PRK SIBU : Taib kata ada kejutan ?

Posted by RAKYAT MARHAEN
 Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Kekosongan kerusi Parlimen Sibu akibat kematian penyandanganya, Robert Lau berkemungkinan akan diadakan secara serentak dengan pilihan raya di negeri itu yang dijangka diadakan seawal Jun tahun ini atau selewat-lewatnya April tahun depan.
Ketua Menteri paling lama di Malaysia, yang juga Pengerusi BN negeri itu, Taib Mahmud cuba berteka-teki apabila diajukan soalan oleh wartawan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan Sibu.
KM Sarawak sejak era Tun Hussien Onn itu hanya memberi bayangan bahawa akan ada kejutan dalam PRK itu tanpa mengulas lanjut apakah bentuk kejutan yang dimaksudkannya.
“Sememangnya akan ada Pilihan Raya Kecil (PRK bagi kawasan Parlimen Sibu). Terdapat sedikit ciri-ciri mengejutkan dalam Pilihan Raya Kecil ini, saya tidak akan memberitahu anda (wartawan),” katanya di salah sebuah hotel di Kuching, Sarawak semalam.
Taib juga dilihat cuba mengalihkan isu itu daripada wartawan apabila sekadar memberitahu bahawa PRK Sibu tidak akan diadakan secara serentak dengan PRK Hulu Selangor yang pengundiannya akan berlangsung pada 25 April ini.
PRK kawasan Sibu kosong selepas penyandanganya Robert Lau, 68, dari SUPP/BN meninggal dunia akibat kanser pada 9 April lalu.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Robert mendapat majoriti 3,235 selepas menewaskan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang meraih undi 15,903 dan Lim Kim Chuen dari PKR yang membolot 812 undi.
Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution, pihaknya tidak menolak bahawa PRK kawasan Sibu akan diadakan secara serentak dengan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak yang berakhir pada Jun tahun depan.
Turut senada bersama Saifudin ialah Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Addy Aliyanni.
“Kemungkinan ia (PRK Parlimen Sibu) akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri (Sarawak) yang sedang disebut-sebut sekarang ini,” katanya dalam satu kenyataan.
PKR dan DAP sedang mengadakan rundingan berhubung parti mana akan bertanding bagi kerusi itu yang dilihat peluang terbaik bagi Pakatan Rakyat menawan parlimen tersebut.
Sementara itu, Presdien SUPP George Chan Hong Nam berkata, parti itu belum ada calon sesuai bagi menggantikan Robert dan menyerahkan perkara itu kepada cawangan Sibu.
“Saya tak nak mengulas mengenai siapa pengganti.., Setakat ini Jawatankuasa Kerja Pusat belum memutuskan, namun saya pasti mereka sudah ada beberapa senarai nama,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM) Miri, di Jalan Bulan Sabit pada 10 April lalu.
Mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan sesuatu kerusi itu.
Sehubungan itu, sekiranya PRK Parlimen sibu diadakan serentak dengan Pilihan Raya negeri Sarawak, Dun di negeri itu mesti dibubarkan selewat-lewatnya pada 9 Jun tahun ini.

 

Isnin, 2010 April 12

PRK Sibu : PAS Komited menangkan Pakatan Rakyat

Posted by RAKYAT MARHAEN

Oleh Masdar Wahid 

KUALA LUMPUR : PAS komited untuk membantu mana-mana komponen Pakatan Rakyat (PR) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sibu yang kosong sejak 9 April lalu.
Ketua Pemudanya, Abang Addy Aliyanni berkata, Dewan Pemuda PAS negeri akan mengadakan satu pertemuan penting Pemuda PR pada 18 April ini.
Menurutnya, pertemuan itu adalah atas Agenda Resolusi bersama sebagai persiapan Pemuda PR menghadapi PRK Parlimen Sibu.
“Dewan Pemuda PAS Sarawak bersedia membantu Pilihanraya Parlimen Bandar Sibu yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
“Namun begitu berkemungkinan ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri yang sedang disebut-sebut sekarang ini.
“Dewan pemuda sarawak (turut) mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Robert Lau Chew atas pemergian Datuk Robert Lau akibat barah,” katanya dalam satu kenyataan.
PRK Parlimen Sibu kosong selepas penyandangnya Robert Lau meninggal dunia akibat kanser pada 9 April lalu.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Robert mendapat majoriti 3,235 selepas menewaskan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang meraih undi 15,903 dan Lim Kim Chuen dari PKR yang membolot 812 undi.
Sehubungan itu, PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.
Difahamkan, PKR dan DAP sedang berbincang berhubung siapa yang akan bertanding di kawasan itu.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Sarawak, Tuan Haji Jofri Jaraiee, berkata, parti itu menyambut baik saranan Setiauasaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali itu agar PAS negeri tidak membincangkan secara terbuka berhubung agihan kerusi di media kerana akan dimanipulasi oleh pihak lawan.
Jofri yang juga Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Miri menjelaskan kerjasama mantap antara komponen PR di Sarawak seharusnya dikukuhkan lagi menjelang Pilihan Raya negeri Sarawak yang kian hampir.
Jofri memberi contoh, bagaimana Sekreteriat PR di kawasan Miri berjaya memantapkan gabungan itu melalui Pentas Pemuda PR yang diadakan baru-baru ini.
“Kami yakin kerjasama baik ini akan mampu diteruskan ke arah momentum baik untuk berhadapan BN kelak,” tambahnya.

PRK Sibu : Media pro-BN cuba lagakan PKR dan DAP

Posted by RAKYAT MARHAEN

Oleh Masdar Wahid 

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS negeri Sarawak meyakini Pakatan Rakyat (PR) pasti meletakan calon tunggal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sibu berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang disertai bersama DAP dan PKR.
Ketua Penerangannya, Abdul Azeez Mohamad berkata, peristiwa pertembungan sesama sendiri antara komponen PR sebelum ini bukan hanya memecahkan undi penyokong PR tetapi pada masa yang sama memberi kelebihan percuma kepada BN.
“PAS cukup yakin permuafakatan yang kian kukuh sesama komponen PR di Sarawak pasti mampu menyumbang kemenangan buat PR di negeri ini,” katanya kepada erapakatan.com.
Menurutnya, permainan media di Sarawak dan yang berpusat di semenanjung yang cuba melaga-lagakan antara DAP dan PKR berhubung siapa yang akan bertanding pada PRK itu merupakan tindakan terdesak BN yang diselubungi kebimbangan bakal tersungkur dalam PRK nanti.
Azeez menjelaskan, samada PRK Sibu diadakan secara serentak dengan pilihan raya negeri atau secara berasingan, bukan perkara persoalannya kerana apa yang penting PAS negeri sudah menyediakan jentera bagi memastikan Parlimen Sibu berjaya di tawan PR.
PRK kawasan Sibu kosong selepas penyandanganya Robert Lau, 68, dari SUPP/BN meninggal dunia akibat kanser pada 9 April lalu.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Robert mendapat majoriti 3,235 selepas menewaskan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang meraih undi 15,903 dan Lim Kim Chuen dari PKR yang membolot 812 undi.
Robert mewakili Parlimen Sibu sejak tahun 1990.
Dalam PRU Mac 2008, Parlimen Sibu memiliki 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).
Keluarga Robert memiliki kumpulan KTS – sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media termasuklah akhbar seperti Borneo Post dan Oriental Daily News.

PRK Hulu Selangor : BN candidate a local – Muhyiddin

Posted by RAKYAT MARHAEN

KUALA LUMPUR: Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin today announced that the Barisan Nasional candidate for the Hulu Selangor seat will be a local resident.
While observers claimed that Muhyiddin’s statement is a strong indication that it could be Hulu Selangor MIC Youth chief V Mugilan, some MIC sources begged to differ.

“It could still be (G) Palanivel. By virtue of being the Hulu Selangor MIC chief, he is also considered a local. He has been there for decades,” they said.

Palanivel, who is the MIC deputy president, was the four-term MP of Hulu Selangor prior to his defeat in the 2008 general election to PKR’s Zainal Abidin Ahmad.

Following Zainal’s death two weeks ago, MIC president S Samy Vellu named Palanivel as the candidate.

However, there was intense speculation that the Hulu Selangor Umno division wanted a different face, namely Mugilan. 

Pas buat laporan polis isu APCO

Posted by RAKYAT MARHAEN

PASIR PUTEH – Ahli Parlimen Pasir Puteh, Mohammad Husain membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh petang semalam mendesak siasatan dilakukan terhadap Syarikat APCO Worldwide dan pembabitannya dengan Kerajaan Malaysia.

Mohammad yang diiringi 30 penyokong Pas berkata, bantahan dibuat kerana beliau bimbang hubungan secara kontrak dengan syarikat Israel itu boleh mengancam keselamatan negara.

Menurutnya, beliau sedih apabila hubungan dengan syarikat terbabit dilakukan dalam keadaan umat Islam ditindas rejim ganas itu.

“Saya memohon siasatan terperinci terhadap APCO dan mereka yang berada di belakang syarikat itu kerana melalui hubungan tersebut, maklumat keselamatan negara diperolehi dengan mudah kerajaan haram Israel.

“Kita mahu mengetahui tujuan sebenar kemasukan syarikat itu ke negara kita, demikian juga dengan pembabitan rakyat Malaysia dalam perhubungan tersebut,” katanya.

Mohammad berkata, salinan perjanjian yang dimeterai pada 4 Ogos 2009 dilampirkan ketika membuat laporan polis semalam.

Katanya, kerajaan Malaysia tidak wajar berurusan dengan syarikat yang mana lembaga pengarahnya terdiri daripada tokoh-tokoh besar Israel sedangkan negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Kerajaan katanya, seperti melanggar keputusan sendiri kerana Parlimen negara pernah mengadakan Sidang Khas bagi mengutuk pengepungan besar Israel ke atas Gaza serta menyekat kemasukan makanan dan ubatan.

“Syarikat APCO mempunyai rekod perjanjian dengan negara haram Israel, kita tidak perlu menjalinkan hubungan dengan syarikat itu,” katanya yang turut melampirkan salinan perjanjian yang membuktikan hubungan kerajaan Israel dengan APCO sebagai rujukan.

Beliau yang diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Zainuddin Awang Hamat berkata, APCO Worldwide Sdn Bhd yang beralamat berdaftar di Level 21-Suite 21.01, The Garden South Tower, Mid Valley, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur terlibat dalam perjanjian perkhidmatan iaitu ‘to provide public relatons, daily managememts and goverments relations outreach for Goverment In United States…’.

“Kita bimbang hasil perjanjian itu akan mendedahkan banyak rahsia negara kepada akses negara luar,” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis, di sini semalam. 

 

PRK Hulu Selangor : Saksikan Najib-Muhyiddin makin retak?

Posted by RAKYAT MARHAEN

HULU SELANGOR, 12 April: Menjelang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, hubungan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipersoalkan oleh sesetengah pemerhati politik kerana berjaya membiarkan Datuk Seri Najib Razak keseorangan berkempen di Hulu Selangor minggu lalu.
Perdana Menteri datang tanpa kehadiran pemimpin kanan Umno, cuma kelihatan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin Umno Selangor.
Kalau diambil kira dari segi kepentingan politik, kehadiran pemimpin kanan Umno di Hulu Selangor lebih penting bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan ini pada 25 April ini.
Situasi yang berlaku itu boleh diimbau terhadap pergolakan yang melanda kepimpinan tertinggi Umno sebelum ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menafikan berkali-kali ada masalah dengan timbalannya, sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998.
Begitu juga Dr Mahathir dengan Tun Musa Hitam, sebelum beliau digantikan Tun Ghaffar Baba di kerusi Timbalan Perdana Menteri.
Di Terengganu, konfrantasi antara Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Ahmad Said pada awal dinafikan, akhirnya tembelang pecah juga.
Situasi serupa melingkari Datuk Seri Shahidan Kassim dengan Datuk Dr Mohd Isa Sabu di Perlis.
Dalam dunia politik banyak kali sejarah dicatat, penafian akhirnya menjadi kenyataan. Begitu juga dengan episod Tan Sri Muhyiddin Yassin sekarang.
Ketika datang merasmikan program Juara Rakyat di Machang, Kelantan minggu lalu, tiba-tiba beliau menyebut tiada masalah dengan Datuk Seri Najib Razak.
Tiada seorang pun tanya sehingga perlu dijawab begitu. Ramai melihat sebagai seorang pemimpin ‘jujur’ Muhyiddin tidak mampu untuk menyembunyikan apa yang berlaku.
Tidak perlu Muhyiddin untuk menafikan perkara tersebut di khalayak ramai, tanpa udang di sebalik batu. Orang kampung yang tidak mengetahui hubungan dingin Muhyiddin-Najib akhirnya tahu juga.
Mungkin Timbalan Presiden Umno cuba bagi membuat pengakuan jujur di hadapan tiga Naib Presiden Umno di Kelantan, mengambil berkat Serambi Mekah.
Timbalan Perdana Menteri seperti mahu melafazkan pengakuan bersaksi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.
Berdasar fenomena itu, Muhyiddin sudah benar-benar gelabah sekarang. Dr Mahathir pernah mempunyai empat Timbalan Menteri Perdana sepanjang berada di puncak kuasa.
“Mungkin fenomena itu boleh diulangi Najib. Ini kerana mentor Najib ialah Dr Mahathir dan bukannya bapanya sendiri.
”Najib banyak terhutang budi kepada Dr Mahathir kerana berjaya menyingkirkan Tun Abdullah Ahmad Badawi lebih awal,” kata seorang bekas pegawai kanan kerajaan.
Hayat Muhyiddin juga tidak mungkin panjang di kerusi sekarang kerana di ibu pejabat Umno di PWTC, Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan sudah meletak orangnya menguasai posisi di situ.
Kehadiran Datuk Rauf Yusoff sebagai Setiausaha Kerja Umno Malaysia difahamkan ada kaitan dengan Najib-Rosmah.
Sumber Umno di Kuala Lumpur memberitahu pegawai dan kakitangan di pejabat berkenaan tidak senang dengan kehadiran Rauf.
“Saya diberitahu baru-baru ini ada bantahan di kalangan petugas di pejabat Umno kerana tidak puas hati terhadap tindak tanduk Rauf,” dakwanya.
Cengkaman Najib-Rosmah sudah terbenam jauh apabila didedah ada arahan supaya media kerajaan membuat liputan meluas lawatan Rosmah ke Amerika Syarikat minggu ini. 

KETAWA PAGI SENIN

Posted by RAKYAT MARHAEN
SETELAH MEMAKIN KONTOL BUAYA – IBU BUAYA PUN NAK DI BAHAM

DUA LELAKI DI TAHAN JUAL ZAKAR BUAYA

Suspek tawar minyak kuatkan tenaga batin.

MIRI: Tindakan dua lelaki mahu menjual zakar buaya kepada pegawai Jabatan Imigresen, akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan pihak berkuasa di Jalan Merpati, di sini, semalam.
Selain zakar buaya, mereka turut menawarkan minyak urut tradisional yang didakwa untuk menguatkan tenaga batin kepada pegawai terbabit serta orang ramai yang lalu lalang di kawasan tumpuan ramai itu.

KAH KAH KAH..

woit… HEBAT MACAM BUAYA…. kah kah kah..

kah kah kah…. MENJALAR MACAM BUAYA… kah kah kah..

woit… KALAU BUAYA NI NAK NGENTOT… PAKAI APA PULAK…. kah kah kah..

kah kah kah… KESIAN… BUAYA NI… TAK DA TENAGA BATIN.. kah kah kah

nota:
kalau nak tenaga batin
jumpalah tok batin kah kah kah

TT.

 

Brahim Ali bercakap soal Akidah?

Posted by RAKYAT MARHAEN

Perkasa sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang dikepalai oleh Ibrahim Ali yang ditubuhkan semata-mata untuk memperjuangkan hak dan keistimewaan Bangsa Melayu secara rasmi menolak jawatankuasa antara agama tetapi meletakkan syarat jika mahukan pengiktirafan pihaknya.

Apa yang menyebabkan Brahim Ali merasakan adalah perlu mendapatkan pengiktirafan dari PERKASA dahulu sebelum Jawatankuasa Antara Agama ini bergerak?

Sedangkan pemimpin MCA dan GERAKAN pun tidak takut akan gertakan dari PERKASA ini.. inikan pula pemimpin atau Menteri menteri dari BN..

Sebenarnya aku bukan nak mengulas pasal samada PERKASA nak iktiraf Jawatankuasa Antara Agama atau tidak..

Brahim Ali yang selama ini begitu bertegas tentang ketuanan Melayu, berapi-api bercakap soal Melayu seolah-olah Bangsa Melayu itu terlalu mulia dijadikan Allah dimuka bumi ini, tiba-tiba hari ini bercakap soal akidah..

Brahim Ali seorang Assobiyah bercakap tentang Akidah?

Mungkin ketika galak memperjuangkan dan mempertahankan Hak Keistimewaan orang Melayu dari siapa entah, Brahim Ali terlupa Rasulullah SAW telah bersabda…

“Bukan dari kalangan kami, mereka yang menyeru kepada asobiyyah. Bukan dari kalangan kami, mereka yang berperang atas dasar asobiyyah. Bukan dari kalangan kami, mereka yang mati atas dasar asobiyyah.” (Sunan Abu Daud)

Apa makna Assobiyah?

Al-Imam Yusuf al Qardhawi menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan perkauman, kenegaraan atau assobiah itu ialah wala’ (taat setia) seseorang muslim itu hanya kepada sesuatu kawasan sahaja atau kepada jenis bangsa tertentu sahaja. Dengan itu hubungan kenegaraan dan puak didahulukan (dilebihkan) daripada unsur lain.

Dalam erti kata yang lain assobiah itu beerti pertolongan, kasih sayang, ketaatan dan yang seumpamanya dari seseorang kepada pihak lain berdasarkan kepada ikatan kekeluargaan, kekumpulanan, kebangsaan, kenegaraan dan sebagainya tanpa didasarkan oleh asas agama.

Jika yang dimaksud Melayu itu sebagai Islam seperti yang orang Melayu faham. Maka ia bererti sesuatu yang dituntut. Tetapi jika yang diertikan Melayu sekadar satu bangsa, dalam masa yang sama menidakkan hak bangsa lain. Maka ia bererti telah bersikap assobiyah.

Jika kita termasuk dalam definasi di atas, atau sikap mempertahankan melayu seperti definasi di atas. Maka ia adalah sesuatu yang dilarang.

Sama-sama kita fikirkan. Apabila kita berjuang atas nama Islam, maka ia akan menyelamatkan kita dari setiap sudut. Tetapi jika kita berjuang atas nama bangsa maka ia akan membawa kita kepada pelbagai syubhat yang bahaya.

 

Kes Altantuya: SPRM siasat Deepak, Nazim

Posted by RAKYAT MARHAEN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan hari ini bahawa Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak.

Siasatan itu adalah berhubung pengakuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berkaitan pembunuhan model warga Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.

Bagaimanapun apabila disoal lanjut, Nazri jelas kurang senang dan tidak mahu melayan soalan wartawan.

“Saya kata kita sudah soal, sudah soal, cukuplah tu.”

Nazri (kiri) sebelum itu bercakap kepada pemberita di lobi parlimen selepas sessi soal jawab.

Pada sessi di parlimen sebelum itu, Nazri menjawab soalan daripada Tian Chua (PKR-Batu) mengenai status siasatan berhubung dakwaan Balasubramaniam.

Menurutnya, SPRM masih tidak boleh meneruskan siasatan kerana belum mendapat pengakuan daripada penyiasat persendirian itu.

“Kita tidak tahu di mana dia berada. Kita tidak boleh meneruskan siasatan tanpa pengakuannya,” kata Nazri.Pada sidang media 3 Julai 2008, Balasubramaniam (kanan) mengedar satu akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya, tetapi keesokannya menarik balik akuan bersumpah itu dan mengemukakan satu akuan bersumpah lain.

Dia kemudian menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarga.
Balasubramaniam pernah mendakwa keluarga perdana menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya dan bersedia disiasat SPRM dengan syarat ia diadakan di luar negara.  

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: