Galas: Dr Zulkefli calon PAS

Mohd Nor Yahya
GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.

Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.

Biodata Zulkefli:

Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.

Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.

Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.

Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.

Dr Zulkefli  dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.

Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.

Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.

Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.

Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.

Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.

Komputer riba Apple paling nipis


GAMBAR menunjukkan satu model komputer MacBook Air.


 

CUPERTINO, California – Syarikat komputer Apple Inc. memperkenalkan dua komputer riba MacBook Air yang nipis kelmarin.

Salah satu komputer riba itu mempunyai skrin seluas 33.8 sentimeter (sm) manakala yang kedua mempunyai skrin 29.4sm.

Komputer MacBook yang lebih besar itu senipis 1.73 sentimeter dan seberat 1.3 kilogram (kg) manakala baterinya tahan selama tujuh jam.

Satu lagi model komputer riba itu seberat 2.2kg dan baterinya tahan selama lima jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs berkata semasa melancarkan: “Kami bertanya kepada diri sendiri, apa akan berlaku jika MacBook dan iPad digabungkan? Maka inilah hasilnya.”

iPad ialah komputer tablet keluaran Apple.

GAMBAR menunjukkan dua model komputer MacBook Air yang nipis di Cupertino, California kelmarin.


 

Komputer MacBook Air tidak boleh membaca cakera padat (CD) atau cakera padat digital (DVD).

Ia hanya menggunakan memori flash seperti iPhone.

Komputer Macbook Air dijual pada harga bermula AS$999 (RM3,103) dengan storan memori 64 gigabit.

Pada harga AS$1,199 (RM3,725) ia dilengkapi dengan memori 128 gigabit.

Komputer Macbook yang lebih besar ditawarkan pada harga AS$1,299 (RM4,035) dengan kapasiti 128 gigabit atau $1,599 (RM4,968) bersama storan 256 gigabit. – Agensi

1.5 juta Toyota dipanggil balik


TOYOTA Lexus RX330 keluaran 2006 ini adalah antara model yang dipanggil balik akibat masalah teknikal.


 

TOKYO – Syarikat Toyota Motor Corp. terpaksa memanggil semula 1.53 juta kenderaannya di seluruh dunia, kebanyakan di Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, berikutan masalah bendalir brek dan pam bahan api.

Kedua-dua masalah itu boleh menyebabkan sejumlah kecil bendalir brek bocor perlahan-lahan yang mengakibatkan lampu amaran brek menyala dan keupayaan membrek kurang efisien

Satu kenyataan syarikat itu semalam memberitahu, ia membabitkan 740,000 buah kenderaan di AS dan 599,000 unit lagi di Jepun manakala bakinya di seluruh dunia.

Antara model yang dipanggil balik ialah Avalon bagi tahun 2005 dan 2006.


 

Turut terlibat ialah model Highlander bukan hibrid keluaran 2004, Lexus RX330, Lexus GS300, IS250 dan IS350 keluaran 2006.

Sementara itu di Jepun, model yang dipanggil balik ialah Crown, Crown Majesta, Harrier, Mark X, Alphard, Kluger, Lexus GS350, Lexus IS250 dan Lexus IS350 yang dikeluarkan dari Mei 2002 hingga November 2005.

Sementara itu, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) selaku pengedar tunggal kenderaan itu di Malaysia mengesahkan tindakan terbaru syarikat itu tidak membabitkan model Lexus di pasaran tempatan.

Panas: Wakil ‘Kelab UMNO’ Dari Luar Negara Beri Pujian Terhadap ‘Anwar Ibrahim’ Di Astro Awani Ketika Persidangan Agung Parti Itu Berlangsung!


Ini satu berita panas dan pasti menyebabkan puak-puak UMNO marah sebenarnya. Anak muda yang sering mereka didik dengan dakyah dan ideologi parti itu tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang “menentang arus” dan aspirasi UMNO itu sendiri. Ini berlaku ketika dua mahasiswa yang menjadi wakil kelab UMNO luar negara daripada Moscow dan juga Seoul di undang khas ke rancangan “Sudut Pandang” di Astro Awani baru-baru ini. Ramai yang terkejut apabila salah seorang pemimpin terbabit secara jelas telah memuji pemimpin Pakatan Rakyat, sambil menyebut dengan jelas nama Ketua Umum PKR “Anwar Ibrahim” yang lebih “humble” ketika mengadakan lawatan dan bertemu pelajar di luar negara. Berita panas ini pasti membuatkan pemimpin UMNO BN terkejut sebenarnya. Mereka tidak menyangka, mahasiswa yang telah diberi didikan UMNO itu sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Selama ini, kita menyangkan kelab UMNO luar negara memang merupakan penyokong tegar parti itu. Rupanya kini mereka sudah lebih bijak daripada ahli UMNO itu sendiri. Ini merupakan tamparan hebar terhadap parti tu menjelang pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Jika suara anak muda dari parti sendiri bercakap sedemikian rupa, apatah lagi anak muda yang berada dalam kelompok “atas pagar” sebenarnya. Inilah yang amat menakutkan puak-puak mereka sejak dulu, kini dan selamanya.

[Melihat kepada video ini, maka ia bukti jelas yang UMNO itu sebenarnya semakin ditolak oleh anak-anak muda Malaysia dek kerana sikap pemimpin mereka yang terlalu protokol dan tidak memahami aspirasi anak muda itu sendiri. Jika kenyataan dibuat oleh kelab penyokong PAS mungkin ia sesuatu yang boleh diterima. Tetapi, jika ia lahir dari hati ikhlas anak muda kelab UMNO luar negara yang ditaja oleh parti itu, maka ia menunjukkan bahawa memang ada penolakan generasi muda terhadap UMNO dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Anak muda bakal jadi penentu hala tuju perjuangan politik pada masa akan datang. Oleh itu, petanda awal yang gelombang kebangkitan suara anak muda itu bakal disemarakkan lagi nampak semakin jelas sekrang ini. Semoga ia memberi harapan baru untuk melihat sebuah kerajaan yang lebih adil dan saksama menjadi penerus agenda reformasi buat rakyat].

Tamparan Hebat BN, Pemimpin Veteran Di Sabah Umum Keluar Parti Akibat Kegagalan UMNO Capai Objektif Untuk Bela Hak Serta Kebajikan Rakyat !!


K.KINABALU, 18 Okt [10.41 pm] Seorang ahli politik veteran utama yang membawa UMNO masuk ke Sabah, Datuk Karim Ghani (foto), mengumumkan beliau keluar dari parti itu, Isnin. Karim adalah antara bekas pemimpin USNO (United Sabah National Organization), termasuk Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas USNO), yang memainkan peranan membawa UMNO masuk ke Sabah pada 1990an. USNO dibubarkan untuk memberi laluan kepada UMNO. Karim berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya ke ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur dan pejabat negeri parti itu di sini, awal hari ini. “Saya telah keluar dari UMNO berkuat kuasa serta merta hari ini. Saya tetap dengan keputusan ini dan dalam pada itu saya tidak berparti sehingga menemui parti politik yang sesuai,” katanya pada sidang akhbar di sini. Karim berkata beliau kecewa dengan kegagalan UMNO untuk mencapai objektif memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah. Bekas Naib Presiden USNO itu menyertai kumpulan yang setia kepada USNO yang baru-baru ini meminta Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein agar mengkaji semula keputusannya menolak permohonan mereka memulihkan USNO. Ada laporan menyatakan majoriti bekas pemimpin USNO merasa mereka dipinggirkan dan mahu parti itu dipulihkan untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan politik mereka.

[Satu kejutan bersejarah buat BN tatkala Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Biarpun Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan berbagai peruntukan untuk negeri itu dalam pembentangan Bajet 2011 yang dibuat baru-baru ini. Namun, bagi rakyat Sabah bajet itu hanyalah gula-gula untuk mereka menyokong BN dalam pilihanraya kecil itu nanti. Jika benar-benar BN mahu membela nasib rakyat Sabah maka kenapa baru sekarang mahu dibuktikan selepas beberapa kali pilihanraya berlaku. Apakah selama ini bantuan yang dijanjikan tidak kunjung tiba. Soalnya, ke mana hilangnya peruntukan berkenaan?. Kini BN sekali lagi berjanji untuk membawa berbagai kemudahan dan kebajikan kepada rakyat di negeri itu. Semoga para pengundi di Parlimen Batu Sapi dapat buktikan segalanya].

Bajet 2011: Lim Guan Eng Bela Kakitangan Awam Serta Gesa Kerajaan Kaji Semula Kenaikan Elaun JKKK Dan Pembinaan Projek Warisan Merdeka !!


KUALA LUMPUR, 18 Okt [9.30 pm] Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto), menggesa kerajaan mengkaji semula kenaikan elaun kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pembinaan projek mega namun tiada pemberian bonus kepada kakitangan awam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, keputusan kerajaan menaikkan elaun JKKK namun tidak memberikan bonus kepada kakitangan awam menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat di negara ini. “Kita mendapat maklum balas yang negatif daripada rakyat kerana mereka rasa kurang senang hati dengan Belanjawan 2011. “Saya tidak faham mengapa kerajaan boleh menaikkan elaun JKKK daripada RM450 kepada RM800 sedangkan mereka tidak mampu membayar bonus kepada kakitangan awam. “Bukan itu sahaja, kerajaan mahu membina bangunan Warisan Merdeka berharga RM5 bilion. Kita harap perkara ini dapat dipertimbangkan semula. Kalau elaun dinaikkan ia perlu diberikan kepada semua. Kalau tak ada tak perlu beri,” katanya. Beliau berkata demikian, sebagai mengulas pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan kenaikan elaun bulanan Pengerusi JKKK dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat. Bukan itu sahaja, kerajaan turut meluluskan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka itu dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara termasuk pembinaan sebuah menara 100 tingkat di Malaysia. Malah Setiuasaha Agung DAP itu juga menyelar tindakan kerajaan menaikkan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus. “Kenaikan cukai ini akan hanya membebankan golongan miskin kerana mereka tidak mampu untuk menampung kenaikan kos perkhidmatan tersebut. “Ini adalah bentuk hiburan kepada orang miskin. Kita harap ia boleh dikaji semula, kerana ini akan menembahkan beban kepada rakyat Malaysia sebanyak RM597 juta dengan kenaikan cukai perkhidmatan ini,” katanya.

[Sungguh menarik tatkala melihat apa yang diperkatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ini. Biarpun beliau kini diasak dengan berbagai isu termasuk wang haram, namun keprihatinannya terhadap kakitangan awam amatlah dihargai. Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah Kerajaan Negeri yang pertama memberikan bonus kepada kakitangan awam di negeri itu. Maknanya Lim Guan Eng lebih mendahulukan rakyat daripada apa yang diwar-warkan oleh Kerajaan UMNO BN sebenarnya. Soalnya sekarang, nama pergi pemimpin UMNO BN. Kenapa mereka semua menikus dan tidak mahu membela kakitangan kerajaan?. Apakah mereka takut untuk memperjuangkan isu ini memandangkan ia idea Perdana Menteri?. Ternyatalah pemimpin UMNO BN adalah jenis “pak turut” belaka biarpun mereka melaung-laungkan kononnya berkerja untuk membela rakyat itu sendiri].

Banner war on the road to Parliament -UMNO menyalahgunakan kuasa ….

PAS cadang JK Khas Parlimen pantau projek -isu PNB makin turunlah dividen tahun depan..VIDEO

Siswa berpolitik: Umno memang double standard (video)

Umno Kelantan tuduh Nik Aziz ‘jual Islam, sanggup berkawan syaitan’-Bukti terdesaknya umno bn kelantan….dengan menghina tok guru…

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
October 21, 2010

Wakil Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad ketika memberi ucapan usul pada Perhimpunan Agung Umno hari ini. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Perwakilan Umno Kelantan hari ini mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang menyindir agama rasmi negara ini.

Timbalan Ketua Umno Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad (gambar) berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno.

Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Kita perlu perbetulkan semua ini.

“Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz?

“Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.

“Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno,” kata beliau ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Md Alwi yang juga Ketua Pembangkang di DUN Kelantan juga menegaskan supaya pemimpin Umno perlu membuang sikap “sombong” yang ada dalam diri dan pada masa sama menyemai semula roh perjuangan parti dengan berdasarkan Islam.

“Umno perlu balik kepada Islam, tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam.

“Jadi kita perlu kembali kepada Islam, apa yang penting adalah kita perlu menjaga dan mempertahankan akidah,” katanya.

Tambah beliau, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.

“Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini.

“PAS ini celaru,” kata beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional Kelantan.

Md Alwi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas berkata pemimpin Umno perlu turun ke padang untuk menemui rakyat bukan hanya duduk di atas sahaja.

“Umno bagi segala-galanya tapi adakah rakyat sokong kita?

“Saya nak tanya kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Kenapa Umno tidak? Ini kerana PAS berjuang kerana Islam.

“Saya tegaskan di sini bahawa kekayaan tidak menjamin kasih sayang. Jadi kita perlu mengubah persepsi ini, pemimpin perlu turun ke bawah menemui rakyat,” katanya.

%d bloggers like this: