Gejala sosial: Dari meja bulat ke konvensyen nasional

Written by Hazayani Zakaria   
GOMBAK, 22 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan konvensyen sosial kebangsaan akhir November ini sebagai lanjutan kepada sidang meja bulat mengenai gajala sosial yang berlangsung hari ini. 

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghadiri sidang meja bulat dekat sini, siang tadi.

Katanya, isu berkenaan bukan satu isu yang mudah untuk diselesaikan kerana membabitkan banyak pihak khususnya kerajaan dan tidak hanya terhenti di persidangan meja bulat sahaja.

“Setelah perbincangan diadakan dengan wakil-wakil NGO yang hadir hari ini, kami dapati gejala zina, buang bayi dan rogol ini berkait rapat dengan gejala lain seperti ketagihan dadah, sistem pendidikan dan sosial negara, dan satu isu yang sangat besar untuk dibincangkan.

“Jadi kami dapati bahawa sidang meja bulat bukan satu medium yang menepati objektif yang ingin kita capai mengenai gejala negatif ini.

“Oleh sebab itu kita telah bersetuju mengadakan konvenyen sosial kebangsaan supaya isu ni boleh dibincangkan dengan lebih serius lagi,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya sidang meja bulat di Anjung Rahmat, dekat sini.

Mengulas mengenai hasil perbincangan meja bulat yang dihadiri sebelas NGO itu, Nasrudin berkata, kerajaan harus mengkaji dan menilai semula sistem pendidikan di negara ini yang telah digunakan hampir 50 tahun sejak kemerdekaan.

Katanya, sistem pendidikan yang ada pada hari ini seharusnya boleh melahirkan masyarakat yang tinggi akhlak dan sahsianya, bukan semata-mata cemerlang dalam bidang akademik sahaja.

Kerajaan katanya perlu memberi perhatian serius terhadap sistem pendidikan agama dan moral terhadap remaja termasuk memberikan penekanan terhadap sekolah agama rakyat yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya selama ini.

“Kita bincang mengenai sistem pendidikan negara yang kita lihat perlu dikaji dan dinilai secara menyeluruh agar sistem pendidikan ini benar-benar berjaya membangunkan manusia, bukan semata-mata mengeluarkan sijil sahaja.

“Sekolah agama rakyat dibiarkan lesu begitu sahaja, tiada satu galakan untuk mempopularkan sistem pengajian agama dan pendidikan agama kepada genarasi kita,” katanya.

Perbincangan itu juga mendapati bahawa gejala zina berkait rapat dengan pornografi di media cetak dan elektronik yang akhirnya membawa kepada gejala seks bebas.

Sehubungan itu, mereka mendesak kerajaan melakukan kawalan ketat terhadap laman-laman web lucah dan filem-filem yang tidak sopan.

Selain itu, kerajaan juga diminta memantau semua majlis sambutan keraian di negara ini seperti sambutan malam tahun baru, malam kemerdekaan dan hari kekasih yang sangat popular di kalangan remaja.

Nasrudin juga berkata, kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri harus serius dalam melibatkan NGO-NGO yang berpengaruh untuk menangani gajala negatif yang berlaku.

“NGO-NGO yang berpengalaman dalam menangani isu melibatkan remaja ini perlu diberikan peruntukan untuk melaksanakan peranan mereka menangani gejala negatif yang semakin kritikal,” katanya.

Selain itu, mereka turut mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya sosial negara dengan segera bagi menagani segala gejala negatif termasuk pengedaran dadah, keruntuhan moral, media massa yang tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

Pas sebagai parti yang mendokong perjuangan Islam juga katanya, meminta kerajaan mengkaji pendekatan dan sistem penyelesaian yang diajar dalam Islam.

Antaranya katanya, melalui pelaksanaan syariah Islam yang boleh dijadikan alternatif untuk menyelesaikan masalah setelah 50 tahun negara ini menggunakan undang-undang yang sedia ada.

Syariah Islam yang bermula dengan pendidikan, kawalan, pencegahan dan akhirnya hukuman ke atas pesalah.

“Setelah 50 tahun kita menggunakan undang-undang dan peraturan yang sedia ada tetapi dilihat gagal meyelesaikan masalah sosial, apa salahnya kita kembali kepada syariah Islam sebagai alternatif,” katanya.

Antara NGO yang menghadiri persidangan itu ialah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Jama’iyah Wilayah Persekutuan.

Otak pemimpin Umno fikir mahu kaut hak rakyat

Written by Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Ogos: “Otak pemimpin Umno daripada atas hingga ke bawah, fikiran mereka sama, iaitu fikir macam mana hendak kaut hak rakyat, bukan hendak bagi hak rakyat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya PAS terkejut dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  supaya kerajaan negeri  menaikan tarif air dan cukai tanah untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.

“Cadangan ini dikemukakan  ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan barang keperluan harian,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pelik, katanya Perdana Menteri yang sering melaungkan slogan rakyat didahulukan tiba-tiba itulah cadangan yang beliau kemukakan dalam mesyuarat kewangan negara yang dipengerusikannya.

Idris berkata, sepatutnya Perdana Menteri dengan gaji dan elaun yang sudah melimpah ruah, Najib kena memikirkan bagaimana untuk meringankan bebenan rakyat di negara ini.

Sebaliknya, kata beliau otak yang ada kepada beliau mengambil jalan pintas iaitu dengan menaikkan cukai, hapuskan subsidi, GST, saman ekor, menaikkan harga  minyak.

Menurutnya, persoalan pokok dalam menyelesaikan masalah kelembapan ekonomi  yang berpunca daripada rasuah, ketirisan, beri kepada mereka yang bukan ahlinya, pentingkan kroni, hak keistimewaan orang Umno tidak pernah ada di dalam fikiran mereka untuk diperbaiki supaya khazanah negara dapat dinikmati oleh semua rakyat.

“PAS berpandangan, cadangan ini hanya dicadangkan oleh orang yang tidak mengetahui derita rakyat bawahan di negara ini yang begitu perit, terutama di dalam bulan Ramadhan ini.

“Kenaikan harga barang keperluan naik begitu mendadak seperti indeks Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL),” ujarnya.

Sehubungan itu, ujarnya PAS mengucap tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertegas tidak akan menaikkan tarif air, walau pun di didesak oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Malahan, katanya Khalid bersedia ke mahkamah semata-mata untuk kepentingan rakyat dan memastikan kekayaan Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat di negeri itu. 

Beliau menambah, sekarang rakyat Selangor dapat menikmati air percuma 20 meter padu.

“Kerajaan Selangor dibelasah oleh pimpinan Umno kerana memberi air percuma kepada rakyat. Mereka menuduh ini satu tindakan yang membazir wang negeri,” katanya.

Selangor juga, katanya menolak cadangan projek kroni kerajaan BN dahulu untuk mengambil bekalan air daripada Pahang dengan harga RM8 bilion, sebaliknya  kerajaan Selangor akan meneroka sendiri sumber air denagan  kos RM2 bilion sahaja yang dapat menjimatkan wang rakyat berjumlah RM6 bilion.

Pengetua rasis: Umno BN patut dipersalahkan

Written by Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 22 0gos: Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah pihak yang mesti dipersalahkan atas kenyataan perkauman dan menghina yang didakwa telah diucapkan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya, Johor pada 12 Ogos lalu, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

“Umno dan BNlah pihak yang tidak henti-henti mengapi-apikan kebencian perkauman sama ada melalui agensi-agensi kerajaan yang dikuasai oleh kerajaan Umno BN atau media-media arus perdana yang dikuasai mereka.

Pengetua itu didakwa menyebut bahawa pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing.

“Apa yang berlaku itu adalah akibat dari perbuatan Umno dan BN yang mengapi-apikan perkauman. Ramai rakyat yang termakan hasutan perkauman Umno BN dan tidak boleh dinafikan pengetua itu adalah salah seorang dari mereka.

“Dia berani menghamburkan kata-kata sedemikian mungkin kerana beliau merasa yakin beliau tidak akan diapa-apakan kerana beliau melihat para pemimpin Umno termasuk pegawai khas Perdana Menteri yang dilaporkan berbuat demikian pun terlepas begitu sahaja,” kata Salahuddin sambil menuntut supaya dihentikan hasutan-hasutan perkauman termasuk dalam program-program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah kerajaan BN seperti Biro Tatanegara (BTN) dan media-media yang dikuasai oleh Umno BN.

Sebelum ini, kenyataan perkauman seperti itu dilaporkan telah diucapkan oleh pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Datuk Nasir Safar telah menimbulkan isu perkauman apabila dilaporkan berkata, orang Cina dan India sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia.

Beliau telah dilaporkan menyifatkan pendatang India sebagai “pengemis” dan pendatang Cina sebagai “pelacur”.

Salahuddin juga mempertikaikan sikap Ketua Pemuda Umno yang juga Pengerusi Pemuada BN, Khairy Jamaluddin yang dilaporkan mengecam keras kenyataan itu.

“Umno dan BN bukan sahaja tidak mahu mengambil tanggung jawab dan berlepas tangan malah boleh pula mengecam pengetua itu. Apa yang dilakukan oleh pengetua itu adalah akibat cetusan api perkauman Umno BN.

“Mengapa biarkan beliau seorang diri menanggung kecaman sedangkan pihak yang bertanggungjawab mencetuskan api perkauman berlepas tangan dan berlagak bersih pula dari perbuatan mengapi-apikan perkauman?” Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan.

Bercakap bagi pihak Pemuda BN, Khairy mengecam keras kenyataan pengetua itu sambil menyifatkan kenyataan itu menonjolkan kejahilan pengetua berkenaan berhubung isu kewarganegaraan serta aspek ritual agama lain di negara ini.

“Sekiranya benar ia terjadi, maka beliau hendaklah didakwa bagi satu hukuman yang keras, di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau seumpamanya, kerana ia langsung tidak boleh diterima sama sekali oleh masyarakat majmuk di negara ini,” tegasnya.

Salahuddin mempersoalkan, jika Khairy berani mencadangkan pendakwaan tersebut kepada pengetua itu, mengapa Khairy tidak mencadangkan Nasir didakwa bagi satu hukuman yang keras, di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau seumpamanya, jika benar beliau mengucapkan kata-kata penghinaan itu.

“Jangan hanya orang-orang bawahan sahaja yang hendak dihukum sedangkan pemimpin-pemimpin Umno terlepas begitu sahaja,” katanya.

Khutbah: Umno terdesak dapatkan sokongan Melayu

Written by Mohd Ali Hashim   
GEORGETOWN, 22 Ogos: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menyelar tindakan Umno yang menggunakan isu agama dalam keadaan yang begitu terdesak bagi mendapat sokongan masyarakat Melayu di Pulau Pinang.

Menurut beliau, Umno diminta supaya segera mengundurkan diri dari terus berperang bagi menangani masalah masyarakat Melayu kerana PAS telah sedia untuk menggantikan mereka dalam apa jua situasi.

Katanya, dalam isu doa dalam khutbah jumaat yang dipolitikkan oleh Umno, mereka perlu mengenal pasti dengan bukti bahawa sememangnya wujud khutbah yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Tambahnya, jika ia adalah doa bagi memohon kesejahteraan itu adalah ‘standard’ dan tidak boleh diubah kepada nama-nama lain.

Namun begitu, beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata sekiranya doa yang dibaca secara umum untuk diberikah hidayah, itu bukan masalah kerana ia suatu perkara yang biasa apabila rakyat berdoa untuk diberi petunjuk kepada sesiapa sahaja termasuk Ketua Menteri.

Katanya, apa yang menjadikan isu itu satu fitnah Umno terhadap kerajaan negeri ialah perkataan ‘ganti’ yang digunakan dan ia satu pembohongan besar yang sengaja diperbesarkan untuk menimbulkan kemarahan rakyat di negeri ini.

“Sebagai umat Islam kita boleh berdoa kepada sesiapa sahaja, namun begitu perkataan ‘ganti’ yang digunakan itu membahayakan kerana ia sudah disalah tafsir oleh sesetengah pihak selain ia melibatkan nama besar Yang di-Pertuan Agong dan Islam,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Tambahnya lagi, Umno bermain dengan isu yang sangat merbahaya dengan mengheret isu agama dan institusi istana bagi memenuhi agenda politik mereka supaya berlakunya kerenggangan antara kerajaan negeri dan masyarakat Melayu di Pulau Pinang.

Alamat portal Harakahdaily bertukar

Written by Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Satu kenyataan ringkas dikeluarkan oleh pejabat Harakah berhubung dengan pertukaran alamat portal Harakahdaily.

Pengurus IT & Perniagaan Harakah, Suhaimi Embong berkata, untuk sementara waktu portal berita Harakahdaily akan menggunakan alamat web induknya, iaitu http://www.harakah.net.my dengan edisi Bahasa Malaysia di alamat; http://bm.harakah.net.my dan edisi Bahasa Inggeris di alamat; http://en.harakah.net.my

Beliau memohon maaf kepada semua pengguna Harakahdaily di atas kesulitan teknikal yang berlaku.

Banjir ancam sambutan Aidilfitri penduduk Kampung Bahagia Jaya

SIBU: Tinggal dua minggu lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, namun bagi penduduk di Lorong Burung Puchong, Kampung Bahagia Jaya, Teku, mereka mungkin terpaksa melupakan kemeriahan sambutannya.Apa tidaknya apabila kawasan terbabit dilanda banjir kilat sejak Rabu lalu, yang berpunca daripada hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lepas.

Keadaan diburukkan lagi dengan sistem perparitan yang kurang sempurna.

Lebih kurang 10 rumah di lorong terbabit ditenggelami air banjir setiap kali hujan lebat turun untuk beberapa hari berikutan kawasan tersebut yang terletak di kawasan agak rendah.

Menurut seorang penduduk, Hadiah Sabariah, mereka mungkin terpaksa melupakan kemeriahan Aidilfitri pada tahun ini jika hujan turun berterusan sehingga sambutannya nanti.

“Jika keadaan ini berterusan, kami mungkin terpaksa melupakan Hari Raya pada tahun ini.

“Dengan keadaan seperti hari ini, hendak membuat persiapan juga tidak bersemangat” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Kediaman Hadiah yang didiaminya sejak 20 tahun lepas paling teruk terjejas apabila air melimpah masuk ke dalam rumah, mencecah sehingga satu kaki pada petang kelmarin.

Beliau yang juga timbalan pengerusi Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Bahagian Jaya Teku 2 berkata, ini merupakan kali kedua banjir kilat melanda pada tahun ini.

Kejadian pertama difahamkan berlaku sebelum pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Mei lepas.

“Sepanjang tahun lepas, lebih kurang 10 kali kami dilanda banjir kilat,” ujar Hadiah sambil memberitahu keadaan itu telah mereka hadapi sejak 10 tahun lepas.

Menurut seorang lagi penduduk, Mazlan Median, bahagian luar rumahnya ditenggelami air sehingga paras pinggang sejak Rabu lepas.

Sehubungan itu, untuk menuju ke jalan di hadapan rumahnya, dia terpaksa membina titi kayu bagi membolehkan anak-anaknya pergi ke sekolah.

“Rumah baru belum siap sepenuhnya tetapi sudah dilanda banjir,” ujar Mazlan yang telah tinggal di situ sejak 10 tahun lepas.

Mazlan berkata, mereka terpaksa berhadapan dengan banjir kilat tersebut setiap kali hujan lebat turun untuk tempoh yang lama.

Sementara ahli Dewan Undangan Negeri Pelawan Vincent Goh Chung Siong yang ditemani oleh Residen Bahagian Sibu Sim Kok Kee telah meninjau kawasan yang terjejas, semalam Goh memberitahu, beliau akan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan yang terjejas akibat air banjir, selain menyeru penduduk yang terjejas agar bersabar.(sebenarnya kesalahan ini berpunca dari salah urus barisan nasional tentang pembangunan bandar sibu ,sudah lama rakyat sibu menghadapi masalah banjir terutamanya kawasan melayu tetapi masih lagi barisan nasional tak sedar-sedar lagi-dah 47tahun meri peluang kinik tok tukar kerajaan bn kepada pakatan rakyat supaya masalah banjir sibu diselesaikan dengan segera.)

Perogol dipenjara 100 tahun

Bapa dipenjara kerana rogol anak, dua abang mangsa dipenjara 36 tahun, 24 sebatan

KUCHING: Seorang bapa kepada lima orang anak dijatuhi hukuman penjara 100 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana merogol anak perempuannya.

TERIMA BALASAN: Bapa (kiri) dan dua anaknya dibawa ke lokap sementara selepas hukuman dijatuhkan semalam. TERIMA BALASAN: Bapa (kiri) dan dua anaknya dibawa ke lokap sementara selepas hukuman dijatuhkan semalam. 

Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnell menjatuhkan hukuman tersebut ke atas bekas kakitangan Jabatan Tanah dan Survei berusia 52 tahun itu selepas didapati bersalah atas lima tuduhan sumbang mahram di bawah Seksyen 376A Kanun Keseksaan.

Setiap pertuduhan, dia dijatuhi hukuman 20 tahun penjara.

Lelaki tersebut adalah tertuduh pertama dan dua individu lain dituduh adalah anak-anaknya.

Tertuduh melakukan kesalahan pertama dalam semak di tepi jalan di Petra Jaya antara jam 1 petang hingga 12 pagi pada Disember 2006.

Hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tahanan reman pada 18 Februari 2009.

Dia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana tiga kesalahan yang dilakukan antara Januari hingga Disember 2007 di beberapa tempat termasuk pejabatnya di Jalan Pending, rumah mereka di Samariang dan juga dekat lampu isyarat di Semerah Padi.

Setiap hukuman akan dijalankan serentak selepas tertuduh menamatkan hukuman penjara bagi kesalahan yang dilakukan pada 2006.

Atas kesalahan merogol anaknya di atas motosikal di sebuah kawasan semak Petra Jaya pada November 2008, tertuduh menerima hukuman 20 tahun lagi, yang akan dikuatkuasakan berturut-turut selepas menjalani hukuman 40 tahun penjara bagi empat kesalahan pertama.

Sementara itu, dua abang mangsa masing-masing dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 24 sebatan kerana melakukan kesalahan yang sama.

Tertuduh kedua dan ketiga didapati bersalah atas dua tuduhan yang dipinda di bawah Seksyen 376A kerana merogol adik perempuan mereka.

Mereka melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Bandar Baru Samariang di sini antara Julai dan Disember tiga tahun lalu sekitar jam 1 petang hingga 6 pagi.

Ibu mangsa dikatakan tidak terdaya menghalang suami dan anak-anaknya kerana kurang upaya.

Mangsa yang kini berusia 18 tahun juga kurang upaya kerana dia dilahirkan dalam keadaan lengan kanannya kudung.

Menerusi peguam mereka, Mohamad Fairuz Masri, mereka merayu hukuman diringankan.

Fairuz mendakwa isteri tertuduh pertama mengalami keaiban dan tekanan kerana keluarga mereka telah dilabelkan sebagai ‘keluarga teruk, tidak beragama, rosak akhlak dan haruan makan anak’.

Dalam hujah balas, timbalan pendakwa raya Stella Augustine Derus menggesa mahkamah mengenakan hukuman sebagai pengajaran kerana tertuduh yang sepatutnya bertanggungjawab melindungi darah daging sendiri telah menjadi binatang yang mengambil kesempatan dan menghancurkan masa depan mangsa.

Dalam Penghakiman, Amelati berkata tertuduh seharusnya melindungi anak perempuanya tetapi perbuatan keji mereka telah menggelapkan masa depan mangsa.

Beliau berkata perbuatan itu merupakan masalah sosial yang memberi kesan kepada masyarakat di negeri ini.

42 nabbed for not fasting, says Daud

KUCHING: Forty-two Muslims have been nabbed up to Friday statewide for not fasting.

Datuk Daud Abdul Rahman Datuk Daud Abdul Rahman 

Of that figure, 36 are Malaysians while seven others are Indonesians.

“The statistics are disappointing. Throughout the years, it is usually at the end of the Ramadan month that we would catch a lot of offenders,” Assistant Minister in the Chief Minister’s Department (Islamic Affairs) Datuk Daud Abdul Rahman complained to reporters yesterday.

“Now is only 11 days of puasa and we’ve already caught 42. Of the lot, 13 were caught for smoking and the offenders included females,” he added.

Kuching recorded the highest number of offenders at 17, while Sibu, Miri and Bintulu each recorded seven cases, and four offenders were caught in Samarahan.

Seventeen of the offenders caught were in their 20s, nine were teenagers, four were in their 50s, while 11 were aged between 30 and 49.

Daud said the figure was very surprising less than two weeks into the fasting month.

“We’ve already caught nearly 50. What more to say during the end of the fasting month? Actually we do not want to catch anybody but these offenders were caught in public, what choice do we have? They did not respect the fasting month.”

Daud, who is also Tupong assemblyman, said it is not the Sarawak Islamic Religious Department’s (Jais) aim to target offenders who did not respect the fasting month.

He said Jais officers were not even making rounds when the offenders were caught, as they were all spotted randomly.

“To me it is very simple. If you want to fast or not, it’s between you and God. We do not force you to fast. But if you eat or drink in the public, you are not respecting other people who are fasting. Even our non-Muslim friends respect us who are fasting.

“When I attend non-Muslim functions during Ramadan, they do not serve any food,” he said when attending an Aidilfitri aid presentation to the needy by Tabung Baitulmal Sarawak.

Referring to the foreigners caught, he said: “If you think that you can come here and eat because you are not Malaysian, then you’re wrong. We will catch any Muslim who does not fast whether they’re Malaysian or non-Malaysian.”

The penalty for Muslims caught not fasting is RM1,000 fine or six months in jail.(kebenarannya pihak berkuasa islam di sarawak kurang bergerak cergas menangani gejala sosial semasa bulan ramadhan contoh:pembelian no ekor,pusat hiburan,pusat urut, 

tempat makanan seperti restoran,hotel dan sebagainya.-bukan saja sekarang tetapi dah lama berlaku )

Beberapa kawasan rendah di Kapit dan Song ditenggelami banjir

KAPIT: Beberapa kawasan penempatan dan sekolah yang berada di kawasan tanah rendah di daerah Kapit dan Song dilaporkan telah ditenggelami air banjir.Lewat petang semalam, (sekitar jam 6 petang) paras air Sungai Katibas naik mendadak sehingga menyebabkan beberapa kawasan rendah di Song ditenggelami air.

Pegawai Daerah Song Galong Luang yang menghubungi Utusan Borneo  melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sekitar jam 6.48 petang semalam memberitahu, antara kawasan yang dinaiki air ialah Rumah Abo, Rumah Jarop, Rumah Cecelia Bungsu, Rumah Erung, Kampung Rian, Song, Kebiaw, beberapa kuarters kerajaan serta kampung sepanjang Jalan Takan Song dan tidak dapat dilalui kenderaan sejak jam 4 petang.

Manakala sekolah-sekolah yang dilaporkan dilanda banjir ialah SK Nanga Beguang, SK Nanga Temalat dan SK  Lubok Ipoh.

Galong menasihati ibu bapa supaya memantau anak-anak supaya tidak bermain berdekatan sungai kerana ia boleh mengundang bahaya.

Di samping itu, orang ramai yang tinggal berhampiran tebingan sungai di Katibas mahupun Batang Rajang supaya sentiasa berjaga-jaga dan jika perlu berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Menuurut Galong, sehingga jam 6 petang semalam, paras air di Song naik sehingga 12 kaki.

Sehubungan itu, beliau juga memaklumkan bahawa pihak Pejabat Daerah Song serta dibantu agensi kerajaan lain telah membuka bilik gerakan banjir selama 24 jam.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat mengenai keadaan banjir atau memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubungi talian 084-777221.

Sementara itu, tinjauan ke beberapa tempat sekitar bandar ini lewat petang semalam mendapati beberapa kawasan dinaiki air.

Menurut sumber tertentu, kejadian berkenaan mungkin disebabkan air pasang besar, manakala sungai utama seperti Batang Rejang dan Batang Baleh berlaku banjir serentak setelah hujan turun sejak beberapa hari lepas.

Beberapa kawasan rendah sekitar bandar Kapit, turut dilanda banjir seperti kawasan hilir Kampung Baru, Kampung Muhibah, Bletih, dua buah rumah tumpangan Majlis Daerah Kapit, Jalan Sungai Sesibau menuju ke Rumah Dana, sebahagian Jalan Mamora dan Jalan Hospital.

Seperti di Song, pihak Jawatankuasa Bantuan Bencana Alam Daerah Kapit telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir yang lebih buruk berlaku.

Sementara itu, Jawatankuasa Bencana Alam Daerah telah menyeru orang ramai terutama mereka yang tinggal berdekatan dengan tebing-tebing sungai agar berhati-hati sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Sehingga lewat petang semalam, paras air semakin meningkat sehingga ke esplanade dan jika hujan terus turun pada malam tadi keadaan banjir mungkin lebih buruk lagi kerana gabungan isi padu air deras dari Batang Rejang dan Batang Baleh. boleh memudaratkan keadaan.(reality keadaan sarawak yang belum sepenuhnya membangun walaupun setelah 47 tahun bn memerintah yang banyak berlaku perubahan pemerintahnya semakin kaya)

Jumlah pampasan tidak memuaskan hati penduduk Kampung Taba Sait

 

 (bukti jelas rakyat sarawak di tipu oleh bn -belum lagi pendedahan tempat lain di sarawak)

KUCHING: Ramai penduduk Kampung Taba Sait dekat sini yang terjejas ekoran pembinaan Empangan Bengoh enggan berpindah ke kawasan penempatan disediakan kerajaan.

BAKAL TENGGELAM: Kampung Taba Sait yang bakal ditenggelami air apabila Empangan Bengoh siap, sementara gambar kanan menunjukkan kawasan penempatan baru yang dibina sendiri oleh para penduduk kampung tersebut. BAKAL TENGGELAM: Kampung Taba Sait yang bakal ditenggelami air apabila Empangan Bengoh siap, sementara gambar kanan menunjukkan kawasan penempatan baru yang dibina sendiri oleh para penduduk kampung tersebut. 

Mereka enggan berbuat demikian meskipun dibayar pampasan, diberi rumah dan setiap keluarga disediakan sebidang tanah untuk aktiviti pertanian.

Majoriti penduduk yang ditemui memberi alasan mereka tidak puas hati dengan jumlah wang pampasan.

Justeru, para penduduk terbabit berpindah ke kawasan tinggi berhampiran kampung mereka sekarang.

Tanah yang mereka duduki sejak tahun lepas dikatakan berstatus tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Seorang penduduk Kampung Taba Sait, yang terletak kira-kira tiga jam berjalan kaki dari tapak pembinaan empangan, berkata para penduduk di situ akan mengalami kemusnahan rumah dan kebun apabila empangan beroperasi.

“Kami kebanyakannya petani. Tidak ada pekerjaan lain yang dapat kami lakukan untuk hidup kecuali bercucuk tanam.

“Jika berpindah sudah pasti kami hilang punca pendapatan. Kami juga akan hilang leluhur dan tanah NCR, iaitu lebih daripada pampasan,” kata wanita berusia 43 tahun yang enggan disiarkan namanya.

Menurut beliau keluarga-keluarga yang sedia berpindah terdiri daripada kakitangan awam.

“Terdapat 50 keluarga di sini. Hanya 10 keluarga yang setuju untuk berpindah.

“Memanglah rumah diberi percuma menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan tiga ekar tanah untuk pertanian, tetapi kami masih perlu membayar bil elektrik, air dan perbelanjaan lain,” kata seorang penduduk.

Katanya, sebelum kerja-kerja pembinaan Empangan Bengoh bermula, para penduduk mengemukakan memorandum kepada pihak berkuasa mengenai jenis pampasan yang dikehendaki dan cadangan kawasan penempatan semula.

Bagaimanapun syor mereka tidak diluluskan.

“Pada awalnya mereka (pihak berkuasa) memberitahu kami tidak akan dipindahkan. Mereka kata apabila empangan siap, kami disediakan lebih banyak kemudahan seperti jalan raya, elektrik dan NCR serta diberi jaminan untuk aktiviti pertanian,” katanya.

Maja, 38, berkata penyediaan kawasan penempatan baru untuk penduduk Kampung Taba Sait bermula tahun lepas, membabitkan 49 penduduk berpindah.

“Kami belum pindah sebab rumah masih dalam proses pembinaan,” katanya.

Turut terjejas, Kampung Semban, Rejoi dan Kiding.

Empangan Bengoh mula dibina pada 2007 di kawasan seluas kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar raya.

Apabila siap, empangan tersebut akan membekalkan air bersih mencukupi kepada penduduk Kuching yang dijangka semakin bertambah bilangannya.

%d bloggers like this: