Wanita Ditipu Lagi dek Kerajaan BN Posted by pas-miri in Sunday,

PEMBERIAN cuti bersalin sebanyak 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini kepada penjawat awam wanita menimbulkan dua reaksi berbeza. Ketika Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (MAMANEH), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj bersetuju dengan fleksibiliti menentukan sendiri tempoh cuti bersalin, Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nor Kamariah Mohd Alwi pula berpendapat ia hanya mengehadkan bilangan anak buat wanita bekerjaya.

Mengulas lanjut, Nor Kamariah berkata, mengikut peruntukan itu, cuti 90 hari daripada 300 hari perkhidmatan itu sama dengan cuti bersalin 90 hari untuk anak pertama hingga tiga saja.“Sebelum ini, kerajaan memberikan cuti dua bulan dengan peruntukan 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan dan bilangan itu bersamaan dengan tempoh cuti bersalin hingga anak kelima. Sekarang, bilangan cuti bertambah, tetapi dengan peruntukan sama 300 hari. Ini bermakna cuti hanya untuk sehingga anak ketiga, jika wanita terbabit mahu mengambil cuti sehingga 90 hari setiap kali bersalin,” katanya.

Bajet 2011 antara lain memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutama anak yang baru dilahirkan. Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan itu tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sementara itu Dr Harlina yang juga Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) juga berharap sepanjang tempoh itu, ibu mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya.
Beliau yang juga berharap kelonggaran juga diberi kepada ibu untuk bercuti beberapa minggu sebelum bersalin berpendapat memberikan penyusuan penuh dalam tempoh tiga bulan pertama dapat membentuk hubungan baik ibu dan anak.

“Bayi pada usia berkenaan lebih kondusif menerima rangsangan, justeru ‘lebih kuat’ untuk ditinggalkan ibu ketika keluar bekerja selepas tempoh cuti bersalin berakhir.
Majikan tidak seharusnya melihat cuti panjang diberi menjejaskan produktiviti organisasi kerana banyak bukti menunjukkan wanita berjawatan penting hari ini, mempunyai anak ramai, tetapi tetap fokus terhadap tugas,” katanya.

Jelaslah kepada kita BN sekali lagi membohongi rakyat. Diwarwarkan Kerajaan BN prihatin tapi sebenarnya tidak. Teringat kes sama sewaktu BAJET Pak Lah;kononnya yuran sekolah dikurangkan kepada dibawah RM 10,tetapi sebaliknya bayaran lain seperti PIBG,Sukan dimasukkan. Yang jelas Bajet BN adalah Bajet Bini Najib;Rakyat terus ditipu.

Asri: PAS banyak berubah agar kekal relevan banding Umno

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin muncul pada forum anjuran Umno malam tadi sambil berkata, PAS seolah-olah memperlihatkan ia banyak berubah berbanding dengan parti dominan Barisan Nasional (BN) itu sepanjang dua dekad yang lalu.Kata beliau (gambar) perubahan mengikut peredaran masa itu dapat dilihat dengan ketara khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12.

Sehubungan itu menurut beliau, Umno yang ada sekarang dilihat tidak lagi menjaga dan mengangkat hal-hal berkaitan agama Islam.

Malah kata beliau, Umno tidak boleh jadi parti yang membawa sentimen perkauman, sebaliknya perlu menjadi lebih matang dalam membuat keputusan.

“Umno tidak boleh jadi (parti membawa sentimen) perkauman, sebaliknya Umno perlu lebih matang dalam membuat keputusan. Jangan membuat perkara yang boleh membahayakan diri sendiri,” katanya.

“Kalau dulu Umno boleh dikatakan mendahului dalam banyak perkara termasuk dalam hal-hal agama.

“Tetapi sejak kebelakangan ini selepas pilihan raya umum ke-12, saya lihat isu yang dibawa Umno gagal mengangkat Umno di peringkat global.

“Isu yang dibawa Umno hanya setempat, saya tidak tahu macam mana Umno menyusun ulama-ulama mereka,” katanya.

Sebagai contoh kata beliau, dalam isu bukan Islam masuk masjid, doa untuk bukan Islam dalam khutbah dan juga isu wang ihsan, ia tidak menunjukkan identiti Umno yang sebenarnya.

“Saya dukacita dengan apa yang berlaku dalam isu-isu tersebut, apabila pemimpin-pemimpin Umno (kata) tidak boleh sedangkan banyak bukti mengatakan sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum Kursus Kepimpinan Kelab Umno Luar Negara di bawah tajuk “Menjana Modal Insan Ulul-Albab di Peringkat Global” di sini malam malam tadi.

Beberapa jam sebelum pandangan Asri itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengusulkan kemungkinan diwujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.

“Bukan sahaja kita perlu Model Ekonomi Baru, kita mungkin perlu Model Politik Baru,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana.

Najib, yang juga Presiden Umno berkata strategi seperti “politik pembangunan” tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.

“Saya kira mengapa orang menolak parti-parti yang banyak berjasa dahulu kerana parti itu tidak berubah. Parti itu dilihat sebagai kaku dan tidak dinamik. Mereka tidak berubah mengikut masa.

“Tetapi sebaliknya kalau kita berubah dan kita dilihat sebagai parti yang dinamik dan segar, Insya-Allah sokongan rakyat pada kita akan berterusan pada masa-masa akan datang,” katanya.

Asri juga menegaskan PAS yang dulu begitu menitikberatkan soal agama sudah berubah mengikut peredaran zaman, tetapi Umno dilihat kembali ke masa lalu.

“Kita lihat sekarang PAS sudah berubah dan banyak melakukan kelonggaran dalam beberapa isu tapi nampaknya Umno menjadi seperti PAS semasa tahun 80-an dulu.

“Umno tidak boleh jadi perkauman, sebaliknya Umno perlu lebih matang dalam membuat keputusan. Jangan membuat perkara yang boleh membahayakan diri sendiri,” kata beliau yang pernah disebut-sebut akan menyertai Umno tetapi telah menegaskan tidak akan menjadi ahli mana-mana parti buat masa sekarang.

Asri juga mendakwa sikap pemimpin Umno yang ada sekarang merupakan punca rakyat terutamanya orang Melayu sudah bosan dan tidak lagi menyokong parti Melayu itu.

Beliau berkata pemimpin Umno dilihat lebih menjaga kepentingan peribadi masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.

“Apa yang berlaku sekarang kita lihat Umno sudah mula hilang sokongan kerana sikap peribadi pemimpin-pemimpin mereka iaitu sikap sombong dan cara pengurusan negara yang menyebabkan rakyat mula tolak Umno.

“Rakyat terutamanya orang Melayu tidak membenci Umno atau formula yang digunakan Umno selama memajukan negara ini tetapi adalah kerana sikap pemimpin mereka.

“Umno perlu betulkan semua ini, jika tidak mereka akan kehilangan sokongan orang bukan Melayu dan juga orang Melayu,” katanya

Dalam ucapannya itu, Asri juga menegaskan parti-parti politik di negara ini perlu melahirkan lebih ramai individu yang berpengetahuan luas ataupun Ulul-Albab.

“Ulul-Albab adalah golongan yang mempunyai pengetahuan yang matang di mana mereka bersedia mendengar dan kemudian pilihan yang terbaik cuma selama ini ia tidak diangkat oleh kepimpinan negara.

“Justeru, parti politik yang bertanggungjawab adalah parti yang menjadikan rakyat sebagai bangsa Ulul-Albab iaitu rakyat yang berpengetahuan.

“Bukan pemimpin yang hanya menyuruh rakyat mengikut telunjuk mereka walaupun apa yang diikut itu sememangnya salah,” katanya.

Kursus selama dua hari itu disertai kira-kira 200 perwakilan pelajar luar negara dan juga pemerhati.

Turut hadir anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertindak sebagai moderator, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan Timbalan Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Ibrahim Ahmad.

Asri: PAS banyak berubah agar kekal relevan banding Umno

Raziah Mahmud’s RM880,000,000.000 Bank Loan!

Sumber Sarawakreport

We can reveal that Malaysia’s RHB Bank has just lent Raziah Mahmud, the Chief Minister’s sister and her third husband, Robert Geneid, a whopping RM 880 million ringgit! This breath-taking hand-out (the equivalent of US$ 285 million) was discovered by Sarawak Report in the public records of  Malaysia’s Companies Commission.  It was registered last June as a charge against one of the couple’s privately owned companies, Kumpulan Construction.

Kumpulan Construction is registered as having RM1 million share capital, 5% owned by Zaleha Binti Mahmud Hajjah (her elder sister) and the rest by Mastim Sdn Bhd, which in turn is jointly owned by Raziah and Robert, an Australian national.

The vast size of the loan, particularly in relation to the relatively modest assets recently posted by Kumpulan Construction, raises a number of questions for the couple and the bank , as well as the Chief Minister of Sarawak, who has repeatedly abused his position by granting his sister’s companies lucrative state-funded projects which they are not equiped to carry out.

The Shareholders – Mastim belongs to Robert and Raziah Geneid

On what basis was such a loan granted ?

Insiders  confirm that Kumpulan Construction ”never did an honest day’s work on any of the contracts they secured” and that “everything is sub-contracted out to others, especially to Hock Seng Lee (HSL)”.

RHB Headquarters, KL

Therefore, Sarawak Report questions on what basis RHB, a public bank owned by Malaysia’s public service pension fund EPF (Employees Provident Fund), advanced a loan of such magnitude to this medium-sized private company?  Indeed, could any other equivalent firm leverage what amounts to nearly a sixtieth of the RHB’s entire loan capital?

Despite handling so many public projects, Kumpulan Construction supplies no public information (can’t they afford a website?).  However, from the limited details of its accounts provided through the Companies Commission, we know that the company made a turnover of RM43 million last year, registering an after tax profit of just under RM4 million.  Also, its reserve capital is  just over RM4 million, plus it has a share capital of RM1 million.  Given the company has over-all liabilities of around RM 42 million, matched by its over-all assets, the loan seems inexplicable.

Register of the charge in the Companies Commission entry on Kumpulan Construction

Unless…..

This leaves onlookers to speculate as to whether some massive new project has been awarded to Raziah and her husband, which RHB has been told about, but the rest of us have not?

Of course, if Kumpulan Construction had just won another huge state project that needed financing then any bank would be legitimately entitled to advance the loan because the payment would be secure.  But, of course, the money should not be advanced before such a project has been confirmed and made public, because that would be highly irregular.

Robert Geneid centre – In a crowning irony he and wife ‘Rosie’ were Guests of Honour at this 2010 Christies ‘Green Auction’ to ‘save the planet’, hosted by David Rockefeller in New York. The same Rockefeller is reported to have accepted $100 million of Taib’s dirty money into his bank in 1994 – money gained from destroying the Borneo Rainforest. See previous story.

However, in Sarawak Raziah does occupy a very privileged position, given the notorious corruption of her brother, who in other countries would have long since been investigated, prosecuted and put into jail.

So, it is certainly worth speculating that the Chief Minister may very well have decided to give her just such a mega-contract and the announcement is waiting in the pipeline.  If so, she is likely to have been made well aware of it in advance and could have privately informed the bank of the fact.

It would of course be highly irregular for a bank to proceed on a loan on this basis and risk shareholders’ money (which in this case includeds pensioners) on unpublished state contracts, so maybe such speculations are unfounded?  If so Sarawak Report would be happy to stand corrected by Kumpulan Construction and RHB Bank.

‘Flurry of activity at Kumpulan Construction’

Nevertheless, Sarawakians might do well to prepare themselves for some grand announcements.  Enquiries by Sarawak Report have brought news of a recent ‘flurry of activity’ going on on the 2nd floor of the Standard Chartered Bank Building in Kuching, which is currently occupied by Kumpulan Construction.  This has also been accompanied by rumours that the Chief Minister’s sister has managed to bag around half of all the NKRA projects awarded by the Federal Government to Sarawak!

On 1st February of this year it was announced that the Federal Government would be spending no less than RM3.4 billion on infrastructure in the state under the ational Key Results Area (NKRA) scheme.  This scheme is designed to help improve the poorest regions of Malaysia and, despite being the richest area in terms of natural resources, Sarawak comes under this category as a result of the years of plunder by the Taib family.

The money, is intended to be spent on upgrading roads and power supplies and improving basic infrastructure in the rural areas, but  it would certainly come as no surprise to learn that half of that entire budget is going straight through the hands of the sister of the Chief Minister.  It is indeed more than likely that we will eventually also discover that the remainder of the money is being channelled through his other relatives.

Political handout that will benefit nobody?

The Federal Government doubtless decided to invest this RM3.4 billion with a view to influencing the upcoming State Election in BN’s favour.  However, by allowing the tenders to go through the corrupt old Chief Minister, politicians should have foreseen the danger of such a gesture spectacularly back-firing, with the money pouring straight into the pockets of the greedy Taibs.

Raziah Mahmud’s RM880,000,000.000 Bank Loan!

Memo taubat kerja orang jahat, kecewa


Mohd Ali Hashim
PENANTI, 17 Okt: Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman menyifatkan tindakan sekumpulan pemuda yang mendakwa menyerahkan memorandum taubat kepada ibu pejabat Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah kerja orang jahat yang kecewa.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menyampaikan sumbangan bagi meraikan 105 orang bakal jemaah haji dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, petang tadi.

“Mereka ini adalah orang upahan yang telah diasuh untuk mencemarkan imej baik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bukanlah perkara baru yang berlaku setelah melihat kekuatan yang ada pada PKR semakin menggugat kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Dakwaan mereka adalah sebagai mengisi kehendak orang atasan bagi memenuhi hasrat mencemarkan Pakatan Rakyat (PR) menjelangnya pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi. Tidak menghairankan banyak lagi desperado yang akan muncul sepertimana skrip yang telah mereka rancang, ” ujarnya yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Semalam sekumpulan pemuda yang mendakwa dari Cabang PKR Pulau Pinang dan Perak telah menyerahkan memorandum taubat meminta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera bertaubat.

Memorandum satu muka surat itu didakwa telah dihantar oleh 60 ahli dari tiga cabang yang mewakili Pulau Pinang dan Perak.

Namun begitu, Mansor berkata bahawa sebenarnya hanya enam orang sahaja yang mengiringi menghantar memorandum tersebut. Manakala Nor Hilmi Ismail yang mendakwa mewakili 3 cabang PKR adalah anak kepada seorang pegawai khas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

“Mereka ini bukannya ahli PKR dan tindakan ini adalah dipercayai didalangi oleh sebahagian dari mereka yang kalah dan kecewa dalam mencapai hasrat mereka.

“Oleh kerana itu satu siasatan akan dilakukan bagi memastikan kesahihan dakwaan keahlian mereka terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan susulan dilakukan,” tambahnya lagi.

Mansor menyangkal dakwaan pihak terbabit dan menyeru masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan yang semakin liar cuba direncanakan oleh pihak lawan bagi menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.

Menurutnya lagi, menjelang pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas, maka pelbagai dakwaan akan timbul sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini, termasuklah keluar parti beramai-ramai dan pengakuan sumpah palsu yang sudah menjadi lumrah dan mainan Umno BN.

Najib amal politik perkauman, adu domba


Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Gagasan 1Malaysia yang diperkenal Datuk Seri Najib Razak terbukti hanya retorik apabila Perdana Menteri itu masih mengamalkan politik perkauman dan adu domba.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, jika benar Najib ikhlas dengan gagasan 1Malaysianya, sudah tentu beliau tidak menyalakan api perkauman dengan cuba menuduh Pakatan Rakyat mempersoal perlembagaan.

“Saya rasa Najib ketinggalan dan tidak mengikuti poilitik semasa. Pakatan Rakyat telah buat resolusi bahawa kita akan sokong malah akan pertahankan Perlembagaan Negara termasuk Perkara 153,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat, berkata demikian sebagai mengulas ucapan Perdana Menteri ketika melancarkan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya semalam.

Najib dalam ucapannya menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat mempersoal perkara 153 Perlembagaan termasuk isu hak orang Melayu.

Najib juga menuduh Pakatan Rakyat mewujudkan peristiwa tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah dan mahu membuka UiTM kepada bukan Melayu.

Semua itu dipersoal Najib bagi menunjukkan betapa Umno memperjuangkan Melayu manakala Pakatan Rakyat pula sebaliknya.

“Najib lupa, Umno lah yang membuat dasar membuka 5 peratus kepada bukan Melayu memasuki MRSM (Maktab Rendah Sains Mara).

“Najib nampaknya sudah mainkan politik adu domba. Di majilis pesara kakitangan kerajaan dia kata PR tidak menghormati perkara 153, waktu rasmi mesyuarat MCA dia kata PAS akan melaksanakan dasar Islam jika PR memerintah,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini menuduh Najib menggunakan “kepalsuan dan retorik” untuk orang mengapi-apikan kemarahan pegawai kerajaan daripada kalangan orang Melayu.

Pua yang juga anggota Parlimen Petaling Jaya Utara juga menyifatkan kenyataan Najib itu menggambarkannya “sebagai hulu balang Perkasa sebenar”.

Sebab itu kata Pua, Najib mengambil pendirian tidak mengkritik Perkasa biarpun NGO tersebut didakwa ekstrem dan rasis.

Bajet raih undi, bukan ekonomi pendapatan tinggi


Dr Azman Ibrahim
Bajet 2011 berjumlah RM213 bilion, RM162.8 bilion untuk belanja mengurus, RM49.2 bilion untuk pembangunan. Maknanya belanja mengurus 3 kali ganda belanja pembangunan. JPM sendiri terima peruntukan sehingga RM15 bilion berbanding RM78 juta untuk parlimen.

Bajet ini satu petunjuk yang sangat jelas, pilihan raya sudah dekat. Bajet yang disasarkan untuk mendapat undi, bukan ekonomi berpendapatan tinggi. GST tak jadi dibuat, elaun pengerusi JKKK dan elaun mesyuarat JKKK naik, elaun Tok Batin naik, elaun Tok Imam naik (tapi kenapa bilal tak naik), elaun guru KAFA naik, imbuhan yang pelbagai tapi adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut? Atau imbuhan-imbuhan ini hanya perangkap. Apa perlunya dibina Menara Warisan PNB setinggi 100 tingkat dengan kos RM5 billion tetapi beban hidup rakyat tidak diringankan.

Menarik kononnya untuk menghargai kaum wanita, cuti bersalin dianjalkan 60 hari ke  90 hari, ada orang kata kerajaan pusat tiru dasar cuti bersalin 90 hari kerajaan PR Selangor. Sebenarnya tidak. Dianjalkan dari 60 hari kepada 90 hari, maknanya kakitangan awam wanita boleh tentu sendiri berapa hari mereka nak cuti bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan maksima 300 hari sepanjang perkhidmatan. Berapa puluh tahun pun seorang wanita bekerja dengan kerajaan, cuti bersalin mesti tak lebih 300 hari. Tak ada tambahan apa-apa. Maknanya boleh beranak setakat 3 orang saja. Lepas itu tak ada dah cuti. Kalau siapa nak beranak 5 tetap kena ambil cuti bersalin 60 hari sebab 60 x 5 = 300. Tak sama dengan dasar cuti bersalin 90 yang kerajaan Selangor buat. Jangan cepat rasa seronok. Kena kira betul-betul.

First Lady Rosmah bukan menteri kabinet  tetapi Program TADIKA PERMATA PINTAR Rosmah seakan  ambil alih dan mengecilkan peranan kementerian Shahrizat. Walaupun Rosmah tak ada sebarang jawatan rasmi, tapi program PERMATA yang dia urus  dapat bajet istimewa. RM111 juta peruntukan  hasil duit rakyat diberikan seorang suami kepada first lady tersayang sedangkan untuk SAR rendah dan menengah hanya RM95 juta diperuntukan. Satu lagi projek kerajaan BN. Isteri didahulukan, SAR dianak tirikan.

Duti  import antara 3 hingga 5 peratus dimansuhkan untuk kira-kira 300 jenis barang-barang kegemaran pelancong dan rakyat tempatan seperti beg tangan berjenama, kasut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, pakaian dalam, seluar dalam, minyak wangi. Mampukah rakyat biasa beli beg tangan berjenama? Kalau mampu pun, apakah ini keperluan mendesak. Penyembur rambut, minyak wangi, seluar dalam import. Semua ni keperluan siapa? Keperluan orang kampung atau keperluan mak datin. Seluar dalam pun masuk bajet. Ada orang kampung pakai minyak wangi import, penyembur rambut import? Berapa ramai rakyat biasa pakai dompet berjenama? Kalau Bajet untuk rakyat, rakyat mana? Apakah rakyat dengan makna kita masyarakat bawahan atau dengan makna ahli politik dan kroni. Kalau bukan untuk rakyat biasa maknanya ia satu lagi bajet untuk kemudahan dan keselesaan warga yang berada. Mereka sebut projek mega di situ, projek mega di sini, hakikatnya berbillion ringgit akan dapat kepada kroni, rakyat hanya dapat ratusan ringgit.

Masa Najib bentang bajet kelmarin, saya tengah memandu di Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Perak, sambil mengikuti perbentangan bajet di dalam kereta. Menarik bila diumumkan, untuk pengguna-pengguna Lebuh Raya PLUS saya dengan sukacitanya mengumumkan… PM berhenti sekejap, saya menjangkakan kalau tak dimansuhkan tol mesti sekurang-kurangnya kerajaan mengurangkan kadar tol. Rupa-rupanya… dengan sukacitanya saya mengumumkan kadar tol di semua 4 lebuh raya kendalian PLUS tidak akan dinaikkan dalam tempoh 5 tahun. Ingatkan nak diumumkan tol dimansuhkan atau sekurang-kurangnya diturunkan. Mungkin ada pemandu di lebuh raya PLUS yang senak perut, tergelak dengar pengumuman ini. Rupanya nak bagi tahu tol tak naik. Tak naik tak payahlah diumumkan. Saya yakin PLUS tak terjejas apa-apa ekoran kadar tol tidak dinaikkan kerana mereka mempunyai perjanjian dengan kerajaan: Sebarang kekurangan pendapatan PLUS ekoran kadar tol yang tidak dinaikkan akan ditampung pihak kerajaan. Ditampung pihak kerajaan maknanya duit rakyat akan digunakan.

Apa pula keperluan ubah suai Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri dengan kos mencecah RM65 juta. Bukankah ia baru saja diubah suai. Apakah ubah suai ini atas kehendak Rosmah? Sekiranya begini duduk perkara maka  amat malang bagi rakyat Malaysia mempunyai ‘First Lady’ yang berselera dan bernafsu tinggi sehingga sang suami perlu membelanjakan puluhan juta ringgit duit rakyat demi memenuhi selera isteri tercinta.

Termasuk tahun ini telah 14 tahun berturut-turut kerajaan BN membentangkan bajet defisit. Untuk Bajet 2011, jumlah defisit kira-kira RM1 billion. Menjadi persoalan kenapa perlu kerajaan berbelanja melebihi pendapatan. Berbelanja melebihi pendapatan bermakna negara perlu berhutang. Setakat tahun ini sahaja jumlah hutang Negara telah mencapai hampir RM400 billion. Kalau kita terus berhutang tanpa mampu menjelaskannya, memang jelas sebagaimana yang dinyatakan oleh Idris Jala, Negara kita menuju bankrap menjelang 2019, setahun sebelum kita mencapai status negara maju 2020.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Memo taubat kerja orang jahat, kecewa


Mohd Ali Hashim
PENANTI, 17 Okt: Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman menyifatkan tindakan sekumpulan pemuda yang mendakwa menyerahkan memorandum taubat kepada ibu pejabat Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah kerja orang jahat yang kecewa.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menyampaikan sumbangan bagi meraikan 105 orang bakal jemaah haji dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, petang tadi.

“Mereka ini adalah orang upahan yang telah diasuh untuk mencemarkan imej baik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bukanlah perkara baru yang berlaku setelah melihat kekuatan yang ada pada PKR semakin menggugat kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Dakwaan mereka adalah sebagai mengisi kehendak orang atasan bagi memenuhi hasrat mencemarkan Pakatan Rakyat (PR) menjelangnya pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi. Tidak menghairankan banyak lagi desperado yang akan muncul sepertimana skrip yang telah mereka rancang, ” ujarnya yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Semalam sekumpulan pemuda yang mendakwa dari Cabang PKR Pulau Pinang dan Perak telah menyerahkan memorandum taubat meminta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera bertaubat.

Memorandum satu muka surat itu didakwa telah dihantar oleh 60 ahli dari tiga cabang yang mewakili Pulau Pinang dan Perak.

Namun begitu, Mansor berkata bahawa sebenarnya hanya enam orang sahaja yang mengiringi menghantar memorandum tersebut. Manakala Nor Hilmi Ismail yang mendakwa mewakili 3 cabang PKR adalah anak kepada seorang pegawai khas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

“Mereka ini bukannya ahli PKR dan tindakan ini adalah dipercayai didalangi oleh sebahagian dari mereka yang kalah dan kecewa dalam mencapai hasrat mereka.

“Oleh kerana itu satu siasatan akan dilakukan bagi memastikan kesahihan dakwaan keahlian mereka terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan susulan dilakukan,” tambahnya lagi.

Mansor menyangkal dakwaan pihak terbabit dan menyeru masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan yang semakin liar cuba direncanakan oleh pihak lawan bagi menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.

Menurutnya lagi, menjelang pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas, maka pelbagai dakwaan akan timbul sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini, termasuklah keluar parti beramai-ramai dan pengakuan sumpah palsu yang sudah menjadi lumrah dan mainan Umno BN.

Kelab Umno Pesara kitar semula ahli lama


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 17 Okt: PAS berpandangan penubuhan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan hanyalah sebagai kitar semula ahli Umno yang lama, bukan penambahan kekuatan Umno.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS berpandangan penubuhan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS.

Katanya, seperti sedia maklum yang menjadi Presiden Kelab, Tan Sri Aseh Che Mat bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang memang terkenal sebagai kaki ampu Umno sewaktu berkhidmat lagi.

Baginya, orang seperti Aseh ada pun tidak genap, hilang pun tidak ganjil dalam perjuangan untuk rakyat dan negara.

Sebagaimana sedia maklum, ujarnya kebanyakan kakitangan kerajaan yang berada di pusat pentadbiran majoritinya bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Ini, katanya kerana mereka orang yang cerdik boleh membandingkan antara intan dan kaca, yang tidak bergantung dari maklumat 20” X 10” (televisyen) sahaja.

Menurutnya, mereka lebih mengetahui banyak maklumat ketirisan dan penyelewengan dalam kerajaan BN.

“Ini yang menjadi kehairanan Presiden Umno, kenapa masih ramai pesara menyebelahi pembangkang.

“Jawapannya mudah, kerana mereka tidak mahu menghabiskan sisa hayat mereka untuk menyokong parti yang terkenal sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara,” ujarnya.

Tujuan kelab itu ialah untuk mewujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.

Datuk  Seri Najib Razak sendiri menyatakan bahawa strategi seperti ‘politik pembangunan’ tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.

Gamis gesa masyarakat prihatin gejala sosial


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menggesa supaya rakyat Malaysia mengambil perhatian serius dalam persoalan masalah sosial yang kian menggila di kalangan remaja sekarang ini.

Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari Saidon berkata, generasi remaja merupakan antara susuk tubuh yang amat bernilai dan juga menjadi kayu ukur kepada pembentukan sesebuah negara.

Katanya, masalah buang bayi yang berleluasa sudah cukup menjadi bukti keparahan sosial masyarakat di mana analisis masalah mengandung anak luar nikah juga semakin meningkat.

Namun barah yang ada itu, katanya ditambah lagi dengan racun yang dibawa masuk, iaitu budaya ‘gay’ yang ditonjolkan melalui artis remaja Amerika, Adam Lambert dalam konsert di Bukit Jalil baru-baru ini.

Tambahnya, masa depan remaja Malaysia yang dicanangkan sebagai pemimpin masa depan bakal berdepan konflik jika landskap masyarakat negara dibentuk oleh suasana seperti ini.

Katanya, sangat mendukacitakan apabila gejala sosial semakin membiak, usaha menyuburkannya digiatkan lagi.

Baginya, tidak ada guna membina sekolah untuk remaja hamil yang terlanjur (sekolah harapan), ataupun lawatan ke Belgium untuk mendapatkan sistem pencegahan masalah itu sekiranya dalam masa yang sama budaya negatif dibawa masuk.

“Ibarat kita membunuh nyamuk, air yang bertakung di biarkan berjentik,” ujarnya.

Sehubungan itu, ujarnya Kem Bina Sahsiah 2010 yang dianjurkan oleh Pusat Pendidikan Muassasah Darul Ulum dengan kerjasama Unit Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah yang akan diadakan di kompleks pendidikan itu pada 28 November hingga 18 Disember nanti merupakan satu usaha yang baik bagi melahirkan kesungguhan pihak kerajaan negeri untuk mengurangkan masalah itu.

Kem-kem yang bakal diteruskan siri kelansungannya ini merupakan langkah bijak yang diambil oleh pihak kerajaan negeri Kedah dalam mengawal dan mengurangkan kes-kes jenayah yang melibatkan generasi remaja pada hari ini yang sudah kian parah.

Tambahnya, program yang dianjurkan itu merupakan satu pendekatan terbaik dalam melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan.

Tukar kerajaan: Peneroka jangan takut ugutan


Hashim Abdullah
KUALA KRAU, 17 Okt: Rakyat di negara ini khususnya masyarakat luar bandar berhak memilih pemimpin yang terbaik dan tidak perlu takut dengan sebarang ugutan. 

 

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, proses pilihanraya membenarkan rakyat berbuat demikian bagi memilih kerajaan yang benar-benar bertanggungjawab dan mampu membela rakyat.

“Jangan takut untuk menukar kerajaan. Orang Pulau Pinang tak ada yang mati hanya kerana tukar kerajaan daripada BN kepada Pakatan Rakyat (PR). Tak ada orang Selangor yang tak cukup vitamin kerana tukar kerajaan. Jangan rungsing jangan resah untuk tukar kerajaan. Jangan terpengaruh dengan ugutan pemimpin Umno. Rakyat ada hak untuk memilih,” katanya ketika berucap di Felda Jengka 20, dekat sini, malam tadi.

Beliau menggesa demikian agar masyarakat luar bandar termasuk peneroka, berani membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Tambahnya lagi, rakyat terutamanya orang Melayu pedalaman diugut dan dimomokkan dengan pelbagai tuduhan bagi tujuan untuk menakutkan rakyat agar tidak berani menukar kerajaan.

Biarpun begitu, berkata rakyat gesanya, tidak wajar melayan ugutan yang dilakukan pemimpin Umno tersebut yang hanya mahu mengekalkan pemerintahan yang diselaputi rasuah dan penyelewengan.

Menurutnya lagi, negara ini tidak akan selamat jika terus dikuasai pemimpin Umno BN, justeru beliau merayu rakyat berubah dengan memberikan peluang untuk PAS dan PR menerajui pemerintahan negara berasaskan ajaran Islam yang adil untuk semua.

“PAS membawa Islam bagi menyelamat rakyat dan negara ini. Kita bawa keadilan untuk semua, kita mahu mencorakkan pemerintahan negara yang beramanah, sebab itu rakyat mesti berani membuat perubahan,” katanya.

Turut berceramah pada majlis itu Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad dan Setiausaha Penerangan PAS Pahang, Hashim Abdullah.

%d bloggers like this: