Pilihan raya Sarawak bakal berlaku kejutan

Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 20 Mac: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa berharap rakyat Sarawak boleh menerima parti lain daripada BN supaya boleh dipanjangkan tuntutan royalti petroleum dan pada masa sama mengagihkan kekayaan negeri dengan lebih saksama. 

Katanya, hari ini jurang rakyat Sarawak sangat besar; yang miskin terlalu miskin sementara ketua menterinya pula dikenali mempunyai aset yang sangat besar dan sehingga hari ini dia pun tidak menafikannya.

“Selain daripada mempunyai kekayaan, kalau kita lihat anaknya yang bercerai baru-baru ini bahawa tuntutan harta dia adalah beratus juta nilai harta yang dia miliki. Ini baru anak dia, dan macam mana pula dengan anak-beranaknya yang lain.

“Dan saya sangat hairan bagaimana BN masih mengizinkan beliau bertanding. Dia dah berkhidmat dan berurusan begitu lama. Ini bermakna BN tidak ada tokoh,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi , Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan berkata, PAS akan memberikan tumpuan kepada kerusi-kerusi yang ditandingi supaya mempunyai kerusi pertama di Sarawak.

Justeru, katanya petugas khas khususnya daripada kawasan Kubang Kerian dan negeri Kelantan dihantar ke Sarawak.

Ini, katanya, penting agar menikmati kemenangan pertama bagi membolehkan perjuangan rakyat Sarawak diangkat dengan lebih baik termasuk dari segi kekayaan Sarawak khususnya dari segi royalti petroleum yang begitu besar.

“Tetapi masih ramai rakyat Sarawak miskin, dan kita bercadang untuk meningkatkan bayaran royalti petroleum ini daripada lima peratus kepada 20 peratus kerana rakyat tempatan harus menikmati hasil daripada petroleum tersebut lebih baik daipada pihak lain,” katanya.

Menurutnya, rakyat Sarawak kini sudah bersedia untuk melaksanakan pilihan di luar dari BN.

Tambahnya, dengan perkembangan yang ada pada hari ini, satu kejutan bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak akan berlaku.

Katanhya lagi, rakyat Sarawak kini sudah dapat banyak maklumat yang dahulunya tidak sampai kepada mereka.

“Sekarang mereka sudah ada maklumat bahawa kekayaan Sarawak dimonopoli pihak tertentu sedangkan rakyat Sarawak masih kekal seperti biasa.  Kemudahan-kemudahan dan insfrastruktur di luar bandar, bekalan air dan tanah mereka sangat mendukacitakan.

“Kalau rakyat Sarawak hendakkan perubahan, mereka tidak ada pilihan lain melainkan mereka memberikan undi kepada Pakatan Rakyat (PR) dan juga SNAP supaya ada perubahan politik di negeri Sarawak,” katanya kepada media pada Majlis Makan Malam Persatuan Orang Pekak Kelantan (POPK) di sebuah hotel di sini, malam tadi.

One Response

  1. Bila bercakap mengenai PAS sarawak dan penyertaan dalam PRU DUN Sarawak, saya rasa teruja dengan keyakinan PAS Sarawak.
    Ketika PAS Sarawak ditubuhkan dan bendera bulan purnama buat pertama kali tercacak megah di Sarawak pertengahan 90an. Tiada siapa pun yang yakin bahawa PAS akan hidup dan bernafas sempurna di bumi Kenyalang. Bahkan PAS orang sarawak dengan sinis berkata, ” bila penggerak PAS pulang ke Semanjung, maka berakhirlah perkembangan PAS di Sarawak”.
    Namun pada hari ini, semuanya momokan berakhir, perkembangan PAS Sarawak mula dipelupuri oleh anak Serawak sendiri. PAS Sarawak juga mendapat kekuatan dari anak muda Sarawak yang ingin supaya agama Islam menjadi agama anutan ramai dibumi yang majoritinya bukan beragama Islam.
    Sungguhpun kebanyakan pemimpin yang ada pada hari ini tidak saya kenali, namun ucapan syabas saya berikan kerana kekuatan dan ketahan yang ada untuk memperjuangan agama ini, walaupun tiada apa kesenangan yang dijanjikan.

    Semoga jasa Allahyarham En.Mansor Din menghidupkan PAS di Sarawak akan mendapat ganjaran terbaik daripada Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: