Gambar-Gambar Sekitar Sidang DUN Perak













Foto oleh : Siti Aishah [Srikandi KeADILan]

Posted by RAKYAT MARHAEN

Bekas ADUN UMNO Bersama Pembantu Peribadi Ditembak Mati – Foto


Bekas ADUN Permatang Dan Pembantu Wanita Mati Ditembak

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64 dan pembantunya, Siti Norazah, 43, mati ditembak ketika sedang memandu.

Kereta yang dinaiki mereka merempuh pembahagi jalan. Polis turut menemui sepucuk pistol berisi peluru di dalam kereta mangsa.

Kejadian berlaku di KM476 Lebuhraya Utara-Selatan pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

“Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yg dinaiki mangsa, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya yang dipetik melalui status Facebook yang dikemaskini kira-kira pukul 1.30 petang, pada Selasa.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Tambah Khalid, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

“Kita tidak menolak kemungkinan ini adalah satu kes pembunuhan dan bunuh diri, lain-lain butiran kita tak boleh beri setakat ini… biarlah polis siasat dahulu,” katanya.

Katanya lagi, hasil maklumat saksi mengesahkan tiada individu lain dalam kereta mangsa ketika kejadian.

Abdul Aziz mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 sebelum digugurkan pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu dan digantikan dengan muka baru, Sulaiman Abdul Razak.

Allahyarham juga, merupakan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Abu Hassan Omar.

Sementara itu, anaknya Anis Abdul Aziz adalah Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

KM455-7, Lebuhraya Plus arah Utara selepas Restoran Jejantas Sg Buloh
3 Ogos 2010 Jam 11 pagi

Terdapat dua kesan tembakan pada kepala mangsa.
Kereta ini ditemui terbabas dan merempuh besi pembahagi lebuhraya.
Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.
Polis turut menemui sepucuk pistol jenis revolver di dalam kereta ini bersama lesen memiliki senjatapi dan peluru
Pistol ini disahkan milik Dato Abdul Aziz.

Ulasan GB

Seorang bekas YB bersama seorang pembantu peribadi ditembak ketika sedang memandu. Itu tajuk yang menggemparkan hari ini.

Jarang sekali seorang “bekas” YB mempunyai pembantu peribadi, tetapi YB-YB UMNO biasanya masih mengekalkan PA masing-masing sekalipun sudah bersara menjadi YB. Ramai juga YB-YB dan bekas YB yang kadangkala terpaksa berdepan dengan isu rumahtangga kerana kehadiran PA.

Sepucuk pistol ditemui, kata polis. Tapi kali ini tiada parang yang biasanya disebutkan bersama apabila terdapat kes-kes sedemikian. Belum dipastikan siapa pemilik pistol berkenaan. Milik YB, mungkin, kerana tidak mungkin pula penembak meninggalkan pistolnya di situ.

Siasatan sedang dilakukan oleh polis, oleh itu GB tidak mahu mengganggu proses siasatan berkenaan.

Posted by RAKYAT MARHAEN

Estate residents unhappy with DBKL eviction plans

Residents of the former Bukit Jalil Estate are crying foul over a Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) notice of eviction, demanding that the residents vacate their homes by August 3.

The residents previously received a letter dated June 8 from DBKL, stating that the demolition works will be postponed until the end of discussions between ministers from the Federal Territories and Urban Well Being and Human Resources Ministry.

Despite the outcome of the meeting between the ministers pending, the residents has been issued with the final eviction notice — ordering them to leave.

Bukit Jalil Estate residents made of predominantly Indians with lower income. They have been fighting the battle to get a proper.

Main grouse of the residents are the proposed compensation package offered by the Human Resource Ministry and also the DBKL’s plans to move the Bukit Jalil tamil school to a land gazetted for an Islamic school.

Meanwhile, the residents have been asked to move to the Projek Perumahan Rakyat Kampung Muhibah flats in Puchong, located right across the road to the former estate.

Once the residents move, they would have to pay rental on the flats, which will add to their already increasing financial burden.

To compound their difficulties, the compensation package for each family is only RM 6000.

26 families who were ex-workers of the former estate or descendants of workers were offered ex-gratia compensation, which action committee member Balakrishnan claimed amounted to around RM 11,000, but still fell way short of the residents’ demands of RM 50,000.

Most of them have been living in the estate for over 70 years.

The residents also fear that DBKL’s action of moving the local Tamil school to a land gazetted for Sekolah Agama Seri Keladi would result in their children having to study in an Islamic school.

The local temple will also be moved away to make way for a new LRT station.

Dr M willing to testify at Ling’s trial -video

Excessive Police Action -beginilah keadaan rakyat yang inginkan keadilan tetapi dinafikan oleh pihak berkuasa

Police question another Klang councillor

Klang municipal councillor Lim Lip Suan was today questioned by the police, believed to be in connection with fellow councillor Tee Boon Hock who is embroiled in a scandal over abuse of state letterheads.

A commercial crimes department officer interrogated Lim at around noon, for about 45 minutes.

Budak 7 tahun dapat RM749,903 dalam 30 minit


GAMBAR menunjukkan Kieron Williamson melukis di rumahnya di Holt, Britain baru-baru ini.


 

HOLT, Britain – Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Kieron Williamson mendapat £150,000 (RM749,903) dalam tempoh 30 minit dengan menjual 33 lukisan yang dihasilkannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Jualan lukisannya pada minggu lalu telah menarik ramai pembeli sejauh Arizona, New York dan Afrika Selatan dengan beberapa orang lagi membida dengan menggunakan telefon dari seluruh dunia.

Satu pasangan dari Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) sanggup berkhemah selama dua hari di luar galeri di bandar Holt, Norfolk bagi memastikan mereka hadir pada pameran lukisan ketiga budak tersebut pada Jumaat lalu.

Antara gambar yang dilukisnya termasuk lukisan cat sebuah gereja, itik dan lukisan air beberapa nelayan memunggah hasil tangkapan.

Pada musim panas lalu, semasa berumur enam tahun, dia mengadakan pameran lukisan pertama dengan 19 lukisannya terjual dengan hasil jualan £14,000 (RM70,007).

Bakat Kieron dikesan dua tahun lalu apabila dia mewarnakan gambar dinosaur oleh ibu bapanya.

Namun, pada satu percutian, dia mula menghasilkan lukisan bot di dalam air selepas dibawa ke pelabuhan.

Ibu bapa Kieron kemudian mendapatkan pendangan pelukis tempatan dan pemilik galeri dan mereka mengesahkan Kieron mempunyai bakat untuk mencampurkan warna semasa melukis. – Agensi

MCA backs down from ‘Allah’ stand

By Boo Su-Lyn
August 03, 2010

KUALA LUMPUR, August 3 – The MCA attempted today to distance itself from the DAP although both parties had called on the government to lift the ban on the use of “Allah” by non-Muslims.

The Barisan Nasional (BN) component party’s backtrack on their stand came after Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin questioned them earlier today for sharing the same platform as DAP.

“MCA does not share the same stand with DAP on the call to lift the ban on the use of ‘Allah’ by non-Muslims,” said party president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (pic) today in a statement.

Dr Chua added that MCA was merely echoing the wishes of non-governmental organisation Christian Federation of Malaysia after a dialogue with them during the party’s presidential council last week.

“MCA is only voicing out the wish of the NGO since the issue has not been resolved when it was brought up last year,” said Dr Chua.

MCA had urged Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein yesterday to use his authority to rescind the ban on the non-Muslims’ use of the word “Allah” after the latter expressed regret over his predecessor’s decision to do so.

Last week, Hishammuddin said his predecessor in the Home Ministry should not have banned the word “Allah” from being used by the Catholic Church and added that the decision will continue to haunt his ministry “for a very long time”.

However, MCA’s call earned a stern warning from Muhyiddin today who told them to accept the government’s decision and to avoid triggering another debate on the word “Allah”.

“Component parties must accept so there would not be a debate that will set off another situation which is already calm. I am not sure why DAP and MCA have the same stand in this matter. We know this issue became a heated debate which led to an unhealthy environment,” said Muhyiddin today.

The BN deputy chairman also said that the word “Allah” is an old issue and that the government will stand by its decision.

Youth and Sports Deputy Minister Senator Gan Ping Sieu however rebutted Muhyiddin’s claim and said that the word “Allah” only became an issue when the government decided to ban the word.

“We are not making the same stand with DAP,” said Dr Chua.

“We only want to the Barisan Nasional Government to resolve the issue as soon as possible so that it will not be further exploited by the opposition,” he added.

DAP stalwart Lim Kit Siang had also called on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to end the long-drawn out court dispute between the government and the Catholic Church.

Former home minister Tan Sri Syed Hamid Albar had imposed the word ban on the Catholic Church’s newspaper, The Herald, two years ago.

Syed Hamid had temporarily allowed the conditional use of the word “Allah”, only to rescind the government gazette later.

He had then cited fears that the use of word outside an Islamic context would confuse Muslims.

The Catholic Church has since taken the home minister to court early last year, challenging the ban slapped on its weekly newspaper, The Herald, after the ministry threatened to revoke its annual publishing permit.

In a landmark judgment last New Year’s Eve, High Court judge Datuk Lau Bee Lan ruled the Catholic Church has the constitutional right to use the word and that it was not exclusive to the religion of Islam, as the ministry had claimed.

But the home ministry filed an appeal against the High Court decision in February and won a stay, preventing the Catholic Church from using the word until the case is dealt with in the Court of Appeal.

Hukuman penjara 37 tahun pesalah seks bersiri kekal

August 03, 2010

PUTRAJAYA, 3 Ogos — Seorang pesalah seks bersiri mungkin terpaksa menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan meringkuk dalam penjara selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 37 tahun terhadapnya kerana meliwat bekas rakan sekerjanya tiga kali.

Hakim Datuk Hasan Lah yang mengetuai panel tiga hakim, bagaimanapun membenarkan rayuan Abdullah Mohd Isa, 45, bagi mengurangkan jumlah sebatan daripada 20 kepada 15.

Bekas pekerja kilang itu didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 30 Jun 2006 terhadap tiga pertuduhan meliwat rakan sekerjanya yang ketika itu berusia 18 tahun, di sebuah kilang di Rawang, antara 8 Julai dan 12 Julai 2003.

Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Pahang, ditempatkan di asrama yang sama dengan Abdullah.

Hakim Hasan yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Sulaiman Daud, membuat keputusan itu selepas mendapati tidak ada merit dalam rayuan Abdullah.

Abdullah, bapa kepada dua anak, sebelum ini mempunyai beberapa rekod lampau membabitkan kesalahan seks.

Dia pernah dipenjara kerana mencabul kehormatan seorang wanita di Sekinchan ketika berusia 18 tahun serta pernah disabitkan bagi tiga kesalahan merogol dan dijatuhi hukuman penjara berjumlah 28 tahun dengan 12 sebatan.

Abdullah keluar dari penjara pada tahun 2000, namun tidak sampai tiga tahun, dia meliwat rakan sekerjanya pula.

Dalam kes liwat itu, Hakim Mahkamah Sesyen Azimah Omar (kini Pendaftar Mahkamah Rayuan) telah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dengan 10 sebatan bagi kesalahan pertama dan 17 tahun penjara dengan 10 sebatan bagi kesalahan kedua.

Beliau mengarahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak.

Bagi kesalahan ketiga, Abdullah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dengan 10 sebatan dan mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman itu secara berasingan iaitu selepas selesai hukuman sebelumnya. — Bernama

Tarikh lihat anak bulan tentukan Ramadan 10 Ogos

August 03, 2010

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja, tempat melihat anak bulan pada malam tersebut adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Star (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baru (Kelantan).

Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen, menurut kenyataan itu. — Bernama

%d bloggers like this: