Setelah dua minggu, akhirnya Rais Yatim nafi perkosa amah..namun…

Oleh: Pria Malaya

Selepas 14 hari berita panas yang mengaitkan seorang menteri dalam kabinet Najib mencabul pembantu rumahnya warga Indonesia, hari ini yang tertuduh, Rais Yatim akhirnya ‘keluar dari persembunyian’, beliau seterusnya menafikan berita yg mengaitkannya dgn kes tersebut dalam satu kenyataannya hari ini..

Dan jangan terkejut selepas ini, Perdana Menteri Najib Razak dan beberapa pimpinan tertinggi Umno/BN, malah pemimpin negara Indonesia akan turut mengeluarkan statement menafikan isu ini, malah mengutuk pihak yang menyebarkan berita ini..ketika ini media pro-Umno seolah-olah baru bangkit dari lenanya..

Ya, tempoh dua minggu adalah tempoh yg sangat panjang untuk ‘berkomunikasi’, ‘berbincang’ dan sebagainya…fikir2kan..

Kronologi peristiwa

Ingat, isu ini mulanya didedahkan oleh Wikilekas, sebuah laman internet yang pernah di’agung’2nya oleh Umno sehingga pemimpin2 Umno dan medianya menghangatkan isu liwat Anwar Ibrahim berminggu lamanya, apabila sumber itu menyebut mengenai kes liwat Anwar Ibrahim..


(Wikileaks, lambang kemunafikan Umno…apabila ianya untung bagi Umno, maka mereka menghabahkannya, jika ianya buruk bg Umno, maka ianya dilenyapkan dr pengetahuan rakyat..baca di SINI“…)

Pendedahan ‘sulit’ ini kemudiannya dibongkar sebuah blog pro-kerajaan, “rockybru.com.my” pada 23 Disember 2010, seterusnya mematikan polimik/perbahasan mengenai ‘Anwar-Wikileaks’ dlm media arus perdana..boleh rujuk blog Rocky’s bru pada tajuk, “WIkileaks: Malaysian senior politician and his maid?“..

Berita yang memanaskan suhu politik negara ini kemudiannya disambut oleh Harakahdaily dengan memuatkan berita mengaitkan menteri BN rogol amah di dalam beritanya pada hari yang sama (23 Disember 2010)..boleh rujuk pada tajuk, “Menteri rogol amah tetapi selamat“..

Bermula daripada inilah, blog2 dan laman2 web sama ada pro-PR mahupun pro-Umno mula menghangatkan isu ini..dan penulis tidak ketinggalan menghebahkan berita ini pada tarikh yang sama dengan tajuk, “TERHANGAT: “Sumber Wikileaks dedah bekas Menteri BN rogol amah” – Rocky’s bru”..

Antara entry penulis yang menyentuh berkenaan isu ini adalah seperti berikut:
1. GEMPAR: “Menteri yang rogol amah rupanya masih menjadi menteri dalam kabinet Najib!” – Blogger Umno
2. PANAS BERAPI: Perkembangan kes ROGOL amah oleh menteri kabinet Najib!
3. PANAS: Dokumen lengkap laporan pemerkosaan Menteri terhadap pembantu rumah warga Indonesia, Robengah..
4. PANAS: Inikah gambar amah warga Indonesia yang pernah dirogol menteri Malaysia??
5. Menteri Rogol Amah: SAMM buat laporan polis, akan jejak mangsa rogol menteri BN!

Pendedahan demi pendedahan

Selain Rocy’s Bru, terdapat beberapa lagi blogger pro-kerajaan yang lain turut sama mendedahkan isu ini…antaranya ialah “bigdogdotcom.wordpress.com“, “novandri.blogspot.com“, “theflyingkick.blogspot.com” dan ramai lagi…daripada mereka inilah sumber dokumen membabitkan menteri rogol amah telah tersebar ke serata ceruk maya..


(“theflyingkick.blogspot.com“..adalah antara blog pro-Umno yang mula mendedahkan bahawa perogol yang didakwa merogol amah rupanya masih memegang jawatan menteri..klik di SINI..)

Hari ini (dan semalam), dua laporan polis telah dibuat masing2 di Jelebu dan Seremban dan bagi menuntut pihak berkuasa menyiasat aduan dan dokumen Migrant Care ini..ini bermakna, walaupun Rais Yatim hari ini menafikan pembabitan beliau dengan amalan terkutuk itu, namun laporan polis telah pun dibuat, dan siasatan terhadapnya akan bermula..

Bak kata pelopor kepada pendedahan berita ‘menteri rogol amah’ ini, Rocky’s bru di dalam blognya:

“Aduan polis

Dengar cerita Chegubard dan beberapa orang anak muda Negeri akan ke balai polis di Seremban untuk buat aduan mengenai dakwaan seorang amah dari Jawa yang dirogol seorang Menteri dari Malaysia pada tahun 2007.

Elok tu.

Kalau sebelum ni tak ada fail yang dibukak lagi walaupun berita ni dah menular ke alam siber dari Hong Kong ke Jakarta, aduan Chegubard akan memaksa pihak polis bukak fail dan memulakan siasatan keatas isu yang boleh menjejas kredibiliti kerajaan Malaysia. Kalau dah ada fail lama, boleh bukak semula fail tu. Dah tak boleh sorok lagi …”

Dan penulis juga menyokong usaha Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ketika membuat laporan polis petang tadi untuk berhubung dengan pihak Migrant Care dan pihak2 yang berkaitan bagi mengumpul maklumat yang sebenar…

“Dalam waktu terdekat, AMK akan menghantar beberapa orang Exco untuk suatu misi mendapatkan maklumat (fact findings mission) mengenai jenayah terkutuk ini dengan mengunjungi pihak Migrant Care dan juga pihak Kedutaan Indonesia bertujuan untuk mendapatkan fakta-fakta yang sebenar berkaitan kejadian rogol ini,” – Pengerusi SAMM Badrul Hisyam Shaharin

Untuk yg terakhirnya, penulis yakin penyokong2 Umno tidak akan mendesak Rais Yatim (termasuk Pak Lah dan orang yg dikatakan bersubahat) untuk bersumpah laknat menafikan isu ini walaupun mereka begitu ‘teruja’ utk mendesak Anwar bersumpah laknat suatu ketika dahulu..

Kepada Rais Yatim, walaupun terlewat dua minggu, anda dikira ‘berani’ untuk menafikan berita ini, namun itu belum cukup utk membersihkan diri anda..laporan polis telah pun dibuat dan penulis berharap siasatan akan dijalankan secara terperinci, termasuk menyiasat mereka (saksi) yang dikatakan terlibat dalam kes ini seperti Pak Lah, isteri Rais Yatim dan lain2..

Akhir kalam, sebagaiman yg dijelaskan sebelum ini, prinsip penulis ialah seseorang itu tidak boleh dihukum bersalah selagimana belum diadili dan diputuskan bersalah (oleh badan keadilan)…fikir2kan..wallahua’lam..

Rais Yatim nafi tuduhan perkosa amah Indonesia

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

“Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, “tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat.”

“Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara,” katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.


(Penyokong tegar Umno mendakwa penafian RY ini telah membuktikan diri beliau tidak bersalah..namun agak pelik, penafian tegas oleh Adun Selising dalam tuduhan zina tidak pula diterima oleh penyokong Umno…double standart?..klik di SINI dan di SINI..)

Beliau berkata “sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik.”

“Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang,” katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

“Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks.” katanya. – MK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: