi Lek sekadar versi “Ling Liong Sik yang lebih bijak” dalam persepsi ramai, dan jikalau pemilihan ditundakan sehingga selepas pilihan raya umum yang lain, maka kemungkinan besar perebutan kuasa kali ini bakal menjadi pergelutan parti yang terakhir.  Ini kerana tiada makna lagi untuk bertelagah di dalam MCA yang sudah terkubur dalam PRU ke-13. (Bahagian kedua, tamat)

Bahagian Pertama: MCA: Pergelutan kuasa yang terakhir? 

Kuli, boleh percaya kah?

Posted by RAKYAT MARHAEN
Baru-baru ini, arus keluar parti menderas di PKR, malah kepantasannya amat membeliakkan mata.  Untuk terus survive dalam alam politik di Malaysia, nampaknya politikus amat memerlukan “daya lompatan” yang kuat, bahkan menguasai “taktik bertukar wajah”.
Adalah sesuatu yang lumrah untuk ahli politik beralih landasan.  Pada akhir tahun 1940-an, penjajah Inggeris menangkap secara besar-besaran anggota Parti Orang Muslim in Malaya, kerana mengesaki terjalinnya hubungan antara parti tersebut dengan Parti Komunis Malaya.  Ramai anggota yang menyertai UMNO sebagai sayap Islam.  Sesetengah ulama kemudiannya membentuk pertubuhan baru, iaitu asalnya PAS pada hari ini.
Malah, pengasas UMNO Onn Jaafar juga menukar anutan politik dirinya beberapa kali.  Setelah saranannya untuk membuka pintu UMNO kepada bukan Melayu ditolak, beliau keluar dan menubuhkan parti berbilang kaum, iaitu Independence of Malaya Party (IMP).  Selepas tempoh dua tahun terabai, beliau menubuhkan Parti Negara, dengan laungan nasionalisme Melayu-nya.
Untuk parti yang berasaskan kaum Cina, MCA, Gerakan dan DAP menjadi pusat pengitaran semula ahli politik yang tersungkur di parti masing-masing.  Tiada segan silu dalam hal ini.
Anwar dan Mahathir
Keluar-masuk parti juga sesuatu yang lumrah di negara demokrasi yang lain.  Winston Churchill di Britain beralih dari Parti Konservatif ke Parti Liberal, kemudian menjadi “bebas”, dan akhirnya kembali kepada Parti Konservatif.  Setiap kali peralihannya berlandaskan prinsip, dan ia boleh dibuktikan.
Di Taiwan, setelah Lee Teng-hui dilucutkan keahlian Kuomintang-nya, beliau menyeberang ke kem yang memperjuangkan kemerdekaan Taiwan.  Tindakannya serasi dengan agenda politiknya, bukannya sesuatu yang terkejut buat orang ramai.
Di Malaysia, anjakan pendirian politik yang paling ketara adalah Anwar Ibrahim (gambar kiri).  Beliau pernah tampil sebagai pemuda yang berfahaman Islam dan Nasionalis Melayu yang radikal.  Setelah masuk UMNO pada tahun 1982, hujah dan dasarnya yang ektrem menjadikan Mahathir sekadar “lesser evil” di mata bukan Melayu.  Pada tahun 1990-an, Anwar mula menonjolkan diri sebagai pemimpin semua kaum yang “sederhana”.
Setelah dipecat dari jawatan dan partinya, Anwar yang digiling jentera negara telah merasai sendiri kezaliman sistem ini.  Bertitik tolak daripada itu, orang umum cenderung untuk mempercayai tekadnya melaungkan reformasi.
Secara perbandingan, Mahathir Mohamad walapun beberapa kali mendesak untuk ruang demokrasi dan kebebasan bersuara yang lebih luas setelah beliau bersara, namun tidak ramai yang melihatnya secara serius.  Ini kerana pemerintahan kuku besinya selama 22 tahun telah menyemai benih kepincangan sistem politik hari ini.  Beliau tidak dapat terelak daripada tanggungjawabnya.
Lebih-lebih lagi, sifat Mahathir yang utilitarian sebenarnya tidak asing untuk kita.  Setelah memperolehi semula kuasa, beliau akan menunjukkan belang ditaktornya.
Corner baring” Kuli
Baru-baru ini, pemimpin veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) menjadi tumpuan kerana peralihan pendirian politiknya.  Kuli membincangkan agenda reformasinya yang selari dengan pembangkang dan NGO dalam satu forum baru-baru ini.  Dalam isu royalti Kelantan, Kuli mencelikkan mata orang ramai dengan keberaniannya menongkah arus dalam UMNO.
Namun demikian, seandainya diteliti liku perjalanan politiknya, kita akan mendapati bahawa kenyataannya yang memperlihatkan keterbukaan ini, bermula selepas tsunami politik pada 8 Mac 2008.  Sebelum ini, walaupun ada kalanya Kuli (gambar kanan) mengutarakan pandangannya terhadap isu-isu awam tertentu, tetapi lebih kepada isu berasingan, tanpa memberi gambaran yang menyeluruh.
Ketika perpecahan UMNO pada tahun 1987, Kuli tampil ke depan untuk mencabar Mahathir.  Proses pergelutan ini sarat dengan agenda perkauman.  Pasukan B yang diketuai oleh Kuli kemudiannya menubuhkan Parti Semangat 46, meneruskan penentangannya terhadap sistem politik ketika itu dengan agenda “ketuanan Melayu”-nya.
Sungguhpun berhasil dalam PRU pada tahun 1990, namun kesinambungannya gagal dilanjutkan.  Pembangkang berpecah-belah.  Malah, Kuli menukarkan nama partinya kepada Parti Melayu Semangat 46 pada tahun 1994, untuk menambah bau perkaumannya.
Dalam satu artikelnya, Tunku Ensured Malay Predominance, Kuli menjelaskan bahawa beliau mencapai muafakat dengan Tunku Abdul Rahman, iaitu Semangat 46 harus kembali ke pangkuan UMNO setelah masanya tiba, untuk menjamin perpaduan orang Malayu, dan mengelakkan ahlinya beralih ke PAS atau PRM (Parti Rakyat Malaysia).
Akhirnya, pembangkang kecundang dalam PRU pada tahun 1995.  Kuli yang “bijak” telah mengumumkan pembubaran partinya setahun kemudian.  Pahlawan yang setia bersamanya seperti Rais Yatim dan Ahmad Shabery Cheek semuanya kembali ke UMNO.  Hanya Bekas Ketua Hakim Negara, Salleh Abbas (gambar kiri) yang menolak untuk bersekongkol dengan Mahathir Mohamad yang menjejaskan sistem kehakiman, memilih untuk menyertai PAS.
Kuli yang kembali semula ke pangkuan UMNO, terus survive dengan menyahut ideologi parti tersebut.  Ketika zaman reformasi memuncak, Mahathir mengumpan Parti Keadilan Nasional (PKR sekarang) untuk duduk semeja dengan “perpaduan Melayu”, namun ditolak oleh parti yang berbilang kaum itu.
Pada awal tahun 2001, sekumpulan konservatif UMNO, termasuk Allahyarham Ghafar Baba berhimpun di PWTC, menuduh Parti Keadilan Nasional sebagai pengkhianat Melayu, melaungkan perpaduan Melayu.  Kuli adalah antara pemimpin yang muncul di perhimpunan tersebut.
Kuli menunggu kesempatan
Imbasan babak sejarah ini membantu kita untuk memahami bahawa Kuli adalah produk sistem yang sedia ada.  Keadaannya jauh berbeza dengan Anwar yang muncul dari gerakan massa, kemudian memasuki sistem, dan akhirnya turun ke jalan raya semula – melalui keperitan sebagai mangsa penindasan kuasa politik dan kehakiman.  Adalah sesuatu yang tidak adil seandainya menyamakan kedua-dua mereka tanpa meneliti perbezaaannya.
Sememangnya, Kuli boleh mengalih anutan politiknya.  Sebagaimana yang diperkatakan Hishamudin Rais, Kuli adalah lambang kelas birokrat lama dan kelas feudal Melayu.  Bukankah ia terlalu “opportunist“, untuk seorang yang menganuti politik perkauman hampir sepanjang hayatnya, bertukar pendirian secara tiba-tiba selepas tsunami PRU ke-12?  Bukankah beliau harus dipantau dan diuji oleh khalayak ramai?
Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun Kuli terpinggir dalam UMNO, namun tekad politiknya tidak pernah goyah.  Beliau hanya menunggu kesempatan.  Misalnya pada Mac 2007, ketika kuasa dalam UMNO untuk menggulingkan Abdullah Ahmad Badawi disatukan, Kuli menghadiri satu forum bersama Mahathir Mohamad untuk mempertahankan warisan politik Abdul Razak, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.  Bukankah ia berlaku hanya setahun sebelum tsunami politik?
Anwar Ibrahim kini terjerat dengan pelbagai kes mahkamah dan berdepan dengan kemungkinan untuk dipenjarakan semula.  Sungguhpun Zaid Ibrahim adalah pemimpin Melayu yang unggul, namun pengalamannya agak cetek, lantas berdepan dengan rintangan dalam parti.
Sebaliknya, seandainya Kuli tampil untuk memimpin Pakatan Rakyat, dengan latar belakangnya yang tersohor, malah masak dengan percaturan politik Melayu, Kuli boleh meleraikan perbezaan dalam parti, dan menangkis serangan UMNO.  Keadaan ini akan meredakan ketakutan masyarakat Melayu seandainya berlaku peralihan kuasa.
Meskipun PR gagal memerintah dalam PRU yang akan datang, seandainya Kuli tampil untuk menerajui tampuk, ia mungkin memberi nafas kepada PR.  Jikalau “keterbukaannya secara tiba-tiba”, dan kenyataannya “we will cross that bridge when we come to it” dibaca dalam konteks ini, maka segala-galanya menjadi terang.
“Keterbukaan secara tiba-tiba”
Seandainya Kuli boleh menyumbang untuk menggulingkan UMNO yang korup, ia sememangnya sesuatu yang baik.  Malah, penilaian sejarah juga akan berlaku adil kepadanya.  Namun, apakah tekad reformasinya boleh bertahan ketika diuji?  Sekiranya beliau “beralih” semata-mata untuk menyandang jawatan Perdana Menteri, apakah jaminannya untuk tidak kembali ke pangkuan UMNO kerana pertimbangan politik?  Parti komponen PR perlu merenung persoalan ini.
Melihat kepada politik yang penuh dengan dugaan, kita perlu lebih cermat ketika berdepan dengan keterbukaan secara tiba-tiba oleh sesetengah tokoh awam.  Raja Muda Perak, Raja Nazrin (gambar kiri) juga pernah membuat kenyataan yang “mencelikkan mata”, malah meraih pujian elit dan Majlis Peguam.  Namun, kredibiliti Raja Nazrin menjunam dalam masyarakat dan dipertikai setelah rampasan kuasa kerajaan negeri Perak yang berlaku pada Februari 2009.
Sememangnya kita mengalu-alukan agenda reformasi Kuli.  Namun kita perlu memantau sama ada cakap itu serupa bikin.  Meragui ahli politik bermakna bermurah hati untuk diri kita.  Jangan pula kita terlebih puji sehingga diri kita dilihat keji.

*Josh Hong adalah penganalisa politik dan kolumnis MerdekaReview

Najib vs Muhyiddin – ‘proxies’ clash in Sabah

Posted by RAKYAT MARHAEN

By FMT Staff
KOTA KINABALU: A recent heated exchange between two top Sabah leaders is being viewed as a proxy fight between Prime Minister Najib Abdul Razak and his deputy Muhyiddin Yassin.
In the table-thumping incident, Sabah Chief Minister Musa Aman and Rural and Regional Development Minister Shafie Apdal had reportedly locked horns right under Muhyiddin’s nose.
Shafie, the MP from Sabah’s east coast district of Semporna, is Sabah’s first Umno vice-president and is seen as a blue-eyed boy of the prime minister.
Lately, local Umno circles have been spreading the word that Musa, who has been able to keep his influence as the state Umno liason chief, could be moved to the national capital in the next general election.
When Muhyiddin made an official three-day visit two weeks ago on the heels of Malacca Chief Minister Mohd Ali Rustam’s trip to Sabah, he had officiated a meeting of Umno leaders.
Verbal tiff linked to allocations
According to Umno leaders present at the closed-door meeting, a discussion on federal government allocations for rural development sparked off the heated argument between Musa and Shafie.
Those present claimed that Musa had insisted that all federal allocations channelled through Shafie’s ministry this year, should go through the state government.
They said Shafie however stood firm that federal allocations should be managed by his ministry as the state government had its own allocations for rural development.
The standoff, they said, led to Musa and Shafie banging the table to emphasise their points with Muhyiddin paying more attention to Musa’s argument.
This set Umno tongues wagging that the deputy prime minister was supporting Musa against Shafie, who is said to be in line for the chief minister’s post.
The feud between Musa and Shafie over Sabah Umno divisions is a well known story in local political circles.
During the last Umno division elections two years ago, Musa’s supporters openly backed candidates who contested against leaders linked to Shafie.
The latest incident between the chief minister and the Umno vice-president has taken a different turn and is now being interpreted as a proxy fight between the premier and his deputy in preparation for next year’s Umno elections.
The Musa-Shafie feud is seen by some observers as a tussle for the control of money flowing from Kuala Lumpur to strengthen their hold in Umno divisions in Sabah through the allocation of projects.
Musa is seen as the richest Umno leader in Sabah with his hold on the state coffers, timber concessions and state projects, while Shafie has been trying to gain ground with the latest allocations for rural development in Sabah.
Sabah, with the second largest number of delegates in the country to the Umno assembly, could well provide a turning point for the national leadership.
Axis being formed?
For quite some time now Musa, who has been chief minister for over five years, has been strengthening his grip on the party.
Some Umno members have been complaining that they are not receiving a fair share of state allocations through Musa as they are identified as supporters of his rival.
They described Musa as a shrewd businessman-politician and Shafie cannot not match him when it comes to using projects and money to keep power.
So when news of the table-thumping incident leaked, rumours begin to circulate that Musa was on his way out.
The talk in Sabah political circles is that Muhyiddin, Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi and Higher Education Minister Khalid Nordin are forming an axis to test the political waters against the camp of Najib and his cousin Home Minister Hishammuddin Tun Hussein.
Since Umno’s entry into Sabah in 1990, the party’s delegates have played a role as to how proxy fights at the national level could turn.
When former premier Dr Mahathir Mohamad backed the late Ghafar Baba for the Umno deputy presidency, 14 Umno divisions led by Shafie’s uncle Sakaran Dandai turned the tables on him.
They sent a memorandum supporting Anwar Ibrahim forcing Mahathir to drop his support for Ghafar.
 

RPK larikan diri melalui Langkawi?..ha..ha…ha…hi.hi…ada macam tue ka….!!!

Posted by RAKYAT MARHAEN

(Utusan Malaysia) – Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin yang diburu pihak berkuasa dikatakan meninggalkan negara ini ke Thailand secara haram melalui Langkawi.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim mendedahkan maklumat itu diperoleh daripada salinan rekod penghantaran e-mel avenger malaysia ( avenger.malaysia@gmail.comavenger.malaysia@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ) dipercayai milik Raja Petra yang diterimanya.
Zamil mendakwa, dalam e-mel kepada seorang wartawan di The Doha Centre For Press Freedom bertarikh 28 Mac 2009, Raja Petra memberitahu beliau dan isteri, Marina Lee berlepas ke Kedah pada waktu tengah malam sebelum menaiki bot ke Langkawi dari sebuah jeti yang lengang.
Dakwanya, apabila matahari terbit Raja Petra memberitahu beliau dan Marina meneruskan perjalanan ke Thailand selama beberapa jam dengan enjin bot mati tiga kali sebelum tiba di Phuket.
“Raja Petra berkata mereka berdua berada di Phuket selama sebulan untuk menguruskan pasport dan dengan duit yang dihantar pihak wartawan itu, dia membeli dua tiket ke Manchester dan tiba pada 24 Mac.
“Dia juga memberitahu telah meninggalkan Thailand dan memasuki United Kingdom (UK) secara sah namun tetap dikira meninggalkan Malaysia secara haram,” katanya dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Pada 16 Mac lalu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari dalam sidang akhbarnya mendedahkan penggunaan akaun e-mel avenger.malaysia@gmail.comavenger.malaysia@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it oleh Raja Petra untuk berhubung dengan pihak lain.
Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada 30 Disember lalu mengesahkan Raja Petra yang menjadi buruan berada di London.
Sementara itu, Zamil berkata, dakwaan Raja Petra dalam e-mel itu menimbulkan tanda tanya kerana ia membabitkan penggunaan dokumen perjalanan yang lain dari pasport Malaysia.
Sehubungan itu, beliau berharap pihak polis menyiasat bagaimana Raja Petra begitu mudah dapat menyelinap keluar.
Lagipun, tegasnya, apa jua perkara mengenai dokumen perjalanan berkait rapat dengan soal keselamatan negara dan ia perlu diberi perhatian serius.
“Apa yang saya faham hanya pihak Konsul Kehormat Diraja Thailand di Langkawi, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang boleh keluarkan dokumen perjalanan membabitkan pasport Malaysia dan Thailand.
“Jadi kita tertanya-tanyalah sebab tak mungkin Shazryl dengan kedudukannya yang tinggi sanggup bersekongkol dalam hal ini, jadi siapakah sebenarnya membantu Raja Petra mendapatkan dokumen perjalanan sah dari Thailand,” katanya.
Sementara itu, Shazryl Eskay ketika dihubungi hari ini menafikan beliau membantu Raja Petra Kamarudin meloloskan diri dari negara ini melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam dekat sini.
Katanya, beliau tidak pernah berjumpa, mengenali atau bercakap dengan pengendali laman web Malaysia Today itu apatah lagi membantunya meloloskan diri melalui sempadan Malaysia-Thailand itu.
“Demi Allah saya tidak kenal dia. Saya menafikan dengan tegas (membantu Raja Petra),” katanya.

Rakyat perlu berani tamatkan amalan korup Umno/BN

Posted by RAKYAT MARHAEN

TEMERLOH, 31 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, rakyat perlu berani bertindak menamatkan amalan korupsi yang dilakukan pemimpin Umno/BN sehingga menyebabkan negara berada dalam kehancuran.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menyeru ahli PAS berusaha memberikan kefahaman kepada rakyat terhadap isu yang berlaku dan mendidik rakyat agar berani membuat perubahan pada pilihan raya umum yang akan datang bagi menamatkan amalan korupsi itu dan menyelamatkan negara daripada terus berada dalam kehancuran.
Ingatan itu terkandung dalam perutusannya yang ditujukan kepada seluruh ahli PAS bagi menghadapi mesyuarat agung di peringkat kawasan seluruh negeri khasnya dan negara amnya.
Katanya, adalah perkara yang amat malang bagi rakyat di negara ini jika pemimpin Umno yang terkenal dengan amalan korup terus dibiarkan menguasai pemerintahan negara.
Justeru, katanya perubahan rakyat adalah suatu tuntutan.
 “Mesyuarat agung tahunan pada tahun ini perlu dijadikan medan untuk menilai pencapaian gerak kerja parti untuk memperkukuhkan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
“Justeru, kepimpinan dan semua petugas parti wajar memastikan agenda menambah ahli dan pengundi baru, penubuhan cawangan di seberapa banyak lokaliti, persediaan kewangan yang mapan, penebaran mesej parti kepada segenap segmen masyarakat dan pengukuhan tarbiah terus menerus menjadi keutamaan,” katanya.
Tambahnya, adalah terlalu penting bagi ahli PAS menumpukan usaha bagaimana untuk menguasai suasana politik melalui berbagai agenda yang dirancang bertujuan menarik penyertaan rakyat untuk menyertai PAS dan menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum akan datang.
“PRU 13 dipercayai medan terbaik bagi PAS bersama PR untuk mengajak rakyat melakukan perubahan demi menyelamatkan negara ini daripada kehancuran akibat pemerintahan korup BN. Kefahaman dan keberanian rakyat untuk berubah mesti digembleng mulai sekarang sehingga ke saat hari mengundi akan datang,” katanya
Sementara itu, pada persidangan Dewan Rakyat yang sedang berjalan sekarang terus dikejutkan dengan berberapa isu besar yang melanda negara termasuklah kehilangan RM52 bilion ekuiti saham Bumiputera sebagaimana dibangkitkan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan kerugian RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia yang ditimbulkan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

Muhyiddin: Saya Melayu, tak erti bukan rakyat M’sia

Posted by RAKYAT MARHAEN

“Saya adalah Melayu terlebih dahulu tetapi tidak bermakna sebagai Melayu saya bukan rakyat Malaysia,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata demikian sebagai reaksi kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang mencabarnya untuk menyatakan sama ada dia adalah Melayu atau rakyat Malaysia terlebih dahulu.

“Dia tak faham erti apa itu Persekutuan Malaysia,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, tengah hari tadi.

“Mana boleh saya kata saya rakyat Malaysia terlebih dahulu dan Melayu di tempat kedua? Semua orang Melayu akan bidas saya…dan ini tak betul,” katanya.

Salahuddin bertegas mahu Najib jelaskan `wang ehsan’

Posted by RAKYAT MARHAEN

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) bertegas mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan berhubung penggunaan istilah ‘wang ehsan’ yang didakwa mengelirukan dewan.
Beliau sebelum ini mendedahkan dokumen dan fakta berkaitan pembayaran royalti kepada Dewan Rakyat dan mendakwa perdana menteri itu telah mengelirukan Dewan Rakyat dalam jawapannya 4 November tahun lalu.
Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS sebelum ini memberikan tempoh tujuh hari kepada Najib dan kedudukan itu dijelaskan oleh Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat hari ini.
Wan Junaidi dalam penjelasannya memberitahu, Najib mempunyai pilihan sama ada untuk memberi penjelasan atau tidak berhubung perkara yang dibangkitkan Salahuddin itu.
Menurutnya, Salahuddin sewaktu membangkitkan perkara itu sebelum ini tidak meminta Najib untuk datang memberi penjelasan.
Bangun selepas itu, Salahuddin berkata rekod hansard parlimen menunjukkan beliau menyatakan memberi peluang kepada Najib untuk membuat penjelasan dalam masa tujuh hari.
“Datuk (Yang Dipertua), dalam hansard saya, saya ada menyebut saya memberikan peluang kepada Perdana Menteri selama 7 hari untuk membuat penjelasan di dewan yang mulia ini, itu ada dalam hansard saya,” tegasnya.
Beliau juga mengambil contoh penjelasan tentang APCO yang dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah diberi tempoh seminggu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz.
“Kalau saya berikan tempoh seminggu, apa salahnya Perdana Menteri datang ke parlimen menjelaskan apa maksud wang ehsan, apa maksud wang royalti supaya diberikan keadilan dan ruang yang sama (seperti Anwar) untuk memberikan penjelasan,” katanya.
Terdahulu dewan dihangatkan dengan pertikaian isu Datuk Abd Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) pada 24 Mac lalu yang dibenar bangun di bawah peraturan mesyuarat 37(1)(a) yang kemudiannya pula dicelah Menteri di JPM.
Menteri ketika itu mencelah dengan memberi tempoh seminggu kepada Anwar membuat penjelasan isu APCO, dan jika gagal, Anwar dicadang dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.
Anwar ketika membangkitkan perkara itu hari ini berkata, tindakan tersebut telah melanggari peraturan mesyuarat kerana menteri telah membuat cadangan berdasarkan peraturan yang salah.
Timbalan Speaker bagaimanapun menjelaskan pelanggaran peraturan mesyuarat yang berlaku adalah tidak begitu serius.
Dan jika ahli-ahli parlimen masih tidak berpuas hati, jelasnya, mereka boleh mengemukakan usul di bawah perkara 43 peraturan mesyuarat.

Pakatan: Halau Apco keluar dari Malaysia

Posted by RAKYAT MARHAEN

Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang menuntut syarikat perunding perhubungan awam antarabangsa Apco Worldwide yang didakwa ada kaitan dengan Israel dihalau keluar dari negara ini pada kadar segera.

Setiausaha Pemuda PKR Syed Mikael Rizal Aidid menggesa polis agar segera menjalankan siasatan berhubung dakwaan bahawa kempen 1Malaysia dikaitkan dengan Apco dan rejim Israel.

Menurut beliau rakyat negara ini amat prihatin dengan pendedahan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, semalam.

Anwar mengemukakan dua dokumen semalam bagi membuktikan hubungan berkenaan – satu daripada perjanjian ditandatangani antara Apco dan kerajaan Malaysia yang disaksikan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad.

“Kita amat bimbang dengan keselamatan negara ini kerana seorang daripada penasihat Apco ialah Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatandan perlindungan Agensi Keselamatan Israel,” kata Syed Mikael.Beliau sebelum

itu membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Jalan Patani di Pulau Pinang.

“Bergerbest-Eilon dengan jelas terbabit dengan agenda penyembelihan dan pembunuhan masyarakat Islam di Palestin.

“Apco mempunyai agenda yang disokong oleh beberapa individu yang berpengaruh…yang condong kepada rejim Zionist-Israel.”

Nizar: Ganesan cabul Perintah Tetap Dewan

Posted by RAKYAT MARHAEN

Ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat bertindak meninggalkan dewan setelah speaker R Ganesan berulang-kali menolak permohonan mereka bagi menimbulkan peraturan dewan.

Pada sidang media kemudiannya, menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (PAS – Pasir Panjang) berkata tindakan Ganesan tidak menghormati peraturan dewan.

“Kita bertalu-talu minta supaya Perintah Tetap dihormati. Tetapi kita lihat ia dilacur dan diliwat oleh Ganesan dan Umno-Barisan Nasional,” kata Nizar.

“Perintah Tetap bukan sahaja diabaikan tetapi tidak digunakan sebagai panduan untuk perjalanan dewan,” tambah beliau.

Menurut

Nizar, wakil rakyat Pakatan dinafikan hak mereka sebahgai ahli dewan undangan negeri.

Pada sidang pagi ini, Nga Kor Ming (DAP – Setiawan) cuba membangkitkan Peraturan 3, 4 dan 6 bagi mencabar kesahihan Ganesan sebagai speaker.

Kata Nga, Peraturan Tetap mensyaratkan bahawa pelantikan speaker baru hanya boleh dibuat jika berlaku keksongan dan ia mesti dijalankan menerusi pengundian.

Bagaimanapun

sebelum Nga boleh menghabiskan bacaannya mengenai Peraturan Tetap, Ganesan mencelah dan mendakwa pelantikannya pada 7 Mei tahun lalu adalah sah. Dia kemudiannya mengarahkan Nga supaya duduk.

Ganesan kemudian bertindak menutup mikrofon Nga dan meneruskan sidang dengan sessi soal-jawap.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata tindakanpembangkang yang menimbulkan kekecohan serta bertindak keluar beramai-ramai itu seperti sudah dirancang dari awal.

“Ini boleh dilihat daripada tindakan sebahagian besar mereka yang berpakaian serba hitam dan membawa poster dalam dewan. Pembangkang cuba jadikan DUN sebagai kandang dan tempat demonstrasi,” katanya pada sidang media berasingan.

Pada sidang pagi tadi, adun Rungkum, Datuk Shaarani Mohamad mencadangkan kepada dewan agar memohon kepada Sultan Perak bagi menarik semula gelaran ‘Datuk Seri’ yang diberikan kepada Nizar dan ‘Datuk’ kepada Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan).

MEB saduran AEM

Posted by RAKYAT MARHAEN

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Majlis Pakatan Rakyat tengah hari tadi mendakwa Model Ekonomi Baru (MEB) menyadur semangat Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memuatkan prinsip-prinsip utama AEM dalam ucapannya, semalam.
“Seolah-olah prinsip utama yang diwar-warkan itu disadur dari AEM (apabila) Perdana Menteri bercakap mengenai keperluan mencapai pendapatan tinggi, membina ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, peralihan bantuan berasaskan keperluan tanpa mengira kaum,” jelas beliau di Parlimen.
Jelas Anwar, kesemua prinsip tersebut telahpun diperjuangkan Pakatan Rakyat sejak 2006 lagi, dan kemudiannya menjadi manifesto bersama-sama PKR, DAP dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) yang lalu.

Pun begitu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan I turut dilihat gagal menjelaskan mekanisme lanjutan untuk mencapai kelapan-lapan inti utama MEB.

Bagi Pakatan Rakyat, katanya kerajaan seharusnya menyentuh kaedah-kaedah kerajaan menangani isu rasuah, ketirisan, pembaziran, ketidakbebasan mahkamah, polis dan PDRM tidak profesional sebelum memperkenalkan MEB.

Dengan tidak menyentuh beberapa mekanisme tersebut, menurut beliau, mengakibatkan ekonomi negara terus dilihat tidak menentu oleh para pelabur luar.

Akibatnya, menurut Anwar, dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangkakan akan disalahgunakan oleh kroni-kroni tertentu melalui aktiviti pengkorporatan badan tersebut kelak.

“Pengkorporatan akan dilakukan di mana (dana) KWSP akan dipinda pada satu badan tertentu sedangkan tanpa reformasi menyeluruh, bahaya pada (aktiviti) penswastaan,” jelasnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kemudiannya berkata, tindakan Najib mengumumkan MEB di luar Parlimen seolah-olah tidak mencerminkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Pengumuman Najib itu bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan kerana pengumuman tersebut dibuat di luar Dewan Rakyat,” jelasnya.

Senada dengan Abdul Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan Najib itu seperti menghina kemuliaan Dewan Rakyat.

Ini kerana, menurut beliau, Najib sanggup pergi mengumumkan MEB di luar Parlimen, sedangkan beliau berpeluang membentangkan di Dewan Rakyat sekarang.

Dalam perkembangan yang lain, Majlis Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa PKR direstui untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kelak.

Turut menyertai Anwar, Lim dan Abdul Hadi di Pejabat Ketua Pembangkang adalah Dr. Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR), Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS), Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) dan beberapa pemimpin tertinggi komponen PR.

Anwar dakwa MEB ‘cedok’ agenda ekonomi Pakatan

Posted by RAKYAT MARHAEN

Pakatan Rakyat mempertikaikan tindakan kerajaan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) semalam, yang didakwa ‘mencedok’ kandungan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan.

Ia juga didakwa diumumkan dengan membelakangkan kepentingan parlimen, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, Pakatan telah mengenalpasti beberapa kandungan utama dalam MEB yang mempunyai persamaan dengan AEM.

Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum.

Lim Kit Siang pula berkata kerajaan sepatutnya membentangkan dasar tersebut di parlimen terlebih dahulu sebelum diumumkan.

Tambahnya, kerajaan juga perlu mendapatkan pandangan wakil rakyat melalui penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk meneliti dasar berkenaan, sebelum ianya diumumkan kepada rakyat.

“Ini menunjukkan kerajaan tidak serius dengan kedudukan parlimen dan pengasingan kuasa,” katanya.

Pandangan ini dipersetujui presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendirian bahawa tindakan tersebut bercanggah dengan slogan “rakyat didahulukan” yang dicanang oleh kerajaan. 

MP Bebas Sabotaj UMNO/BN?

Posted by RAKYAT MARHAEN
Oleh: Mohd Rashidi Hasan
SEJAK dua minggu ini, ramai orang menganggap Parlimen Malaysia macam ‘pasar ikan’. Tidak kurang yang mengatakan ianya macam sarkas. Puncanya kerana Ahli-Ahli Parlimen bertelagah, bertempik dan melepaskan kemarahan sehingga menyebabkan Dewan Rakyat riuh rendah.

Sejak Dewan Rakyat memulakan persidangannya 15 Mac lepas, ia menjadi medan tuduh menuduh, fitnah memfitnah dan medan melepaskan kemarahan serta geram sesetengah ahli parlimen terhadap satu sama lain.

Kekecohan bermula akibat usaha Umno-Barisan Nasional untuk mempergunakan empat Ahli Parlimen (MP) Bebas, seorang dipecat, manakala tiga lagi bertindak keluar dari KeADILan, yang ‘digunakan’ sebagai alat untuk menyerang Pakatan Rakyat, khususnya Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim menemui jalan buntu, akibat ditentang hebat MP Pakatan Rakyat.

Pada awalnya Umno-BN seakan-akan berpesta. Dengan bantuan media talibarut, Umno-BN menghighlightkan ucapan Dato’ Zahrain Hashim (Bebas-Bayan Baru), Dato’ Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baharu) untuk memusnahkan kredibiliti Anwar dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.

Usaha-usaha jahat Umno-BN ini seolah-olahnya didalangi pihak tertentu di Parlimen. Mereka mengatur wakil Bebas ini berucap sebaik sahaja pemimpin utama Pakatan Rakyat selesai berucap, walhal Bebas bukannya sebuah parti atau institusi yang penting dalam negara.

Mereka mengatur Zahrain berucap selepas Anwar. Mengatur Ibrahim berucap selepas Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan mengatur Zulkifli berucap selepas Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang).

Tindakan pihak tertentu di Parlimen menyusun atur perbahasan sedemikian rupa dibantah keras Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Untuk apa mereka mengutamakan wakil Bebas? Tidak lain tidak bukan semata-mata untuk dipergunakan bagi melanyak Pakatan Rakyat.

Umno-BN amat mengetahui, jika wakil mereka yang berucap menghentam Pakatan Rakyat, nescaya mereka modal mereka tidak akan laku.

Sebab itu mereka gunakan wakil bebas yang mengkhianati perjuangan Pakatan Rakyat, untuk menjatuhkan maruah serta kredibiliti pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Maka sama ada secara sedar atau berkepentingan, Zahrain digunakan untuk melanyak Anwar habis-habisan dengan dakwaan Ketua Umum KeADILan itu mahu menjatuhkan kerajaan pada 16 September 2008, menggunakan nama Yang di Pertuan Agong serta Panglima Angkatan Tentera.

Malah Zahrain turut menamakan lapan orang Ahli Parlimen BN dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang didakwanya ‘berunding’ dengan Anwar untuk lompat ke Pakatan Rakyat. Terbaru beliau mendakwa ada 40 orang MP BN yang hendak lompat.,

Media talibarut dipergunakan sehebat-hebatnya untuk ‘menelanjangkan’ Anwar. Zahrain ditabal dengan hebatnya sebagai superhero oleh Umno-BN.

Segala polis dan SPRM heboh dikerah untuk menyiasat Anwar. Pergilah siasat kalau ada bukti. Bukan sahaja siasat Anwar, siasat sama Yang di Pertuan Agong, adakah baginda ada memberi perkenan kepada Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru. Siasatlah Panglima Angkatan Tentera, adalah beliau berunding dengan Anwar.

Tetapi amat malang bagi Zahrain apabila ke semua mereka yang dituduh berunding dengan Anwar itu menafikan pembabitan mereka dengan Anwar.

Malah rakan baiknya Tan Tee Beng (Bebas-Nibong Tebal) ketika ditemuramah Astro, ketika ditanya sama ada benar atau tidak dakwaan Zahrain, dari raut muka beliau jelas tidak pasti, malah yang dijawabnya mungkin benar.

Lebih malang buat Zahrain, apabila beliau dituduh pembohong oleh Dato’ Seri Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan). Selain menggesa Zahrain meminta maaf dan menarik balik dakwaannya, Ghafur mendakwa Zahrain sudah ‘buncit dan penuh poket’.

Zahrain sebenarnya, mahu diguna untuk memerangkap Anwar dan Pakatan Rakyat. Sebaliknya dari satu sudut yang lain, Zahrain ‘tersilap’ dengan memberitahu Pengerusi BN, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, bahawa ada 40 orang MP yang bila-bila masa akan mengkhianati BN!

Ha! Ha! Ha! Hilai tawa Abdullah Sani (KeADILan-Kuala Langat) memecah dewan. Amukan Zahrain tersilap langkah, bukan sahaja gagal mengganggu gugat Pakatan Rakyat, malah berjaya memecahbelahkan Umno-BN sehingga menimbulkan prasangka buruk sesama mereka sendiri.

Mana tidaknya, lapan orang MP yang dinamakan hendak ‘cross’ ke Pakatan Rakyat, jenuh menapis pertanyaan dan dakwaan dari parti dan pengundi mereka sendiri. Kredibiliti Zahrain sudah dimusnahkan oleh orang Umno-BN sendiri.

Begitu juga dengan Ibrahim Ali. Beliau yang menerajui Perkasa, kononnya memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu, menunjukkan sikap yang amat hodoh di Parlimen.

Beberapa kali beliau melepaskan kemarahan dengan cara yang tidak bersopan. Sebelum ini segala perkataan buruk terkeluar dari mulutnya, memaki hamun MP Pakatan Rakyat, kali ini beliau berdengus dengan nada yang amat marah dan menghempaskan kertas di Parlimen.

Kehodohan sifat beliau bertentangan dengan nilai-nilai murni yang ada pada Islam dan Melayu yang hendak dijuarainya. Malah Ibrahim makin tersepit dengan dakwaan beliau ada kaitan dengan syarikat judi sebagaimana yang didedah oleh Saifuddin Nasution Ismail (KeADILan-Machang).

Walaupun Ibrahim boleh memperbetulkan dakwaan terhadap beliau, namun di atas kedangkalan sikapnya di Parlimen, segala usaha untuk menghentam dan melanyak Anwar dan Pakatan Rakyat, terus menemui jalan buntu.

Usaha Umno-BN untuk mempergunakan Zulkifli turut menemui jalan buntu. Seawal ucapannya Zulkifli diganggu dengan kesilapannya sendiri. Beliau mengaitkan ramai MP. Termasuk Wee Choo Keong (KeADILan-Wangsa Maju).

Wee bangun mencelah ucapannya, membantah namanya dikaitkan oleh Zulkifli. Begitu juga dengan Zahrain, usahanya untuk mencelah ucapan Zulkifli, bagi menegakkan dakwaan hodohnya, tidak dilayan rakan Bebasnya sendiri.

Malah ucapan Zulkifli terganggu dengan pertikaman lidah Ibrahim dengan Saifuddin, sehingga Speaker terpaksa mendamaikan mereka.

Dalam ucapannya Zulkifli mendedahkan sifat ‘ularnya’. Beliau cuba untuk membela Anwar dalam kes liwatnya dan cuba memuji Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat.

Tetapi beliau lebih banyak ‘mengampu’ Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam isu pembunuhan Altantuya, yang didakwanya ada usaha untuk mengupahnya untuk menfitnah PM dan isteri.

Lebih jelik lagi apabila Zulkifli cuba mengampu Menteri Di JPM yang menjaga Parlimen iaitu, Dato’ Seri Mohd Nazri Aziz dalam isu dakwaan terbabit pembunuhan membabitkan anak Nazri.

“Eloklah Umno-BN, Najib, Nazri, polis, SPRM semua percaya cakap dia. Saya yakin habis semua kena ‘kelentong’.

“Siasatlah dia (Zulkifli Noordin), dah tentu satu bukti pun mereka tak akan jumpa,” kata seorang peguam yang juga bekas sahabat karib pengkhianat itu, kepada penulis.

“Tidak mengapa, lepas ini ramai orang akan keluarkan ceramah beliau yang memaki hamun Najib dan Rosmah, kita bandingkan dengan ucapan dia di Parlimen, kita bongkar pembohongannya,” kata rakan facebook Rouslan.

Baru-baru ini ketika penulis berkunjung ke rumah saudara di Kulim, penulis berjumpa ramai orang-orang PAS, mereka memang menggelar beliau sebagai YB, tetapi bukan Yang Berhormat, tetapi Yang Bohong!

Apa maksud mereka, penulis tidak berapa pasti. Namun, sudah banyak orang yang ‘terkena’ dengan pengkhianat spesies lidah bercabang ini.

Biarlah Allah buktikan siapa yang benar, siapa yang bohong. Selepas puas memanipulasi Pakatan Rakyat, biarlah spesies’ badut katak dan sesumpah’ ini, ‘menjual Umno-BN’ pula.

Badut-badut ini sebenarnya sudah tersilap langkah. Langkah mereka sumbang semuanya. Selepas mereka keluar dari Pakatan Rakyat, tiada lagi MP yang mahu menyusul mereka, kerana takut ‘dimakan sumpah’.

Segala kata-kata badut-badut ini, memakan diri sendiri. Bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat tidak mempercayai mereka, malah orang-orang Umno pun meluat dengan mereka.

Jelas, badut-badut ini hanyalah pencacai yang digunakan buat sementara sahaja. Nasib mereka ini umpama lintah yang diberi makan darah ikan keli banyak-banyak sampai gemuk. Selepas kenyang, mereka ‘dimatikan’.

Kepada Umno-BN, penulis ucapkan good luck!

 

Ini Sultan Negeri Mana Pulak…?

Posted by RAKYAT MARHAEN

Labels: ,

 

Gua buka buku sejarah Tanah Melayu mencari salasilah Sultan ni, tak jumpa…
Menurut sahibul hikayat, Sultan ini lebih berkuasa dari mana2 sultan/raja yang ada di Malaysia, taraf dia lebih tinggi beb… hingga mendapat gelaran MahaSultan, sikiiitttt… jer.. lagi nak capai tahap MahaRaja…
Banyak lagi bukti kerakusan sewaktu Sultan tu memerintah kat sini.


 

Malaysia diperintah oleh PM yang bongok?

Posted by RAKYAT MARHAEN

Labels: ,

Malaysiakini hari ini melaporkan berita bertajuk “Apco terus nafi bekerja dengan rejim Israel“. Memang jenis tak boleh dipercayai. Malaysian Insider hari ini pula melaporkan berita bertajuk “Apco did work for Israel in the 90s” (lihat juga Suara Keadilan 31/3/10 “Apco bekerja untuk Israel pada 1990-an“).

Antara lain MI melaporkan:

Apco’s denial that it ever did any work for the Israeli government has proven untrue as a Straits Times report revealed that filings with the US Justice Department show otherwise.

The international public relations firm “entered into an agreement in 1992 to provide services for the Jewish state.

Bukan sekali firma yang didominasi Zionis itu mendakwa sedemikian. Lihat apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini:

Perunding komunikasi antarabangsa Apco Worldwide mengulangi kenyataan awalnya bahawa ia tidak bekerja dengan rejim Israel atau membantu mencipta konsep 1Malaysia sebagaimana didakwa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Teringat kata-kata Mat Salon:

Once a liar, always a liar.

Persoalanya, bolehkah ditolak kemungkinan bahawa pihak yang suka berbohong akan memberikan maklumat bohong juga kepada mereka yang mengambil khidmatnya? Dan, jika pihak yang menerima khidmat itu membayar berpuluh-puluh juta ringgit, adakah ia membayar berpuluh-puluh juta ringgit untuk menerima pembohongan demi pembohongan?

Apco juga mengulangi bahawa ia tidak membantu mencipta konsep 1Malaysia. Bagi saya, perkara itu sudah tidak relevan lagi kerana apa yang didedahkan di Dewan Rakyat semalam jauh lebih buruk dari semata-mata soal siapa yang membantu mencipta konsep 1Malaysia.

Saya juga mendengar ada usaha untuk menyalahkan kambing hitam. Pihak yang memperkenalkan Apco kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hendak dipersalahkan. Pendedahan dalam Dewan Rakyat mendakwa pihak itu ialah “Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi firma perunding Ethos Consultancy”.

Persoalannya, jika benar perkara itu dicadangkan oleh pihak tersebut, awat yang Perdana Menteri kelihatan bodoh dan bongok sangat menerima cadangan tersebut?

Adakah Malaysia diperintah oleh Perdana Menteri yang bodoh dan bongok?

Berkaitan:
Pendedahan: Dokumen Perjanjian Apco-Umno (Abdul Rahman Abdul Talib 31/3/10)

 

%d bloggers like this: