MP Batu Gajah dakwa ‘takut’ dengar ucapan Najib di AGM Umno

October 26, 2010

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Dakwaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) bahawa beliau ‘‘takut’’ dengan ucapan penggulungan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan Agung Umno Sabtu lepas menghangatkan sesi perbahasan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam ucapan itu, Najib menyeru anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk bersungguh-sungguh mempertahankan Putrajaya.

Membacakan petikan kata-kata Najib yang disiarkan akhbar berbahasa Malaysia hari ini, Fong menuntut Najib yang juga Perdana Menteri memberi penjelasan mengenai apa yang dimaksudkannya dengan kenyataan itu.

“Saya mahu Perdana Menteri hadir dalam dewan untuk beri penjelasan terutama mengenai: berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa. Saudara dan saudari, walau apapun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan,” kata Fong ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) hari ini.

Fong bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang menyebabkan beliau berasa ‘‘takut’’ dengan ucapan Najib itu.

Tindakan Fong itu menyebabkan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bangun beberapa kali untuk mencelah dengan alasan ingin memberi penjelasan kepada Fong berkenaan ucapan Presiden itu, namun tidak diendahkan anggota Parlimen Batu Gajah itu.

Bagaimanapun, Mohamad tetap berkeras dan terus bercakap ketika Fong sedang berbahas: “Saya nak buat sikit pembetulan supaya jangan ragu, bimbang, jangan takut. Itu peribahasa Melayu, bagaimana pemimpin nak naikkan semangat. Bukan nak gaduh. (Awak) Tak faham peribahasa Melayu.

“Tak perlu (PM) buat penjelasan dan saya tidak fikir beliau mahu menimbulkan ketakutan dan kebimbangan kepada rakyat. Saya amat tersinggung dengan ucapan Batu Gajah,” katanya menyebabkan Speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan Mohamad supaya hanya mencelah apabila diberi laluan.

Mohamad menjelaskan bahawa ucapan Najib itu hanya bertujuan menaikkan semangat juang anggota Umno.

“Ini bukan soal nak bertumpah darah dan bergaduh sesama kita. Tiada niat langsung. Jadi Batu Gajah jangan sangka buruk. Perdana Menteri kita seorang yang penuh tanggung jawab,” katanya.  – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: