Harussani Zakaria Penasihat – Warga Brunei Rugi RM211 Juta

 , at 30.5.10,

Harussani Zakaria
Harussani Zakaria

4,763 minta bantuan dapatkan semula pelaburan dalam firma Malaysia

Seramai 4,763 rakyat Brunei yang melabur dalam sebuah syarikat yang didaftarkan di negara ini memohon bantuan kerajaan Malaysia membantu mereka mendapatkan semula wang pelaburan yang didakwa berjumlah B$91.5 juta (RM211.549 juta).

Sembilan wakil pelabur itu yang berada di negara ini sejak Ahad lalu untuk menyelesaikan masalah berkenaan, mendakwa mereka melabur menerusi sebuah entiti, iaitu Kelab Taqwa Malaysia (KTM) yang dimiliki Syarikat Kumpulan Dina yang mempunyai cawangan di Brunei dan Sarawak.

Seorang wakil mereka yang enggan namanya disiarkan mendakwa, ketika kempen menarik pelaburan, KTM yang beroperasi di Limbang, Sarawak, mendakwa menggunakan kaedah urus niaga berunsurkan Islam dengan slogan ‘Diri Islam, Negara Aman’, menyebabkan mereka yakin melabur.

“Wakil syarikat itu mendakwa melantik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai penasihat syariah sejak Mac 2008 untuk meyakinkan pelabur,” katanya ketika datang ke Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, sebelum membuat pembayaran kepada KTM, mereka berurusan dengan sebuah lagi syarikat dikendalikan pengurusan sama, Pan Phoenix Dina Sdn Bhd (PPD) di Brunei, tetapi ditutup tidak lama selepas itu kerana dikatakan terbabit menerima deposit tanpa lesen perbankan sah.

Seorang pesara lelaki yang turut melabur berkata, pembayaran keuntungan berjalan lancar sejak 2007 sehingga syarikat itu ditutup pada 16 Mac tahun lalu.

Beliau berkata, selepas ditutup, seorang daripada pengasas syarikat warga Malaysia membuat perjanjian untuk membayar semula modal secara berperingkat pada September tahun lalu dan awal tahun ini, namun ia tidak dilaksanakan dan mereka menghilangkan diri tanpa dapat dihubungi.
“Selain menggunakan wang persaraan, saya resah kerana selalu menerima panggilan rakan dan saudara mara bertanyakan mengenai wang pelaburan mereka yang masih tidak dikembalikan syarikat berkenaan,” katanya.

Seorang wanita yang melabur B$165,000 (RM381,482) mendakwa, mereka sudah berjumpa wakil Bank Negara Malaysia (BNM) dan dimaklumkan antara RM20 hingga RM30 juta wang milik KTM dibekukan kerana kesalahan menerima deposit tanpa lesen sah.

“Meskipun dimaklumkan pelabur bakal menerima semula wang selepas kes diputuskan oleh mahkamah, ia akan memakan masa dan selepas pelbagai ikhtiar, kami berharap pemimpin di Malaysia dapat membantu kami.

“Bukan semua rakyat Brunei yang melabur dalam syarikat itu terdiri daripada mereka yang berpendapatan tinggi. Selain menggunakan wang persaraan, ada yang membuat pinjaman kerana menyangkakan memperoleh pulangan lumayan,” katanya.

Harussani ketika dihubungi berkata, beliau tidak lagi berhubungan dengan mana-mana wakil syarikat itu selepas dimaklumkan ia ditutup dan tiada pelabur yang datang atau menghubunginya.

Sementara itu, berdasarkan salinan maklumat daripada pelabur syarikat itu, KTM dan PPD yang mengeluarkan produk cucian jenama Dina, mempunyai beberapa pejabat, antaranya di Shah Alam, Pengkalan Chepa, Kelantan dan Sarawak.

Antara skim pelaburan yang ditawarkan syarikat itu adalah Al Iwa 2 dengan pelaburan serendah B$500 (RM1156) membabitkan kontrak dua tahun dengan keuntungan dijanjikan 24 peratus sebulan. Pelaburan tertinggi yang ditawarkan ialah Al Ghani dengan permulaan serendah B$200,000 (RM462,403) dengan kontrak setahun dan keuntungan 30 peratus sebulan.

April tahun lalu, Pengarah Pan Phoenix Dina Sdn Bhd, M Bakri Kamaruddin dan Zainal Md Yusof dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM33 juta yang boleh menyebabkan mereka dihukum penjara lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. – BH

5 Responses

  1. Apa ler! Mufti Perak jual minyak ular ! Baik kirim dia bekalan jual gambir Sarawak, juga ! 😀

  2. Masih lagi ! Patut masuk lokap!

    Jual minyak ular? Masih jadi Mufti? Apalah jadi Perak? Apa lagi dia nak tipu? Kalau percaya lagi orang, tak tau lah !!!

    Patut direjam dengan batu ?

    Harussani to continue to be ‘mediator’ for Muslim-Malay unity
    July 17, 2010
    IPOH, July 17 —Perak mufti Tan Sri Harussani Zakaria will continue to play the role of “mediator” in efforts to unite the Muslims and Malays in the country although he realises that several groups, especially the opposition parties, are not happy with his role.

    He said he had never given up hope of uniting the Muslims especially Umno and PAS members and the desire to see it becoming a reality had never waned.

    “There is still hope (for Muslim and Malay unity) if we are smart in giving priority to more important matters towards achieving this goal. There is still hope because both (Umno and PAS) want to unite,” Harussani (picture) told reporters after opening the Perak Malay Assembly organised by non-governmental organisation Gagasan Melayu Perak here today.

    He said leaders from the two parties had approached him recently to discuss and seek his views on ways of uniting the two largest Malay-based political parties in the country.

    However, he said he was not a politician and did not have the right to decide for both the parties. — Bernama

  3. Harussani Z is more interested to ‘tangkap’ ‘tangkap’ ‘tangkap’ for slightest mistake, to gain brownie points and lick the toes of his political masters rather than to spread the message of Islam or inculcate good values amongst the people.

    Celaka betul dia!

  4. This guy is an UMNO politician in Mufti clothings!
    A Tan Sri who drives a mercedes – definitely not one who is expected to be practising humility and spreading love of the religion to the masses.

  5. Apa yang JELAS dan perlu difaham mengenai Harussani adalah dia seorang PENIPU dan PEMBOHONG dan telah melakukan JENAYAH.

    Kalau dia “tidak lagi berhubungan dengan mana-mana wakil syarikat itu selepas dimaklumkan ia ditutup dan tiada pelabur yang datang atau menghubunginya” tidak melepaskan dia daripada penipuan yang TELAH dengan DIKETAHUInya dia telah membuat.

    Dia patut diheretkan ke mahkamah kerana PENIPUAN dan didenda sehendaknya, jika bersalah.

    Kerana dia MUFTI tidak bermakna apa-apa sekarang. Yang terus menghinakan orang Islam lain juga adalah kedudukan Harussani sebagai Mufti dan diperkukuhkan lagi oleh Sultan Perak, seorang jaguh kehakiman. Dan anaknya Raja Nazrin kononnya pejuang Corporate Governance, Accountability dan Transparency !

    Kalau Harussani ahli UMNO itu bagus, itu hak dia. Yang saya peduli adalah dia seorang PENIPU dan mungkin seorang penjenayah berselindung bawah tudung MUFTI dan dengan persetujuan Sultan Perak, walaupun butir-butir penglibatan penipuannya jelas di khalayak ramai. Setakat ini hanya penjelasan yang ada ialah:

    “…tidak lagi berhubungan dengan mana-mana wakil syarikat itu selepas dimaklumkan ia ditutup dan tiada pelabur yang datang atau menghubunginya….”

    Menjadi penasihat skim itu bernakna dapat upah yang mengasaskan tanggungjawab “kontrak”. Ini bertentangan dengan nilai yang diwar-warkan oleh Raja Nazrin yang berkhutbah tentang GOVERNANCE! Tapi Muftinya menipu dan tiada tidakan waras diambil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: