No quarrel with Nik Aziz

Karpal, however, stands by his opinion that DAP will not support the introduction of Hudud Law as suggested by PAS Spiritual Leader Nik Aziz Nik Mat to curb baby dumping.

“It is wrong for Nik Aziz to suggest something that cannot be introduced in the first place,” he said.

He said that while neither he or DAP has any “quarrel” with Nik Aziz or his party, the fact remains that Malaysia is a secular country, as stated by the Federal Constitution and upheld by the Supreme Court in 1988.

Charge against CJ – Karpal breaks new ground

Bukit Gelugor MP Karpal Singh filed a complaint against Chief Justice Zaki Azmi today- the first case to be lodged under the new Judges’ Code of Ethics Act, 2009 and the Judges’ Ethics Committee Act, 2009 which came into force in March.

In the complaint sent via hand to the Chief Justice’s office in Putrajaya today, Karpal said Zaki’s statement pertaining to corruption on June 11 shows a ‘defect in character’ warranting disciplinary action under the Act

Buku Mutiara Kata Nik Aziz dilancar

Muhammad Yusri Amin   
KOTA BHARU, 20 Ogos: Dalam usaha menyebar luaskan pemikiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena sambutan 20 tahun PAS memerintah Kelantan pada Oktober 2010 di samping mempertingkatkan perjuangan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) telah berjaya menerbitkan buku Himpunan 110 Mutiara Kata Nik Aziz Sepanjang 2010.

Buku berdasarkan petikan kata-kata hikmat Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan itu disempurnakan pelancarannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohd Fadzli Hassan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Ketua Penerangan DPPNK, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata dengan penerbitan bukut tersebut diharap mampu memberi nilai tambah dalam memperteguhkan akidah dan keyakinan ahli dan penyokong PAS umumnya selain memperluaskan penyebaran pemikiran terkini Tuk Guru Nik Aziz yang menjadi ‘ikon’ kepada Pakatan Rakyat.

“Buku itu juga membentangkan isu terkini Tuk Guru mengenai dakwah Islamiah khususnya terhadap non-muslim, dan dalam masa yang sama ‘mempersiapkan’ Pakatan Rakyat untuk menduduki Putrajaya.

“Dalam buku tersebut, pembaca dapat meneliti perkembangan pemikiran Tuk Guru selepas 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan, bahkan selepas tempoh itu kita dapat merasai apa yang Tuk Guru sendiri mahu mewariskan kepada rakyat di negeri ini khasnya dan umat Islam amnya,” katanya yang juga penyusun buku tersebut.

Buku setebal 126 halaman dengan cetakan edisi pertama sebanyak 4,000 unit dan dijual dengan harga RM10 sebuah itu sudah terjual 600 unit pada majlis  pelancaran pagi tadi.

Pada majlis yang sama turut dilancarkan buku Program Penghayatan Solat dan Tadarus Al-Quran Pelajar Baru Pasti.

Hadir sama Ketua DPPNK, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang.

Berbuka: Jangan terpengaruh dakyah Umno

Mohd Sabri Said   
TANJUNG TOKONG, 20 Ogos: Jawatankuasa Masjid Tuan Guru Tanjung Tokong usah terpengaruh dengan nada Umno untuk menghalang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hadir berbuka puasa di situ petang ini.

Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf ketika mengulas isu itu berpendapat semuanya adalah agenda Umno untuk memberi gambaran bahawa Ketua Menteri sukar menjadualkan dirinya bersama masyarakat Islam di Tanjung Tokong selepas isu perkampungan Melayu di situ terpaksa dikorbankan untuk pembangunan.

“Jawatankuasa Masjid Tuan Guru kena berfikiran secara profesional jangan terpengaruh dengan nada Umno yang sedang tenat menghadapi masa depan di Pulau Pinang.  Mereka kena akur dengan jadual dari Pejabat Daerah Timur Laut iaitu agensi kerajaan bukan kedatangannya atas nama politik,” tegasnya.

Tidak menjadi kesalahan tambahnya, sebagai Ketua Kerajaan Lim bertindak bersama masyarakat Islam berbuka puasa di masjid atau surau.

Sebagai kepimpinan masyarakat setempat sepatutnya mereka kena rasa bangga kerana Lim yang bukan beragama Islam sanggup turut ke padang berbuka puasa.

Kejadian seumpama itu tidak pula berlaku di mana-mana masjid sekitar Daerah Timur Laut bahkan sambutan yang diberikan oleh jawatankuasa masjid dan masyarakat setempat begitu meriah.

“Bila Ketua Menteri ke sana semua permasalahan yang dihadapi penduduk boleh sampaikan terus kepadanya.  Jangan bila halang kehadiranya buat pula cerita Ketua Menteri sengaja tidak menjadualkan melawat Tanjung Tokong bila timbul berbagai isu membabitkan penduduk Melayu di situ,” jelasnya.

Pada tahun 2008 Ahli Jawatankuasa Masjid Terapung, Tanjung Bungah juga bertindak begitu namun PAS Bukit Bendera mengambil inisiatif mengadakan juga majlis berkenaan tetapi di perkarangan masjid.

Zahid Hamidi fitnah, bohong – Anwar

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Kegagalan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini.

Katanya, tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata.

“Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menambah, pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang.

“Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera,” ujarnya.

Mereka, katanya menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan perubahan dan demi Malaysia yang adil.

“Oleh demikian, saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu,” katanya lagi.

Menurutnya, hanya dengan melakukan perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.

Khutbah: Kenyataan politik sempit Zahid Hamidi

Mohd Sabri Said   
GEORGETOWN, 20 Ogos: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak pernah mengeluarkan arahan supaya nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dimasukkan dalam doa khutbah ke dua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sepertimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang medianya di Tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pagi tadi menafikan kenyataan Zahid itu dengan menganggap ia adalah kenyataan berbau politik yang sempit.

“Kerajaan negeri dan JHEAIPP menafikan perkara itu dan menggangap ia adalah mainan politik Datuk Zahid Hamidi untuk bangkitkan kemarahan masyarakat Islam,” terangnya.

Abdul Malik berpendapat kejadian itu merupakan sabotaj untuk menggambarkan kerajaan negeri tidak prihatin terhadap khutbah yang disampaikan di masjid-masjid.

Ini katanya, setelah gagal memainkan isu kononya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menzalimi peniaga Melayu di Bazar Ramadhan, peniaga Melayu tepi jalan serta bermacam-macam usaha lagi.

Tindakan tersebut disyaki sengaja dicipta untuk melagakan kerajaan negeri dengan pihak istana sepertimana yang berlaku di Johor dalam isu kain rentang sehingga mencetuskan kemurkaan Sultan Johor.

Katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, Umno dan Barisan Nasional (BN) amat cemburu setelah dua tahun pentadbiran kerajaan negeri berjaya membuktikan perkembangan agama Islam mendapat keutamaan.

“Tidak lain mereka hanya cemburu bila kerajaan negeri berjaya membuktikan perkembangan Islam diberikan keutamaan, contohnya menambah peruntukan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp) dari RM12.5 juta kepada RM24.3 juta iaitu pertambahan 100 peratus selain bantuan Ihya Ramadhan dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dihentikan semasa pemerintahan BN dulu,” ujar beliau.

Umno, kata Malik, lebih tertekan apabila kerajaan negeri mengambil sikap terbuka untuk menganjurkan program Sambutan Bulan Al-Quran, anugerah kepada para huffaz sejak diperkenalkan pada tahun 2008 yang mana mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Keprihatian Ketua Menteri hadir dalam majlis agama Islam umpamanya program Ihya Ramadhan, Maulidur Rasul dan majlis berbuka puasa yang sedang rancak disusun di masjid-masjid sememangnya menggusarkan pihak tertentu kerana sebelum ini tidak pernah dilaksanakan oleh Ketua Menteri terdahulu.

Kepada rakyat, pesannya, jangan terpengaruh dengan usaha buruk itu jika mahukan Negeri Pulau Pinang terus maju.

“Kita yakin majoriti rakyat tidak mudah terpengaruh dengan cara sebegini.  Cabaran yang diterima tidak akan membantut dan melemahkah usaha kita memartabatkan agama Islam di negeri ini,” tambahnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria ketika dihubungi menafikan apa yang diperkatakan oleh Zahid Hamidi dan menyifatkan semua itu merupakan kenyataan palsu.

Bekas sarjan TUDM dakwa dianiaya

Harakahdaily   
PARIT BUNTAR, 20 Ogos: Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendakwa beliau dan keluarga telah diainaya pihak TUDM dan kebajikan mereka tidak dijaga sejak bersara pada 2008.

Faizzal Jinnong Abdullah, 45, berkata, beliau diberi layanan buruk oleh pihak atas TUDM apabila beliau cuba untuk membongkar penyelewengan yang berlaku dikalangan pegawai atasan.

Dia mendakwa ketika berkhidmat beberapa pegawai kanan menyeksanya selepas beliau mengetahui penipuan yang berlaku di kuarters TUDM di Kuching, di mana dia ditempatkan.

“Setelah usaha saya untuk membongkar penyelewengan dikalangan pegawai atasan di ketahui oleh pihak atasan tentera maka saya telah dilayan seperti seorang penjenayah.Bekalan elektrik dipotong selama tiga bulan dengan enam orang anak berusia antara 5 hingga 17 tahun bergelap tanpa belas kasihan mereka.

“Saya juga turut disumbatkan ke dalam penjara dengan pelbagai ancaman dan ugutan yang mereka lakukan supaya pembongkaran tidak dilakukan.Anak dan isteri saya juga dipaksa untuk akur dengan kehendak pegawai atasan sekiranya mahu saya dikeluarkan dari penjara dan tidak diseksa.”kata bekas sarjan itu.

Beliau berkata demikian ketika bertemu Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr.Mujahid Yusof Rawa di sini baru-baru ini.

Tambah Faizzal lagi dalam situasi tertekan beliau terpaksa menandatangani dokumen secara paksa untuk akur terhadap segala syarat dan peraturan yang ditetapkan sekiranya mahu keluarganya selamat.

Manakala isterinya Murni Dara Mat Zain pula berkata setakat ini 23 laporan polis telah pun dibuat sejak tahun 2008 sehinggalah 2009 supaya nasib mereka dibela dan tidak diancam, namun tiada sebarang perubahan.

Antara laporan polis yang telah dibuat ialah di Sarawak, Negeri Sembilan dan Nibong Tebal.

“Apa yang kami mahukan ialah nasib kami dibela.Sebagai bekas tentera suami saya sebagai Pegawai Pengawasan TUDM sepatutnya dibela nasib beliau setelah berkhidmat lebih dari 20 tahun.

“Bukannya diperlakukan seperti pengganas atau penjenayah. Sewajarnya jasa beliau dikenang oleh pihak tentera,” katanya lagi.

Murni juga berkata mereka turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Mereka kini menetap di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan dan mendakwa sering mendapat tekanan serta ugutan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam responnya berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Pengetua rasis: Kementerian perlu ambil tindakan

Hazayani Zakaria   
JOHOR BAHRU, 20 Ogos: Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad (gambar) meminta tindakan yang bersesuaian diambil terhadap Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Siti Inshah Mansor. 

Ianya kerana pengetua tersebut telah mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman dan telah menyinggung perasaan ramai pihak.

Mahfodz berkata, Kementerian pelajaran perlu meneliti kenyataan itu sehingga ianya mendapat liputan media.

“Kementerian harus lakukan siasatan yang serius berkenaan apa yang dikatakan itu sehingga keluar di media.

“Kalau dia memang cakap perkara yang bertentangan dengan perlembagaan, saya harap ada tindakan yang bersesuaian dengan apa yang dikatakan itu kerana boleh menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang bukan Melayu,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Siti Inshah Mansor sebelum ini dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa pelajar cina “tidak diperlukan” dan perlu pulang ke Cina manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.

Beliau turut menyamakan gelang keagamaan itu seperti rantai anjing pada satu perhimpunan menyambut hari kemerdekaan peringkat sekolah pada 12 Ogos lalu.

Ekoran kenyataan itu, 17 laporan polis telah dibuat terhadap beliau.

Tindakan itu dilihat sekali lagi mengulangi kesilapan menghina yang pernah dilakukan bekas ketua bahagian Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail dan juga oleh bekas pegawai khas perdana menteri Datuk Nasir Safar.

Mahfodz juga berkata, perkara berkenaan perlu diberi perhatian serius bagi mengelakkan timbulnya masalah perkauman di kalangan pelajar.

“Dakwaan ini perlu kepada siasatan segera supaya tidak menimbulkan masalah perkauman,” katanya.

Tambahnya, tidak wajar bagi seorang pengetua yang beragama Islam dan berbangsa Melayu mengeluarkan kenyataan sedemikian di hadapan pelajar-pelajarnya.

“Tidak wajarlah pengetua bercakap begitu di perhimpunan sekolah yang menyentuh agama bangsa lain,” katanya.

Jelasnya juga, Islam sendiri menekankan persaudaraan antara kaum dan tidak membenarkan kenyataan yang tidak menghormati orang bukan Islam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom Rabu lalu menyatakan dakwaan itu hanyalah salah faham dan perkara itu telah diselesaikan.

Polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan provokasi yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun maksimum atau denda atau kedua-duanya sekali.

Siswa UM pohon kebenaran teruskan ‘Student Power’

Sekumpulan pelajar Universiti Malaya (UM) akan menyerahkan petang ini surat memohon kebenaran pihak pentadbiran universiti tersebut untuk menganjurkan syarahan umum forum ‘Student Power’ Selasa ini

Kehadiran mereka adalah untuk memberi sokongan kepada pelajar tahun fakulti sains, Abu Ubaidah Amir Ab Maalek yang mengambil inisiatif untuk menganjuran syarahan tersebut.

Ini ekoran tindakan pentadbiran UM menarik balik kebenaran kepada Persatuan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial untuk menganjurkan syarahan ‘Student Power’, juga pada hari yang sama.Sebelumnya, persatuan tersebut mendapat kebenaran dekan fakulti berkenaan untuk mengadakan syarahan tersebut.

Star RFM denies political interference by MCA

During a 15-minute press conference following the visit of an officer from the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to the 988 radio station today, Star RFM Sdn Bhd chairperson Linda Ngiam described the issue as purely a “management problem”, and parried perceptions that the suspension of the ‘Hi Malaysia’ deejays was due to MCA’s political pressure.

%d bloggers like this: