‘Datuk T’ mahu s’jaya diraja siasat video seks

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini mengakui bahawa beliau adalah antara tiga orang di sebalik skandal video seks, mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menentukan ketulenan klip tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, beliau berkata suruhanjaya diraja itu perlu turut dianggotai tiga pemimpin utama pembangkang – presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Turut hadir di sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa itu ialah seorang lagi anggota ‘Datuk T’ – pendekan bagi perkataan Trio – ialah ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Aggota ketiga – bendahari PERKASA dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim – tidak hadir.

Video seks selama 20 minit itu memaparkan seorang lelaki melakukan aksi seks dengan seorang wanita dalam sebuah bilik hotel. Suami Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video tersebut.

Sementara itu, Abdul Rahim turut mencadangkan anggota lain suruhanjaya diraja itu boleh melibatkan pemimpin NGO, peguam negara, pengamal media dan wakil negara luar.

“Semua ini supaya kebenaran yang ditemui nanti tidak boleh dipersoal,” kata Rahim.

Dalam masa yang sama, Abdul Rahim meminta Anwar yang sering dirujuknya sebagai “si fulan itu” menimbang meletak jawatan seperti yang dilakukannya sebelum ini ketika berdepan dakwaan kes merogol pada 1994.

Abdul Rahim menegaskan, beliau meletak jawatan kerana dianggap sebagai beban kepada parti walaupun mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah.

Sementara itu, mereka juga memberitahu akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis yang menyiasat perkara itu.

“Kita akan berikan apa sahaja kepada pihak polis. Seluar dalam (sendiri) pun kita akan beri kalau dia mahu,” selerohnya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 50 pemberita dalam dan luar negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: