Kase diminta cari jalan hadapi senarai hitam

Khairil Abdul Rahim
TEMERLOH, 21 Mac: Jawatan kuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) diminta menyediakan satu kaedah bagi mangsa-mangsa saman ekor yang tidak mahu membayar saman dan disenarai hitam oleh pihak berkuasa.

Timbalan Yang Di Pertua PAS Raub, Badruddin Aminuddin, 46, berkata ini perlu kerana selagi mereka tidak membayar saman berkenaan, mereka tidak dapat memperbaharui cukai jalan atau lesen masing-masing.

Katanya, beliau bimbang sekiranya situasi itu berterusan rakyat tidak mampu bertahan dan kempen tersebut tidak mencapai matlamat.

“Setakat ini ramai mangsa yang bersetuju tidak mahu membayar notis saman ekor yang dikeluarkan pihak polis, tetapi pada masa yang sama mereka tidak dapat memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu kerana disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

“Sebab itu kita meminta Kase menyediakan satu kaedah, bagaimana jika perkara ini berlaku apa kita nak buat. Masalahnya kerajaan tak keluarkan saman untuk kita cabar di mahkamah, mereka cuma mengenakan tekanan beku lesen dan cukai jalan supaya akhirnya pengguna terpaksa membayar.

“Pada masa ini kita dengar Kase hanya minta mangsa jangan bayar tetapi kita tak tahu apa nak buat jika tak boleh baharui cukai jalan atau lesen memandu,” katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, jika cukai jalan atau lesen memandu tidak dikeluarkan akan terdapat masalah lain pula bagi pengguna kerana mereka perlu bergerak sama ada untuk bekerja atau berniaga.

Pada masa ini Kase yang dipengerusikan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, sedang menjelajah ke seluruh negara bertujuan memberi penjelasan dan khidmat nasihat kepada pemilik-pemilik kenderaan yang dikenakan saman ekor dan kenderaan mereka disenarai hitamkan.

Kase sebelum ini mendesak kerajaan menghapuskan semua saman ekor yang penguatkuasaannya secara terang-terangan menyalahi Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jawatankuasa itu juga telah menyerahkan memorandum memohon campurtangan Yang Di Pertuan Agong terhadap kelulusan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang disifatkan tidak adil kepada rakyat khususnya pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) iaitu saman ekor cara baru.

AES akan dikendalikan dua syarikat swasta Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd yang akan mendapat pulangan 35 peratus daripada setiap enam juta saman yang dikeluarkan manakala kerajaan mendapat 65 peratus pulangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: