Misi kemanusiaan berlepas ke Pakistan

Hazayani Zakaria   
SEPANG, 31 Ogos: Seramai 12 orang peserta misi kemanusiaan ke Pakistan berlepas hari ini bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa bencana alam di sana.

Sepuluh daripada mereka terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Amal Malaysia (Amal), Institute Muslim Woman (IMW) dan Haluan Malaysia manakala tiga lagi merupakan wartawan dan jurugambar akhbar Harakah.

Ketua misi, Jamulidin Elias yang merupakan Timbalan Presiden Amal memberitahu, matlamat mereka ke sana adalah untuk menyampaikan sendiri bantuan berupa makanan dan ubat-ubatan kepada mangsa mengikut keperluan mereka.

“Matlamat kami kali ini untuk menyampaikan sendiri bantuan kepada mangsa di sana kerana ini merupakan amanah rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan mereka.

Sumbangan juga diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

“Kami kena pastikan bantuan ini sampai kepada mangsa. Sebab itu kami tidak akan beri bantuaan dalam bentuk wang kerana bimbang ia disalah guna oleh pihak tertentu di sana,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sebelum berlepas pada jam 1.15 petang tadi.

Menurutnya,anggaran kasar jumlah kutipan adalah sebanyak USD7,700.

Beliau juga berkata, mereka bersedia untuk bekerjasama dengan NGO-NGO di Pakistan sepanjang seminggu mereka di sana.

Sementara itu, Naib Presiden Amal, Dr Rani Osman memberitahu, mereka dinasihatkan agar tidak berada terlalu lama di sesuatu kawasan yang dilawati memandangkan cuaca yang tidak menentu dan terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga.

“Kita gunakan konsep safety first. Kalau kita sendiri pun tidak selamat, bagaimana kita nak teruskan misi yang merupakan amanah rakyat Malaysia,” kata beliau.

Sebelum ini, Amal telah menyertai misi kemanusiaan ke 27 buah negara antaranya Myamnar, Indonesia dan Palestin.

Kesemua mereka dijangka kembali ke Malaysia pada 6 September ini.

Sehubungan itu, mereka berharap agar rakyat mendoakan keselamatan dan dapat melaksanakan tanggungjawab membantu mangsa dengan sebaik mungkin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: