Kejadian bunuh diri di bangunan sultan iskandar pejabat persekutuan ,kuching, sarawak yang melibatkan seorang kakitangan awam .

Cops quiz Liu, Tee over ‘letterhead abuse’

Harta Menteri BN rahsia negara!

 Ketua Pengarah SPRM menyebut adalah penting bahawa anggota kabinet mengisytiharkan harta atau aset mereka buat pengetahuan umum. Menurut kenyataannya beliau mahu mengusulkan agar kabinet Najib Tun Razak mengisytiharkan harta masing-masing pada umum.

Sejurus pengumuman itu kita menjangkakan ia akan diterima secara positif oleh anggota kabinet kerajaan BN yang melaungkan slogan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”, rupanya tidak.

Saranan baik oleh Dato Seri Abu Kasim Mohamed itu rupa-rupanmya dipandang serong dan sepi oleh pimpinan “1 Malaysia”.

Menurut Hishamuddin Tun Hussien, saranan itu tidak sesuai. Katanya memadailah amalan sekarang iaitu anggota kabinet mengisytiharkan harta masing-masing kepada Perdana Menteri. Kata Hishamuddin lagi harta anggota kabinet adalah rahsia dan perlu dilindungi dari dipolitikkan oleh pihak lain.

Malah kata beliau lagi kalau saranan ini mahu dilaksanakan ia melibatkan dasar kerajaan dan perlu dibincang dan diluluskan oleh kabinet.

Amboi sampai begitu sekali sukar dan berahsianya anggota kabinet BN. Apa yang usasah dan berhasia sangat?

Sedangkan di Selangor seawal 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat, Menteri Besar tanpa susah-susah mahu merobah dasar atau mohon kelulusan telah mengeluarkan arahan agar semua anggota EXCO termasuk beliau sendiri mengisytiharkan harta masing-masing dan maklumat ini ditontonkan buat pengetahuan umum melalui laman web kerajaan negeri.

Apa yang susah sangat?

Kalau Pakatan Rakyat boleh mengapa BN tak boleh? Apa isitimewa sangat PM dan kabinetnya, sehingga harta mereka masing-masing merupakan rahsia negara?

Jelas jika saranan Ketua Pengarah SPRM ini tidak mampu dilaksanakan, sahlah bahawa mereka ada sesuatu yang mahu disorok dari pengetahuan umum…..jangan rakyat dibodh-bodohkan dengan konon dasar kerajaan atau rahsia kerajaan. Samada isytihar atau memang mereka mahu menyorok sesuaut dari diketahui umum!

Posted by RAKYAT MARHAEN

Berani tak Utusan Malaysia dan Berita Harian?

 oleh Merah Hitam

Banyak sungguh berita yang menarik bila M’siakini bersikap memberi peluang pada kedua-dua pihak UMNO/BN dan Pakatan Rakyat. Dalam M’siakini hari ni jer, ada beberapa tajuk yang amat menarik keluar di muka yang sama.
1) “UMNO beri amaran “jangan main api” kepada Yb Pua(DAP) berkaitan isu diskaun pemilikan rumah dan hartanah kepada bumiputra.Amaran ini disampaikan oleh Datuk Ahmad Maslan,Ketua Penerangan UMNO.
2) “Haramkan DAP” kata YB PKR yang melompat ke kawasan bebas, yang dikatakan dah dibeli UMNO, iaitu Zulkifli Nordin.
3) “Tahanan melarikan diri, KP imigresen akur jika ditukar ” Datuk Hisha,Menteri KDN khabarnya kesal dengan peristiwa 20 tahanan dari Afghan melarikan diri.
4) 36 peserta demo anti-ISA ditangkap.
5) Kenapa demo penyokong ISA tidak ditangkap?
Boleh ker Berita Harian atau Utusan Melayu buat macam ni?Berani tak dua akhbar tu beri peluang yang sama pada PR? Berani tak kedua-dua akhbar tu letak poster anti-ISA macam diatas?

Jangan pinda, mansuh! -dari mahasiswa

Anti-ISA : Kekerasan Polis Buka Mata Rakyat

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh kesal dengan  tindakan polis yang melakukan penangkapan dan kekasaran terhadap peserta perhimpunan aman membantah ISA malam tadi.
Beliau menegaskan penahanan itu  hanya membuka mata rakyat terhadap kezaliman yang dilakukan pihak berkuasa.

Semua 30 peserta kempen nyalaan lilin anti-ISA yang ditahan polis Petaling Jaya malam tadi  dibebas kira-kira jam  4.30 pagi dengan jaminan polis.
Bagaimanapun, nasib mereka, sama ada didakwa di mahkamah atau sebaliknya hanya diketahui kira-kira dua minggu lagi.

“Penahanan ini sebenarnya tidak harus berlaku . program yang kita lakukan adalah perhimpunan yang aman dan tidak ada keganasan. malah ia tidak ada aktiviti ceramah besar-besaran, cuma berkumpul berhimpun menyalakan lilin sebagai tanda kekecewaan kita terhadap ulang tahun ISA hingga tahun yang ke 50,” ujar beliau.

Mencerita suasana tangkapan, beliau berkata, mereka digari  sebelum dibawa ke IPD Petaling Jaya dan  keterangan mereka diambil sehingga  sekitar 5 pagi.
Kata Syed Ibrahim, keangkuhan polis dapat  dilihat berdasarkan kecederaan  tahanan terutama di  bahagian leher dan pergelangan tangan.
“Ada beberapa yang ditahan dan dikasari. ada kecederaan di leher dan pergelangan tangan akibat dipegang dengan kuat. saya difahamkan juga ada yang dilututkan kepala dijalan, ada yang dikepakkan tangan. ini cara yang ganas sedangkan kita orang biasa yang tak bawa senjata. kita cuma ada kaki tangan dan mulut sahaja” katanya lagi.

Beliau menganggap polis sengaja bertindak keras bagi membenamkan hasrat dan keinginan rakyat untuk menghapuskan ISA.
Syed bagaimanapun yakin  rakyat tidak gentar dengan ancaman pihak berkuasa

“Jadi kita harus sama-sama mengajak masyarakat dan rakyat jangan tunduk kepada ugutan dan ancaman. kita lakukan ini untuk kebaikan dan masa depan negara kita.n jadi kita harus teruskan dengan usaha kita,” kata Syed.

Posted by RAKYAT MARHAEN

Minister quizzed by students over new palace

CUKUP 50 tahun!! video keganasan polis

Lagi tahan dan lagi ditangkap tiada yang gentar malah lebih ramai yang turun ke IPD Petaling Jaya tanda sokongan.
Polis mengganas hingga ke dalam shopping complex
menyalakan lilin di dalam Amcorp Mall setelah dikepung oleh Polis.
Ironi…Anda adalah tetamu kami…sekali kena halau dengan truck water cannon!!!!
Solidariti di hadapan IPD Petaling Jaya untuk mereka yg ditahan
Peguam memantau dari luar

Terkurung dan terkepung

Jentera Kerajaan!!!!!

 

POLITIK 

 

Polis SB yang berbaju biru inilah yang berulangkali memerli-merli saya kerana membawa anak-anak bersama, geram betul rasanya.
Gambar ini ialah gambar menunjukkan Cikgu Bard mula ditangkap sebaik selepas Tuan Syed Ibrahim ditangkap. Mereka berdua berjalan di belakang dan disebelahan saya dan anak-anak.

Polis dan FRU mula mengerumuni kami. Saat ini polis wanita di belakang saya telahpun menggenggam erat lengan kiri saya, tangan kanan saya menggenggam erat tangan anak saya Asiah yang menjerit ketakutan. Lihat polis yang sedang angkat tangan di belakang saya, beliau juga yang mengarah polis wanita yang bernama HAFIIZAH ini menangkap saya dari arah BELAKANG ketika kami sedang berjalan dengan aman menuju ke dalam Amcopr Mall setelah diarah polis untu bersurai!!!
Lihat aksi Cikgu Bard yang cuba menghalang polis dari menangkap saya. Syed Ibrahim di hadapan saya membelakangkan camera juga dalam aksi menghalang polis dari terus menangkap saya.

Ini sekatan FRU betul-betul di hadapan pintu masuk ke Amcorp Mall.

Rasanya aksi ini sebaik kami melepasi tangkapan polis, Syed Ibrahim dan Cikgu Bard sudah tidak kelihatan kerana mereka sudah ditangkap. Yang kelihatan ialah saudara Nazri bekas Pengerusi ‘GERAK’. Kami berjalan menuju ke Amcorp Mall.

Lagi gambar ketika sebelum tangkapan dibuat.
Tuan Syed Ibrahim dan Cikgu Bard serta yang lain telah memastikan supaya polis tidak terus menangkap saya. Asiah menangis sekuat hati. Namun polis yang mengeluarkan arahan di atas, sekali lagi cuba menangkap saya ketika kami berada di hadapan IPD PJ, namun sekali lagi berjaya diselamatkan apabila isteri Tuan Syed Ibrahim berada berdekatan dengan membawa kereta, cepat-cepat kami selamatkan diri dengan menaiki keretanya.
Rupanya kami mendapat maklumat bahawa polis memang mahu menangkap 6 orang AJK GMI.

by ummu asiah

Posted by RAKYAT MARHAEN

Polis menganas di Vigil sempena 50 tahun ISA di Armcorp Mall, PJ (Bah 1)

Gambar-gambar di bawah ialah ketika perhimpunan mula diadakan dan Polis dari awal lagi telah menganggu. Ini bertempat di hadapan Padang Timur berhadapan dengan Amcopr Mall.
Pegawai Polis di bawah inilah yang beberapa kali jerit supaya orang ditangkap. “tangkap yang pakai merah!!!!”


Ada yang cedera setelah polis dan FRU mula mengejar dan menolak-nolak orang ramai menuju balik ke arah Amcorp Mall. Gambar di atas ialah Sing Yee salah seorang AJK GMI.

Keadaan bertamnah kecoh apabila polis mula MERUSUH!!!. Kelihatan juga Haris Ibrahim.

Orang ramai para peserta Candle Lite Vigil yang aman bergerak dengan aman…..

FRU seperti biasa membuat benteng menghalang orang ramai masuk atau keluar.

Kelihatan Tuan Syed Ibrahim Pengerusi GMI, Arutchelvam, Nalini dan juga Selvam yang mengetuai team negotiator, menjalankan tugas untuk berunding dengan pihak polis agar memberi peluang untuk semua berkumpul untuk tempuh masa hanya 1 jam sahaja. Kelulusan dari pihak berkuasa tempatan pemilik kawasan tersebut, MBPJ sudah pun diperolehi.

Tengok tu pegawai polis yang menjadi Chief Commandat tu…..menghala loud hailer ke arah Arut yang cuba berunding dengan keras berkata “BIAR SAYA YANG BERCAKAP!!!!!”……sungguh berkuasa dia…tiada perundingan lagi.
Selepas episod ini beliau terus mengeluarkan arahan supaya tangkapan dibuat dan FRU dan polis bervest hijau mula mengganas!!!!

Gambar-gambar ini ketika semua yang hadir dengan diketuai oleh sekretariat program dan AJK GMI bergerak dari tempat letak kereta Amcorp Mall menuju ke Padang Timur untuk mulakan program.

Berjalan secara aman tanpa sebarang laungan jauh sekali PROVOKASI!

Cuba lihat semua pun suka hati dan senyum-senyum sebelum majlis bermula:))

YB Tian Chua datang beri sokongan beliau juga bekas tahanan ISA di tahun 2001-2003. Beliau baru sahaja sampai dari Melaka di mana di sana juga telah diadakan satu perhimpunan Reunion bekas-bekas tahanan ISA. Dari update Twitternya katanya hampir 1000 orang berkumpul di sana, bekas tahanan ISA.

by ummu asiah

Apabila Hishamuddin sibuk dengan Pakatan Rakyat..

Beberapa hari pada hujung minggu yang lalu Hishamuddin Tun Hussain yang juga Menteri di Kementerian Dalam Negeri nampaknya terlalu sibuk dengan mengarahkan dan menggerakkan Polis untuk menghalang dan menggangu aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat..

Bermula dengan di Johor, seramai 50 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) serta anggota Polis telah dikerahkan untuk menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di sini sejurus sebelum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap.


Kemudiannya pula pada malam 1 Ogos pula iaitu Malam Mansuhkan ISA dan perhimpunan sempena ulang tahun ke-50 Akta Keselamatan Dalam Negeri digubal.

Kira-kira 200 orang tenaga polis dikerah untuk berdepan dengan 300 hingga 400 orang peserta, dalam perhimpunan yang bertempat di Padang Timur, Dataran MBPJ Selangor.


Dan di Pulau Pinang pula Tiga aktivis dan seorang peguam yang ditahan polis di sudut pidato Pulau Pinang malam tadi kerana menyertai perhimpunan bagi membantah terhadap Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) mendakwa polis berat sebelah dalam melaksanakan tugas mereka dan dianggarkan kira-kira 200 anggota polis yang dikerahkan ke sudut pidato itu..


Di Ipoh.. polis juga dikerah untuk mengagalkan Malam Mansuhkan ISA


Dan di Perak juga, Sepasukan Polis telah digerakkan untuk menahan menahan Enam belas orang awam sewaktu perhimpunan peneroka di Felcra Bandar Seberang Perak (Changkat Lada), Pasir Salak .Menurut anggota jawatankuasa pusat PAS, Mazlan Aliman yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang menganjurkan perhimpunan tersebut, tiga daripada 16 orang itu masih ditahan dan menunggu untuk direman.

Mungkin kerana memberikan tekanan kepada gerakan yang dilancarkan oleh Rakyat lebih diutamakan oleh Hishamuddin, beliau terlupa Jabatan Imigresen juga dibawah penguasaannya..

Inilah hasilnya..

Tahanan Afghan lari: Hisham berang

PUTRAJAYA, 2 Ogos — Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman akur jika beliau ditukarkan berikutan insiden membabitkan 20 tahanan warga Afghanistan melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi semalam.

Beliau berkata teguran yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung perkara itu adalah berasas kerana insiden itu membabitkan maruah negara.

“Nasib saya… kalau sebagaimana kata Menteri (Dalam Negeri). Kalau sesuatu tidak dilakukan maka Ketua Pengarah perlu ditukarkan. Saya terima hakikat itu.

“Maknanya, saya tidak berperanan atau saya tidak dapat menjalankan tugas dengan baik yang diharapkan oleh menteri dan kerajaan,” katanya.

Abdul Rahman berkata pada masa ini, 20 pegawai dan anggota jabatan berkenaan yang bertugas di depoh tersebut ketika kejadian itu berlaku, telah digantung tugas.

Pada masa sama, beliau meminta sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu supaya mengambil kira semua faktor termasuk kedudukan depoh berkenaan serta mereka yang ditahan di situ.

Beliau berkata warga Afghanistan terbabit telah ditahan pada Disember tahun lepas di Kuala Selangor sebelum diserahkan ke depoh berkenaan pada 18 Februari lepas.

Beliau ditemui pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi semalam, semua tahanan berusia 25 hingga 40 tahun itu, disyaki memotong jeriji dua pintu halangan sebelum menyusup keluar.

Sebelum ini, pada 27 April lepas, 12 warga Afghanistan dan empat warga Myanmar berusia 22 hingga 48 tahun menyusup keluar melalui ruang jeriji yang dipotong sebelum melarikan diri dengan memanjat pagar pusat tahanan sama.

Hishammuddin, hari ini memberi kata dua kepada Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Mahmood Adam dan Abdul Rahman berhubung insiden berkenaan.

Beliau mahu Mahmood dan Abdul Rahman mengambil tindakan terhadap pegawai yang bertugas ketika kejadian itu selain memastikan sistem pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan berkesan di depot berkenaan.

“Saya langsung tidak puas hati. Apa jua sistem yang kita wujudkan, apa jua penekanan yang kita berikan, apa jua undang-undang yang kita pinda, kalau kerja pegawai saya di Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen tidak sampai kepada tahap yang memuaskan, maka isu-isu sebegini akan berterusan.

“Kalau satu kes, mungkin kita kata ada kesilapan, kita boleh maafkan. Dua tiga kes kita mungkin kata kecuaian.

“Tetapi kalau berulang kali, saya tidak boleh dengar lagi alasan terlalu ramai sangat orang di pusat tahanan,” kata beliau yang turut menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin.

Beliau mahu Mahmood dan Abdul Rahman mengambil tindakan terhadap pegawai yang bertugas ketika kejadian itu selain memastikan sistem pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan berkesan di depot berkenaan.

Mengulas lanjut, Hishammuddin mahu tindakan tegas diambil bagi menyelesaikan masalah itu supaya ia tidak berulang.

Beliau berkata jika ada kekurangan atau kelemahan di depot berkenaan, perkara itu perlu dimaklumkan kepadanya supaya tindakan susulan dapat diambil.

“Saya penat buat pindaan terhadap akta berhubung kait pemerdagangan manusia. Tetapi bila mereka (pesalah) dibawa ke pusat tahanan, kita dengar berulang kali mereka dapat larikan diri.

“Kalau perkara ini tidak dibendung dan diambil serius sama ada di Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Imigresen, maka isu ini tidak akan selesai.

“Maklumkan kepada saya kalau ada kekurangan. Tetapi kalau mendiamkan diri dan perkara seumpama ini berlaku, mereka kena jawab kepada saya,” katanya.

Hishammuddin tidak menafikan depot tahanan tersebut mempunyai kekurangan namun itu bukannya lagi alasan sehingga tahanan di situ boleh melarikan diri.

Gambar dari pelbagai sumber
Berita dari The Malaysian Insider

%d bloggers like this: