Judi bola boleh beroperasi di negeri BN sahaja

Posted by RAKYAT MARHAEN

KOTA BHARU, 31 Mei: Walaupun lesen judi bolasepak diluluskan Menteri Kewangan kepada Ascot Sport, anak syarikat kumpulan Berjaya yang dimiliki Vincent Tan, ia tidak boleh beroperasi sekurang-kurangnya di empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Ia hanya boleh beroperasi di negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak di samping Putrajaya dan Labuan.
Ini berikutan pengumuman yang terkini iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah mengumumkan, kerajaan negeri Selangor tidak akan mengeluarkan lesen premis untuk judi tersebut.

Jika mana-mana premis menjalankan urusan judi itu, pihak berkuasa tempatan yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan bertindak dan antaranya menyita premis itu.

Pengumuman itu dibuat Khalid ketika membuat ucapan penggulungan di Kongres PKR ke 6 di Pusat Perdagangan Kelantan (KTC) petang semalam.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin berkata, kerajaan akan mengeluarkan lesen judi untuk pertandingan bola sepak piala dunia tidak lama lagi.
Seorang lagi timbalan Mneteri Kewangan,Datuk Chor Chee Heung mengumumkan, Menteri Kewangan telah mengeluarkan lesen judi untuk pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membuat arahan yang sama. Beliau telah mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai agar jangan mengeluarkan lesen premis untuk judi tersebut.

Langkah yang sama telah dibuat oleh kerajaan negeri Kedah dan Kelantan yang mana menteri besar kedua-dua negeri itu adalah dari PAS iaitu masing-masing Datuk Seri Azizan Razak dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Dengan tindakan para pemimpin Pakatan Rakyat ini bermakna kira-kira 30 peratus bakal pelanggan judi bola ini tidak akan dapat berbuat demikian kerana lesen premis tidak dikeluarkan oleh PBT di empat negeri Pakatan tersebut.
Sementara itu, Chor Chee Heung dalam kenyataan kepada media semalam memberikan amaran kepada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, tindakan mereka bertentangan dengan perlembagaan dan tindakan boleh diambil ke atas mereka.
Oleh kerana judi bola sepak telah dihalalkan (legalise) oleh kerajaan persekutuan, tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat menyekat dari berjalan di negeri berkenaan satu tindakan yang tidak betul dan bertentangan dengan undang-undang, kata Chor kepada media.
“Kerajaan negeri Pakatan, khasnya Pulau Pinang kena faham bahawa judi bola sepak tidak lagi kegiatan haram (di Malaysia),” kata Chor sebagaimana yang dipetik oleh sebuah akhbar Cina.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berucap di ceramah khas (gambar) sempena kongres PKR itu di sini berkata, beliau sedia ke mahkamah lagi bagi mempertahankan tindakannya itu.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Chor yang disiarkan akhbar Cina itu.
Lim Guan Eng pernah diseret ke mahkamah dan kemudiannya dipenjarakan ekoran tindakan beliau membela seorang gadis bawah umur yang didakwa dirogol oleh seorang bekas ketua menteri.

Advertisements

video warga malaysia di astro awani

ADUN BN Bakal Letak Jawatan Atau Lompat Parti

 

 

Sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim akan mengosongkan kerusi (meletak jawatan ADUN) atau melompat parti, akan diketahui selewat-lewatnya petang ini.

Ini kerana, Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap itu dijangka akan membuat pengumuman pada hari ini, seperti apa yang beliau janjikan sebelum ini.

Ketika dihubungi petang semalam, Syed Sobri mengingatkan wartawan supaya menunggu pengumuman yang akan dibuat.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa lagi sekarang. Makin banyak saya bercakap, semakin jadi kelam kabut. Tunggulah pengumuman yang akan saya buat,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan sudah dibuat, Syed Sobri berkata, segala-galanya akan terjawab.

Agak aneh apabila Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ketika ditanya sama ada beliau sudah mendapatkan penjelasan Syed Sobri berhubung isu itu, berkata beliau masih tidak dapat menghubungi wakil rakyat berkenaan.

Ketua Pembangkang DUN Kedah yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula meminta semua pihak bersabar dan menunggu kenyataan Syed Sobri sendiri.

“Buat masa ini, elok saya diam daripada membuat kenyataan berhubung khabar angin Syed Sobri akan letak jawatan. Kita tunggu esok (hari ini) sahaja,” katanya.

Menurut sumber terdekat wakil rakyat itu, Syed Sobri diyakini akan keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai Pas kerana tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti itu.

“Ada beberapa perkara yang perlu dibereskan dahulu sebelum Syed Sobri membuat pengumuman itu. Biasalah, perlu melalui beberapa proses seperti menghantar borang keahlian sebelum dipersetujui Jawatankuasa Pas Negeri, dan perlu menepati syarat-syarat ditetapkan,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada Syed Sobri akan melepaskan jawatannya sebagai ADUN, sumber itu memberitahu, ia belum pasti.

“Sama ada beliau akan melepaskan kerusi yang disandang, atau membawa sekali kerusi bersama-samanya dalam Pas, masih samar,” katanya.

Sekiranya Syed Sobri membuat keputusan menyertai Pas, tindakannya itu akan meningkatkan kerusi Pakatan Rakyat (PR) dalam DUN Kedah kepada 21 sekali gus mengurangkan kerusi BN daripada 13 kepada 12. Bebas diwakili dua ADUN.

Ini bukan kali pertama ADUN Kuala Nerang itu dikaitkan dengan isu letak jawatan. Pada awal 2009, beliau pernah berada dalam situasi yang sama sehingga Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat kenyataan mengumumkan Syed Sobri tidak akan melepaskan jawatan setelah mereka berbincang hati ke hati pada 28 April 2009. Pada 3 November 2008, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengisytiharkan Syed Sobri muflis berikutan kegagalan wakil rakyat itu menjelaskan hutang RM150,000. Namun pada 15 November tahun yang sama, Syed Sobri mengumumkan telahpun menjelaskan hutang berkenaan dan peguamnya telah pun mengesahkan beliau tidak lagi diisytiharkan muflis. -SH

Kemungkinan BN hilang satu lagi DUN

by:SHAMSUL MUNIR SAFINI

ALOR SETAR-Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO/BN negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim ingin meletakkan jawatan dalam parti sebelum melepaskan kerusinya itu.

Menurut beliau, Syed Sobri tidak akan melakukan perkara sedemikian kerana belia merupakan seorang ahli UMNO yang mempunyai pertimbangan yang tinggi terhadap parti.

“Beliau tidak boleh mengecewakan pimpinan parti dengan mengambil tindakan seperti itu.

“Kesemua ahli UMNO bersama-sama membina parti dan saya yakin beliau tidak akan dengan mudah meletak jawatan dan melepaskan kerusi itu,” katanya.

Beliau menambah, beliau masih belum mendapat tahu perkara terbabit secara terperinci dan masih dalam usaha untuk berhubung dengan beliau.

Menurutnya, beliau akan berjumpa Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shafie Afdal bagi membincangkan perkara ini, dan akan meneliti secara terperinci tentang perkara ini.

Beliau menambah, Syed gagal dihubungi dan kini dia berada di Kuala Lumpur namun tidak mengetahui urusan beliau di sana.

Semalam, sebuah akhbar arus perdana menyiarkan bahawa kerusi tersebut mungkin dikosongkan oleh Syed Sobri setelah dipercayai beliau tidak dapat meneruskan tanggungjawab sebagai ADUN berkenaan masalah tertentu.

Sementara itu, Speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail ketika dihubungi Sinar Harian menyataka sehingga hari ini tidak menerima sebarang surat perletakan jawatan dari beliau(Syed Sobri).

“Saya masih belum menerima sebarang surat, dan tidak tahu menahu perkara ini,” ujar Abdul Isa lagi.

Pada 3 November yang lalu, Mahkamah tinggi Alor Setar mengisytiharkan Syed Sobri muflis berikutan saman dari pihak bank setelah gagal membayar hutang tertunggak melebihi RM150,000.

Beliau kemudian memberi kenyataan bahawa hutang tersebut telah diselesaikan dan telah memfailkan rayuan berkenaan keputusan muflis tersebut.

Intifada Diistiharkan. UMNO Masih Berpelukan Dengan APCO

 

Serang Konvoi Bantuan Kemanusiaan, KEADILAN Desak Kerajaan Batal Kontrak APCO

KEADILAN hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa (Freedom Flotilla) ke Gaza yang mengakibatkan 16 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera.

Ketua Penerangan Latheefa Koya berkata serangan kejam itu terhadap sebuah daripada enam kapal yang membawa bekalan perubatan, makanan, bahan binaan dan lain-lain keperluan asas menuju Gaza.

“Pembunuhan terhadap aktivis konvoi bantuan itu merupakan satu tindakan yang kejam dan salah sama sekali.

“Tiada justifikasi di bawah undang-undang antarabangsa yang membolehkan rejim zionis itu bertindak sedemikian,” kesalnya.

Tambahnya, konvoi kapal tersebut turut membawa Ahli Parlimen dari Eropah, pemegang Nobel Peace Prize, wanita dan beratus-ratus aktivis keamanan.

“KEADILAN menyeru dunia mengutuk dan mengambil tindakan terhadap rejim zionis itu dan mendesak kerajaan membatalkan kontrak APCO dengan segera,” tegas Latheefa lagi.

Mesyuarat tergempar, Hamas isytihar ‘intifada’

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan “tindakan keganasan” Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.

“Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.

“Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu,” menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh Reuters.

Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya ‘berhimpun’ di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

“Kami menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab ‘intifada’.

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam ‘serangan’ berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu.

Karpal : Najib, Ezam Boleh Didakwa Tidak Membuat Laporan Polis

 

Perbicaraan kes Fitnah 2 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersambung semula pagi ini.

Peguambela, Karpal Singh sekali lagi memohon bagi membekalkan pihaknya dengan senarai saksi.

Perbicaraan dimulakan Karpal dengan memberitahu pihaknya telah menghubungi pemilik kondominium di mana penuduh yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa tempat dia diliwat tetapi gagal menghubunginya.

“Kami perlukan bantuan daripada pihak pendakwaan. Saya pasti dia (pemilik kondo) itu juga akan dipanggil (sebagai seorang saksi).”

Namun Peguam Cara II Negara yang juga ketua pendakwa, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memaklumkan mahkamah bahawa beliau hanya mengetahui berhubung permohonan senarai saksi pendakwaan telah dibuat hari ini.

Perbicaraan pagi ini ditangguhkan sebentar selepas sesi soal balas (cross examine) diadakan di antara Karpal terhadap Saiful.

Berikutan itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memanggil peguam ke dalam kamar untuk mengadakan perbincangan.

Dalam perbincangan itu, Karpal memohon kepada hakim untuk pergi ke kondominium itu yang terletak di Bukit Damansara di mana lokasi Saiful dakwa diliwat Anwar. Permohonan itu bertujuan bagi membuat pemeriksaan alibi.

Sebelum itu, prosiding soal balas masih lagi berkaitan laporan perubatan ke atas Saiful.

Saiful menceritakan bahawa ayahnya bercerai dengan ibunya semasa dia berada dalam darjah satu.

Karpal kemudian bertanya mengenai adik perempuan Saiful iaitu Saidati yang dikatakan mengikut seorang lelaki dan berkahwin di Thailand.

Beliau kemudiannya menyemak semula keterangan awal Saiful mengenai perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Rodwan Mohd Yusof (ketika itu pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang sekarang ini Ketua Polis Melaka) dan bekas olahgarawati negara, Mumtaz Jaafar yang merupakan sahabat akrab isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Karpal kemudian bertanyakan kepada Saiful sama ada Najib, Mumtaz, Rodwan, Ezam ada membuat laporan polis berhubung dakwaannya yang dia diliwat oleh Anwar.

Saiful memberikan jawapan bahawa dia tidak tahu.

Kemudian berlaku pertikaman lidah di antara Karpal dan Mohd Yusof sebaik Karpal berhujah Perdana Menteri dan yang lain boleh diheret ke mahkamah kerana tidak membuat laporan polis berhubung dakwaan Saiful diliwat.

“Di bawah Seksyen 13, Kanun Prosedur Jenayah adalah satu prosedur bagi seseorang untuk membuat laporan polis. Jika ini tidak dilakukan, ia adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 202, Kanun Keseksaan,” jelas Karpal. -SK

GAS Beri Tempoh Seminggu Kepada Samy Vellu

 

Samy Turun!” Kira-kira 3,000 orang menghadiri majlis pelancaran Gerakan Anti Samy (GAS) semalam, mendesak agar Presiden MIC yang memegang jawatan untuk 31 tahun ini berundur dalam tempoh seminggu.

Penggerak GAS, V.Mugilan berkata, biarpun wujud sabotaj untuk mengurangkan bilangan orang yang hadir, namun “yang penting itu semangat, bukan bilangan orang”. Beliau mendakwa bahawa aktiviti pada hari Ahad ini berjaya, malah telah menjangkau matlamat gerakan ini.

Majlis Perlancaran GAS dijadualkan bermula pada jam 2 petang, di Putra World Trade Centre (PWTC) semalam, tetapi dibatalkan sewaannya kepada GAS tiga hari yang lalu. GAS akhirnya mengadakan majlis ini di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC).

Penganjur menangguhkan permulaan majlis lantaran kelewatan mereka yang hadir, sehingga jam 3 petang. Kira-kira 3,000 orang hadir pada hari semalam, termasuk ahli MIC yang tidak berpuas hati dengan Samy Vellu yang masih enggan melepaskan tampuk pimpinan kepada pewarisnya, dan mereka yang prihatin terhadap keadaan Maju Institute of Education Development (MIED).

Antara yang hadir termasuklah V. Govindaraju, bekas ahli parlimen Pelabuhan Klang-MIC yang pernah menjawat Naib Presiden MIC. V. Govindaraju juga “penasihat” di sebalik GAS.

Penceramah menuduh Samy berbohong

Sebagai penceramah pertama, V. Govindaraju meminta maaf kepada semua orang, apabila mengakui bahawa dirinya yang menbawa Samy Vellu untuk masuk ke MIC. V. Govindaraju menuduh Samy berbohong dalam hal “tarikh hari jadi”-nya.

Selain V. Govindaraju, K.P. Samy yang turut dipecat Samy Vellu, mengumumkan data pungutan yuran parti untuk membuktikan bahawa Samy Vellu berbohong kepada orang awam kerana mendakwa MIC mempunyai enam juta orang ahli.

Menurut maklumat dalam parti, MIC telah memungut jumlah yuran keahlian sebanyak RM615,550 pada tahun 2009. Jika dibahagikan RM1.50 setiap orang, maka akan didapati bahawa ahli yang membayar yuran hanyalah kira-kira 410,000 orang. Malah, dalam belanjawan parti tahun 2010, daripada yuran yang dianggarkan, jumlah penambahan ahli baru, kesemuanya tidak melebihi 500,000 orang.

Namun demikian, K.P. Samy enggan mendedahkan sumber pemberi maklumat ini, cuma memaklumkan bahawa dirinya memperolehi maklumat ini dua minggu yang lalu dari pusat.

Ketika berucap, K.P.Samy menuding jari kepada Samy Vellu sebagai punca yang memecah-belahkan komuniti India, yang kini menyertai PPP, Gerakan malah PKR dari Pakatan Rakyat. Beliau menyeru agar Samy Velly berundur untuk menyelamatkan MIC dan menyatu-padukan orang India di Malaysia.

Pukul gambar Samy dengan kasut

Biarpun lokasi ditukar, tetapi kehadiran tetap melebihi 2,500 orang. Malah, seorang warga emas berumur 70-an yang berjalan dengan tongkat, gagal menahan kemarahan yang meruap, lalu menyarung tongkatnya dengan kasut, dan memukul ke arah gambar Samy Vellu pada poster besar. Tindakan ini menggemparkan orang ramai.

V.Mugilan menjelaskan bahawa mereka tidak bersetuju dengan perbuatan sedemikian, malah meminta maaf kepada Samy Vellu dalam sidang media yang diadakan kemudiannya. Namun, beliau menambah, penguasaan Syarikat Maika Holding Berhad oleh Samy Vellu mencetus kemarahan warga emas tersebut, yang memikirkan masa depan generasi yang akan datang.

Seorang ahli MIC, Rohn Rajen berkata, beliau menolak jadual perletakan jawatan yang ditentukan oleh Samy Vellu sendiri. Beliau menuntut agar Samy Vellu berundur dengan segera, “Saya tidak tahu siapakah orang yang sesuai untuk menjadi pemimpin, tetapi apa yang pasti, orang itu bukan Samy Vellu!”

Kata-katanya disahut dengan laungan agar Samy Vellu berundur.

Mugilan bersumpah

Anak Samy Vellu, S.Vell Paari yang pernah menuduh bahawa UMNO adalah dalang di sebalik GAS, telah memohon maaf lantaran kenyataan tersebut. Bagaimanapun, Mugilan tetap bersumpah dengan Tirukural (kitab Hindu) bahawa gerakan ini tidak didalangi mana-mana kuasa atau individu yang lain.

Pada masa yang sama, beliau berkata, terdapat orang yang sanggup membelanjakan RM 5 juta untuk menggangu kelancaran aktiviti ini, dengan cara-cara termasuk mengugut dan menakut-nakutkan orang yang berniat hadir. Malah, aktiviti ini dikatakan akan dikacau oleh samseng, dan tiada polis hadir untuk mengawal ketenteraman, bertujuan untuk menambah keresahan orang yang ingin datang.

Malah, RM 5000 dibayar kepada pemandu bas yang bakal membawa penumpang dari Johor, Pulau Pinang, Kedah dan sebagainya, bahkan ada yang dibayar terus kepada mereka yang berniat hadir, menurut Mugilan.

Mugilan menjangkakan kehadiran semalam mencecah 15,000 orang, tetapi dewan ini hanya dapat menampung 5,000 kerusi, dan hanya separuh daripadanya diisi, mengikut pengamatan wartawan. Beliau menjangkakan kehadiran melebihi 20,000 orang seandainya tiada sabotaj.

Had tempoh 7 hari

Mugilan adalah Timbalan Ketua Pemuda MIC yang dipecat oleh Samy Vellu, berikutan gesaannya agar Samy berundur pada 19 Mei 2010. Sebelum ini, Mugilan ialah calon cadangan yang terhangat untuk MIC-BN dalam PRK Hulu Selangor, namun akhirnya terpaksa memberi laluan kepada P.Kamalanathan.

Isu ini dipercayai punca perbalahan antara Mugilan dengan Samy Vellu. Mugilan mengehadkan tempoh 7 hari agar Samy berundur secara sendiri, dan beliau akan mengumumkan formula GAS untuk menggulingkan Samy Vellu sekiranya Samy enggan berbuat demikian. “Samy adalah beban BN dan kerajaan, kalau beliau tidak berundur, BN pula yang akan diheret.”

Di samping itu, Setiausaha Agung MIC S. Murugesan yang menyokong GAS telah dipecat pada petang, semalam. -MR

Gambar Selepas Serangan Tentera Israel Ke Atas Aktivis Pro Palestin

 , at 31.5.10,

https://i0.wp.com/news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-05/31/13325547_11n.jpg
https://i2.wp.com/news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-05/31/13325548_11n.jpg

https://i0.wp.com/news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-05/31/13325545_11n.jpg

Seorang mangsa yang tercedera dibawa ke hospital Rambam di bandar Haifa utara, Israel, 31 Mei, 2010. Pertembungan berlaku pada pagi Isnin antara aktivis flotila bantuan antarabangsa dan tentera laut Israel, menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang terkorban, tentera Israel turut mengesahkannya.

https://i0.wp.com/news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-05/31/13325544_11n.jpg
Sebuah kapal laut Israel sedang meronda berhampiran pelabuhan Ashdod, Israel, 31 Mei, 2010. Pertembungan berlaku pada pagi Isnin di antara flotila aktivis batuan antarabangsa Gaza dan tentera laut Israel, menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang yang terkorban.

https://i2.wp.com/news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-05/31/13325543_11n.jpg
Sebuah kapal laut Israel meronda berhampiran pelabuhan Ashdod, Israel, 31 Mei, 2010.

Konvoi Gaza: Serah memo esok, demo Jumaat , at 31.5.10,

Demonstrators hold a large Palestinian flag during protest against  Israel as they march to Taksim square in Istanbul May 31, 2010. At  least 10 activists were killed in an Israeli naval takeover on Monday of  a Gaza-bound aid convoy, an Israeli military spokesman said.

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS akan menghantar satu memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang jam 12 tengah hari esok (Selasa) berhubung serangan tentera rejim Israel ke atas Konvoi Kapal Freedom Flotilla.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) memberitahu, penyerahan tersebut akan diketuai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan akan turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Sehubungan itu, penyokong solidariti Palestin dan ahli PAS di sekitar Lembah Klang khusnya di Kuala Lumpur dan Selangor diminta hadir sebagai tanda sokongan.

Mereka diminta membawa bendera Palestinp dan placarad sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman zionis Israel.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 20 daripada aktivis di atas kapal tersebut meninggal dunia dan 30 cedera akibat serangan tersebut awal pagi tadi.

Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa itu diketuai oleh sebuah NGO dari Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan maklumat terkini mendapati kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel.

Konvoi itu membawa kira-kira 15,000 tan barangan bantuan kemanusiaan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat mewajibkan seluruh ahli dan pimpinan Pemuda kawasan dan negeri hadir ke himpunan sejuta umat di depan kedutaan Amerika selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.

Pengerusi Dakwah dan Perkaderaan Pemuda PAS, Ustaz Ridwan Mohd Nor berharap semua peserta demo perlu membawa kain rentang, poster mempamerkan bantahan terhadap kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Israel.

Katanya, himpunan pada hari Jumaat itu akan menyatakan bantahan kepada pelindung Israel iaitu kerajaan Amerika Syarikat dan rejim Mesir.

Beliau menyelar tindakan serangan yang dilakukan oleh rejim Israel kerana kapal tersebut membawa bantuan kemanusiaan untuk membantu umat Islam Gaza.

Umat Islam Gaza kini sedang terkepung akibat pemencilan Israel dan sekutunya termasuk rejim Arab, katanya.

“Semua peserta demo akan berkumpul di Tabung Haji dan insya Allah demo akan dipimpin oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, pimpinan Pemuda dan juga wakil NGO,” ujarnya.

Beliau menyeru semua masjid dan markas PAS seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa qunut nazilah supaya Allah melindungi anggota misi kemanusiaan ke Gaza.

Sementara itu, Muslimat PAS Selangor turut membantah keras kekejaman tentera Israel yang menyerang misi sukarelwasan membantu umat Islam yang terkepung di Gaza.

Naibnya, Ustazah Mariam Abd Rashid berkata, misi tersebut hanya untuk membantu mangsa perang yang sedang berhadapan dengan kesukaran dan keputusan makanan serta bekalan ubat-ubatan.

Sebenarnya kata beliau, Amerika Syarikat tidak serius melarang tentera Israel malah secara diam-diam rejim Obama menyokong tindakan tersebut.

“Kita minta umat Islam seluruh dunia berdoa dan munajat supaya konvoi sukarelwan itu terselamat dan Israel laknatullah segera dibalas Allah,” katanya. -Hrkh

%d bloggers like this: