PRK Sibu : Pesara Polis di ‘nasihat’ Sokong kerajaan?

Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini

)

KUALA LUMPUR : Pesara dan bakal pesara polis di negeri Sarawak diminta bersyukur dengan manfaat dan kehidupan selesa yang dinikmati sepanjang berkhidmat dengan kerajaan dan tidak bersikap ‘anti kerajaan’ selepas meninggalkan pasukan keselamatan itu.        

Demikian kata Pesuruhjaya Polis, Datuk Mohmad Salleh hari ini semasa merasmikan kursus peralihan bagi 48 anggota polis dan warden penjara yang bakal bersara.

Menurutnya, kira-kira 200 anggota polis akan bersara di negeri itu pada tahun ini dan pihaknya sedang membuat persiapan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Sibu yang kosong sejak Jumaat lalu.

SPR menetapkan Penamaan calon bagi kerusi itu pada 8 Mei ini dengan pengundian pada 16 Mei depan.

Antara anggota polis di Sarawak yang menyertai politik dan berjaya bergelar wakil rakyat ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP bagi kawasan Batu Lintang, Voon Lee Shan.

Voon yang menjadi anggota polis sejak tahun 1984 mula menyertai politik selepas peristiwa pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Voon yang juga bekas Pegawai Siasatan Khas dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Baram pada asalnya memohon untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi terpaksa menyertai DAP selepas PKR lambat menguruskan keahliannya ketika itu.

Pada Pilihan Raya negeri Sarawak tahun 2006, beliau memenangi kerusi Dun Batu Lintang selepas menumbangkan pemimpin kanan SUPP, Chan Seng Khai dengan majoriti 3,407 undi.

Rekod menunjukkan, selepas kemenangan itu, pejabat beliau telah diceroboh sebanyak tiga kali masing-masing pada tahun 2006, 2008 dan 2010 yang ke semuanya setiap kali adanya pilihanraya.

Pada kejadian pencerobohan awal tahun ini, sejumlah empat komputer bersama Unit Pemprosesan Pusat (CPU) hilang.

Anehnya, beberapa barangan lain yang berharga tidak diusik oleh penceroboh dalam kejadian itu. Berita berkaitan di sini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: