Umno merancang dan Allah juga merancang:Fitnah 3

Oleh: modayu

Pada malam DSAI dipecat dari UMNO oleh MM selaku presiden ketika itu atas dakwaan FITNAH 1 sebab salah laku akhlak,ramai orang-orang ‘hardcore’ UMNO yang berkepentingan gembira dengan berita ini.Perancangan jahat mereka dengan dakwaan salah laku seks telah ‘mengena’ pada mangsanya.Oleh itu apa yang yang perlu diperbuatkan selepas pemecatan adalah sebarkan berita salah laku seks DSAI keseluruh dunia.

Didalam perancangan UMNO itu nampak begitu cantik sekali dan perancang-perancang konspirasi tersebut mengatakan bahawa DSAI pasti akan ‘dimatikan’ watak politik beliau selama-lamanya.Pihak perancang itu pun memberikan kepastian kepada MM selaku presiden bahawa tugas membunuh karier DSAI pasti akan selesai tak lama lagi.MM hanya perlu melihatnya dari jauh.Semuanya pasti ditanggung beres.Seperti yang dirancang oleh perancang-perancang itu,DSAI berjaya ditahan selama 6 tahun dipenjara. Para perancang dan MM merasakan perancangan mereka berjaya.”So kita boleh lupakan kes DSAI buat selama-lamanya,dah tiada lagi pengacau buat UMNO”,mungkin itu kata-kata siperancang kepada MM sebagai tanda ‘mission accomplish’.

Allah SWT juga merancang disebalik keizinanNya memenjarakan DSAI.MM ketika itu PM pun merancang untuk mengundurkan diri selepas segalanya kelihatan stabil dengan DSAI berjaya di’matikan’ didalam penjara itu.AAB pun mengambil tempat MM selaku PM yang baru. Tiba-tiba DSAI ‘dibebaskan’ oleh AAB setelah dipenjarakan oleh MM selama 6 tahun.Berita ini telah mengejutkan siperancang-perancang hebat itu dan MM sendiri pun terkedu.Segala yang dirancang dahulu kelihatan sudah tidak menjadi.’Result’ yang sepatutnya dirancang sudah menjadi sebaliknya.Sepatutnya watak DSAI telah ‘berkubur’ dan sudah tidak disukai oleh semua rakyat.

Akan tetapi bila DSAI keluar dari penjara,imej beliau menjadi lebih hebat dan lebih karismatik.Semua orang jatuh kasihan dan menyokong kerja-kerja DSAI yang berjuang untuk kepentingan rakyat.Lihat bagaimana Allah merancang dan umno merancang.Watak DSAI bukan sahaja tidak mati malah makin berseri.Mana yang lebih hebat merancang? Allah tentunya hebat dan perancanganNya mengatasi perancangan manusia.

Seterusnya dendam siperancang itu tadi tidak dapat dibuang begitu sahaja.Hati MM dan perancang-perancang itu tadi sudah semakin panas.Sesuatu perancangan baru harus dijalankan agar watak DSAI ‘dikebumikan’ tanpa kasihan. Parlimen Permatang Pauh(PP) dikosongkan oleh isterinya untuk memberi laluan kepada DSAI meneraju politik baru Malaysia.Umno pun sudah bukukan perancangan mereka untuk jatuhkan DSAI lalu dikebumikan terus di PP.Fitnah 2 pun telah dicipta dalam perancangan terbaru mereka dengan watak baru si saiful bukhari (SB) dijadikan bahan rancangan.Dihari penamaan calon di PP ketika itu,SB pun muncul dengan mengatakan dia diliwat lalu dia bersumpah dimasjid KL sebagai membuktikannya.Lihat perancangan mereka yang kelihatan begitu naturalkan.Tujuan mereka hanyalah untuk menghancurkan imej DSAI dan menyebabkan DSAI kalah teruk dalam PRK PP itu.

Kelihatan menjadikan perancangan mereka memalukan DSAI diparlimen dia sendiri.Tapi sebaliknya perancangan Allah mengatasi perancangan mereka.DSAI menang besar diPP pada PRK tersebut.Maka siperancang perancang itu tadi sekali lagi terkedu mengapa perancangan mereka tidak menjadi lagi.Pening memikirkan mengapa asyik menemui jalan kegagalan atas setiap perancangan mereka.MM pun pening juga nasib DSAI kelihatan sentiasa baik sahaja.Nampak tak bagaimana perancangan Allah mengatasi perancangan mereka?

Disebabkan perancangan mereka menjatuhkan DSAI di PRK PP tidak menjadi,kes si SB pun menjadi sejuk semula.Semua perancangan harus disusun semula untuk mematikan terus watak DSAI dalam arena politik negara.Terbaru MM sudah tidak percayakan lagi dengan para perancang-perancang itu lalu mengeluarkan memoir beliau sendiri dan memasukkan cerita DSAI didalamnya sebagai sebahagian rancangan beliau untuk mematikan karektor DSAI secara solo pula.Lihat bagaimana MM merancang untuk ‘membunuh’ watak DSAI melalui memoirnya secara total tanpa perlu mendengar lagi perancangan yang diajarkan oleh siperancang-perancang yang gagal itu.MM merancang dan Allah juga merancang.Memoir MM dikritik hebat oleh rakan dan musuh dengan banyak bukti yang dikemukakan menyanggah memoir itu.Lihat bagaimana Allah merancang sehingga memoir beliau menampakkan lagi benda yang tersirat yang kita tidak tahu mengenai siapanya MM selama ini.Akhirnya memoir beliau mengena pada diri sendiri.

Akan tetapi skrip rancangan siperancang tadi tetap dijalankan.Walaupun banyak kali gagal,tetapi mereka tidak mudah putus asa.Kes fitnah 2 kelihatan semakin lemah dan kemungkinan ‘kalah’ semakin membesar.Tiba-tiba ADUN Sarawak dibubarkan dan tiba-tiba juga video seks DSAI diumumkan pada hari yang sama.Lihat bagaimana mereka merancang dengan begitu gigih sekali dan tanpa jemu untuk membunuh watak DSAI.Video seks terbaru telah menjadi fitnah 3 pula.Watak Datuk T tiba-tiba  menjadi popular.Siapapun tidak tahu siapa Datuk T ketika itu.Lihat perancangan mereka bagaimana sususan plot mereka.Mula-mula mesti guna samaran Datuk T sebagai mukaddimah fitnah 3 ini.

Kelihatan perancangan mereka kali ini pasti berjaya.Watak DSAI perlu digasak sepenuhnya agar pilihanraya sarawak dimenangi oleh bn lagi dan lagi.Allah juga tidak pernah lupa untuk merancang,tidak sampai 48 jam selepas dicarcosa, Allah bungkarkan habis bagaimana perancang mereka adalah perancangan jahat untuk menjatuhkan DSAI buat selama-lamanya.Satu persatu Allah bongkarkan bukti bagaimana fitnah 3 ini terhasil.Lihat bagaimana datuk T memanggil datuk johari untuk mempertontonkan video yang kononnya DSAI sedang melakukan perlakuan seks.Dalam perancangan awal mereka bahawa dengan memanggil datuk Johari pada sesi tontonan itu pasti akan menyebabkan datuk Johari terbeliak mata bahawa DSAI ini seorang yang gila seks,maka dengan itu datuk Johari akan keluar parti dan mengajak yang lain pun keluar sekali.Lihat,itu perancangan asal mereka,tapi Allah juga merancang.Setelah datuk Johari menontonnya,maka cerita sebalik yang berlaku.Allah buka minda dan memberi ketajaman mata pada datuk Johari dalam menilai orang yang ada didalam video yang dikatakan DSAi itu. Terbukti video itu tidak berjaya mengubah pendirian datuk Johari pada DSAI selama ini dan menyebabkan perancang-perancang tersebut mengalami kekalutan.Rancangan jahat mereka diketahui umum kini.Sidang media datuk T bagi menjawab kenyataan datuk Johari kelihatan kelam kabut dengan riak muka mereka yang agak cuak.Perancangan mereka telah ‘dipintas’ oleh Allah lagi sekali.

Lihat umno merancang Allah juga merancang.Tapi rancangan Allah mengatasi rancangan mereka.

Setakat itu dahulu buat masa ini.Kita tunggu episod menarik seterusnya dari perancang-perancang tersebut dan bagaimana Allah mengatasi rancangan mereka dengan begitu mudah sekali.

‘yang Hebat itu Allah,yang lemah itu kita’

md daud yusri fie alHutan Melintangi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: