Nuklear: Bincang secara terbuka, inklusif

Harakahdaily
BANGI, 21 Mac: Mahasiswa UKM mencadangkan supaya perbahasan dan perbincangan berkaitan tenaga nuklear dibuat secara terbuka dan inklusif dalam usaha untuk menanamkan kefahaman yang betul kepada rakyat.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Saudara Ahmad Muzzammil Muhd Hairi berkata, memandangkan tenaga nuklear termasuk dalam kategori tenaga hijau (green energy), perbincangan tentang perlaksanaannya di negara harus dibahaskan secara terbuka dan inklusif terhadap semua lapisan masyarakat.

“Kita harus sedar, dalam perkara ini (tenaga nuklear dan yang berkaitan), orang ramai masih tidak mendapat kefahaman dan penjelasan yang tepat dan merakyat. Olahan-olahan yang bersifat sensasi dan tidak bertanggungjawab oleh pihak-pihak tertentu harus diimbangkan dengan penerangan yang jelas dan inklusif. Ini cabaran kita.

“Pada masa yang sama, kita perlu mengembalikan fokus dengan menggerakkan usaha dengan kemampuan yang kita ada untuk membantu rakyat yang ditimpa musibah gempa bumi dan tsunami di sana,” katanya.

Beliau mencadangkan penganjuran siri-siri wacana dan penerangan berkaitan perkara ini diluaskan oleh semua pihak.

Pandangan beliau turut disokong oleh Setiausaha Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM), Saudara Muhammad Hafizan Abd Hamid.

Katanya, perbahasan tentang tenaga dan teknologi nuklear, jika perlu untuk menanamkan kefahaman, harus dibincangkan pada perspektif maqasid syari’yyah.

Menurutnya, dalam menentukan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara, Islam ada menetapkan kaedah yang fleksibel dan universal.

Katanya, perbahasan tentang perkara tenaga dan teknologi nuklear juga harus dibincangkan berasaskan konsep itu.

“Dalam Islam tiada istilah pensekularan ilmu pengetahuan, bermaksud pengasingan antara kefahaman agama dengan urusan dunia,” jelasnya.

Beliau juga turut menyeru semua pihak agar menggunakan peluang media yang ada untuk menanamkan pengetahuan yang bermanfaat kepada rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: