INFO : Kata-Kata Hikmah Khulafa’ Ur Rasyidin

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1. Hatinya selalu berniat suci
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia- sia
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati

INFO : Makanan Yang Dihindari dan Harus Ketika Stress.

Sebagai seorang karyawan, setiap hari Anda berhadapan dengan rutinitas kerja, tantangan-tantangan baru dan deadline. Belum lagi ditambah dengan keharusan untuk bekerja sama dan menyelaraskan pendapat dengan rekan kerja dan atasan, yang mungkin punya latar belakang kepribadian dan sudut pandang yang berbeda. Kemampuan yang kurang untuk mengelola hal-hal tersebut diatas boleh memicu stress.

Stress yang tidak segera ditangani akan mengganggu produktifitas Anda sebagai seorang karyawan. Manajemen stress yang baik tidak hanya datang dari pengelolaan waktu dan load pekerjaan serta komunikasi yang baik dengan rekan dan atasan, tapi juga dapat dibantu dengan asupan makanan dan nutrisi yang seimbang.

Berikut adalah daftar makanan dan minuman yang sebaiknya Anda hindari demi mengelola stress.

1. Kafein. Selain di kopi, kafein juga boleh ditemukan di teh, minuman bersoda bahkan di beberapa jenis minuman yang mengklaim boleh menambah stamina. Kafein melepaskan adrenalin yang pada akhirnya akan meningkatkan tingkat stress. Konsumsi kafein secukupnya memang akan membantu meningkatkan kewaspadaan, aktifitas otot, system syaraf dan jantung. Namun konsumsi kafein terlalu banyak mempunyai efek sama seperti efek yang ditimbulkan oleh stress berkepanjangan. Penelitian juga menunjukkan bahwa ada hubungan antara konsumsi kafein dengan tekanan darah tinggi dan kolesterol. Jika Anda termasuk orang yang tidak dapat hidup tanpa kopi, mulai perlahan-lahan mengurangi konsumsi kopi Anda.

2. Makanan tinggi lemak, dan dimasak dengan cara digoreng memberikan mempengaruhi sistem imun tubuh manusia. Stress sendiri sudah mempengaruhi imunitas manusia, sebaiknya Anda tidak memparahnya dengan mengkonsumsi makanan tinggi lemak.

3. Makanan yang terbuat dari lemak hewani. Makanan yang berprotein tinggi merangsang tubuh untuk memproduksi dopamine dan norepinephrine. Keduanya sering diasosiasikan dengan tingkat kecemasan dan stress.

Berikut adalah tips tentang asupan makanan di kala stress.

1. Makanan yang kaya akan mineral dan vitamin. Sumber terbaik adalah buah-buahan dan sayuran segar dan tidak mengalami proses berkali-kali. Jus dan salad dengan minimal dressing boleh menjadi pilihan.

2. Konsumsi lemak baik seperti minyak zaitun, alpukat(avacado) dan kacang-kacangan.

3. Stress boleh meningkatkan tekanan darah dan lipid sehingga Anda harus memperhatikan kesehatan jantung Anda. Usahakan untuk lebih banyak mengkonsumsi ikan salmon, tuna dan flaxseed yang mengandung lemak baik omega 3 yang baik bagi kesehatan jantung.

4. Perbanyak minum air putih. Air membantu untuk mendetoksifikasi tubuh dari racun dan membantu menyerap nutrisi.

5. Makan dengan porsi kecil namun dengan frekuensi lebih sering. Hal ini membantu tubuh untuk mencerna makanan dan menyiapkan tubuh menghadapi stress.

SUMBER: TIPS DUNIA KERJA

INFO : Buang Bayi: Banding Orang Barat Dengan Orang Melayu

Orang Muslim sangat hebat membincang tentang kerosakan akhlak orang Barat. Kadang-kadang kita menghentam dan mencemuh mereka tanpa sedar diri. Tidak sedar apa yang berlaku dalam masyarakat kita sendiri lebih teruk daripada Barat. Banyak tulisan dalam akhbar, majalah dan buku mengandungi pandangan projeksi ke burukan diri sendiri kepada orang lain itu.

Berdasarkan pengalaman peribadi, saya dapati orang Barat mempunyai akhlak lebih baik daripada ramai orang Muslim kecuali dalam beberapa aspek seperti minum dan seks.

Imam Muhammad Abduh juga (1849 – 1905) melihat Barat lebih 100 tahun lalu dengan pandangan positif dan boleh dicontohi. Ada kata-kata yang dinisbah kepadanya berbunyi: ‘Aku  melihat Islam (ada di Barat) tetapi aku tidak melihat orang Muslim (ada di sana). Sedangkan aku orang Muslim (ada di negara-negara Arab) tetapi aku tidak melihat Islam.’

Memanglah banyak sekali perkara-perkara negatif yang berlaku di Barat boleh disenaraikan terutama dari sudut kaca mata kita. Tetapi kita jangan panik dan kehilangan punca bila melihat perkara negatif yang begitu banyak berlaku di Barat itu. Apa yang perlu kita perlu memberi perhatian bukan saja gejala sosial yang amat berleluasa itu, tetapi juga kepada kebijaksanaan mereka menyelesaikannya.

Ambil contoh buang bayi yang sedang menjadi isu hangat Malaysia kini, bagaimana mereka boleh menyelesai dalam menghad kadar pembuangan bayi ke tahap yang paling minimal tetapi kita tidak mampu? Ini yang perlu kita belajar dan ambil contoh.

Malaysia dan semua negara Islam yang mahu menjadi negara maju pasti berhadapan dengan gejala-gejala sosial seperti yang dihadapi Barat kini. Tidak boleh lari kerana gelaja sosial adalah produk kemajuan dan peradaban. Cuba buka limpatan sejarah kemajuan dan peradaban umat Muslim pada era negara Umawiyyah di Damsyik dan negara Abbasiyyah di Baghdad. Lebih jelas sekali di Baghdad seperti dicatat dalam kitab 1001 dan lain-lain. Apa gejala sosial hebat yang tidak ada di Baghdad. Di samping kemajuan dan peradaban ilmu tinggi yang disanjung dunia itu, segala istana dan rumah orang kaya di Baghdad penuh dengan bermacam-macam ketidaksenonohan. Masyarakat yang tidak senonoh pun terdapat di mana-mana. Perbuatan liwat menjadi fenomena di kalangan orang-orang ternama. Pada hal pada zaman itu kahwin mudah. Tidak cukup satu, boleh dua. Tidak cukup dua, boleh tiga dan empat. Malah tidak mahu berkahwin pun tidak  mengapa kerana boleh tidur dengan gundik atau hamba.

Itu antara punca menyebabkan muncul ajaran agama aliran keras macam yang dibawa Imam Ahmad bin Hanbal yang menjadi asas kepada puak Salafi Wahhabi. Ia merupakan ajaran agama kontra kepada mala petaka yang muncul dalam masyarakat pada zaman itu.

Saya tidak mahu kata keadaan di Baghdad pada zaman-zaman tertentu lebih dahsyah dari Barat kini. Tetapi katakan ia tidak berbeza sangat dengan yang berlaku di Barat kini.

Di Barat sekarang sudah tentu pergaulan bebas (sebenarnya pergaulan tanpa batas) ada. Seks bebas ada. Seks rambang pun ada. Liwat juga berleluasa. Semua perkara tidak senonoh berlaku setiap masa.

Saya panjangkan sikit lagi. Pakaian seksi menjolok mata yang dinilai sebagai antara punca perzinaan oleh ulama-ulama kita sudah tentu menjadi kegemaran ramai anak gadis di Barat. Perzinaan tidak lagi dipanggil perzinaan di kalangan mereka di sana kerana melakukan hubungan seks dianggap menjadi hak peribadi seseorang tanpa perlu berkahwin. Hiburan pula sangat melampau dan sampai ke peringkat diadakan seks parti. Porno tidak usah kira kerana boleh akses di mana-mana. Banyak lagi yang boleh disenaraipanjang.

Secara angka dengan ringkas saya menyebut 47.8 peratus pelajar wanita sekolah menengah di Amerika Syarikat (AS) pernah mengadakan hubungan seks mengikut perangkaan Centers for Disease Control and Prevention tahun 2007. Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Adolescent_sexuality_in_the_United_States

Dalam peringkat universiti pula menurut perangkaan 2001, sebanyak 87 peratus pelajar berusia 19 tahun pernah mengadakan hubungan seks. Purata penduduk lelaki AS mengadakan hubungan seks di usia 19 tahun adalah 80 peratus di pihak lelaki dan 75 peratus di pihak wanita. Rujukan: http://www.gnxp.com/blog/2007/04/intercourse-and-intelligence.php

Berdasarkan semua fakta yang disebut di atas membolehkan kita melabel AS sebagai negara yang paling rosak akhlak di dunia. Malah mahu labelnya sebagai negara anak zina pun boleh kerana AS mencatat kelahiran anak luar nikah tertinggi di dunia sejak tahun 50-an lagi. Adiknya adalah negara-negara Eropah dan sepupunya negara saya, iaitu Thailand.

NAMUN BEGITU kenapa tidak banyak kejadian membuang bayi di Barat? Kenapa Malaysia menjadi jaguh dalam perkara ini?

Amat memalukannya kerana kebanyakan orang yang terlibat dalam perbuatan yang dihukum al-Quran bahawa pelakunya akan berkekalan dalam neraka jika tidak bertaubat adalah orang Muslim (Melayu khususnya) yang berada di tahap kesedaran agama paling kental kini.

Saya ulangi Malaysia dan semua negara Islam tidak dapat lari daripada gejala sosial ini jika mahu menjadi negara maju. Kerana selain peradaban Umamiyyah dan Abbasiyyah seperti telah disebut di atas, semua peradaban besar dunia dinodai dengan bermacam-macam gejala sosial yang serupa belaka.

Ia  boleh menjadi punca kejatuhan ummat dan peradaban jika tidak berjaya mencari penyelesaian yang sesuai untuk mengembalikan keseimbangan dalam masyarakat. Allah mengingatkan kita dalam al-Quran betapa banyak negeri atau negara yang telah menjadi hancur dan runtuh kerana penghuninya tidak berdaya mencari penyelesaian yang sesuai untuk berhadapan dengan mala petaka yang dihadapi.

Ingat bahawa survival sebuah masyarakat dan negara menurut pandangan Islam termasuk sunnah at-tadafu’ bukan perlu menjadi masyarakat dan negara malaikat/utopia yang kena baik seratus peratus, tetapi memadai dengan masyarakat dan negara yang seimbang.

Dalam konteks Malaysia, gejala sosial dalam bentuk pembuangan bayi menjadi simptom awal penyakit peradaban atau penyakit yang melanda semua negara yang akan menjadi negara maju.

Dengan itu apa yang perlu dilakukan oleh Malaysia adalah mencari penyelesaian yang paling sesuai untuk memerangi gejala sosial itu. Pada pandangan saya, Malaysia mengguna pelbagai pendekatan bimbingan, pencegahan dan jalan keluar.

Malaysia boleh gabungkan pelbagai pendekatan itu dengan pengalaman negara-negara yang kuat dilanda gejala sosial seperti negara-negara Barat, tetapi mempunyai kadar pembuangan bayi yang rendah. Wallahu’alam.

http://astorajabat.blogspot.com/2010/08/buang-bayi-banding-orang-barat-dengan.html


Buang Bayi Lebih Berperikemanusiaan Daripada Bunuh Mereka

Saya tidak bersetuju seratus peratus mengenakan hukuman bunuh terhadap pasangan berzina yang terlibat dalam membuang bayi kerana jika hukuman berat itu dikenakan ke atas mereka bererti peluang bayi untuk hidup amat kecil. Ini disebabkan mereka tidak lagi berani membuang bayi, tetapi mereka akan menanamnya hidup-hidup atau membunuh dan menyembunyi mayatnya dengan apa cara jua untuk mengelak diri daripada dibunuh.

Pada saya membuang bayi adalah lebih berperikemanusiaan daripada membunuh mereka kerana sekurang-kurang meraka ada peluang untuk hidup. Dengan itu saya menganggap tindakan kabinet Malaysia meluluskan hukuman bunuh terhadap pasangan berzina yang membuang bayi itu paling tidak bijaksana.

Jangan salah faham menganggap saya menyokong tindakan membuangan bayi, tetapi saya menyatakan pandangan tidak menyokog keputusan kerajaan Malaysia itu kerana saya mahu kerajaan Malaysian lebih bijaksana dalam mencari jalan menyelesai masalah ini berdasarkan pelbagai pendekatan jauh daripada hukuman berat yang memakan diri (backfire) itu.

Memanglah tindakaan mem buang banyi di Malaysia amat parah dan ia tidak dapat dibanding dengan mana-mana negara Islam. Malah jika mahu dibanding dengan negara saya, Thailand yang perzinaan menjadi fenomena biasa di kalangan anak muda, Malaysia jauh lebih teruk kerana kadar pembuangan bayi di negara saya yang bukan Islam ini tidak menjadi fenomena kerana kadarnya kecil.
Sudah tentu golong berpelajaran agama di Malaysia terutama yang sudah bergelar dan mendapat pengiktirafan sebagai ulama boleh berhujah bahawa inilah hukuman yang dikehendaki Islam kerana kata mereka menepati hukuman hudud yang memperuntukkan pezina pasti dibunuh bagi muhsan dan sebat bagi yang tidak muhsan. Itu barang kali inilah yang menyebabkan Mursyid Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong hukuman yang dilulus kabinet itu.

Hukuman bunuh pezina yang membuang anak tidak kena mengena dengan hukuman hudud kecuali hukuman hudud versi Pas kerana hukuman hudud mengenai zina dalam al-Quran dan sunnah jika dalam peringkat kesalahan perlu ditutup dan jika telah menjadi kes tetapi belum sampai kepada hakim atau mahkamah boleh bertaubat dan boleh diampun. Hukuman membuang bayi berbeza daripada hukuman hudud. Cuma ada kaitan kerana ada perzinaan.

Saya telah banyak menulis mengenai hukuman hudud ini dan jika anda ingin membaca tulisan saya itu boleh mencari dalam pengkalan data Utusan di http://www.utusan.com.my/

Nampaknya kaum wanita yang akan jadi mangsa hukuman bunuh ini kerana jika berjaya dikesan pelaku, maka sudan tentu golong hawa inilah orang pertama yang dikesan, sama ada dalam kes berzina secara suka sama suka mahupun dalam kes berzina secara paksa dan kena rogol. Sedangkan si pelaku lelaki ada kaki panjang dan dengan mudah boleh melari diri ke luar negara termasuk ke negara saya. Silap-silap si pelaku lelaki akan mengambilkan tindakan ganda jenayah, iaitu selepas berzina dan menyedari pasangannya pengandung, dia terus membunuh pasangannya kerana tidak berani lagi untuk membuang bayi.

Dari segi teknikal pelaksaan hukuman terhadap pembuang bayi, macam mana agaknya jika perempuan yang membuang bayi adalah kanak-kanak bawah umur berumur baru 10 atau 11 tahun. Layakkah bunuh kanak-kanak perempuan ini? Bagaimana pula dengan sumbang mahram yang melibatkan bapa sendiri? Yang ini saya setuju bapa seorang saja yang kena bunuh. Wallahu’alam.
http://astorajabat.blogspot.com/2010/08/buang-bayi-lebih-berperi-kemanusiaan.html

Masjid diISAkan Zionis BN-PBB dan UMNO

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/2010/08/gambar2-pencemaran-masjid-di-dunia.html

Ketika dunia Islam lain bergerak pantas menggamit umat manusia kepada Islam tetapi pemerintah BN,PBB dan UMNO masih lagi bagai katak didalam gelas kaca. Mereka melihat perkembangan drastik orang memeluk Islam khususnya di Eropah dan Amerika hatta menjangkau 200% tetapi di Malaysia, Islam di ISAkan oleh UMNO. Terkongkong dalam selaput yang dicipta oleh BN,PBB dan UMNO sendiri. Sudahlah perkembangan Islam lambat bahkan ramai pula orang melayu yang murtad. Ini disebabkan sikap dan cara berpolitik BN,PBB dan UMNO yang tidak menguntungkan Islam tetapi hanya sekadar keuntungan sementara yang ingin diraih oleh BN,PBB dan UMNO. Sentiasa mengapi-apikan perbalahan agama dan kaum demi meraih politik murahan.
Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta’abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.
Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi BN,PBB dan UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam.
1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam

2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.
3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.

4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.
5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.
6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.
7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah kiamat.
8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot?.

Bahkan banyak masjid-masjid lain diseluruh dunia menganjurkannya. Termasuk di Malaysia sendiri kecuali apabila timbulnya isu YB DAP dari parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan kejadian masuk ke Surau Huda di Kajang. Beliau telah mendapat keizinan drp pihak pengurusan surau utk memasuki ruang solat bagi menyampaikan bantuan kpd surau tersebut dan bukannya member tazkirah tetapi sekadar ucapan sempena pemberian bantuan kepada surau tersebut. Beliau juga turut berbuka puasa bersamaah muslimat disitu. Ia telah dipolitikkan oleh UMNO-BN sebagai mencemari tempat suci Islam.

Apakah hukumnya yang sebenar?
Hukum bukan Islam masuk MASJIDIL HARAM

Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat al-Quran:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)
Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.
Satu lagi adalah :-
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja.” ( 4:43 )
Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor’ yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.
Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat
“Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)”
Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu),
بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.

HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM

Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.
Imam Nawawi menghuraikan :
Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)

Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-

ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام
Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

Permasalahannya hanya satu kerana si pelaku bukan BN,PBB dan UMNO. Kalau BN,PBB dan UMNO dia menjadi halal semata. Ketika orang lain dilarang berceramah didalam masjid tetapi untuk BN,PBB dan UMNO halal. Ketika orang lain haram mendedahkan aurat dalam masjid tetapi jika BN,PBB dan UMNO jadi halal. BN,PBB dan UMNO nampaknya hanya layak menjadi terompah untuk ke jamban masjid sahaja. Inilah sebenarnya punca pencemaran terhadap Islam di Malaysia sebagai wakil penjajah selepas kemerdekaan. Munasabahlah mereka mengambil APCO Zionis sebagai penasihat hanya untuk mengkucar-kacirkan umat Islam di Malaysia. Penaja 1 Malaysia ini sebenarnya pengamal teroris di Malaysia.

Dewan Pemuda Pas Selangor’s Photos – Sambutan Merdeka & Penghayatan Ramadan Selangor 2010

My Merdeka – Promo -Reality suara rakyat yang benar…..-must see!!!!

Mahathir Gila Duit PETRONAS

Syeikh Mahmud Siyam di Masjid Rusila 19 Ramadhan 1431H, 29 Ogos

Bekas Imam masjid al-Aqsa, Dr. Muhammad Mahmud Siyam berkata Ramadhan adalah bulan yang diturunkan al-Quran, kemudiannya menjadi bulan ‘Jihad’ bagi menegakkan Islam diseluruh dunia.

Purnama agih kuih raya pada pesakit HUSM

Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 30 Ogos: Pengerusi Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama) mengagihkan sumbangan kuih raya kepada 120 orang pesakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Cawangan Kubang Kerian.

Sumbangan berkenaan disampaikan sendiri oleh isteri Menteri Besar, yang juga Pengerusi Purnama, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak pagi tadi.

Kehadiran mereka disambut Penolong Pegawai Kanan Unit Jururawat Wan Norhimah Mahmood, Penolong Pengarah Perhubungan Awam HUSM, Ikmal Mathlan dan Penyelia Jururawat Norkiah Saud.

Hadir sama pada program itu, Timbalan Pengerusi Purnama yang juga isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid serta anggota jawatankuasa Purnama yang lain.

Sumbangan itu yang merupakan acara tahunan Kerajaan Negeri melibatkan tujuh wad hospital berkenaan termasuk wad wanita, bayi dan pesakit kronik.

Tuan Sabariah berkata, beliau yang mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersyukur kerana berkesempatan melawat pesakit-pesakit pelbagai kaum di  wad berkenaan terbabit.

“Sumbangan tidak seberapa ini diharap dapat menceriakan semua pesakit terutamanya umat Islam yang terpaksa menerima rawatan di hospital pada Ramadan ini.

“Saya berharap pesakit yang ditempatkan di wad hospital ini cepat sembuh dan sabar dengan dugaan Allah,” katanya ketika ditemui selepas lawatan itu.

Turut bersama rombongan itu  Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Mas, Rohani Ibrahim dan Wan Ubaidah Omar, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri.

Semua sumbangan itu diagih-agihkan secara bergilir-gilir oleh ahli rombongan di tujuh wad berkenaan.

Surau: Hasan akan panggil Khusrin

Ismail Hashim   
SHAH ALAM, 30 Ogos: Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan memanggil Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammad Khusrin Munawi dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian berhubung isu penyertaan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam majlis bantuan kewangan kerajan negeri di Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Kajang baru-baru ini.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Bangunan SUK, dekat sini petang tadi, Dr Hasan berkata, usaha itu dilakukan untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan yang telah diambil oleh Khusrin berhubung perkara itu.

“Dalam pertemuan itu nanti, banyak perkara boleh dikongsi bersama kerana saya telah mendapat banyak input dari kalangan masyarakat termasuk intelektual yang pakar dalam bidang berkaitan yang memerlukan perbincangan lanjut,” jelasnya.

Sebelum itu, Dr Hasan menegaskan perkara itu telah dieksploitasi oleh pihak-pihak yang ingin menangguk di air keruh lantas keadaan ini telah menimbulkan reaksi segera di pihak Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jais.

“Sedangkan Teo memang dijemput sebagai tetamu atas sifat beliau sebagai Ahli Parlimen Serdang di mana beliau dijemput menyampaikan bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah parlimen itu.

“Beliau telah dijemput masuk ke dewan solat surau untuk menyampaikan bantuan dan seterusnya menyampaikan ucapan ringkas. Ucapan beliau tertumpu kepada usaha-usaha kerajaan negeri dalam membantu pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi,” jelasnya.

Ekoran dari itu, Pengerusi serta Bendahari Surau dan Pembantu Khas Teo dipanggil memberi keterangan di hadapan Pengerusi Mais, Pengarah Jais dan wakil istana lalu keputusan diambil dengan membubarkan jawatankuasa surau dan Masi mengambil alih pentadbiran surau.

Dr Hasan kesal kerana ada akhbar melaporkan kejadian itu dengan begitu berat sebelah antaranya Teo dikatakan menyampaikan ‘tazkirah’ dan dalam majlis itu beliau disebutkan sebagai menyampaikan bantuan kewangan kepada ahli-ahli PAS.

“Berdasarkan rentetan kejadian di atas saya telah mengambil inisiatif berikut antaranya, cuba menasihatkan semua pihak termasuk ahli-ahli politik demi menjaga sensitiviti setiap golongan rakyat mereka dengan memaklumkan rancangan kehadiran mereka kepada pihak-pihak yang berwajib supaya tatacara penggunaan surau dan masjid dapat dipatuhi.

“Saya juga akan mencadangkan supaya digubal peraturan yang lebih detail dengan memperincikan langkah-langkah yang mesti diambil dan tatasusila yang mesti dipelihara bagi mereka yang berhajat menggunakan kemudahan surau dan masjid di Negeri Selangor,” tegasnya.

Menjawab satu pertanyaan tentang desakan Pemuda Umno agar beliau meletakkan jawatan ekoran peristiwa ini, Dr Hasan berseloroh, jika ikut desakan itu, setiap kali bukan Islam masuk masjid, sudah beribu kali beliau terpaksa meletakkan jawatan.

Persoalan di sini, jelasnya, adalah bagaimana peraturan sebenar dan bagaimana pula penguatkuasaannya, tidak timbul masalah Hasan Ali tetapi yang utama, isu ini segera diselesaikan.

%d bloggers like this: