Tangkapan terhadap Malaysian4BengHock dikecam

Harakahdaily
GUA MUSANG, 31 Okt: Tangkapan terhadap kakak Teoh Beng Hock di Galas ketika menyebarkan surat rayuan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian adiknya mendapat kecaman pelbagai pihak.

Bahkan mereka bimbang kini ekoran tersebarnya maklumat bahawa pihak polis sedang mencari semua mereka yang terlibat dengan kempen Malaysian4BengHock bukan sekadar empat yang ditangkap kini sahaja.

Teoh Lee Lan (gambar), adik mendiang Teoh Beng Hock telah ditangkap hari ini ketika menyebarkan risalah memohon agar satu suruhanjaya dibentuk bagi menyiasat kematian adiknya itu.

Turut ditangkap adalah abang ipar Teoh Beng Hock, Soh Cher Hai dan dua lagi ahli  Malaysians4BengHock, Ng Yap Hwa dan Toh Chin Hong.

Mereka dibawa ke Balai Polis Gua Musang dan diambil keterangan mereka.

“Sekarang polis bukan sahaja mahu mengambil keterangan dari ke empat-empat mereka tetapi juga kesemua ahli Malaysians4Beng Hock,” kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua melalui twitternya.

“Polis telah memanggil empat lagi anggota Malaysians4BengHock untuk diambil keterangan. Mungkin semua yang ada di Galas akan diambil keterangan,” kata Thomas Su dalam twitternya.

Semalam, abang ipar Beng Hock, Soh Cher Hai mendakwa dia telah dipukul oleh sekumpulan penyokong MCA ketika berusaha untuk bertemu dengan Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita dari MCA, Datuk Heng Seai Kie.

Bagaimanapun, timbalan menteri itu menafikannya. Namun begitu beliau meminta kes Teoh Beng Hock tidak di bawa ke Galas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: