TERAS : KERAJAAN HILANG PERTIMBANGAN AKHLAQ DALAM KEGHAIRAHAN UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA.


Kenyataan Media TERAS
28hb Oktober 2010

HUB HIBURAN MALAM DAN INDUSTRI SPA DALAM ETP, KERAJAAN HILANG PERTIMBANGAN AKHLAQ DALAM KEGHAIRAHAN UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA.

TERAS membantah keras pelan ETP untuk menjadikan hiburan malam sebagi pendekatan meningkatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mengikut yang tercatat dalam dokumen Program Transformasi Ekonomi.

Kami kecewa dan membantah rancangan kerajaan untuk memperbanyakan pusat hiburan malam bagi menganjur acara-acara konsert antarabangsa dengan mengendurkan peraturan yang ada. .

Dalam dokumen ETP didedahkan akan ada 12 projek hiburan untuk meningkatkan pendapatan melalui pelancongan.

Soalnya apakah ini yang ingin ditonjolkan oleh ETP untuk meningkatkan pendapatan dikalangan rakyat di negara ini.? Dimanakah pertimbangan nilai dan budaya tempatan yang sepatutnya ditonjol dan dipertahankan? Adakah ini caranya kerajaan mengutamakan keperluan rakyat?

Kami kesal bila mendapat tahu bahawa peraturan yang sedia ada akan dikendurkan bagi memudahkan pertunjukkan antarabangsa di bawa masuk ke Malaysia.. Bagi kami ini adalah benar-benar tindakan mengadai maruah negara dan nilai akhlaq rakyat diketepikan hanya kerana mahu melayan kehendak pelancong dan mengutamakan komersialisasi kebudayaan hedonistik.

Jelas sekali peraturan yang ada didalam PUSPAL yang menjaga syarat penganjuran pertunjukan dari artis luar akan dikorban kerana mahukan Malaysia lebih mudah menarik persembahan artis dunia.

Melihat kepada kriteria yang ditetapkan untuk mengecualikan mereka dari peraturan PUSPAL akan menjejaskan akhlaq dan budaya kebangsaan. Malah syarat imigresyen juga akan dilonggarkan untuk memudahkan artis luar masuk ke Malaysia.

TERAS membantah keras perbelanjaan RM467 juta yang akan dibelanjakan oleh kerajaan yang diperuntukan untuk tujuan ini. Kononya program ini akan menjana pendapatan RM427 juta dan menyediakan 8,000 pekerjaan.

TERAS berpendirian bahawa ETP yang mahu menetapkan kawasan hiburan khas iaitu di lima zon iaitu Lembah Kuala Lumpur/Klang , Genting Highlands, Penang, Langkawi and Kota Kinabalu melalui kegiatan hiburan malam adalah sangat bertentangan dengan budaya hidup timur dan Islam.

Dalam dokumen ETP dinyatakan 6 kelab malam baru berkapasiti 900 orang pada hujung minggu akan beroperasi pada awal 2012 dan dua lagi akan dibuka pada 2013 dan 2014.

Kerajaan nampaknya sudah hilang pertimbangan akhlaq dalam keghairahan untuk meningkatkan pendapatan negara. Kami sangat terkejut industry spa juga dilihat menjadi sektor yang akan dibangunkan secara lebih meluas di negara ini mengikut pelan dalam ETP.
TERAS mengesa dan mendesak kerajaan menarik balik pelan ini dan mengubahkan hala tuju pembangunan ekonomi negara kepada kegiatan yang lebih sihat berteraskan budaya dan nilai agama .

Haji Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
019-4744856

JABATAN AUDIT NEGARA memuji pengurusan Kewangan Kedah bertambah baik dari 2008


PEMBENTANGAN LAPORAN JABATAN AUDIT NEGERA

2009
pdf AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI KEDAH TAHUN 2009
2009
pdf PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI NEGERI KEDAH TAHUN 2009
[klik Mouse kanan dan Save As]

KESIMPULAN:

PENCAPAIAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI NEGERI

Pada tahun 2009, Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 35 Jabatan/Agensi Negeri. Indeks Akauntabiliti dilaksanakan dengan memberi penarafan berdasarkan tahap pematuhan kepada peraturan kewangan Kerajaan.

Elemen pengurusan kewangan yang disemak terdiri daripada kawalan pengurusan organisasi, kawalan bajet, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan, pengurusan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah dan deposit, pengurusan aset dan stor, pengurusan pelaburan, pengurusan pinjaman serta penyata kewangan tahunan.

Semakan Audit terhadap pengurusan kewangan Jabatan/Agensi Negeri berdasarkan Indeks Akauntabiliti pada tahun 2009 mendapati empat Jabatan/Agensi Negeri berada di tahap sangat baik, 23 Jabatan/Agensi berada di tahap baik dan sembilan Jabatan/Agensi Negeri lain berada di tahap memuaskan. Berbanding pada tahun 2008, sebanyak 14 Jabatan/Agensi telah diaudit di mana dua Jabatan/Agensi mendapat tahap sangat baik, lapan Jabatan/Agensi telah mendapat taraf baik dan empat Jabatan/Agensi mendapat taraf memuaskan.

Secara keseluruhannya, pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri telah bertambah baik berbanding tahun 2008.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009: KEDAH TERUS SEJAHTERA BN TERUS SENGSARA


laporan_audit.jpgSaya meneliti Laporan Ketua Audit Negara bagi Kerajaan Negeri Kedah Darulaman. Bagi saya, laporan ini sudah cukup untuk memadamkan retorik pemimpin Barisan Nasional

dan Umno bahawa hanya BN atau Umno sahaja mampu memerintah negara atau Negeri Kedah. Fakta yang ada di hadapan kita jelas menunjukkan betapa Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah terus berada di landasan yang betul. Di sebalik parahnya hutang yang ditinggal oleh Kerajaan BN di Kedah sebagai ‘hadiah’ kepada rakyat Kedah, Kerajaan PR terus cemerlang melangkah gagah dan sepatutnya terus diyakini rakyat.

Sekalung TANIAH saya ucapkan kepada pentadbiran Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Dato Seri Azizan. Ada beberapa sebab untuk saya berkata demikian berdasarkan laporan yang saya baca sepintas lalu.

  1. Mungkin inilah kali pertama Kerajaan Negeri menikmati hasil daripada anak syarikatnya yang mungkian berjumlah puluhan atau ratusan yang diwujudkan. Laporan menyebutkan peningkatan yang diperolehi daripada anak syarikat ini ialah 100 PERATUS. Paling menakjubkan ialah daripada KOSONG (0) menjadi 100 PERATUS. Apa maksudnya? Ia bermaksud kerajaan BN tidak pernah menikmati hasil anak syarikat Kerajaan Negeri. Persoalannya apa tujuan kerajaan BN mewujudkan syarikat-syarikat ini. Adakah untuk syok sendiri atau mewujudkan pendapatan kepada kroni? Kerajaan telah memperolehi RM15.17 juta berbanding KOSONG untuk tahun 2008.
  2. Kerajaan juga berjaya meningkatkan 17.4 peratus pendapatan daripada premium hutan. Berbanding tahun 2008, pendapatan melonjak sehingga 205%. iaitu daripada RM 9.21 juta meningkat sehingga RM 28 .14 juta. Ini menjadikan peningkatan adalah sebanyak 258.8 PERATUS !!! bagi tahun 2009 berbanding 2007. Ini adalah hasil polisi ketelusan kerajaan yang mengamalkan polisi tender terbuka bermula 2008. Dengan keluasan yang sama, tetapi pendapatan yang jauh berbeza.
  3. Peningkatan royalti pengeluaran bahan batuan juga amat membanggakan. Peningkatan sebanyak 32 peratus menunjukkan bahawa seolah-olah berlaku masalah semasa kerajaan sebelum ini. Pada tahun 2008 royalti hanya berjumlah RM 14.65 juta berbanding peningkatan sebanyak RM4.75 juta menjadikan RM19.4 juta.
  4. Apa yang saya dapati adalah penurunan hasil kerajaan negeri yang telah mengurangkan kadar cukai bagi tanah sejak April 2008. Saya percaya dasar ini sangat dialu-alukan oleh rakyat yang mendapat manfaat langsung lalu menyebabkan kecekapan bagi kutipan cukai tanah.

Prestasi kewangan Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat dinilai sebagai memuaskan oleh Ketua Audit Negara. Laporan ini sudah cukup memberikan gambaran bahawa dongeng bahawa hanya BN atau Umno sahaja mampu mentadbir sudah berakhir. Namun bagi saya, masih banyak perlu ditingkat. Banyak lagi kerosakan yang ditinggalkan oleh BN yang perlu diperbetulkan. Perbandingan yang dianjurkan oleh Islam ialah dengan prestasi yang baik dengan prestasi yang lebih baik. Bukan perbandingan dengan prestasi yang lebih buruk seperti selalu digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Betulkah Rakyat didahulukan ….?


KUALA LUMPUR, – Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM26,000 sehari atau RM9.4 juta setahun sebagai sewa dan penyenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin di Putrajaya.
Perkara itu disahkan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang diterima oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Liew berkata Najib selaku Menteri Kewangan mengesahkan RM6juta untuk Seri Perdana dan RM3.4 juta untuk Seri Setia (kediaman TPM) dibayar kepada Putrajaya Holding sebagai sewa dan kos penyenggaran.

Selain itu kerajaan juga akan megumumkan RM65 juta diperuntukan untuk mengubah suai Seri Perdana selama dua tahun bermula tahun ini.

Perbelanjaan yang begitu besar untuk kediaman Najib dan Muhyiddin pasti mengundang kritikan pelbagai pihak ketika hutang kerajaan persekutuan melonjak ke paras paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar , kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau./TVNews

Mengapa UMNO tidak serah lagi wang warga emas


Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap meneruskan program penghargaan kepada warga emas dengan memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM100 kepada mereka yang berusia 60 tahun dan RM1,000 kepada waris warga emas yang kematian ibu dan bapa.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, ketika menyampaikan sumbangan kepada 123 waris warga emas yang meninggal dunia dalam satu majlis yang telah diadakan di Yayasan Aman, Penanti baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut sebanyak RM123,000 telah disumbangkan kepada waris warga emas yang berdaftar dengan kerajaan negeri sebagai penerima sumbangan yang telah diperuntukkan.

“Walaupun sebelum ini timbul dakwaan dari Umno dengan pelbagai andaian, kita yakin rakyat terutamanya warga emas tidak akan terpedaya dengan motif politik mereka. Sehingga sekarang kita tidak menerima sesen pun wang yang mereka dakwa dipulangkan oleh warga emas sepertimana yang diuar-uarkan.

“Kita juga sangsi dan ragu kenapa begitu lama mereka mengambil masa untuk memulangkan wang yang mereka dakwa dikutip dari senarai warga emas yang telah pun mereka lakukan sebelum ini dalam beberapa siri program bikinan mereka sendiri,” ujarnya lagi.

Lim juga berkata, jumlah warga emas yang mendaftar dengan kerajaan negeri bagi menerima sumbangan dalam program penghargaan warga emas adalah melebihi 120,000 orang.

“Oleh kerana Umno melihat sokongan yang diterima oleh kerajaan negeri dalam program penghargaan ini begitu memberansangkan serta menggugat kedudukan mereka, maka pelbagai cara yang akan mereka lakukan bagi mengganggu-gugat program yang telah direncanakan.

“Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan Umno dan BN yang cuba memainkan sentimen kaum dan agama dengan menuduh kerajaan negeri memberi sumbangan dari sumber yang tidak halal.

Sharpshooter- Mengapa umno hingga sekarang tidak berani serahkan wang warga emas yang mereka kutip berserta dengan senarai nama sekali supaya mudah kita potong nama mereka untuk tahun 2011.

Sharpshooter difahamkan pagi tadi sudah ada sebilangan kecil warga emas yang sudah mula sedar mereka ditipu oleh umno telah meminta semula wang tersebut dari YB Penaga Dato’ Azhar.

UMNO menipu orang Melayu dari dulu kini dan selamanya..

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai…Usah Berumah Di Tepi Pantai…
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

KEADILAN pelawa BN dan SAPP berdebat


IMG_3556SANDAKAN 28 Okt – Parti Keadilan Rakyat akan menganjurkan Debat Perdana yang akan memberi peluang kepada ketiga-tiga calon daripada Pakatan Rakyat, Barisan Nasional dan Paeti Maju Sabah (Sapp) membentangkan kepada pengundi Batu Sapi agenda dan program masing-masing sekiranya di pilih sebagai Ahli Parlimen P185.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata surat jemputan debat yang ditandatangani oleh Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Pusat, Fuziah Salleh akan dihantar secara rasmi kepada pejabat Datin Tsen Thau Lin yang mewakili BN dan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee daripada Sapp.

“Kita akan hantar surat tersebut hari ini dan akan mendapatkan pengesahan pejabat mereka. Penganjuran debat ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk memperkenalkan budaya politik baru di negeri Sabah,” kata Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia pada sidang nedia di Bilik Gerakan Utama KEADILAN pagi tadi.

Beliau berkata Debat Perdana tersebut akan diadakan pada hari Ahad, 31 Oktober pukul 2.00 petang di Sanbay Hotel, Sandakan.

Fuziah menambah tajuk debat tersebut adalah bebas dan terbuka tetapi menjurus kepada rancangan setiap calon untuk rakyat da pengundi Batu Sapi.

“Kita akan beritahu rakyat Batu Sapi mengenai program ini, samada calon lain menerimanya setuju berdebat atau tidak kita akan teruskan juga dengan program ini.

“Yang pentingnya pengundi Batu Sapi akan berpeluang apakan yang bakal dilakukan oleh calon-calon yang bakal mewakili mereka di Parlime nanti,” kata Fuziah.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai…Usah Berumah Di Tepi Pantai…
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Konsprasi II: Rektum Saiful ‘Kosong’, Kata Pakar Bedah

Dari Tv Selangor

Pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu “kosong.”

“Rektum kelihatan kosong, jadi saya mencatatkan sebagai kosong,” kata pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini ketika disoal balas oleh peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.

Razali juga memberitahu, pemeriksaan dubur dijalankan pada 28 Jun 2008 bukan pemeriksaan klinikal yang pertama dikendalikan ke atas Saiful.

Disoal bertubi-tubi oleh Sankara, beliau yang kini berkhidmat dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengaku, bukan mudah untuk menjalankan pemeriksaan “proctoscopy” ke atas Saiful meskipun dengan menggunakan bahan pelincir.

Penggunaan sebarang instrumen secara tiba-tiba di dubur boleh menyebabkan kecederaan ke atas bahagian-bahagian yang sensitif, kata Razali.

Pada akhir Jun 2008, Saiful mengunjungi Hospital Pusrawi, pusat perubatan swasta, untuk pemeriksaan ekoran sakit di bahagian dubur sebelum dirujuk kepada HKL.

Laporan perubatan dari Pusrawi, yang bocor tahun lalu, mendedahkan bahawa Saiful tidak buang air besar selepas dia diliwat.

Semalam, Razali tegas dengan pendiriannya untuk tidak merujuk nota klinikal bagi menyegarkan ingatannya.

Walaupun diasak berulang kali oleh Karpal, Razali mendesak bahawa beliau tidak merujuk nota yang diambil semasa pemeriksaan perubatan ke atas Saiful selama tiga jam pada malam 28 Jun 2008.

Mahkamah Tinggi kemudian menolak permohonan lisan Karpal, yang mewakili Anwar, untuk mendapatkan nota mengenai sejarah dan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata pasukan pembelaan tidak berhak mendapatkan nota-nota tersebut kerana ia tidak dirujuk oleh Razali dalam pemeriksaan utama oleh pihak pembelaan.

Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.-TheMalaysianInsider

AUDIT 2009 PERAK: RESAH RAKYAT MAKIN TERASA


20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : mohd hafez sabri

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat bimbang dengan laporan Ketua Jabatan Audit Negara yang baru dikeluarkan untuk tahun 2009 ini yang begitu jelas akan kepincangan pengurusan yang lemah bagi konteks Negeri Perak

yang memerlukan penjelasan kerana ianya berkait rapat dengan rakyat terutamanya kemudahankemudahan yang sebelum ini pernah menjadi janji kerajaan negeri,
namun malangnya tidak dapat disiapkan malah merugikan wang rakyat.

Kelewatan projek-projek yang dilaporkan seperti Rumah Rehat Kampar, Kompleks Kesihatan Haiwan Zoo Taiping, Pusat Rehat dan Rekreasi Changkat Jering, Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Kompleks Pusat Penjaja
Glutton Square Teluk Intan,

Padang Seri Iskandar, Bangunan Kompleks Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), dan Bangunan Tiga Tingkat Rumah Rehat Kuala Kangsar memerlukan satu Jawatankuasa Khas bagi menyiasat permasalahan yang telah timbul samaada secara sengaja ianya dilewatkan atau sebaliknya.

Perkara tersebut jelas juga menunjukkan sikap tidak peka kerajaan negeri untuk memantau setiap projek yang sedang dilaksanakan. Proses meluluskan projek kadang-kadang dilihat sebagai keutamaan,tetapi bagi proses pemantauan tidak dijalankan dengan sebaik mungkin.

Malah sikap pertanggungjawaban di atas kelewatan projekprojek tersebut sudah tentu akan diletakkan kepada pihak kedua atau ketiga di dalam menyabitkan kesalahan tersebut kelak. Yang pastinya, pentadbir kerajaan negeri akan terlepas di atas kelemahan dan kecuaian bagi mengatasi masalah tersebut.

DPPN Pk mendesak kerajaan negeri membentangkan kertas putih satu laporan lengkap bagi dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak nanti bagi memperjelaskan isu rakyat yang saban tahun akan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara sebagai projek yang bermasaalah.

DPPN Pk amat kesal jika kerajaan negeri tidak bertindak tegas terhadap mereka-mereka yang mencari keuntungan di atas kelemahan pengurusan dan menekan rakyat atas kelemahan yang seolah-oleh sengaja diada-adakan.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Bencana Indonesia: Merapi letus lagi, korban tsunami lebih 310

October 28, 2010

YOGYAKARTA, 28 Okt — Gunung Merapi meletus buat kali kedua  hari ini dalam tempoh tiga hari, dan kali ini menyemburkan awan panas abu volkanik sehingga 3,500 meter ke udara.

Kejadian berlaku pada pukul 4.40 petang waktu tempatan.

“Awan panas muncul kembali, setelah pasca letusan pertama yang  berlaku pada Selasa,” kata Ketua Balai Penyelidikan dan  Pengembangan Teknologi Kegunungapian (BPPTK) Yogyakarta, Subandriyo pada Khamis.

Awan panas itu, katanya masih tergolong sebagai kecil dengan radius luncuran mencapai sekitar 3,500 meter dari puncak Gunung  Merapi.

Badan itu bagaimanapun belum dapat memastikan arah luncuran kerana keadaan cuaca di sekitar puncak Merapi kurang baik, katanya.

Beliau menjangka luncuran awan panas itu akan berlaku lagi dan  meminta penduduk tempatan supaya terus berwaspada.

Dalam kejadian letusan petang Selasa lepas, 32 orang terbunuh  termasuk Jurukunci Merapi Mbah Maridjan, 83, serta seorang wartawan  portal berita Vivanews.

Dalam letusan Selasa itu, Merapi menyembur awan panas abu volkanik  sehingga1,500 meter dan kesan abunya sampai sehingga ke  Ciamis, Jawa Tengah, yang terletak 300 km jauhnya.

Ia menurunkan hujan abu volkanik bersuhu 600 darjah selsius di kawasan gunung berapi teraktif di dunia yang berusia 400,000 tahun itu, dan memusnahkan beberapa perkampungan di kaki gunung  tersebut.

Pagi ini mereka yang terkorban dalam kejadian letusan pada  Selasa dikebumikan secara beramai-ramai di dua tempat berasingan.

Mbah Maridjan dan empat yang lain dikebumikan Kampung Srunen, Glagahsari, Sleman, manakala yang lainnya di Kampung Sidoredjo,  Sleman.

Dalam pada itu, jumlah kematian akibat bencana tsunami di Kepulauan Mentawai sehingga tengah hari ini meningkat kepada 311 orang, namun bilangan itu dipercayai akan terus meningkat kerana pasukan mencari dan menyelamat masih belum sampai ke semua kawasan yang terlibat.

Ketua Bidang Maklumat Badan Nasional Pengurusan Bencana, Nelis Zuliasri berkata pasukan penyelamat pusat yang dianggotai tentera laut dijadual sampai dilokasi menggunakan kapal setelah menempuh perjalanan sekitar 10 jam.

Mereka akan bergabung untuk membantu proses pencarian mangsa yang selama dua hari ini dilakukan oleh pasukan penyelamat dari Provinsi Sumatera Barat.

Selain 311 mangsa yang ditemui mati, sejumlah 261 mangsa lagi cedera parah,137 cedera ringan manakala 379 masih hilang.

“Mereka sebahagian besar berasal dari desa Batorangan, Pagai Utara, kemungkinan terseret arus tsunami. Sampai sekarang belum ditemui oleh pasukan penyelamat,” katanya.

Kesukaran pasukan penyelamat untuk sampai ke kawasan terjejas menyebabkan sekitar 2,400 mangsa di pusat pemindahan Desa Bulasak, Pagai Selatan belum mendapat bantuan.

Berdasarkan laporan pasukan penyelamat tempatan, pada masa ini mangsa-mangsakini hanya bertahan dengan barang-barang keperluan mengikut kemampuan sendiri.

Pegawai Daerah Mentawai Edison Saleuleubaja sebelum ini berkata masih ada berbelas-belas perkampungan yang belum terjangkau pasukan penyelamat dan penduduk di pusat-pusat pemindahan dianggar berjumlah 20,000 orang.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang memendekkan lawatan kerjanya keHanoi, Vietnam, hari ini dijadual tiba di lokasi bencana untuk meninjau keadaan. — Bernama

Gunung Merapi dan Tsunami – Amaran Allah pada manusia

Oleh: waksab

Dengan meletusnya Gunung Merapi dan juga tsunami di kepulauan Mentawai ,Indonesia adalah merupakan musibah dan Amaran Allah kepada umat kini khususnya buat orang Islam samada di Indonesia,Malaysia dan seluruh umat Islam

Namun amat dikesali Umat Islam di Malaysia tidak mengambil sepenuhnya iktibar dan muhasabah diri akan amaram Allah ini.Kerajaan BN malah dengan bangganya mengumumkan akan program ETP terbaru yang melebihkan kepada hiburan,berpoya-poya dan mengalakkan maksiat.Semoga Allah memjauhkan bala menimpa bumi Malaysia akibat perbuatan mereka ini.

Sesungguhnya balasan Allah itu amatlah pedih.Bacalah surah Al-Waqiah dan Surah Al-Qiamah saban pagi sesudah solat subuh selalu agar keinsafan menjalar kedalam jiwa kita dan meminta Allah menjauhkan bala yanh menimpa negara jiran kita tidak menimpa kita jua akibat perbuatan mereka-mereka yang ingkar perintahNYA.

“YA ALLAH KU AMAT MEMOHON PETUNJUKMU,BAWALAH DAKU KE JALAN REDHAMU,JANGANLAH KAU HIJABKU DENGAN PETUNJUK YANG SALAH DISEBABKAN KELALAIANKU”

http://waksab.blogspot.com/2010/10/gunung-merapi-dan-tsunami-amaran-allah.html

%d bloggers like this: