Malaysia Mungkin Dipaksa Dedah Butiran Beli Scorpene

Dari Malaysiakini
Oleh Susan Loone

Malaysia boleh dipaksa mendedahkan maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan dakwaan kes rasuah membabitkan penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat Perancis, DCN.

Joseph Brehem , salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan ‘waran geledah antarabangsa’ supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.

Brehem, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar – syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak – supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan baagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja “pentadbiran”.

Razak  dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan jurubahasa Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

“Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, beliau boleh mengeluarkan satu arahan yang dikenali sebagai ‘waran geledah antarabangsa’ dan waran itu akan dihantar kepada badan kehakiman Malaysia,” kata Brehem, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.

“Menurut Konvensyen Korupsi PBB (yang turut diperakui oleh Malaysia sejak 2003), Malaysia wajib bekerjasama dengan Perancis dalam perkara ini,” tambahnya.

Brehem berkata, jika Malaysia tidak memenuhi arahan tersebut, maka ia akan membuktikan bahawa kerajaan ‘ada sesuatu yang hendak disembunyikan”.

Sambil berjenaka, Brehem berkata: “Untuk mencari penyelesaian terhadap kes-kes rasuah, ikut ke mana pergi wangnya.”

Menurutnya, keputusan untuk menghanar arahan seumapama itu bergantung sepenuhnya kepada hakim di Perancis.

Bagaimanapun, tambahnya, jika permohonannya itu ditolak, beliaiu akan memfailkan rayuan.

Advertisements

Wan Nik Wan Yussof: PRK Hulu Selangor – Tuan Guru mangsa media

Wan Nik Wan Yussof   
Banyak pihak berpandangan peranan media massa, khususnya surat khabar adalah penyampai maklumat dan pencetus kesedaran rakyat. Peranan itu amat popular zaman berzaman. Di atas kekuatan peranan media massa inilah, maka setiap kali kempen pilihan raya media massa telah dimanfaatkan sebagai penghubung antara parti, calon dan pemimpin parti dengan pengundi. Ini kerana media massa, khususnya surat khabar dan radio-tv dapat memanjangkan isu-isu pilihan raya yang dibangkit oleh parti-parti yang bertanding.Namun, peranan media massa akan dipertikaikan apabila terlibat dengan penyebaran maklumat yang berat sebelah atau tidak adil dalam laporannya. Perkara ini akan berlaku tatkala media massa berkenaan mula dipengaruhi agenda tersembunyi (the hidden agenda) oleh pihak tertentu. Lebih teruk lagi apabila media massa berkenaan telah dipengaruhi matlamat perniagaan dan putaran isu sensasi yang memacu circulation dan volume pembaca atau penonton.  

Justeru itu, peranan dan pengaruh media massa arus perdana, khususnya surat khabar dan radio-tv dikira paling tinggi pengaruhnya. Ia menyebabkan pihak kerajaan telah mengawal sepenuhnya agenda berita media massa arus perdana bagi memastikan segala program dan dasar-dasar kerajaan dapat diterima oleh rakyat.

Walau pun begitu, peranan media massa musim kempen pilihan raya paling jelas menjadi mata rantai kepada agenda parti-parti yang bertanding, bukan lagi penyambung dasar kerajaan. Semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor (17-25 April 2010) kempen Barisan Nasional jelas dimanipulasikan untuk menghentam dan memburukkan calon, pemimpin dan parti lawan – Pakatan Rakyat.

Malah secara sedar akhbar dan radio-tv dilihat berperanan mengikut selera parti berkuasa (Barisan Nasional) yang mengawal atau memiliki kepentingan dalam media massa berkenaan. Tujuannya tidak lain ialah untuk mempengaruhi pemberitaan/pendedahan isu supaya rakyat responsif dan positif kepada parti/pihak calon Barisan Nasional.

Walau bagaimana pun, apa jadahnya pihak pengurusan media massa dikuasai Barisan Nasional semasa pilihan raya Hulu Selangor apabila didapati begitu ghairah mensasarkan pukulan maut (killing characters) terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Hassan Ali. Isu yang digunakan adalah penggunaan masjid untuk tujuan politik dan diadukan dengan perintah Sultan Selangor dan larangan jabatan agama Islam Selangor.  

Berikutan kehadiran Tuan Guru sekembali daripada umrah di tanah suci, nyata perangkap media massa telah di pasang, apabila pemberita upahan dari media masaa berkenaan menghujani persoalan penggunaan masjid dan surau untuk tujuan politik (musim pilihan raya). 

Perangkap yang sama dikenakan terhadap Datuk Hassan tatkala Datuk Zahid Hamidi dan akhbar Utusan Malaysia (pada sehari sebelum hari mengundi dan diulangi lagi pada hari mengundi 25 April) turut memfitnah khutbah Datuk Hassan didakwa tidak sah kerana tidak disebut selawat nabi. Hal inilah menyebabkan Datuk hassan mengemukakan saman terhadap Zahid dan Utusan Malaysia.

Persoalannya, apakah permainan media massa tersebut adalah didorong secara rasional oleh disiplin media massa, atau didorong oleh kehendak Barisan Nasional yang terdesak dan inginkan kemenangan besar majoriti 6,000 undi seperti mana disebut Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin (Malaysiakini, 25 April). Apa pun, pihak media massa berkenaan nyata akan mencapai peningkatan volume penonton dan pembaca.

Apa yang pasti, permainan media massa tersebut telah membawa impak negatif terhadap integriti menteri besar Kelantan atau menjejaskan reputasi exco kerajaan negeri Selangor. Apa yang penting, cara pemberitaan yang bernada fitnah itu sudah pasti akan dipuji Umno dan semua orang Umno akan tertarik membeli dan membacanya. Hal ini terbukti apabila pihak jentera Barisan Nasional turut mengedar secara percuma akhbar tersebut kepada pengundi pada tarikh-tarikh kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Apa pun, peranan media massa harus dipadukan dengan moral. Sewajarnya pemain dan pengamal media massa dan kapitalisnya harus melihat prinsip kebenaran dan keadilan. Prinsip ini boleh dijayakan sekiranya melihat secara tawaduk nilai mengutamakan moral di dalam proses maklumat (moral first in information). Sebenarnya prinsip ini hanya ada kepada pemain, pengamal dan kapitalis media massa yang beragama sahaja.

Jika begitu, mungkin radio-tv dan akhbar berkenaan adalah kelompok media massa yang tidak termasuk di dalam lingkungan media massa beragama. Selayaknya, akhbar yang memfitnah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Hassan atas isu yang dicipta itu sebenarnya layak diberi title ‘media pembuli’ dan rasionalnya ia disaman.

Semoga Tuhan yang Esa memberi petunjuk dan hidayah ke atas golongan pembuli dan masukkan iman serta takwa di lubuk hati mereka. sedia hadapi tindakan Umno.

Wan Nik Wan Yussof

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
merangkap Timbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan.

Pulih imej polis, Pakatan saran Musa berundur

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 30 April: Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berundur dari jawatan itu bagi memulihkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang semakin tercalar ekoran insiden seorang remaja yang mati ditembak anggota mereka Isnin lalu.

Mereka yang terdiri daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Adun Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Segambut Li Lip Eng dan beberapa penyokong siang tadi menghantar satu memorandum ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menuntut Musa berbuat demikian.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Keptan Komander Supretanden Ali bin Ahmad.

Selain memorandum, satu aduan rasmi kepada Pengarah Jabatan Tatatertib PDRM, Datuk Abdul Razak juga dibuat.

Nurul Izzah ketika bercakap kepada pemberita berkata tindakan mendesak Musa itu bukan bermakna mahu bermusuhan dengan polis tetapi demi membantu mereka memulihkan imej serta profesionalisme PDRM

Bagi Nik Nazmi pula, selain perletakan jawatan oleh Musa, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga perlu mempertimbangkan semula cadangan sebelum ini bagi menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC).

IPCMC jelasnya dilihat mampu menjadi agen semak dan imbang kepada penyalahgunaan kuasa polis dan memberi keadilan kepada mangsa.

Li Lip Eng pula ketika mengulas kenyataan Musa yang memberi kata dua untuk menarik semula anggota dari mengawal keselamatan jalan raya, beliau berkata kenyataan Musa berbaur ugutan dan wajar untuk Musa meletakkan jawatan.

“Dia sepatutnya terbuka dan bertanggungjawab (apabila) rakyat memprotes kenyataannya, (malah) harus bersedia berundur,” katanya.

Isnin lalu, seorang remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah mati kena tembak oleh pihak polis ketika cuba melarikan diri dari sekatan polis kira-kira jam 2 pagi.

Mesti tandatangan perjanjian dahulu – penduduk

Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Seramai 8,000 penduduk Kenyah daripada empat rumah panjang di Belaga, Sarawak menyerahkan resolusi kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) agar membangunkan tanah pusaka mereka untuk generasi akan datang.

Setiausaha Ahli Jawatankuasa penduduk itu, Lebu Kulit, menjelaskan, mana-mana pihak yang berminat untuk membangunkan tanah mereka terlebih dahulu harus berbincang dan menandatangani perjanjain persefahaman dengan ahli jawatankuasa tersebut.

“Kita mengalu-alukan pihak yang berminat untuk membangunkan (tamah pusakan kami) tetapi mereka (pada masa yang sama) haruslah berbincang dan memeterai perjanjian persefahaman dengan ahli jawatankuasa (yang mereka telah bentuk) dahulu,” katanya.

Resolusi tersebut diserahkan kepada Superintendan JTS Kapit, Alfian Bawi pada majlis ringkas di Uma Bakah Belaga, semalam.

Turut menghadiri majlis itu ialah Naib Pengerusi Edin Anyie dan beberapa ketua kaum daripada keempat-empat rumah panjang terbabit.

Melalui jawatankuasa bersama, Dennis berkata, penduduk Kenyah di Belaga akan dapat membangun seperti kaum-kaum lain.

“Kita boleh membangunkan tanah ini seperti orang lain di negeri ini sekiranya tuntutan ini dipenuhi.

Nenek moyang kami telah diberikan tanah pada awal 1950-an semasa pemerintahan Brooke dan kita memiliki peta yang membuktikan tanah ini memang kepunyaan nenek moyang kami,” kata Dennis.

“Kita akan mengambil setiap peluang perniagaan yang berkaitan seperti penternakan ikan dan pelancongan setelah siapnya Empangan (Hidroelektrik) Bakun nanti,” ujarnya.

Nelayan tuntut jeti, sindir slogan 1Malaysia?

Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Kesal dengan kegagalan kerajaan negeri Sarawak membangunkan kawasan mereka, nelayan di perkampungan Telaga Air, di Kuching Sarawak bangkit menuntut agar jeti baru dibina untuk mereka.

Ketua Biro Kebajikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telaga Air, Ramili Mohamad, 55, berkata, sekurang-kurangnya dua jeti diperlukan untuk kemudahan nelayan di kawasa itu.

Menurutnya, di kampung tersebut terdapat kira-kira 170 bot kecil dan hampir 30 bot besar nelayan menggunakan beberapa jeti termasuklah jeti tradisi sedia ada.

”Sekurang-kurangnya kerajaan perlu membina dua jeti dan sebuah limbungan kecil yang boleh digunakan oleh para nelayan di sini sama ada untuk membaiki atau mengecat bot nelayan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Ramli yang juga Setiausaha Jawatankuasa Pemantauan Pemutihan Kemiskinan (JPPK) Telaga Air turut menuntut agar sebatang anak sungai di kawasan kampung itu dijadikan tapak limbungan kerana kawasannya yang sesuai dan terlindung daripada cuaca buruk ketika musim tengkujuh.

Bagi Safri Spawi, 34, pula memberitahu, kawasan itu memerlukan beberapa jeti yang baik dan sesuai, namun, berharap ia tidak dibina terlalu jauh dengan tapak sedia ada.

”Masalah yang dihadapi kita (nelayan) di sini ialah kawasan untuk meletakkan bot masing-masing bagi memastikan keadaannya sentiasa selamat dan tersusun elok.

”Jika bot serta perahu nelayan berselerak, maka ia akan mencacatkan pemandangan indah di Tebingan Kampung Telaga Air ini sedangkan ia satu tarikan pelancongan ke sini,” ujarnya.

Mengulas isu sama, Spawi Wen, 61, mendesak pihak berwajib agar membina dua buah jeti di bahagian hulu dan satu lagi di sebelah hilir tebingan berkenaan.

Tambahnya, bukan hanya nelayan dari Kampung Telaga Air dapat menggunakan kemudahan jeti itu kelak bahkan nelayan dari kampung seperti Sibu Laut, Sungai Aur dan Merasan turut sama ke kawasan itu.

”Ketiadaan kawasan meletakkan bot atau perahu nelayan akan menyukarkan kami untuk melakukan kerja-kerja harian termasuk membaiki dan mengecat bot masing-masing.

”Bot atau perahu nelayan pula perlu dicat dalam tempoh tiga hingga enam bulan sekali supaya mampu bertahan lama dan tidak mudah rosak,” ujarnya. berkaitan di sini.

PRK Sibu : Polis kerahkan 2,000 anggotanya, kawasan panas mula dikenalpasti

Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Kira-kira 2,000 anggota polis akan ditugaskan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Sibu Mei depan.

Pesuruhjaya Polis negeri Sarawak, Datuk Mohmad Salleh berkata, daripada jumlah itu, fasa pertama seramai 350 anggota akan mula dihantar esok dengan selebihnya pada 3 atau 4 Mei ini.

“Esok kita akan hantar 350 anggota ke sana,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri Sarawak pagi tadi.

Menurutnya, dari segi keperluan logistik pula, sebanyak 350 kenderaan disediakan termasuk bot dan motosikal berkuasa besar.

Beliau turut memberitahu pihaknya kini sedang mengenalpasti kawasan-kawasan panas dalam kawasan Parlimen Sibu bagi tujuan pemantauan kawalan keselamatan.

“Permit ceramah akan dikeluarkan selepas penamaan calon dan selepas itu Ketua Polis Daerah Sibu akan memberi penerangan kepada wakil-wakil parti politik yang bertanding,” katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Robert Lau Hoi Chew pada 9 April lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan 16 Mei sebagai hari pengundian.

Gelombang Hijau Bersama PAS di Miri

Posted by pas-miri in Friday, April 30, 2010


PAS Miri telah melancarkan program Gelombang Hijau Bersama PAS bersempena program “Miri Go Green”.Secara simbolik beg pakai guna berwarna Hijau berlogo PAS telah diedarkan kepada semua pimpinan dan AJK komponen Pakatan Rakyat selepas Mesyuarat penyelarasan persediaan PRK Sibu .

YDP PAS Miri bersama Ketua Penerangan, Engr Azwani telah sudi menyampaikan beg tersebut pada hadirin. Turut serta,Dr Michael Teo(PKR) Mdm Eunice Lim(DAP) Zulhaidah Suboh(PKR) dan Encik Edwan Dundang dan Hillary (SNAP). “Secara simbolik PAS juga dikenali dengan logo Hijau,adakah ini bermakna PAS akan terus berkembang dengan mekarnya di Bumi Miri. InsyaALLAH kami yakin”tegas YDP PAS Miri.Untuk rekod ;lebih 300 beg telah pun diberi kepada penduduk Miri yang telah dilawati sepanjang program kebajikan PAS Jejak Faqir bemula Jun tahun lalu.

Sempena 1 Mei 2010 ,Miri bakal menjadi bandaraya pertama di malaysia menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik di pasaraya utama. Bagi PAS program ini mesti diasaskan untuk pemuliharaan alam sekitar bukan untuk usaha menambah beban pengguna yang terpaksa dicaj 0.20 sen setiap kali terpaksa menggunakan plastik bag. Asasnya;mudah bagaimana mahu membuang sisa makanan atau kotoran dirumah ;kalau tidak kembali pada beg plastik. Spekulasi yang menyebut perlaksanaan ini ada melibatkan unsur mengaut keuntungan haruslah dijelaskan kepada rakyat. Rakyat seharusnya lebih dididik untuk menghargai peri penting pemuliharaan alam sekitar dan menghadkan penggunaan beg plastik yang mempunyai kadar pelupusan yang terlalu lama.

English Version :MIRI PAS GREEN WAVE

In conjuction with Miri Go Green begin on 1st May PAS Miri launching a ” Green Wave Campaign”. After the Pakatan Rakyat Miri meeting for Sibu by-election preparationmeeting,Tuan Haji Jofri and PAS Information Chief;is giving away the recyle bag with green in color with PAS logo to all Pakatan rakyat component members.

For a record;total of 300 bags has been distributed among Miri folks during PAS and PR Welfare program which started back on June last year. Significantly;PAS main color in the logo is GREEN and it was a synonim for PAS to go GREEN.
In his statement PAS urged the Authority to also educate the importance of protecting our world and to reduce pollution as in Islam ;it’s stress not only a good human and human relationship but also human and the environment. all top leader from PR Miri;Dr Michael Teo,Edwin Dundang and Mdm Eunice Lim was in the function.

%d bloggers like this: