Edisi Pahang: Rasuah “RM150”, Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tidak Mengaku Salah!

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah (kiri) bermain dengan kambing yang diterima sebagai cenderahati selepas merasmikan Kompleks Asnaf Majlis Agama Islam Pahang (MUIP) di Kuantan, semalam. Pembangunan Kompleks Asnaf ini menelan belanja RM3.5 juta bertujuan sebagai penempatan Asnaf secara tetap dan sementara seperti golongan Asnaf yang tidak mempunyai tempat tinggal atau tidak berkemampuan, muallaf dan orang-orang yang ditimpa bencana.

Edisi Pahang: Rasuah “RM150”, Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tidak Mengaku Salah!

KUANTAN, 23 Mac – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuantan atas tuduhan menerima suapan sebanyak RM150 bagi menyelesaikan dua kes saman JPJ. Mengikut kertas pertuduhan, P Prakash, 29, dari Kampung Jawa, Kuantan, didakwa menerima RM150 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk menyelesaikan dua saman JPJ kerana tidak memakai tali pinggang keledar dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kedai Gunting Arif MZ, Cenderawasih, Kuantan pada 8 Jun 2010, kira-kira jam 2.25 petang. Dia dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Shafinaz Shabudin. Hakim Fathiyah Idris kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin. Beliau kemudian menetapkan sebutan semula kes itu pada 22 April depan bagi membolehkan tertuduh mendapatkan khidmat peguam.

[Simpati melihat nasib tertuduh, gara-gara RM150 beliau bakal didakwa dan boleh menerima hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika beliau didapati bersalah dalam kes ini. Soalnya sekarang di Malaysia, rasuah yang melibatkan “ikan bilis” terus diburu oleh pihak berkuasa. Sebaliknya rasuah yang melibatkan “ikan paus” terus dibiarkann berleluasa. Apakah amalan ini akan terus berkekalan hingga anak cucu kita di masa yang akan datang. Siapakah yang mengajar rakyat supaya terus bergelumang dengan amalan rasuah ini sebenarnya?. Rakyat sebenarnya sudah masak benar dan faham bahawa amalan rasuah ini adalah satu budaya dan tarbiyah songsang yang senantiasa diamalkan oleh parti pemerintah. Namun, beginilah nasib rakyat biasa dek kerana jumlahnya kecil sekali pun ada yang akan merana seumur hidup hatta yang terbunuh ketika disiasat oleh pihak yang berkenaan].

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: