Mangsa tahanan vigil ISA adu Suhakam

Detik Jam 6 – 2010.08.11 -tv selangor kini

Ghani mahu saman Guan Eng

PULAU PINANG 11 Ogos – Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini dicabar supaya membuat laporan polis berhubung pelbagai tuduhan yang dilemparkannya terhadap Dewan Perniagaan Komtar (KMA) dan meletak jawatan sekiranya tuduhan tersebut ternyata tidak benar.Naib Pengerusi KMA, Mohamed Ghani Abd. Jiman yang kecewa dengan pelbagai tuduhan oleh kerajaan negeri terhadap dirinya dan KMA berkata, pihaknya juga memutuskan untuk menyaman malu kerajaan negeri kerana memburuk-burukkan namanya dan pertubuhan itu.

“Kalau saya salah, saya rela ditangkap dan melepaskan jawatan dalam KMA tetapi kalau tuduhan Guan Eng pula tidak benar, saya mahu dia letak jawatan sebagai Ketua Menteri,” tegasnya kepada pemberita di sini hari ini.

Kata Mohamed Ghani, beliau sedang berbincang dengan peguamnya untuk mengenal pasti pihak-pihak yang bertanggungjawab mencemar nama baik KMA dan dirinya bagi tindakan mahkamah selanjutnya.

Menurutnya, beliau sangat kecewa dengan pelbagai tuduhan tidak berasas oleh kerajaan negeri terhadap KMA seperti pecah amanah, gagal membayar sewa dan tidak mematuhi peraturan terhadap penganjur Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) tersebut.

Katanya, sehubungan itu, beliau telah membuat laporan polis berhubung tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, semalam.

Pada masa yang sama, beliau turut mencabar Ketua Menteri tersebut untuk membuat laporan polis bagai membolehkan siasatan ke atas semua tuduhan itu dilakukan untuk melihat sama ada ia benar atau tidak.

“Saya merasa kesal kerana fakta sebenar telah diputarbelitkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

“Gambaran yang diberikan kepada rakyat seolah-olah para peniaga tidak dibenarkan beroperasi kerana KMA tidak membayar sewa tapak gerai.

“Ini adalah pembohongan besar dan sangat jijik yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan agensinya, PDC,” katanya.

Mingguan Malaysia baru-baru ini melaporkan, PDC menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut setiap kali bulan puasa.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan pada 9 Ogos lalu mengenai keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan keesokan harinya.

Berita TV Selangor tentang pendirian AMK P.Pinang

AMK P.Pinang berjaya selesaikan isu Peniaga Bazar Ramadhan

Selamat menjalani ibadah puasa dan mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya….

Isu Bazar Ramadhan di KOMTAR tidak wajar meletup dan gegak gempita jika Kerajaan Negeri P.Pinang terutamanya PDC dan YB Ng Wei Aik Adun KOMTAR mengambil langkah yang bijak.

Seperti yang dijanjikan pada 10 Ogos 2010 jam 11.00 pagi, AMK P.Pinang bertemu dan berbincang dengan Lim Guan Eng tentang isu peniaga Bazar Ramadhan di KOMTAR di pejabatnya tingkat 28 KOMTAR.

Pertemuan ini adalah permintaan Guan Eng sendiri yang mahu mendengar dan berbincang dengan AMK P.Pinang dan apakah langkah yang perlu diambl untuk tangani masalah ini setelah AMK P.Pinang mengambil langkah proaktif untuk meninjau dan mencari punca dan bagaimana untuk tangani isu ini.

Alhamdulillah perbincangan berjalan lancar dan AMK P.Pinang memberi pandangan dan beberapa cadangan kepada Guan Eng dan Guan Eng akhirnya memberi mandat kepada AMK P.Pinang untuk hadir bersama dalam perbincangan antara PDC dan peniaga yang terlibat untuk selesaikan isu ini.

Selepas itu sidang media diadakan bersama Guan Eng, PDC dan Amk P.Pinang di tingkat 28 KOMTAR.

Guan Eng menyelar Ghani Naib Pengerusi Persatuan Peniaga KOMTAR (KMA) yang telah mengutip wang dari peniaga tetapi hingga ke hari ini masih tidak membayar kepada PDC.

Gan Eng juga kesal kerana TPM Muhyidin juga menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat P.Pinang. Muhyidin mendapat maklumat yang salah dari media perdana seperti Utusan, TV3 dan RTM dan beliau sepatutnya menyiasat terlebih dahulu bukannya membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa.

Guan Eng dalam sidang media ini juga meluahkan rasa kesal dalam hatinya yang amat kecewa dengan tuduhan-tuduhan liar dan tidak berasas serta fitnah yang dilemparkan seolah-olah Kerajaan Pakatan Rakyat telah dirogol dan telah mencabul kehormatan.

Katanya lagi hampir setiap hari dan minggu, Kerajaan Pakatan Rakyat difitnah namun begitu beliau menganggap ini semua ada hikmahnya dan beliau akan terus menhadapi segala dugaan yang datang.

Selepas itu AMK P.Pinang pula membuat kenyataan media yang dibacakan oleh Syed Mikael Setiausaha AMK P.Pinang.

Hentikan Segera Fitnah ‘Perkauman’
Terhadap Kerajaan Negeri

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) pada hari ini menegaskan tidak akan bertolak ansur kepada mereka yang memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai ‘perkauman’ dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Cukuplah dengan siri-siri fitnah bermula dari Kampung Buah Pala, Tanah Wakaf Bagan Ajam, Isu Jelutong dan Pokok Asam yang menjadi ‘modal’ politik murahan UMNO untuk menagih sokongan rakyat, sekarang ditambah lagi dengan menghasut peniaga-peniaga Melayu Komtar untuk membenci Kerajaan Negeri, dalam isu lot niaga di ruang legar Komtar.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) merujuk kepada tuduhan liar yang dilemparkan oleh Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Pulau Pinang, Aziaan Ariffin yang mengatakan “Ia memperlihatkan sikap pilih kasih pemimpin DAP dan menunjukkan sikap perkauman yang amat tebal.”

Tuduhan jahat ini jelas menggambarkan, siapa sebenarnya pemimpin UMNO yang jelas suka bermain dalam ruang lingkup perkauman mereka yang sempit dan suka ambil sikap hentam keromo sebelum tahu apa yang sebenarnya berlaku. Siapa dia Aziaan? Adakah dia benar-benar menyelami permasalahan yang berlaku? Konon menjadi ‘hero segera’ Melayu, tetapi selama lebih 50 tahun, apa yang UMNO berjaya tinggalkan untuk orang Melayu Pulau Pinang?

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga merasa amat kesal dengan tindakan Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abdul Jiman yang mengapi-apikan hubungan baik yang sudah terjalin lama antara komuniti peniaga Komtar dengan pihak Kerajaan Negeri. Tindakan beliau yang menuduh Kerajaan Negeri meroboh premis gerai dan menghalau Melayu dari Komtar adalah amat tidak tepat dan hanya emosional semata-mata.

Bilakah masanya ada notis yang mengatakan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menghalau peniaga-peniaga Melayu dari Komtar? Yang jelas ada hanyalah notis untuk urusan menaiktaraf ruang niaga tersebut, agar lebih teratur dan tidak menghalang lalulintas pelanggan Komtar. Bahkan, 20 peniaga sedia ada boleh terus berniaga seperti biasa, dan ditambah lagi dengan 17 lot di tingkat yang sama dan 10 lot di tingkat 4 untuk Bazar Ramadhan.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) di sini juga menyatakan sokongan kepada kenyataan Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar untuk PDC melakukan kutipan terus bayaran sewa tapak dari peniaga, dan bukannya menerusi Komtar Merchant Association (KMA). Ini adalah untuk memastikan ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan, setelah kontroversi yang ditimbulkan oleh Naib Pengerusi KMA itu sendiri, Mohamed Ghani.

Justeru, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) dengan ini sekali lagi menegaskan, tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melontarkan fitnah jahat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk orang Melayu, Cina dan India di negeri ini.

Demi memastikan isu-isu rakyat yang membabitkan tiga kaum ini ditangani dan diselesaikan dengan baik, AMKPP menawarkan diri sebagai orang tengah atau ‘mediator’ untuk mencari jalan keluar sebarang pemasalahan pada masa akan datang. Atas kesedaran ini, AMKPP akan menubuhkan satu sekretariat khas yang dinamakan sebagai “Sekretariat Warga Diskusi Isu Rakyat” (SWADAYA)

Selepas sidang media, Guan Eng menjemput AMK P.Pinang ke Tingkat 22, Pejabat Tanah dan Galian untuk menikmati juadah makan tengahari sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Azrizal..sudahlah tu…jangan makan banyak sangat…jaga kesihatan sama…:-)

Pengarah PTG Encik Ariffin bin Awang (tengah) turut meraikan kedatangan AMK P.Pinang.

Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri P.Pinang, Puan Faiza Bt Zulkfli turut hadir bersama dalam jamuan tersebut.

Amboi Rizal Hamid…sengeh kenyang nampak..:-)

Selepas makan TKM 1 P.Pinang pula mahu bertemu dengan AMK P.Pinang di Pejabatnya Tingkat 52. Perbincangan ini biarlah rahsia….cakap salah tak cakap pun salah….

Jam 2.30 – Perjumpaan Pengurus Besar PDC, Dato’ Rosli bin Jaafar dan CEO PDC Setia Urus Encik Sabarul Aswadi bersama peniaga diadakan.

Dalam perbincangan tersebut Ghani Naib Pengerusi KMA turut hadir walaupun tidak dijemput. Namun oleh kerana peniaga mahukan Ghani bersama mereka maka perbincangan diteruskan.

Perbincangan pada mulanya berjalan lancar tetapi akhirnya menjadi tegang bila ada beberapa perkara yang tidak dapat diselesaikan.

Melihat kepada suasana yang agak tegang akhirnya Rizal Hamid Naib Ketua AMK P.Pinang mencelah dan memberi beberapa cadangan. Alhamdulillah PDC dan peniaga bersetuju dengan cadangan AMK P.Pinang yang prihatin tentang nasib peniaga. Cadangan ini mendapat sokongan dan tepukan gemuruh oleh peniaga Bazar Ramadhan.

Namun begitu perbincangan masih belum selesai dan ada beberapa isu lagi yang belum selesai. Keadaan menjadi tegang kembali bila Ghani membela diri dan mendakwa beliau difitnah.

Melihat kepada pertikaian yang masih belum selesai walaupun sudah melebihi sejam, sharpshooter juga mencelah dan memberi beberapa cadangan. Akhirnya Alhamdulillah perbincangan ini berakhir dengan aman dan kedua-dua pihak bersetuju dan mencapai kata sepakat seperti berikut :-

1) Peniaga dibenarkan berniaga mulai hari Rabu.

2) Sewa RM50 sehari dikekalkan dan duit sewaan peniaga diuruskan oleh KMA dan KMA akan bayar kepada PDC.

3) Sewaan serta kos kios Bazar Ramadhan ditanggong oleh PDC.

4) Bazar Ramadhan dikurangkan dari 27 gerai menjadi 25 gerai.

5) Pada mulanya hanya 10 gerai sahaja dibenarkan PDC untuk berniaga di tingkat 3, kemudian Guan Eng cadang 17 gerai dan selebihnya di tingkat 4 oleh kerana ada aduan tetapi akhirnya AMK P.Pinang mendesak PDC agar semua 25 peniaga di benarkan berniaga di tingkat 3 dengan syarat barangan jualan mereka tidak melebihi 2 kaki dan peraturan ini wajib dikenakan terhadap semua peniaga yang ada di KOMTAR bukan hanya kepada peniaga Bazar Ramadhan.

6) PDC juga dipertanggungjawabkan menjaga barangan peniaga kerana pengalaman mereka pada tahun sebelumnya, barangan mereka sering kecurian walaupun ada pengawal keselamatan. PDC berjanji akan tingkatkan kawalan keselamatan.

Alhamdulilah lega rasanya AMK P.Pinang dapat membantu selesaikan isu ini yang tidak sepatutnya menjadi isu besar jika PDC dan YB Ng Wei Aik bijak tangani masalah ini lebih awal.

Semoga apa yang terjadi tidak akan berulang lagi di tahun hadapan. Rasa puas dan tidak sia-sia dua hari berkampong di KOMTAR.

Terimakasih pada semua yang memberi sokongan dan berdoa.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai…Usah Berumah Di Tepi Pantai…
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Don’t be Umno mimic, Zaid tells PKR

By Boo Su-Lyn
August 12, 2010
Zaid mocked PKR’s move to ban money politics, saying this was already forbidden by law. — file pic

KUALA LUMPUR, Aug 12 — PKR supreme council member Datuk Zaid Ibrahim told his party today not to ape political foe Umno in drafting a code of ethics for the upcoming party elections, where 400,000 members will directly vote in a new leadership.

The former law minister lambasted PKR for creating a party election code of ethics that were very similar to Umno’s — such as barring candidates from openly criticising other party leaders, banning money politics and even scrutinising Hari Raya open houses.

“I do not want PKR to be a hypocritical party like Umno,” Zaid wrote in his http://www.zaiduntukrakyat.com blog.

“There was a statement which said that [the] PKR code of ethics now forbids candidates from criticising other party leaders and banning the use of money ala money politics. In fact, even Hari Raya open houses will be monitored — these are among the code of ethics that is most similar to Umno,” he added.

The former Umno member said that PKR’s apparent rationale for the last condition was that open houses that were too lavish could potentially affect the election of party leaders.

“How embarrassing if PKR members, a party that is based on battling, can be affected by food and drink!” he added.

PKR was first formed as Parti Keadilan in 1999 on the heels of the massive Reformasi movement led by Datuk Seri Anwar Ibrahim after he was sacked as deputy prime minister in 1998. Keadilan later merged with Parti Rakyat Malaysia in August 2003 to form PKR.

In apparent defiance of PKR’s party election code of ethics, Zaid said he would continue to organise large or small open houses “as he liked” and criticise weak party leaders, besides campaigning for capable party candidates.

The Federal Territory PKR chief also questioned the justification for drafting a code of ethics against money politics in party elections.

“Money politics is graft, and graft is already a crime under the country’s laws. What is the rationale of making it wrong in a code of ethics?” asked Zaid.

He then slammed Umno’s party election code of ethics, which included a ban on campaigning and lobbying activities, besides dinners and money politics.

“What is the meaning of competition if it is forbidden to campaign?” he asked, adding that former Umno vice president Tan Sri Isa Samad and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin were once disciplined or warned for breaking that code of ethics.

Zaid said that he would go ahead and campaign for young members who could contribute to PKR, expressing hope that there would be no code of ethics for his role as “campaign manager”.

“As an old man, I would like to see young, able and honest people play a big role in the party. I will campaign on their behalf,” said Zaid while stressing again that he would not contest for any position in the upcoming party election.

Yesterday, he dismissed reports that he would contest the party’s deputy presidency and said he had no plans to fight for any party position.

“I hope that PKR will not be like Umno in using a code of ethics and the like to block the career path of a leader. Let members choose freely without being controlled too tightly,” said Zaid, who left the Barisan Nasional (BN) federal government in 2008 before joining PKR last year.

The lawyer-by-training also said that he was unable to forget how Umno suspended his membership and dropped him as a candidate in Election 2008, based on accusations of money politics and despite him winning the Kelantan deputy liaison chief’s post in 2003 as well as the Kota Baru parliamentary seat in the 2004 general election.

“These are all dirty politics that were practised by those who wanted my position,” said Zaid, adding that Umno had refused to refer him to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) in 2008 because an “innocent” verdict would mean that Umno was wrong.

“There is no need for us to prepare a ‘line-up’ or prioritise certain favoured people,” added Zaid.

PKR’s incumbent deputy president Dr Syed Husin Ali had previously hinted that he would not defend the post, paving the way for a heated contest for the party’s No. 2 spot.

Others speculated to contest if the vacancy arises are vice-presidents Mustaffa Kamil Ayub and Azmin Ali, and Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Some 400,000 PKR members will be voting in the party elections scheduled to be held between September 17 and November 21.

The party amended its constitution last year to allow all members to vote for divisional leaders and the 25 members of the central leadership council — including the president, deputy president and four vice-presidents.

The party’s 218 divisions will hold two separate meetings: One for the annual general meeting and election of divisional leaders, and a second meeting to vote for national leaders.

The divisions will vote for national leaders on weekends, from October 29 to November 21.

Polis nafi arah untuk tutup semua pintu di tingkat dua Komtar

August 12, 2010

GEORGE TOWN, 12 Ogos — Polis Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan mereka yang mengeluarkan arahan agar kesemua pintu di tingkat dua Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ditutup sebagai langkah keselamatan.

Ketua Polis negeri Datuk Ayub Yaakob berkata pihaknya tidak terlibat secara langsung dengan keputusan ataupun memberi arahan mengenai kawalan keselamatan di Komtar kerana kompleks itu mempunyai pengurusan dan sistem kawalan keselamatannya sendiri.

“Sememangnya kita ada menghadiri satu mesyuarat yang membincangkan  mengenai keselamatan di Komtar selepas insiden seorang lelaki menepuk  bahu Ketua menteri Lim Guan Eng pada 2 Ogos lepas, tetapi kita tidak membuat sebarang arahan malahan cadangan untuk menutup laluan pintu di tingkat dua itu juga bukannya datang dari polis,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau juga kecewa dengan laporan akhbar yang menyebut bahawa kesemua lima pintu di tingkat dua itu hanya boleh dibuka dengan kebenaran polis.

“Ini semua tidak benar. Komtar mempunyai pengurusannya sendiri di bawah  sebuah syarikat manakala semua pejabat kerajaan pula adalah di bawah  pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, tiada kaitan dengan  polis, kita hanya bertindak jika berlaku sebarang kes jenayah di  kompleks itu,” katanya.

Ayub berkata Komtar, yang menempatkan bangunan pentadbiran kerajaan  negeri dan pejabat Ketua Menteri, tidak digazet sebagai  kawasan keselamatan dan sasaran penting kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ini kerana katanya,  kompleks itu juga adalah tempat awam yang mempunyai pusat membeli-belah dan sebagainya.

Beliau berkata pihaknya pernah menghantar laporan mengenai keselamatan di Komtar kepada kerajaan negeri dua tahun lepas untuk dinilai bagi tindakan selanjutnya.

Ayub juga berkata kerajaan terdahulu pernah bercadang untuk memindahkan pusat pentadbiran negeri itu ke tempat lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya meminta pengurusan Komtar meningkatkan kawalan keselamatan ekoran insiden seorang lelaki warga emas bertengkar dan menepuk bahu  Ketua Menteri pada 2 Ogos lepas.

Bagaimanapun katanya, polis tidak mencadangkan sebarang langkah sebaliknya menyerahkan kepada pengurusan kompleks itu untuk menentukan mekanisme yang bersesuaian.

“Jika mereka telah membuat keputusan, janganlah jadikan polis sebagai ‘punching beg’ dengan menuding jari supaya orang keliru dan salahkan polis pula,” kata beliau.

Semalam, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Muhammad Yusoff Wazir, dalam satu kenyataan akhbar berkata kerajaan negeri akan menyemak semula prosedur keselamatan baru di Komtar.

Ini berikutan insiden seorang pengusaha kedai kopi menyimbah petrol tubuhnya selepas mendedahkan bahawa sumber rezekinya terjejas  teruk disebabkan penutupan pintu itu.

Teoh Bak Seng, 53, berbuat demikian dalam cubaan membakar diri di hadapan sekumpulan orang ramai serta wartawan di Komtar selepas gagal menyerahkan  memorandum kepada Ketua Menteri. — Bernama

Usah melatah dengan kenyataan Soi Lek

Ahmad Lutfi Othman   

PILIHAN RAYA  umum 2008 memang satu kejutan tidak terjangka dan pengalaman paling buruk buat MCA. Parti komponen BN itu kalah teruk di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Igauannya pasti berterusan apabila semua pilihan raya kecil selepas itu menyaksikan tiada langsung petanda bahawa pengundi Cina bersedia untuk menyokongnya kembali.

Malah, difahamkan, di Perak misalnya, ekoran rampasan kuasa yang didalangi Dato’ Seri Najib Razak  bagi menggulingkan kerajaan negeri Pakatan, kemungkinan besar masyarakat Tionghua menjadi bertambah marah dan seolah-olah tidak sabar lagi untuk menunggu pilihan raya umum ke-13 untuk “mengajar BN”.
WAJAH PARTI YANG MURAM

Meskipun teraju MCA bertukar daripada Tan Sri Ong Ka Ting kepada Dato’ Seri Ong Tee Kiat, wajah parti itu tetap suram. Susulan itu, penampilan bergaya Dato’ Seri Chua Soi Lek (walaupun skandal seksnya belum dilupakan) seperti cuba melakarkan pendekatan baru menjinakkan “kemarahan” pengundi Cina kepada BN.

Tanpa perlu menanti lama, Chua bukan sahaja gagal mempengaruhi bangsanya sendiri, kenyataannya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, 6 Ogos lalu mengundang petaka baru. Pengundi Melayu – yang dikira sebagai penyelamat BN pada Mac dua tahun lalu – marah dengan pandangan sempitnya yang melabelkan bahawa majoriti negara Islam sebagai tidak progesif, mundur, terkebelakang dan korup.

Chua turut berpandangan, dalam konteks Malaysia, Umno menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan orang Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, dakwa Chua, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif, menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana.

Ucapan Chua itu banyak merujuk kepada buku tulisan Syed Akbar Ali, “Malaysia and the Club of Doom”. Ternyata rujukan beliau tersasar, tetapi lebih malang apabila pemimpin utama Umno tidak bersedia menegurnya.

Secara peribadi saya tidak berasa pelik dengan pandangan dan niat Chua. Beliau sekadar mahu menakutkan orang Cina terhadap PAS, yang kini semakin mesra dan intim dengan masyarakat Tionghua.

MAKIN CEMAS

Beberapa pendekatan baru PAS, misalnya penubuhan Dewan Himpunan Penyokong, menjadikan MCA lebih cemas, manakala percubaan media untuk melaga-lagakan parti Islam itu dengan DAP – dua parti yang dahulunya dianggap berada di dua kutub berbeda – langsung tidak menggugat persefahaman erat dalam Pakatan.

Sebelumnya, di Kota Bharu, Presiden MCA itu berkata, seandainya Pakatan menang dalam pilihan raya umum akan datang, maka yang bakal menjadi Perdana Menteri bukannya pemimpin KeADILan atau DAP, tetapi adalah calon PAS.

(Pengulas dan veteran politik, Tan Sri Abdullah Ahmad dalam tulisannya berpendapat ucapan Chua itu “satu pendekatan dan kenyataan takuk lama, dan lebih buruk pula kerana dia membuat kenyataan itu di Kelantan. Cina Kelantan arif berpolitik!”)

Mengulas tanggapan Chua di Alor Setar, Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, berkata Chua telah mempamerkan kejahilan dan begitu bongkak. “Bagi saya, ini tidak dapat diterima. Saya tidak tahu,tetapi berdasarkan pergaulannya dengan Umno itu langsung tidak memperlihatkan bahawa beliau memahami dan menghargai perasaan prihatin masyarakat Islam,” katanya.

TIDAK MAHU TERLALU DEFENSIF

Apa pun, saya tidaklah mahu menjadi terlalu defensif dengan beberapa ciri umum negatif, yang dikaitkan dengan majoriti negara-negara umat Islam hari ini, terutama jika dilihat dalam konteks demokrasi, hak asasi, rasuah, keadilan, jurang kaya-miskin yang melebar.

Yang salahnya dan merupakan satu pendustaan besar apabila Chua mengaitkan kemunduran itu dengan Islam, walhal pemerintahan kuku besi, regim yang menekan dan amalan korupsi – yang bukan saja berlaku di negara umat Islam tertentu – adalah disebabkan tuntutan agama itu sendiri dipinggirkan. Islam kerap dihiaskan untuk menutup wajah hodoh pemerintahan autoritarian. Saya sendiri mengimpikan akan tersenarai negara-negara Muslim dalam ranking tertinggi indeks rasuah, demokrasi dan juga kebebasan akhbar, seperti yang pernah saya ulas dahulu dalam ruangan ini .

Kini posisi utama lebih dimonopoli oleh negara-negara Scandinavia. Malah, dalam World Corruption Ranking 2008, hanya sebuah negara Muslim dapat menandingi kedudukan Israel! Meneliti tangga 20 teratas negara yang bersih rasuah, kita tidak terjumpa nama negara umat Islam.

Amat sedih melihat negara Muslim yang begitu kaya dengan hasil-mahsul buminya, dan pemimpinnya dengan bangga mempamerkan kehidupan mewah, sedangkan majoriti rakyatnya terperosok dalam kemunduran, kemiskinan dan kefakiran. Dalam sejarah moden pun kita dihidangkan dengan kisah-kisah tragis penyeksaan di luar batas kemanusiaan oleh regim penguasa terhadap pemimpin gerakan Islam.

KEKUATAN ISLAM

Dalam konteks Malaysia, sepatutnya Chua menyedari bahawa kekuatan PAS, sama ada menghadapi cabaran berbentuk tekanan dan penindasan pemerintah, atau dugaan menggiurkan semasa berkuasa, adalah berpunca daripada benteng iman dan Islam para aktivisnya.

Keupayaan PAS mempertahankan Kerajaan Negeri Kelantan (2008-3008) walaupun hanya mempunyai kelebihan satu kerusi Dewan Undangan Negeri, dilihat pemerhati politik, adalah difaktorkan oleh komitmen wakil rakyatnya terhadap Islam.

Usah dibandingkan dengan kepalsuan rakan-rakannya dalam Umno, walaupun nampak berusaha untuk meninggikan syiar Islam tetapi masih berselimut selesa dengan “gebar” rasuah, pilih-kasih, salahguna kuasa.

Sepatah kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika merasmikan persidangan integriti: “Dr Chua sepatutnya mendidik dirinya dengan mendalami sejarah tamadun Islam yang mencerminkan kegemilangan yang tidak hanya terhad kepada empayar global malah di dalam pembangunan seni, pembelajaran, pengenalan angka, algebra dan astronomi.”

II.

Dalam politik, setiap kesempatan harus direbut atau dimanfaatkan, biarpun ketika sesuatu isu itu dilihat memakan diri. Kontroversi selalunya menarik perhatian umum. Ia membuka peluang untuk rakyat mendengar penjelasan.

KEBIJAKSANAAN MENGOLAH ISU

Justeru, isu panas tidak perlu dihindari sangat, apatah lagi digeruni. Yang penting adalah kebijaksanaan dan kecekalan untuk menekuni dan mengolahnya agar isu kontroversi (apatah lagi yang sengaja diputar-belitkan pihak lawan) itu menjadi modal berbisa untuk kembali mendominasikan pemikiran umum.

Banyak perkara yang pada awalnya nampak menggugat diri, tetapi selepas diberi penerangan sejelasnya dapat memukul balik seteru politik. Seingat saya banyak tohmahan yang dilemparkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat misalnya, sama ada memakan diri Umno atau akhirnya senyap begitu sahaja.

Apabila cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua untuk memansuhkan diskaun Bumiputera terhadap pemilikan rumah mewah (bernilai RM500,000 ke atas) dan bangunan komersil (lebih RM2 juta) dijadikan isu kontroversi, memang media pemerintah melihatnya seperti bola tanggung untuk “melibas maut” DAP, dan sekali gus mencari peluang mengheret PAS.

Harus diakui, asas kekuatan PAS tidak dapat lari daripada sokongan pengundi Melayu. Jadi, ia tentu tidak mahu membazirkan masa untuk bergelut dalam gelanggang ciptaan Umno.

Seperti ditunjukkan dalam kes Selangor dan Pulau Pinang – juga dahulunya Perak – Umno hanya menunggu saat sesuai untuk mengapi-apikan sentimen perkauman bagi mencalar imej dan identiti “kemelayuan” PAS.

PENGUNDI MAKIN MATANG

Bagaimanapun, pengundi tidak semestinya menelan bulat-bulat apa yang dimuntahkan media Umno. Mungkin ada sebilangan orang Melayu termakan dengan “racun” itu, tetapi ia juga menyediakan peluang untuk PAS dan Pakatan merongkai kecelaruan. Sama juga seperti ada kritikan keras terhadap pelaksanaan DEB (antaranya dikemukakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim) yang memperalatkan nama Melayu untuk kepentingan suku-sakat elit penguasa.

Apabila penjelasan diberikan, dan ia disebarkan secara terancang dan berkesan, rakyat dapat melihat kepincangan di sebalik gimik hak istimewa Melayu itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun menekankan bahawa beliau tidak pernah menyokong penghapusan kuota dan keistimewaan bumiputera; dalam kes hartanah, khususnya rumah kos rendah dan sederhana. Malah, diskaun untuk rumah mewah itu boleh dimasukkan dalam tabung untuk membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah.

ORANG KAYA, SAUDAGAR BESAR NIKMATI SUBSIDI

Asasnya, bantuan atau subsidi adalah untuk keperluan golongan miskin dan rakyat bawahan. Malang sekali, di negara ini, golongan kaya dan saudagar besar lebih banyak menikmatinya. Di kala senang mereka membolot pelbagai projek, kebanyakannya melalui rundingan terus, manakala di waktu susah kerajaan juga yang menyelamatkan mereka melalui operasi bail-out dan sebagainya.

Tetapi rakyat, termasuk orang Melayu, bukan buta untuk melihat realiti yang menjolok mata ini. Mereka melihat masih ramai rakyat, tanpa mengira kaum, yang susah hidupnya dan tertekan dengan kenaikan kos sara hidup selepas subsidi dipotong (atau istilah pemerintah, “diselaraskan”). Keistimewaan layanan kerajaan, melalui TNB, terhadap syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP), selalu menjadi rujukan awam.

Saya tetap yakin bahawa perubahan yang bermula dalam pilihan raya 1999 – ketika itu lebih membabitkan pengundi Melayu – tidak boleh disekat. Jangan memandang rendah kematangan rakyat dalam menilai dan memerhati gelagat pemimpin politik, BN mahupun Pakatan Rakyat.

Cuma, seperti pandangan seorang pembaca kepada saya, mungkin lebih elok jika kritikan berkaitan “hak istimewa orang Melayu” datangnya daripada pemimpin Melayu itu sendiri. Tambahnya, kritikan Anwar terhadap pelaksanaan DEB agak sukar disensasikan berbanding jika Lim Kit Siang yang mengemukakan teguran itu.

III.

Saranan agar Akta Universiti dan Kolej Universiti dipinda – termasuk dari Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Saifuddin Abdullah – bagi membolehkan mahasiswa terbabit dengan politik kepartian disambut baik banyak pihak, terutama pemimpin pelajar bukan kumpulan Aspirasi, yang bebas daripada pengaruh Umno.

BANTUTKAN PROSES KEMATANGAN

Bagaimanapun parti-parti dalam Pakatan Rakyat sejak lama melihat Auku sebagai halangan besar yang membantutkan proses kematangan warga kampus, termasuk tenaga akademiknya.

Lebih menarik apabila beberapa pemimpin muda dalam BN sendiri menyokong agar mahasiswa dibenarkan menganggotai parti politik. Antaranya, Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno dan Dato’ Dr Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA. Namun, Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Khaled Nordin, nampaknya agak keberatan, mungkin menunggu isyarat jelas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak terlebih dahulu.

Pastinya, bagi Najib, pertimbangan utama tertakluk kepada manfaat atau bencana politik yang bakal diterima BN dalam pilihan raya umum akan datang.

KEBEBALAN MANTAN NAIB CANSELOR

Saifuddin, jelas konsisten dalam pendiriannya, seperti yang ditunjukkan dalam program Soal Jawab TV3 minggu lalu, ketika membidas “kebebalan” bekas Naib Canselor UiTM, Tan Sri Ibrahim Abu Shah. Di Georgetown, pada 9 Ogos, Saifuddin mengulangi pandangannya tentang keperluan pindaan Auku itu: “Apa yang penting ialah soal hak mereka (mahasiswa) untuk bersuara dan berorganisasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Di samping itu ia penting untuk mematangkan demokrasi kita.”

Saya harap kerajaan tidak menunggu lama untuk memecahkan belenggu yang memasung gerakan pelajar sejak 35 tahun itu. Di waktu ramai resah dengan sikap tidak peduli golongan muda dengan persoalan di sekitar mereka, apatah lagi hal-hal politik, sehingga hak paling asas dalam sistem demokrasi, iaitu tanggungjawab mendaftar sebagai pengundi pun diabaikan, maka menara gading kita mesti segera dipulihkan autonominya, selain membiarkan mahasiswa bebas “mencabar dan dicabar”. Lambat atau cepat, segala kongkongan itu perlu dimansuhkan juga nanti, bukan sahaja dalam Auku, tetapi juga akta-akta drakonian lain seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP).

KERAJAAN PEKAK TELINGA

Anak muda, yang sering dikaitkan dengan idealisme luhur, bukan sahaja mudah berang apabila dianggap “budak mentah dan belum matang” sehingga perlu ditunjuk-ajar (diikat) dengan pelbagai peraturan “karut-marut”, malah tidak mustahil mereka bakal bangkit “memberontak” menuntut hak jika kerajaan terus memekakkan telinga.

Apabila tekanan kini datang daripada dalam sendiri, kata putus Perdana Menteri begitu ditunggu-tunggu. Sekiranya Najib merasakan belum masanya mahasiswa dan pensyarah”dibebaskan”, maka yang lebih menarik untuk diperhatikan, apakah Saifuddin, Khairy dan Ka Siong tetap bertahan dengan prinsip mereka?

(Tulisan ini disiapkan sehari sebelum Kabinet memutuskan tidak membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik kepatian).

Muhammad Firdaus, Turki

Muhammad Firdaus   

Muhammad Firdaus Haji Suhaimi-Istanbul Turki

Selamat menyambut bulan tarbiyah Ramadhan, Awalnya Kerahmatan, Pertengahannya Pengampunan, Dan Akhirnya Pembebasan dari Api Neraka, Salam Lebaran 1431 Hijriah buat family di Kampung Tali Air 8 Sekinchan Selangor.

Negara parah: Zina,rogol dan buang bayi berleluasa

http://episodeperjuangan.blogspot.com/   
1. Peradaban dan tamadun negara kita kian musnah malah semakin parah dan dahsyat . Penghuninya telah hilang perikemanusiaan . Segalanya bermula dari nafsu yang gagal dikawal serta diasuh dengan akhlak dan moral yang positif .

2. Gejala zina [ seks bebas ] , buang bayi , rogol dan bunuh semakin menjadi – jadi . Seperti sistem pentadbiran dan sosial negara kita tidak berkesan langsung untuk membendung kemungkaran dan jenayah yang semakin berleluasa serta kejam .

3. Ia bukan lagi menjadi masaalah individu tetapi juga masyarakat . Ia bukan lagi menjadi masaalah negara tetapi juga rakyat . Ia bukan lagi masaalah pemerintah tetapi juga pembangkang . Ia masaalah semua . Semua mesti bertanggungjawab .

4. Saya kira negara mesti mengambil langkah drastik . Parlimen mesti segera membincangkan perkara ini secara serius justeru kini ia telah menjadi barah dalam masyarakat . Jangan tangguh atau lengah kerana semakin hari semakin ramai bayi luar nikah dilahirkan , semakin ramai bayi dibunuh kejam , semakin ramai yang berzina , semakin ramai yang bergaul bebas , semakin ramai yang menjadi mangsa rogol dan semakin ramai mangsa dibunuh .

5. Sampai bila perkara ini mahu dibiarkan berlarutan ? seketika dulu , kondom diperkenalkan untuk mengelakkan kehamilan dan aids kononnya , namun nyata ia tidak menyelesaikan masaalah . Kehamilan luar nikah terus berleluasa dan penyakit aids terus merebak dan berkembang . Selesaikah cadangan mahu menubuhkan bank bayi ? selesaikah sekadar mahu menubuhkan sekolah pelajar hamil ? selesaikah sekadar pendidikan seks di sekolah ?

6. Mungkar dan jenayah ini berlaku bukan kerana mereka tidak cukup kondom , bukan kerana tiada tempat mereka mahu melahirkan bayi , bukan kerana tidak tahu di mana mereka harus menyambung pelajaran dan apa yang berlaku juga bukan kerana mereka jahil dan buta tentang seks ! Sebaliknya apa yang berlaku ialah kerana manusia jahil tentang agama . Mereka menjadi hamba nafsu dan mangsa budaya maksiat yang bermaharajalela dalam negara kita mutaakhir ini.

7. Kelab – kelab malam beroperasi sehingga ke awal pagi dengan aktiviti yang sangat jalang , sundal dan tidak bermoral . Tarian lucah , arak dan pil ectasy , pelacuran , pergaulan bebas , penzinaan atau seks bebas menjadi rutin . Aktiviti hiburan mengatasi majlis ilmu dan kegiatan yang berfaedah. Maksiat ini telah menular dari bandar ke kampung , dari desa ke felda , dari pekan dan taman perumahan .

8. Saya menyeru semua pihak khasnya para pemimpin negara , pemimpin masyarakat , ahli – ahli parlimen , ahli – ahli Dewan Undangan Negeri , imam – imam masjid , ahli agama , ahli politik , ngo dan seluruh rakyat sedar dan menginsafi perkara ini agar kita tidak lagi lengah dan hanya beretorik . Hentikan pertelagahan dan percakaran yang tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya segera ambil langkah berkesan untuk selamatkan negara . Laksanakan peranan masing – masing . Jangan banyak mulut tetapi banyakkan kerja .

9. Hapuskan segala anasir yang merangsang nafsu gila manusia yang mendorong berlakunya maksiat , mungkar dan jenayah ini . Makmurkan negara dengan aktiviti yang bermoral dan berakhlak serta mendidik minda dan peribadi . Sebagai contoh tindakan drastik yang mesti diambil ialah :
Hentikanlah rancangan televisyen yang tidak bermoral
Sekat dan kawal secara serius lambakan video lucah
Basmi habis – habisan pusat pelacuran dan hiburan yang melampau
Sekat laman – laman lucah secara serius
Menguatkuasa undang2 syariah
Bantu dan banyakkan pusat pengajian Islam
Aktifkan aktiviti yang mendidik minda dan sebagainya .
Banyak lagi langkah yang perlu diambil . [ sekadar menyebut beberapa contoh ]

10. Malaysia perlu bertindak segera . Bertindak sekarang ! bukan esok atau lusa ! negara kini menuju ke curam binasa . Kembalilah kepada Islam dan cara hidupnya . Dewan Pemuda PAS sedia memberi khidmat upaya dan tenaga yang dimiliki untuk tujuan menyelamatkan negara dari pengaruh maksiat dan mungkar yang semakin parah ini .
Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Sime Darby hadapi masalah lagi, kali ini di Indonesia

LFG   
KUALA LUMPUR, Aug 12: Umpama jatuh ditimpa tangga, Sime Darby, syarikat yang belum pulih daripada derita kerugian hampir RM3 bilion tahun lalu terus dibelenggu masalah, kali ini di negara jiran, Indonesia.

Kumpulan Guthrie Berhad, syarikat yang kini sebahagian daripada Sime Darby, baru-baru ini diarah membayar tuntutan sivil kepada syarikat Indonesia PT Adhiyasa Saranamas oleh Mahkamah Agung Indonesia lebih dari USD25 juta, yang kini menggelembung sehingga USD41 juta.

Sebuah portal berita online melaporkan bahawa masalah itu telah dibawa ke perhatian parlimen negara itu untuk diselesaikan berikutan Guthrie terus mengingkari perintah untuk membayar.

“Pengingkaran terus daripada syarikat yang mempunyai kaitan kerajaan Malaysia telah menimbulkan tanda tanya atas kewujudan broker dan mafia undang-undang di sebalik kes ini,” lapor Rakyat Merdeka, sebuah portal berita online di Indonesia.

Persengketaan antara dua syarikat tersebut bermula pada tahun 2000 ketika Guthrie Berhad merancang untuk menguasai aset PT Holdico Kuasa yang telah diambil alih oleh Badan Penyehatan Perbankan Nasional (BPPN) milik kerajaan Indonesia.

Guthrie telah melantik PT Adhiyasa Saranamas sebagai orang tengah untuk memudahkan prosedur dalam pengambilalihan PT Holdico Kuasa, serta anak syarikat dan aset milik syarikat berkenaan termasuk ladang kelapa sawit di beberapa bandar.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Guthrie telah bersetuju untuk memberikan yuran sebanyak tujuh peratus daripada hasil nilai urus niaga untuk Adhiyasa, menurut portal tersebut.

Selepas pengambilalihan berjaya, syarikat milik kerajaan Malaysia itu telah dituduh melanggar kontrak kerana sengaja melewatkan bayaran yang dijanjikan kepada Adhiyasa.

Adhiyasa kemudian mengambil pelbagai tindakan undang-undang, tetapi gagal, bahkan sehinggakan permohonan rayuannya di Mahkamah Agung Indonesia tidak mendatangkan hasil.

Pada tahun 2007, dengan pelbagai kelengkapan dokumen dan bukti, Adhiyasa telah berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Agung untuk mengarahkan Guthrie untuk memenuhi kewajipannya dalam membayar yuran yang dijanjikan, dengan enam peratus tambahan sebagai bunga.

Namun, keputusan ini terus diingkari Guthrie sehingga memaksa Adhiyasa untuk mengajukan petisyen dengan Mahkamah Negeri Jakarta Selatan untuk merampas aset Guthrie yang akhirnya diterima.

(Gambar: Salah satu dokumen yang disiarkan Raja Petra dalam Malaysia-Today tentang Guthrie di Indonesia yang dikatakan sedang menghadapi masalah)

Rakyat Merdeka menambah bahawa Guthrie cuba untuk melawan penghakiman tersebut dengan menyekat perintah untuk pembayaran melalui PT Holdico Kuasa, syarikat yang dikuasainya pada tahun 2000.

Kumpulan Guthrie merupakan syarikat yang terlibat dalam perladangan dan pengilangan yang dibeli pada tahun 1981 di bawah pemerintahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed melalui syarikat pelaburan kerajaan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi Bursa Saham London.

Bersama kerajaan dan PNB sebagai pemegang saham terbesar, Guthrie digabungkan dengan Sime Darby dan Golden Hope untuk membentuk Synergy Drive, kemudiannya  Sime Darby sebagai nama bersama.

Pada November 2007, Sime Darby menjadi syarikat terbesar di Malaysia dan syarikat perladangan terbesar di dunia dengan bank tanah lebih daripada 540,000 hektar. Namun begitu, akibat salah urus tadbir, Sime Darby dilaporkan berada di dalam kemelut pentadbiran dengan kerugian hampir RM3 billion pada tahun lepas.

%d bloggers like this: