Keadaan Tun Mahathir stabil

Oleh MAHATHIR JAMIL
mahathir.jamil@kosmo.com.my


TUN MAHATHIR bersama Tun Dr. Siti Hasmah selepas beliau menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN Kuala Lumpur pada 2007.


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 85, dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia semalam selepas mengalami jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Beliau yang menghidap selesema dan batuk dimasukkan ke hospital itu pukul 9 pagi (pukul 6 pagi waktu Malaysia) dan kini dilaporkan stabil.

Pegawai Khas Dr. Mahathir, Sufi Yusof berkata, bekas Perdana Menteri itu kini menerima rawatan antibiotik serta menjalani fisioterapi di hospital berkenaan.

Menurutnya, doktor hospital itu berpendapat Dr. Mahathir perlu berada di wad untuk beberapa hari bagi tujuan pemantauan kesihatan.

“Tun Mahathir telah dinasihatkan untuk berehat dalam masa beberapa hari ini,” ujarnya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Nik Aziz: Tak merokok antara kriteria jadi calon PAS di Galas

October 02, 2010

KOTA BARU, 2 Okt — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara kriteria calon PAS bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas adalah kalangan mereka yang diterima penduduk seperti tidak merokok, tidak meninggalkan solat dan tidak pernah berpoya dengan perempuan.

“Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk jadi calon,” kata Nik Aziz.

“Itu kena bagi tau awal-awal kerana merokok ini boleh merosakkan segala-galanya dan tidak ada doktor baik Islam atau kafir mengatakan rokok ini baik.

“Yang lain kriteria mesti diterima rakyat dan kita pilih hak terbaik tetapi nak cari satu orang yang boleh diterima semua memang tidak ada kerana Nabi Muhammad S.A.W pun ada yang kritik,” kata beliau dipetik Bernama.

Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada Rabu depan bagi membincangkan mengenai tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, pada Isnin lalu akibat barah usus.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata partinya telah mula menyenaraipendekkan beberapa nama dan akan mengutamakan faktor calon dalam misi mempertahankan kerusi DUN Galas.

“Kami sudah mengenal pasti beberapa pemimpin yang telah disenaraipendekkan,” kata Tuan Ibrahim.

Berhubung soalan sama ada bakal calon itu orang tempatan, Tuan Ibrahim berkata, “senarai yang panjang itu ada yang muda, ada yang profesional.”

Bagaimanapun kata beliau, keutamaan kali ini ialah “faktor calon.”

“Itu faktor penting dan insya-Allah kita akan pilih calon anak tempatan, calon tempatan,” kata beliau.

Tabung Haji mungkin naikkan tambang haji tahun depan

October 02, 2010

YAN, 2 Okt – Pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji kenaikan kadar menyeluruh tambang haji bagi tahun depan daripada pelbagai aspek.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kajian itu berikutan kenaikan kos penginapan dan tempat tinggal untuk jemaah haji di Mekah.

Menurut laporan, kerajaan Arab Saudi menaikkan sekurang-kurangnya 25 peratus kos penginapan dan makanan di Kota Mekah selepas pembesaran Masjidil Haram dan penyediaan kemudahan lain untuk jemaah haji.

Jamil Khir berkata kajian itu dijangka siap penghujung tahun ini, iaitu selepas kepulangan pasukan yang ditugaskan ke Mekah bagi meninjau kos sebenar di sana, termasuk penginapan di kawasan baru.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih menimbangkan kewajaran menaikkan kos mengerjakan rukun Islam kelima itu pada musim akan datang.

“Jika benar berlaku, kenaikan itu mengambil kira dan menjaga kepentingan semua pihak, terutama para jemaah dan pendeposit Lembaga Tabung Haji.

“Saya berharap kenaikan itu, kalau berlaku, tidak membebankan bakal jemaah haji kita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Aidilfitri beliau di Dewan Serba Guna Guar Chempedak hari ini.

Jamil Khir berkata dalam konteks ini, jemaah haji Malaysia menyedari bahawa di kalangan negara Asean, negara kita mengenakan harga paling rendah.

Sementara itu, beliau menggalakkan semua jemaah haji Malaysia mengambil suntikan vaksin wabak selesema babi atau Influenza A(H1N1), walaupun “tanah haram” diisytiharkan bebas daripada ancaman virus berkenaan.

“Perkara yang elok dan hal-hal macam ini wajar diberi perhatian kerana kita hendak berjalan jauh, dalam tempoh yang lama iaitu sehingga 40 hari,” katanya. – Bernama

Isteri bekas PM Singapura Kuan Yew meninggal dunia

TERKINI @ 09:45:52 PM 02-10-2010
October 02, 2010

SINGAPURA, 2 Okt — Isteri kepada bekas perdana menteri Lee Kuan Yew meninggal dunia di sini petang ini.

Kwa Geok Choo, 89, yang juga ibu kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.40 petang tadi.

Kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri menyebut, istiadat memberi penghormatan terakhir akan diadakan di kediaman rasmi perdana menteri Sri Temasek pada Isnin dan Selasa ini.

Laporan CNA menyebut mereka yang berhasrat untuk memberi penghormatan terakhir boleh berbuat demikian mulai pukul 10 pagi hingga 5 petang pada kedua-dua hari tersebut.

Pada Oktober 2003, Kwa mengalami strok ketika mengadakan lawatan ke London.

Kwa berjaya pulih daripada serangan strok dan muncul di khalayak bersama suaminya pada majlis-majlis awam dan juga ketika lawatan rasmi Kuan Yew ke luar negara.

Mendiang dilaporkan mengalami masalah yang sama dua tahun lalu dan terlantar di katil dan tidak berupaya untuk bercakap sejak itu.

Kuan Yew pula sedang menerima rawatan di hospital sejak Rabu lalu kerana jangkitan kuman di dada.

Dalam temu bual kepada New York Times minggu lalu, Kuan Yew berkata, masalah kesihatan yang dialami isterinya merupakan perkara yang sangat sukar dilaluinya.

“Apa hendak buat? Apa yang boleh saya lakukan?” kata beliau sambil menambah, “saya tidak boleh putus asa. Kehidupan perlu diteruskan.”

Mereka dikurniakan tiga anak termasuk Hsien Loong.

Upacara pengebumian mendiang Kwa akan berlangsung pada 6 Oktober di Mandai Crematorium.

Kwa merupakan mempunyai tujuh adik-beradik.

Kedua-dua mereka berkahwin secara rahsia di London pada 23 Disember 1947 ketika Kwa berusia 27 manakala Kuan Yew pula 24.

Mereka melangsungkan perkahwinan sekali lagi sebaik sahaja kembali ke Singapura pada 1950, kali ini dengan pengetahuan keluarganya.

Apabila Kuan Yew terlibat dalam politik dan menjadi Perdana Menteri Singapura pada 1959, Kwa dan adik Kuan Yew, Lee Kim Yew, mengembangkan firma guaman Lee & Lee, tiga buah sekitar tahun 1955.

Kuan Yew pernah berkata, kelebihan terbesar beliau ialah memiliki seorang isteri yang berupaya untuk mencari nafkah sendiri dan membesarkan anak mereka.

Petikan Kuan Yew ialah “polisi insurans,” yang merujuk kepada persekitaran yang membolehkannya memainkan peranan dalam memajukan Singapura selaku perdana menteri.

Umno BN tidak tentang judi tapi lulus lesen


Mohd Ali Hashim
TASEK GELUGOR, 2 Okt: Sepanjang perjuangan dalam politik negara, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menentang kewujudan judi dalam negara ini.

Sejak menerajui negara, Umno dan BN banyak meluluskan lesen judi seperti Toto, Magnum, Empat Nombor Ekor, Genting dan juga kilang arak seperti Carlsberg serta rumah-rumah urut.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, perjuangan PAS sentiasa menentang kemungkaran yang dilakukan oleh Umno dan BN.

“Sepengalaman saya selama tiga penggal menjadi ahli Parlimen, tidak pernah ada pemimpin Umno yang bangun menentang pemberian lesen judi yang dikeluarkan dalam negara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah isu semasa di Pongsu Seribu, Tasek Gelugor malam tadi. Turut hadir ialah Exco Masyarakat Penyayang Negeri, Phee Boon Poh.

Dalam majlis tersebut juga sebanyak 200 borang pendaftaran warga emas baru bagi kawasan Parlimen Tasek Gelugor telah disampaikan kepada Phee untuk didaftarkan dalam sistem pendaftaran kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan yang dipimpin oleh Umno jugalah yang mewujudkan Loteri Kebajikan Masyarakat sehingga menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam suatu ketika dahulu.

“Namun begitu, sejarah ini mereka lupa dan pinggirkan. Memang Umno mudah lupa kerana pemimpin mereka juga sering lupa akan apa yang telah mereka lakukan sebelum ini,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, dalam isu sumber judi yang didakwa digunakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Mohamad membidas Umno negeri yang cuba mempolitikkan warga emas bagi kepentingan mereka.

Justeru, ujarnya dakwaan yang mengatakan warga emas menerima sumber judi dari kerajaan negeri sepatutnya diperhalusi dengan teliti dan jangan buat serangan semberono.

“Bagaimana dengan ‘sin-tax’ atau cukai dosa yang pernah dibangkitkan dalam Parlimen sebelum ini. Ada soalan bagaimana wang dari sumber judi yang dikutip oleh Kerajaan Pusat seperti cukai penjualan judi, arak, rumah urut dihabiskan.

“Walaupun mereka faham dan tahu hakikat kebenarannya, tetapi Umno dan BN senantiasa menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) khususnya di Pulau Pinang bagi memperlihatkan kepada rakyat negeri ini bahawa PR tidak mampu untuk memimpin negeri,” tegasnya lagi.

Beliau juga menyelar Umno Pulau Pinang yang mempolitikkan isu pemberian wang RM100 kepada warga emas yang disifatkan sebagai sumber dari wang judi.

Katanya lagi, sepatutnya Umno melihat kembali perlakuan mereka dalam menyalurkan wang kutipan hasil judi seluruh negara dan ke mana disalurkan wang dari punca tersebut sebelum menuduh orang lain bertindak sebaliknya.

“Inilah antara bukti terkini bahawa Umno dan BN itu sudah terdesak dan terpaksa memainkan pelbagai isu agama dan kaum supaya sokongan dapat diraih kembali.

“Saya juga yakin tindakan mereka ini adalah kerana ketakutan yang teramat sangat kehilangan kuasa berterusan yang tidak pernah diimpikan selama ini telah menjadi realiti dalam tahun 2008, kini dan selamanya,” katanya lagi.

Galas: Muslimat Kelantan sedia galas tanggungjawab


Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 2 Okt: Dewan Muslimat PAS Kelantan telah bersedia untuk ‘menggalas’ tanggungjawab di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas bagi menghadapi pilihan raya kecil nanti.

Ketuanya, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, berkata Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan yang sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya, bukan setakat pilihan raya kecil Dun Galas, sebaliknya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti akan memastikan calon PAS memenangi Dun berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Halwa Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), dekat sini hari ini.

Program berkenaan dan pelancaran tabung pilihan raya umum dan Dun Galas dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama pada program itu, Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Mahmood dan Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Katanya lagi,  Dewan Muslimat PAS seluruh Kelantan akan memastikan calon PAS mengekalkan kemenangannya pada pilihan raya kecil akan datang.

“Kita yakin pengundi  tidak akan memihak pada calon BN memandangkan kerajaan BN hari ini mengkhianati rakyat Kelantan dengan menafikan pembayaran royalti.

“Selain itu, rakyat juga telah sedar Umno dan BN gagal mentadbir negara, bukan sahaja setakat gejala sosial semakin tenat berlaku di negara ini, sebaliknya kerajaan tidak boleh lari dari mendapatkan hasil ekonomi negara dari judi,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Sambungnya, sepanjang tahun lalu kerajaan Malaysia berjaya perolehi RM12.67 bilion dari hasil cukai lesen judi di seluruh negara.

Katanya, rakyat kena sedar, lesen judi hanya boleh diluluskan oleh Kerajaan Pusat dan bukannya kerajaan negeri.

“Paling menyedihkan, hasil cukai lesen judi kerajaan membelanjakan untuk bantuan pelajar sekolah, membantu orang susah di samping mangsa bencana alam seperti banjir dan ribut.

“Sanggupkah kita menikmati hasil judi yang tentunya diharamkan oleh Allah, dan sanggupkah kita menerima hasil judi untuk selama-lamanya?” soal Zailah lagi.

Nik Aziz: Cadangan calon, rendahkan darjat Ku Li

Sumber MalaysiaKini

Image Hosted by ImageShack.usMursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas sebagai tidak wajar.
Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.

Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.

“Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni…,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata demikian mengulas cadangan untuk memilih Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Galas berikutan ketokohan pemimpin itu.

Cadangan untuk memilih Tengku Razaleigh itu juga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata BN bersedia untuk mencalonkan pemimpin itu kerana ia paling sesuai dan tepat berdasarkan kepada pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.

Sementara itu Nik Aziz berkata PAS masih belum membuat keputusan untuk menamakan calon untuk pilihan raya kecil itu kerana ia akan diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi parti tersebut.

“Walaupun saya Pesuruhjaya (PAS Kelantan) tapi calon PAS dipilih di peringkat jawatankuasa dan ini dibuat supaya tidak ada yang berebut (jadi calon),” katanya.

Nik Aziz berkata antara kriteria calon PAS itu nanti adalah kalangan mereka yang diterima penduduk di Galas seperti tidak merokok, tidak meninggalkan solat dan tidak pernah berpoya dengan perempuan.

“Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk jadi calon. Itu kena bagi tau awal-awal kerana merokok ini boleh merosakkan segala-galanya dan tidak ada doktor baik Islam atau kafir mengatakan rokok ini baik.

“Yang lain kriteria mesti diterima rakyat dan kita pilih hak terbaik tetapi nak cari satu orang yang boleh diterima semua memang tidak ada kerana Nabi Muhammad S.A.W pun ada yang kritik,” katanya.

– Bernama

Nik Aziz: Cadangan calon, rendahkan darjat Ku Li

Nasrudin Hassan’s Photos – Hari Pertama Ijtimak Tarbawi

Dewan Pemuda Pas Selangor’s Photos – Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS Malaysia

Al-Fadhil Ustaz Dato’ Yahya Othman, murabbi kita yg dikasihi

Pesanan biasa dgn roh yg luar biasa…ramai yg sdg teresak-esak.

Sebahagian pemuda dr seluruh negara

Perasmian oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi

Kuliah Tafsir Hujuraat

Umno Cuba Bunuh Ku Li

Naib Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tindakan Umno menawarkan Ahli Parlimen Gua Musang untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai satu tindakan ‘pembunuhan secara halus’ karier politik Tengku Razaleigh Hamzah.

%d bloggers like this: