Sime Darby Dijangka Umum Kerugian Terbesar Dalam Sejarah

Dari TV Selangor

Konglomerat gergasi sektor perladangan Sime Darby Berhad dilihat berhadapan dengan kerugian besar sekali lagi selepas 13 tahun manakala beberapa pegawai kanan pengurusan digugurkan dari unit-unit penting.

Portal The Malaysian Insider melaporkan, konglomerat itu dijangka mengumumkan prestasi kewangannya itu, yang dipercayai kerugian sekitar RM2 bilion dan kemungkinan ia boleh meningkat kepada RM2.5 bilion.

Kebanyakan kerugian adalah ekoran kesilapan nasihat pelaburan dalam sektor tenaga dan utiliti di Qatar dan masalah berkaitan dengan projek empangan Bakun di Sarawak.

Sime Darby berhadapan dengan masalah yang sama ketika krisis kewangan Asia 1997, di mana ia mencatatkan kerugian sekitar RM1.6 bilion dan ia merupakan kerugian paling besar dalam enam bulan sehingga Disember 1997.

Ia mencatatkan kerugian RM676.2 juta pada enam bulan berikutnya dan menutup tahun kewangan 1998 dengan kerugian RM540.9 juta.

Juga difahamkan pengarah urusan bahagian pelaburan Tunku Datuk Badlishah Tunku Annuar telah dipindahkan dari beberapa unit di bahagian itu manakala beberapa pegawai lain dijangka menyusul selepas bekas ketua eksekutif Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid diminta mengambil cuti bermulai 13 Mei lalu ekoran kerugian dialami Sime Darby.

Selain tindakan-tindakan itu, kumpulan ini juga dijangka berhadapan dengan tindakan perundangan berikutan jika mengakhiri pelaburan bersama di beberapa negara luar.

The Malaysian Insider juga difahamkan sejak dilantik sebagai pemangku ketua eksekutif, Datuk Bakke Salleh sedang menghalusi pelaburan-pelaburan bersama melibatkan Sime Darby dengan berhujah bahawa sesetengah pelaburan bukan sesuatu yang memanfaatkan Sime Darby.

Beliau dikatakan memberi syor sama ada pelaburan-pelaburan terbabit dikaji semula ataupun ditamatkan.

Penganalisis melihat tindakan untuk menamatkan pelaburan-pelaburan ini dijangka membawa kepada pertikaian perundangan bagi Sime Darby.

Dua minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan belum mengambil sebarang tindakan terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby kerana masih menunggu keputusan kajian oleh pakar-pakar luaran daripada firma perunding (KPGM dan Deloitte) dan sebuah firma guaman bebas.

Sebelum ini ada desakan kesemua anggota lembaga meletakkan jawatan memikul masalahb dialami konglomerat itu.

Najib dalam jawapan bertulis berkata firma perunding dan firma guaman bebas berkenaan kini sedang menjalankan audit forensik bebas yang dijangka selesai pada akhir bulan ini.

“Sebarang keputusan atas dasar akauntabiliti dan kebertanggungjawaban akan hanya diambil setelah segala usaha audit dan siasatan ini selesai sepenuhnya,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika menjawab soalan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengenai tindakan yang diambil terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby secara “en bloc” atas kegagalan mereka menyelamatkan Sime Darby daripada kerugian hampir mencecah RM2 bilion.

Ekoran kerugian lebih RM1.6 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 November ini, telah diminta bercuti.-MalaysianInsider

Ke Mana Perdana Menteri Kita?

KENAPA tidak ada dengar berita ke mana Perdana Menteri yang kita sayangi Mohd Najib Razak bercuti? Sepi dunia Malaysia dua tiga hari ini bila Najib bercuti. Kerana ketiadaanya dia juga menyebabkan ada orang yang berani mempertikaikan slogan keramatnya 1 Malaysia. Ada yang kata orang tidak faham slogan berkenaan.

http://nose4news.files.wordpress.com/2009/12/najib-razak.jpgAda pula yang kata masa diperlukan untuk menjelaskan slogan berkenaan. Kononnya slogan itu baik kerana ia digagas bersemangatkan perlembagaan negara, tetapi sayang ia tidak difahami dan dimengertikan. Semacam puji tetapi benci Najib saja kata-kata itu.

Najib diberikan bercuti ke luar negara 10 hari. Menjelang 1 Ramadhan Rabu depan beliau akan kembali. Ikut bersama tentulah isterinya, Rosmah Mansor. Rosmah selamanya tidak akan membenarkan Najib ke luar negara bersendirian. Malahan Najib menghadap Raja Abdullah Abdullah pun Rosmah kena hadir sama. Belum pernah dibuat orang – bertemu dengan Raja Arab isteri (perempuan) ikut bersama.

Tetapi itu berlaku kepada isteri Najib. Betapa sayangnya Najib tidak macam Abdullah Badawi atau pembesar lain, meninggalkan Jeanne Abdullah di luar sementara bekas PM itu jumpa Abdullah. Bertuahlah si Rosmah Mansor.

Ke mana Najib bercuti? Katanya ke Perancis? Untuk apa ke Perancis. Seorang teman saya memberi tahu Najib di panggil oleh pihak berkuasa Perancis untuk menjawab beberapa soalan berhubung dengan rasuah dalam pembelian kapal selam. Saya cepat-cepat menafikannya.

“Masakan Perancis memanggil perdana menteri kita?” kata saya menolak dakwaan itu. Saya kira kata-kata kawan itu adalah teridea dari pembangkang.

Dia berkeras menjelaskan apa yang beliau tahu. Tetapi saya berkeras menafikannya. Tidak logik. Jangan cuba burukkan Najib dengan rasuah itu. Ia tidak ada kena mengena. Kononnya pihak berkuasa Perancis sudah mula menyoal pihak-pihak tertentu. Skandal itu katanya memalukan Perancis.

Tetapi apa yang saya tahu mengenai Najib selepas di Perancis dia akan ke Rom. Di Rom dia akan berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Di sana Najib akan tonton teater. Sambil itu mereka berdua akan berbincang mengenai tarikh pilihan raya Sarawak.

Ini saya percaya. Sebab ada sedikit kekalutan di Sarawak. Taib Mahmud yang mulanya dikatakan akan membubar DUN Sarawak Jun lepas tidak berbuat begitu. Perkembangan di Sarawak menyebabkan Taib hilang keberanian dan keyakinan.

Bagi Najib pula pilihan raya Sarawak penting untuk mengukur sejauh mana populariti dirinya sebagai PM. Juga untuk ukur sejauh mana 1 Malaysia difahami dan diterima. Kalau Sarawak menang besar bermakna Najib akan terbuka hati untuk meminta parlimen di bubarkan tidak berapa lama selepas itu.

Sebaliknya kalau pilihan raya Sarawak nanti tidak berapa sihat, menyebabkan Najib dan UBN Semenanjung juga tidak berapa sihat. Ini menyebabkan pilihan raya umum ke-13 lambat lagilah.

Apakah keputusan perundingan antara Najib dengan Taib Mahmud kelak. Harap-harap kawan yang berada di Rom akan memberi tahu secepat mungkin. Saya di sini hanya dapat menilik jejak Najib dan Rosmah di dalam batil emas sahaja. Aduhai, Mat Maslan!

http://msomelayu.blogspot.com/

Edisi Pahang: Tuan Ibrahim Tegaskan Isu UMNO Mahu Bersatu Dengan PAS Bagi Elak Perpecahan Melayu, Terbukti Mereka Bermimpi Sebenarnya !

KUANTAN, 5 Ogos – Apalah guna perpaduan jika ia dibuat berdasarkan kepada bangsa dan bukannya agama Islam itu sendiri. Demikianlah sebahagian daripada ucapan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (foto), Naib Presiden PAS dan selaku Pesuruhjaya PAS Pahang dalam ceramahnya di Markas PAS Felda Bukit Kuantan malam tadi. “UMNO mahu mengajak PAS bersatu atas nama Melayu. Jika mereka jujur kenapa tidak mengajak sekali PKR?. Dalam PKR kita ada ramai orang Melayu, Malah Anwar, Wan Azizah, Syed Hussin Ali dan lain-lainya semuanya Melayu. Kenapa hanya PAS yang dipelawa bergabung untuk bersatu kuatkan orang Melayu”, kata beliau. “Saya agak hairan bila pemimpin UMNO mengatakan orang Melayu berpecah jika PAS dan UMNO tidak bersatu. Soalnya, siapa yang berpecah?. Perbezaan fahaman politik adalah perkara biasa yang berlaku, itu bukan berpecah tapi memang ada yang sokong UMNO, sokong PKR, sokong PAS dan sebagainya. Begitu juga dengan anak-anak kita. Apakah kita akan kata berpecah jika anak kita satu ada di Johor, satu di Kuala Lumpur, Satu ada di Kuantan?. Apakah kita kata keluarga tidak bersatu?. UMNO kata Melayu berpecah, sedangkan dalam UMNO sendiri wujud perpecahan. Di Trengganu misalnya, bekas MB Idris Jusoh itu sendiri pun tidak dapat untuk bersatu dengan MB Mat Said. Maka apatah lagi untuk bersatu dengan parti lain. Pemimpin UMNO berpimpi sebenarnya dalam isu perpaduan yang sering mereka canang-canangkan sekarang ini”, tambah beliau lagi.


Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir. Turut kelihatan ialah
Tn.Hj Zahari (Ketua Cabang PKR Paya Besar) dan Sdr. Asri (PAS)

Biarpun hujan, masih ada yang tidak berganjak dari tempat duduk

Dato’ Tuan sedang berbincang sesuatu dengan blogger cucumatkilau
dan kemudian bergambar kenangan sebelum meninggalkan majlis

Dato’ Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa sepatutnya UMNO itu dibubarkan kerana mereka adalah parti yang pernah diharamkan. Bahkan UMNO sudah sesat jauh dalam arus perjuangan yang mereka laung-laungkan, maka sudah semestinya mereka kembali kepada Islam seperti yang diperjuangkan oleh PAS sekarang ini. “Bergabung dan bersatu perlulah atas nama Islam dan bukannya Melayu. Jika bersatu atas nama Melayu, apa akan jadi jika Cina pula bersatu atas nama Cina, India pula bersatu atas nama India maka akhirnya kucar-kacir negara kita ini”, katanya. “Maka eloklah UMNO bersama PAS atas nama Islam, jika mereka benar-benar jujur dan ikhlas untuk mewujudkan perpaduan Melayu. Semua yang mereka lakukan ini hanyalah sati provokasi politik dalam usaha untuk menarik kembali sokongan orang Melayu terhadap parti itu sebenarnya. Dalam masa yang sama mereka mahu memecah belah keutuhan Pakatan Rakyat itu sendiri. Inilah agenda UMNO BN yang memang sudah diketahui sejak dulu lagi”, tambah Dato’ Tuan Ibrahim lagi.

[Turut berceramah malam tadi ialah blogger cucumatkilau. Beliau antara lain banyak menyentuh tentang beberapa penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang pimpinan UMNO BN terhadap rakyat terutamanya masyarakat peneroka Felda. Hujan renyai-renyai tidak membuatkan orang ramai berganjak malah terus bersemangat untuk mendengar. Difahamkan, pengurusan Felda di kawasan berkenaan telah mengatur lawatan ke luar kawasan selepas mengetahui ceramah berkenaan diadakan di situ. Mereka ternyata gusar dengan agenda perubahan yang dibawa oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Apapun, orang ramai tetap berpuas hati dengan program malam tadi biarpun hujan mula turun agak lebat sekitar jam 11.30 malam. Teruskan perjuangan untuk membawa arus perubahan kepada masyarakat peneroka Felda. Turut dilihat hadir ialah Tn.Haji Zahari (Ketua Cabang PKR Paya Besar)].

Panas: Terbukti Menyeleweng, Felda Bazirkan Kos Tiga Hingga Lima Kali Ganda Dari Sime Darby Dan IOI Untuk Tujuan Tanaman Semula Bagi Sehektar

Apa dah jadi dengan isu “Saman RM200 juta” terhadap akhbar Suara Keadilan berikutan artikel “Felda Bankrap” seperti yang diwar-warkan oleh Menteri UMNO Si Ahmad Maslan dulu. Tiba-tiba sahaja menyepi tanpa berita, menyebabkan rakyat dan sebahagian besar para peneroka tertanya-tanya status kes itu. Jika sebelum ini, beliau begitu lantang dan bersemangat untuk mempertahankan agensi itu. Namun, kini nampaknya menikus dan terdiam apabila satu persatu penipuan dan penyelewengan Felda didedahkan kepada umum. Malah, menurut Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman bahawa banyak lagi pembongkaran mengejutkan jika kes tersebut dibawa ke mahkamah. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba mereka menikus dan tidak lagi berani untuk mempertahankan diri?. Apakah dek kerana segala penipuan mereka itu sudah tidak dapat ditutup lagi?. Terbaru, pendedahan tentang Felda membelanjakan RM2.42 billion untuk kerja tanam semula. Bayangkan mereka menggunakan wang sebanyak RM3,151 bagi setiap hektar. Sungguh mengejutkan, kos yang dikeluarkan oleh Felda untuk tujuan tersebut “bagai langit dengan bumi” jika dibandingkan dengan syarikat lain (2004-2009). Difahamkan syarikat swasta seperti Sime Darby hanya membelanjakan RM936 per hektar dan IOI pula RM596 per hektar. Maknanya perbezaan sehingga RM2,215 per hektar dengan Sime Darby dan RM2,555 per hektar jika dibandingkan dengan IOI. Ini bermakna Felda membelanjakan tiga kali ganda wang untuk tujuan tanaman semula dibandingkan dengan Sime Darby dan lima kali ganda dibandingkan dengan IOI. Bukankah ini bukti jelas bahawa mereka telah menyeleweng dan menipu rakyat termasuk para peneroka itu sebenarnya.

[Soalnya sekarang, kenapa mereka masih tidak mahu mengaku penyelewengan tersebut dan masih mahu “menegakkan benang yang basah”. Tambah parah lagi apabila CEO Felda Venture iaitu Dato’ Bakke Salleh dilantik pula mengetuai Sime Darby. Apakah orang seperti ini boleh dipercayai lagi?. Beliau melingkupkan Felda dan kini diberi kuasa besar pula untuk memimpin Sime Darby. Ini bermakna kerajaan UMNO BN jelas khianat kepada rakyat. Orang yang jelas telah gagal memimpin dengan baik dan menjejaskan kreadibiliti sesebuah agensi besar seperti Felda tiba-tiba dihantar pula untuk memimpin Sime Darby yang sudah bermasalah itu. Maknanya “masuk angin keluar asap” dan terbukti mereka cuba mempermainkan rakyat sebenarnya. Oleh itu, apakah kita harus percaya lagi dengan sandiwara politik yang dimainka oleh mereka ini agaknya. Lakukanlah perubahan dalam PRU-13 nanti]

Misteri: Kontroversi Skandal Pembantu Peribadi, Kes Kematian Mantan ADUN BN Permatang Lebih Panas Daripada Sandiwara Liwat II Anwar Saiful

Seluruh negara dikejutkan dengan “kematian misteri” bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan bekas pembantu peribadinya Siti Rohana Ismat, dalam sebuah kereta di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh semalam. Apa tidaknya, kematian kedua-dua mereka yang sebelum ini dipercayai akibat kemalangan jalanraya itu tiba-tiba bertukar pula apabila hasil bedah siasat yang diperolehi menunjukkan mereka mati akibat “ditembak”. Ini berikutan pihak polis menjumpai satu kesan tembahan pada tubuhya dan dua lagi tembakan pada wanita terbabit. Maknanya terdapat tiga tembakan daripada sepucuk pistol yang dijumpai dalam kenderaan terbabit. Malah, menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar terdapat dua peluru yg masih berada dalam chamber pistol (revolver) manakala tiga spent bullets di dalam chamber. Apa yang menjadi misteri kita ialah apakah kedua-duanya membunuh diri atau ada perbuatan jenayah daripada individu lain?. Jika mereka membunuh diri, maknanya mereka menembak sesama sendiri dan apakah motifnya. Kedua-duanya sudah mati namun persoalannya apakah yang menjadi punca mereka membunuh diri?. Apakah terdapat “skandal cinta tiga segi” dalam hal ini. Umum mengetahui bahawa pemimpin UMNO ramai yang menjalinkan hubungan terlarang itu sejak sekian lama.

Ramai pemimpin yang mempunyai “skandal” masing-masing yang disimpan di lokasi-lokasi tertentu bagi mengelakkan diketahui oleh isteri masing-masing. Maka itulah akhirnya mereka terpaksa melakukan perbuatan yang dilarang dalam Islam bagi mengelakkan rahsia tersebut pecah atau terbongkar. Maka itulah mereka terkadang terpaksa mengambil jalan pintas termasuk “membunuh diri”. Inilah hakikat yang berlaku dalam kebanyakkan kes seperti ini sebenarnya. Jika tidak, masakan seseorang itu boleh membunuh diri dalam keadaan yang penuh misteri dan cukup mencurigakan?. Jika selama ini, puak-puak UMNO BN menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai skandal dengan “Pembantu Peribadinya” Si Saiful Bukhari Azlan. Kini, terbukti bahawa tuduhan tersebut akhirnya “memakan diri” sendiri. Malah, lebih mengejutkan kematian misteri Datuk Aziz dengan Pembantu Peribadinya itu adalah dilarang Islam iaitu “membunuh diri”. Maka fikirkanlah hikmah disebalik kejadian ini.

[Sebagai pengajarannya, kepada mereka yang bergelar pemimpin, bakal pemimpin atau mereka yang mahu menjadi pemimpin jauhi “skandal”. Ia bukan sahaja akan memberi masalah malahan menyebabkan karier politik serta kerjaya seseorang itu boleh tercalar. Tambah memeritkan lagi bilamana terjadi kejadian “bunuh diri” atau “dibunuh” seperti ini. Ingatlah, Allah Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh hamba-hambaNya. Mungkin dengan isteri dan orang disekeliling termasuk rakyat kita boleh tipu, tetapi dengan Allah?. Oleh itu, ambillah peringatan dan jangan sesekali mewujudkan skandal dalam diri masing-masing jika benar ingin berjuang dengan ikhlas untuk membela agama, bangsa dan negara. Skandal sebenarnya bukan berlaku dikalangan pemimpin UMNO BN sahaja, malahan turut melibatkan pemimpin pembangkang juga. Ini kerana ia berkaitan dengan masalah peribadi dan bukan milik mana-mana parti politik. Berhati-hati dalam setiap gerak geri serta tindakan anda].

Edisi Pahang: Susun Semula Gabungan Generasi Wawasan Felda (GWGF), Rozali Ismail Diusung Ke Felda Jengka 7 Untuk Pesongkan Minda Peneroka

Mungkin dek kerana gusar dengan gelombang “penolakkan” rakyat terutamanya masyarakat peneroka terhadap UMNO dan Felda sekarang ini, maka kini Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda. Tan Sri Rozali Ismail (foto) telah diusung ke hulu ke hilir oleh agensi itu. Rozali yang merupakan anak peneroka Felda Gendangsa di Selangor itu kononnya dijadikan “ikon generasi kedua Felda”, bagi menunjukkan bahawa anak Felda juga telah berjaya dan ada yang menjadi “Tan Sri”. Langkah ini diambil bagi membuktikan bahawa Felda tidak pernah menekan peneroka dan senantiasa bersikap adil kepada masyarakat itu sejak dulu, kini dan selamanya. Jika tidak masakan anak peneroka seperti Rozali ini boleh berjaya. Maka kini Rozali dijadikan “bahan jenaka” Felda untuk mengaburi mata generasi kedua. Terbaru, Rozali telh diberi mandat untuk “berkempen bagi pihak Felda” di Dewan Orang Ramai, Felda Kenanga Jengka 7, Maran semalam (1 Ogos). Beliau dikatakan datang ke situ untuk menyampaikan taklimat Penyusunan Semula Gabungan Wawasan Generasi Kedua (GWGF) Di Bawah Model Ekonomi, Sosial Dan Pendidikan Baru Untuk Generasi Baru Felda Menjelang Tahun 2020. Dalam program itu, Rozalimenerangkan berbagai aspek dan agenda serta melontarkan idea tentang hala tuju generasi baru Felda. Beliau turut menegaskan peri pentingnya penyusunan semula badan NGO berkaitan Felda dengan konsep payung supaya kesatuan idea dan kesepakatan kata dapat dicapai untuk membela nasib generasi baru dan memperkukuhkan kecemerlangan Felda. Penyusunan semula juga penting supaya tidak berlaku pertindanan program di antara sesama NGO dan boleh memberikan fokus kepada kepakaran masing-masing. Maka, bagi memeriahkan majlis tersebut berbagai acara diadakan selama dua hari di felda berkenaan. Antaranya termasuklah pertandingan Motor Cross yang menawarkan hadiah ribuan ringgit, karaoke serta acara sukaneka. Berpuluh-puluh buah bas telah digunakan untuk memunggah peserta generasi kedua felda dari seluruh negeri Pahang. Namun apa yang dilihat ada sesetengah bas yang hanya dinaiki oleh sekitar tiga hingga lima orang penumpang sahaja. Difahamkan program itu sungguh mewah apabila tujuh ekor lembu telah ditumbangkan untuk menyambut ribuan generasi kedua yang datang. Berlambak-lambak makanan telah dibazirkan akibat berlebihan, apabila jumlah kehadiran tidak seperti yang dijangkakan oleh pihak penganjur. Dalam ucapan Rozali Ismail semalam, beliau juga turut mengumumkan penubuhan Koperasi Generasi Felda seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak baru-baru ini. Maka berpusu-pusulah anak-anak peneroka dilihat mendapatkan borang dan mendaftar dengan koperasi yang kononnya bakal mengubah nasib mereka.

[Soalnya sekarang apakah agenda program tersebut sebenarnya?. Ia jelas hanya untuk memesongkan minda rakyat terutamanya masyarakat peneroka yang sudah mula hilang keyakinan kepada Felda itu sendiri. Lantaran itulah kita tidak hairan, orang seperti Rozali diusung ke sana sini untuk menjadi pencacai bagi membenarkan apa yang salah atau pun “menegakkan benang yang basah”. Peneroka kini mahukan perubahan dan tidak wajar terus ditipu lagi buat selamanya. Apapun, bertuah sungguh orang Jengka 7 kerana mendapat berbagai projek sejak lokasi itu dijadikan tapak program-program besar Felda untuk wilayah Jengka sekarang ini. Durian runtuh senantiasa datang melimpah ruah !!]

Sensasi: Benarkan Guru Gred DG41 Hingga DG48 Aktif Berpolitik, Satu Langkah Terdesak UMNO BN Bagi Tarik Kembali Sokongan Rakyat Sebenarnya!

Ramai yang terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan (foto), Selasa lepas. Apa tidaknya, dalam keadaan UMNO BN asyik memainkan tentang isu perpaduan Melayu, tiba-tiba para guru Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan menyertai politik mulai Ogos ini. Malah, lebih mengejutkan mereka juga dibenarkan bertanding, dilantik atau memegang mana-mana jawatan dalam parti politik. Maka, keohlah seluruh negara akibat pengumuman itu. Rata-rata pemimpin UMNO dan kerajaan menyokong penuh keputusan tersebut. Malah, ada juga pemimpin pakatan rakyat yang melihat itu satu perkembangan baru yang amat baik di mana kerajaan mula bersikap terbuka dalam hal ini. Tambahan pula, di negara demokrasi dan maju yang lain memang perkara ini sudah lama diamalkan. Cuma di Malaysia sahaja berbagai syarat ketat dikenakan terhadap guru-guru terbabit sebenarnya. Namun, dalam menyokong isu tersebut ada juga yang mahukan supaya surat “hitam-putih” dikeluarkan secara rasmi bagi membuktikan keikhlasan kerajaan itu. Soalnya sekarang, apakah rasionalnya kebeneran tersebut diberikan pada masa sekarang?. Kenapa bermula bulan Ogos dan tidak menunggu sehingga tahun depan (2011)?. Mengapa begitu cepat keputusan dibuat dan diluluskan?. Inilah yang menimbulkan tanda-tanya dikalangan rakyat yang berfikir. Maka itu, kami ingin mengambil perhatian terhadap beberapa fakta yang perlu diberi perhatian sebelum kita menyokong perkara ini. Janganlah nanti akhirnya kita terus ditipu lagi oleh mereka. Malah, kenyataan Sidek Hassan yang baru dilantik sebagai panel pemikir syarikat “1Malaysia” yang baru ditubuhkan itu, sudah pasti mempunyai agenda tersembunyi yang sukar untuk difahami rakyat sebenarnya.

Apa Motif Benarkan Guru DG41-DG48 Berpolitik

Ramai yang melihat, kebenaran ini “ada makna” sebenarnya. Ini kerana, kebanyakkan guru kumpulan terbabit adalah mereka yang begitu rapat dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran itu sendiri. Malah, mereka juga boleh dikatakan sebagai “mata dan telinga” kerajaan, kerana kedudukan tersebut. Kumpulan ini kebanyakkannya golongan yang sudah berumur dan menanti hari sama ada untuk bersara, atau mengambil alih jawatan-jawatan tertentu di jabatan pelajaran negeri atau kementerian suatu hari nanti. Mereka lebih senang juga diterima oleh masyarakat setempat dalam apa jua keadaan sekalipun. Pergilah mana-mana kawasan di seluruh ceruk negara sekali pun, memang para guru ini akan dipandang “mulia” oleh masyarakat. Tambahan pula bagi mereka yang berjawatan “besar” seperti Gred DG41 hingga DG48 itu sebenarnya. Pendek kata, bila mereka ini duduk di kedai-kedai kopi pasti semua mulut akan terdiam dan mereka akan percaya serta terpengaruh dengan apa yang diperkatakan oleh guru terbabit. Maka itulah, kita mengesyaki kebenaran untuk guru kumpulan terbabit adalah bermotifkan politik sebenarnya. Tambahan pula disaat rakyat mula jelek dan menolak UMNO BN mutakhir ini. Mereka sudah menggunakan golongan agama, namun turut ditolak. Maka kini, strategi terbaru ialah menggunakan “golongan cendiakawan” seperti para guru terbabit. Sebab itulah mereka membenarkan guru terbabit terlibat. Kerana mereka tahu, guru-guru peringkat bawahan ramai yang menyokong pembangkang sebenarnya. Jadi jika kebenaran itu tidak diberikan, ia akan menyusahkan UMNO BN akhirnya. Malah, kita amat yakin yang guru-guru terbabit ini sudah pasti akan diberikan arahan untuk melaksanakan agenda kerajaan. Malah mereka akan dipunggah ke sana-sini untuk melakukan perubahan “minda rakyat” dengan kuasa dan pengaruh yang mereka ada. Inilah yang amat diharapkan sangat pada masa ini. Malah, guru-guru terbabit juga akan diajar untuk “melaksanakan dakwa” mereka dengan kaedah yang betul supaya rakyat kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional nanti. Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada pihak yang berkenaan.

Aktif Politik Adakah Hanya Parti UMNO BN Sahaja

Ramai yang tidak terfikir akan keputusan kerajaan itu adalah simbolik sebenarnya. Kebenaran yang diperkatakan itu nescaya bukan untuk semua “parti politik” tetapi khas untuk parti UMNO BN sahaja. Mana mungkin dalam keadaan sekarang, guru-guru terbabit dibenarkan berada dalam “saf kepimpinan pembangkang”. Bayangkan jika seorang guru Gred DG41 dan DG42 itu menjadi pemimpin PAS, PKR atau DAP?. Apakah kerajaan UMNO BN boleh menerima hakikat itu?. Sedangkan sebelum ini masih kita ingat ramai dikalangan guru-guru terbabit telah ditukarkan sesuka hati mereka akibat perbezaan fahaman politik. Itu ketika, UMNO BN masih mendapat sokongan rakyat. Kini, mereka kian “nazak” dan mungkinkah mereka boleh menerima realiti ramai guru-guru terbabit bersama pembangkang?. Inilah yang amat meragui kita sebenarnya. Mungkin KSN Sidek Hassan tidak menghabiskan ayat yang ingin disampaikan kepada pihak media bahawa guru-guru berkenaan dibenarkan terbabit dalam parti polik “UMNO BN” sahaja. Justeru itulah, rakyat jangan terlalu taksub dengan apa yang telah diwar-warkan itu. Semuanya adalah untuk kepentingan politik mereka semata-mata. Mana mungkin dalam sesebuah sekolah Pengetua atau Guru Besarnya adalah dari parti PAS dan guru biasa adalah UMNO BN?. Bukankah ini akan menyebabkan guru terbabit dikenakan berbagai tindakan akhirnya oleh pihak kerajaan itu sendiri. Orang lain mungkin mereka boleh tipu, tetapi bagi rakyat yang bijak membuat penilaian maka semua helah ini dapat dihidu oleh rakyat.

[Oleh itu, rakyat diseluruh negara diseru berhati-hati dengan kehadiran para guru Gred DG41 hingga DG48 dalam mana-mana program Pakatan Rakyat selepas ini. Kita yakin, mereka juga akan menjadi SPY untuk membuat laporan kepada kerajaan UMNO BN itu nanti. Kelibat mereka juga wajar dipantau didalam apa jua majlis keramaian bagi mengelakkan berlakunya masalah di kemudian hari. Guru biasanya akan diterima oleh rakyat terutamanya masyarakat orang kampung. Maka, apa saja kata guru akan diterima bulat-bulat nanti termasuklah bila mereka mengutuk parti pembangkang. Eloklah kita berfikir negatif sebelum kita terus alpa dengan keputusan drastik kerajaan yang jelas mempunyai strategi politik itu].

Program Isrok Mikraj anjuran masjid digagalkan oleh Samseng berbangsa Melayu

 

BUSUK SUNGGUH HATI PERUT PUAK2 TU…
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

5 Julai 2010, Alor Setar – Majlis Ceramah Isrok Mikraj yang dijadual diadakan di perkarangan malam ini di Flet Seberang Terus dihalang oleh samseng Umno dan petugas penganjur dibelasah. Peristiwa tersebut berlaku kira-kira pukul 6 petang tadi sehingga memaksa pihak polis campur tangan.

Elok diceritakan dahulu kronologi dari awal sehingga membawa ke peristiwa tersebut. Masjid Gunung Sali dengan kerjasama Surau Al-Hidayah, Flet Seberang Terus menganjurkan program Isrok Mikraj. Program yang mengundang seorang penceramah bebas lulusan Universiti Al-Azhar tersebut telah dirancang sekian lama dan pengumuman mengenainya telah dibuat tiga kali Jumaat berturut-turut di masjid. Ia sama sekali bukan program politik, bukan anjuran PAS atau mana-mana parti politik dan telah mendapat kelulusan dari Pejabat Agama dan permit berhimpun oleh PDRM.

Program anjuran masjis itu dicadang diadakan di tempat awam berhampiran surau. Tentu lebih mudah jika program tersebut diadakan di masjid, namun penganjur memikirkan jika program ilmu hanya bertumpu di masjid maka golongan yang jarang mendekati masjid akan terus terpisah dari ilmu.

Maka perkarangan flet yang dihuni oleh beribu orang menjadi pilihan penganjur.
Khemah sudah didirikan dan persiapan tapak program dijalankan. Tiba-tiba ia mendapat tentangan keras dari pengerusi JKKKP dan segelintir samseng-samseng Umno setempat kerana mendakwa kononnya ia program politik. Tuduhan ‘politik’ dibuat hanya hanya kerana di dalam jawatankuasa penganjur tersebut terdapat seorang Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK-agensi Kerajaan Negeri).

Pihak penganjur mahu program berjalan dengan sempurna lalu memanggil kumpulan pembantah tersebut untuk berbincang dengan baik di masjid dengan dihadiri oleh tuan imam. Malangnya mereka memboikot perbincangan, sebaliknya mahu menganjurkan satu lagi program Israk Mikraj ‘kilat’ di tempat yang sama dengan mendirikan khemah berasingan. Penceramah undangan yang dijemput di saat-saat terakhir ialah Datuk Fadzil Haji Awang. (Beliau sendiri tidak tahu menahu permainan jahat kumpulan tersebut). Busuk sungguh hati perut puak-puak tu.

Dipendekkan cerita, sewaktu para petugas pihak penganjur mahu mengadakan persiapan, kumpulan samseng Umno itu datang melakukan provokasi. Petugas pihak penganjur tersebut dibelasah oleh mereka. Mujur orang ramai yang bersimpati menyelamatkan para petugas dari terus dibelasah oleh kumpulan samseng Umno yang berkelakuan bagai orang dirasuk hantu. Akhirnya kumpulan samseng Umno itu berjaya menghalang majlis ceramah Isrok Mikraj dari diadakan di situ.

Sekarang lihat pula peristiwa yang berlaku seminggu lalu, sebagai perbandingan. Veteran Umno Pusat bergabung dengan veteran Umno Negeri menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam di sebuah masjid yang terletak di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar (kawasan Parlimen yang sama).

Forum tersebut mendapat kerjasama daripada Jakim, walhal Jakim sepatutnya merujuk terlebih program tersebut kepada Pejabat Agama Islam kerana walaupun mungkin program tersebut bukan program politik tetapi ia dianjurkan oleh sebuah badan politik dengan mengundang ahli-ahli panel yang juga dilihat cenderung kepada Umno.

PAS, sama ada atas sifatnya sebagai kerajaan negeri atau sebagai parti politik tidak pun membantah atau menghalang. PAS, sama ada sewaktu menjadi pembangkang mahupun sewaktu menjadi kerajaan tidak pernah menganjurkan forum di masjid di negeri ini atas nama PAS. Memang politik dan Islam tidak boleh dipisahkan, tetapi bayangkan jika semua parti-parti politik menggunakan hujah tersebut untuk mengadakan program di masjid, maka masjid akhirnya akan menjadi medan perseteruan.

Para pemimpin PAS sering berceramah di masjid namun tidak pernah menuturkan perkataan ‘Umno dan PAS’ dalam masjid. Tetapi jika penganjurnya parti politik, maka tentunya nama penganjur tersebut tidak dapat dapat dielakkan dari disebut di masjid. (Sebenarnya itu yang dimahukan Umno pun)

Peristiwa pertama tadi: Kekecohan yang dicetuskan oleh Umno berlaku apabila pihak masjid mahu mengadakan program ilmu dalam kariahnya, tetapi bukan di masjid.

Peristiwa kedua pula: PAS tidak cetuskan kekecohan di masjid, walaupun Umno sebagai parti politik menganjurkan program di masjid, sekalipun perbuatan Umno itu ternyata tidak betul.

Semua itu berlaku setelah Umno kini menjadikan APCO (sebuah pertubuhan Yahudi) sebagai penasihat mereka dengan membayar APCO sebanyak RM77 juta menggunakan duit rakyat.

 

Motosikal polis memecut seperti Porsche


GAMBAR menunjukkan seorang polis di Chichester menggunakan motosikal roda tiga yang boleh memecut dalam tempoh 4.5 saat.


 

CHICHESTER – Polis Britain kini menguji sebuah motosikal berkuasa tinggi beroda tiga yang boleh memecut 96 kilometer sejam dalam masa 4.5 saat menyamai kereta Porsche 911 Carrera, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebanyak dua buah model motosikal itu, Can-Am Spyder Roadster yang berupaya dipandu pada kelajuan mencecah 201 kilometer sejam kini digunakan polis trafik di Sussex. Motosikal itu dipinjam daripada pengeluarnya untuk tempoh percubaan selama sebulan.

Pengurus firma Collison Recreational Ltd., Adrian Yeomans berkata, motosikal berharga £20,939 (RM104.842) sebuah itu lebih selamat berbanding model biasa dan ia boleh ditunggang dengan cuma memiliki lesen memandu kereta.

Firma dari Kanada itu mengambil idea asas daripada rangka mesin pemotong rumput untuk mencipta motosikal tersebut. – Agensi

Qiraat pikat finalis AQ4

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
afifihafiz.nor@kosmo.com.my

 


 

ADA sesuatu yang menarik dalam program terbitan TV9, Akademi al-Quran (AQ) sehingga menyebabkan ramai yang ingin menyertainya dan ia bukan kerana mahu mengejar hadiah yang ditawarkan atau populariti.

Bagi dua peserta peringkat akhir Akademi al-Quran musim ke-4 (AQ4), Husni Ali Hassan, 25 dan Ahmad Termizi Ali, 25, niat mereka memasuki program realiti TV berbentuk ilmiah itu telah timbul sejak mereka masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir beberapa tahun lalu.

Menurut Husni, semasa berada di sana dia sering melihat program itu melalui laman sesawang dan perkara itu menguatkan lagi hajatnya untuk menyertainya.

Beritahu Husni, selepas pulang ke tanah air hujung tahun lalu dia sanggup tidak memohon apa-apa pekerjaan demi untuk menunaikan hajat untuk turut serta dalam program yang telah berjaya mendedahkan ilmu-ilmu bacaan al-Quran.


PROGRAM Akademi al-Quran mempunyai misi murni dalam membentuk sahsiah anak muda masa depan.


 

“Apa yang membuatkan saya tertarik untuk turut serta ialah program seumpama ini ibarat sebagai salah satu cara berdakwah pada masa sekarang.

“Bagi saya, secara tidak langsung program ini dapat memberi info-info berkenaan al-Quran kepada masyarakat yang menontonnya,” kata lulusan Sarjana Muda, Universiti Al Azhar itu.

Tambahnya, walaupun telah mempelajari Ilmu Qiraat semasa melanjutkan pelajaran dahulu dia ingin mendalami ilmu itu ketika di Akademi al-Quran.

“Kalau nak bandingkan antara saya dan Ahmad Termizi dengan dua finalis lagi memang kami ada kelulusan dan pernah belajar mengenai ilmu Qiraat sebelum ini.

“Tetapi apa yang membezakannya ialah dalam Akademi al-Quran kami akan disoal ketika di atas pentas dan perkara itu adakalanya sukar untuk dijawab kalau seseorang itu gugup atau sebagainya,” ujarnya.

Ahmad Termizi yang turut menyimpan hasrat itu sejak di Mesir lagi merasakan program itu mempunyai cabarannya yang tersendiri.


 

Menurutnya, antara cabaran besar yang perlu dilalui sepanjang AQ4 yang berlangsung sejak 21 Mei lalu adalah dia perlu membaca ayat-ayat yang ditanya secara terus mengikut ragam yang ditentukan.

“Cabaran-cabaran itu juga antara faktor yang menarik saya untuk turut serta dalam program ini.

“Dalam AQ kami perlu membacakan Qiraat lain dari yang biasa digunakan di negara ini.

“Sebagai contoh, biasanya di Malaysia mereka akan menggunakan Qiraat ‘hafs’ tetapi dalam program ini kami perlu melagukan menggunakan Qiraat lain,” katanya.

Sementara itu dua finalis lagi seperti Muhammad Ahmad Zahid, 15 dan Yahya Ali, 23, turut terbuka hati untuk menyertai program itu juga kerana ingin belajar ilmu Qiraat.

Beritahu Muhammad, dia yang meminati program AQ sejak dari musim pertamanya itu lagi pada mulanya tidak berhasrat untuk turut serta dalam program tersebut.

Namun atas dorongan ibu dan bapa, dia meneruskan perjuanngan itu demi untuk mendalami ilmu Qiraat yang tidak diperolehi ketika di sekolah.

“Qiraat adalah ilmu yang sukar, jadi ketika dalam kelas yang diadakan sekali seminggu itu saya terpaksa memberikan sepenuh perhatian.


SEORANG daripada finalis Akademi al-Quran musim keempat ini bakal dinobatkan sebagai juara malam ini.


 

“Apa yang tidak faham saya akan bertanya dan kalau sudah pulang saya akan hubungi ustaz dan bertanya lagi sehingga saya faham,” katanya yang bercita-cita menjadi ulama profesional.

Tambahnya, dia berharap dapat mempersembahkan bacaan terbaik pada malam akhir nanti dan apa yang paling penting dia ingin penonton dapat menghayatinya.

Yahya, yang merupakan adik kepada Termizi pula turut memasuki program itu adalah untuk mendalami ilmu seperti Tajwid, Tarannum, Qiraat dan pecahan-pecahan Qiraat yang banyak membantu mereka dalam memperbaiki dan memantapkan cara bacaan al-Quran.

“Banyak kelemahan saya sebelum ini dapat diperbaiki selepas menyertai AQ4.

“Sebelum melanjutkan pelajaran, saya pernah menuntut di sekolah pondok. Ketika itu saya belum berminat lagi untuk menyertai kerana berpendapat program ini keduniaan sahaja,” ungkapnya.

Tambahnya, selepas dua abangnya yang lain memasuki program yang sama beberapa tahun lalu hatinya terbuka untuk turut serta.

“Saya lihat dua abang saya boleh membaca al-Quran dengan Qiraat yang lain. Perkara itu telah membuka hati saya untuk turut menyertai program ini,” jelasnya.

%d bloggers like this: