Pengerusi SPR: Pilihan raya serentak Galas, Batu Api tidak mungkin

Oleh G Manimaran
October 11, 2010

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas kemungkinan tidak akan diadakan serentak dengan bahagian Parlimen Batu Sapi yang kosong ekoran kematian wakil rakyatnya kelmarin.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau tidak fikir pilihan raya kecil bagi kerusi Batu Sapi, Sabah akan diadakan serentak dengan kerusi DUN Galas yang telah pun ditetapkan 4 November ini.

“Secara peribadi saya berpendapat bahawa tidak mungkin kedua-duanya akan diadakan sekali pada hari yang sama… ini pandangan peribadi saya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Aziz bagaimanapun pun memberitahu, perkara itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat panel dengan mengambil kira kemungkinan ada pandangan lain.

“Ini pandangan saya di peringkat awal buat masa sekarang, saya kena berbincang dengan ahli panel SPR, mungkin mereka ada pandangan lain,” kata beliau.

SPR dijangka menerima notis kekosongan hari ini apabila Dewan Rakyat mula bersidang semula.

Kerusi Parlimen Batu Sapi menjadi kosong Sabtu lalu ekoran kematian penyandang penggal kedua Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah.

Edmund, 54, yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), meninggal dunia dalam satu kemalangan di Jalan Coastal, Tanjung Aru kira-kira pukul 11.40 pagi apabila motosikal yang beliau tunggang bertembung dengan sebuah kereta Mercedes.

Ia adalah kekosongan kedua dalam dua minggu ini.

Rabu lalu, SPR menetapkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Galas di Kelantan ekoran kematian wakilnya Che Hashim Sulaima dari PAS kerana kansur usus.

SPR pernah mengadakan tiga pilihan raya kecil serentak meskipun kekosongan wujud dalam waktu berbeza awal tahun lalu.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak serentak pada 7 April 2009.

Tarikh bagi pilihan raya Bukit Gantang dan Bukit Selambau ditentukan pada mesyuarat yang sama manakala Batang Ai kira-kira dua minggu kemudian.

SPR menetapkan tarikh yang sama dengan mengambil kira aspek bahawa ia berupaya untuk mengadakan ketiga-tiga pilihan raya serentak. Selain itu, keputusan tersebut juga mengambil kira soal keselamatan dan ketenteraman awam serta perkembangan politik negara semasa, kata suruhanjaya itu.

Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipertahankan oleh calon Pakatan Rakyat manakala Batang Ai pula Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Aziz berkata, kedua-dua pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi tidak mungkin diadakan serentak seperti awal tahun lalu disebabkan lokasi kedua-dua kerusi berkenaan.

“Galas di Kelantan, dan Batu Sapi di Sabah, agak jauh… kami kena berhati-hati dalam memilih tarikh yang sesuai, tetapi saya secara peribadi merasakan tidak mungkin diadakan serentak,” katanya lagi.

SPR mempunyai masa sehingga 19 Oktober iaitu tempoh 10 hari dari tarikh kekosongan diisytiharkan untuk mengadakan pilihan raya kecil di Batu Sapi.

“Dan, kita ada masa sehingga 8 Disember untuk mengadakan pilihan raya kecil, ada banyak tarikh untuk, jadi kita kena meneliti,” katanya lagi.

Kerusi Batu Sapi terletak di bahagian timur Sabah dengan pengundinya sekitar 26,000 orang. Ia diapit oleh kerusi Parlimen Libaran dan Sandakan.

Ia merupakan kerusi baru yang diwujudkan ekoran urusan persempadanan bahagian pilihan raya dan dipertandingkan kali pertama pada 2004.

Kerusi Batu Sapi dimenangi tanpa dicabar oleh Chong pada 2004 dan berjaya dipertahankan dua tahun lalu dengan menewaskan calon Bebas Chung Kwong Win menerusi kelebihan 3,708 undi.

Warga bukan Yahudi perlu ikrar taat setia


BENJAMIN NETANYAHU (dua dari kiri) tiba untuk menghadiri mesyuarat Kabinet di pejabatnya di Baitulmuqaddis semalam.


 

BAITULMUQADDIS – Pemerintah Israel semalam meluluskan rang undang-undang yang memerlukan warga bukan Yahudi mengangkat sumpah taat setia.

Menurut Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, seramai 22 anggota Kabinet meluluskan satu pindaan draf undang-undang itu.

Menerusi undang-undang itu, warga baru bukan Yahudi perlu mengangkat sumpah menyatakan kesetiaan ke atas sebuah negara Yahudi.

Namun, undang-undang itu perlu diluluskan oleh Parlimen.

Media Israel menyatakan semua lima menteri dari Parti Buruh menentang cadangan itu termasuk tiga anggota Parti Likud yang dipimpin Netanyahu.

Netanyahu memberitahu para menteri semasa permulaan mesyuarat itu bahawa cadangan ikrar taat setia itu selari dengan semangat pengasas negara Yahudi.

“Tidak ada demokrasi lain di Asia Barat. Tiada negara Yahudi lain di dunia ini,” kata Netanyahu.

Pindaan itu mendapat kutukan dalam kalangan penduduk Arab.

Penduduk Arab mewakili 20 peratus daripada penduduk di negara itu.

Pindaan itu dipercayai menjadikan penduduk Palestin yang mahu mendapatkan kewarganegaraan Israel menerusi perkahwinan dengan wanita Arab yang telah menjadi warga Israel sebagai sasaran. – AFP

BIADAP! Demi kuasa, Najib sanggup sokong MCA kecam & hina undang2 negara Isl

Oleh: pria_malaya08

BIADAP! Demi kuasa, Najib sanggup sokong MCA kecam dan hina pendirian negara Islam PAS!

Presiden MCA, Chua Soi Lek hari ini dilaporkan telah mengatakan:
“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten…PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” – Chua Soi Lek

Kenyatan biadap Chua ini disambut Najib dengan kenyataan berikut:

“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina.”

Tidak cukup dengan itu, Najib turut menyokong kenyataan yang dibuat Karpal Singh suatu ketika yg menolak undang Islam (hudud):

“Itu sebab Karpal berkata ‘melangkah mayat saya’. Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa, tetapi kali ini, beliau betul,”

Kurang ajar lagi biadap kenyataan MCA dan Najib ini! terbukti Najib dan Umno sanggup bersekongkol dan berkompromi secara jahat dengan rakannya MCA sehingga sanggup menghina dan memperlekeh undang2 dan negara Islam!

BIADAP

Sesungguhnya kita tidak lupa kenyataan presiden MCA ini sebelum ini, yang menghentam dan mengeji undang2 dan negara Islam mundur, banyak rasuah dan kuno, kalian boleh baca di SINI..dan hari ini, dengan biadapnya beliau mengulanginya sekali lagi dengan menyatakan negara Islam (yg melaksanakan hukum Islam) adalah terkebelakang!

Mana penyokong fanatik Umno? mana PERKASA? mana YB Zul? mana ’40 ulamak muda’ Umno? mana pencacai2 Umno yg lain?..kenapa membisu? mana demontrasi mengecam kenyataan biadap MCA dan Najib? mana suara lantang kamu?..ternyata kalian hipokrit dan munafiq!

TALAM DUA MUKA

Benarlah dakwaan penulis sebelum ini bahawa, Umno di depan Melayu, cuba takutkan orang Melayu dengan mengatakan PAS sudah mengetepikan hukum Islam, PAS sudah semakin lupakan perjuangan Islam, PAS tidak mampu menguasai PR, PAS tidak akan laksanakan negara Islam dll..

Namun, di depan penyokong Cina, mereka mendakwa pula, PAS semakin agresif memperjuangkan negara Islam, PAS akan laksanakan negara Islam, PAS semakin tegar keislamannya, PAS akan menguasai dan mengetuai PR dan pelbagai lagi kenyataan2 yg menakutkan mereka dengan Islam…kalian boleh baca dan lihat koleksi sndiwara Umno-MCA di SINI..

GILA KUASA DAN BODEK

Ternyata, Najib sanggup melakukan apa sahaja termasuk berkompromi dengan musuh Islam ini demi kuasa yang dihajatinya…kalian boleh lihat kenyataan Najib sebagaimana yang dilaporkan portal TheMalaysianInsider dengan tajuk, “Najib: Saya perlukan sangat kemenangan PRU ke-13”

Untuk tujuan itu, Najib sanggup bersikap berbeza dan menyalahi pandangan rasis penyokong2nya sendiri (dalam Umno) yg selama ini mengecam Chua Soi Lek dalam banyak isu, termasuk mengatakan orang Melayu adalah tuan negara ini dan yg lainnya adalah pendatang..

“Saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang.” – Najib

“Tahniah saya ucapkan kepada Chua kerana memulihkan semula MCA, dan saya puji beliau atas kejayaan itu..” – Najib

Dasar munafiq dan pembohong si Najib ini..kerana itu tidak hairan ramai pengikut totok Umno ditipu hidup2 oleh PM 1Malaysia ini..jika selama ini beliau hanya play safe dalm isu2 yg sensitif demi mengelak tanggapan buruk oleh penyokong2 Umno, namun kali ini beliau tidak berjaya..ternyata beliau adalah busuk dan menjijikkan!

Akhir kalam, penulis tuntut semua penyokong dan pendokong PAS khususnya, supaya mengulas dan memanjanglebarkan isu ini..jangan biarkan isu penting ini tenggelam begitu sahaja..jika Najib sanggup menyetujui MCA menghina negara Islam, itu petanda bala besar jika mandat masih diberikan kepada mereka pada PRU ke-13 nanti!!..wallahua’lam…

Hanya PAS berkuasa jika Pakatan tawan Putrajaya, BN beri Cina amaran

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini secara terbuka menzahirkan isyarat bahaya di kalangan pengundi Cina dengan menegaskan sebarang sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) hanya akan membuka ruang kepada PAS mengepalai ikatan muda itu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran, meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan “pendirian autokratik Islam” jika PR menguasai Putrajaya.

“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten.

“PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” tegas Dr Chua dalam ucapan dasar presiden MCA pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-57 hari ini.

Dr Chua mendakwa sejak pilihan raya umum 2008, DAP dari PR, yang kelihatan seolah-olah sekedudukan dengan MCA, hanya berjaya dalam membawa sokongan Cina kepada PAS.

“Kami (BN) tidak mendakwa kami adalah kerajaan yang sempurna, tetapi (kami) berharap rakyat Malaysia akan menghalusi dengan mendalam jika mereka meraskaan Pakatan adalah pilihan yang baik,” katanya lagi.

Selain PAS dan DAP, PR dianggotai PKR.

Meskipun mendakwa pakatan mereka adalah konkrit berdasarkan dasar dan platform bersama, kedua-dua PAS dan DAP secara terbuka memperlihatkan perbezaan pendirian berhubung usaha melaksanakan negara Islam.

Sejak beberapa bulan lalu, pemimpin-pemimpin PAS menekankan bahawa mereka kekal dengan pendirian mengadakan undang-undang hudud meskipun DAP memberi amaran mengenai idea tersebut.

Pada perhimpunan MCA hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyertai Dr Chua dengan memberi amaran kepada pengundi Cina bahawa tidak mungkin PAS akan mengubah pendiriannya.

“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina,” kata beliau.

Sehubungan itu, Najib menambah, Pengerusi DAP Karpal Singh serba salah apabila satu ketika dahulu bahawa “melangkah mayat saya” berhubung matlamat PAS.

“Itu sebab Karpal berkata ‘melangkah mayat saya’. Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa, tetapi kali ini, beliau betul,” kata Najib dalam ucapan perasmian perhimpunan kali ini yang dihadiri 1,764 perwakilan.

Najib juga menambah, kata-kata Karpal menunjukkan pemimpin itu tidak mempercayai PAS yang menganggotai PR bersama PKR.

Sambil mendakwa kedua-dua parti itu tidak mempercayai antara satu sama lain tetapi seolah-olah memperlihatkan kepercayaan masing-masing Najib berkata, ia satu sandiwara politik.

“Ini adalah sandiwara politik. Kita dalam Barisan Nasional mempercayai satu sama lain. Itu sebabnya kami boleh bekerja sebagai satu pasukan,” kata Najib yang juga Pengerusi BN.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Chua mengarahkan pemimpin-pemimpin MCA di negeri-negeri yang dikuasai PR supaya menggunakan pendekatan ofensif dan bertindak sebagai pembangkang yang kuat untuk mendedahkan segala kelemahan dan kekurangan mereka.

“Pergi dan mendedahkan kekurangan, skandal, salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan kerajaan-kerajaan itu,” katanya.

“Dan, saya pasti mesti ada banyak (kes),” kata Dr Chua.

Tsunami politik 2008 telah mengurangkan perwakilan MCA di Parlimen daripada 31 kerusi pada 2004 kepada hanya 15 manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri pula ia menurun daripada 75 kepada 31 kerusi.

Sementara itu, MCA hari ini menolak cadangan untuk meminda dua artikel dan subartikel perlembagaan parti, selepas gagal memperoleh undi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk melakukan pindaan itu.

Penolakan itu meleburkan harapan Pemuda MCA untuk memberi peranan dan perwakilan yang lebih besar kepada anggotanya ke perhimpunan agung tahunan parti berkenaan.

Speaker Datuk Yik Phooi Hong berkata hanya 671 atau 63 peratus daripada 1,064 perwakilan yang mengundi, bersetuju untuk meminda artikel dan subartikel itu manakala 392 yang lain menentang dan terdapat satu undi rosak.

Cadangan untuk meminda Artikel 67 dan Sub-Artikel 67.7 serta Artikel 94 dan Subartikel 94.7 bertujuan membolehkan seorang anggota Pemuda MCA dari setiap cawangan dan bahagian untuk menghadiri perhimpunan agung.

Pada masa ini hanya sayap Wanita sahaja dibenarkan berbuat demikian.

Artikel berkaitan:
– Sandiwara Umno/BN: Umno dakwa kerajaan PP abai Melayu, Gerakan pula dakwa kerajaan PP abai bukan Melayu
– Koleksi kenyataan2 parti kompenan BN yang menghina dan mempertikaikan Islam

[Kemaskini] 10-10-10: Gambar sekitar kemalangan ngeri ragut 12 nyawa di negeri Ali Rustam..(video inside)


12 Maut, Lebih 40 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Enam Kenderaan

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.-BERNAMA

VIDEO: Kemalangan Ngeri 10-10-10 11 Orang Maut

Satu peristiwa yang mungkin berlaku kepada anda jadi fikir-fikirkan hak anda …(video)

WayangLoyarBurok | September 27, 2010

What really happens when the police stops a woman and the woman whips out a camera to film them? Can the police take your I.C. and not give it back? Were they threatening and intimidating this woman? Watch to find out and give your comments!

MB Selangor sahkan tanding timbalan presiden PKR

TERKINI @ 11:25:27 PM 10-10-2010
October 10, 2010

Khalid Ibrahim dengan diapit Syed Shahir Syed Mohamud (dua dari kiri) dan Elizabeth Wong mengumumkan keputusan mahu bertanding jawatan timbalan presiden PKR di kediaman rasminya di Shah Alam, malam ini.

SHAH ALAM, 10 Okt — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan kali ini – pemimpin ketiga mengesahkan pendirian turun gelanggang kerusi nombor dua.

Dua yang lain telah pun mengesahkan keputusan bertanding ialah Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub yang masing-masing merupakan naib presiden PKR.

Turut dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden ialah Datuk Zaid Ibrahim, Tian Chua, Nurul Izzah Anwar, dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Zaid yang disebut-sebut akan bertanding kerusi ini, minggu lalu menyatakan kesediaan memberi laluan kepada Nurul Izzah jika bersedia bersaing jawatan timbalan presiden.

Kesemua mereka yang dicalonkan mempunyai masa sehingga 16 Oktober ini untuk mengesahkan penerimaan pencalonan.

“Saya, Abdul Khalid Ibrahim, hari ini dengan rasminnya menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti yang akan berlangsung November ini,” kata beliau pada sidang media di kediamannya hari ini.

Kata Khalid, ramai yang mungkin tertanya mengapa beliau mahu masuk bertanding dalam pemilihan yang telah banyak menerima persepsi negatif dalam laporan media dan dalam parti sendiri.

“Saya melihat apa yang berlaku menampakkan kepimpinan berpuak dan serangan peribadi,” kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ini menambah, seperti yang beliau katakan minggu lalu, perkembangan ini tidak sihat untuk parti dan perlu diperbetulkan.

“Sebagai salah seorang pemimpin parti dan Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat, saya akan cuba memperbetulkan keadaan ini.

“Dan, kerana inilah, saya mengambil keputusan untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti.

Bagaimanapun, kata Khalid, beliau mahu memastikan keputusannya memberi kesan positif kepada parti.

“Untuk ini, saya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menilai kesan tawaran bertanding kepada pentadbiran dan perpaduan parti,” kata beliau.

Bekas pengerusi PKR Selangor ini menambah, jawatankuasa itu terdiri daripada Syed Shahir Syed Mohamud, Irene Fernandez, Tian Chua dan Dr Muhamad Nur Manuty dan mereka ini bebas mengadakan rundingan dengan pemimpin parti yang berkaitan sehingga 15 Oktober.

Tempat beliau sebagai pengerusi negeri telah digantikan dengan Azmin.

“Sekiranya jawatankuasa menasihatkan tawaran saya ini tidak baik untuk parti dan ada cara yang lebih baik untuk saya berkhidmat kepada parti, saya akan akur dengan nasihat ini.

“Jika Jawatankuasa ini berpendapat tawaran saya baik untuk parti, saya telah pun menggariskan lima teras perjuangan bertemakan “Memperkasakan Reformasi”,” katanya.

Khalid turut gelanggang pemilihan dengan lima teras iaitu setia kepada perjuangan, meneruskan agenda perubahan, merakyatkan ekonomi, menolak politik pecah perintah dan kesepaduan parti.

Syed Shahir yang juga ketua cabang Kelana Jaya berperanan sebagai pengurus operasi kempen Khalid.

“Saya percaya beliau boleh menolong kempen saya berjalan dengan sistematik, bersih, professional dan adil.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli parti yang telah hadir untuk memberi sokongan dan semangat kepada saya untuk memastikan parti Keadilan terus berjuang di landasan yang betul,” katanya lagi.

Kata Khalid, lima teras itu akan mencorakkan pentadbiran inklusif dan mengakhiri amalan berkumpulan dan berpuak-puak dalam parti.

“Ini adalah pemilihan terakhir sebelum pilihan raya umum, jadi kita perlu pilih pemimpin yang berkualiti dan memperkukuhkan kepimpinan parti.

“Hanya dengan ini laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya akan menjadi realiti. Jadi PKR perlu mencorakkan laluan ke sana,” kata Khalid.

Khalid juga mencadangkan supaya 30 peratus pemimpin wanita dikemukakan untuk kepimpinan parti.

Tokoh korporat yang memulakan tugas dalam PKR sebagai bendahari agung itu juga kecewa dengan sikap sesetangah pemimpin yang sudah melupakan maksud sebenar reformasi dan dilihat mula menjatuhkan antara satu sama lain.

“Sudah ada pemimpin kita lupa akan tanggungjawab kita dalam memperjuangkan reformasi.

“Saya dapati pemimpin mula menjatuhkan antara satu sama lain hanya kerana mahu memimpin. Mana perjuangan sebenar kita yang selama ini memperjuangkan reformasi?

“Kenapa sanggup membunuh antara satu sama lain? Bukankah kita ini keluarga?” katanya.

Khalid berkata, perjuangan PKR bukan untuk satu tempoh yang singkat tetapi untuk jangka masa yang panjang.

“Kita bukan mahu berpolitik untuk satu hari, bukan untuk satu tahun tetapi kita mahu mengubah politik Malaysia yang sudah berusia 50 tahun.

“PKR adalah parti reformasi yang tidak takut dan berani untuk menghadapi apa jua keadaan.

“Jadi saya sahut cabaran harapan reformasi, saya mesti menentukan kejayaan parti, parti ini mesti berjaya. Parti ini mempunyai harapan dan mula disanjung rakyat, jadi kita perlu teruskan reformasi ini,” katanya.

Presiden MCA ulangi syor 30 peratus ekuiti Bumiputera disemak

October 10, 2010

Dr Chua Soi Lek

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengulangi keperluan untuk kerajaan menyemak semula sasaran 30 peratus ekuiti Bumiputera sejajar dengan Plan Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau berkata ini juga bagi membolehkan kek ekonomi negara terus berkembang dan mencapai sasaran pertumbuhan pendapatan tinggi sebanyak enam peratus setiap tahun.

Beliau berkata 12 sektor ekonomi utama di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) termasuk minyak dan gas dan telekomunikasi, juga perlu diliberalisasikan.

Bercakap kepada pemberita selepas berakhirnya perhimpunan agung tahunan ke-57 MCA di Wisma MCA di sini, Dr Chua berkata elemen berkenaan amat penting untuk melonjakkan ekonomi negara menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

“Setiap warga Malaysia adalah pemegang kepentingan dalam negara ini. Jadi apabila wujud pertumbuhan ekonomi yang baik, setiap orang akan mendapat sekeping daripada kek ekonomi itu.

“Bagaimanapun jika kita tidak berupaya meliberalisasi dan mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik, maka kek ekonomi dan kepingannya yang akan kita peroleh akan menjadi sangat terhad,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Chua menegaskan bahawa ini tidak bermakna “merompak Ali untuk membayar Ah Chong atau sebaliknya”.

Ditanya sama ada parti itu bersedia untuk tidak sependapat dengan Umno berhubung isu nasional tertentu, Dr Chua berkata MCA, sebagai parti politik mono etnik dalam sebuah negara majmuk, harus sentiasa perlu menerima kepelbagaian politik dalam semua parti, namun begitu kepentingan nasional perlu mengatasi kepentingan parti. — Bernama

Umno tipu warga emas: Wang ‘haram’ dikutip Umno


Warta Rakyat
KUALA TERENGGANU, 10 Okt: Sehingga kini tidak ada satu sen pun wang yang dikatakan diserahkan oleh warga emas di negeri itu kepada Umno diserahkan kepada kerajaan negeri, kata Adun Permatang Pasir, Pulau Pinang Ustaz Salleh Man (gambar).

Langkah ini, bagi beliau menunjukkan Umno cuba menipu warga emas di negeri itu dengan membuat provokasi kepada mereka kononnya wang itu haram lalu di serahkan kepada Umno.

“Seperti yang diakui oleh Ketua Menteri, sehingga hari ini satu sen pun wang tersebut belum diserahkan oleh Umno kepada kerajaan negeri. Kalau wang itu haram, serahlah kepada kerajaan negeri,” kata beliau dalam ceramahnya dekat Kuala Nerus malam semalam.

Salleh mendakwa, UMNO tidak sudah-sudah memainkan sentimen perkauman dan agama di Pulau Pinang agar orang Melayu bangkit menentang Kerajaan Pakatan Rakyat.

Padahal selama ini, apa yang dilakukan oleh Umno Pulau Pinang ketika bersama-sama Barisan Nasional yang dipimpin Gerakan memerintah negeri itu, soal Salleh.

“Adakah kerana menerima laba dan kemewahan mereka lupa nasib orang Melayu dan Islam, tapi bila Pakatan Rakyat memerintah mereka baru tersedar selama ini orang Melayu telah dipinggirkan,” tanyanya.

Akhirnya, kata beliau, kerajaan Pakatan Rakyat dipersalahkan akibat kesilapan UMNO
selama ini.

Menurut Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, di bawah kepimpinan PR nasib orang Melayu mula terbela di negeri itu.

“Peruntukan sekolah agama rakyat telah disalurkan oleh kerajaan negeri, wang ehsan untuk wargamas diberikan, tabung khairat kematian dan pelbagai kemudahan lagi diberikan kerajaan Pakatan kepada rakyat,” katanya.

Kejayaan Kerajaan PR ini sebenarnya melahirkan rasa cemburu dan khianat Umno, katanya.

“Mereka telah dan akan melakukan pelbagai helah dan kerja jahat untuk memburukan imej Ketua Menteri dan kerajaan PR,” cerita Salleh dalam ceramahnya itu.

Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh


Harakahdaily
MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.

“Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu,” cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.

Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.

“Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu,” beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.

Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.

“Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera,” beritahu Roslan.

Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.

“Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,”beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.

Bekerja di luar bukan kerana gagal sedia pekerjaan


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Okt: PAS meminta Umno supaya jangan menjadikan bilangan rakyat negeri Kelantan yang ramai di luar dari negeri itu sebagai kegagalan kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan kerana ia hanya akan menyusahkan Umno kemudian hari.

Ketua Penerangan PAS, Ustas Idris Ahmad berkata, jika itu hujjah Umno, sebenarnya rakyat di negeri Umno lebih ramai mendapatkan pekerjaan di luar negeri itu berbanding rakyat Kelantan.

Bagi beliau, bekerja di luar dari negeri sendiri bukan bukti kukuh kegagalan kerajaan negeri menyediakan pekerjaan.

“Contohnya setiap hari berpuluh ribu rakyat Johor yang di bawah Umno terpaksa berulang alik ke Singapura bekerja di sana. Bukankah ini juga penghijrahan. Kenapa pihak Umno tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor yang memang confirm negeri Umno. Kenapa hendak sibuk dengan rakyat Kelantan,” kata beliau dalam satu kenyataannya.

PAS, katanya, ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin bahwa seramai 700 rakyat rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara bukan sahaja rakyat daripada  Kelantan.

Muhyidin yang berucap di Sydney Australia menggesa penuntut Malaysia yang telah pun menamatkan pengajian di luar negara supaya pulang berkhidmat dalam negara sendiri.

PAS, kata Idris,  ingin mengingatkan, pemimpin Umno yang selalu menjadi modal kempen dalam setiap kali pilihanraya kecil  Kelantan, menuduh kerajaan Kelantan gagal memberi peluang pekerjaan sehingga ramai rakyatnya berhijrah ke luar Kelantan.

Modal inilah juga yang akan didendangkan dalam pilihanraya kecil Galas pada 4hb Nov 2010 nanti, tambah beliau.

Bagi Idris, rayuan yang dibuat  oleh Timbalan Presiden umno menunjukkan bahwa bukan rakyat Kelantan sahaja yang berhijrah daripada Kelantan, malahan rakyat Malaysia daripada negeri yang Umno perintah termasuk negeri Johor.

%d bloggers like this: