Fitnah II: Saiful enggan jawab soalan 3 DNA keliling dubur

KUALA LUMPUR: Saksi pertama pendakwa kes Fitnah II, Saiful Bukhari Azlan mengelak daripada menjawab pertanyaan Karpal Singh berhubung dakwaan hubungan seks beliau dengan hampir tiga lelaki dalam perbicaraan hari ini.

Karpal bertanya Saiful yang dipanggil semula untuk memberi keterangan berdasarkan penemuan dua hingga tiga profail DNA lelaki di sekitar duburnya oleh pakar kimia, Dr Seah Lay Hong.

“Berdasarkan laporan doktor, ada dua hingga tiga DNA ditemui pada bahagian dubur anda. Adakah lebih daripada dua hingga tiga orang menjadi pasangan seks anda?” tanya Karpal.

“Saya tak dapat komen mengenai perkara itu,” kata Saiful.

Karpal seterusnya bertanya kepada Saiful, jika beliau tidak dapat memberi komen kepada perkara tersebut, ia bermakna laporan doktor sebelum ini adalah satu penipuan.

Saiful sekali lagi, mengatakan beliau juga tidak dapat memberi komen tentang perkara itu.

Saiful adalah pengadu dalam kes Fitnah II yang cuba sekali lagi untuk mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat, mengulangi wayang 1998 tetapi menggunakan watak baru.

Fitnah II timbul sebaik sahaja Anwar yang memimpin Pakatan Rakyat dan memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum 2008 dan dilihat mampu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum kelak.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8642

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: