Panas: Habuan Jawatan Tok Empat Dan Luluskan Permohonan Tanah ‘Jadi Sebab’ Pemangku Ketua PKR Cabang Indera Mahkota Keluar Dari Parti Itu

Ini satu lagi berita panas yang bari diterima lewat petang tadi. Ia berkaitan berita “keluar parti” yang melibatkan Pemangku Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota iaitu Ibrahim Sidek (foto). Beliau yang merupakan pendokong kuat PKR cabang itu dikatakan keluar PKR dan menyertai UMNO setelah tidak yakin dan kecewa dengan perjuangan parti tersebut. Beliau yang dikenali dengan nama Pak Berahim juga kononnya sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Soalnya sekarang selepas sekian lama bersama UMNO dan kemudian 11 tahun bersama PAS, maka sepatutnya Pak Berahim sudah boleh menilai “mana intan mana kaca”. Maknanya, beliau dan penyokongnya boleh menyertai parti lain dalam Pakatan Rakyat seperti PAS atau DAP jika pun tidak setuju dengan PKR. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya, beliau lebih selesa kembali kepada UMNO yang telah dihina dan diludahnya dulu. Inilah yang menimbulkan kemusykilan kepada orang ramai yang ditemui di Indera Mahkota sekarang. Mereka secara jujur mengenali Pak Berahim dan mengganggap beliau tidak sepatutnya kembali kepada UMNO kerana beliau keluar UMNO dan sertai PKR dek kerana melihat kebobrokan yang berlaku dalam parti itu. Namun, anehnya beliau tergamak “menjilat kembali ludahnya” dan masuk UMNO tanpa terfikir yang UMNO itu terlalu banyak “najis yang belum dibersihkan”. Soalnya sekarang, apakah kemasukan Pak Berahim ke dalam UMNO dapat diterima oleh ahli UMNO peringkat akar umbi di kawasan itu?. Rupa-rupanya, penyertaaan Pak Berahim dan rakan-rakannya ke dalam UMNO Indera Mahkota amat ditentang oleh ramai ahli UMNO bahagian itu. Nantikan pendedahnya !!


Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota yang terdesak untuk cari nama

[Mereka kecewa dengan tindakan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof (bulatan) yang memunggut pemimpin terbabit tanpa mengambil perhatian kepada ahli UMNO itu sendiri. Kami cuba bongkarkan apakah yang ditawarka kepada Pak Berahim hingga menyebabkan pemimpin “tegar PKR” itu boleh melompat. Akhirnya kami mendapat sumber dalaman UMNO sendiri yang mengatakan antara tawaran yang diterimanya ialah beliau ditawarkan menjadi “Tok Empat” dan berjanji untuk meluluskan permohonan tanah yang dibuat pemimpin terbabit bersama anak buahnya. Setakat ini tidak diperolehi lagi berapakah jumlah habuan berbentuk “wang ringgit” yang diterima oleh mereka].

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: