Gempar: Skandal Video Seks, “Datuk T” Mengaku Dia Bekas Sahabat Baik Anwar Dan Terlibat Sama Dalam Beberapa Adengan Pada Video Berkenaan

Sungguh mengejutkan apabila salah seorang daripada Trio “Datuk T” mengatakan bahawa beliau salah seorang yang terdapat dalam video seks itu. Begitulah pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (foto ) yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin. Beliau yang turut mengakui dia adalah bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku. Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis. Menurut seorang pemberita yang menonton video itu, selain seorang wanita dan lelaki mirip Anwar, terdapat seorang lagi dilihat di permulaan video itu. Bagaimanapun, bahagian mukanya tidak kelihatan. Persoalannya sekarang jika benar beliau terdapat dalam video tersebut, maka bermakna dia berada dalam bilik ketika adengan seks itu berlaku. Apakah logik dan masuk dek akal ssesorang ternama melakukan adengan seks sambil disaksikan oleh rakannya?. Malah, adalah logik sebuah hotel bertaraf lima bintang mempunyai CCTV untuk merakamkan aksi pelanggan mereka dengan begitu lama?. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu video seks yang didedahkan oleh pihak yang menggelarkan diri mereka “Datuk T”. Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit itu menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi dari pelbagai sudut yang jelas nampak wajah beliau bersama wanita.

Eskay Terlibat Melobi Projek Jambatan Bengkok

Sebenarnya, ramai rakyat Malaysia yang tidak mengenali Eskay secara lebih dekat lagi. Apa yang difahami, baru-baru ini dia telah menyaman sebuah syarikat yang telah melanggar perjanjian berhubung isu “Jambatan Bengkok”. Syarikat terbabit iaitu Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pemegang saham utama syarikat tersebut, Yahya A Jalil, sebanyak RM20 juta di saman akibat kegagalan mendapatkan kepentingan 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa sebagai balasan kerana berjaya membantu syarikat berkenaan mendapat projek tersebut. Kenyataan tuntutannya menyebut bahawa defendan gagal membayarnya RM20 juta seperti yang dipersetujui kerana membantunya mendapatkan projek jambatan bengkok. Yahya, yang merupakan pengarah Merong Mahawangsa, didakwa oleh Eskay dapatkan bantuannya untuk mendapatkan projek tersebut dari kerajaan dan bagi dapatkan dana asing RM640 juta untuk melaksanakan projek tersebut. Maka apakah ada kemungkinan beliau dijanji sesuatu oleh pihak tertentu bagi bolehkan dapat gantirugi.

Seorang Datuk T Kini Bertukar Jadi Tiga Orang

Sebelum ini, ketika awal-awal pendedahan ini dilakukan semua media mengatakan dia mahu media menyaksikan sendiri rakaman tersebut sebelum menyerahkan kepada pemimpin berkenaan dertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T. Beliau mendakwa secara tidak sengaja menemui pita rakaman terbabit selepas diminta oleh pemimpin politik berkenaan mencari jam tangannya yang tertinggal di bilik di mana rakaman itu dipercayai dilakukan. “Saya tidak menemui jam tangan itu di atas meja, jadi saya cari di belakang meja solek. Saya terkejut terlihat banyak wayar di belakangnya. “Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah satu daripadanya berkunci. “Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui perakam CCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam itu,” dakwanya lagi. Beliau bertegas tidak menyerahkan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan disebarkan. Dalam laporan awal media ini jelas sekali menggambarkan “Datuk T” adalah seorang individu sahaja. Tetapi kenapa pula tiba-tiba kini sudah bertukar menjadi “Tiga Orang”. Apakah silap mata yang berlaku sebenarnya?. Persoalan keduanya, apakah logik seseorang mencari jam tertinggal di atas meja tiba-tiba mencarinya dibelakang meja solek?. Kemudian terjumpa wayar CCTV pula. Ini bermakna ia jelas sesuatu yang tidak masuk akal bagi orang yang berfikiran waras sebenarnya. Seseorang melakukan adengan seks yang dirakamkan menerusi CCTV pelbagai arah, kemudian menyimpan pita rakaman itu.

[Rakyat sebenarnya semakin lucu dan keliru dengan permainan “Raja Lawak” yang dibuat oleh puak-puak UMNO BN sebenarnya. Sebelum ini awal-awal lagi Khir Toyo dan Zulkifli Nordin mengatakan kononnya video seks tersebut dicipta oleh Anwar sendiri. Namun kini mereka mula malu dan terkedu apabila secara tergesa-gesa dengan tiba-tiba pihak yang berkenaan muncul dan akui mereka yang terlibat dengan video berkenaan. Ternyata apa yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Yang pasti, sokongan akar umbi dan orang atas pagar terhadap Anwar akan semakin membuak-buak sebenarnya. Jutseru itu, lakukanlah yang terbaik].

Isu Video Seks: Datuk Shuib Lazim Wajar Di Pecat Dari Perkasa Kerana Perbuatannya Menjatuhkan Dan Memalukan Imej Pertubuhan NGO Tersebut!

PETALING JAYA, 23 Mac – Datuk Shuib Lazim (foto), yang merupakan salah seorang daripada trio “Datuk T” yang mendedahkan rakaman video aksi seks seorang pemimpin sebuah parti pembangkang Isnin lalu, amat yakin bahawa kebenaran akhirnya akan terbongkar. “Malah kami telah meminta pandangan produser filem Yusri daripada Studio KRU dan dia kata, adalah hampir mustahil untuk melakukan superimpose ke atas wajah seseorang dalam sebuah video yang bergerak. “Lebih-lebih lagi rakaman video itu dibuat dari empat sudut yang berbeza, menjadikannya lebih sukar untuk seseorang melakukan superimpose wajah orang lain ke atas subjek berkenaan,” katanya sambil menambah bahawa Yusri adalah seorang pakar dalam bidang teknologi canggih perfileman. Shuib yang juga merupakan Bendahari Perkasa telah dinamakan bersama-sama seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik sebagai trio yang selama ini bergelar “Datuk T”. Mereka telah mendedahkan kandungan rakaman video berkenaan kepada wakil-wakil media terpilih Isnin lalu. Shuib juga mendakwa, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali akan melakukan inisiatif untuk membentuk pasukan panel penyiasat untuk sahkan ketulenan rakaman itu.

[Susulan keterlibatan Shuib dalam isu panas ini, maka kini heboh kedengaran suara-suara ahli akar umbi perkasa yang kecewa dengan tindakan tersebut. Mereka berkata Semolek- moleknya Suhib Lazim meletak jawatan dari semua jawatan dalam Perkasa, kerana perbuatan beliau telah memalukan Perkasa dan telah mengheret Perkasa kedalam keadaan yang membawa imej buruk terhadap perjuangan Perkasa. Kalau tidak meletakan jawatan eloknya beliau harus dipechat. Perjuangan Perkasa harus jelas. Justeru itu, nampak benar si Shuib ini telah buat satu tindakan yang bertentangan dengan perjuangan sebenar pertubuhan itu].

Panas: Skandal Video Seks, Janji Seminggu Dedah Identiti Individu Terbabit Tiba-Tiba Pula Si Datuk T Tergesa-Gesa Perkenalkan Siapakah Diri Mereka

KUALA LUMPUR, 23 Mac Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini mengesahkan beliau, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim adalah Datuk ‘T’ yang terlibat dalam mendedahkan skandal video seks kepada media Isnin lalu. Bercakap kepada pemberita di Hotel Impiana, beliau turut menggesa kerajaan Persekutuan agar segera menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat ketulenan video seks tersebut. Rahim yang juga Pengerusi Risda berkata, isu ini perlu segera disiasat kerana ia telah menjadi polemik negara. Rahim adalah bekas ketua menteri Melaka dan Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shazryl Eskay Abdullah adalah seorang ahli perniagaan dari Kedah dan Shuib pula merupakan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa atau Perkasa. Selama tiga hari selepas pihak media didedahkan dengan kewujudan sebuah klip video seks yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi pembangkang, seluruh negara tertanya-tanya siapakah sebenarnya disebalik identiti Datuk ‘T’ yang bertanggungjawab mendedahkannya. Rahim ketika bercakap dalam sidang media yang dipenuhi oleh para wartawan dalam dan luar negara bagaimanapun enggan menamakan individu yang terlibat dalam video seks berkenaan sebaliknya beliau hanya menggelarkannya ‘orang ini bakal jadi Perdana Menteri Malaysia’. Turut hadir ialah, Shazryl yang lebih dikenali dengan panggilan Datuk Eskay. Bagaimana pun Shuib tidak sempat hadir pada sidang akhbar tersebut. Rahim menjelaskan bahawa individu dalam video seks itu pernah memintanya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka atas alasan menjaga kepentingan negara ketika beliau berhadapan dengan skandal seks satu ketika dahulu. Bagaimanapun beliau dibebaskan daripada tuduhan tersebut oleh mahkamah. “Orang ini pernah meminta saya meletakkan jawatan dengan mengatakan saya merupakan satu liabiliti. Saya diminta letak jawatan Ketua Menteri walaupun saya tak bersalah,” katanya.

Rahim Tolak Dakwaan Tawar Wang Kepada Johari

Oleh itu Rahim minta Kerajaan Persekutuan segera tubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat kesahihan serta ketulenan video yang dirakamkan itu. “Saya harap Suruhanjaya Diraja itu akan dianggotai oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, wakil DAP, serta pertubuhan bukan kerajaan seperti Perkasa, Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim serta wakil media. “Biar semua pihak dapat lihat kebenaran. Parti politik serta pihak kerajaan juga boleh meletakkan wakil mereka dalam suruhanjaya diraja ini,” tegasnya lagi. Dalam perkembangan berkaitan, Rahim juga turut menolak dakwaan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (foto) bahawa beliau tawarkan sejumlah wang kepada wakil rakyat PKR itu. Sebaliknya beliau mendakwa, Johari yang meminta ‘wang pelincir’selepas beliau melihat video seks berkenaan di sebuah hotel baru-baru ini. “Saya ingin nafikan, saya tidak pernah tawarkan sebarang ganjaran atau duit kepada dia (Johari). Kita hanya mahu pengesahan daripada dia siapa individu dalam video itu. “Ketika saksikannya Johari sendiri sahkan yang kelihatan itu adalah pemimpin berkenaan dengan jelas,” katanya. Rahim turut mendakwa, Johari telah meminta ganjaran untuk tiga wakil rakyat PKR yang akan dibawa untuk menonton video seks berkenaan. “Bagaimanapun kita tolak, kerana kita tidak mahu libatkan wang mahupunbeli sesiapa, sebaliknya pendedahan hanyalah untuk memberitahu perkara yang benar,” tambahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: