Siasat Taib Sebelum Hari Penamaan Calon

Petaling Jaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus menyiasat dakwaan rasuah dan pengumpulan harta bernilai berbilion ringgit oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum beliau diisytihar layak bertanding dalam piliihan raya negeri (PRN) April ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena Dato’ Mahfuz Omar berkata, “beliau (Taib) perlu disiasat sebelum hari penamaan calon, yang dijangka awal bulan depan.”

“SPRM harus bertindak segera bagi menjalankan siasatan bagaimana Taib, yang memerintah Sarawak hampir 30 tahun, dapat mengumpul sebegitu banyak harta,” katanya pada satu majlis minum petang bersama para pemimpin Pakatan Rakyat di Ampang petang semalam.

Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak akan dibubarkan hari ini, hari penamaan calon dijangka pada 9 April dan PRN pada 16 atau 17 April ini.

Mahfuz yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, SPRM juga harus membuktikan ia tidak dikuasai oleh parti politik dan boleh bertindak dengan bebas dan adil.

Sebelum ini, Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa SPRM menyiasat dakwaan rasuah dan pengumpulan kekayaan luar biasa membabitkan Taib, ahli keluarga dan kroninya.

Presidennya, Dato’ Paul Low berkata dakwaan serius rasuah luar biasa dan penyalahgunaan kuasa terhadap keluarga Taib itu boleh menyebabkan indeks rasuah negara terus merosot.

Sarawak Report adalah di antara beberapa portal berita dan laman sesawang yang melaporkan kekayaan Taib melebihi RM4 bilion melibatkan 49 buah syarikat, yang merentangi sempadan buana da lautan, termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Australia di samping saham-saham dalam beberapa buah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Turut hadir pada majlis minum petang itu ialah Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap) dan bekas calon PAS di Dun Tenang, Johor, Cikgu Normala Sudirman. -FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: