Biodata Calon pas dun galas

Ditulis oleh Administrator Ahad, 10 Oktober 2010 01:29

Nama : Dr.Zulkefli bin Mohamed
Umur : 44 Tahun
Tarikh Lahir : 16hb. Januari, 1966
Nama Isteri : Zainab binti Jalar
Umur : 30 Tahun
Tarikh Lahir : 2hb. Jun, 1980

Kelayakan Akademik :

  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan Universiti Malaya Kuala Lumpur tahun 1992.

Pengalaman Kerja :

  1. 1992 – Pegawai Perubatan di Hospital Taiping, Perak.
  2. 1993 – Pegawai Perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan.
  3. 1994 – Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Chiku 3, Gua Musang.
  4. 1996 – Membuka Klinik Perubatan sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerjaya Politik :

  1. 2003 – 2005: AJK PAS Kawasan Gua Musang & juga sebagai Penyelia DUN Paloh.
  2. 2004: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-11.
  3. 2005 – 2009: Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
  4. 2005 sehingga sekarang sebagai Penyelia Parlimen Gua Musang.
  5. 2008: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang Calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-12.
  6. 2009: Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
  7. 2010: Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.

*Mempunyai sejumlah 10 orang adik beradik yang terdiri dari 7 lelaki & 3 perempuan. Dr.Zulkefli adalah anak yang ke-7

Ibu beliau bernama Hajah Ramlah binti Mat Jusoh, berumur 76 tahun manakala bapa beliau pula merupakan bekas ADUN Guchil, Kuala Krai pada tahun 1974-1978 iaitu Allahyarham Haji Mohamad bin Awang.

Allahyarham bapa beliau ketika hayatnya pernah menjadi Setiausaha PAS Kawasan Ulu Kelantan semasa Allahyarham Ustaz Khaidir bin Khatib menjadi Yang DiPertua PAS Ulu Kelantan

MP Batu Gajah dakwa ‘takut’ dengar ucapan Najib di AGM Umno

October 26, 2010

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Dakwaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) bahawa beliau ‘‘takut’’ dengan ucapan penggulungan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan Agung Umno Sabtu lepas menghangatkan sesi perbahasan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam ucapan itu, Najib menyeru anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk bersungguh-sungguh mempertahankan Putrajaya.

Membacakan petikan kata-kata Najib yang disiarkan akhbar berbahasa Malaysia hari ini, Fong menuntut Najib yang juga Perdana Menteri memberi penjelasan mengenai apa yang dimaksudkannya dengan kenyataan itu.

“Saya mahu Perdana Menteri hadir dalam dewan untuk beri penjelasan terutama mengenai: berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa. Saudara dan saudari, walau apapun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan,” kata Fong ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) hari ini.

Fong bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang menyebabkan beliau berasa ‘‘takut’’ dengan ucapan Najib itu.

Tindakan Fong itu menyebabkan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bangun beberapa kali untuk mencelah dengan alasan ingin memberi penjelasan kepada Fong berkenaan ucapan Presiden itu, namun tidak diendahkan anggota Parlimen Batu Gajah itu.

Bagaimanapun, Mohamad tetap berkeras dan terus bercakap ketika Fong sedang berbahas: “Saya nak buat sikit pembetulan supaya jangan ragu, bimbang, jangan takut. Itu peribahasa Melayu, bagaimana pemimpin nak naikkan semangat. Bukan nak gaduh. (Awak) Tak faham peribahasa Melayu.

“Tak perlu (PM) buat penjelasan dan saya tidak fikir beliau mahu menimbulkan ketakutan dan kebimbangan kepada rakyat. Saya amat tersinggung dengan ucapan Batu Gajah,” katanya menyebabkan Speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan Mohamad supaya hanya mencelah apabila diberi laluan.

Mohamad menjelaskan bahawa ucapan Najib itu hanya bertujuan menaikkan semangat juang anggota Umno.

“Ini bukan soal nak bertumpah darah dan bergaduh sesama kita. Tiada niat langsung. Jadi Batu Gajah jangan sangka buruk. Perdana Menteri kita seorang yang penuh tanggung jawab,” katanya.  – Bernama

Aprikos Rezeki Peniaga

Ditulis oleh Te@M I.T Selasa, 26 Oktober 2010 13:24

GALAS, 26 Okt – Keriuhan hari penamaan calon turut membuka pintu rezeki kepada penggemar niaga.Perlbagai jualan boleh didapati bermula dari belakang masjid biru Sultan Faiz Petra hingga ke Pusat Penamaan Calon.

Antara jualan tersebut, termasukah pakaian,kasut,produk-produk muslim, buah-buahan,minyak wangi, minuman sejuk dan makanan ringan seperti kekacang dan keropok lekor yang merupakan makanan tradisi masyarakat Kelantan dan pantai timur.

Jualan kopiah yang pelbagai bentuk dan corak turut menarik perhatian.Tinjauan Te@M.ITAlamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya di sekitar tapak jualan menemui sejenis kopiah putih yang menjadi pilihan kebanyakan masyarakat Islam Malaysia pada masa kini.

Menurut salah seorang peniaga kopiah, 33 tahun, memberitahu pihak kami, kopiah tersebut dikenali dengan nama Aprikos yang dikeluarkan oleh perusaha Islam Pattani yang diimpot ke Kelantan.Selain dari itu, terdapat juga kopiah yang dijual berbentuk tajam di atas.

Kepelbagaian bentuk kopiah merupakan hasil kreativiti peniaga muslim bagi menarik minat masyarakat muslim mempraktikkan amalan sunnah nabi s.a.w yang gemar memakai kopiah putih yang diperbuat dari Syam satu ketika dulu.

Walaubagaimanapun warna pakaian ini,tidak perlu menjadi pertikaian sama ada hitam atau putih jika semuanya mengamalkan sunnah nabi,juga menjadikan beliau sebagai qudwah hasanah dengan mengikut ajaran dan suruhan Nabi  s.a.w dan perintah Allah dalam segenap kehidupan harian.

Tunjuk Gagah – Tuan Guru Nik Aziz

Ditulis oleh Te@M I.T Selasa, 26 Oktober 2010 23:38

GALAS, 26 Okt – Kehadiran lebih 10,000 orang  penyokong Pakatan Rakyat hari ini memberi petanda cerah kerusi Pas bakal dipertahankan oleh Dr Zulkefli Mohamad.

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas perkara ini berkata, “Kedatangan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat begitu menggembirakan dan menaikkan semangat jentera dan calon.”

Beliau menambah, “Di dalam Islam ada cara untuk menaikkan semangat orang sebagaimana di dalam haji iaitu ittibagh dengan membuka bahu bagi menguatkan keyakinan bahawa kita masih kuat dan mampu beribadah dengan sempurna.

Begitu juga dengan aktiviti ramal (berlari-lari anak) selepas saie, supaya kita merasa gagah. Maksudnya ada masa dalam Islam yang Islam suruh kita tunjuk gagah supaya lawan merasa gerun dan tidak sombong serta angkuh dengan kita.”

Upacara penyerahan nama calon yang diiringi oleh beribu-ribu penyokong, tidak kira yang tua atau muda, Islam ataupun bukan memberi janji kejayaan Pakatan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Tuan Guru Nik Aziz yang turut hadir pada sesi penamaan calon kelihatan begitu gembira dengan jubah putih yang dipakai beliau. Pada malam sebelumnya beliau dikatakan tidak sihat dan diminta berehat. Namun beliau tetap memberikan komitmen di atas kerja-kerja memenangkan calon.

Antara pimpinan-pimpinan tertinggi PAS Pusat yang hadir adalah Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Dato Paduka Husam Musa, pemimpin muslimat PAS seperti YB Siti Zailah, YB Senator Mumtaz md Nawi, YB Dr Siti Mariah Mahmud dan beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat seperti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha DAP Perak Ngeh Kor Ham,  Sivarasa, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution dan daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS.

FRU Tidak Adil

Ditulis oleh Te@M I.T Selasa, 26 Oktober 2010 16:32

GALAS, 26 Okt – Sekatan FRU kepada rombongan pasukan yang mengiring calon PAS memasuki Pusat Penamaan Calon di Pejabat Tanah jajahan Gua Musang adalah sesuatu diluar jangkaan.

Diulas oleh Saifuddin Nasution Setiausaha Agung Parti Keadilan ” Saya tidak menafikan terdapat cubaan untuk melengah-lengahkan proses penyerahan borang pencalonan, calon PAS sehingga mengambil masa setengah jam”.

Tegasnya, “Sekatan seumpama ini tidak pernah berlaku sepanjang PRK sebelum ini. Tidak pernah berlaku FRU berbaris merintangi jalan sehingga menyekat perarakan calon untuk masuk ke kawasan penamaan.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang menjelaskan “Perkara  tersebut tidak dimaklumkan di dalam sebarang taklimat SPR”.

Dalam kejadian yang berlaku pada 9.30 pagi tadi, sekumpulan FRU didakwa menyekat kumpulan pertama yang mengiring calon PAS  dari pimpinan Pakatan Rakyat yang terdiri dari Presiden PAS, YB Tuan Guru Abdul Hadi Awang,Lim Kit Siang Pengerusi DAP Kebangsaan dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Malah,selepas dipamerkan PAS kebenaran memasuki Pusat Penamaan,mereka tetap dihalang memasuki Pusat Penamaan tersebut.

Ditanya mengenai alasan dan motif kejadian berlaku, Saifuddin enggan memberi sebarang penjelasan.Sebaliknya menyerahkan jawapan dari kejadian tersebut kepada pihak Polis.

“Saya tidak tahu, kita serahkan kepada pihak Polis untuk menjawab”,ujar beliau.

Bagaimanapun perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat jentera pakatan Rakyat agar perkara seumpama ini tidak berulang lagi.

Suasana hari penamaan calon di PRK DUN Galas

suasana_penamaan_calon-26.10.2010-dun galas

Zahid: Perbezaan latar akademik tak jejas peluang calon BN-di manek urai dulu cakap lain sekarang cakap lain…

October 26, 2010

GUA MUSANG, 26 Okt – Perbezaan latar belakang pendidikan antara calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff dengan calon PAS Zulkefli Mohamed, diyakini tidak akan menjejaskan peluang BN untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Abdul Aziz, 49, mempunyai kelebihan tersendiri selaku anak tempatan dan telah lama berkhidmat dengan masyarakat di Gua Musang terutamanya kawasan Galas.

“Latar belakang pendidikan bukan isu sama sekali, rakyat kini lebih berfikiran terbuka dan mereka mahukan wakil rakyat yang mampu memberi perkhidmatan kepada mereka.

“Kalau calon itu berkelulusan tinggi dan mengamalkan bidang perubatan di kawasan lain, maka sudah tentu beliau tidak dapat beri perhatian kepada kawasan ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang di sini hari ini.

Sedangkan Abdul Aziz merupakan anak tempatan dan tinggal di sini selain pernah menjadi Pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), sudah tentu perkhidmatan beliau kepada masyarakat dapat diteruskan kerana telah lama mempunyai jalinan rapat dengan masyarakat, kata Ahmad Zahid.

Selain itu, katanya melalui calon BN, kerajaan akan dapat menyalurkan lebih banyak peruntukan untuk pembangunan kawasan dan membantu rakyat miskin di Galas yang kebanyakanya bekerja sebagai petani.

Pilihan Raya Kecil DUN Galas yang ditetapkan pada 4 November bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.

BN diwakili Abdul Aziz manakala calon PAS ialah Dr Zulkefli, 44, pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang yang bertugas sebagai pengamal perubatan di Ciku 3, iaitu kira-kira 50 kilometer dari bandar Gua Musang.

Ahmad Zahid turut melahirkan keyakinan mampu menawan kembali kawasan Galas berdasarkan kerjasama erat antara jentera parti bukan sahaja di peringkat pusat tetapi juga di peringkat negeri dan bahagian sendiri.

“Dengan kombinasi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (sebagai Pengarah Pilihan Raya BN/Umno DUN Galas) mencerminkan kekuatan ikatan hubungan dalaman parti di peringkat negeri sendiri.

“Tidak pernah sebelum ini Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri menjadi Timbalan Pengarah Pilihan Raya dan Pengarahnya Ketua Umno Bahagian (Tengku Razaleigh)… keadaan ini mencerminkan keterbukaan pimpinan pusat yang diterjemahkan di peringkat negeri, jadi saya yakin BN tidak akan masalah untuk menang,” katanya. – Bernama

Galas: Calon PAS harap keajaiban 2008 berulang 4 Nov

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
October 26, 2010

GUA MUSANG, 26 Okt — Calon PAS Dr Zulkefli Mohamad berharap keajaiban beliau memperoleh undi terbanyak dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya umum 2008 akan berulang 4 November ini.

Pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang ini sebelum ini bertanding kerusi Parlimen Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah tetapi tewas.

Namun Zulkefli memenangi undi terbanyak dari Galas dengan 317 undi.

“Pada 2008 PAS berjaya mengatasi Barisan Nasional (BN) dalam undi Parlimen di DUN Galas.

“Saya tidak sangka akan menang di Galas pada pilihan raya umum lalu, malah pihak parti juga terkejut.

“Saya mengharapkan keputusan itu akan berulang kembali dan kita akan meningkatkan kempen untuk memastikan PAS menang di sini,” kata Zulkefli kepada pemberita di Markas Pilihan Raya Kecil PAS DUN Galas di sini.

PAS merampas kerusi itu buat julung kali pada 8 Mac 2008 menerusi Che Hashim Sulaima yang meninggal dunia bulan lalu.

Menurutnya, pengundi perlu memberikan kemenangan kepada PAS supaya agenda dan rancangan kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Jika pengundi memilih saya, saya akan memastikan rancangan dilaksanakan dengan lebih rancak di sini.

“Apa sahaja agenda kerajaan akan saya laksanakan dan saya harap dapat melakukannya,” katanya.

Ketika ditanya sama ada tertekan dengan situasi pilihan raya kecil kali ini, Zulkefli bagaimanapun menegaskan beliau tidak tertekan.

“Sebagai seorang calon yang pernah beberapa kali bertanding dalam pilihan raya, saya rasa tiada apa-apa perbezaan.

“Bagi saya tiada tekanan langsung,” katanya.

Pengamal perubatan itu juga menegaskan walaupun BN melantik Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya BN, namun ia tidak memberikan apa-apa kesan terhadap dirinya.

“Saya lawan dengan BN bukan Tengku Razaleigh. Malah hubungan saya dengan beliau juga baik.

“Saya hormati beliau sebagai seorang tokoh pemimpin yang lama, terkenal dan banyak berjasa kepada negara,” katanya.

Zulkefli juga percaya sokongan masyarakat Cina terhadap PAS akan meningkat berdasarkan daripada kemenangan beliau pada pilihan raya umum lalu.

“Sambutan masyarakat Cina amat menggalakkan dan saya harap ia akan meningkat sehingga hari pengundian nanti,” katanya.

Mengenai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ahad lalu. Zulkefli mendakwa kerajaan persekutuan telah melangkaui pelaksanaan daripada kerajaan negeri Kelantan semata-mata untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat.

“Sebenarnya projek PPR ini masih dalam perancangan antara kerajaan negeri dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) tapi nampaknya kerajaan persekutuan telah mendahuluinya.

“Dalam perbincangan ini kerajaan negeri akan menyediakan tapak untuk projek tersebut manakala Kesedar akan membiayai segala kos pembangunannya. Projek ini tidak dapat dilakukan tanpa persetujuan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri tidak menolak projek tersebut tapi ikutlah saluran yang sepatutnya. Saya mellihat ia strategi BN untuk mendapatkan sokongan pengundi di sini apabila mengumumkan perkara itu,” katanya.

Kerajaan pusat memperuntukkan RM180 juta untuk membina 1,500 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang, yang dijangka dapat memberi manfaat kepada 10,000 rakyat miskin di kawasan itu.

Projek 18 blok rumah pangsa lima tingkat yang pertama seumpama itu di Kelantan adalah untuk diagih kepada pelbagai kaum golongan berpendapatan rendah dan miskin di kawasan itu.

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Galas: Kempen PAS mula dengan keyakinan 48 peratus, kata Hadi

October 26, 2010

GUA MUSANG, 26 Okt – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kempen parti itu untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil kali ini bermula dengan keyakinan sebanyak 48 peratus.

PAS merampas kerusi itu buat julung kali pada 8 Mac 2008 menerusi Che Hashim Sulaima yang meninggal dunia bulan lalu.

Beliau mengulangi alasannya sebelum ini bahawa tindakan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) dilihat satu cubaan merendahkan kedudukan Tengku Razaleigh sendiri.

“Kita sedar akan pengaruh besar yang ada pada Tengku Razaleigh tetapi sikap Barisan Nasional (BN) terhadapnya akan memberi sokongan kepada kita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini, hari ini.

Dipetik Bernama, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, walaupun kempen bergerak pada keyakinan tersebut, beliau telah mengarahkan jentera parti dari seluruh negara termasuk dari Kelantan untuk membantu sepanjang kempen mengikut giliran yang telah ditetapkan sehingga hari pengundian.

Bagi Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, peluang Pas untuk menang adalah amat cerah berdasarkan personaliti calonnya yang komited terhadap parti serta telah lama mencurahkan bakti kepada penduduk setempat.

Beliau juga yakin dengan sokongan kaum Cina akan berpihak kepada PAS.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata, parti itu akan memberikan sokongan sepenuhnya sepanjang kempen berdasarkan gerak kerja yang diputuskan Jawatankuasa Bersama membabitkan PAS, DAP PKR di mana tumpuan lebih diberikan kepada kubu kuat Umno dan BN.

“Berdasarkan pengalaman lalu, tumpuan seperti ini memberikan kesan yang positif dan dapat melonjakkan sokongan pada Pakatan Rakyat,” katanya.

Pilihan Raya Kecil DUN Galas yang ditetapkan pada 4 November bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.

Hari ini adalah hari penamaan calon.

BN diwakili Abdul Aziz Yusoff manakala calon PAS ialah Dr Zulkefli Mohamad pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang.

%d bloggers like this: