Pilihan raya Sarawak: PR yakin tawan 36 kerusi ‘panas’

 

SARAWAK: KEADILAN bersama Pakatan Rakyat Sarawak sudah mengenalpasti 36 kerusi sasaran di negeri itu yang mampu ditawan pada pilihan raya akan datang, kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Wan Zainal Wan Senusi.
Menurutnya, 36 kerusi ‘panas’ itu merupakan sasaran minima bagi memastikan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru selepas pilihan raya akan datang.
“Kita berhasrat untuk menang sebanyak mungkin dan 36 kerusi negeri itu merupakan sasaran minima bagi memastikan kita berjaya membentuk kerajaan baru.
“Namun, keutamaan kami ketika ini ialah memperkemaskan jentera penerangan agar maklumat benar-benar sampai hingga ke akar umbi,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.com.
Wan Zainal bagaimanapun enggan memperincikan nama kerusi-kerusi tersebut.
Tempoh kerajaan Sarawak ketika ini berakhir pada 24 Julai depan dan pembubarannya dijangka diadakan serentak dengan pilihan raya umum (PRU).
KEADILAN dijangka bertanding di 42 dari 71 kerusi negeri manakala bakinya lagi ditandingi DAP, PAS dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).
Dalam perkembangan lain, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan bersama masyarakat Sarawak dalam program jelajah beliau ke negeri itu Sabtu ini.
Selain menghadiri majlis sambutan Hari Raya Cina di perkarangan pejabat KEADILAN Cabang Stampin di Serian Kuching, Anwar juga bakal hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Sarawak.
Beliau juga akan menyampaikan dua ceramah di Kampung Taie, Serian dan Taman Sukma, Jalan Sultan Tengah, Kucing pada hari yang sama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: