Presiden PAS yakin pengundi Sarawak akan buat perubahan

March 20, 2011

BESUT, 20 Mac — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin dengan peluang pakatan pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan datang.

“Tak mustahil pengundi di sana akan buat perubahan kali ini,” katanya.

Ini berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Mei lalu yang dimenangi DAP, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kawasan berhampiran Sungai Jerteh sini, hari ini.

Turut serta dalam ceramah itu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw.

Semalam Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan esok.

Sementara itu, Azmin ketika ditanya mengenai adiknya Ummi Hafilda yang mengadakan ceramah di sini semalam yang antara lain mendakwa abangnya itu telah hilang pedoman dan tenggelam dengan janji-janji manis penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata:

“Pembangkang fokus dalam perjuangan dan terpulang kepada parti lawan yang menggunakan cara berkenaan”. — Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: