Pilihan Raya Umum ke-13 Semakin Hampir

Oleh IZMAS

KETIKA muka hadapan kebanyakan akhbar arus perdana berbahasa Melayu memuji dan menyanjung berita ucapan penutup presiden Umno dan perhimpunan yang dikatakan sangat berjaya dan meninggalkan kesan mendalam, akhbar bukan Melayu yang dikuasai MCA pula menonjolkan cerita Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang mungkin bakal diadakan tidak berapa lama lagi.

Menurut tanggapan akhbar itu, ramalan itu berdasarkan beberapa isu dan peristiwa yang berlaku sekitar inti ucapan pembukaan dan penutup Najib dalam Perhimpunan Umno ke-61 yang berakhir 23 hb Oktober lalu.

Andaian mereka juga bersandarkan saranan, pesanan dan amaran Najib kepada semua ahli perwakilan Umno supaya bersiap sedia membaharui azam, cara berkerja dan bertindak apabila pulang ke kawasan masing-masing setelah tamat persidangan.

Najib dan timbalannya bakal membuat lawatan ke semua daerah dan negeri awal tahun hadapan untuk bertemu semua pemimpin dan ahli akarumbi Umno bagi mengadakan perbincangan yang disifatkan banyak pihak sebagai persediaan menjelang PRU ke-13. Beliau sudah menegaskan akan mengadakan perubahan dan rombakan besar-besaran pada pucuk pimpinan Umno negeri yang dikatakan tidak perform dan masih menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran Umno pusat.

Beliau juga dikatakan akan merombak barisan kabinet yang melibatkan beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri Umno yang dilihat perlu dilakukan demi kebaikan parti dan kejayaan BN dalam menghadapi PRU akan datang. Beliau menggesa ahli bersedia menghadapi perubahan besar dalam pucuk pimpinan negeri yang tidak dapat dielakkan bagi membina barisan kepimpinan baru yang lebih dinamik dan menyakinkan.

Jika semua barisan kepimpinan sudah teratur dan mantap seperti yang diharapkan beliau, PRU boleh dipanggil pada bila-bila masa.

Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memberi amaran supaya semua ahli merapatkan barisan dan bersiap sedia bila-bila masa sekarang kerana Najib boleh membuat keputusan tidak dijangka dalam waktu terdekat. Dalam ucapan penutupnya, beliau mengakui tidak tahu bila PM akan mengumumkan tarikh pilihan raya tapi mungkin dalam beberapa bulan akan datang. Beliau berpendapat transformasi di kalangan ahli Umno tidak dapat dielakkan dilakukan segera kerana Umno akhirnya akan berhadapan pilihan raya dan terpaksa melayani tuntutan rakyat jika mahu menang.

Menurut ramalan umum, PRU ke-13 boleh diadakan seawal Julai tahun hadapan – sesuai dengan andaian berseloroh Muhyiddin itu – jika Najib dan BN sudah benar-benar bersedia. Namun, pilihan raya boleh juga ditangguhkan sehingga tahun 2012 sekiranya persiapan Umno dan ahli-ahli komponennya dalam MCA, Gerakan dan MIC belum bersedia berubah.
Ini selaras dengan pendapat Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata PRU ke-13 tidak mungkin berlaku dalam waktu terdekat. Ini kerana situasi belum sesuai dan masalah dalam Umno belum benar-benar berubah. Banyak isu belum memihak Umno dan parti-parti utama dalam BN terutama MCA, Gerakan dan MIC yang masih bermasalah serta perlu proses pemulihan.

Perlu diingat, Umno yang sudah berubah dan bersedia tidak mungkin memenangkan BN dalam PRU ke-13 jika pemimpin tertinggi dalam parti komponen utama yang mewakilli kaum bukan Melayu belum menyediakan barsian pemimpin yang boleh diterima rakyat sekaligus boleh memenangi undi kaum mereka. Semangat tsunamai politik dalam PRU ke-12 lalu di kalangan orang Cina khususnya disyakki masih belum berubah sepenuhnya walaupun Najib sudah memperkenal dan mempromosi gagasan 1Malaysianya secara agresif.

Kebanyakan kaum Cina masih yakin Pakatan – melalui DAP dan PKR – boleh menunaikan agenda besar dan tersembunyi mereka yang seringkali masih mengungkit dan menyinggung hak istimewa orang Melayu, kontrak Sosial dan semangat Perlembagaan Persekutuan. Majoriti kaum India yang berfikiran terbuka dan berpendapatn rendah dikatakan lebih realistik dan menerima gagasan Najib setelah mereka menerima banyak bantuan dan peruntukan dari kerajaan.

Semangat untuk berubah ahli dan pemimpin Umno saja sebenarnya tidak mencukupi jika tidak disertai sama perubahan radikal sikap dan semangat ahli dan pemimpin parti utama lain dalam BN.

Soalan juga dibangkitkan; adakah Umno sudah bersedia dalam waktu terdekat untuk memanggil PRU ke-13 sedangkan banyak faktur positif belum memihak Umno dan BN? Apakah ahli-ahli Umno khususnya ahli MCA, Gerakan dan MIC benar-benar sudah berubah dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya? Apakah Najib yakin jika PRU dilangsungkan dalam waktu terdekat, BN boleh menang besar sedangkan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) belum diketahui walaupun sering digambarkan bermasalah dan tidak bersatu?

Penganalisis politik sependapat, keputusan pilihanraya kecil di Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi awal November nanti boleh menjadi kayu ukur samada PRU ke-13 boleh dilaksankan dalam waktu terdekat atau sebaliknya. Jika BN menang bermakna PRU mungkin boleh diadakan segera atas alasan rakyat sudah menghantar mesej memihak mereka. Namun, jika berlaku sebaliknya, Najib mungkin menangguhkan rancangannya kerana banyak usaha terpaksa dibuat untuk mencari sebab kenapa rakyat masih menolak BN.

Sebelum ini sudah kedengaran cakap-cakap umum bahawa PRU ke-13 boleh diadakan bila bila masa pada tahun hadapan bersandarkan semangat Bajet 2011 yang ketara memihak rakyat kebanyakan berpendatan rendah dan sederhana. Banyak inisiatif dan insentif mesra rakyat yang memberi kelebihan kepada kesejahteraan umum rakyat dari kenaikan mendadak elaun dan gaji imam, guru Kafa, Tok Batin, pengerusi JKKK sehingga kepada cuti bersalin yang dipanjangkan bagi kakitangan kerajaan dari 60 hari kepada 90 hari. Semua bentuk galakan dan ganjaran dalam Bajet 2011 ditafsirkan bertujuan memikat hati rakyat supaya menghargai usaha kerajaan sekaligus mengundi BN.

Bagi majoriti ahli Umno kejayaan perhimpunan ke-61 – dengan ucapan dan bersemangat dan berapi-api – diharapkan dapat menyuntik semangat baru untuk berubah drastik seperti kehendak Najib atau mereka diubah oleh situasi yang mungkin tidak memihak mereka. Jika mereka gagal mentafsir dan melaksanakan azam dan apa yang sudah diputuskan dalam perhimpunan itu kedudukan mereka dan Umno sendiri boleh menjadi sukar kerana rakyat boleh membuat keputusan menolak jika mereka mengambil sikap bercakap tidak serupa bikin dan telalu banyak retorik dan tindakan. Rakyat boleh menghukum BN jika Najib tidak bertindak melaksanakan apa yang dirancang (walk the talk).

Gulungan muda dan berpendidikan ketika ini sudah pandai membuat pilihan berdasarkan pemerhatian dan pernilaian mereka terhadap sikap pemimpin yang benar-benar jujur berkhidmat untuk rakyat atau pemimpin yang hanya pandai berjanji dan berretorik untuk memenangi undi.

Najib mengakui tidak mudah mengubah sikap dan minda ahli Umno dalam sekelip mata kerana banyak unsur-unsur negatif masih diamalkan termasuk mensabotaj sesama sendiri jika tidak terpilih menjadi calon. Ramai ahli yang ‘membentes’ kawan dan ‘menjaringkan’ gol sendiri kerana kecewa tidak dipilih perwakilan dan pemimpin pusat.

Najib dan Muhyidin boleh berharap ahli-ahli Umno berubah demi kebaikan parti dan meninggalkan sikap mementingkan diri dan kroninya. Banyak pihak berpendapat semangat berokobar-kobar dan berapi ahli untuk berubah hanya berada dalam Dewan PWTC ketika persidangan. Sekembali ke kawasan masing-masing mereka dikatakan sukar dan masih tidak berubah; kembali kepada kebiasaan dan amalan lama jika tidak mendapat apa yang dihajat dan dipantau dengan ingatan berulangkali oleh pemimpin dari pusat.

Melalui tinjauan penulis, ramai di kalangan ahli akar umbi Umno skeptikal terhadap perwakilan Umno yang baru pulang dari perhimpunan Umno ke-61 itu boleh berubah secara drastik kerana banyak amalan dan sikap buruk lama yang sukar dihapuskan sepenuhnya di kalangan pemimpin bahagian dan cawangan terutama melibatkan rasuah politik!

IZMAS, 28hb Okt. 2010

DETIK SEMASA JAM 6 2010 10 29 SLUG MP SAMAN (tv selangor)

Sabah negeri termiskin, BN patut malu, kata PAS

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin sepatutnya merasa malu kerana Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

“Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.

“Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.

“Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Idris juga membidas Muhyiddin yang membuat kenyataan bahawa “kalau harapkan PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Katanya, kenyataan timbalan presiden Umno itu bersifat emosi dan sebenarnya sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di pilihan raya kecil Manek Urai, yang lalu.

“Muhyiddin sebenarnya sedang beremosi apabila janji di Manek Urai belum lagi ditunaikan, namun kini datang pula pilihan raya kecil di Galas yang hanya bersebelahan.

“Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihan raya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai.

“InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010,” katanya.

Muhyiddin pada sidang media selepas pengumuman calon BN bagi kerusi DUN Galas, di Gua Musang semalam berkata Umno bercakap begitu bukan kerana mereka parti yang bongkak atau sombong tetapi berdasarkan realitinya yang memang mereka berupaya.

Kata Idris lagi, kenyataan Muhyidin itu seperti menggambarkan beliau seorang yang terhalang dari menerima maklumat dan tidak pernah melihat bagaimana PAS Kelantan membangunkan negeri selama 20 tahun lebih memerintah.

“Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas.

“Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan,” katanya.

Menurutnya lagi, pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka sendiri telah melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno.

Rakyat katanya sudah muak dengan sikap Umno yang hanya bercakap dengan penuh retorik setiap kali pilihan raya diadakan.

Menurut Idris, rakyat, khususnya di Kelantan juga menyedari “busuk hati” pemimpin Umno yang tidak menghormat federalisme sehingga menyebabkan 118 projek kerajaan pusat di Kelantan tidak dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Keenam pada 1991 yang lalu.

“Inilah sikap busuk hati pemimpin Umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi.

“Usah buang masa di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin,” katanya.

Pas: BN akan guna pengundi hantu

Temubual Tuan Guru Nik Abdul Aziz – Kelantan janji wang tunai buat The Red Warriors

Lawatan Hillary Clinton Pada Isnin Membincangkan Isu Kes Liwat Anwar Dan PRU 13

Sumber MalaysiaChronicle

Image Hosted by ImageShack.usU.S. Secretary of State Hillary Clinton will arrive in Kuala Lumpur on Monday as part of a two-week Asian tour and the buzz in the diplomatic circles is that she will not only be meeting Prime Minister Najib Razak, but also Opposition Leader Anwar Ibrahim who is poised to be jailed on flimsy sodomy charges ahead of snap general elections next year.

Indeed, speculation is growing that something might be afoot as the Obama administration has so far been seen as indifferent, even reluctant to take up the democracy cudgels in Southeast Asia, a region marked by many recalcitrant governments including Burma and Cambodia.

“We are not in a position to confirm Mrs Clinton’s schedule but we certainly hope that she will speak up for Anwar,” a top PKR official told Malaysia Chronicle.

Malaysian SOS

Like Thailand, Malaysia has been displaying severe signs of stress as it tries to adjust to unprecedented political competition at home.

Mahathir, Najib

Unable to beat off the advances made by Anwar’s Pakatan Rakyat coalition, Najib has begun shifting back to the hard line policies promulgated by former Malaysian dictator Mahathir Mohamad.

While the British-educated Najib has taken pains to portray himself as a ‘moderate’ during his overseas trips, he is actually the complete opposite once he is back. And nowhere did he exhibit this Jekyll-and-Hyde tendency more than at his Umno party’s annual assembly held recently.

At that meeting, Najib sounded alarm bells far and wide when he declared “This country does not have equal citizenship”, clamped down discussion of racial rights, and also vowed to defend his hold on power at all costs.

“Even if our bodies are crushed and our lives lost, brothers and sisters, whatever happens, we must defend Putrajaya,” Najib had said.

Trial has gone out of control

At 57, Najib is some 6 years younger than Anwar – his arch rival from their Umno days in the 80s. Both had been shortlisted to be Mahathir’s deputy, but in the end, the more politically-savvy Anwar was chosen.

Although, they closed ranks and Najib later became part of Anwar’s clique, he was quick to abandon Anwar in 1998, when Mahathir sensing his grip on power was fading, decided to sack and jail his deputy on graft and sodomy charges.

Anwar – his Pakatan brought hope for reform

Even then, there was worldwide condemnation for Malaysia and former U.S. vice president Al Gore, during a dinner function in Kuala Lumpur, even staged a protest walk-out. But it was only after spending 6 years in jail that Anwar was freed. Months after Mahathir’s retirement, the courts finally found the courage to acquit him in 2004.

The international rebuke for the latest sodomy trial are even harsher. Anwar has denied the charges and accused Najib and his wife Rosmah Mansor of having plotted the conspiracy against him.

World figures from former Canadian premier Paul Martin to Recep Edrogan, Paul Wolfowitz to Richard Branson, have spoken up for Anwar. Lawmakers from Australian, Canada, U.K., U.S. and most recently the Inter-Parliamentary IPU have expressed support for Anwar and pointed out the weaknesses inherent in the ongoing trial.

“It has probably reached a stage where Najib is no longer thinking logically about the trial. He seems to be thinking, if the Burmese junta can do it to Aung San Suu Kyi, why can’t I get away with Anwar here? Hopefully, someone can talk some sense to him,” said the PKR offic

Clinton visits on Monday, may discuss Anwar’s sodomy case<

Ansari Jatuh Ke Laut Lagi !!

Sumber MalaysiaInsider

BATU SAPI, Oct 29 — It was second time unlucky for PKR candidate Ansari Abdullah when he tumbled into seawater after a wooden walkway leading to a Kampung Gas home here gave way. Ansari, who was on his campaign walkabout in the fishing village, fell several meters into murky seawater just as he was about to step into a villager’s home.

He had been trailing behind Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim who, unlike him, made it without getting himself wet.

Ansari, in his attempt to break his fall, managed to cling on to the wooden platform’s edge before tumbling into the water.

Several other campaign assistants right behind him, followed him into the water. He was later rescued by villagers who used a ladder to help him climb to safety. Ansari, clearly shaken, left the village shortly after the incident for a medical check-up.

“I am fine but it is just for precaution,” he told The Malaysian Insider.

He added that this was proof of the decrepit conditions of Batu Sapi villages.

“Their walk to their home daily is like a walk through a field of land mines,” he said.

Two days ago, Ansari took his first tumble when he was visiting Api-Api island off the coast of Sandakan.

During that incident, Ansari fell after a wooden platform attached to the jetty gave way and collapsed into the sea.

Ansari falls into the sea… again

Image Hosted by ImageShack.us

Kejadian Pertama pada 27/10/2010 yang lalu

Kelantan pertahan hak istimewa Orang Asal

Dzulfikar Mashoor
GUA MUSANG, 29 Okt: Kerajaan Kelantan akan tetap mempertahankan hak serta keistimewaan Orang Asal biarpun Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak mentakrifkan Orang Asli di Semenanjung sebagai ‘Bumiputera’.

Menurut Penasihat Jentera Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1990 lalu telah menggazetkan tanah khusus untuk kaum minoriti tersebut.

“Apabila Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan, pertamanya beliau menggazetkan kawasan penempatan dan tanah milik Orang Asli yang sebelum ini tidak ada berlaku,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Baru berkata, Nik Aziz turut mengarahkan penubuhan Koperasi Kijang Mas khusus untuk rakyat Kelantan supaya Orang Asli mendapat manfaat dari konsesi kayu-kayan.

“Kerajaan juga meneruskan konsesi kayu-kayan melalui Koperasi Kijang Mas ini dengan bagi syarat bahawa Koperasi Kijang Mas itu untuk Kelantan sahaja,” ujarnya.

Disebabkan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa penolakan umum Orang Asli pada kempen Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sejak 26 Oktober lalu mungkin disebabkan layanan adil oleh kerajaan negeri.

“Seolah-olah jabatan menindas Orang Asal di sini,” ujarnya.

Beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa majoriti dari 1,886 pengundi berdaftar di kalangan Orang Asli terbabit sedia mempertahankan legasi kebajikan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Chek Hashim Sulaima di Dun Galas.

Pun begitu, beliau menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri supaya tidak mengabaikan tuntutan Orang Asli Semenanjung seperti di Parlimen 19 Oktober lalu.

“Pihak kerajaan sendiri sekiranya ikhlas membantu Orang Asli sebenarnya banyak lagi, bukan sekadar tidak masukkan penakrifan Orang Asli (Semenanjung) dalam Perlembagaan,” ujarnya.

Melihat pada keperluan untuk mempertahan hak serta keistimewaan Orang Asli, katanya manifesto calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed antaranya bertekad untuk menubuhkan Urusetia Orang Asli sebagai meneruskan agenda kebajikan Allahyarham Chek Hashim sebelum ini.

“Dr Dzul, dalam manifestonya untuk menubuhkan Urusetia Hal Orang Asli.

“Kerajaan negeri melihat lebih luas soal kepentingan Orang Asli terutama berkaitan tanah dan kepentingan Orang Asli,” beliau menambah.

Jawapan kepada Zahid: Umno punca Melayu dihina

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS mendakwa Melayu dihina dan merempat di bumi sendiri adalah kerana sikap kronisme Umno dan pemimpin mereka sendiri.

Menjawab dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata bukan Melayu yang sering bertolak ansur, tetapi pemimpin Umno yang memegang kuasa yang berbuat demikian sehingga menggadai nasib Melayu.

“Hakikatnya Umno lah yang menyebabkan Melayu hilang jati diri dan lemah kuasa politik. Akibat politik dendam dan hasad yang berlubuk di dalam hati pemimpin Umno, yang mengutamakan Umno Putera, menyebabkan Melayu merempat di bumi sendiri.

“Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri,” katanya.

Ahmad Zahid semalam dilaporkan berkata, sedang mencari sebab kenapa hak orang Melayu yang sering dipertikaikan di bumi sendiri.

Zahid juga seperti menyalahkan Melayu yang didakwa sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur.

Biarpun tidak menuding jari secara khusus kepada mana-mana pihak, kenyataan Zahid itu dilihat cuba membentuk pemikiran orang Melayu khususnya untuk menyalahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Ini adalah teknik lama umno untuk memulihkan tenaga umno yang semakin lemah. Strategi ini adalah seperti pepatah Arab “Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia,” katanya lagi.

Untuk mencapai maksud itu juga, Umno katanya menggunakan modal lapok dengan memainkan isu Melayu Pulau Pinang terkorban kerana Pakatan rakyat memerintah.

“Mereka cuba menjadi orang yang buta sejarah dan memutar belikkan fakta sejarah. Pada hal Umno dengan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang hampir 51 tahun. Umnolah yang bertanggungjawab menyebabkan Melayu merempat di Pulau Pinang,” jelasnya.

Menurutnya lagi, selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini.

Ianya boleh dibuktikan apabila banyak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal.

“Manakah pergi nilai saham khas bumiputera RM54 bilion? RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion.

“Kemanakah pergi tanah rizab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957. Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar?”, soalnya.

Sehubungan itu, Umno katanya tidak layak untuk menjaga hak orang Melayu, ibarat seperti “menyuruh serigala menjaga kambing”.

Sudah sampailah masanya Umno berundur dan orang Melayu pula diseru menyertai PAS sebagai  ganti kepada Umno.

PAS cadang tambah jawatankuasa Parlimen

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar mencadangkan agar satu usul dibentangkan dewan rakyat berhubung penambahbaikkan institusi Parlimen Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS berkata, sekurang-kurangnya satu hari perlu diperuntukkan bagi membahaskan usul tersebut sempena memperingati 50 tahun Parlimen Malaysia.

“Jika tidak lewat, saya mencadangkan agar satu usul dibentangkan memperingati 50 tahun Parlimen.

“Usul tersebut sepatutnya dibentangkan oleh Perdana Menteri dan yang menyokongnya adalah Ketua Pembangkang,” katanya sewaktu perbahasan bajet 2011 di Dewan Rakyat semalam.

Cadangan itu ujarnya bagi menunjukkan keprihatinan wakil rakyat di Malaysia yang menghormati dan mengiktiraf institusi Parlimen.

Selain itu, ianya juga bertujuan peristiwa sambutan bersejarah 50 tahun Parlimen direkod dalam handsard parlimen untuk rujukan masa akan datang.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar jawatankuasa pilihan parlimen diperbanyakkan sesuai dengan tuntutan semasa dan selari dengan amalan negara-negara lain.

Paling kurang katanya, Parlimen Malaysia perlu mempunyai tujuh jawatankuasa pilihan seperti parlimen Singapura.

Sehingga kini Parlimen Malaysia mempunyai lima jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat.

“Kita tidak ada sebagaimana Singapura, iaitu Estimate Commitee, kita tidak ada Public Petition Commitee.

“Kalau kita anggap demokrasi Singapura lebih teruk dari kita, dan kita lebih baik, maka saya kira kaeadaan ini sangat memalukan,” jelasnya.

%d bloggers like this: