Kontroversi Video Seks: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Buat Laporan Polis Isu Panas Tersebut Di IPD Dang Wangi Jam 10.45 Pagi Tadi !!

KUALA LUMPUR , 22 Mac – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) hadir di Balai Polis Dang Wangi, bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam. Beliau diiringi tidak kurang 30 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi. Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya. Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, Setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Naib Presiden PKR N Surendran dan Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin. Anwar kemudian masuk ke balai polis dengan ditemani Surendran, ketua biro undang-undang PKR, Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri. Penyokongnya yang menanti di luar membawa dua sepandulkyang melabelkan video berkenaan sebagai ‘Fitnah II++’ dan tertera perkataan ‘bangun wahai rakyat bangun demi keadilan’. Di samping itu mereka juga melaungkan “Reformasi” serta “Hancur BN”. mkini


Antara para penyokong Anwar yang turut hadir bagi sokongan pagi tadi

[Adalah menjadi satu hak dan tanggungjawab orang yang dituduh sedemikian rupa mempertahakannya dirinya. Soalnya sekarang, kenapa isu ini muncul ketika DUN Sarawak baru saja dibubarkan?. Bukankah nampak sangat ia adalah satu strategi terdesak pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan seteru politik mereka. Apakah rakyat wajar terpedaya lagi dengan permainan politik murahan yang jijik seperti ini. Apa yang pasti, sebagai sebuah negara Islam seperti Malaysia ini maka politik lucah seperti ini pasti akan menjatuhkan maruah dan imej negara di mata dunia. Punyalah teruk dan kemaruknya pihak-pihak tertentu untuk terus berkuasa hingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk seperti ini].

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: