Pertemuan peminjam PTPTN 27 Mac

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 21 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan program Pertemuan Peminjam-Peminjam  PTPTN  pada hari  Ahad,  27 Mac bermula jam 3 petang  di  Auditorium Akademi  Islam, Kolej Universiti  Islam Antarabangsa  Selangor (KUIS), Bandar Sri Putra, Kajang.

Ketua penerangannya, Suhaizat Kayat berkata, pimpinan PAS dan ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) akan turut sama mendengar rintihan mereka.

Pandangan mereka, katanya akan dirumuskan selepas perjumpaan tersebut.

“Matlamat program ini adalah bagi mendengar sendiri rintihan daripada peminjam-peminjam PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional) yang sedang menghadapi tekanan bayaran balik,” katanya.

Menurutnya, terdapat rungutan yang sangat ketara terhadap  sistem pengurusan PTPTN yang tidak sistematik.

Beliau berkata, ada kalangan peminjam yang telah membuat bayaran tetapi tidak dinyatakan dalam penyata, seolah-olah mereka tidak membuat sebarang bayaran.

Tambahnya, terdapat peminjam yang membuat bayaran tetapi nama mereka masih disenarai hitamkan.

“Menariknya  mereka yang  tidak langsung membuat bayaran tidak pula disenarai hitamkan. Terdapat tawaran Ujrah iaitu penurunan caj perkhidmatan daripada 4% kepada 1%,” ujarnya.

Malangnya, kata beliau peminjam memberi komen tawaran Ujrah hanyalah helah PTPTN untuk mendapatkan maklumat terkini mereka sahaja.

Katanya, peminjam yang telah disenarai hitamkan oleh PTPTN tidak layak mendapat tawaran Ujrah.

Katanya lagi, komen-komen daripada peminjam ini membuktikan bahawa PTPTN sedang menghadapi masalah pengurusannya.

Jelasnya, pertemuan yang  akan diadakan ini juga bertujuan bagi membentuk satu jawatankuasa bertindak mengatasi masalah yang mereka sedang hadapi.

PTPTN, ujarnya telah membelanjakan sebanyak RM37 bilion sejak 13 tahun yang lalu dan telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak  4%  dan sedang berusaha untuk membuat pindaan terhadap akta PTPTN  yang  bertujuan untuk mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman.

“Tindakan ini sudah semestinya  akan memberikan lebih tekanan kepada peminjam.  Jumlah peminjam adalah seramai  1.7 juta orang. Terdapat 191,262 orang peminjam yang tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman,” katanya.

Mereka, katanya lagi dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak mampu membuat bayaran.

Menurutnya, faktor utama adalah kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos hidup yang meningkat setiap tahun khususnya di bandar.

“Diharap  peminjam-peminjam PTPTN dapat hadir dalam pertemuan ini, seterusnya jawatankuasa yang bakal dibentuk dapat menyediakan plan cadangan kepada pihak kerajaan bagi mengatasi masalah yang sedang mereka hadapi. Semua peminjam PTPTN seluruh negara di  jemput hadir,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: