“KABAR” Era Pakatan Ada Permit, KDN Rampas Semborono

Posted by RAKYAT MARHAEN


Ketua pengarang akhbar Kabar Era Pakatan hari ini menyangkal kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menyebut tabloid tersebut diterbitkan tanpa permit penerbitan.

Mat Zahari Ali (kiri) berkata permit bagi akhbar terbitan Damak Media itu diperolehi untuk akhbar dengan nama ‘Kabar’ bagi tempoh satu tahun bermula 28 Disember 2009.

Jelasnya, “Era Pakatan” hanya merupakan motto bagi penerbitan tersebut dan perkara ini dinyatakan dalam sepucuk surat kepada KDN pada 29 Apr lalu.

KDN bagaimanapun bertindak merampas sebanyak 6,108 naskah akhbar tersebut, berdasarkan aduan awam dan laporan polis.

Mat Zahari bagaimanapun tidak yakin dengan alasan tersebut dan mendakwa tindakan rampasan itu dibuat atas “arahan pihak atasan.”

KDN Rampas Akhbar Kabar Era Pakatan

Tindakan Bahagian Penerbitan Kementerian Dalam Negeri di Perak dan Selangor pada 22 Mei lalu merampas 3,000 naskhah akhbar alternatif Kabar Era pakatan memburukkan lagi rekod kebebasan media Malaysia.

Sebelum ini dua stesen televisyen ntv7 dan tv2 telah ditekan agar menghentikan atau tidak menyiarkan program yang dianggap merugikan kerajaan BN.

Menurut Ketua Pengarang KEP Mat Zahari Ali berkata alasan yang diberikan tidak spesifik dan membingungkan pemilik dan editor akhbar KEP.

“Rampasan dibuat kerana tajuk akhbar tidak sama dengan tajuk permit, juga pertukaran permit dari Konsep kepada Kabar tanpa memberitahu KDN serta terdapatnya laporan kepada unit penerbitan KDN oleh pihak tertentu.

“Kami tidak tahu mana satu alasan sebenar yang mewajarkan tindakan KDN ke atas KEP. Dahulu kami menggunakan permit Konsep dan permit itu tamat tempoh. KDN beri amaran akan merampas akhbar. Namun apabila kami tukar kepada permit baru akhbar tetap dirampas juga.

“Saya dihubungi oleh pegawai KDN mendakwa tajuk KEP tidak sama dengan yang tertulis dalam mock up ( nashkah contoh permohonan permit). Perkataan Erapakatan tidak ada. Hakikatnya akhbar lain pun tidak meletakkan tagline mereka ketika memohon permit.

“Kami juga menerima dakwaan terdapat laporan tertentu dalam akhbar yang menyentuh pimpinan BN. Tetapi akhbar harian pro-BN melakukan serangan yang lebih hebat ke atas pemimpin pembangkang. Malah memfitnah mereka. Mengapa KDN tidak mengambil tindakan,”katanya kepada Suara Keadilan.

Tambahnya, tindakan KDN ke atas KEP agak agreasif selepas akhbar terbabit menyiarkan kes kapal selam Scorpene (KD Tunku Abdul Rahman) yang membabitkan PM Najib Razak serta Razak Baginda yang sedang disiasat oleh seorang peguam Peranchis sebagai berita muka depan pada April lalu.

“Sebelum ini ketika kami siarkan isu APCO pegawai KDN pernah pergi ke kilang cetak. Tetapi apabila kita siarkan gambar PM Najib pada muka depan maka berlaku rampasan dalam jumlah yang banyak,”sambungnya.

“Rampasan seperti ini amat tidak demokratik dan menyekat kebebasan media. Tidak sepatutnya akhbar disekat, kerana selain akhbar rakyat ada internet. Sekat macam mana pun berita dan maklumat tidak boleh dihalang daripada tersebar,”ujarnya.

Akhbar Kabar Era Pakatan diterbitkan sejak September 2009. Asalnya ia menggunakan permit Konsep sehingga Mac 2010 dan bertukar kepada permit Kabar pada April lalu yang mempunyai tempoh sah sehingga Disember 2010. -SK

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: