Nilai integriti untuk lindungi kejahatan BN

Harakahdaily
PARIT BUNTAR, 24 Mac: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membuat laporan polis yang mengaitkannya dengan Altantuya Shaariibuu.

Beliau merujuk kepada keberanian tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat laporan polis sehari selepas tuduhan video seks.

Katanya, ia sama dengan kes Altantuya kerana keduanya melibatkan maruah dan Najib juga mestilah menbuat laporan polis untuk menunjukkan satu usaha membersihkan dirinya.

“Kes Altantuya sudah lama berlaku namun Najib belum membersihkan dirinya dan tidak ada usaha ke arah itu,” jelasnya.

Merujuk kepada ulasan Datuk Seri Mustapa Mohamad yang menggesa rakyat untuk menilai tahap integriti, Khalil menganggap itu adalah pandangan yang sengaja diadakan untuk melindungi kejahatan yang dilakukan oleh pimpinan BN sekian lama.

“Macamlah rakyat sudah tidak pandai menilai tahap integriti di negaranya sendiri.

“Mengapa beliau (Mustapa Mohamed) gesa rakyat untuk buat penilaian tahap integritinya jika belum disabitkan kesalahan,” katanya yang juga Adun Titi Serong ketika ditemui di sini.

Tambahnya, Anwar Ibrahim telah mengemukakan laporan polis berhubung fitnah jahat video seks, membuktikan beliau berani dan mahu menafikan perkara yang memang beliau tidak lakukan dengan saluran keadilan yang ada iaitu mahkamah.

Menurutnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, tindakan Anwar membuat laporan polis tersebut adalah suatu perkara biasa jika dituduh berkaitan isu yang tidak pernah dilakukan.

“Tapi jika ada individu yang difitnah, tindakan yang mesti dilakukan ialah kemukakan laporan polis sebagaimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, dunia sedang melihat bagaimana senario politik yang tidak matang.

“Perdana Menteri Malaysia dan pemimpin BN jelas mengamalkan toleransi terhadap budaya politik yang bersifat undang-undang rimba,” jelasnya.

Menurutnya pemimpin sepatutnya memikirkan untuk memperkenalkan dasar-dasar yang lebih perihatin dan mesra rakyat dalam memenuhi amanah kepimpinan negara.

Namun, ujarnya yang rakyat lihat kerja mereka menyerang parti lawan dan pimpanannya denga rekaan cerita yang bukan-bukan.

Tambahnya, paling malang segala institusi kerajaan disalahgunakan untuk melangsungkan kerja jahat mereka bagi kekal berkuasa.

Tidak hairanlah, ujarnya mengapa isu yang memalukan negara membiak dengan pesat sejak akhir-akhir ini.

“Rakyat menilai kerajaan sedia ada yang tidak pernah berubah untuk menyelamatkan Malaysia.

“Protes  perlu dilakukan terhadap Umno BN, dan protes tersebut perlu diterjemahkan pada kertas undi pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini dan PRU 13 tidak lama lagi, perubahan perlu berlaku di Malaysia,” tegasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: