siapa ROGOL , BUNUH DAN LETUPKAN ALTANTUYA..?

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua percaya penayangan video fitnah berunsur lucah kepada media tempatan hari ini, dibuat juak-juak Umno Barisan Nasional (BN) sempena pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Menganggap Umno BN terdesak, beliau berkata, parti pemerintah mereka cipta fitnah baru berikutan perbicaraan Fitnah II kian gagal.
“Mereka terdesak. Dalam kes Fitnah II yang direka dengan pelbagai pakar nampak kian gagal. Kini mereka mereka satu lagi kes fitnah,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.
Mengikut Malaysiakini, satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedah kepada media pagi ini.
Klip video itu ditayangkan untuk tontonan media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibu negara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.
Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Sarawak Ahmad Nazib Johari menyifatkan tindakan proksi Umno BN menayang video fitnah berunsur lucah itu, serentak dengan pembubaran DUN Sarawak membuktikan mereka ketandusan isu.
Beliau berkata, taktik itu bertujuan untuk mengalihkan tumpuan rakyat melibatkan skandal pimpinan BN di negeri itu.
“Skandal rasuah, kegagalan pentadbiran BN di Sarawak serta kekayaan luar biasa milik Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi bebanan BN untuk menjawabnya.
“Isu video itu sengaja diada-adakan dengan niat mengelakkan rakyat bercerita mengenai skandal pentadbiran BN di negeri ini,” katanya kepada KeadilanDaily.
Nazib yang juga seorang peguam bagaimanapun yakin rakyat Sarawak kian matang berdepan kes fitnah dan dakwaan seperti itu.
“Nasihat kepada rakyat Sarawak, nilailah dengan baik kes fitnah ini kerana ia sengaja direka menjelang pilihan raya,” katanya.

http://www.keadilandaily.com/bn-terdesak-video-fitnah-ditayang-sempena-bubar-dun-sarawak/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: