P’raya Sarawak: Pastikan jentera Pemuda PAS lancar

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Jentera pemuda PAS diseru agar bersiap sedia dari semua segi untuk berhadapan dengan BN pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini.

Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar berkata, jentera pemuda juga harus bersedia dari sudut kewangan untuk memastikan gerak kerja pilihan raya berjalan lancar.

“Petugas PAS sila pastikan pergi dalam keadaan bersedia untuk bertugas daripada awal April sehingga 16 April.

“Saya minta jentera pemuda buat tempahan tiket dari sekarang untuk terus pergi ke tempat PAS bertanding.

“Saya harap pemuda bersiap sedia dari sudut kewangan dan masa untuk ke Sarawak,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Jerai itu turut menyanggah tohmahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kehadiran Pakatan Rakyat di Sarawak hanyalah sebagai pengacau.

Tegasnya, Pakatan Rakyat akan berada di Sarawak dengan misi yang jelas iaitu untuk menyelamatkan rakyat Sarawak daripada terus dizalimi BN.

“Yang pasti kita pergi sebagai anggota parti yang sah, nak menyebarkan perkara-perkara yang betul dan selamatkan bumi Sarawak daripada dizalimi BN

“Harap masyarakat Sarawak boleh terima kita, tidak seperti yang diandaikan Timbalan Perdana Meteri.

Beliau sebaliknya berkata, Muhyiddin sebenarnya takut rakyat Sarawak didedahkan dengan pelbagai isu melibatkan kezaliman BN.

“Beliau terlalu takut dengan isu yang kita akan bawa untuk selamatkan bumi Sarawak,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: