BN Sarawak bawa usul esok, mahu kawal budaya politik pembangkang-bukti ketakutan bn sarawak terserlah dalam pilihanraya dun sarawak nanti!!!!

October 31, 2010

KUCHING, 31 Okt — Barisan Nasional (BN) Sarawak akan membentang usul membanteras amalan politik ‘kotor’ yang cuba dibawa pembangkang ke negeri ini, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-16 yang akan bermula esok.

Speaker Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata usul berkenaan akan dibentangkan Ketua Kelab Penyokong BN Negeri Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-Asajaya) dan disokong oleh Andy Chia (BN-Pujut).

“Budaya ‘kotor’ politik pembangkang kini telah menular di sini (Sarawak) harus dihentikan segera dan menerusi pembentangan usul ini, diharapkan rakyat akan dijauhkan daripada amalan fanatik kepartian itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Prapersidangan DUN dan mesyuarat Majlis Tertinggi BN negeri di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako petang ini.

Katanya, pembentangan usul itu juga untuk memulihara dan melindungi keharmonian politik dan rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud merangkap Pengerusi BN Negeri mempengerusikan mesyuarat empat jam itu. — Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: