Abdul Taib sedia berundur?

by Kerang Ngeleber on Wednesday, August 25, 2010 at 10:15pm

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang. 

Pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac, 1981, berkata, beliau tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara itu. 

“Saya tidak tahu…terserah kepada parti dan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan biasiswa Amanah Raya Berhad (ARB) kepada tiga pelajar Sarawak yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, di sini hari ini. 

Pelajar berkenaan ialah Mohammad Zubair Mustafa yang belajar di Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan di Labu, Negeri Sembilan, Faliq Asraf Jafri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tunaz di Kuching dan Nadira Hamapei dari SMKA Miri. 

Taib berkata, beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian. 

“Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur,” katanya. 

Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata, beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya.

Mengenai bila beliau kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri, Ketua Menteri berkata, perkara itu masih belum diputuskan lagi. 

Mengenai sentimen pengundi Cina di Sarawak yang masih memilih pembangkang berbanding BN, katanya, trend itu masih membingungkannya sehingga kini. 

“Saya juga bertanyakan soalan yang sama, saya mahu tahu,” katanya dan menurutnya kerajaan negeri secara ikhlas cuba memenangi hati pengundi Cina tetapi masih gagal berbuat demikian sehingga kini. 

http://masdarwahid.blogspot.com/ at Rintihan Rakyat Sabah dan Sarawak

 

Tak nak Taib! 

 

Program Ziarah dan Pembelaan Rakyat-Pas Kawasan Miri

Ziarah sekitar Kampung Pulau Melayu

Program Pembelaan Rakyat bersama Ust Azman Shapawi di Surau Sinar Islam, Kpg Pulau Melayu, Miri

Ustaz Azman Shapawi tinjau lokasi kebakaran semalam

Ustaz Azman Shapawi ziarah dan sumbangan mangsa kebakaran Pujut 9 Miri

The Rapid Protest Deployment Unit

Wong Ho Leng’s Photos – Sibu Flood

Wong Ho Leng’s Photos – Buka Puasa-sibu

Buka Puasa with Muslim friends (fire victims) at Kampung Bahagia, Dewan Suara.

Final victory: Settlers get RM11 mil from Felda -ini baru sebahagian kecil penipuan umno bn belum lagi negeri lain…(tahniah pakatan rakyat)

After more than 10 years, 354 Felda Kemahang 3 settlers received some Hari Raya cheer today after the Federal Land Development Authority (Felda) was ordered to pay RM11 million for cheating them over the grade of their oil palm fruit.

This follows the Federal Court’s decision today in refusing a review of Felda’s application to challenge a similar Federal Court decision by another panel which before this dismissed Felda’s appeal.

More than 150 settlers were present before a packed courtroom to hear the court’s final decision. Hundreds more were waiting outside after they braved a nine-hour trip from Kelantan.

Apa nie dato noh nak buat provokasi lagi tentang pakatan rakyat,ingat umno bn bagus sangat kah….

Kenyataan ketua pembangkang Mengenai hukum hudud-Datuk seri anuar ibrahim

DPP vs Pornthip video goes online, finally

The Attorney-General’s Chambers has finally uploaded the video recording of the Aug 18 session of the inquest proceedings to determine DAP political aide Teoh Beng Hock’s cause of death.

The video clip was uploaded at 3.41pm, more than a week after the lively proceeding that saw renowned Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunand taking the stand.

Spanning three hours, the video file is a huge 805mb in size. It can be downloaded from the AG’s Chambers website..

BTN Jadi Alat Semarakkan Semangat Perkauman

 

BTN Punca Kakitangan Kerajaan Menjadi Ektremis Kaum

Biro Tatanegara (BTN), sebuah unit propaganda Umno-Barisan Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri dipersalahkan atas kewujudan sikap perkauman dikalangan kakitangan kerajaan yang diloihat semakin menjadi dewasa ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa kem latihan BTN yang diwajibkan ke atas semua kakitangan kerajaan dan juga golongan pelajar pada asasnya mengajar dan memupuk nilai ekstremis ‘Ketuanan Melayu’ dan mengutuk kaum lain sebagai satu kaedah lapuk Umno-BN mengekalkan undi Melayu.

Kata beliau atas sifat modul kursus yang dijalankan BTN yang menjurus kepada pengajaran ekstremisme kaum menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor mengambil langkah drastik menghentikan penghantaran pegawai dan kakitangan awam kerajaan negeri menghadiri mana-mana kursus yang dianjurkan agensi itu.

Khalid juga merujuk kepada kejadian seorang pengetua di sebuah sekolah menengah di Kulai, Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap pelajar Cina dan India baru-baru ini.

“Walaupun setelah lebih 50 tahun Merdeka, bagaimana pula seorang guru yang bekerja untuk kerajaan Umno-BN boleh berkata sebegitu? Ini jelas menunjukkan sistem pengajaran guru itu sendiri salah pada dasarnya,” kata Khalid ketika menjawab soalan peserta pada ‘Ramadhan Forum’ yang dianjurkan oleh majalah Leaders di sebuah hotel di sini semlam.

Khalid berkata melalui dasar ‘Ketuanan Melayu’ kerajaan Umno-BN menakut-nakutkan orang Melayu dengan propaganda kemungkinan perkelahian antara kaum akan tercetus jika mereka tidak terus menyokong Umno-BN.

“Apabila sebahagian rakyat menjadi takut untuk mengundi pembangkang manakala sebahagian lagi menjadi ekstremis Melayu, maka tujuan Umno-BN dan dasarnya telah tercapai iaitu meraih undi dengan apa cara sekalipun,” jelas beliau.

Beliau menganggap kejadian di mana dua pengetua masing-masing di Kulai dan Bukit Selambau mencemuh pelajar Cina dan India dilihat sebagai sebahagian daripada rencana teliti yang telah lama dirancang oleh Umno-BN.

Khalid berkata tindakan membangkitkan isu perkauman adalah senjata terahkir Umno-BN apabila sedar majoriti rakyat sudah tidak lagi yakin terhadap kepimpinan mereka.

“Rakyat bukan macam dahulu, mereka boleh lihat sendiri dan sedar pembangunan yang di bawa oleh kerajaan Umno-BN selama lebih 50 tahun ini hanyalah satu gimik untuk meraih undi dan satu kaedah memberikan projek pembangunan kepada kroni-kroni Umno-BN,” tegas beliau lagi. -SK

%d bloggers like this: