Perasmian Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden, Negeri Terengganu

The 4th Annual Malaysian Student Leaders Summit (MSLS) 2010

Law conference: Anwar pokes fun at AG’ absence

Now that the 15th Malaysian Law Conference has come to a close, Anwar Ibrahim and the Bar Council organising committee are making light the controversy caused by the opposition leader’s presence at the conference.

As Anwar gave his closing address, he applauded the organising committee’s bravado for inviting him to the event, a move that was said to have cost Attorney-General Abdul Gani Patail’s presence.

“Really, I should say that words can’t convey my profound appreciation for the ‘slings and arrows of outrageous fortune’ that your organisation had to suffer by inviting me here.

Polis serbu ceramah PKR di Rengit

Harakahdaily   
BATU PAHAT, 1 Ogos: Sekurang-kurangnya 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di Rengit di sini.

Serbuan dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah dipantas itu malam tadi.

Polis bertindak mengosongkan pentas, merampai pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.

Akibat sebuan itu sehingga jam 12.30 pagi tadi difahamkan sekurang-kurangnya sembilan ditangkap terdiri dari tujuh lelaki dan dua wanita.

Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Rengit.

Polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.

Turut ada ketika serbuan adalah Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dan Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Pengerusi Perhubungan Negeri johor, Datuk Chua Jui Meng.

Sehingga berita ini ditulis, Lathefaa yang juga peguam masih berada di balai polis menguruskan mereka yang ditahan.

Penyokong juga difahamkan mula memenuhi perkarangan balai polis, dan tidak mahu berganjak walaupun diarah bersurai oleh pihak polis.

DAP pecat Tee Boon Hock

Harakahdaily   
SHAH ALAM, 1 Ogos: Ekoran dakwaan menyalahgunakan kepala surat Exco untuk sokongan mendapatkan kontrak Majlis Perbandaran Klang (MPK), DAP semalam memecat ahli MPK Tee Boon Hock dari parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Disiplin DAP bermesyuarat hari ini.

Naib Presiden DAP, Tan Kok Wai berkata tindakan itu dibuat selaras dengan perinsip parti yang menekankan integriti dan kebolehpercayaan.

“Ini merupakan kali pertama Jawatankuasa Disiplin DAP memulakan penyiasatan berdasarkan laporan media kerana ini melibatkan kepentingan masyarakat awam dan sebagai satu tindakan yang mencerminkan prinsip asas parti DAP yang mementingkan integriti dan kebolehpercayaan,” tegas Kok Wai yang juga merupakan Ahli Parlimen Cheras.

Boon Hock sebelum ini didakwa menggunakan kepala surat dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor, Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.

Menurut Kok Wai lagi, walaupun tiada aduan bertulis dibuat oleh mana-mana ahli mahupun pemimpin DAP, namun dakwaan yang dilemparkan berkait dengan kepentingan awam dan memerlukan siasatan terperinci.

Ronnie Liu dan Tee akan dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa disiplin yang akan memanggil mesyuarat tergempar dalam masa tiga hari.

Menteri Besar, Tan sri Khalid Ibrahim sebelum ini mengumumkan Boon Hock direhatkan sementara jabatan audit dalaman membuat siasatan.

FRU kawal jalan masuk ke Himpunan Warga Felcra

Harakahdaily   
PASIR SALAK, 31 Julai: Anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota polis berpakaian biasa mulai mengawal jalan masuk ke tapak Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Changkat Lada, sejak kira-kira jam 8.30 malam ini.

Tiga trak FRU dengan 15 anggota di samping sekitar 20 anggota polis berpakaian biasa berada di kawasan berkenaan yang menyulitkan penduduk setempat dan pengunjung ke tapak himpunan itu.

Pada malam ini, beberapa pemimpin PAS, antaranya AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mazlan Aliman (gambar kiri) dijangka akan menyampaikan ceramah di situ.

Sementara itu Mazlan ketika ditemui berkata, penempatan anggota polis dan FRU tersebut sebagai usaha menakut-nakutkan orang ramai ke program tersebut.

“Saya tak nampak program kita ini mengganggu, kita buat jauh dari kediaman orang dan atas tanah persendirian.

“Pada saya ini kesan ketakutan Umno BN,” katanya.

Bagaimanapun beliau masih menaruh harapan kepada pihak keselamatan untuk tidak mengganggu ceramah malam ini.

Pada malam ini juga pengurusan Felcra menganjurkan majlis Tilawah al-Quran di Dewan Besar Felcra kira-kira 500 meter dari himpunan warga Felcra yang dianjur Pakatan Rakyat.

Majlis Tilawah itu bagaimanapun menurut Mazlan, usaha Felcra bagi mengganggu himpunan yang diadakan.

Himpunan Felcra tetap diteruskan

Nazri Abdullah   
PASIR SALAK, 31 Julai: Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak tetap diadakan biarpun beberapa berita pembatalan program mula disebarkan pihak-pihak tertentu.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, berita pembatalan yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas SMS hari ini adalah tidak benar sama sekali.

“Program tetap diteruskan dan kita tak pernah membatalkannya.

“SMS yang tersebar itu adalah tidak benar dan cubaan pihak tertentu menghalang rakyat dari hadir ke program kita,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, selain SMS, berita pembatalan juga disiarkan melalui stesen radio RTM negeri hari ini.

Pihak polis juga jelasnya telah mengeluarkan arahan supaya rakyat tidak menghadiri himpunan tersebut kerana didakwa tiada permit.

Mazlan bagaimanapun bertegas program tersebut tidak menyalahi undang-undang kerana dibuat ditanah persendirian milik seorang ahli PAS di kawasan tersebut.

Penganjur juga sebelum ini telah dua kali memohon permit dari pihak polis namun ditolak.

Himpunan tersebut bermula malam ini bertempat di Felcra Bandar Seberang Perak (Changkat Lada) dianjurkan oleh Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Sebelum ini penganjur himpunan tersebut telah menerima pelbagai ugutan agar membatalkan program tersebut.

Peserta Felcra pula diberi amaran agar tidak menghadiri program tersebut.

Semalam, Felcra menggunakan masjid di sekitar Pasir Salak memberi amaran kepada peneroka bahawa mereka akan ditangkap jika terlibat dengan himpunan tersebut.

Semalam juga Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman memberi amaran  mengeluarkan kenyataan mahu menyaman penganjur jika program ini memfitnah Felcra.

Ekoran amaran terbaru itu juga, Anak menjemput Tajudin untuk bersama dalam himpunan tersebut.

Pengerusi PAC: Pusat wajar contohi Selangor

Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 31 Julai: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berharap kerajaan pusat dan negeri-negeri mencontohi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor melantik Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dari kalangan pembangkang.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor baru-baru ini, kerajaan Selangor mengemukakan usul melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong dari Barisan Nasional (BN) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri.

“Ia satu rekod dan patut dicontohi untuk membantu pentadbiran kerajaan berjalan dengan telus, lebih berakauntabiliti dan bertanggungjawab,” katanya.

Mohamad melihat tindakan itu sangat penting untuk memastikan perbelanjaan wang rakyat dapat dilakukan dengan pengawasan yang lebih realistik serta disegani.

“Kalau kita melihat di peringkat pusat misalnya, perlantikan ‘kawan sendiri’ dari Umno dan BN sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC)hampir-hampir tidak membantu pengawasan yang disegani ke atas perbelanjaan wang rakyat.

“Rakyat semakin sakit hati melihat wang mereka dibelanjakan sesuka hati secara tidak bertanggungjawab, contohnya juak-juak parti yang memerintah keluar negeri beramai-ramai sehingga empat lima puluh orang tanpa sebab yang munasabah.

“Tindakan itu sama sekali tidak pro-rakyat,” katanya.

Beliau melihat tindakan-tindakan yang hampir tidak bermanfaat untuk kepentingan rakyat itu hanya membazirkan wang mereka.

“Kalau pergi dengan duit sendiri, itu mereka punya fasal. Tetapi rombongan seperti itu diadakan dengan menggasak wang rakyat,” katanya.

Mohamad juga berharap tindakan kerajaan Selangor itu dapat membantu pentadbiran yang lebih adil.

“Katakanlah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menerima akibat dari tindakan melantik pengerusi PAC dari kalangan pembangkang itu.

“Bagi saya secara peribadi, tidak mengapa Khalid terkorban kerana mempertahankan keadilan.

“Mempertahankan keadilan adalah jauh lebih baik dari semata-mata mempertahankan pemerintahan,” katanya.

Tidak ada gunanya mempertahankan pemerintahan yang tidak ada keadilan, tegas beliau lagi.

“Jika kita mengkaji sejarah, Khalifah Umar Abdul Aziz memerintah dalam tempoh tak sampai tiga tahun.

“Tetapi, pencapaian dalam pemerintahannya menjadi sebutan, ikutan malah diratapi sehingga ke hari ini,” kata Mohamad.

Beri peluang PAS sejahterakan rakyat

Ali Hashim   
 

KEPALA BATAS, 31 Julai: Umno disaran supaya memberikan peluang kepada PAS untuk memimpin negara bagi memberi kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat negara ini.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Husam Musa semasa menyampaikan ceramah anjuran Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pulau Pinang dan Kelab Amanah Rakan Industri Bersatu (KARIB) di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, semalam.

Dengan pelbagai masalah wang rakyat yang disalahgunakan serta kerugian yang dialami oleh pelbagai agensi milik kerajaan adalah wajar bagi PAS menjadi peneraju bagi menggantikan Umno untuk membela nasib rakyat.

“Dibawah pemerintahan Umno dan BN isu yang melibatkan kerugian banyak belaku. Antara Pos Malaysia, Sime Darby, Felda dan begitu juga dalam isu PKFZ. Ia adalah suatu perkara yang memalukan kerana ketidakcekapan urus selia oleh kerajaan yang berkuasa kini.

“Sekiranya mereka diberi peluang untuk terus menerajui negara maka adalah dikhuatiri wang rakyat akan terus hilang,” kata Husam yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan.

Katanya, Umno dan BN sekarang sudah berada dalam keadaan sakit disemua peringkat dalam banyak aspek yang menyentuh pentadbiran mereka.

Oleh kerana itu, adalah lebih baik mereka menyatupadukan sesama mereka terlebih dahulu terutama di kalangan pimpinan dan ahli Umno sendiri.

“Di Terengganu sendiri kita lihat bagaimana puak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan puak Datuk Seri Idris Jusoh tidak sehaluan. Perpecahan dalam Umno bukan saja di sini. Seluruh peringkat dan pelusuk,”katanya.

Bagi beliau, dalam isu penyatuan orang Melayu, formula penyatuan harus betul.

“PAS mahukan Islam untuk menyatukan semua kaum dan bangsa yang ada dalam negara ini. Dengan Islam kita dapat menyatukan orang Melayu, Cina dan India. Dengan Islam juga kita dapat menyatukan semua puak dan mereka yang bermasalah.

“Justeru itu sekiranya penyatuan dilakukan atas dasar Islam maka ia akan dapat memanfaatkan semua golongan masyarakat. Tetapi sekiranya dibuat atas nama suku dan bangsa, ia belum pasti boleh mendatangkan manfaat kecuali ia berpaksikan kepada agama Islam,”tambahnya lagi.

Manakala Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar setuju agar Islam dijadikan asas untuk menyatukan kesemua kumpulan masyarakat termasuk Umno dan PAS.

“Sekiranya Umno sanggup untuk meletakkan Islam itu diatas dalam dasar perjuangan mereka, saya yakin ia adalah satu tindakan yang mampu untuk diberi komitmen kerana ia memperjuangkan semua golongan tanpa menjadikan assabiyah itu sebagai satu kemestian

“Namun begitu sekiranya bangsa dijadikan dasar dan asas dalam perjuangan, Islam itu belum pasti akan dapat dinobatkan. Oleh kerana itu maka PAS berkeyakinan hanya Islam saja yang mampu untuk dimartabatkan untuk semua kaum dan manusia yang ada dibumi ini,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan PR tempatan.

Muhyiddin beri amaran usah buat tuntutan etnik melampau

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani
KUALA LUMPUR, 31 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran agar kumpulan-kumpulan yang mewakili kepentingan kaum masing-masing agar tidak membuat tuntutan melampau atas alasan langkah sedemikian boleh menjejaskan perpaduan.
Sehubungan itu Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat harus melihat dari sudut “gambaran yang lebih luas” sambil menerima hakikat bahawa Malaysia sebuah negara majmuk.
“Saya mahu mengingatkan pemimpin-pemimpin muda kita bahawa menguruskan sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia memerlukan banyak kebijaksanaan.
“Kami sentiasa mencari keseimbangan yang terbaik antara berkhidmat untuk kepentingan setiap etnik dan memenuhi kepentingan negara,” kata Timbalan Presiden Umno ini.
Bercakap pada Sidang Kemuncak Tahunan Kepimpinan Pelajar Malaysia Keempat di sini hari ini, Muhyiddin berkata permintaan keterlaluan oleh satu komuniti kadangkala mengundang respons bermusuhan di kalangan etnik lain.
“Ini sudah pasti akan memburukkan hubungan kaum dan menjejaskan perpaduan nasional,” kata Muhyiddin.
Pertubuhan bukan kerajaan seperti Perkasa kini mengetuai gesaan agar kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) mengekalkan hak dan keistimewaan Bumiputera termasuk kuota meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ekonomi negara mesti bergerak atas asas kompetitif dan saksama.
Dalam pada itu, beberapa kumpulan etnik pula mendakwa kuota seumpama itu hanya memanfaatkan mereka yang kaya manakala rakyat miskin pula ketinggalan dan rasa kecewa.
“Jika kita mahu melihat negara kita menuju masa depan yang lebih baik sebagai negara aman dan makmur bagi setiap rakyat, kita harus melihat dari sudut yang lebih besar,” kata beliau dengan menambah, kepentingan negara perlu diutamakan sambil mengetepikan kepentingan kaum.
“Kita kena menerima hakikat bahawa dalam negara majmuk seperti Malaysia, keamanan dan keharmonian hubungan kaum adalah sangat penting. Yang ini kita kena pelihara dan pertahankan dengan terbuka,” kata Muhyiddin.
Posted by RAKYAT MARHAEN
%d bloggers like this: